Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, October 29, 2009

176 - 60 Biografi Ulama Salaf

60 Biografi Ulama Salaf


Title:
60 Biografi Ulama Salaf

Author:
Syaikh Ahmad Farid

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM80

Weight:
1.25kg

Description:

Sebuah kitab yang membukukan tentang biografi para ulama salaf yang terpilih. Kandungan biografi yang dibawakan melalui kitab ini antaranya adalah memgokuskan tentang Nama, fasa kelahiran, sikap dan karaktor, wara' dan ibadahnya, keilmuan dan perjalanan mencari ilmu, sikap terhadap fitnah (isu-isu pada zamannya), guru-guru dan murid-murid mereka, perkataan-perkataan dan perilaku mereka, kisah-kisah kehidupan mereka, fasa kewafatannya, dan juga sanjuangan para ulama yang sezaman atau setelahnya.

Total Pages:
856

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

175 - Shahih Sunan at-Tirmidzi

Shahih Sunan at-Tirmidzi


Title:
Shahih Sunan at-Tirmidzi

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM260

Weight:
2.5kg

Description:

Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Beliau melakukan semakan dan membuat penilaian ke atas hadis-hadis di dalam Sunan at-Timirdzi. Dan hadis-hadis yang beliau nilai sebagai sahih daripada kitab Sunan at-Tirmidzi tersebut, beliau pun memasukkannya ke dalam kitab beliau yang diberi nama "Shahih Sunan at-Tirmidzi".

Total Pages:
3 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

174 - Terjemahan Bulughul Maram

Terjemahan Bulughul Maram


Title:
Terjemahan Bulughul Maram

Author:
al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM70

Weight:
1.2kg

Description:

Kitab ini disusun oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani. Kitab ini memuatkan susunan hadis-hadis penting di dalam persoalan fiqh/ibadah seharian. Di dalam terhimpun sekitar seribu lima ratus hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Hadis-hadis ini disusun berdasarkan urutan dari soal bersuci/thaharah, tayammum, wudhu', mandi, adzan, solat, zakat, puasa, jenazah, haji/umrah, jual beli, pernikahan, hukum hakam jenayah, hudud, jihad, bab makan dan minum, sumpah dan nadzar, sehinggalah kepada persoalan adab dan akhlak. Setiap hadis-hadis yang dibawa dijelaskan darjat kesahihannya pada nota kaki. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk menyemak dan mengamalkannya dengan yakin.

Adapun untuk lebih jelas tentang huraian dan perbahasan setiap hadis secara terperinci, para pembaca boleh juga mendapat kitab syarah bagi hadis-hadis dalam kitab ini melalui kitab Taudhihul Ahkam dan Subulus Salam.

Total Pages:
715 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama penuh, alamat lengkap anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

173 - Taudhihul Ahkam (Syarah Bulughul Maram)

Taudhihul Ahkam (Syarah Bulughul Maram)


Title:
Taudhihul Ahkam (Syarah Bulughul Maram)

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Bassam

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM420

Weight:
5kg

Description:

Kitab ini adalah Syarah (penjelasan hadis-hadis) kepada kitab Bulughul Maram susunan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani. Ia disyarahkan oleh Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Bassam. Kandungan dan topik perbahasan kitab ini adalah sebagaimana berikut: Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh. Kitab Solah (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma'at, dan bab pakaian). & Kitab Jenazah.

Kitab Zakat (zakat fitrah, sedekah, pembahagian zakat). Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Jual Beli (persoalan khiyar, riba', pinjaman, perjanjian, hutang, ghasab, wakaf, hibah, syuf'ah, sewaan, belian, fara'aidh, wasiat, wadi'ah). Kitab Nikah (kafa'ah dan memilih, pergaulan suami isteri, maskahwin, walimah, pembahagian giliran isteri, khulu').

Kitab Thalaq, Kitab Rujuk (ila', zhihar, kaffarat, li'an, iddah dan ihdad, penyusuan, nafkah, asuhan. Kitab Jenayah (dendan, menuntut darah dan sumpah, memerangi pemberontak, memerangi pelaku kejahatan, memburu orang murtad). Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, ad-Da'awi (ancaman), dan bayyinat (bukti)). Kitab al-Itq' (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab al-Jami’ (bab etika, al-birru, shilah, zuhud, wara', peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).

