Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, May 30, 2010

265 - Ya Allah, Ampuni Aku

Ya Allah, Ampuni Aku
Tuntunan Taubat Nasuha


Title:
Ya Allah, Ampuni Aku

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM28 (Hard Cover)

Weight:
350g

Description:

Taubat adalah satu langkah nyata seseorang hamba dalam menyesali dosa-dosanya. Orang yang bertaubat akan sentiasa berusaha menahan dirinya dari kembali melakukan kesalahan/maksiat yang sama berulang-kali.

Manusia adalah makhluk yang selalu diancam oleh hawa nafsu dan syahwat yang mengintai dan sentiasa bersedia menyeretnya ke lembah kubangan maksiat. Lalu berlakulah dosa dan diikuti pula penyesalan tanpa kesudahan. Namun, kerap-kali terjadi betapa ramainya yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan ketika menyesal dengan perbuatan maksiat yang telah dilakukan. Ramai yang terpinga-pinga bagaimanakah sebenarnya mahu bertaubat, adakah taubat diterima, bagaimana mahu meninggalkan maksiat, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya bertaubat, dan pelbagai lagi persoalan yang timbul di fikiran.

Dari sudut lain pula, muncul pula kelompok manusia yang mendabik dada dirinya suci tetapi suka mencela dengan sombong dan merendahkan mereka yang mahu bertaubat kembali ke pangkal jalan yang baik. Dalam satu sisi yang lain, terfikirkah kita bahawa orang yang merasa berdosa/bersalah lalu mahu kembali kepada kebaikan itu adalah jauh lebih baik berbanding orang yang suka mencela orang lain dengan perasan menganggap dirinya sentiasa suci tanpa dosa.

InsyaAllah, dengan buku ini selain memberi harapan kepada mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, ia turut memberikan sebuah penjelasan yang terperinci berkaitan perngertian dan tatacara taubat yang sebenar. Selain itu, buku ini juga mengajak kepada masyarakat awam agar sentiasa bersifat rendah hati, bijaksana, dan memberi motivasi/semangat kepada golongan yang mahu kembali kepada kebaikan.

Di antara kandungan buku ini adalah penjelasan berkenaan hakikat taubat, syarat-syarat taubat, tanda-tanda diterimanya taubat, taubat berkalu untuk setiap dosa termasuk dosa tanpa sedar, taubat nasuha, penjelasan tentang bentuk-bentuk maksiat, hakikat syirik dan taubat, perkara-perkara yang mengahalang taubat seperti syirik, bid'ah, kejahilan dan berburuk sangka kepada Allah, kemudiannya buku ini turut menjelaskan berkenaan penawar-penawar maksiat iaitu perbuatan yang dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Yang terakhir, buku ini turut membimbing anda melakukan solat Taubat dan amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa.

Total Pages:
261 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

264 - Hak & Kewajiban Wanita Muslimah

Hak & Kewajiban Wanita Muslimah
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah


Title:
Hak & Kewajiban Wanita Muslimah
Judul Asli ('Arab): Mas'uuliyyatul Mar'atil Muslimah

Author:
Syaikh 'Abdullah B. Jarullah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM15

Weight:
150g

Description:

Adalah tidak benar jika dikatakan bahawa ajaran Islam menindas dan merendahkan kaum wanita, lebih mengutamakan lelaki, dan tuduhan-tuduhan negatif lainnya. al-Qur'an dan as-Sunnah telah banyak membantah/menafikan tuduhan tersebut melalui beberapa ayat dan hadis. Malah sebenarnya adalah sebaliknya, Islam telah mengangkat dan menjunjung tinggi kedudukan dan martabat wanita pada posisi yang selayaknya, seiring dengan fitrahnya.

Wanita wajib menutup aurat, boleh tidak solat dan berpuasa ketika sedang haidh dan nifas, memiliki ketentuan khusus dalam berkarier, Tidak perlu bersusah-payah keluar berkerja berbanding suami, dan sebagainya. Ketentuan itu semua tidak lain melainkan untuk memuliakan kewujudan wanita dan menjaga fitrahnya.

Tidakkah Anda melihat adanya perbezaan yang nyata pada fizikal wanita dan lelaki? Begitulah Allah membezakan penciptaan wanita dan lelaki sehingga menjadi seimbanglah hak-hak di antara mereka dengan kewajiban masing-masing.

Risalah yang ada di tangan Anda ini berisi bimbingan bagi kaum Muslimah berkaitan masalah-masalah kewanitaan serta hak dan kewajiban wanita bersesuaian dengan fitrahnya, seperti hijab (pakaian lengkap menutup aurat), sufur (membuka aurat), khalwah (berduaan di tempat sepi), tabarruj (bersolek), dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram). Di samping itu, risalah ini dilengkapi juga dengan fatwa-fatwa berkaitan masalah percampuran lelaki dan wanita dalam proses belajar atau mengajar, aktiviti wanita di luar rumah, hukum haidh, hukum nifas, hukum istihadhah, hukum pengguguran kandungan, dan lainnya. Semua perbahasan di dalam risalah ini diulas berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Semoga risalah ini bermanfaat dan dapat membimbing setiap wanita agar menjadi Muslimah sejati, tanpa merasa diri direndahkan.

Total Pages:
207 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

263 - Perhiasan Wanita Muslimah

Perhiasan Wanita Muslimah
Perbahasan Lengkap Etika Berhias Bagi Muslimah



Title:
Perhiasan Wanita Muslimah
Judul Asli ('Arab): Zinatu al-Mar'atil Muslimah

Author:
Syaikh 'Abdullah B. Soleh al-Fauzan

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM16

Weight:
150g

Description:

Berhias merupakan sesatu yang sinonim dengan kehidupan wanita. Malah bagi sebahagian wanita berhias menjadi suatu kegemaran yang mengasyikan, yang terkadang mereka tanpa sadar menghabiskan waktu berjam-jam hanya untuk merawat diri agar dapat sentiasa tampil menarik dan sanggup berhabis wang yang banyak semata-mata digunakan berbelanja peralatan kecantikan. Ketahuilah bahawa Islam memang tidak menafikan kegemaran berhias bagi wanita, dan dibolehkan wanita berhias, malah terkadang berhias untuk membahagiakan hati suami adalah merupakan suatu tuntutan. Islam memberikan garis-panduan berhias bagi wanita muslimah, supaya mereka tidak terjebak kepada sesuatu yang diharamkan ketika berhias. Bagaimanakah etika berhias bagi muslimah yang telah digariskan oleh Islam? Adakah dan bagaimana yang dimaksud dengan perhiasan yang sunnah, harus/mubah, mustahab dan haram?Semaklah perbahasanya melalui buku ini:

Pendahuluan. 1. Definisi perhiasan dan jenis-jenisnya. 2. Perhiasan wanita, antara hakikat dan raliti semasa. 3. Kenapa perhiasan wanita? 4. Garis-panduan Islam berkaitan perhiasan yang diharamkan dan perhiasan yang dibolehkan dari sudut 1. Pakaian: syarat/etika berpakaian, pakaian wanita dalam solat. 2. Perhiasan. 3. Wewangian 4. Alat-alat kecantikan modern dan Perhiasan yang Mustahab.

Dari sudut 1. Sunnah-sunnah Fitrah 2. Celak dan bahan pewarna tangan.

Perhiasan yang diharamkan: 1. meregangkan gigi 2. mencabut bulu alis 3. Hal-hal yang berkaitan dengan rambut 4. Tatuu.

Hukum memperlihatkan dan menampakkan perhiasan: 1. Perhiasan yang nampak beserta hukumnya. 2. Perhiasan bathiniyah (yang tersembunyi) beserta hukumnya. 3. Menampakkan perhiasan dengan suara. 4. Memakai kasut bertumit tinggi. 5. Perhiasan yang berkaitan dengan wanita tua (menopouse). 6. Hijab syar'i. 7. Penyimpangan wanita: sebab dan terapinya/penyelesaiannya.

Total Pages:
182 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

262 - Kupas Tuntas Etika Berhias Wanita Muslimah

Kupas Tuntas Etika Berhias Wanita Muslimah


Title:
Kupas Tuntas Etika Berhias Wanita Muslimah
Judul Asli ('Arab): Ahkamuz Zinnah lin Nisaa'

Author:
Syaikh Amru 'Abdul Mun'im Salim

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM15

Weight:
200g

Description:


Perhiasan adalah sesuatu yang halal dipakai oleh kaum wanita mahupun kaum lelaki. Hanya saja, syariat yang hanif dan lurus ini membezakan di antara perhiasan yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan perhiasan yang boleh dipakai oleh kaum wanita.

