Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, February 20, 2010

226 - Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Maqasid al-Syari'ah
Hikmah Di Sebalik Pensyariatan


Title:
Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Author:
Ustaz Rosli Mokhtar & Ustaz Mohd. Fikri Che Hussain

Publisher:
Karya Bestari (Malaysia)

Price:
RM7

Weight:
Kurang dari 100g

Description:

Buku ini merupakan sebuah buku yang menghidangkan topik yang agak berat iaitu matlamat ataupun tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah). Buku kecil ini merupakan ringkasan yang menjanjikan pengenalan terhadap subjek tersebut secara mudah untuk golongan awam.

Buku ini merupakan teks ringkas yang disadur dari kitab karangan Dr. Ahmad al-Raisuni berjudul Madkhal ila Maqasid al-Syariah (Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah).

Buku ini juga merupakan silibus yang dipelajari oleh Ustaz Rosli bin Mokhtar dan diajarkannya pula kepada para jemaah yang menghadiri kuliah Maghribnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, di atas permintaan ramai terutama dari kalangan jemaahnya buku ini diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik.

Pengajian topik ini merupakan natijah kepada subjek Usul fiqh yang menjelaskan matlamat dan tujuan syarak yang diturunkan oleh Allah ke atas kehidupan manusia.

Perbincangan dan kajian yang mendalam dalam subjek ini telah berlaku di negara-negara Arab Islam sejak berkurun lalu, terutamanya di kalangan ulama mujtahidin. Sebaiknya, kita soroti sejarah perkembangan ilmu ini secara ringkas untuk memahaminya secara lebih lanjut.

Di antara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah:

1 - MUKADIMAH

Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Maqasid al-Syariah

Istilah-istilah Arab yang perlu difahami.

Adakah Syariat Islam Senantiasa Relevan?

Sumber Syariah datangnya daripada Allah Taala.

2 - PENGENALAN ILMU MAQASID SYARIAH

Objektif Pensyariatan Islam Terhadap Umat Manusia

Pembahagian Maqasid Syariah (مقاصد الشريعة)

Kepentingan Memahami Maqasid Syariah.


3 - SYARIAH ANTARA TA’ABUD (التَّعَبُّد) & TA’LIL (التَعْلِيْل)

Hikmah Dalam Beribadah (al-Ta’abud)

Doa: Antara Pengabdian & Hikmah

Tujuan Pentarbiyahan Dalam Doa

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Menerangkan Rahsia & Hikmah Hukum

Pengertian al-Ta’lil

Maqasid Syariah Pada Zaman Sahabat.

4 - MENGAMBIL SEGALA KEBAIKAN DAN MENOLAK KEBURUKAN

Pengertian Kebaikan Dan Keburukan

Pembahagian Kebaikan (Al-Maslahah).

5 - MASALIH AL-MURSALAH (المصالح المرسلة)

Hujah “Maslahah Mursalah” Sebagai Sumber Hukum Syarak.

Mazhab Yang Menolak Penggunaan “Maslahah Mursalah”

Syarat Beramal Dengan “Maslahah Mursalah”

Pembahagian Al-Maqasid.

Pelengkap Kepada Kebaikan-Kebaikan (Masalih).

Hubungan di Antara Tiga Jenis-jenis Maqasid.

Kaedah-Kaedah Maqasid atau “Qawaid Maqasidiyah (قواعد المقاصدية)”

Syarat Jumhur Ulama Dalam Beramal Dengan Segala Maslahah.

Meninjau Pada Natijah Akhir Perbuatan (مآلات الأفعال).


Hujah Mewajibkan Agar Melihat Kepada Natijah Akhir Perbuatan.

6 - AL-DHARURIYAT AL-KHAMS

Total Pages:
142

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, February 10, 2010

225 - 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu


Title:
10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

Author:
Syaikh Dr. Abdus Salam B. Barjas 'Ali 'Abdul Karim
Syaikh Muhammad B. 'Abdul Wahhab al-Wushobi

Publisher:
Pustaka al-Haura'

Price:
RM18

Weight:
150g

Description:

Menuntut ilmu itu memiliki rintangan dan halangan. Mencari ilmu itu penuh gangguan dan godaan. Menggapai ilmu itu memerlukan kesabaran dan masa. Ilmu itu perlu diperhalusi dengan susunannya. Dikuasai dengan tingkatan dan turutannya. Ilmu itu dipelajari dari para alim. Bagaimana persoalan berguru dengan buku semata-mata? Bagaimana persoalan ilmu tanpa amal?