Total Pages:
7 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, October 22, 2009

172 - Fathul Majid (Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid)

Fathul Majid
Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid



Title:
Fathul Majid
(Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid)

Author:
Syaikh al-Allamah 'Abdurrahman B. Hasan Alu asy-Syaikh

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM110

Weight:
2kg

Description:

Tidak asing lagi kalimah Laa Ilaaha Illallah bagi kita selaku umat Islam. Namun, hakikat yang sewajarnya tidaklah cukup hanya dengan lafaz sahaja. Harus difahami secara bersama akan kehendak rukun-rukunya. Masih ramai yang tidak mengerti tuntutan kalimah tersebut. Yang mana akhirnya mengakibatkan syirik berlaku ke atas mereka dan terkena perangkap syaitan. Maka, kitab ini membahaskan persoalan syirik dengan begitu baik, lengkap dan menyeluruh berserta dengan dalil-dalil yang cukup baik sebagai penjelasan buat kita semua. Ketahuilah bahawa dosa-dosa syirik adalah suatu bentuk kesalahan paling besar di sisi Allah dan tidak akan diampunkan oleh-Nya sekiranya tidak bertaubat sehingga mati. Ancaman Allah begitu besar sekali terhadap pelaku syirik. Maka, wajarlah kita menjauhinya dengan mengenali perangkap-perangkapnya dengan baik agar kita tidak terjebak ke dalamnya.

Kitab Fathul Majid ini merupakan sebuah kitab yang disusun sebagai sebuah Syarah (penjelasan lengkap) kepada Kitab Tauhid susunan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab. Sebuah kitab yang begitu baik di dalam membahaskan kepentingan tauhid yang bersih murni dari kepelbagaian bentuk syirik yang membahayakan dan membinasakan. Segala bentuk dasar kesyirikan diperbincangkan melalui kitab ini dengan begitu terperinci lagi mendalam. Semoga ia mampu membantu kita di dalam mempertahankan 'Aqidah yang suci murni. Keistimewaan edisi Terjemahan/Terbitan Pustaka Sahifa ini adalah:

1 - Disertakan matan (teks) lengkap Kitab at-Tauhid Alladzi Huwa Haqqullah 'Ala al-Abid, susunan Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab.

2 - Fathul Majid, syarah kepada kitab at-Tauhid.

3 - diberikan ta'liq dan hasyiah (komentar dan penjelasan tambahan) oleh Syaikh Muhammad Hamid al-Faqi, di mana sebahagian besar dari ta'liq beliau tersebut beliau ambil dari Qurrah al-Uyun al-Muwahhidun, hasil karya penulis Fathul Majid sendiri.

4 - Ta'liq ini kemudian dimuraja'ah (disemak/diulangkaji) oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz dan beliau memberikan catatan dan komentar yang sangat penting kepada beberapa masalah penting.

5 - Hadis-hadis di dalam Kitab at-Tauhid ini ditakhrij berpandukan kepada banyak sumber.

6 - Editor (Penerbit Pustaka Sahifa) melengkapkan kitab ini dengan risalah Takhrij Ahadis Muntaqadah fi Kitab at-Tauhid, karya Syaikh Furaih B. Soleh al-Bahlal, yang merupakan takhrij pembelaan ke atas sejumlah hadis di dalam Kitab at-Tauhid yang dipertikaikan oleh sebahagian kelompok manusia.

7 - Buku ini dilengkapi dengan daftar istilah ilmiyah, lengkap dengan makna dan definisinya.

8 - Disertakan dengan biografi Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab.

Semoga buku ini mampu menjadi salah satu rujukan utama kita di dalam persoalan 'aqidah.

Total Pages:
1300 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

171 - Sihir & Guna-guna Serta Tatacara Mengubatinya Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Sihir & Guna-guna
(Serta Tatacara Mengubatinya Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah)


Title:
Sihir & Guna-guna Serta Tatacara Mengubatinya Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Author:
Syaikh Wahid B. Abdissalam Bali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM26

Weight:
400g

Description:

Sihir tergolong ke dalam kategori dosa-dosa besar yang membinasakan, mensyirikkan, dan boleh mengakibatkan terbatalnya keislaman. Perkara ini ditegaskan di dalam banyak dalil-dalil yang jelas sama ada dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Namun, secara realitinya pada hari ini sihir begitu bermaharajalela di kalangan masyarakat secara umumnya. Malah tidak kurang ramainya manusia yang mendatangi ahli sihir dan mempercayai kehebatan serta bergantung kepada kuasa sihir.

Berdasarkan kepada hakikat keadaan tersebut, maka buku ini pun diterbitkan, ia adalah hasil susunan/tulisan Syaikh Wahid B. Abdissalam Bali. Buku ini diterjemahkan dari karya beliau yang berjudul ash-Shaarimul Battar fit Tashaddi lis Saharatil Asyraar. Ia merupakan sebuah hasil kajian dan penulisan yang menarik dan sistematik. Disusun berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan penjelasan mudah difahami.

Tujuan buku ini diterjemah dan diterbitkan adalah supaya umat Islam yang memahaminya dapat mengambil faedah dan manfaat, sekaligus mengetahui dengan lebih luas dan jelas berkenaan persoalan sihir, hukum sihir, bahaya sihir, dan cara mencegah serta mengubatinya (jika terkena). Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan setiap maksud tujuan dapat tercapai.

