Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, April 24, 2008

76 – Memohon Keampunan

Memohon Keampunan


Nama Buku:
Memohon Keampunan

Penulis:
Sheikh Muhsein al-‘Abbad

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM4

Berat:
100gram

Berkaitan Buku:

Setiap hamba pasti melakukan dosa. Dan setiap dosa itu pasti diampunkan oleh Allah jika didahului dengan taubat nasuha. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya yang berdosa. Rasulullah s.a.w. telah menggariskan cara terbaik dalam memohon keampunan. Dengan itu, setiap hamba-Nya yang menggunakan cara ini pasti diampuni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Jumlah Muka Surat:
57 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 019-3081940 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan alamat penuh anda untuk penghantaran.

75 – Hukum Mengkafir Sesama Muslim

Hukum Mengkafir Sesama Muslim


Nama Buku:
Hukum Mengkafir Sesama Muslim

Penulis:
Sheikh Bakr Bin Abdullah Abu Zaid

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM3

Berat:
100gram

Berkaitan Buku:


Menghukum kafir adalah suatu hukum agama (syar’i) dan tidak boleh berdasarkan pendapat semata-mata. Oleh itu, untuk memperkatakan tentangnya perlu merujuk kepada al-Qur’an dan hadis yang jelas.

Golongan yang jelas dikafirkan oleh Allah dan Rasul-Nya itulah diimani. Sebaliknya, golongan yang tidak jelas hendaklah didiamkan. Begitu juga kenyataan menghukum seseorang fasiq (ahli maksiat), adil, termasuk ahli syurga atau neraka.

Pada hari ini, kafir-mengkafir sudah terbiasa meniti di bibir segelintir umat Islam hanya kerana diucapkan oleh sebahagian ulama. Justeru, buku ini menolak pendapat golongan yang gemar mengkafirkan umat Islam yang belum jelas kekafirannya.


Jumlah Muka Surat:
97 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, April 18, 2008

74 – Sirah Nabi: al-Rahiq al-Maktum

Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung
Tajuk asal (Arab): al-Raheeq al-Maktum


Nama Buku:
Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Tajuk asal (Arab): al-Rahiq al-Maktum

Penulis:
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri

Terbitan:
Darul Haq

Harga:
RM78
(Termasuk kos pos sekitar semenanjung)

Berat:
1.3Kg

Berkaitan Buku:

Membaca dan menghayati sirah/sejarah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.

Buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik berkenaan sekitar sejarah kehidupan bangsa arab, fasa-fasa peperangan, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan yang wujud ketika itu. Turut dipaparkan juga adalah sekitar latar belakang kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara lengkap dan terperinci kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.

Lebih istimewa, buku ini turut dilengkapi dengan analisa sejarah, penukaran tahun peristiwa dari hijrah ke masehi, rujukan-rujukan hadis yang sahih, peta global/umum lokasi-lokasi bersejarah, dan beberapa yang lain.

Maka, hayatilah kisah sejarah yang sangat penting ini, bukan hanya sekadar kisah sejarah... tetapi sebuah kisah yang sangat penting kepada agama dan keimanan kita. Dari kisah beliaulah agama kita bermula... Jangan sampai kisah-kisah mistik dan mitos yang tiada asalnya lebih kita dahulukan, sedangkan kisah Nabi kita yang membawa petunjuk ini kita boleh abaikan pula...

Jumlah Muka Surat:
732 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

73 – Koreksi Total Ritual Solat (Penccerahan Persoalan Solat)

Koreksi Total Ritual Solat (Pencerahan Persoalan Masalah-Masalah Solat)


Nama Buku:
Koreksi Total Ritual Solat (Pencerahan Persoalan Masalah-Masalah Solat)

Penulis:
Sheikh Masyhur bin Hasan Salman

Terbitan:
Pustaka Azzam

Harga:
RM38

Berat:
600gram

Berkaitan Buku:

Pelbagai permasalahan berkaitan solat yang dipandang remeh diperbetulkan dan diperbahaskan melalui buku ini supaya ianya menjadi jelas kepada para pembaca untuk seterusnya menunaikan solat dengan lebih sempurna.

Antara isu yang dibahaskan adalah seperti kesalahan dalam persoalan penutupan aurat, persoalan menyingsingkan lengan baju, pemilihan tempat solat, kesalahan perilaku di dalam solat, kesalahan ketika solat berjemaah di masjid, persoalan kesalahan dalam solat jumaat dan pelbagai lagi yang lain.

