Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, September 29, 2010

300 - Koreksi Penting Tatacara Sholat

Koreksi Penting Tatacara Sholat


Title:
Koreksi Penting Tatacara Sholat
Judul Asli: Laa Jadiida fii Ahkamish Sholah

Author:
Syaikh Dr. Bakar B. 'Abdillah Abu Zaid

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Tiada yang baru dalam hukum tatacara sholat. Semuanya telah dicontohkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui riwayat-riwayatnya yang dibawakan oleh para ulama ahli hadis. Maka, hendaklah setiap tatacara solat yang dikerjakan benar-benar bersesuaian dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Bukan dengan membuat dan mengadakan contoh-contoh yang baru yang tiada asalnya daripada Nabi.

Buku ini ditulis oleh Salah seorang anggota majlis fatwa Saudi 'Arabia, iaitu Dr. Bakar B. Abdillah Abu Zaid. Di antara perbahasan yang dibentangkan oleh beliau adalah: 1 - Berlebih-lebihan dalam merapatkan Saf solat, 2 - Bersedekap di dada, 3 - Berlebih menjulurkan tubuh di ketika bersujud, 4 - Isyarat telunjuk di ketika duduk bertasyahhud, 5 - Bertumpu/menongkat tangan ketika bangun dari sujud, 6 - Menghitung Tasbih dengan tangan kanannya, 7 - Merapatkan kedua tumit di ketika bersujud.

Beliau membahaskannya dalam rangka memberi pencerahan sekitar isu perbezaan pendapat dan bid'ah-bid'ah yang muncul berkaitan tata cara solat akhir-akhir ini.

Total Pages:
88 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

299 - Dzikir Jama'i Yang Sunnah & Bid'ah

Dzikir Jama'i Yang Sunnah & Bid'ah


Title:
Dzikir Jama'i Yang Sunnah & Bid'ah

Author:
Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Dalam kehidupan ini, sudah tentu kita ingin mengisi setiap hari-hari kita dengan aktiviti yang bermakna. Dan perlu kita ketahui bahawa tiada amal yang lebih mulia bagi seseorang hamba melebihi ibadah kepada Allah. Dan, berdzikir kepada Allah merupakan salah satu bentuk amal ibadah yang mulia dan sangat-sangat dianjurkan Islam supaya melaksanakannya.

Namun, dalam keadaan kebaikan dzikir yang sangat mulia dan dianjurkan agama tersebut, terdapat sebuah fenomena dzikir yang asalnya aneh tetapi kini mula menjadi masyhur dan diamalkan di tengah-tengah masyarakat. Fenomena tersebut adalah mengadakan upacara dzikir tertentu secara berjama'ah dan bermai-ramai. Ditambah pula dengan laungan suara dzikir berlagu yang dilaungkan mendayu-dayu. Golongan mereka ini mengemukakan pelbagai dalil dan hujjah bagi menguatkan tindakan mereka tersebut.

Oleh sebab itulah buku ini pun disusun dan kini kami terjemahkan untuk tatapan para pembaca. Tindakan, amalan dan fenomena dzikir berjama'ah yang semakin menyebar luas ke serata dunia kini dijawab dengan hujjah-hujjah yang tuntas berpandukan dalil-dalil yang akurat berserta kefahaman ahlus sunnahw al-Jama'ah dan fatwa-fatwa para ulama. Dalam zaman yang penuh kecanggihan ini, kebenaran tidak dapat lagi disembunyikan. Ilmu-ilmu berkaitan al-Qur'an dan hadis kini rancak disebarkan ke serata dunia bagi tujuan membasmi kebatilan dan penyimpangan dalam mengambil dan memahami agama.

Buku ini membahaskan persoalan Fenomena Dzikir Jama'i bermula dari pengertiannya, asal-usulnya, popularitinya di kalangan umat Islam, dan kemudian dengan mengetengahkan hujjah-hujjah yang akurat bagi menjernihkan situasi sebenar dalam berdzikir.

Total Pages:
253 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

298 - Syarah Arbain an-Nawawi 4 Ulama

Syarah Arbain an-Nawawi 4 Ulama


Title:
Syarah Arbain an-Nawawi 4 Ulama
Judul asli: ad-Durrah as-Salafiyah Syarah al-Arba'in an-Nawawiyah

Author:
Susunan asal oleh Imam an-Nawawi
1 - Imam an-Nawawi, 2 - Imam Ibnu Daqiq al-'Id, 3 - Syaikh as-Sa'di, 4 - Syaikh al-'Utsaimin.

