Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, July 10, 2009

140 - Ensiklopedi Adab Islam

Ensiklopedi Adab Islam


Title:
Ensiklopedi Adab Islam
Judul Asal ('Arab): Mausuu'atul Aadaab al-Islamiyyah

Author:
Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Fathi as-Sayyid Nada
Terjehaman oleh: Ust. Abu Ihsan al-Atsary

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM140.00

Weight:
2.8kg

Description:

Islam telah pun mengajarkan adab sama ada di dalam persoalan ibadah mahu pun mu'amalah (hubungan di antara sesama manusia atau dengan makhluk lainnya). Ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan rahmatan lil 'alamin, iaitu rahmat bagi semesta alam. Bertepatan dengan judulnya, buku ini mempersembahkan bagaimana bentuk-bentuk adab seseorang muslim dengan secara lengkap dan terperinci di dalam setiap keadaan. Kehebatan dan kelebihan buku ini adalah dengan pembawaan hujjah dan penjelasannya yang sentiasa bersandarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, ditambah lagi dengan sub-perbahasannya berdasarkan kepada abjad, iaitu berdasarkan urutan huruf hijaiyyah dan para pembaca boleh dengan mudah melakukan pencarian dan penelitian.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

139 - Shahih Sunan Abu Daud

Shahih Sunan Abu Daud



Title:
Shahih Sunan Abu Daud

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM240

Weight:
3kg

Description:

Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang mana asalnya hadis-hadisnya adalah dari Sunan Imam Abu Daud. Hadis-hadis tersebut kemudiannya diasingkan di antara yang sahih, yang dhaif dan seterusnya. Dan hadis-hadis yang sahih setelah dinilai dan akhirnya dikumpulkan oleh beliau (Syaikh al-Albani) ke dalam kitab ini yang dinamakan sebagai Shahih Sunan Abu Daud. Dan kitab yang telah diterjemahkan ini dibawakan kepada anda di dalam bentuk ringkasan.

Total Pages:
280

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

138 - Mulia Dengan Manhaj Salaf

Mulia Dengan Manhaj Salaf


Title:
Mulia Dengan Manhaj Salaf

Author:
Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM70

Weight:
1.2kg

Description:

Di antara yang dibahaskan oleh buku ini adalah sekitar pengertian Salaf dan salafi, kewajiban berpegang kepada prinsip para salaf dalam memahami agama, siapakah yang berhak dikategorikan sebagai salafi (pengikut golongan salaf), ciri-ciri dakwah hizbiyah (kepuakan) dan sururiyah, syubhat-syubhat terhadap dakwah para salafiyah dan bantahannya, melihat firqah-firah sesat dulu dan kini.
Total Pages:
500

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, July 9, 2009

137 - Malapetaka Akhir Zaman

Malapetaka Akhir Zaman


Title:
Malapetaka Akhir Zaman
(Judul asal: an-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim)

Author:
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah
Tahqiq: Ishamuddin as-Shababthiy
Tahkrij hadis: Berdasarkan Kitab-kitab Syaikh al-Albani

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM118

Weight:
2kg

Description:

Pada suatu masa akan datang di mana harta, anak pinak, ayah dan ibu serta sahabat handai tidak lagi dapat menghulurkan pertolongan, tidak mengenali di antara satu dengan yang lain. Masing-masing sibuk memikirkan diri masing-masing. Itulah masa yang akan tiba di hari kiamat yang pasti terjadi.

Sudahkah kita bersiap sedia menghadapinya? Suatu hari yang sangat dahsyat. Jadi, apakah jalan dan cara untuk berhadapan dengan hari tersebut di mana setiap individu bernama manusia akan menghadapinya.

Melalui kitab ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan jalan-jalan yang mesti dilalui dan prinsip yang perlu dipegang oleh seseorang Muslim sementara masih di dunia supaya selamat di hari kemudian yang paling dahsyat sekali. Beliau juga memaparkan kepada para pembaca bukti-bukti yang sahih berkenaan betapa dahsyatnya hari kiamat serta rentetan peristiwa yang berlaku di dalamnya yang dimulai dengan munculnya dajjal, turunnya 'Isa ibn Maryam, munculnya kaum Ya'juj dan Ma'juj, hari hisab dan pembalasan, dan mizan serta keputusan sama ada ke Syurga mahu pun neraka.