Ini semua adalah untuk kemaslahatan kehidupan umat manusia. Kerana Allah tidak menetapkan suatu syari'at bagi manusia melainkan di dalamnya mengandungi maslahah (kebaikan) bagi mereka. Pada masa ini kita hidup di sebuah zaman, di mana semangat manusia untuk mencari ilmu-ilmu syar'i semakin berkurangan, sekalipun terhadap ilmu syar'i yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf dan fardhu 'ain. Manusia tidak lagi memerhatikan hukum-hukum yang berkaitan dengan perhiasan, sama ada kerana kejahilan atau pura-pura jahil. Sehingga tersebarlah pelbagai jenis bala' dan fitnah dengan keluarnya kaum wanita ke khalayak umum sesuka hati. Mereka bercampur-baur dengan kaum lelaki di pelbagai tempat dan sudut, di pasar-pasar dan tempat-tempat umum lainnya. Mereka berhias secantik mungkin, dan memakai baju yang terindah bagi mereka (untuk menarik perhatian) seakan-akan mereka adalah pada pengantin yang berhias untuk suami mereka!

Oleh itu, satu-satunya jalan untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan mengajak kita semua kembali kepada hukum/hakam yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya. Dan buku kecil yang ada di hadapan pembaca ini adalah di antara tulisan yang memuatkan persoalan tersebut, Yang mampu menjadi salah satu rujukan bagi setiap muslimah yang hatinya masih disinari oleh cahaya keimanan dan menjawab pelbagai pertanyaan yang masih merunsingkan dalam persoalan etika berhias ini.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab, membahaskan persoalan mahram, maksud perhiasan, jenis-jenis perhiasan, halalnya berwangi-wangian kecuali di hadapan lelaki yang bukan-mahram, bercelak, bersiwak, mengikir & mengubah-suai gigi, adab bersikat, mencabut bulu ketiak & bulu kemaluan, memendekkan rambut, mewarnai uban, memotong dan mengecat kuku. Juga membahas tentang apakah suara wanita sama ada aurat atau sebaliknya. Adab-adabnya berpakaian, dilarangnya berpakaian hitam di ketika berkabung (bersedih), adab berkasut/sandal, hukum emas/perak, gelang kaki, cincin besi, pembedahan plastik/kecantikan, bertindik, dan lain-lain lagi...

Total Pages:
288 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

261 - Bersanding Dengan Bidadari Syurga

Bersanding Dengan Bidadari Syurga


Title:
Bersanding Dengan Bidadari Syurga
Judul Asli ('Arab): Kaifa Tarfa'u Darajataka fil Jannah

Author:
Dr. Muhammad B. Ibrahim an-Naim

Publisher:
Daar an-Naba'

Price:
RM20

Weight:
300g

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya): Sesungguhnya penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengari sesiapa pun memanggil suami-suami mereka dengan suara seperti itu. Mereka mendendangkan, "Kami daripada wanita-wanita pilihan yang terbaik, kami isteri kaum yang mulia." Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan. Dan mereka juga mendendangkan, "Kami wanita yang kekal tidak akan mati, kami aman tidak pernah takut. Dan kami wanita yang setia tidak akan pergi"." (Rujuk: Shohih al-Jami', no. 1557)

Masuk ke Syurga dan bersama-sama dengan para bidadarinya adalah impian bagi setiap orang yang beriman (malah sesiapa sahaja sekiranya melihatnya). Perkara ini adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Malaikat Jibril di ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkannya naik untuk menyaksikan keindahan dan kenikmatan syurga setelah penciptaannya. Lalu malaikat Jibril berkata kepada Allah, "Wahai Allah, tidaklah seorang pun dari makhluk-Mu yang melihatnya pasti ia akan ingin memasukinya."

Begitulah sebuah ungkapan yang menakjubkan dan penuh keagungan. Sesiapa yang memahami hakikat ini dan mengimaninya sudah pasti akan sentiasa merinduinya. Rindu untuk memasukinya. Dari itu, tidakkah anda tertarik dengannya? Tidakkah anda ingin melamar dan menyuntingnya? Tidakkah anda ingin bersama dengannya sang bidadari di dalam kamar-kamar yang bertatahkan darmakatu (debu) putih, dan sangat harum baunya?

Dengan itu, insyaAllah buku yang dihulurkan ke hadapan anda ini adalah di antara sebuah tulisan yang akan membimbing kita semua menuju Allah, dan memimpin kita semua menuju syurga-Nya yang di dalamnya ada pelbagai kenikmatan, ada bidadari bermata jeli yang telah lama merindukan anda. Buku ini lengkap dengan penjelasan dan keterangan dari dalil-dalil yang akurat serta memiliki nilai ilmiah yang tinggi. Fakta-fakta al-Qur'an dan as-Sunnah tidak sekali-kali akan berdusta. Bersedialah untuk bertemu bidadari Syurga...

Total Pages:
199 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

260 - Beginilah Rasulullah Mengajari Kami

Beginilah Rasulullah Mengajari Kami


Title:
Beginilah Rasulullah Mengajari Kami
Judul Asli ('Arab): Hakadza 'Allamana an-Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam

Author:
Syaikh Khumais as-Sa'id Muhammad 'Abdullah (Mesir)

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Akhlak adalah nilai-nilai murni yang tertanam dalam jiwa manusia yang mendorong melakukan kebaikan dengan mudah tanpa perlu berfikir dan mempertimbangkan terlebih dahulu. Bila perbuatan yang dilakukan dianggap baik menurut akal dan syariat, maka disebut dengan akhlak yang mulia. Tetapi sebaliknya, apabila yang dilakukan adalah perbuatan yang buruk, maka disebut akhlak buruk (tercela). Di antara misi kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Akhlak merupakan syarat utama dalam membina sebuah susunan kehidupan manusia. Seseorang tidak akan selamat, sebuah masyarakat tidak akan mampu berdiri dengan kukuh, dan sesebuah negara tidak akan berjaya tanpa dipasak oleh nilai-nilai akhlak yang mulia.

Melalui buku ini, penulis berusaha memperincikan secara jelas pengajran yang dapat diambil daripada akhlak Rasulullah kepada umatnya. Bagaimana seseorang dapat berakhlak mulia kepada Allah, sesama manusia, binatang, bahkan kepada alam sekitarnya. Buku ini juga menyebutkan contoh-cotoh perilaku Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai suri tauladan, imam (pemimpin), dan guru yang agung bagi umat manusia. Maka berbahagialah sesiapa yang mengikuti jejak langkahnya, berpedoman dengan petunjuknya, meniti di atas ajarannya, melaksanakan perintahnya, serta menjauhi larangannya.

Buku ini membawakan perbahasan yang terpercaya dengan garis panduan ilmu serta fakta ilmiah. Dengan rujukan yang akurat dari dalil-dalil al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman para salafus soleh yang amat didahagakan oleh masyarakat masa kini.

Fahamilah bahawa hamba yang paling dicintai dan mendapat tempat di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah yang paling baik akhlaknya. Seseorang tidak akan dapat memberi kebahagian kepada orang lain dengan harta, kedudukan, keturunan mahu pun kecantikan. Tetapi kebahagian dapat diperolehi dengan akhlak yang baik. Dan akhlak yang baik itu ada pada pada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sebagaimana tertera di dalam surah al-Ahzaab ayat 21 yang menyatakan bahawa suri tauladan yang baik itu telah ada pada diri Rasulullah bagi sesiapa yang mengharap kebaikan di hari akhirat. Begitu juga sebagaimana tertera di dalam Surah Ali 'Imran ayat 31 yang menyatakan bahawa sekiranya kita mencintai Allah, hendaklah kita mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:
253 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, May 29, 2010

259 - Mereka Adalah Para Tabi'in

Mereka Adalah Para Tabi'in
Kisah-kisah Paling Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari ini


Title:
Mereka Adalah Para Tabi'in
Kisah-kisah Paling Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari ini
Judul Asli ('Arab): Shuwaru min Hayati at-Tabi'in

Author:
Dr. 'Abdurrahman Rafa'at Basya

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM48
(Hard Cover)

Weight:
850g

Description:

Di antara langkah menuju sebuah kejayaan adalah dengan melihat dan meneliti sejarah yang telah berlalu. Mengambil contoh dan manfaat dari apa yang telah berlaku dari kegemilangan kehidupan manusia masa lalu. Lebih-lebih lagi sejarah itu adalah sejarah umat Islam dari kurun yang terbaik yang telah mendapat jaminan daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata: "Membaca kisah-kisah para salaf (generasi awal umat Islam) lebih aku sukai daripada persoalan fiqh (hukum/hakam Islam)." Ini adalah kerana, dengan memahami kisah-kisah para ulama generasi salaf, kita akan memperolehi lebih banyak, sama ada sejarah, contoh tauladan, mahupun fiqh itu sendiri.

Dengan memahami sejarah ulama generasi awal juga akan membuka jalan kepada kita kepada agama. Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: "Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu."

Maka, dengan buku ini, insyaAllah anda mampu meneliti serba-sedikit perjalanan hidup dan contoh tauladan dari generasi manusia terbaik dari kalangan Tabi'in yang telah berguru dan mengambil ilmu daripada kalangan sahabat (anak didik Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam). Di antara kisah yang dipaparkan adalah tentang Atha' B. Rabah, 'amir B. 'Abdillah at-Tamimi seorang yang zuhud, Urwah B. Zubair ibarat lelaki Syurga, 'Umar B. 'Abdul 'Aziz seorang pemerintah yang adil, Hasan al-Basri seorang ilmuan yang sangat agung, Muhammad B. Sirin seorang ulama hadis dan wara', Salamah B. Dinar, Sa'id B. Musayyab, Sa'id B. Jubair yang dibunuh oleh penguasa zalim, Muhammad B. Watsi' guru kepada para imam, Thawus B. Kaisan, Rufai' B. Mihraan, Ahnaf B. Qais, Abu Hanifah, dan beberapa yang lainnya dari kisah-kisah yang sangat menakjubkan yang wajar untuk ikuti sebagai contoh.

Total Pages:
416 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

258 - Mereka Adalah Para Shahabiyah

Mereka Adalah Para Shahabiyah
Kisah-kisah Wanita Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari Ini


Title:
Mereka Adalah Para Shahabiyah
Judul Asli ('Arab): Nisaa' Haul ar-Rasul

Author:
Mahmud Mahdi al-Istambuli
Musthafa Abu Nashir asy-Syalabi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM50

Weight:
900g

Description:

Buku yang hadir untuk tatapan jiwa, peribadi dan pancarindera anda ini adalah sebuah buku yang mengisahkan tentang wanita-wanita agung yang keluar dengan cemerlang dari sebuah institusi yang tidak mungkin lagi ditemui pada hari ini. Iaitulah institusi di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah pendidik dan pembimbingnya. Kisah-kisah wanita agung bergelar Shahabiyah (para wanita yang sezaman, mengenali (bertemu), dan beriman dengan ajaran Rasulullah dengan baik).

Buku ini memuatkan kisah-kisah wanita tauladan dari generasi awal umat Islam yang penuh keimanan dan semangat cinta agama yang sangat tinggi. Anda akan melihat contoh-contoh yang sangat baik, mulia, meruntun jiwa lagi mengagumkan. Dari merekalah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang menjadi pewaris menyebarkan agama serta berjihad ke serata dunia sehingga risalah-risalah agama sampai kepada kita hari ini. Lihatlah bagaimana mana mereka menerima didikan Rasulullah dengan penuh tekun dan taat, lihat semangat mereka dalam mencintai Allah dan Rasul-Nya, bagaimana mereka menjaga diri dan kehormatan mereka, bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, seorang hamba Allah, dan sebagai seorang suami. Lihat pula usaha, pengorbanan, semangat dan perjuangan mereka dalam mengembangkan, menyebarkan dan mempertahankan agama. Semua itu adalah suri tauladan yang wajar untuk kita semua ambil sebagai contoh dan ikutan.

Bandingkanlah sikap wanita hari ini dengan mereka dalam urusan agama, anak-anak, kekeluargaan dan suami. Adakah dapat disamakan dengan sikap para wanita tersebut dengan wanita pada hari ini? Adakah kita telah melihat kisah-kisah mereka? Adakah kita telah berusaha mencontohi mereka? Sungguh menyedihkan kisah wanita hari ini (secara umumnya) yang sangat jauh dari mewarisi sikap-sikap wanita tauladan dari golongan para shahabiyah. Kita lebih seronok dihadapkan dengan kisah-kisah wanita rosak akhlak lagi membinasakan. Wanita hari ini disibukkan pula dengan urusan pekerjaan mencari kekayaan dan keperluan di luar rumah. Anak-anak mereka menjadi terabai diserahkan kepada para pengasuh yang tidak tentu lagi sifat kasih-sayangnya. Yang sekaligus melahirkan anak-anak yang juga belum tentu sifat-sifat peribadi, akhlak serta hasil pendidikannya. Seorang ibu yang bertanggungjawab untuk menyusukan anak-anak kecilnya, disibukkan dengan pelbagai urusan duniawi sehingga menyerahkan anak-anak mereka kepada orang lain untuk disusukan dengan susu-susu haiwan, susu-susu tepung, atau susu-susu yang telah melalui pelbagai peringkat pemprosesan kimia (yang tidak terjamin kebaikannya). Mana susu ibu mereka untuk anak-anak kecil mereka yang merintih mahukan susunya? Anak-anak tidak memerlukan susu haiwan yang penuh mudharat. Tetapi, anak-anak memerlukan susu ibunya. Susu-susu penuh khasiat dan kasih sayang. Sekiranya anda menyelusuri kisah-kisah wanita Shahabiyah ini, sudah tentu anda akan memahami bahawa tiada seorang anak mereka pun yang lahirnya dibiarkan menyusu dengan susu-susu haiwan. Ingatlah bahawa kitalah yang mencorakkan sifat anak-anak kita bermula sejak dalam kandungan, sejak lahir dan sehingga meningkat remaja atau dewasa. Bermula dengan peringkat penyusuan, belaian kasih dan manja serta bimbingan lainnya dari pendidikan agama sebagai teras yang utama. Sekiranya hal ini terabai, maka wujudlah pelbagai sifat dan gejala yang tidak sewajarnya dilihat. Fahamilah bahawa semua itu antaranya bermula dari institusi rumah-tangga dan sifat kewanitaan sebagai seorang ibu.

Maka, di antara sebab itulah buku ini dihadirkan kepada kita semua, sebagai wadah motivasi para wanita dan pemuda di luar sana. Buku ini membimbing kita bagaimana seharusnya membimbing seorang wanita dan bagaimana sifat-sifat wanita sebenarnya di sisi Islam itu sendiri. Buku ini dimulakan dengan melihat kedudukan wanita dari sudut pandang beberapa kelompok manusia seperti dari sudut pandang orang-orang Yunani kuno, Romawi, Parsi, China, Yahudi, India, Nashrani (Kristian), dan bangsa 'Arab Jahiliyyah.

Kemudian, buku ini memasuki perbahasan bagaimana pandangan sebenar Islam terhadap kemuliaan seorang wanita sekaligus membezakan dengan pandangan dari agama dan kelompok manusia lainnya. Dimulakan pula seterusnya dengan kisah-kisah Isteri Nabi kita dari kisah Khadijah Bt. Khuwalid, Saudah, 'Aisyah, Hafshah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Ramlah, Zainab, Shafiyyah, Juwairiyah, dan Maimunah. Turut dimuatkan adalah bagaimana peribadi Rasulullah sebagai seorang suami yang ceria, berwibawa, dan setia. Diikuti pula dengan kisah puteri-puteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dimuatkan pula berkenaan peribadi Rasulullah sebagai seorang ayah dan datuk. Kemudian, kisah-kisah mereka diteruskan dengan kisah para shahabiyah yang utama seperti Asma' Bt. Abu Bakr, Fathimah, Ummu Kultsum, Sumayyah, Ummu Sulaim, Ummu Waraqah, asy-Syifa' Bt. al-Harith, Ummu Hakim, Ummu Fadhl dan ramai lagi lainnya.

Dan buku ini kemudiannya diakhiri dengan tanggungjawab para wanita terhadap diri, agama, keluarga dan masyarakat. Kemudian diikuti dengan bentuk-bentuk serangan para orientalis dan musuh-musuh Islam terhadap para wanita masa kini. Yang terakhir sekali turut dimuatkan adalah pandangan sebenar Islam terhadap isu poligami yang sering menimbulkan kontroversi, penceraian, dan kedudukan wanita di sisi kaum lelaki.

Total Pages:
368 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, May 28, 2010

257 - Mengapa Saya Menghafal al-Qur'an

Mengapa Saya Menghafal al-Qur'an
Metode Mutakhir dan Cepat Menghafal al-Qur'an


Title:
Mengapa Saya Menghafal al-Qur'an
Judul Asli ('Arab): al-Hifzhu al-Tarbawi li al-Qur'an wa Shinaa'ah al-Insan

Author:
Dr. Khalid B. 'Abdul Karim al-Lahim

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM18

Weight:
100g

Description:

Pernahkah kita merasa sebuah kenikmatan dalam menghafal ayat-ayat suci al-Qur'an? ayat-ayat Allah yang Maha Mulia. Atau kita selalu sering mengabaikan persoalan ini? Pernah digambarkan bahawa mereka yang tidak memiliki hafalan al-Qur'an adalah seperti sebuah rumah kotor yang menunggu masa untuk roboh.

Buku ini adalah sebuah tulisan yang mengajak anda memahami persoalan yang sangat diperlukan oleh seluruh manusia khususnya dari kalangan umat Islam. Buku ini mengajak kita keluar dari kehausan, kelemahan, keadaan kehinaan, dan pelbagai penyakit lainnya yang dialami oleh begitu ramai manusia masa ini. Yang semua itu di antaranya adalah disebabkan kita meninggalkan al-Qur'an sebagai petunjuk dan membiarkan hati-hati kita kosong dari diisi olehnya (hafalan al-Qur'an).

Dengan meninggalkan al-Qur'an, benteng kekuatan kita pun melemah dan mungkin menghilang. Dengan dengan sebab itulah umat Islam masa kini dengan begitu mudah dihayalkan oleh pelbagai jenis syubhat dan racun milik musuh-musuh Islam.

Hayatilah buku yang hadir ke tangan anda ini, dan jadikanlah ia sebagai tatapan untuk memotivasikan diri anda di dalam urusan menguasai dan menghafal ayat-ayat al-Qur'an. Dengan buku ini, penulis cuba membawa anda kepada maksud hafalan al-Qur'an yang sebenar, bagaimana al-Qur'an mampu mendidik hati dan jiwa manusia, kaedah-kaedah hafalan al-Qur'an yang betul dan sistematik, kaedah hafalan makna al-Qur'an, mempraktikan kandungan al-Qur'an, rahsia kunci menghafal al-Qur'an dengan baik dan lancar, mendidik minda dan hati agar mudah menghafal dengan berpandungan terapi as-Sunnah, menjaga adab-adab dalam menghafal dan banyak lagi yang anda perlu menelitinya sendiri.

Semoga dengan buku ini, ianya mampu menguatkan semangat anda untuk menggerakkan hati dan berusaha menghafal seberapa banyak ayat-ayat al-Qur'an berserta dengan kefahaman terhadapnya. Rasailah nikmat menghafal ayat-ayat suci al-Qur'an dengan penuh ketenangan dan bimbingan yang benar.

Total Pages:
228 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

256 - The Mystery of The Quran Secrect Power

The Mystery of The Quran Secrect Power
Rahsia Memahami al-Qur'an & Sunnah Dalam Sudut Pandang Yang Spektakuler


Title:
The Mystery Of The Quran Secrect Power
Rahsia Memahami al-Qur'an & Sunnah Dalam Sudut Pandang Yang Spektakuler
Judul Asli ('Arab): Mafaatihu Tadabbur al-Qur'an wa an-Najakh Fii al-Hayah, Tadabbur as-Sunnah wa al-Quwwah fii al-Hayah

Author:
Dr. Khalid B. 'Abdul Karim al-Lahim

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM25

Weight:
300g

Description:

Kesan al-Qur'an kepada jiwa dan hati manusia sangatlah besar. Ini telah dibuktikan melalui kisah keimanan dan sejarah kehidupan para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dengan al-Qur'anlah mereka mendapat petunjuk yang mulia, dari al-Qur'an mereka belajar tentang kehidupan, erti keimanan, serta peradaban dunia. Dan dengan al-Qur'anlah mereka dimuliakan dan mampu menguasai dunia, yang kesannya masih sangat jelas sehingga kini dan tidak mungkin akan dilupakan oleh manusia setelahnya. Dunia telah mengakui bahawa manusia telah banyak berubah berkat turunnya al-Qur'an ke muka bumi ini melalui Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sekurang-kurangnya, dari kebutaan kepada sedikit melihat.

Buku The Mystery of The Qur'an Secrect Power yang dihulurkan ke hadapan anda ini adalah sebuah buku yang merungkai pelbagai rahsia-rahsia al-Qur'an untuk anda, menjelaskan kesan-kesan al-Qur'an kepada manusia, kaedah tadabbur (memahami) al-Qur'an yang benar, bagaimana mencintai al-Qur'an, tujuan sebenar membaca dan menguasai al-Qur'an, berubat dengan al-Qur'an, bagaimana al-Qur'an menenangkan hati, meraih pahala dengan al-Qur'an, kesan al-Qur'an di ketika solat serta masa-masa yang lain, bagaimana menghafal al-Qur'an, menulang-ulang ayat al-Qur'an, serta kesan al-Qur'an kepada masyarakat dan dunia. Buku ini ditulis dan disusun oleh Syaikh Dr. Khalid B. 'Abdul Karim al-Lahim, salah seorang ilmuan/tenaga pengajar dari Univerisiti King Su'ud 'Arab Saudi.

Selain membincangkan tentang al-Qur'an, buku ini turut menyertakan tajuk-tajuk yang hampir sama berkaitan kepentingan dan bagaimana mentadabbur as-Sunnah serta merealisaikan al-Qur'an dan as-Sunnah sekaligus di dalam diri serta kehidupan kita.

Total Pages:
312 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

255 - Mahkota Di Atas Sajadah

Mahkota Di Atas Sajadah
Kisah Legenda Perjuangan Para Ulama Dalam Menegakkan Kebenaran


Title:
Mahkota Di Atas Sajadah
Kisah Legendaris Perjuangan Para Ulama Dalam Menegakkan Kebenaran
Judul Asli ('Arab): Hukmu at-Ta'amul Ma'a al-Hukkam wa Shuwar min Ibtila' al-Ulama

Author:
Syaikh Wahid 'Abdus Salam Bali &
'Abdullah Humaid al-Falasi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM15

Weight:
100g

Description:

Buku ini adalah sebuah buku yang disusun oleh syaikh Wahid B. 'Abdus Salam Bali dan 'Abdullah Humaid al-Falasi. Di dalamnya memuatkan kisah-kisah para ulama dari generasi awal umat Islam dalam menghadapi para pemimpin dan penguasa, sama ada yang 'adil mahupun yang zalim, sama ada pemerintah dari wilayah mereka sendiri atau penguasa dari wilayah lainnya.

Dalam berhadapan dengan penguasa, kebanyakan umat Islam tebahagi kepada beberapa kelompok. Di antaranya adalah yang sentiasa membenarkan segala apa yang dilakukan oleh para penguasa sama ada yang baik mahu pun yang mungkar. Kelompok yang kedua, adalah kelompok yang suka membangkang iaitu mereka yang sentiasa menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa itu semuanya tidak benar dan sentiasa mencari-cari kesalahan penguasa supaya penguasa dapat dijatuhkan. Manakala kelompok yang ketiga pula, mereka adalah kelompok pertengahan yang selari dengan prinsip ahlus sunnah wal-Jama'ah. Mereka sentiasa menasihati pemerintah dalam perkara yang tidak benar, sentiasa membantu pemerintah dalam usahanya yang baik-baik di samping sentiasa memberikan bimbingan agar banyak kebaikan dapat diraih secara bersama. Mereka sentiasa taat kepada pemimpinnya. Dan sekiranya pemimpinnya melakukan kezaliman, mereka terus mentaatinya (dalam perkara selain kezaliman/kebatilan) namun akan terus berusaha untuk menegurnya dengan tatacara yang betul dengan mengelakkan keburukkan dari berlaku.

Buku ini membawakan kepada anda beebrapa gambaran dan kisah-kisah para ulama generasi awal dalam berhadapan dengan para penguasa. Kisah-kisah ini di ambil dari pelbagai sumber rujukan yang diperakui dari kitab-kitab aqidah, kitab-kitab sejarah, dan juga kitab-kitab lainnya seperti Siyar A'lamin Nubala' (Imam adz-Dzahabi), Adabusy Syar'iyah (Imam Ibnu Muflih), al-Hilyatul Auliya' (Abu Nuaim), Kitabil Kharraj (al-Qadhi Abu Yusuf pada muqaddimahnya), Mawa'izhul Khulafa' (Ibnu Abid Dunya), dan juga yang lain-lain.

Ambillah manfaat daripada kisah-kisah yang dipaparkan seperti kisah Imam Ahmad dengan Khalifah al-Watsiq, Kisah asy-Sya'bi dengan al-Hajjaj, dialog Sa'id B. Jubair (tabi'in) dengan al-Hajjaj sebelum Sa'id B. Jubair dibunuh, kisah anak muda dengan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz, Ibnu Taimiyyah dengan Raja Tartar bernama Ghozan, serta banyak lagi yang lain.

Total Pages:
128 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, May 27, 2010

254 - Taubat, Syurga Pertama Anda

Taubat, Syurga Pertama Anda


Title:
Taubat Syurga Pertama Anda
Judul Asli ('Arab): at-Taubah Wadziifatul 'Umur

Author:
Syaikh Muhammad B. Ibrahim al-Hamd

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM42

Weight:
300g

Description:

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang selalu melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat."

Demikianlah rangkap sabda Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Hadits ini mengisyaratkan bahawasanya salah satu di antara tabiat manusia adalah selalu melakukan kesalahan dan ia seiring dengan realiti yang ada. Betapa banyak manusia yang sering melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah siang dan malam, tanpa terkecuali diri kita sendiri. Lalu apa yang harus kita lakukan demi kebaikan kita semua?

Oleh itu, janganlah cemas, bingung, atau khawatir selama kita masih memiliki kesempatan untuk bertaubat kepada-Nya. Hanya taubatlah yang kita perlukan, kerana dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita. Namun, yang menjadi pertanyaan adalah: Mahukah kita bertaubat? Bila sepatutnya kita akan memulakannya? Dosa-dosa apakah yang perlu kita insafi? Siapakah yang mahu membimbing kita untuk bertaubat?

Maka dengan hadirnya buku ini yang berjudul "TAUBAT SURGA PERTAMA ANDA" buah tangan Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd ini akan mampu memotivasi kita semua untuk segera dan sentiasa bertaubat. Buku ini juga menjelaskan kepada kita berkaitan dosa apa sahaja yang wajib kita taubati. Di samping itu, buku ini juga berusaha untuk membimbing kita dalam memberi tunjuk ajar, menjelaskan cara-cara dan langkah-langkah yang harus ditempuhi dalam menuju taubat yang sempurna. Lebih dari itu, buku ini dilengkapi dengan contoh-contoh yang sangat baik dari kisah-kisah nyata berkaitan orang-orang yang bertaubat dan sebaliknya untuk dijadikan sebagai tauladan untuk orang-orang yang masih hanyut bergelimang dosa. Di antara kisah yang dimuatkan adalah tentang kehidupan Jean Paul, Herbert Spencer, Marilyn Monroe, Christina Onassis, Dalaida, Lady Diana spencer, Madonna, dan Michael Jackson. Serta kisah-kisah yang menjadi contoh yang baik dari orang-orang yang bertaubat dan dikenali adalah seperti kisah Leon Trotsky, Cat Stevens, Hana Tsarwat, dan Muhsin Muhyidin serta isterinya...

Semoga kita terselamat dari memiliki penghujung hayat tanpa sempat dan mahu bertaubat. Semoga kita sentiasa diberikan taubat yang sempurna, dan dijauhkan dari pelbagai dosa dan kesalahan dalam hidup ini.

Total Pages:
474 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

253 - Siapa Bilang Musik Haram?

Siapa Bilang Musik Haram?
Pro dan Kontra Masalah Muzik & Nyanyian


Title:
Siapa Bilang Muzik Haram?
Judul Asli ('Arab): Tahrim alat ath-Tharb

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM18

Weight:
200g

Description:

Perkembangan dunia muzik kini berkembang dengan begitu pesat sekali. Dengannya telah menjadi seribu satu kepentingan, seiring dengan gaya hidup manusia masa kini yang menganggap sangat mementingkan seni dan daya ketamadunan. Pelbagai teknologi dan peralatan telah dicipta seiring dengan keinginan muzik yang lebih kepuasan lagi luar biasa. Pelbagai genre muzik terus berevolusi dan dikehadapankan. Menjadi satu sumber pendapatan dan kewangan/ekonomi. Bakat-bakat baru terus dicari dan tampil ke khalayak umum. Lelaki dan wanita semuanya seiring berlumba mendapatkan tempat dan glamour.

Begitulah dunia muzik terus pesat mengambil tempat di segenap sudut kehidupan manusia. Bermula dengan genre muzik kompang, instrumental, joget lambak, nasyid, muzik islami, pop yeh yeh, retro, balada, seni tradisional, hip hop, metal, rock, heavy metal, sehinggalah kepada black metak dan muzik ganas. Kini ianya telah berjaya menguasai ke liang dalam hati-hati manusia seluruhnya. Segenap tempat dan ruang sentiasa dan pasti dipenuhi dengan suara-suara bingit yang bernama muzik. Dari ruang bilik-bilik rumah, kenderaan, pejabat, pasaraya, universiti, majlis-majlis, malah sehingga ke dalam masjid-masjid mereka pun kini dipenuhi dengan suara-suara muzik. Tanpanya, manusia menjadi lemah dan lesu. Begitulah betapa telah jayanya propaganda musuh-musuh Islam menguasai hati-hati umat Islam.

Dari itu, pernahkah kita terfikir bagaimanakah Islam meletakkan persoalan muzik ini sebenarnya? Bagaimanakah sebenarnya Islam meletakkan hukum berkaitan muzik yang semakin bermaharajalela ini? Di mana manusia semakin mabuk dan hanyut dengan kemerduan serta gemersik muzik dari hari ke sehari. Yang kini manusia ketagih dengannya, terasa sepi lagi sunyi tanpanya. Seakan kehidupan tanpa muzik boleh menjadikan mereka gila dan serabut.

Begitulah apabila kita meninggalkan Islam dalam menilai kewujudan dan perkembangan muzik tersebut. Yang dengan muzik, manusia menjadi gila, mabuk, tersihir, dan terpesona dengan pelbagai jenis syubhat dan kemaksiatan. Genderang muzik menjadi penebar semangat kepada pelbagai gejala kerosakan akhlak. Genderang muzik jugalah yang mengobarkan semangat menentang hukum-hukum Allah dari tunjang utamanya yang bernama tauhid. Dengannya jarum-jarum syubhat dan perosak jiwa dimasukkan. Melalui liriknya yang merosakkan aqidah dan agama menjadi makanan yang mudah dihadam disebabkan salutan istimewanya yang begitu lazat dengan iringan muzik mempersona. Racun-racun menusuk ke dalam jiwa dan hati tanpa dirasakan kesakitannya. Dengan tempoh tertentu, umat Islam tumbang satu demi satu. Diruntuhkan nilai-nilai keislamannya dari dalam lubuk jiwa tanpa sedar. Semuanya dengan senjata bernama muzik. Tiada senjata yang ampuh mampu merosakkan jiwa-jiwa umat Islam secara langsung. Namun, dengan jarum-jarum muzik ini, dengan mudah sekali umat Islam dimusnahkan. Jiwa-jiwa mereka diracun dengan keindahan yang menipu.

Maka dari itu, buku ini adalah di antara buku-buku yang hadir ke hadapan anda bagi menjelaskan persoalan sebenar muzik dari kaca mata Islam. Buku ini tampil dengan sebuah pembentangan berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an, hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan fatwa-fatwa serta pendapat para ulama dari generasi awal umat Islam iaitu generasi para sahabat, tabi'in, dan ulama setelahnya yang berpegang teguh di atas prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Sekaligus dengannya mampu menjadi neraca ukur terhadap fenomena muzik yang semakin bermaharajalela di persada dunia manusia antarabangsa. Yang dengannya umat Islam turut menjadi mabuk dan hanyut. Tertipu dengan pelbagai alasan seperti muzik berentak nasyid, muzik dzikir, muzik islami, dan seumpamanya. Maka, ubatilah jiwa-jiwa anda dengan membaca buku ini supaya tidak terus diracuni oleh muzik yang berbisa. Semoga mampu menjadi pengubat agar tidak lalai lagi sehingga melupakan al-Qur'an, as-Sunnah dan usaha mempelajarinya dengan tekun disebabkan telah enak dibuai muzik.

Total Pages:
228 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, May 25, 2010

252 - Minhajul Qashidin

Minhajul Qashidin
Menggapai Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat


Title:
Minhajul Qashidin
Menggapai Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat
Judul Asli ('Arab): Mukhtashar Minhajul Qashidin

Author:
Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy (rahimahullah)

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM75

Weight:
1.8kg

Description:

Kitab yang sedang anda perhatikan ini adalah sebuah kitab yang mengajak kepada anda kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat taqwa, menyelami erti adab/akhlak ada dalam pelbagai aspek kehidupan, konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama. Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali). Ini adalah kerana kitab Ihya' Ulumuddin adalah sebuah kitab yang mengajak kepada semua itu (tazkiyatun nafs/penyucian jiwa), namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan/kesalahan dari segi pembawaan dalil dengan mengedepankan hadis-hadis yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf. Maka, apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada banyak syubhat dan penyimpangan di dalam urusan dan tujuan asal, iaitu penyucian jiwa.

Maka, Kitab ini (Minhajul Qashidin) pun disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah. Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan anda terjemahannya sekarang. Kemudiannya kitab ini dipersembahkan dengan semakkan tambahan oleh Syaikh Ridwan Jami' yang di antaranya dengan tambahan takhrij bagi setiap hadis yang dibawakan oleh kitab ini dengan berpandukan takhrij Syaikh al-Albani rahimahullah semoga dengannya mampu memberi keyakinan kepada kita dalam mengambil dan menghadam setiap helaian isi kandungannya.

Di antara kandungan yang dipersembahkan untuk anda melalui kitab ini adalah berkenaan wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan al-Qur'an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Prinsip yang dibawakan oleh penyusun kitab ini adalah dengan prinsip yang sahih lagi ilmiah berpandukan al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman yang benar di atas jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Yang dengannya menafikan konsep penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) yang menyimpang lagi menyesatkan yang tidak bersumberkan dalil agama yang benar dan jelas.

Total Pages:
717 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, May 24, 2010

251 - Shahih Asbabun Nuzul

Shahih Asbabun Nuzul
Seleksi Hadits-hadits Sahih Turunnya Ayat-ayat al-Qur'an

Title:
Sahih Asbabun Nuzul
Seleksi Hadis-hadis Sahih Turunnya Ayat-ayat al-Qur'an
Judul Asli ('Arab): ash-Shohih al-Musnad Min Asbab an-Nuzul

Author:
Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM52

Weight:
300g

Description:

Asbabun Nuzul adalah merujuk kepada sebab-sebab turunnya sesuatu ayat al-Qur'an. Perkara ini sangat penting untuk diketahui dan difahami bagi memahami satu-satu ayat al-Qur'an sekaligus membantu dalam proses penafsiran ayat tersebut. Namun, bukanlah semua ayat al-Qur'an memiliki sebab-sebab (atau latar belakang) yang jelas dan terperinci kenapa ia diturunkan. Namun, bagi ayat-ayat al-Qur'an yang memiliki penjelasan berkenaan sebab-sebab mengapa ia diturunkan, adalah suatu usaha yang sangat baik sekiranya kita berusaha untuk memahaminya.

Dalam keadaan tertentu, banyaknya periwayatan berkenaan asbabul Nuzul (sebab-sebab turunnya) sesuatu ayat al-Qur'an akan menimbulkan hasil penafsiran yang pelbagai yang mungkin akan mengarah kepada lahirnya syubhat, kesilapan dan perselisihan dalam memahami satu-satu ayat al-Qur'an. Dari itu, proses penyemakan dan penelitian periwatan atau hadis-hadis berkenaan dengannya perlu dilakukan. Proses ini adalah bagi memastikan riwayat mana yang sahih dan mana yang tidak sahih, sekaligus membantu para ahli tafsir dan pengkaji memahami ayat-ayat al-Qur'an dengan sumber asbabun nuzul yang tepat/sahih yag dengannya membantu menghasilkan kefahaman yang tepat.

Dari itu, berikut ini adalah sebuah kitab yang telah dicetak dan diterbitkan berulang-ulang kali disebabkan banyaknya manfaat darinya. Dan merupakan salah satu kitab yang menjadi best-seller di timur tengah.

Kitab ini adalah hasil susunan dan penelitian oleh salah seorang tokoh ulama hadis moden yang terkenal dari negeri Yaman bernama Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i rahimahullah. Dengan lahirnya kitab ini beliau telah berjaya dalam usahanya menyediakan pilihan hadis-hadis yang sahih yang membawakan penjelasan sekitar sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Kini, kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa yang dapat sama-sama kita fahami sebagai salah satu bentuk rujukan di dalam usaha memahami al-Qur'an dengan baik secara umumnya.

Total Pages:
504 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, May 23, 2010

250 - Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum


Title:
Keabsahan Hadis Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Ulil Albab

Price:
RM20

Weight:
350g

Description:

Secara umumnya manhaj/prinsip Islam dalam ilmu adalah satu, iaitu dengan mengikuti nash dari al-Qur'an, as-Sunnah, dan ijma' salafush-sholeh (generasi ulama awal umat Islam). Namun begitu, pada masa ini masih terdapat terlalu banyak perkataan dan fatwa-fatwa yang dilontarkan kepada umum yang hakikatnya bertolak-belakang dari landasan prinsip tersebut. Sama ada disebabkan jahil terhadap kefahaman para ulama generasi awal terhadap 'aqidah itu sendiri mahupun dengan sebab taksub dan terkesan dengan pemikiran-pemikiran lain yang menyimpang lagi menyesatkan. Mungkin juga dengan sebab terlalu kurangnya meneliti dan tidak sabarnya untuk berhujjah, maka ada sebahagian kelompok yang menyuarakan ke khalayak umum bahawa Hadis Ahad itu tidak dapat menegakkan prinsip-prinsip aqidah disebabkan ia hanya sekadar mampu menghasilkan dalil yang dzann (jangkaan/andaian) semata-mata. Namun, mereka menyatakan boleh pula hukum-hukum yang bersifat amalan atau syari'ah untuk ditegakkan dengan hadis ahad.

Dengan itu, berikut adalah sebuah tulisan daripada Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali berkenaan dengan perkara ini yang yang menunjukkan bahawa hadis ahad adalah hujah yang diterima dalam Islam sama ada dalam persoalan aqidah mahu pun hukum. Dengannya beliau mengemukakan pembuktian secara ilmiah sekaligus menolak satu-persatu hujah golongan yang menolak hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah dalam bentuk analisa yang sangat memuaskan. Beliau juga turut membongkar penyelewengan dan manipulasi golongan tersebut terhadap nama-nama ulama tertentu di dalam menguatkan hujah-hujah mereka.

Di antara natijah/kesan penolakan hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah akan membawa kepada penolakan beberapa unsur-unsur keimanan yang sangat penting sebagaimana berikut (sedangkan para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah telah mengimaninya sejak dari dahulu sehingga sekarang dan telah termaktub di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti bahawa mereka menegakkan prinsip-prinsip aqidah dengannya):

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

Total Pages:
212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

249 - al-Qowa'id al-Fiqhiyah - Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami


Title:
al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

Author:
Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM26

Weight:
500g

Description:

Sekiranya asas selamatnya seseorang hamba itu tidak akan diperolehi melainkan dengan bersihnya tauhid dan bebasnya daripada pencemaran tauhid (syirik), maka keselamatan yang sempurna pula tidak akan dapat diraih melainkan dengan kemurnian (keikhlasan) ibadah dan bebasnya dari bid’ah. Sekiranya masalah yang pertama diketahui dengan mempelajari ilmu tauhid, maka bahagian yang kedua diketahui dengan ilmu fiqih.

Ilmu fiqih memiliki keutamaan yang sangat besar dan luas. Dengan ilmu tersebut diketahui bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang benar, bermula dari persoalan bersuci, solat, zakat, puasa, haji dan selainnya. Dengan ilmu fikih diketahui bagaimana cara mencari rezeki yang halal dan menghindari cara yang haram, ia diperolehi melalui fiqih mu’amalat, jual beli, riba, sewa-menyewa dan selainnya. Dengannya diketahui bagaimana cara membina keluarga yang bahagia, hak-hak suami isteri serta anak. Perbincangan ini diperolehi dalam fiqih pernikahan. Dengan ilmu fiqih diketahui bagaimana harta seseorang akan dibahagi-bahagikan sepeninggalnya, yang mana ianya dibahaskan dalam ilmu faraidh. Dengan ilmu fiqih diketahui pula balasan bagi orang yang melakukan jenayah, yang mana perkara ini disebutkan dalam fiqih jinayat dan lainnya. Dan masih banyak perkara lain yang diketahui dengan mempelajari ilmu fiqih. Namun di ketika persoalan fiqih adalah persoalan yang selalu berkembang seiring dengan perkembangan zaman, manakala nash al-Qur’an dan as-Sunnah ash-Shohihah yang menjadi dasar hukum persoalan fiqih terbatas, kerana keduanya terputus dan tidak berkembang lagi dengan wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sedangkan sudah dimaklumi bersama bahawa sesuatu yang terbatas tidak mungkin dapat mengiringi sesuatu yang tidak terbatas dan sentiasa berkembang, maka para ulama’ berjuang dan berusaha keras untuk merumuskan pelbagai kaedah yang diambil dari kedua wahyu tersebut supaya dapat digunakan sepanjang masa sehinggakan terhadap masalah-masalah yang belum pernah ada dan belum pernah wujud pada zaman ketika wahyu diturunkan. Dan kaedah ini terbagi menjadi dua jenis:

Pertama: Kaedah yang berhubungan dengan dalil, maksudnya adalah bagaimana cara memahami dan mengambil faedah dari sesebuah dalil, yang kemudian dikenali dengan istilah ilmu ushul fiqih.

Kedua: Kaedah yang berkaitan secara langsung dengan amal perbuatan hamba, yang kemudian disebutkan dengan ilmu al-Qowa’id al-Fiqhiyyah (kaedah-kaedah dalam fiqh). Banyak faedah yang dapat diambil dengan mempelajari serta memahami kaedah=kaedah fiqhiyah, dua faedah tersebut di antaranya adalah:

1. Sebuah kaedah fiqih dapat digunakan untuk memehami begitu banyak permasalahan fiqih yang tercakup dalam pembahasannya. Dan ini akan sangat memudahkan seseorang penuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum fiqih tanpa harus menghafal sebuah permasalahan satu persatu. Imam al-Qorrofi berkata: “Sesiapa yang menguasai fiqih melalui penguasaan kaedah-kaedahnya, maka dia tidak perlu untuk menghafal semua permasalahannya satu-persatu kerana telah tercakup dalam keumuman kaedah tersebut. (Lihat: al-Furuq al-Qorrofi, 2/115)

2. Penguasaan kaedah-kaedah fiqh adalah sangat membantu seseorang dalam memberikan sesebuah hukum berkaitan isu terkini dan semasa serta belum pemah terjadi sebelumnya dengan cara yang lebih mudah. (Lihat al-Wajiz fi idhohi Qowa'id al-Fiqh al-Kulliyah oleh DR. Muhammad Shidqi al-Burnu, hal. 24) Contohnya: Sekiranya ada orang bertanya: apakah hukum rokok? Disebabkan rokok belum ada pada zaman Rasulullah. Maka jawabnya: Rokok adalah haram, kerana dengan kesepakatan para pakar kesihatan bahawa ia membahayakan tubuh dan mengancam kesihatan yang mana disebutkan dalam sebuah kaedah fiqih yang maknanya: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan diri ataupun orang lain.” Maka semakin nampaklah betapa penting ilmu qowa’id al-fiqhiyah ini untuk dipelajari. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempelajari ilmu fiqih. Di dalamnya membentangkan kaedah-kaedah ilmu fiqih yang dibahaskan secara praktis dan jelas. Pelajaran ilmu fiqih ini disebutkan sebagai al-Qowa’id al-Fiqhiyyah, semoga pembaca dapat mendulang faedah-faedah yang banyak melalui buku ini.

Total Pages:
337 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, May 22, 2010

248 - Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam

Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam


Title:
Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka asy-Syafi'i

Price:
RM24

Weight:
300g

Description:

Tidak banyak buku yang ditulis oleh para penulis Muslim yang berkaitan dengan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) sebanyak buku-buku yang ditulis mengenai persoalan ‘aqidah, fiqih, hadis, sejarah/sirah dan lain-lain. Ironisnya dari yang sedikit itu hanya beberapa buah buku yang ditulis secara ilmiyah berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Sebahagian besar buku-buku berkaitan itu ditulis oleh pengarang-pengarang dari golongan/berfahaman sufi/tasawuf yang sarat/penuh dengan cerita-cerita takhayyul dan khurafat tasawuf yang menyesatkan.

Manakala buku ini yang ditulis/disusun oleh Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali seorang ahli hadis masa kini mencuba mengingatkan masyarakat Islam berkenaan kekeliruan sebahagian besar mereka dengan metode/kaedah tazkiyatun nufus iaitu dengan membuat karya ilmiyah berupa sebuah buku yang beliau beri judul: Manhajul Anbiyaa’ fii Tazkiyatin Nufuus (Tazkiyatun Nufus Para Nabi). Buku ini selain memberi kritikan/analisa kepada metode tazkiyatun nufus yang banyak berlegar di dalam masyarakat, ia sangat mengutamakan pendekatan ilmiah berdasarkan sumber-sumber dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Di dalam buku ini penulis berbicara tentang tujuan tazkiyatun nufus, motivasi dan hasil ketaqwaan, tazkiyatun nufus sebagai aspek kekuatan umat, prinsip dakwah para nabi, salah satu rukun kenabian, definisi taqwa dan rukun-rukunnya, taqwa dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, prinsip tazkiyatun nufus yang benar dan selainnya yang berkaitan. Di akhir perbahasan, beliau membongkar beberapa bentuk kesalahan manhaj tasawuf dalam tazkiyatun nufus yang hanya berlandaskan kepada perasaan dan pengalaman peribadi tokoh-tokoh sufi. Semoga buku ini memberikan bentuk kefahaman yang baru lagi segar dan benar serta berupaya mengajak umat Islam ke jalan yang lurus dalam tazkiyatunnufus...

Total Pages:
235 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

247 - Menyingkap Aliran dan Paham Sesat

Menyingkap Aliran dan Paham Sesat


Title:
Menyingkap Aliran dan Paham Sesat
Judul Asal ('Arab): Aqa'id al-Firaq adh-Dhallah wa 'Aqidah al-Firqah an-Najiyah

Author:
Ummu Tamim Izzah BT. Rasyad
Disemak: Syaikh Musthofa al-'Adawi

Publisher:
Pustaka Imam Ahmad

Price:
RM22

Weight:
400g

Description:

Aliran dan pemikiran sesat kian semakin mengepung umat Islam. Tetapi, majoriti daripada kita hampir sama sekali tidak memahami sedikit pun tentang aliran-aliran sesat yang wujud, apatah lagi memahami tentang al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat/benar), iaitu Ahlus Sunnah wal-Jamaah (bukan kenal hanya pada nama). Lebih parah bahawa semua aliran sesat ini menjajakan (mempromosikan) ajaran bid'ahnya dan menghalangi pengikut-pengikutnya dari menuntut ilmu syar'i (agama). Pada masa yang sama, setiap aliran mengakui bahawa mereka mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam. Ini sekaligus menjadikan isu kesesatan tersebut samar (sukar difahami) oleh kebanyakan umat Islam. Maka, kepada setiap orang yang mengaku bahawa ia mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam kami sampaikan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Katakanlah: 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar'. " (al-Baqarah, 2: 111)

Mereka tidak memiliki bukti dan dalil kecuali dalil-dalil lemah yang tidak dapat dijadikan sebagai hujjah. Kerana itu, perbahasan mengenai persoalan ini sangatlah penting. Kerana penelitian mengenai perkara tersebut akan memperlihatkan kepada kita rahsia-rahsia kesesatan dari aliran-aliran mereka tersebut yang sebenarnya banyak menyebar di tengah-tengah umat Islam. Terkadang sebahagian dari mereka meyakini sebahagian perkara yang tanpa mereka sedari bahawa ia sebenarnya adalah kefahaman aliran sesat. Walaupun secara zahirnya, mereka memang tidak terlibat secara rasmi dengan mana-mana aliran atau kelompok sesat yang dimaksudkan. Misalnya, ada orang melakukan dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin, lalu ia berdalih dengan nash-nash dari al-Qur'an mahupun as-Sunnah dengan mengharapkan sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam, "Sesiapa yang ucapan terakhirnya adalah la ilaha illallah, maka ia masuk syurga." Dengan mengabaikan nash-nash lain yang mengandungi ancaman. Dan sebenarnya ini adalah fahaman kelompok sesat Murji'ah, sama ada ia sedar atau pun tidak. Ada pula orang yang gemar merayakan/membesarkan hari Maulid dan hari-hari lainya dengan anggapan bahawa ia adalah sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam. Mungkin ia tidak tahu bahawa perayaan Maulid Nabi adalah ciptaan Daulah Fathimiyah al-Ubaidiyah (yang beraqidah Syi'ah sesat) yang dinisbatkan kepada Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah al-Yahudi, yang menguasai Mesir sejak tahun 357-567 H. Pertanyaan: Mengapa terjadi kesesatan? Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, penyebab kesesatan itu di antaranya adalah kerana kejahilan orang yang jahil itu dalam mengikuti nenek moyang mereka dengan membabi-buta (tanpa ilmu), tokoh tertentu atau orang-orang yang dikasihinya sehingga ia menyimpang dari jalan yang lurus disebabkan kejahilannya terhadap perintah dan larangan Allah. Atau, mungkin juga kerana mengikuti nafsunya dengan tanpa petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga ia meninggalkan menuntut ilmu syar'i untuk mengetahui kebenaran. Sebab itulah, perbahasan mengenai persoalan ini sangat penting. Dengannya, ia membantu kita menyingkap rahsia dan bentuk-bentuk fahaman (ciri-ciri) dari aliran-aliran sesat yang masih berakar di tengah-tengah umat Islam dengan modes operandi yang lebih menarik, lebih moden.

Buku di hadapan Anda ini memang tidak membahaskan semua aliran secara terperinci, tetapi buku ini mengemukakan asas-asas dan ciri-ciri utama yang dipegang oleh aliran-aliran sesat. Meskipun buku ini tidak menyebutkan semua aliran yang ada, tetapi keyakinan-keyakinan dan dasar-dasar mereka tidak keluar dari apa yang telah disebutkan di sini. Jadi, buku ini diharapkan mampu dijadikan sebagai panduan untuk menilai adakah suatu aliran atau doktrin itu sesat atau tidak. Dengan kemunculan pelbagai bentuk aliran sesat, para ulama telah berusaha dengan sedaya-upaya dari dulu hingga kini untuk menghadapi/menangkis serangan pemikiran mereka dengan rapi di setiap masa dan tempat, dengan mengerahkan jerih-payah dan waktu mereka, menggoreskan pena mereka untuk membela agama ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas jasa mereka terhadap Islam dan umat Islam. Namun disebabkan luasnya ilmu mereka, maka penuntut ilmu yang masih di awal pembelajaran akan merasa sedikit (atau beberapa) bentuk kesukaran untuk memahami kitab-kitab mereka, apatah lagi masyarakat awam di luar sana. Sering ada pertanyaan tentang kitab yang mudah difahami yang membahaskan berkaitan doktrin aliran-aliran sesat yang wujud di sekitar mereka. Inilah buku 'Aqa'id al-Firaq adh-Dhallah wa Aqidah al-Firqah an-Najiyah, di antara buku-buku yang berusaha melakukan perbandingan di antara ciri-ciri utama bagi setiap aliran sesat dengan asas manhaj/prinsip ahlus sunnah wal-Jama'ah. Ini adalah kerana sesuatu itu akan lebih mudah untuk dikenal dengan menunjukkan lawannya atau kebalikannya, dan kebenaran akan menjadi jelas dan terang bila dibuat perbandingan dengan yang batil, hakikat tauhid akan lebih mudah difahami dengan menjelaskan contoh-contoh kesyirikan.

Syaikh Musthofa al-'Adawi hafizahullah berkata ketika memberi kata-kata aluan buku ini:Ini adalah kitab yang bermanfaat yang menjelaskan berkaitan aliran-aliran dan fahaman sesat berserta penganutnya, yang ditulis oleh ukhtina fillah, seorang da'iyah ilallah (pendakwah wanita) dan kita tidak mensucikan seseorang di hadapan Allah 'azza wa Jalla. Ia berjalan di atas manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, memilih yang haq dan kebenaran, serta mencari dalil yang sahih, iaitu saudari kita, Ummu Tamim...... Beliau menulis buku ini sebagai nasihat, penjelasan, dan peringatan bagi umat Islam secara umum dan bagi saudara-saudaranya, sama ada lelaki atau pun wanita, dari kalangan penuntut ilmu secara khususnya, sehingga jalan mereka tidak bercabang dan tidak tercerai-berai dari jalan Allah....... Saya telah membaca tulisannya ini dan saya mendapati (alhamdulillah) sebagai buku yang bermanfaat walaupun perbahasannya ringkas. Saya melihat, semua dalil-dalil hadis yang digunakan adalah sahih. Penulis juga memenuhi kajiannya ini dengan nukilan-nukilan perkataan para ulama dengan menyertakan sekali rujukannya...... Hanya kepada Allah saya memohon supaya memahkotai segala usahanya dengan kejayaan dan kelurusan, menerima amalnya dengan penerimaan yang baik dan memberinya taufiq pada jalan yang ditempuhnya sama ada ilmiah mahupun dakwah....

Total Pages:
252 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, May 21, 2010

246 - Agar Isteri Disayang Suami

Agar Isteri Disayang Suami


Title:
Agar Isteri Disayang Suami
Judul Asli ('Arab): Min Akhtha'il Zaujat

Author:
Muhammad B. Ibrahim al-Hamd

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM13

Weight:
150g

Description:

Di antara kebaikan, kenikmatan, keharmonian, dan kebahagiaan di dalam kehidupan diperolehi melalui hidup berumah-tangga di atas ikatan pernikahan yang sah. Kemudiannya, kebahagiaan yang sebenar itu akan mampu diraih melalui sikap taat di dalam beragama. Dari itu, sebuah rumah tangga yang bahagia perlulah diisi, dihiasi, dan dipenuhi degan kemurnian cinta serta kasih sayang di atas petunjuk agama di samping sikap saling bertolak-ansur, nasihat-menasihati, berusaha memahami antara satu sama lain, dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang datang. Selain itu, seorang isteri yang solehah di dalam sebuah rumahtangga adalah satu sisi yang sangat penting yang memainkan peranan dalam pelbagai perkara. Dan seorang isteri yang solehah, perlu bijak dalam menangani sikap, pandangan, kehendak, naluri, jiwa, dan keperluan seorang suami. Dengan itu, buku ini pun disusun oleh penulis bagi mengajak para isteri bijak mengatur langkah dan strategi dalam usaha memikat dan menjaga hak-hak suami agar menjadi lebih disayangi sekaligus membantu meraih kebahagian institusi kekeluargaan yang panjang dan berkekalan. InsyaAllah...

Total Pages:
154 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

245 - Shahih Sirah Nabawiyah

Shahih Sirah Nabawiyah


Title:
Shahih Sirah Nabawiyah

Judul Asal ('Arab): as-Sirah an-Nabawiyah ash-Shohihah, Muhawalah li Tathbiq Qowa'id al-Muhadditsin fi Naqdi Riwayat as-Sirah an-Nabawiyah

Author:
Dr. Akram Dhiya' al-Umari

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM75 (Hard Cover)

Weight:
1.8kg

Description:

Sebuah kitab sirah moden tentang perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan mendahulukan/mengedepankan methode (kaedah) ahli hadis tanpa membelakangkan methode dan usaha ahli sejarah. Yang dengannya penulis berusaha menyusunnya dengan sedaya-upaya bagi memastikan kesahihan setiap fakta yang dibawa dan dibentangkan melalui buku ini.

Total Pages:
790 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, May 20, 2010

244 - Matahari Mengelilingi Bumi (Sebuah Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari)

Matahari Mengelilingi Bumi
Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah Serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari


Title:
Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah Serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari

Author:
Ahmad Sabiq B. 'Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM23

Weight:
350g

Description:

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di bilik-bilik kuliah, di bangku sekolah, di peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari. Adakah ini merupakan sebuah teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa? Buku yang sedang berada di hadapan pembaca ini bakal menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku ini adalah dengan rujukan yang sangat ilmiah dengan mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini. Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara? Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

Total Pages:
220 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.