Total Pages:
234

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

170 - Mengungkap Hakikat Syi'ah

Mengungkap Hakikat Syi'ah
Agar Anda Tidak Terpedaya


Title:
Mengungkap Hakikat Syi'ah

Author:
Syaikh 'Abdullah al-Mushili

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM45

Weight:
500g

Description:

Merupakan sebuah buku yang mengajak anda untuk mengenal lebih dekat tentang siapa sebenarnya syi'ah. Apa latar belakangnya? Apa asas kerangka mazhab syi'ah, siapa sebenarnya syi'ah, dan apa itu syi'ah. Seterusnya, melihat apakah rujukan-rujukan utama yang mereka gunakan di dalam membina fahaman mereka. Siapa pula tokoh-tokoh mereka. Bagaimana mereka memahami hadis-hadis nabi dan bagaimana pandangan mereka terhadap para sahabat nabi. Buku ini turut memfokuskan tentang aqidah taqiyyah yang diimani oleh syi'ah. Melihat bagaimana syi'ah bertaqiyyah di hadapan ahlus sunnah, terutamanya di dalam persoalan aqidah dan solat. Turut dikupas adalah sekitar permasalahan konsep imam (imamiyyah) dari sudut pandang syi'ah dan kebatilannya. Persoalan imam mahdi juga turut dikupas. Sebagai tambahan yang agak istimewa, buku ini turut membentangkan fenomena taqrib (berbaik-baik) oleh pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) bersama kelompok syi'ah. Juga pembongkaran kecelaruan methode syi'ah di dalam memahami kepelbagaian periwayatan hadis. Dan hakikatnya, syi'ah dan ahlus sunnah adalah terlalu jauh dan besar jurang perbezaannya, sekaligus syi'ah sebenarnya sangat membenci Ahlus Sunnah. Lihatlah kupasan dan pembuktiannya melalui buku ini...

Total Pages:
328
Hard Cover

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, October 12, 2009

169 - Panduan Solat Jumaat

Panduan Solat Jumaat


Judul Buku:
Panduan Solat Jumaat

Penulis:
Ustaz Yazid B. Abdul Qadir Jawas

Penerbit:
Pustaka at-Taqwa

Harga:
RM13

Berat Buku:
Kurang 200g

Keterangan Kandungan:

Buku ini menjelaskan tentang panduan Solat Jumaat dengan berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Di antara yang disentuh melalui buku ini adalah:

1 - Pengertian Solat Jumaat.

2 - Huku Solat Jumaat.

3 - Keutamaan dan adab-adab Solat Jumaat.

4 - Syarat Sah Solat Jumaat.

5 - Keistimewaan hari Jumaat.

6 - Sunnah-sunnah Di Hari Jumaat.

7 - Tatacara Solat Jumaat yang benar.

8 - Contoh-contoh kesalahan dan tokok tambah berkaitan solat Jumaat.

Jumlah Muka Surat:
116

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bank CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Thursday, October 8, 2009

168 - Syarah Hadis Arba'in (Hadis Empat Puluh)

Syarah Hadis Arba'in (Hadis Empat Puluh)



Title:
Syarah Hadis Arba'in
(Penjelasan 42 Hadis Terpenting Dalam Islam)

Author:
Susunan asal: Imam an-Nawawi
Syarah oleh: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM64

Weight:
1000g

Description:

Buku al-Arba'in Haditsan an-Nawawiyyah, ia lebih dikenali dengan nama Hadis Arba'in Nawawi atau Hadis Empat Puluh. Disusun oleh Imam Abu Zakaria Yahya B. Syaraf an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H/1277M). Buku/kitab ini merupakan sebuah karya yang sangat terkenal sejak dulu hingga kini. Di dalamnya beliau menghimpunkan 42 hadis yang meliputi dan menyentuh tunjang-tunjang penting serta aspek-aspek utama agama Islam (Jawami'ul Kalim). Setiap hadis membawa pengertian yang sangat luas. Terlalu banyak pujian dan sanjungan dari para ulama sejak dahulu hingga kini terhadap karya ini.

Betapa pentingnya hadis-hadis yang terkandung di dalam karya an-Nawawi ini, para ulama mewasiatkan kepada para Muslimin supaya menghafal dan memahaminya. Tidak sedikit ulama dari dahulu hingga kini yang mensyarahkan dan memperjelaskan kandungan karya an-Nawawi ini supaya manfaatnya tersebar.

Buku/kitab ini pula adalah merupakan salah satu dari sekian banyak Syarah atau penjelasan dari kandungan Hadis Arba'in Nawawi yang ada. Kitab/buku ini ditulis oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah. Dengan keupayaan dan kemampuannya sebagai salah seorang ulama besar zaman ini yang telah diperakui keluasan dan kedalamannya ilmunya, beliau tampil menjelaskan hadis demi hadis dengan begitu teliti dan terperinci. Perkataan demi perkataan beliau sentuh dengan mendalam, jelas, dan sistematik. Setiap penjelasan, beliau letakkan kesimpulan dan faedah yang penting. Tanpa diragukan, kami turut mencadangkan buku ini (Syarah ke atas Arba'in an-Nawawiyyah) untuk anda sebagai sebuah penjelasan yang baik ke atas hadis-hadis yang disusun oleh Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya al-Arba'in an-Nawawiyyah (Hadis 40).

Total Pages:
152

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, October 7, 2009

167 - Mengapa Saya Keluar Dari Syiah

Mengapa Saya Keluar Dari Syi'ah


Title:
Kenapa Saya Keluar Dari Syi'ah
Judul Asal: Lillah... Tsumma lit Tarikh.

Author:
Sayyid Hussain al-Musawi

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

Sayyid Hussain al-Musawi bukanlah satu nama yang asing di kalangan kaum/agama Syi'ah. Beliau adalah seorang ulama besar Syi'ah yang lahir di Karbala dan belajar di "Hauzah" sehingga memperolehi gelaran mujtahid daripada Sayyid Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghitha'. Selain itu, beliau juga memiliki kedudukan yang istimewa di sisi ayatollah Khomeini (tokoh besar imam Syi'ah).

Setelah melalui pengembaraan spiritual yang cukup panjang, akhirnya beliau mendapat hidayah dari Allah. Beliau menemui begitu banyak sekali kesesatan dan penyimpangan di dalam ajaran Syi'ah yang selama ini beliau anuti. Beliau pun mengambil keputusan untuk keluar dari Syi'ah, beliau kembali ke jalan yang benar iaitu jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, dan kemudian beliau menulis buku ini demi membongkar segala kedustaan puak-puak dan imam-imam Syi'ah.

Buku ini adalah sebuah ungkapan jujur dari seorang bekas tokoh besar Syi'ah yang masih memiliki nama yang gah di tengah-tengah tokoh Syi'ah lainnya yang hidup mewah bergelumang dengan harta dan wanita sesuka hati dengan berdalihkan alasan agama secara batil.

Kemunculan buku ini ibarat halilintar yang merobohkan tembok pembohongan kaum Syi'ah selama ini. Dengannya kelompok Syi'ah diserang keporak-perandaan dan kacau bilau. Para imam-imam Syi'ah kebingungan untuk menyangkal!

Dapatkanlah buku ini... Sebuah karya monumental sebelum penulis dibunuh akibat kemarahan puak Syi'ah.

Total Pages:
153 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

166 - Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syar'iyah

Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syar'iyah


Title:
Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syar'iyah

Author:
Dr. Muhammad Ariffin B. Badri, MA.

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM28

Weight:
250g

Description:

Syari'at Islam ini bersifat universal. Mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek perniagaan dan mu'amalah perekonomian. Bermula dari tunjang 'aqidah dan ibadah, kemudiannya sehingga aspek mu'amalah serta ekonomi. Oleh sebab itulah, Islam sentiasa wujud sebagai solusi di tengah-tengah masyarakat dalam pelbagai perkara dan permasalahan. Kini, dalam persoalan ekonomi dan perbankan, munculnya sebuah sistem yang sangat memeningkan. Iaitulah sistem Riba'. Apa itu Riba'? Adakah ia sebuah permasalahan yang baru timbul di zaman ini atau sebenarnya telah berkurun ia wujud? Adakah kita telah terperangkap dengannya atau sebenarnya masih memiliki jalan keluar?

Maka, buku ini mengupas dengan jelas selok-belok tentang Riba' dan beberapa kaedah penting berkenaan dengannya. Antara lain, isi perbahasan penting yang turut dikupas adalah, jenis-jenis riba dan bentuk-bentuk bagaimana riba' boleh terjadi, Hukum menyimpan wang dalam bank, mendermakan hasil riba kepada fakir miskin dan untuk pembangunan masjid, hukum jual/beli emas, kadar tukar mata wang, jual beli saham, hukum insuran dan pelbagai lagi lainnya berkaitan urusniaga yang terlibat dengan ancaman riba'. Pelbagai sudut tentang ekonomi dan perbankan juga dikupas melalui buku ini. Buku ini dibentangkan berdasarkan dalil-dalil yang akurat disertakan dengan fatwa-fatwa para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah kontemporari. Semoga dengannya kita akan mampu memahami realiti sebenar perkara tersebut dan bagaimanakah pandangan syari'at yang tepat berkenaan dengannya. Dan bagaimana pula cara-cara untuk mengelak serta menanganinya.

Total Pages:
250

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.