Jumlah Muka Surat:
433 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 019-3081940 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Thursday, April 17, 2008

72 – Bantahan & Peringatan Atas Agama Syi’ah Rafidhah

Bantahan & Peringatan Atas Agama Syi’ah Rafidhah


Nama Buku:
Bantahan & Peringatan Atas Agama Syi’ah Rafdhah

Penulis:
Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahhab

Terbitan:
Pustaka al-Ilmu

Harga:
RM23

Berat:
200gram

Berkaitan Buku:


Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata, “Aku membolehkan persaksian para pengikut hawa nafsu semuanya kecuali Rafidhah, kerana sesungguhnya sebahagian mereka bersaksi dusta atas sebahagian yang lainnya.” (Adab asy-Syafi’i wa Manaqibunhu: 189. Sunan al-Kubra, Baihaqi: 10/29. Manhaj Imam asy-syafi’i, 2/486)

Beliau juga berkata, memperingatkan kaum muslimin dari Rafidhah, “Aku belum pernah melihat orang yang berani bersaksi dusta kecuali kaum Rafidhah” (Adab asy-Syafi’i: 187)

Al-Imam asy-Syafi’i adalah satu dari sekian banyak ulama umat yang berbicara berkenaan Syi’ah Rafidhah. “Gerakan Cinta Ahlul Bait” yang di-canangkan oleh kelompok ini, hanyalah dakyah penipuan di sejuta macam penyimpangan mereka, sehingga tidak pernah meredakan peringatan keras para ulama atas mereka.

Risalah yang ditulis oleh asy-Sheikh Muhammad bin Abdil Wahhab ini, akan membongkar hakikat Rafidhah dan membantah kebatilan mereka, dengan dalil-dalil yang kukuh lagi ilmiyah, bersumberkan al-Qur’an & Sunnah. Sehingga InsyaALLAH, anda akan menemukan jawaban mengapa ulama kita telah mengeluarkan Syi’ah Rafidhah dari Diinul Islam...


Jumlah Muka Surat:
207 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

71 – Virus Syi’ah (Judul Arab/Asal: Asy-Syi’ah was Sunnah)

Virus Syi’ah
(Judul Arab/Asal: Asy-Syi’ah was Sunnah)


Nama Buku:
Virus Syi’ah
(Judul Arab/Asal: Asy-Syi’ah was Sunnah)

Penulis:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir
(Salah seorang murid utama Syaikh 'Abdul 'Aziz Bin Bazz rahimahullah)

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM15

Berat:
200gram

Berkaitan Buku:

Syi’ah adalah anak emas Yahudi. Orang-orang Syi’ah menggunakan kata/slogan “Penyatuan & Perpaduan” untuk menutup jatidirinya, melindungi identitinya, dan sebagai topeng akan wajahnya yang sebenar.

Hakikatnya telah sekian lama orang-orang syi’ah menaburkan dan menyebarkan virus/racun/dakyah melalui buku-buku yang berhiaskan nama agama Islam. Mereka berkata Tentang Allah Ta’ala, dengan mengatakan bahawa Allah mengalami sifat al-bada’ (lupa atau tidak tahu). Tentang al-Qur’an, mereka mengatakan al-Qur’an telah diubah. Manakala tentang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, mereka mengatakan bahawa Ali B. Abu Talib radhiyallahu 'anhu dan anak keturunannya itu lebih jauh lebih mulia serta lebih baik daripada beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Bahkan kata Syi'ah, 'ali mencapai makam ketuhanan!

Tentang para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mana merupakan pembela agama ini, mereka mengatakan bahawa para sahabat itu adalah orang-orang yang berkhianat dan murtad sepeninggalan Rasulullah. Padahal, para sahabat itulah pembela agama sepeninggalan Rasulullah. Kemuliaan dan krebiliti mereka diperakui oleh al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi sendiri. Di antara para sahabat itu terdapat para pembela Islam yang agung terdiri daripada tokoh-tokoh besar, seperti Abu Bakar, Umar al-Khaththab, Utsman B. Affan, dan isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang merupakan Ummahatul Mukminin.

Dengan secara tulus, halus, dan berpaksikan kepada kebenaran buku ini bersikap transparen lagi ilmiyah membongkar sikap sebenar Syi’ah sebagai boneka Yahudi, yang dendam dan dengki terhadap kaum Muslimin.

Sebagaimana tergambar dalam aqidah Syi’ah tentang Allah Ta’ala, tentang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, tentang para sahabat Rasulullah, dan isteri-isteri Rasulullah yang merupakan Ummahatul Mukminin. Maka, kita tidak akan dan tidak sepatutnya ragu lagi terhadap kesesatan kaum Syi'ah ini.