Turut dibahaskan melalui buku ini adalah berkenaan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan setelah zaman Rasulullah, yang mana sebahagiannya telah pun berlaku. Berkenaan fitnah akhir zaman, tanda-tanda kiamat, kemuncullan dajjal-dajjal kecil (pendusta) sebelum munculnya dajjal yang sebenar, tiupan sangkakala, huru-hara akhir zaman, berkumpulnya makhluk di hadapan Allah, sifat-sidat neraka, syafa'at Rasulullah, sifat-sifat syurga dan kandungannya, dan seterusnya banyak lagi.

Total Pages:
1036

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, July 8, 2009

136 - Syarah 'Aqidah Wasithiyah

Syarah 'Aqidah Wasithiyah


Title:
Syarah 'Aqidah Wasithiyah

Author:
Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di
Catatan kaki/footnote: Syaikh Ibnu Bazz
Takhrij/Tahqiq: Syaikh Ali Hasan al-Atsary
Terjemahan: Ust. Yazid Abd. Qadir Jawas

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM42

Weight:
800g

Description:

Asal Kitab ini adalah susunan oleh Syaikh al-Islam Ahmad B. Abd. Halim Ibnu Taimiyah rahimahullah, seorang perjuang Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang hebat lagi terkenal pada zamannya. Kemudiannya kini ia pun diperbahasakan dan diberi penjelasan dengan lebih terperinci oleh ulama terkemudian iaitu Syaikh 'Abdurrahman b. Nashir as-Sa'di rahimahullah. Kitab ini membahaskan secara ringkas dan mudah konsep Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan dengan lebih terperinci pada perbahasan al-Asma' wa Shifat (Nama dan Sifat-sifat Allah).

Total Pages:
280

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

135 - Ensiklopedi Larangan (Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah)

Ensiklopedi Larangan
-Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah-



Title:
Ensiklopedi Larangan
(Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah)

Author:
Syaikh Salim 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM346
(Diskaun dari 20% hingga 35% berbanding harga pasaran)
(3 Jilid)

Weight:
6kg

Description:

Sebuah buku berbentuk ensiklopedi kerana mengumpulkan perbahasan berkaitan larangan-larangan di dalam agama menurut skopnya bermula dari skop Aqidah, akhlak, fiqh, ibadah, mu'amalah, jual beli, puasa, korban, aqiqah, warisan, wasiat, solat, azan, haji, umrah, dan banyak lagi seterusnya.

Sesungguhnya larangan di dalam islam wajib dijauhi (ditinggalkan) oleh setiap muslim yang belum mengamalkan larangan itu atau meninggalkannya dan segera bertaubat. Bagi yang telah meninggalkan larangan-larangan tersebut sebagai tanda ketaatan kepada Allah dan Rosul-Nya, semoga Allah merahmatinya.

Dan sesungguhnya, lebih sukar meninggalkan larangan berbanding melaksanakan perintah, ini adalah kerana meninggalkan larangan bertentangan dengan hawa nafsu manusia. Kerana itulah Allah 'Azza wa Jalla memberikan pahala yang besar dan pujian bagi hamba-Nya yang mampu menahan hawa nafsunya. Allah berfirman (maksudnya):

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-Nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggalnya." [Surah an Naziat: 40-41]

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda (maksudnya), "Apa yang aku larang ke atas kamu, maka tinggalkanlah dan apa-apa yang aku perintahkan kepada kamu maka laksanakanlah sedaya-upaya kamu. Sesungguhnya yang menjadikan binasa orang-orang sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan mereka menyelisihi nabi-nabi mereka." [Hadis Riwayat Muslim, no 1337].

Pada hadits tersebut dijelaskan bahawa larangan di dalam agama diperintahkan mutlak supaya ditinggalkan, sehingga meninggalkan larangan itu menyamai dengan usaha melaksanakan sesuatu perintah.