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM52

Weight:
0.9 kg

Description:

Kitab Arbain an-Nawawi (Hadis 40 susunan Imam an-Nawawi) adalah sebuah kitab kecil yang paling padat dengan hikmah dan ilmu. Ia memuatkan 42 buah hadis yang merupakan hadis berbentuk penjelasan dasar-dasar Syari'at Islam. Kitab tersebut cukup dikenali dan tersebar ke serata dunia dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Dengan sebab itu pulalah, maka kitab ini mendapat perhatian yang tinggi oleh para ulama lainnya setelah Imam an-Nawawi. Di antara para ulama yang mengambil manfaat terhadap kitab tersebut lalu memberikan perhatian khusus padanya dengan memberikan penjelasan (syarah) yang lebih bermanfaat adalah Imam Ibnu Daqiq, Syaikh as-Sa'di, dan Syaikh al-'Utsaimin. Maka kemudiannya, penjelasan mereka dikumpulkan bersama dan dibukukan menjadi satu buku khusus sebagai satu syarah khas terhadap hadis-hadis dalam Arbain an-Nawawi tersebut. Sekaligus memberikan kita input kefahaman yang lebih baik terhadap hadis-hadis tersebut berdasarkan kepelbagaian penjelasan para ulama yang menguatkan setiap pemahaman. Di antara konsep pembentangan buku ini adalah dengan menghadirkan matan hadis, terjemahannya, takhrij (status dan riwayat hadis), kosa kata berkaitan kalimah tertentu daripada teks hadis, Syarah (penjelasan) 4 ulama, dan kesimpulan bagi setiap tajuk/hadis yang diberi.

Total Pages:
416 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Wednesday, September 22, 2010

297 - Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah

Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah
(al-'Awashim Minal Qowashim)


Title:
Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah
Judul Asli: al-Awashim minal Qowashim fii Tahqiq Mawaqif ash-Shahabah ba'da Wafat an-Nabi

Author:
al-Imam al-Qadhi Abu Bakar Ibnul 'Arabi

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM60

Weight:
800g

Description:

Sebuah nama yang telah menjadikan sejarah Islam suram dan bergolak, 'Abdullah B. Saba' (Ibnu Saba’), seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk merosakkan Islam dari dalam, sebagaimana agama Nashrani juga pernah dimasuki oleh seorang Yahudi yang berpura-pura menjadi Nashrani. Lelaki terlaknat ini bergerak dalam kegelapan, bertindak mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang bodoh ke tengah-tengah kaum Muslimin. Mereka inilah yang menabur fitnah pemberontakan kepada khalifah 'Utsman B. 'Affan radhiyallahu 'anhu. Akhirnya hasil perancangan 'Ibnu Saba' inilah Khalifah 'Utsman telah dibunuh secara zalim dan keji.

Dalam kekecohan yang terjadi di antara para sahabat besar/utama: 'Ali B. Abi Tholib, 'Aisyah, az-Zubair B. al-Awwam, dan Thalhah bin Ubaidillah (rodhiyallahu 'anhum) si Yahudi dan kelompoknya ini jugalah di antara yang mengobarkan api peperangan/pertelingkahan di antara mereka. Begitu juga dalam perselisihan yang berlaku di antara khalifah 'Ali radhiallahu 'anhu dengan Mu’awiyah radhiallahu 'anhu yang telah banyak mengorbankan nyawa kaum Muslimin, manusia durjana ini dan para pengikutnyalah yang telah sekali lagi berada di sebalik peristiwa itu. Semua ini adalah kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala , untuk suatu hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya. Agama Nasrani berjaya dihancurkan, tetapi terhadap Islam, hanya mampu memberi sedikit usikan yang mengakibatkan munculnya pelbagai golongan (firqah) sesat/menyimpang. Kelompok pertama yang menyimpang dalam Islam adalah khowarij, dan salah satunya adalah golongan Syi’ah Rafidhah - keduanya tidak terlepas dari penglibatan fitnah si Yahudi tersebut.

Ini adalah sebahagian kecil dari fitnah yang terjadi di tengah-tengah generasi umat Islam terbaik tersebut, ditambah lagi dengan penyimpangan yang disebabkan oleh penulisan sejarah oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.

Maka, buku ini pun tampil ke tengah-tengah kaum Muslimin bagi menjernihkan keadaan dalam pelbagai sejarah para sahabat yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh dalam selimut tersebut, meluruskan catatan sejarah tentang pertikaian dan fitnah yang telah terjadi sejak kewafatan Rasullullah Shalallahu 'alaihi was Salam sehingga ke era Bani 'Umayyah.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama dan imam besar kaum Muslimin bernama Imam al-Qadhi Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Imam Ibnul 'Arabi (Wafat: 543H) untuk menjelaskan sifat-sifat kemuliaan yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah dan mengikis serta menangkis apa yang disusupkan (berbentuk pembohongan pelbagai fakta dan sejarah) ke atas para sahabat dan kepada para tabi’in yang membantu dan mengikuti mereka dengan baik. Buku ini wajar untuk dijadikan sebagai sebuah seruan kebenaran dan penjernihan sejarah kaum Muslimin sehingga mampu membersihkan pelbagai jenis racun yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam yang mengakibatkan api kebencian kepada para sahabat dan para ulama generasi awal umat Islam.

AI-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi al-Maliki rahimahullah, penulis al-'Awashim min al-Qawashim ini adalah salah seorang imam kaum Muslimin. Di antara fuqaha (ulama fiqh) dalam mazhab Imam Malik yang pelbagai pendapatnya menjadi rujukan dan pegangan serta tauladan bagi mereka. Beliau adalah salah seorang guru kepada al-Qadhi Iyadh rahimahullh (yang merupakan seorang Qadhi/imam besar juga), penulis buku asy-Syifa' fi at-Ta’rif bi Huquq al-Musthofa, juga salah seorang syaikh Ibnu Rusyd rahimahullah seorang ulama dan ahli fiqh, ayah Abu al-Walid.

Bukunya al-'Awashim min al-Qawashim ini adalah di antara salah sebuah buku terbaiknya, sekaligus merupakan anugerah Allah yang membersihkan pelbagai salah faham dalam sejarah umat Islam terutamanya dalam isu pertelingkahan para sahabat dari angkara Yahudi dan kaum Syi'ah. Beliau menulisnya pada tahun 536H, pada ketika beliau berada dalam fasa kematangan yang sempurna setelah kota-kota besar dibanjiri oleh karya-karyanya dan anak-anak muridnya yang menjadi imam yang dicontohi di zamannya.

Total Pages:
409 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Tuesday, September 21, 2010

296 - Tafsir Juz 'Amma Syaikh al-'Utsaimin

Tafsir Juz 'Amma Syaikh al-'Utsaimin


Title:
Tafsir Juz 'Amma Syaikh al-'Utsaimin

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM75

Weight:
1.5kg

Description:

Tafsir Syaikh Ibn 'Utsaimin ini memiliki keistimewaan yang tersendiri, iaitu kejelasan perkataannya, maknanya yang mendalam, corak penafsiran ayat al-Qur'an dengan al-Qur'an, tidak berjela-jela perkataannya sehingga menjadi panjang lebar dan membosankan, dan beliau sentiasa mengingiri setiap penjelasan yang dibuat dengan untaian nasihat dan faedah/hikmah dari ayat yang dibahaskan. Dengan kata lain, beliau menggabungkan di antara penjelasan makna ayat-ayat al-Qur'an dengan nasihat dan saranan. Semoga Allah membalas jasa beliau bagi dunia Islam dan kaum Muslimin dengan sebaik-baik balasan, mengangkat darjat beliau di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk dan menempatkan beliau dalam Syurga-Nya yang luas, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha memperkenankan doa. (Fadh B. Nashir as-Sulaiman)

Total Pages:
676 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Saturday, September 18, 2010

295 - Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam

Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam



Title:
Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam
(1 Serial Number untuk 1 Komputer)

Author:
Lidwa Puasaka

Publisher:
lidwapusaka

Price:
RM80
Kos Pos: RM4 (Pos Ekspress)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Kitab 9 Imam merupakan program (perisian) komputer berasaskan Windows (sebagai platform) yang mengandungi lebih dari 60 ribu hadits dari kitab-kitab Hadits yang disusun oleh 9 Imam Hadits terkemuka.

Contents/Kandungan CD:

- Lebih dari 60,000 hadits dengan disertakan data yang lengkap
- 9 pilihan kitab Imam Hadits yang tersohor
- Data/maklumat perawi hadits
- Sanad/jalan sampainya hadits
- Data hadits pendukung (Takhrij) & Komparasi Hadits
- Ilmu Hadits ringkas dan mudah

Ciri Tambahan Istimewa:

- Indeks Hadits
- Kumpulan Hadits berdasarkan kategori
- Perbandingan hadis (perbezaan lafaz) Hadits
- Pencarian (search engine) & Penyalinan Teks Arab dan Indonesia (copy/paste)
- Biografi 9 Imam Hadits
- Daftar Rawi

System Requirements (Sistem minama yang diperlukan):

Pentium III 600MHZ (P.IV recommended), RAM 128MB (256MB recommended), Windows 98, 2000, XP SP1, XP SP2, Vista, Windows 7.

Total Pages:
1 CD

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Koleksi Scrennshot: