Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, March 25, 2008

50 – Panduan Lengkap Nikah

Panduan Lengkap Nikah

Nama Buku:
Panduan Lengkap Nikah (Hard Cover)

Penulis:
Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin ‘Abdir Razzaq

Terbitan:
Pustaka Ibnu Katsir

Harga:
RM60.00

Berat:
1.2Kg

Berkaitan Buku:

Buku ini mempersembahkan kepada para pembaca sebuah panduan berkenaan persoalan pernikahan dari awal sehingga akhirnya. Bermula dari bab anjuran menikah, sehinggalah kepada persoalan nikah yang halal dan haram, persoalan pemilihan calon, adab dalam pergaualan suami isteri, adab-adab pernikahan dan melamar, adab walimah (kenduri-kendara), urusan poligami, hak suami dan isteri, nafkah, dan banyak lagi yang lain. Kesemua kupasan dibahaskan berdasarkan hadis-hadis yang berkaitan dan sahih.

Jumlah Muka Surat:
481 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Urusan Bayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, March 18, 2008

49 – Kumpulan Do’a Dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang Shahih

Kumpulan Do’a Dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang Shahih


Nama Buku:
Kumpulan Do’a Dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang Shahih

Penulis:
Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Terbitan:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga:
RM18.00

Berat:
150gram

Berkaitan Buku:

Suatu doa itu adalah berkualiti apabila doa yang dipanjatkan itu tidak menyalahi apa yang Allah s.w.t. telah tetapkan dalam agama ini. Termasuk di antaranya adalah dari mana sumber doa itu diambil. Doa yang diambil dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang shahih merupakan sebaik-baik doa dan sudah tentu secara automatik mendapat recomendasi/saranan daripada Allah dan rasul-Nya sendiri. Malah ianya telah terlebih dahulu diamalkan oleh para kaum muslimin yang terawal dari golongan para sahabat dan seterusnya.

Makanya, dengan buku ini anda akan berupaya mendapat pelbagai jenis kumpulan/bentuk doa yang baik-baik berkaitan pelbagai masalah dalam kehidupan sehari-hari, seperti doa memohon keampunan, doa berlindung dari api neraka, doa berkaitan dengan makan, tidur, doa kepada pengantin, doa minta hujan, doa minta di-alihkan hujan, doa dan zikir selepas solat, doa qunut witr dan nazilah, doa ketika berhaji, dan banyak lagi yang lain dikumpulkan di dalam satu buku untuk kita semua sama-sama amalkan. Semoga buku ini sama-sama memberi manfaatnya kepada kita semua.

Jumlah Muka Surat:
218 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

48 – Jilbab Wanita Muslimah

Jilbab Wanita Muslimah


Nama Buku:
Jilbab Wanita Muslimah

Penulis:
Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Media Hidayah

Harga:
RM20.00

Berat:
126gram

Berkaitan Buku:

Edisi ini telah kehabisan stok. Untuk edisi terbitan yang lain sila ke posting no. 178: Jilbab Wanita Muslimah Menurut al-Qur'an & as-Sunnah

47 – VCD Tatacara Pengurusan Jenazah

VCD Tatacara Pengurusan Jenazah


Nama VCD:
Tatacara Pengurusan Jenazah

Penulis:
Team/Kumpulan al-Markaz

Terbitan/Edaran:
Meccah Agency

Harga:
RM19.00

Berkaitan Buku:

Pengurusan jenazah merupakan perkara ibadah yang telah memiliki tatacara dan kaedah yang baku di dalam syari’at Islam, yang mana bermula dari ketika seseorang itu meninggal, setelah meninggal, ketika dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikebumikan, sehinggalah iabdah-ibadah yang lain berkaitan dengan hal kematian, semua telah diatur dengan jelas dalam Islam.

Namun sangat dikesalkan, di kalangan masyarakat kita tidaklah sedikit dari proses penyelenggaraan jenazah ini yang telah mengalami tokok tambah dan pengurangan malah ada pula percampuran dengan adat istiadat yang menyimpang dari hukum-hukum Islam yang asal. Tidak kurang juga yang masih kejahilan dalam persoalan ini yang sememangnya tidak kurang pentingnya kepada kita dan setiap individu muslim yang lainnya. Makanya, dengan VCD ini, anda akan mendapat suatu bimbingan dan gambaran yang jelas dan mudah bagi memahami kaedah-kaedah penyelenggaraan jenazah menurut al-Qur’an dan sunnah yang sahih.