Maka, Inilah Kitab yang membahas secara terperinci bentuk-bentuk larangan di dalam Islam dengan harapan supaya setiap muslim dapat menjauhi dan meninggalkannya, khususnya di zaman penuh fitnah seperti zaman ini yang begitu banyak larangan Allah dan Rasul-Nya yang dilanggar sama ada dengan secara sedar atau pun tidak sebaliknya, sama ada disebabkan kerana kebodohan (jahil) atau pun kerana mengikuti hawa nafsu. Telitilah kitab ini dari lembaran demi lembarannya, semoga kita beroleh manfaat.

Total Pages:
3 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, diskaun, harga pengedar, atau pembelian. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, July 7, 2009

134 - Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah

Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah


Title:
Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah
Judul asal (Arab): al-Wajiiz fii 'Aqidatis Salaf ash-Sholeh Ahlis Sunnah wal-Jama'ah

Author:
Syaikh 'Abdullah B. Abdul Hamid al-Atsary

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM26

Weight:
650g

Description:

Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa ummat Islam sepeninggalan beliau akan terpecah-belah menjadi 73 golongan, semuanya akan masuk Neraka, kecuali satu. Ciri-ciri golongan yang satu itu adalah, "Maa ana 'alaihi wa ash-haabihi" (yang mengikuti sunnahku dan sunnah Sahabatku). Kalimat terakhir inilah yang pada kemudiannya menyebabkan muncul istilah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sebagai al-firqatun naajiyah (kelompok yang selamat) atau thaa'ifah al-manshuurah (kelompok yang dimenangkan).

Lantas, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahlus Sunnah wal Jama'ah? Siapakah mereka?

Buku yang ada di hadapan saudara ini berusaha membantu memberikan jawaban yang memuaskan ke atas pertanyaan-pertanyaan tersebut dan menambah ilmu kepada saudara berkenaan dengan masalah tersebut. Buku yang kami beri judul Intisari 'Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah ini merupakan terjemahan dari kitab Al-Wajiiz fii 'Aqidatis Salafish Shaalih Ahlis Sunnah wal Jama'ah, karya Syaikh 'Abdullah bin 'Abdil Hamid al-Atsari.

Buku yang memperoleh kata aluan dan pujian dari para ulama besar ini membahaskan asas-asas masalah 'aqidah secara padat dan lengkap, seperti definisi 'aqidah, Ahlus Sunnah wal Jama'ah, salaf, Ahlul Ahwaa' (pengikut hawa nafsu), bid'ah, ittiba' (mencontohi Nabi), rukun iman, takfir (pengkafiran), muwaalah (kecintaan), mu'aadah (permusuhan), karamah para wali, taat kepada Ulil Amri, kaedah-kaedah dakwah dan lain-lain. Buku ini disajikan secara sistematik, jelas, dan ringkas sehingga mudah dibaca dan mudah difahami.

Di samping itu kami juga melengkapinya dengan takhrij hadis-hadisnya sehingga maklumat yang dibentangkan dapat dipertanggung-jawabkan secara ilmiyah.

Selawat dan salam semoga selalu dicurahkan kepada Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, kepada Keluarga dan seluruh Sahabatnya..

Total Pages:
291

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

133 - Mengapa Ahmadiyah Dilarang?

Mengapa Ahmadiyah Dilarang?


Title:
Mengapa Ahmadiyah Dilarang?
Merungkai Fakta Sejarah Dan I'tiqad Fahaman Qadiyani

Author:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM47

Weight:
600g

Description:

Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani adalah seorang pengasas dan pemimpin gerakan berbentuk keagamaan bernama Ahmadiyah yang begitu kontroversi pada masanya sehinggalah kini di mana banyak fahaman dan ajarannya terus diikuti. Fahaman dan pemikirannya ini beliau sebarkan di antaranya dengan melalui buku, risalah, dan makalah yang kemudiannya dianggap sebagai sumber suci seperti wahyu. Sekaligus akhirnya beliau telah menganggap dirinya sebagai Nabi yang menyampaikan sebuah agama yang baru.

Ahmadiyah telah diharamkan dan difatwakan sesat malah kafir disebabkan mereka memusuhi Islam dan umat Islam. Mereka tidak bersolat di belakang umat Islam dan meyakini bahawa umat Islam adalah kekal di dalam neraka. Mirza Ghulam Ahmad, iaitu pengasas ajaran ini turut berkeyakinan bahawa Allah juga bersolat, berpuasa, tidur, bersetubuh, dan melahirkan anak. Na'udzubillah... Begitu juga kepada para Rasul, beliau menghinakannya dan beranggapan bahawa dirinya lebih mulia dan utama dari Nabi Adam, Nuh, Yusuf, Isa dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri. Begitulah betapa sesatnya fahaman yang beliau asaskan tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... dengan sebuah pena dan tulisan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir, beliau telah merungkaikan banyak kekeliruan dan membongkarkan kesesatan Ahmadiyah. Beliau telah menganalisa dan mendedahkan begitu banyak fakta-fakta asli dari rujukan Ahmadiyah adalah menyesatkan. Semoga dengan hasil kajian dan tulisan beliau ini akan membantu masyarakat lainnya supaya tidak terperangkap dengan jerat dan kesesatan Ahmadiyah atau juga turut dikenali dengan ajaran Qadiyani yag telah menyebar ke seluruh dunia.

Di antara skop perbahasan yang beliau bawakan adalah: Sejarah Mirza Ghulam Ahmad (pengasas dan pemimpin) serta sejarah Ahmadiyah, al-Qadiyani sebagai senjata penjajah, hubungan Ahmadiyah dengan Umat Islam, Pengakuan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Nabi dan penghinaan kepada para Sahabat, Aqidah dan fahaman Qadiyani, al-Qadiyani dan al-Masih, Kelompok dan pecahan-pecahan Qadiyani, Perbahasan Penutupan Para Nabi dan Kesesatan Qadiyani yang mengakui adanya Nabi Selepas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:
414

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

132 - VCD: Panduan Haji & Umrah Menurut Sunnah

VCD Panduan Haji & Umrah Menurut Sunnah


Title:
VCD: Panduan Haji & Umrah Menurut Sunnah
(Berbahasa Arab, subtitles include)

Author:
Mecca Agency

Publisher:
Mecca Agency

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

VCD ini membawakan kepada anda sebuah praktical manasik haji dan umrah dengan berpandukan kepada al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Turut dibentangkan adalah beberapa bentuk kesalahan umum oleh pelaku haji dan umrah yag kerap berlaku.

Total Pages:
1 VCD

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

131 - VCD: Indahnya Hidup Di Dalam Sunnah (Dialog Bersama MUI)

Indahnya Hidup Di Dalam Sunnah
Meraih Kejayaan Di Dalam Dakwah


Title:
Indahnya Hidup Di Dalam Sunnah (4 VCD)
(Edisi Khas Dialog/Debat bersama Majlis Ugama Indonesia (MUI))

Author:
Bersama Ustaz Abdul Hakim B. Amir Abdat dan
Ustaz Yazid B. Abdul Qadil Jawas
(Edisi Khas Dialog/Debat bersama Majlis Ugama Indonesia (MUI))

Publisher:
Pustaka al-Ilmu

Price:
RM35

Weight:
100g

Description:

VCD ini dibawakan kepada anda dalam 4 keping VCD asli. Membawakan dua buah sesi kuliah berasingan bersama dua tokoh besar pendukung dakwah sunnah bermanhaj salaf di Indonesia. Edisi khas di mana setiap sesi kuliah dibawakan bersama dialog dan perdebatan bersama Majlis Ugama Indonesia (MUI).

Total Pages:
4 VCD

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

130 - Untukmu Yang Berjiwa Hanif

Untukmu Yang Berjiwa Hanif


Title:
Untukmu Yang Berjiwa Hanif

Author:
Ustaz Armen Halim Naro

Publisher:
Psutaka Darul Ilmi

Price:
RM16 (Soft Cover)
RM30 (Hard Cover)

Weight:
100g

Description:

Di ketika jejak-jejak kasih-sayang Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mula tampak di halaman kalbu, awan mahabbah dan kabut cinta Allah sedang datang berarak di langit hati, petanda rahmat hidayah akan turun menyirami taman jiwa.

Tidak berselang-lama, akan tumbuh bersemi fitrah yang suci, hadir perasaan tunduk dan patuh kepada kebenaran, timbul motivasi dan semangat untuk melaksanakan kebaikan. Saat itulah kehidupan akan dirasa bererti dan kebahagiaan mampu diraih kembali. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Dan orang-orang yang berjuang di dalam jalan Kami, akan Kami beri mereka hidayah menuju jalan-jalan kebaikan." (Surah al-ankabut, 29: 69).

Sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja, tidak diolah dengan benar bahkan sering dilalaikan, pasti ia berlalu dan meninggalkannya di dalam kesendirian menyebabkan ia harus menunggu dan menunggu pada sebuah penantian yang tidak berkesudahan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Ketika mereka menyeleweng dari jalan kebenaran, kami selewengkan hati mereka." (Surah ash-Shaf, 61: 5)

Tiada pilihan lain bagi seorang hamba melainkan meneruskan pencarian dan memperkukuhkan keyakinan. Kerana bangun dari kelalaian merupakan langkah awal dari sebuah perjalanan menuju Shirathul Mustaqim. Jalan yang telah ditempuh oleh para Nabi dan Rasul, orangorang Shiddiq, Syuhada, dan orang-orang yang Soleh. Dan itulah yang telah terdahulu dilalui dan ditempuh oleh Rasulullah dan para Sahabatnya.

Beragamalah dengan agamanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan berjalan di atas jejak-jejak jalan Slafush Sholeh. Itulah sebuah keselamatan. Bahkan sebuah kewajiban. Itulah sebenarnya hidayah yang hakiki. Allah berfirman: "Sekiranya mereka beriman seperti mereka beriman, nescaya mereka memperolehi hidayah." (Surah al-Baqarah, 2: 137)

Buku ini adalah Sebuah buku yang menyentuh jiwa. Sesuai untuk mereka yang sedang mencari kebenaran dan sentiasa mahukan muhasabah serta motivasi diri. Telah beberapa cetakan dilakukan dan kini telah mencapai "Best Seller".

Total Pages:
180

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

129 - Tanbihul Ghafilin (Peringatan dan Nasihat Bagi Orang-orang Yang Lalai)

Tanbihul Ghafilin


Title:
Tanbihul Ghafilin
Peringatan dan Nasihat Bagi Orang-orang Yang Lalai

Author:
Imam Muhyiddin an-Nahhas

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM75

Weight:
1100g

Description:

Judul asas kitab ini adalah "Tanbiihul Ghafiliin 'an A'malul Jaahiliin wa Tahdziirus Saalikiin min Af'alul Haalikiin". Disusun oleh Imam Muhyiddin an-Nahhas, yang wafat pada tahun 614 H. Dari judulnya sudah menggambarkan kandungannya yang penuh berisi peringatan dan nasihat bermanfaat agar kita tidak lalai dan tidak tersibukkan dengan amal-amal jahiliyah dan yang sia-sia.

Kitab ini disusun dan dibahagikan kepada 7 bab, iaitu: 1 - Keutamaan Amal Ma'ruf Nahi Mungkar, 2 - Cara dan kaedah yang benar dalam mengingkari (membanteras) maksiat dan kemungkaran, 3 - Ancaman kepada yang meninggalkan amal ma'ruf nahi mungkar, 4 - Dosa bagi orang yang memerintahkan kebaikan tetapi dia tidak melaksanakannya untuk dirinya, 5 - Perbahasan berkenaan dosa besar dan kecil, 6 - Perbahasan berkenaan perkara yang dilarang agama, 7 - Perbahasan berkenaan kemungkaran, bid'ah dan sesuatu yang baru.. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
627

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.