Buku ini menjelaskan pelbagai persoalan berkenaan rintangan dan cabaran di dalam menuntut ilmu. Kemudian ia memberi garis panduan berkaitan persoalan adab untuk para penuntut ilmu. Juga adab seorang guru di dalam menyampaikan ilmunya. Disertakan di dalam buku ini adalah nasihat dari beberapa orang ulama yang berkaitan.

Total Pages:
191

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

224 - Ringkasan Kitab al-Umm

Ringkasan Kitab al-Umm


Title:
Ringkasan Kitab al-Umm
(Judul Asal: Mukhtashar Kitab Al Umm fiil Fiqhi)

Author:
Imam asy-Syafi'i (Abu Abdullah Muhammd bin Idris)
Peringkas dan Peneliti: Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail
Penterjemah: Mohammad Yasir Abd Muthalib Lc, Andi Arlin

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM220

Weight:
3.6Kg

Description:

Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia [dan Malaysia], mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.

Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.

Kitab al-Umm adalah satu di antara kitab-kitab Imam Syafi'i yang sangat terkenal. Di sana termuat fiqh Imam Syafi'i. Maka, tidak jarang apabila di dalam sesebuah perbahasan hukum fiqh disebutkan "menurut Imam Syafi'i" maka yang dimaksudkan adalah dalam kitab al-Umm tersebut. Kitab al-Umm adalah sebuah kitab tebal yang terdiri dari empat jilid dan berisi 128 masalah. al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Jumlah kitab/bab (persoalan) dalam kitab al-Umm sebanyak 40 bab lebih (wallahua'lam) dimulakan dari kitab at-Thaharah (bersuci) kemudian kitab as-Sholat. Begitulah seterusnya yang beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh ..."

Ringkasan KITAB AL-UMM ini adalah terjemahan dari kitab Mukhtashar Kitab Al-Umm fiil Fiqhi, yang merupakan ringkasan kitab al-Umm yang disertakan dengan catatan kaki dari peneliti atau pentahqiqnya (penyemak). Ia memuatkan perkataan dan fatwa-fatwa Imam asy-Syafi'i dalam pelbagai perkara terutamanya skop fiqih. Penyusun semula kitab ini, setelah secara ringkas menyebutkan berkaitan biografi Imam asy-Syafi'i, pada jilid 1 kitab terjemahan ini membentangkan perbahasan masalah-masalah fiqh yang disusun secara berurutan seperti berikut:

a.. Tentang bersuci (thaharah),
b.. Tentang haid,
c.. Tentang solat,
d.. Tentang solat 'iedain (dua hari raya),
e.. Tentang jenazah,
f.. Tentang zakat,
g.. Tentang pembagian zakat,
h.. Tentang puasa,
i.. Tentang i'tikaf,
j.. Tentang haji,
k.. Tentang Korban,
l.. Tentang haiwan buruan dan sembelihan,
m.. Tentang makanan dan keterangan halal haramnya,
dan.. Tentang nadzar.

Sehinggalah ke jilid-jilid seterusnya dengan pelbagai lagi bab dan skop perbahasannya seperti:

Jual-beli, wasiat, hukum gadaian, hibah, luqathah (barang temuan), faraidh, jizyah, memerangi pemberontak, hukum pertandingan, perbahasan nikah, mahar, syighar, nafkah, diyat, hudud, qishash, pengadilan, talak, perbezaan pandangan di kalangan sahabat, perhambaan, rangkuman ilmu, hukum undian, memerdekakan hamba, wala', dan pelbagai lagi lainnya.

Setiap persoalan dibahaskan berdasarkan dalam bab-bab yang lebih khusus dan terperinci.

Perbahasan di dalam buku ini banyak dilakukan dengan pola dialogis (soal-jawab) yang menunjukkan bahawa Imam asy-Syafi'i seorang pendebat yang hebat. Sesiapa yang membacanya nescaya dia akan menyaksikan kekuatan hujjah imam asy-Syafi'i dan ketajaman hujjah berdasarkan al-kitab dan as-Sunnah. Tambahan catatan kaki, menyempurnakan kehadiran kitab ini.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati penulis, peringkas dan peneliti dan menjadikannya sebagai amal yang mulia, yang dapat memperbesar timbangan kebaikan kita semua.

Total Pages:
3 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, February 5, 2010

223 - Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???

Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???


Title:
Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???

Author:
Himpunan Kertas Kerja Seminar, Susunan/suntingan oleh Dr. Sulaiman Nordin, Dr. Mohd. Zawawi Abdullah, dan Dr. Mohamad Sabri Haron

Publisher:
Pusat Pengajian Umum
Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Price:
RM10

Weight:
200g

Description:

Buku ini membincangkan:

1 - Benarkah ajaran Syiah imamiyyah membahayakan aqidah, syariat, akhlak, ummah (masyarakat), dan negara?

2 - Benarkah ajaran Syiah Imamiyyah merupakan mazhab yang muktabar (diterima) di sisi ahli Sunnah wal Jama'ah?

3 - Benarkah perbezaan di antara Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah hanya di peringkat furu' atau rantingnya dan bukan di peringkat aqidah atau akar umbi (ushul)?

4 - Benarkah kaum Syiah Imamiyyah menganggap bahawa Ahli Sunnah wal Jama'ah najis dan tiak selamat?

5 - Benarkah kaum Syiah Imamiyyah memaki hamun Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu a'nhu dan ummul mukminin 'Aisyah radhiyallahu 'anhu. Malah mereka mengkafirkan mereka?

6 - Mengumpulkan beberapa persoalan-persoalan lazim dari kalangan masyarakat berkenaan Syiah.

Total Pages:
210

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, February 3, 2010

222 - Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'

Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya


Title:
Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya

Author:
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H)
Tahqiq: Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM72

Weight:
100g

Description:

Buku ini berbicara dengan panjang lebar lagi terperinci dalam pelbagai persoalan doa, aqidah, akhlak, kesan maksiat, syirik, cinta (al-Hubb), kesan cinta, tarbiyah dan tazkiyatun-nufus. Perbahasan tulisan dimulakan dari persoalan pentingnya do'a bagi seseorang hamba serta hubungan do'a dengan takdir. 2 - Berbicara berkaitan jenis-jenis maksiat dan bahayanya bagi para pelakunya, juga dosa-dosa dan kesan negatifnya secara langsung di dunia. 3 - Kemudian beliau (penulis/Ibnul Qayyim) berbicara pula tentang hukuman Allah terhadap hamba-Nya sama ada hukuman yang bersifat syar'i atau pun qadari, qalbi atau pun badani, duniawi atau pun ukhrawi. 4 - Berbicara mengenai syirik dan jenis-jenisnya di dalam ibadah perbuatan, perkataan, kehendak, dan niat, serta syiriknya agama Nasrani, juga syirik dalam wasilah dan syafaat. 5 - Berbicara berkaitan pintu-pintu pembuka maksiat, di antaranya bisikan hati, pandangan mata, dan langkah kaki. 6 - Berbicara mengenai liwat (homoseks) dan menyetubuhi binatang. 7 - Serta tentang kesucian diri, hakikat cinta, peringkat dan jenis-jenis cinta, soal mabuk asmara dan beebrapa permasalahan yang lain. Anda akan menjadi terpesona dengan huraian-huraian yang disusun oleh penulis yang sangat berilmu dan faqih dari halaman demi halaman. Anda akan merasa puas dari dahaga ilmu yang bermanfaat.

Maka, telitilah buku ini dari lembaran pertama sehingga ke akhirnya...

Demikianlah, begitu banyak persoalan masalah yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim (rahimahullah) secara panjang lebar berserta penyelesaiannya yang begitu meyakinkan. Beliau memaparkan pelbagai perkara, sama ada yang halus (tersirat) atau pun yang tampak (tersurat) dari sudut hakikat ilmu, disertai dengan penjelasan tentang pengawasan dan pembaikan terhadap jiwa.

Setiap perbahasan yang beliau utarakan menjadikan para penuntut ilmu wajib memiliki dan menala'ah kitab ini. Kitab aslinya berjudul al-Jawaabul Kaafi li Man Sa-ala 'anid Dawaa'isy Syaaft atau ada yang menyebutkannya dengan judul: ad-Daa' wad Dawaa'.

Selaku penulis, Imam Ibnul Qayyim (rahimahullah) sendiri tidak pernah memberi judul karya beliau ini dengan salah satu dari kedua judul tersebut, sebagaimana dijelaskan di dalam muqaddimah beliau. Kedua judul tersebut diberikan untuk sebuah karya yang sama, iaitu yang ditulis oleh Ibnul Qayyim, sebagai jawaban terhadap soalan yang diajukan kepada beliau. Pembetulan makna di antara kedua judul tersebut dengan isi kitab ini tampak jelas walaupun judul ad-Daa' wad Dawaa' lebih dikenali. Sebab, judul tersebut diperkuatkan oleh para penyusun biografi beliau (rahimahullah), seperti al-Hafizh Ibnu Rejab al-Hambali (rahimahullah) dalam Dzail Thabaqaat al-Hanaabilah (11/450), Ibnul 'Ammad (rahimahullah) dalam asy-Syadzaraat (VI/169), serta asy-Syaukani (rahimahullah) dalam al-Badruth Thaali' (11/144).

Total Pages:
565

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

220 - Tarbiyatul Abna' - Bagaimana Nabi Mendidik Anak

Tarbiyatul Abna'
(Bagaimana Nabi Mendidik Anak)


Title:
Tarbiyatul Abna'
Bagaimana Nabi Mendidik Anak

Author:
Syaikh Musthofa al-Adawi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM25

Weight:
300g

Description:

Buku ini judul asalnya adalah: Fiqh Tabiyah al-Abna' wa Thaifah min Nasha'ihi al-Athibba'i, karya Syaikh Musthofa al-'Adawi. Buku ini menyusun sebuah perbahasan yang sangat penting dan bermanfaat di dalam hal-ehwal memberi didikan kepada anak-anak berdasarkan panduan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Setiap kaedah diperbahaskan dari sudut fiqh, adab, dan akhlak. Dari sudut nilai ilmiyah, perbahasan ini disusun berpandukan al-Qur'an, hadis-hadis/sunnah Rasulullah, petunjuk para Sahabat, Tabi'in, dan para ulama yang mengikuti jejak para salafush Soleh. Semoga dengan kehadiran buku ini, ia akan membantu kita terutama para ibu bapa di dalam mengorak dan menyusun langkah mendidik anak-anak. Buku ini turut dilengkapi dengan beberapa buah nasihat dari pakar di dalam bidang kesihatan yang khusus ditujukan untuk para ibu sebagai panduan di dalam mendidik dan menjaga kesihatan anak-anak. Secara ringkas, antara yang dimuatkan di dalam buku ini adalah seperti 1 - Persoalan doa dan hidayah buat anak-anak, 2 - Doa para Nabi, 3 - Faktor-faktor kebaikan ibu bapa memberi kesan kepada anak-anak, 4 - menyambut anak yang baru dilahirkan, 5 - Persoalan belaian dan kasih-sayang, 6 - Aqiqah, 7 - Waktu bermain anak-anak, 8 - Paraktikal Adab-adab kepada anak-anak, 9 - Persoalan penerapan aqidah, 10 - Akhlak ketika menghadap makanan, 11 - Kematangan, Tanggungjawab dan peranan ibu bapa, 12 - Solat dan asas-asas agama yang lain, 13 - Memperkenalkan anak-anak kepada para Nabi dan tokoh-tokoh ulama dari kalangan para sahabat dan seterusnya, 14 -Memperaktikkan nasihat Luqman di dalam al-Qur'an, 15 - Pakaian anak-anak, 16 - Pendidikan anak-anak, 17 - Bagaimana menghadapi fitnah dan serangan pemikiran, 18 - Nasihat-nasihat kesihatan dan pemakanan dari para doktor.

Total Pages:
392

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

219 - Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Title:
Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Abu Yahya Badru Salam

Publisher:
Pustaka al-Bashirah

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

Hadis Nabi (maksudnya): Semoga Allah memberikan cahaya di wajah kepada orang yang mendengarkan sabdaku lalu ia memahaminya, menghafalnya, dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebihn faqih darinya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2658)

Sufyan B. 'Uyainah (rahimahullah) berkata: "Tiada seorang pun dari ahli hadis melainkan di wajahnya terdapat cahaya berdasarkan hadis ini." (Rujuk: Qowa'id Attahdits, Karya al-Qasim, m/s. 48)

Atas sebab itulah, buku ini ditulis, bagi tujuan mengajak kita semua untuk sama-sama memahami hadis-hadis Rasulullah Shallalllahu 'alaihi wa Sallam dengan baik. Di antara isi kandungan buku ini adalah membahaskan 1 - Keutamaan Ilmu Hadis, seperti bagi tujuan memelihara syari'at, sebagai jihad, bagi tujuan memahami agama, 2 - Memahami Fiqh Hadis, 3 - Meneliti Keabsahan Hadis, 4 - Dan selainnya...

Total Pages:
174

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.