Demikian halnya kebohongan mereka atas nama aqidah taqiyah (kepura-puraan), sebagai slogan seluruh orang-orang Syi’ah. Mereka mengakuinya sebagai perbuatan yang paling baik dan ibadah kepada Allah yang paling agung. Disertai pula perbahasan berkenaan aqidah para imam mereka, prinsip-prinsip kelompok tersebut dan latar belakang konflik antara mereka dengan Ahlus Sunnah.

Semuanya dijelaskan oleh penulis dengan begitu jelas dan baik berpandukan rujukan-rujukan yang authenthic dan tidak menyebutkan sedikit pun berkenaan Syi’ah melainkan berpandukan dari sumber-sumber Syi’ah sendiri.

Untuk pengetahuan para pembaca, penulis (syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir) adalah seorang ulama pengkaji yang teliti dalam babnya. Sehingga akhirnya beliau dibunuh oleh Syi'ah ketika sedang memberikan ceramahnya di Lahore Pakistan. Beliau dibom oleh kumpulan Syi'ah di sana disebabkan terlalu geram dan bencinya kaum Syi'ah terhadap beliau yang banyak membongkar penyimpangan dan kesesatan Syi'ah. Beliau sempat dibawa ke Saudi Arabia ketika cedera parah untuk tujuan rawatan, tetapi akhirnya beliau pergi jua. Walaupun demikian, karya-karya yang beliau tinggalkan cukup banyak dan sangat bermanfaat. Terutamanya dalam bab berkaitan dunia tasawuf, kesesatan Syi'ah, dan pelbagai ajaran tarekat.

Jumlah M/S.:
225

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, April 15, 2008

70 – Syarah Aqidah Wasyithiyah

Syarah Aqidah Wasyithiyah


Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=116

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

69 – Syarhus Sunnah

Syarhus Sunnah


Nama Buku:
Syarhus Sunnah (Tahqiq oleh Kholid bin Qosim al-Roddady)

Penulis:
Al-Imam al-Barbahari

Terbitan:
Pustaka Sahifa

Harga:
RM20

Berat:
100gram

Berkaitan Buku:


Masih ramai umat Islam yang masih belum mengenal dan jauh dari pengertian dan manhaj aqidah sunnah yang benar. Di antara mereka hanya memahami sunnah secara skop-skop kecil dan amat sedikit yang memungkinkan mampu menimbulkan peklbagai kesalah-fahaman. Kebanyakan manusia hanya beranggapan bahawa sunnah hanya berkaitan dengan urusan ubudiyyah atau fiqh ibadah semata-mata, padahal identik dengan Islam atau aqidah sebagaimana yang diaturkan oleh Bisyir bin Harits, “al-Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam”. Begitu ramai dari kalangan ulama Ahlus Sunnah menamakan aqidah dengan sebutan sunnah, sehingga beberapa ulama salaf ada yang memberi judul buku-buku aqidah mereka dengan judul as-Sunnah, seperti imam Ahmad, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Ibnu Abu Ashim, al-Baghawi, al-Barbahari, dan yang lainnya. “Syarhus Sunnah”, sebuah buku yang berkualiti, ilmiyah, dan menjadi rujukan kepada ahlus sunnah sehingga kini. Ia menjadi dasar manhaj dan pembinaan prinsip kepada para peneliti, pembaca dan yang memahaminya...


Jumlah Muka Surat:
180 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

68 – Tafsir as-Sa’di (Taisir al-Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan)

(Taisir al-Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan)

Judul:
Tafsir as-Sa’di
(Judul Asli ('Arab): Taisir al-Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan)

Penulis/Penyusun:
Syaikh 'Abdur Rahman B. Nashir as-Sa’di

Terbitan/Terjemahan:
Pustaka Sahifa

Price:
RM420 (7 Jilid Lengkap)

Weight:
1.2Kg (bagi setiap jilid)

Keterangan:

Tafsir as-Sa’di adalah salah satu di antara sekian banyak kitab-kitab tafsir yang hebat yang merupakan salah satu dari sumber kekayaan ilmiyah dunia Islam. Ia memiliki keunggulan tersendiri apabila ia muncul sebagai sebuah kitab tafsir yang paling ringkas dan padat bermethodologikan tafsir Salaf ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Ia diadun dengan bahasa yang ringkas dan mudah serta fokus terhadap maksud.

Ia disusun oleh Syaikh 'Abdur Rahman B. Nashir as-Sa'di rahimahullah yang merupakan salah seorang tokoh ulama tafsir kontemporari terkemuka yang pernah menjadi guru kepada sekian ramai ulama yang muncul zaman ini. Alhamdulillah karya tafsir yang amat berharga ini telah pun lengkap diterjemahkan agar manfaatnya dapat diterima semua pihak, sama ada bagi kalangan awam, penuntut ilmu, mahupun golongan ilmuan di luar sana.

Kandungan:

Jilid Pertama: Tafsir Surah al-Fatihah hingga Surah Ali 'Imran,

Jilid Kedua: Tafsir Surah an-Nisaa' hingga Surah al-An'am,

Jilid Ketiga: Tafsir Surah al-A'raaf hingga Surah Yusuf.

Jilid Ke-Empat: Surah ar-Ra'd hingga surah al-Hajj.

Jilid Ke-Lima: Surah al-Mu'min hingga Surah Saba'.

Jilid Ke-Enam: Surah Fathir hingga Surah Qaaf.

Jilid Ke-Tujuh: Surah adz-Dzariyyat hingga Surah an-Naas.

Jumlah m/s.:
7 Jilid lengkap.

Maklumat lanjut/pembayaran:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Pembayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, April 9, 2008

67 – Penyebab Rosaknya Amalan

Penyebab Rosaknya Amalan


Nama Buku:
Penyebab Rosaknya Amalan

Penulis:
Sheikh Salim ‘Ied al-Hilali

Terbitan:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga:
RM10

Berat:
100gram

Berkaitan Buku:

Buku ini membawakan kepada anda persoalan/permasalahan/perbuatan yang berupaya merosakkan amalan kebaikan kita. Ia dibincangakan dengan ilmiyah berdasarkan al-Qur’an dan hadis dengan secara padat, ringkas dan mudah difahami. Antara persoalan yang menjadi perbahasan di dalam buku ini adalah persoalan riya’, sombong, menderhakai ibnu bapa, syirik, mendustakan takdir, bid’ah, mendatangi dukun, memelihara anjing kesayangan, tinggal bersama orang-orang kafir, dan seumpamanya.

Jumlah Muka Surat:
91

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

66 – Buku Putih – Sheikh abdul Qadir al-Jilani

Buku Putih – Sheikh Abdul Qadir al-Jilani


Nama Buku:
Buku Putih – Sheikh abdul Qadir al-Jilani

Penulis:
Sheikh Dr. Sa’id bin Musfir al-Qahthani

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM65

Berat:
800gram

Berkaitan Buku:

Sheikh Abdul Qadir al-Jilani merupakan seorang ulama yang sangat terkenal namanya, khususnya di kalangan ahli tarekat/sufi. Di luar kalangan ahli tarekat pun namanya sangat harum disebut-sebut. Kebanyakan ulama yang hidup sezaman turut berguru dan mebnghadiri kuliah-kuliahnya. Hal ini menjelaskan dan menggambarkan serba sedikit betapa besarnya keilmuan beliau.

Beliau terkenal dengan akhlaknya yang sangat mulia. Seorang yang zuhud dan ahli ibadah. Beliau juga terkenal dengan kefasihannya, hujah-hujahnya yang kuat, kata-katanya yang menyentuh kalbu. Sehingga ramai orang yang bertaubat setelah mendengar khutbah beliau.

Terdapat beberapa karamah pada dirinya sebagaimana yang diakui sendiri oleh beberapa ulama besar ahlus sunnah. Tetapi tidak jarang juga ada yang dilebih-lebihkan oleh pengikut, murid, atau orang kebanyakan yang terpesona oleh karisma beliau dengan tanpa rasa tanggungjawab. Sehingga menjadikan beliau seakan-akan seorang yang maksum dan didewa-dewakannya lantas membuahkan syirik.

Pengarang buku ini (Dr. Sa’id bin Musfir) adalah bertujuan memberi penilaian semula akan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya atas nama membersihkan semula namanya berdasarkan sumber-sumber rujukan yang sebenar dan terpercaya. Buku ini asalnya adalah merupakan risalah ilmiyah beliau untuk memperolehi gelaran doktor dari Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah, Fakulti Dakwah & Usuluddin, Program Pengajian Aqidah. Dan melaluinya beliau juga telah berjaya memperolehi nilai cum laude.

Buku ini menghadirkan Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dari sudut perspektif aqidah ahlus sunnah wal jama’ah. Ia membawakan suatu fakta yang cukup-cukup ilmiyah berkenaan siapa sebenarnya ulama ini (Sheikh Abdul Qadir). Buku ini amat bermakna kepada sesiapa yang ingin mengenali Abdul Qadir Jailani dengan lebih jelas dan detail yang mana sekaligus membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang yang bermazhab ahlus sunnah dan bukannya orang tarekat atau sufi.

Jumlah Muka Surat:
545

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

65 – Hakikat Sufi Dalam al-Qur’an & al-Sunnah

Hakikat Sufi Dalam al-Qur’an & al-Sunnah


Nama Buku:
Hakikat Sufi Dalam al-Qur’an & al-Sunnah

Penulis:
Sheikh Dr. Muhammad bin Rabi’ bin Hadi al-Madkhali

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM6

Berat:
80gram

Berkaitan Buku:

Buku ini ditulis dan dipersembahkan kepada umum secara ringkas dan padat lagi tuntas berkenaan persoalan-persoalan gejala kesufian. Ini merungkai bermula dari sekitar definisi sufi, sejarah dan pertumbuhannya, ajaran dan aqidahnya, perbezaan zuhud dan sufi, sehinggalah kepada pengasas dan tokoh-tokohnya. Turut dibincangkan adalah sekitar isu karamah yang digembar-gemburkan dan beberapa yang lain secara ilmiyah dan padat.

Jumlah Muka Surat:
99

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

64 – Manhaj Ahlus Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah

Buku ini telah pun dipindahkan ke post no. 230. Sila klik di sini.

Thursday, April 3, 2008

63 – Fatwa Kemusykilan Solat (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Fatwa Kemusykilan Solat (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)


Nama Buku:
Fatwa Kemusykilan Solat (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis/Selenggaraan:
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Solat merupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia merupakan tanda ketaatan dan kepatuhan seseorang kepada perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta agenda utama yang akan disoal di akhirat kelak.

Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar solat yang dilakukan diterima oleh ALLAH. Segala permasalahan dan kemusykilan dapat diselesaikan jika benar-benar memahami konsep. rukun, syarat dan cara-cara yang bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam menunaikan solat, pastinya umat Islam menghadapi pelbagai kemusykilan yang boleh mencacatkan solat tersebut. Fatwa Kemusykilan Solat merupakan sebuah buku yang menghimpunkan perlbagai kemusykilan atau masalah-masalah berkaitan solat. Huraian fakta yang jelas disertai dalil yang sahih daripada al-Quran dan sunnah menjadi pelengkap utama buku ini.

Buku ini juga memuatkan keterangan terperinci berkaitan permasalahan yang timbul di dalam menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat hari raya, solat gerhana, solat istikharah dan lain-lain.

Ia memudahkan umat Islam mendapat jawapan segera terhadap apa jua kemusykilan dan bagi yang tidak bermasalah pula, dapat menambahkan ilmu pengetahuan untuk diamalkan. Mudah-mudahan buku ini menjadi rujukan utama para pembaca yang inginkan solat yang berkualiti dan diterima oleh ALLAH.

Jumlah Muka Surat:
416 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715 / 013-3701152,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

62 – Fatwa Jin & Sihir (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Fatwa Jin & Sihir (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)


Nama Buku:
Fatwa Jin & Sihir (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis/Selenggaraan:
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Pernahkah anda terfikir, soalan-soalan seperti bagaimana rupa jin? Di mana tempat tinggal jin? Siapa itu qarin? Bolehkah berkahwin dengan jin? Berdamping dengan jin? Dan pernahkah anda terfikir apakah pandangan Islam mengenai sihir? Bomoh? Tukang tilik? Ubat guna-guna dan sebagainya?

Semua itu terdapat dalam buku Fatwa Jin dan Sihir ini. Malah, terdapat juga huraian tentang asal usul jin, tempat tinggal jin, qarin, hukum berkahwin dengan jin, beza antara jin, iblis dan malakat serta pelbagai lagi.

Sihir pula adalah ilmu sesat yang digunakan untuk memusnahkan makhluk lain dan dibantu oleh jin dan syaitan. Ia merupakan penipun dan khayalan yang dilihat sesuatu yang benar oleh umat manusia. Manusia yang hilang pedoman dan jauh daripada agama sering menggunakan sihir sebagai jalan menyelesaian kepada permasalahan mereka.

Jumlah Muka Surat:
400 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715 / 013-3701152, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

61 – Fatwa Haji (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Fatwa Haji (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)


Nama Buku:
Fatwa Haji (3 Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis/Selenggaraan:
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Buku ini merupakan soal jawab segala kemusykilan di Tanah Suci. Segala jawapan adalah berdasarkan fatwa Muhammad bin Soleh al Munajjid, Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin' dan Abdul Aziz bin Baz.


Dalam menjalani ibadah haji, pastinya umat Islam menghadapi pelbagai kesukaran dan kemusykilan sama ada ketika berniat, tawaf, sai, bermalam di Mina dan Muzdalifah, melontar tiga jamrah dan sebagainya. Tanpa ilmu yang mantap, mereka mungkin melakukan pelbagai kesalaha dan akhirnya gagal mendapa Haji Mabrur.

Buku ini membantu anda dengan setiap penerangan disertai dalil daripada al-Quran, hadis, kata-kata sahabat, tabiin, tabi' tabiin serta para ulama yang termasyhur di kalangan umat Islam.

Jadi, kepada bakal-bakal ke Tanah Suci, eloklah mendapatkan buku ini. Selamat Membaca!

Jumlah Muka Surat:
400 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, 012-6887715 / 013-3701152,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

60 – Aqidah Thahawiyah

Aqidah Thahawiyah


Nama Buku:
Aqidah Thahawiyah

Penulis/Selenggaraan:
Taqliq & Syarah oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Media Hidayah

Harga:
RM9.50

Berat:
200gram

Berkaitan Buku:

Sebuah penjelasan berkenaan aqidah ahlus sunnah wal jamaah yang ringkas dan mudah untuk difahami. Merupakan sebuah karya asal oleh al-Imam Abu Ja’afar at-Thahawi.

Jumlah Muka Surat:
128 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715 / 013-3701152,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

59 – Syarah Kasyfu Syubuhat / Syarah Ushulus Sittah

Syarah Kasyfu Syubuhat
Membongkar akar Kesyirikan


Title:
Syarah Kasyfu Syubuhat dilengkapi Syarah Ushulus Sittah
Membongkar Akar Kesyirikan
Judul Asli: Kasyfu Syubuhat/Syarah Ushulus Sittah

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
Karya asal oleh Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Buku ini adalah penjelasan kepada prinsip-prinsip dalam beragama dan beraqidah yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab. Beliau mengutarakan prinsip-prinsip penting dalam beraqidah, bergama, dan menjaga kemurniaan tauhid dengan mengabdikan diri hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini adalah dalam rangka membasmi pelbagai kesyirikan yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Kesyirikan dan kesalah-fahaman dalam bertauhid perlu diperbetulkan dengan tauhid yang murni hanya semata-mata kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ia perlu dibina di atas ilmu yang bertunjangkan dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, difahami pula di atas prinsip-prinsip para salaf (ahlus sunnah wal-jama'ah). Menjauhi sikap taqlid buta dan sifat-sifat kaum musyrikin.

Kemudian prinsip-prinsip penting ini diberi penjelasan dan syarahan oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin pula. Kemudian jadilah buku ini sebagai hasil yang sangat bermanfaat buat kita semua sebagaimana yang ada di hadapan anda ini.

Total Pages:
236 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

58 – Fiqh Mubasyarah (Pengaruh Aktiviti Seksual Terhadap Ibadah)

Fiqh Mubasyarah
(Pengaruh Aktiviti Seksual Terhadap Ibadah)


Nama Buku:
Fiqh Mubasyarah (Pengaruh Aktiviti Seksual Terhadap Ibadah)

Penulis/Selenggaraan:
Sheikh Dr. Abdul Aziz Mabruk

Terbitan:
Media Hidayah

Harga:
RM15.50

Berat:
300gram

Berkaitan Buku:

Masalah seksual berkaitan dengan hukum-hukum Islam secara umum yang mana seseorang muslim wajib mengetahui dan mendalaminya, terutama yang berkaitan dengan masalah-masalah ibadah. Kerana tujuan manusia diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk beribadah. Ia diperintahkan agar boleh melaksanakan ibadah secara optimal.

Padahal, masalah seksual ini terkadang boleh mengurangi bahkan merosak nilai-nilai ibadah. Oleh kerana itu, makanya hal ini diperbahaskan melalui tulisan/buku ini.

Dan buku ini diberi judul Fiqib Mubasyarah (Pengaruh Seksual terhadap Batalnya Ibadah). Kami berharap kepada para pembaca yang budiman untuk mencerna permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan mubasyarah ini dengan saksama, adakah ia boleh membatalkan ibadah atau tidak sebaliknya.

Antara yang dibahaskan di dalam buku ini adalah kesan seksual dan ransangan seks kepada ibadah seperti Thoharah, wudhu', solat, puasa, haji, iktikaf, dan lainnya. Ia turut membahaskan beberapa persoalan lain yang tidak kurang pentingnya seperti hukum onani, hukum melakukan ransangan seks dengan cara-cara tertentu, dan hukum berimaginasi seks.

Jumlah Muka Surat:
231 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

57 – Produk Bukan Buku: Madu Asli Dari Hutan Danau Toba, Indonesia.

Produk Bukan Buku:
Madu Asli Dari Hutan Danau Toba Dan Juga Riau, Indonesia.




Nama Produk:
Produk Bukan Buku: Madu Asli Dari Hutan Danau Toba, Indonesia

Harga:
RM30

Kandungan (ml):
500ml (size botol mineral kecil)

Berkaitan Produk:

Didatangkan dari Hutan Danau Toba/Madu Sumbawa (Warna Merah Kekuningan) & Hutan Riau (Warna Kehitaman), Indonesia. Dalam bentuk botol kaca atau plastik ber-isipadu 450ml, dan 1kg. Dengan harga RM35, dan RM60 masing-masing. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli/tempahan, boleh-lah hubungi: 012-6887715/013-3701152.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Wednesday, April 2, 2008

56 – Fatwa Iman

Fatwa Iman


Nama Buku:
Fatwa Iman

Penulis/Selenggaraan:
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

SEKIRANYA anda musykil tentang enam rukun iman, anda bolehlah rujuk buku terbaru bertajuk ‘Fatwa Iman’. Keislaman seseorang itu boleh dilihat daripada amalan dan perbuatannya seperti lafaz syahadah, menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat mengerjakan haji jika mampu. Namun sama ada dia beriman atau tidak, orang lain tidak dapat memastikannya kecuali dia sendiri menilai sejauh mana keimanannya.

Buku ini merupakan himpunan soalan dan jawapan berhubung dengan permasalahan yang timbul dalam keenam-enam rukun iman. Ia juga menjelaskan apa yang perlu dipegang dan ditinggalkan oleh setiap mukmin. Begitu juga perkara-perkara yang perlu dijaga untuk mempertahankan keimanan. Setiap jawapan disertakan dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran, hadis, pendapat sahabat, tabiin dan juga ulama muktabar. Ini bagi memastikan para pembaca dapat berpegang padanya dengan penuh keyakinan.

Jumlah Muka Surat:
576 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

55 – Pedoman Puasa

Pedoman Puasa (3 Kibar Ulama Saudi)


Nama Buku:
Pedoman Puasa

Penulis (Selenggaraan):
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini, kami mempersembahkah buku PUASA. Ia mengandungi soalan dan jawapan mengenai pelbagai kemusykilan puasa bermula dari melihat anak bulan, ucapan selamat, jenis ibadah yang disyariatkan, keuzuran, tarawih, lailatulqadar, iktikaf sepuluh akhir Ramadan, puasa ganti, kifarat, puasa sunat, hari yang diharamkan berpuasa dan pelbagai kemusykilan lagi.

Buku ini menghuraikan secara lengkap tentang setiap persoalan yang dikemukakan disertai dalil daripada al-Quran dan sunnah. Begitu juga pendapat ulama muktabar bermula daripada sahabat, tabiin, tabi' al-Tabiin dan para ulama Islam sehinggalah ke hari ini.

Mudah-mudahan dengan memiliki buku ini ibadah puasa yang mulia ini dapat berjalan dengan sempurna dalam memperolehi darjat orang-orang yang bertakwa.

Jumlah Muka Surat:
576 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

54 – WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE

WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE


Nama Buku:
WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE

Penulis:
Abu Ruwais asy-Syubrawi

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM19.90

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Mazhab utama pegangan umat Islam di Malaysia adalah Mazhab Syafie. Pengasasnya, iaitu Muhammad bin Idris al-Syafie merupakan seorang yang alim lagi warak terhadap ilmu agama yang diterima dan disampaikan. Sebab itulah beliau mempunyai ramai pengikut. Antaranya umat Islam di Malaysia.

Bagi memantapkan lagi pengetahuan tentang isi kandungan yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar mazhab itu, penulis buku ini mengkaji dan mengumpulkan pendapat para ulama bermazhab itu sebagai panduan buat para pengikutnya. Pastinya setelah membaca buku ini, seseorang yang bermazhab Syafie akan dapat beramal dengan penuh yakin.

Buku ini membincangkan tentang solat dan perkara lain yang berkaitan dengan solat seperti wuduk, tayamum, bersuci, sapu khuf, bersugi, najis, jenis air dan sebagainya. Ia diambil daripada berbahasan yang dibuat oleh para ulama bermazhab Syafie seperti Imam Syafie sendiri, al-Muzanni, a-Nawawi, Ibn Katsir, Ibn Hajar dan ramai lagi yang lain.

Mudah-mudahan dengan adanya buku ini, umat Islam yang bermazhab Syafie di Malaysia dapat beramal dengan hujah dan dalil para ulama muktabar mereka. Bukan ikut-ikutan semata-mata.

Jumlah Muka Surat:
422 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

53 – Syurga & Neraka (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Syurga & Neraka (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Nama Buku:
Syurga & Neraka (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis:
Selenggaraan Sakinah Arif Johor & Mohd. Yusuf Arbain

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:
Kepercayaan pada syurga dan neraka sebagai destinasi terakhir bagi orang mukmin dan kafir merupakan salah satu cabang keimanan pada hari kiamat. Sesiapa yang ingkar bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan dibalas dengan nikmat dan azab di akhirat kelak, maka dia akan kufur dan keimanannya tertolak.

Segala kenikmatan yang ada di syurga itu tidak pernah kita lihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang hamba pun di dunia ini. Itulah sebaik-baik balasan atas kesabaran mereka selama di dunia.

Bagi penghuni neraka pula, mereka akan diseksa sekeras-kerasnya kerana meninggalkan suruhan agama, melakukan dosa, mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan serta melakukan maksiat terhadap ALLAH AZZA WA JALLA. Demikianlah janji ALLAH yang diulang-ulang dalam al-Quran dan sunnah Nabi-NYA. DIA amat menepati janji-NYA.

Buku ini memberikan huraian lengkap berbentuk soal jawab berkenaan dengan syurga dan neraka menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah dan pendapat ulama muktabar.

Jumlah Muka Surat:
382 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

52 – Jenazah (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Jenazah (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Nama Buku:
Jenazah Kiamat (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis:
Selenggaraan Sakinah Arif Johor & Mohd. Yusuf Arbain

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:
MENGURUSKAN jenazah merupakan fardu kifayah ke atas umat Islam. Ini bermakna, dalam setiap kelompok masyarakat, wajib ada segolongan kaum muslimin yang menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan jenazah, iaitu daripada memandi, mengkafan, menyembahyangkan sehinggalah mengebumikan jenazah. Jika tidak, semua yang berada dalam kelompok itu akan menanggung dosa.Oleh yang demikian, setiap muslim mesti mengetahui ilmu tentang menguruskan jenazah agar tidak berlaku kepupusan terhadap golongan yang mahir dalam bidang ini.Ilmu menguruskan jenazah ini perlu difahami dengan jelas oleh setiap muslim agar ia tidak bercampur dengan upacara yang karut-marut, iaitu tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Buku jenazah ini berbentuk soal jawab dan disertai dengan dalil daripada al-Quran, sunnah serta pendapat ulama yang muktabar. Ini bagi memastikan para pembaca mendapat maklumat yang sahih berkenaan dengan hal ehwal menguruskan jenazah agar bertepatan dengan tuntutan syarak.

Jumlah Muka Surat:
326 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

51 – Barzakh & Kiamat (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Barzakh & Kiamat (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)


Nama Buku:
Barzakh & Kiamat (Koleksi Fatwa Kibar Ulama Saudi Arabia)

Penulis:
Selenggaraan Sakinah Arif Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00

Berat:

500gram

Berkaitan Buku:
ALAM barzakh adalah tempat sementara bagi roh yang telah meninggal sebelum memasuki alam akhirat. Setelah memasuki liang lahad, kubur mereka yang beriman akan dilapangkan dan mereka juga dapat melihat nikmat yang bakal diperolehi di syurga kelak.

Sebaliknya jika mereka kufur dan ingkar, maka pada ketika itu kubur mereka akan disempitkan. Malah, bahang kepanasan api neraka akan ditayangkan kepada mereka sepanjang mereka berada di alam itu sehingga ke hari kiamat.

Kiamat pula merupakan hari di mana seluruh umat dihimpunkan untuk perhitungan, timbangan amal, meniti siratul mustaqim dan sebagainya. Ia berlaku setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing menuju kehidupan yang kekal abadi sama ada ke syurga atau neraka.
Ketika itu, seluruh manusia bersesak-sesak dengan hanya memikirkan diri sendiri dan mengharapkan syafaat daripada para nabi dan rasul. Mereka sudah tidak sanggup lagi menanggung penderitaan akibat kesesakan itu dan memohon agar hisab dan perhitungan amal disegerakan.

Jumlah Muka Surat:
326 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.