VCD ini juga dilengkapi dengan nota/panduan bertulis ringkas berkenaan solat jenazah. Pack ini mengandungi 1 VCD.

Berat:
100gram

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Wednesday, March 5, 2008

46 – Syarah Doa & Zikir Hisnul Muslim (Disyarah: Madji bin Abdul Wahab Ahmad)

Syarah Doa & Zikir Hisnul Muslim
(Disyarah: Madji bin Abdul Wahab Ahmad)


Nama Buku:
Syarah Doa & Zikir Hisnul Muslim
(Disyarah: Madji bin Abdul Wahab Ahmad)

Penulis:
Susunan asal oleh Syaikh Dr. Sa’id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani
Di-Syarahkan oleh Madji bin Abdul Wahab Ahmad

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM46.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Sebuah kitab yang membawakan kepada sejumlah susunan doa-doa harian. Dan kini, kitab ini adalah kitab yang mensyarahkan kitab tersebut (Kitab asal = Hisnul Muslim) bermula dari perbahasan hadis-hadisnya sehinggalah kepada perbahasan amalannya.

Jumlah Muka Surat:
621 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

45 – Dinasti Umawiyah

Dinasti Umawiyah


Nama Buku:
Dinasti Umawiyah

Penulis:
Dr. Yusuf Al-‘Isy

Terbitan:

Pustaka al-Kautsar

Harga:
RM40.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Setelah usainya era pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin, muncul sebuah dinasti pemerintahan yang antara terbesar; Dinasti Umawiyah. Buku ini memaparkan seluk beluk masa pemerintahan Dinasti Umawiyah dan kemajuan-kemajuannya yang dicapai dalam era tersebut.

Jumlah Muka Surat:
451 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

44 – Dinasti Abbasiyah (Tarikh Ashr Al-Khilafah Al-Abbasiyyah)

Dinasti Abbasiyah (Tarikh Ashr Al-Khilafah Al-Abbasiyyah)


Nama Buku:
Dinasti Abbasiyah (Tarikh Ashr Al-Khilafah Al-Abbasiyyah)

Penulis:
Dr. Yusuf Al-‘Isy

Terbitan:

Pustaka al-Kautsar

Harga:
RM25.00

Berat:
450gram

Berkaitan Buku:

Setelah Dinasti Umawiyah runtuh pada 1300 hijrah, lalu tumbuh penggantinya yang meneruskan pemerintahan bercorak Islam iaitu Dinasti Abbasiyah. Buku ini mengupas secara terperinci bermula dari tegaknya pemerintahan hingga mengangkat nama Islam ke tempat tertingginya dengan kemajuan dalam bidang kedoktoran, astronomi dan yang lainnya.

Jumlah Muka Surat:
287 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

43 - Tafsir Adhwa'ul Bayan

Tafsir Adhwa'ul Bayan
Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran
(Adhwa' al-Bayan fii Idhah al-Quran bi al-Qur'an)


Nama Buku:
Tafsir Adhwa'ul Bayan
Tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an
Judul Asal (Arab): Adhwa' al-Bayan fii Idhah al-Qur'an bi al-Qur'an

Penulis:
Syaikh al-Amin asy-Syanqithi

Terbitan:
Pustaka Azzam

Harga:
RM950
(Satu set Lengkap, 12 Jilid)

Berat:
20Kg

Berkaitan Buku:

Merupakan tafsir al-Qur'an susunan Syaikh al-Allamah al-Mufassir Muhammad al-Amin asy-Syanqithi (rahimahullah) lengkap dari Surah al-Baqarah hingga Surah an-Naas (Tafsir 30 Juzuk). Semuanya terdiri daripada 12 Jilid lengkap telah diterjemahkan.

Tafsir ini membawakan methode penafsiran al-Qur'an dengan al-Qur'an sebagai kaedah utamanya. Gaya huraiannya merangkumi kefahaman salaf yang dipadukan dengan contoh-contoh situasi semasa masyarakat moden.

Takhrij hadis bagi tafsir ini dilakukan oleh Syaikh Muhammad Abdul Aziz Al-Khalidi.

Kelebihan kitab tafsir ini di antaranya:

1 - Menjelaskan makna ayat al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an (Tafisr Qur’an bil Qur’an). Hal ini sesuai dengan kesepakan para ulama yang menyebutkan bahwa tafsir yang paling mulia dan utama adalah menafsirkan ayat-ayat Kitabullah dengan menggunakan (ayat-ayat lainnya) Kitabullah. Sebab, tidak ada seorangpun yang lebih tahu makna Kalamullah kecuali Allah 'Azza wa Jalla sendiri.

2 - Menjelaskan hukum-hukum yang terkandung dalam semua ayat yang dijelaskan dalam kitab ini yang disandarkan kepada dalil-dalil sahih dari Sunnah Nabwiyyah dan pendapat para ulama, kemudian dipilihkan pendapat yang terkuat tersebut tanpa rasa fanatik mazhab.

3 - Dilengkapi penjelasan tambahan. Contohnya seperti perbahasan tentang beberapa masalah bahasa (Lughah) dan hal-hal yang diperlukannya seperti sharaf (perbahasan tentang perubahan suatu kata) dan I’raab (perbahasan tentang kedudukan kata dalam suatu kalimat), penyebutan syair-syair arab sebagai penguat serta analisis terhadap masalah-maslah yang diperlukan dalam menafsirkan sesebuah ayat seperti masalah ushuliyah (yang pokok) dan Kalam (akidah) yang dilandasi sanad-sanad hadis.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

42 – Al-Ahkam Al-Sulthaniyah (Hukum-Hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Syariat Islam)

Al-Ahkam Al-Sulthaniyah (Hukum-Hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Syariat Islam)


Nama Buku:
Al-Ahkam Al-Sulthaniyah (Hukum-hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Syariat Islam)

Penulis:
Imam al-Mawardi

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM50.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Bagaimanakah konsep kenegaraan dalam versi Islam? Allah telah menetapkan di dalam Al-Quran segala urusan duniawi termasuk pemerintahan sesebuah negara dengan jelas. Pengarang merupakan seorang pakar dalam perjalanan pengurusan sesebuah negara berlandaskan Islam. Buku ini bukan hanya memaparkan aspek politik sahaja, malah menampilkan aspek kewangan, pemerintahan serta keadilan.

Jumlah Muka Surat:
432 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Tuesday, March 4, 2008

41 – VCD Sifat Solat Nabi

VCD Sifat Solat Nabi


Nama VCD:
VCD Sifat Solat Nabi

Penulis:
Team/Kumpulan al-Markaz

Terbitan/Edaran:
Meccah Agency

Harga:
RM18.00

Berkaitan Buku:

VCD ini insyaALLAH membantu anda untuk mempelajari, memperbaiki, dan melaksanakan practikal solat dengan lebih baik dan sempurna lagi berdasarkan petunjuk hadis-hadis sahih yang dijelaskan dengan visual-visual yang jelas. Di antara keistimewaan VCD ini adalah anda akan melihat dan mendengarkan kaedah praktik secara langsung gerakan-gerakan di dalam solat, solat jemaah, berserta beberapa penjelasan kekeliruan-kekeliruan yang biasa yang banyak tersebar di kalangan kaum muslimin dalam banyak persoalan solat. Di dalam VCD ini, turut dilengkapi juga dengan tatacara wuduhu’ dan tayammum. Semuanya disertakan dengan dalil-dalil sahih dan penjelasan.

Antara Rujukan yang digunakan dalam pembikinan VCD ini adalah Kitab Sifat Solat Nabi s.a.w., oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Wajiz fi Fiqhi as-Sunnah wa al-Kitabi al-‘Azizi, oleh Sheikh Abdul Azhim al-Badawi, dan beberapa rujukan dari kitab-kitab yang lain.

Berat:
100gram

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

40 – Shahih Fiqih Sunnah

Shahih Fiqih Sunnah



Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=345

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

39 – Kitab Tauhid Edisi Lengkap Dan Ringkas

Kitab Tauhid Edisi Lengkap Dan Ringkas


Nama Buku:
Kitab Tauhid Edisi Lengkap Dan Ringkas (Mengandungi 3 Jilid)

Penulis:
Sheikh Dr. Soleh Bin Abdullah Bin Fauzan al-Fauzan (Anggota Majlis Mufti Saudi Arabia)

Terbitan:
Darul Haq

Harga:
RM48 (Satu Set)

Berat:
500gram (Complete Set)

Berkaitan Buku:

Sebuah kitab yang baik untuk mereka baru mula mahu memahami konsep dan prinsip-prinsip aqidah ahlus sunnah wal-Jama’ah. Bermula dari perbincangan dan perbahasan konteks manhaj kewajiban untuk berdalil, perbahasan rububiyyah, uluhiyyah, asma’ wa sifat, persoalan wala’ wal bara’, memahami hakikat bid’ah, pengertian iman, adab kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan seterusnya menyentuh persoalan akhlak seorang ahlus sunnah dan pelbagai kupasan dan perbhasan yang lainnya.

Jumlah Muka Surat:
Jilid 1 – 172 m/s
Jilid 2 – 194 m/s
Jilid 3 – 187 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

38 – Fathul Bari (Syarah Kitab Sahih al-Bukhari)

Fathul Bari
(Syarah Kitab Sahih al-Bukhari)


Nama Buku:
Kitab Fathul Bari (Syarah Kitab Sahih al-Bukhari)

Penulis:
Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Diteliti oleh Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz)

Terbitan:
Pustaka Azzam

Harga:
Jumlah Harga – Jilid 1 – 36 – RM2000

Berkaitan Buku:

Kitab Fathul Bari ini adalah sebuah kitab yang sangat terkenal dalam dunia Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Menjadi rujukan para ilmuan, ulama, dan penuntut ilmu. Pengarangnya, seorang al-Hafiz yang bermazhab asy-Syafi'i. Iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Kitab ini membawa khazanah ilmu yang merungkai perbahasan berkaitan hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari.

Kitab ini adalah antara kitab-kitab besar lagi utama dalam dunia ilmu. Kandungannya mensyarahkan atau menjelaskan serta menghuraikan hadis-hadis dalam kitab Shahih al-Bukhari. Kini kitab ini telah pun lengkap diterjemahkan oleh penerbit Pustaka Azzam menjadi 36 jilid lengkap semuanya.


Jumlah Muka Surat:
Terdiri daripada 36 jilid setakat ini, purata m/s. +/-500-700

Untuk Maklumat - Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com bagi urusan tempahan atau pembelian.

Bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account boleh dibuat terus ke akaun CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran. Pastikan stok disahkan terlebih dahulu melalui email/sms/call.


37 - Majalah Bulanan al-Mawaddah

Majalah Bulanan al-Mawaddah


Nama Buku:
Majalah al-Mawaddah (Edisi Bulanan (Menurut Kalendar Hijriyah))

Penulis:

Mengumpul pelbagai artikel dan tulisan dari kalangan ustaz Indonesian dan para ulama timur tengah

Terbitan:

Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon

Harga:
RM7.00 (Bagi keluaran biasa)

Berkaitan Buku:


Ia merupakan salah satu bentuk majalah bulanan bertemakan kekeluargaan, persoalan pernikahan/perkahwinan, kupasan-kupasan berkenaan rumahtangga, dan tarbiyah famili yang bersifat cukup ilmiyah berdasarkan rujukan-rujukan yang meyakinkan. Diterbitkan dan diedarkan setiap bulan menurut kalendar hijriyah dengan artikel-artikel/tulisan-tulisan (pengisian) yang pelbagai. Setiap isu dan pengisian ditulis oleh penulis dari kalangan ustaz dari Indonesia dan para ulama dari timur tengah (terjemahan melayu Indonesia – mudah difahami). Setiap perbahasan adalah cukup ilmiyah berdasarkan rujukan serta kajian para ulama salafus soleh atas manhaj al-Qur’an dan as-Sunnah.

Jumlah Muka Surat:
60 m/s. Bagi edisi biasa.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Contoh salah satu helaian majalah al-Mawaddah: