Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, October 31, 2010

314 - Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari'at Islam

Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari'at Islam


Title:
Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari'at Islam

Author:
Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM16

Weight:
kurang 200g

Description:

Segala puji bagi Allah Ta'ala yang menurunkan al-Qur'an kepada Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan memberikan hak dan keupayaan kepada beliau untuk menjelaskan al-Qur'an. Sehingga dengan al-Qur'an dan as-Sunnah itulah manusia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus. Tidak ada jalan yang benar melainkan jalan al-Qur'an dan as-Sunnah menurut kefahaman Salafus Sholeh, mengamalkan keduanya, berdakwah mengajak umat Islam untuk berpegang teguh kepada keduanya, serta istiqomah dan konsisten di atas keduanya.

Umat Islam sejak zaman Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam meyakini bahawa as-Sunnah merupakan sumber ajaran Islam yang memeprjelaskan maksud-maksua al-Qur'an. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berpesan, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang kamu tidak akans esat selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitabullah dan sunnahku."

Melalui buku ini, penulis menjelaskan kedudukan as-Sunnah sebagai pembelaan terhadapnya yang selalu diserang, diselewengkan, dan dimanipulasi oleh musuh-musuh Islam dan orang-orang kafir, munafiq, ahlul bid'ah, orientalis, serta para pengikutnya. Buku ini tampil membentangkan perbahasan tentang kedudukan as-Sunnah dalam syari'at Islam, bermula dengan persoalan definisinya dan perbezaannya dengan bid'ah, sanad dan matan, kedudukannya, pentingnya mengikutinya, hubungan as-Sunnah dengan al-Qur'an, as-Sunnah dan para penentangnya, jawaban tehadap para penentang as-Sunnah, bantahan terhadap penentang khabar ahad, dan beberapa isu yang lain.

Mudah-mudahan penjelasan melalui buku ini dapat difahami, diamalkan dan bermanfaat bagi kita semua...

Total Pages:
186 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

313 - Fiqih Adzan & Iqamah

Fiqih Adzan & Iqamat


Title:
Fiqih Adzan & Iqamat

Author:
Abu 'Abdillah Yusuf as-Sidawi

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM14

Weight:
kurang 200g

Description:

Apabila kita menela'ah lembaran-lembaran kitab para ulama hadis dan fiqh, pasti kita akan menemui tajuk-tajuk khusus membahaskan persoalan azan dan iqamah. Ini menunjukkan bahawa perbahasan berkenaan dengannya adalah suatu perkara yang amat penting dan memiliki keutamaan. Azan merupakan syi'at Islam yang sangat jelas terpapar dalam masyarakat umat Islam di serata dunia. Azan juga merupakan pembeza di antara negeri Islam dengan negeri kafir. Syi'ar azan memainkan peranan penting dalam menunjukkan identiti dan keeratan hubungan masyarakat terhadap ibadah solat. Walaupun begitu, terdapat beebrapa perkara yang masih memerlukan kepada perincian dan kupasan berkenaan dengannya berpandukan sumber-sumber yang tepat dan kefahaman yang benar. Ini kerana masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam sendiri yang kurang memahami syari'at azan dan iqamat itu dengan baik. Jadi buku ini hadir ke dalam masyarakat bagi mengajak kita untuk sama-sama memhami kaedah praktik azan dan iqamah yang sempurna, hukum-hakamnya, keutamaan dan fadhilatnya, tatacaranya, doa dan dzikirnya, perkara yang dilarang dalam perlaksanaannya, dan isu-isu kontemporari yang saling berkait dengannya. Turun disertakan melalui buku ini adalah beberapa kisah berkaitan azan dan hubungannya dengan generasi awal umat Islam.

Total Pages:
106 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

312 - Rintangan Setelah Kematian

Rintangan Setelah Kematian


Title:
Rintangan Setelah Kematian

Author:
Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM30 (Hard Cover)

Weight:
200g

Description:

Kematian, inilah yang kita selalu lari darinya. Inilah juga yang seringkali kita lupakan. Hanya orang beriman sentiasa mengingatinya. Begitu banyak keutamaan yang dapat diambil oleh seseorang hamba dengan mengingati kematian - di antaranya: membersihkan hati yang telah kusut, tumbuhnya kesadaran untuk kembali ke akhirat, menghidupkan jiwa/rohani yang telah berkarat, membangunkan semangat ibadah yang sedang melemah, menumbuhkan keimanan dan ketaatan yang telah merapuh, menguatkan tekad dalam bertaubat dan membentuk pribadi syukur dan qana'ah (merasa cukup dengan nikmat). Manakala orang yang terlena dengan buaian nikmat dunia, selalunya akan sentiasa tersilau dan terpukau dengan gemerlapan harta dan menjadi hamba syahwat yang melalaikan hati dari mengingati kematian. Dan di ketika kematian diingatkan, hatinya merasa sangat benci dan memberontak ingin lari darinya, bahkan tidak ingin berpisah dengan dunia. Ingin pula terus hidup seribu tahun lagi.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya, "Dan benar-benar kamu kamu dapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih haloba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka usahakan." (Surah al-Baqarah, 2: 96). 'Abdullah bin Mutharrif berkata, "Sesungguhnya kematian menjadikan para pecinta nikmat dunia tidak berselera lagi untuk menikmati seluruh kenikmatan, maka carilah kenikmatan yang tidak tersentuh kematian." (Mauidzatul Mukminin, Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, m/s. 480)

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Banyakanlah kamu mengingati penghancur kelazatan, iaitu kematian." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata, "Siapa yang banyak mengingati kematian maka akan mendapat tiga kemuliaan:- bersegera untuk bertaubat, hatinya qana'ah (merasa cukup) dan sentiasa bersemangat dalam beribadah." (at-Tadzkirah, Imam al-Qurthubi, m/s. 15)

Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu bahawasannya beliau berkata, "Kami duduk-duduk bersama Rasulullah, datanglah seorang leIaki dari kaum Anshar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi kemudian dia berkata, 'Wahai Rasulullah, orang mukmin manakah yang paling utama?' Beliau bersabda, 'Mereka yang paling baik akhlaknya" Dia berkata, 'Orang mukmin manakah yang paling cerdik?' Beliau bersabda, 'Mereka yang paling banyak mengingati kematian dan orang paling baik persediaannya untuk kehidupan setelahnya, mereka itulah orang-orang cerdik." (Hadis Riwayat ibnu Majah. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

Sahal bin Abdullah at-Tustari rahimahullah berkata, "Tidak ada orang yang paling berkeinginan mati melainkan tiga orang:- orang yang bodoh tentang kehidupan setelah kematian, orang yang ingin melarikan diri dari takdir Allah atas dirinya, dan orang yang rindu ingin bertemu dengan Allah." (at-Tazkirah, al-Qurthubi, m/s. 9. Syarhus Sudur, as-Suyuthi, m/s. 16)

Mengingati kematian memiliki keutamaan yang sangat banyak, karena mengingat kematian mengajak seorang hamba terlatih meninggalkan tempat persinggahan penuh penipuan dan bersiap-siap untuk menuju kampung akhirat. Lalai dari mengingati kematian menjadikan manusia terlena dalam lembah syahwat dunia. Maka, melalui buku ini, penulis mengajak kita mengenali dan menyelami skop perbahasan berkaitan dunia sebagai tempat tinggal yang fana, jemputan kematian, misteri alam kubur, hubungan jasad dengan ruh, pedihnya sakaratul maut, mengenal siksa-siksa kubur dan jenis-jenisnya, persoalan datangnya kiamat, kisah di padang mahsyar, hari pembalasan, keindahan syurga dan kengerian neraka, sifat penghuni neraka, tangisan penduduk neraka, makhluk di syurga, syafaat, yang dikeluarkan dari neraka, siapa yang akan bahagia dan siapa pula yang akan sengsara, serta beberapa perbahasan lainnya. Ini sekaligus membantu kita dalam mengingati dan merenung kematian serta bagaimana nasib kita di sana nanti.

Buku ini boleh dikatakan termasuk dalam siri buku yang penuh mendebarkan, menginsafkan, dan mampu mengalirkan air mata keinsafan.

Total Pages:
262 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

311 - Fitnah Akhir Zaman

Fitnah Akhir Zaman
Menyikapi Huru-hara dan Kekacauan di Akhir Zaman


Title:
Fitnah Akhir Zaman
Judul Asal: al-Fitnatu wa Mauqifu al-Muslim minha

Author:
syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdul Wahhab al-'Aqil

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM48

Weight:
800g

Description:

Termasuk di antara kesempurnaan Rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi para hamba-Nya adalah Dia mensyari’atkan bagi mereka sesuatu yang dapat memperbaiki urusan mereka dalam pelbagai keadaan, sama ada suka ataupun benci, dalam keadaan bersemangat atau lemah, dalam keadaan aman atau huru-hara, dalam keadaan susah ataupun senang.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menggariskan solusi dan jalan keluar bagi setiap permasalahan yang melanda para hamba-Nya. Dengan sebab itu, maka beruntunglah mereka yang beriman dan berpegang teguh dengan panduan tersebut berupa al-Qur’an, as-Sunnah, dan kefahaman salafush sholeh.

Telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya bahawa zaman fitnah adalah suatu zaman di mana pada ketika itu orang-orang berilmu disisihkan dan ditutupi. Sebaliknya orang-orang bodoh berselerakkan di sana-sini berbicara tentang masalah masyarakat kebanyakan. Para alim ulama yang membawa al-Qur’an dan as-Sunnah ditenggelamkan oleh banyaknya syubhat ahli bid’ah dan perkataan orang-orang bodoh.

Orang awam menjadi bingung dan berkecamuk untuk mengamalkan agamanya. Perpecahan dan pertelingkahan berleluasa. Kebenaran dan kebathilan bercampur-aduk sehingga sukar untuk dibezakan. Bahkan sehingga ada yang menganggap yang bathil itu kebenaran dan yang benar itulah kebathilan. Tidak kurang yang berputus-asa meninggalkan agama lantaran terlalu bingung.

Maka pada ketika itu, hanya mereka yang dipilih Allah Subhanahu wa Ta’ala akan selamat. Iaitu mereka yang dianugerahi keteguhan dan kekuatan untuk berpegang dengan pedoman Nabawi berupa al-Qur’an dan as-Sunnah di atas manhaj kefahaman salafush sholeh.

Mereka tidak menghiraukan apa yang menjadi kesibukan kebanyakan manusia lainnnya dari hal-hal dunia yang hanya akan menambah fitnah menjadi lebih besar. Mereka tidak mengharapkan redha manusia dan disibukkan dengan gemerlapan duniawi. Mereka tidak menyibukkan diri dari hal-hal yang hanya akan menambah fitnah menjadi lebih besar. Sebaliknya mereka tetap tekun menuntut ilmu, mengamalkannya, melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, sabar, dan istiqomah lagi komited dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya dengan sedaya-upaya. Mereka memanfaatkan faedah-faedah dunia untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak melampaui batas.

Pada hari ini atau zaman ini, terdapat begitu banyak garis panduan syara’ yang semakin dilupa bahkan diabaikan. Sebahagiannya mungkin kerana jahil, tidak ambil penting, terpukau dengan syubhat, menjadi mangsa keadaan, lebih cenderung mengambil jalan pintas, tersalah dalam memahami dalil, dan ada pula yang sengaja memanipulasikannya demi kepentingan-kepentingan tertentu.

Sebahagian besar dari kalangan umat Islam hari ini lebih cenderung mengambil jalan pintas dan mudah dalam memahami dan mengamalkan agama. Sehingga tidak kurang banyaknya dari mereka ini akhirnya mengambil agama dengan cara yang salah untuk memahami isu-isu yang berlegar di sekeliling mereka. Bila jalan dan kaedah fahamnya salah, maka hasil kesannya akan menjadi buruk.

Apabila kesan dan natijah yang buruk terhasil, fitnah pun akan mengambil tempat. Masyarakat akan menjadi keliru, berpecah-belah, dan terdedah kepada pelbagai bentuk salah faham.

Dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mulia, beliau telah menyebutkan dan mengisyaratkan peristiwa akhir zaman yang bakal berlaku. Termasuk di dalamnya adalah peristiwa-peristiwa berkaitan huru-hara dalam politik. Antaranya disebutkan dengan lafaz-lafaz seperti:

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku...”

Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta.”

Bahawasanya kamu nanti akan menemui atsarah. Maka bersabarlah sehingga kamu menemuiku di haudh.”

Akan diangkat para pemerintah untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian kamu mengingkarinya (kerana ia telah melakukan kejahatan)...”

Sesungguhnya kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (dari kalangan pemerintah).”

Bagi setiap peristiwa dan fitnah yang beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam isyaratkan, sudah tentu beliau akan jelaskan sekali jalan keluar dan kaedah penyelesaiannya. Fenomena yang beliau isyaratkan ini tidak semata-mata perkhabaran. Tetapi boleh jadi sebagai ujian, musibah, nikmat, fitnah, dan cabaran. Sama ada kita tetap taat dan sabar, atau kufur kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Oleh itu, berbahagialah sesiapa yang memahami setiap perkara ini dengan baik lalu menjadikan petunjuk Allah dan Rasul-Nya sebagai pegangan. Inilah sebaik-baik bekal dalam mengharungi kemelut yang telah dijanjikan.

Walau bagaimanapun dahsyat dan sukarnya fitnah yang melanda, itulah juga pedoman yang digenggam. Biarpun terpaksa memegangnya dengan gigitan geraham, biar nyawa tergadai sekalipun, itulah penawarnya. Jika tidak menjadi penawar di dunia, di akhirat itu pasti. Hal ini semua dibahaskan oleh penulis melalui buku ini sambil mengemukakan contoh-contoh kesabaran menakjubkan yang dilazimi oleh para ulama.

Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini muncul pula istilah dan fenomena momokan gejala dan gerakkan Terorisme. Begitulah bunyi sebuah perkataan yang akhir-akhir ini menghantui dunia sehingga sangat ditakuti. Malang dan celaka, perkataan tersebut dinisbahkan kepada umat Islam. Umat Islam pun kian kebingungan tidak keruan jadinya, tidak tahu bagaimana seharusnya memberi jawaban. Sebab realitanya, orang-orang yang terlibat secara langsung dalam kegiatan ekstrimis tersebut hampir semuanya beragama Islam.

Fenomena seperti ini semakin parah dan memberi gambaran yang buruk ke atas keadaan umat Islam yang realitinya telah berpecah-belah dan huru-hara. Belum lagi melihat kepada kepelbagaian masalah umat Islam itu sendiri yang begitu banyak menimbun. Seperti jauhnya mereka dari ilmu, perpecahan yang ketara, penyimpangan aqidah dan amal-amal agama, ditambah pula dengan kafir-mengkafir sesama sendiri, pemberontakan, saling jatuh-menjatuhkan dan tohmah-mentohmah, demonstrasi jalanan di sana-sini, serta pelbagai lagi lainnya yang seumpama. Ditambah pula dengan kemiskinan dan kemunduran (ketinggalan jauh) dalam pelbagai bidang kemajuan. Kemaksiatan dan kemungkaran pula bertebaran di mana-mana, penjajahan pemikiran dan fizikal oleh musuh-musuh (kaum kafir) berleluasa di pelbagai negara Islam. Demikianlah fitnah yang melanda umat Islam akhir-akhir ini.

Lalu, apakah jalan penyelesaiannya?

Maka, buku yang ada di tangan anda ini ditulis untuk membantu dalam memberikan penyelesaian yang baik dalam menghadapi fitnah-fitnah dimaksudkan bersesuaian dengan petunjuk Nabi dan saranan para ulama generasi salaf. Semoga Allah sentiasa memberi bimbingan dan petunjuk kepada kita semua.

Total Pages:
441 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

310 - Hukum Meminta-minta dan Mengemis Dalam Syari'at Islam

Hukum Meminta-minta dan Mengemis Dalam Syari'at Islam


Title:
Hukum Meminta-minta dan Mengemis Dalam Syari'at Islam

Author:
Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM16

Weight:
kurang 200g

Description:

Pada zaman sekarang ini, perbuatan meminta-minta dan mengemis dianggap suatu perkara yang biasa, bahkan dijadikan sebagai mata pencarian (pekerjaan). Fenomena ini terus berkembang & memiliki pelbagai bentuk pola serta peringkat-peringkat yang mampu melestarikan perkembangannya. Oleh kerana itu, untuk mengatasi dan menanggulanginya juga memerlukan kerja keras.

Meminta-minta dan mengemis dalam Islam merupakan kehinanaan, bahkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengancam bahawa orang yang meminta-minta pada hakikatnya ia meminta bara api dan akan mencakar-cakar wajahnya pada hari Kiamat serta ia akan datang pada hari Kimat dalam keadaan tanpa sekerat daging pun di wajahnya. Begitu banyak hadis-hadis yang mengancam orang-orang yang selalu meminta-minta dan mengemis tanpa ada keperluan yang benar-benar wajar dan boleh dipertanggungjawabkan.

Melalui buku ini, penulis menjelaskan pandangan syari'at Islam tentang fenomena meminta-minta atau mengemis, hukumnya, keutamaan orang yang bersyukur, keutamaan merasa cukup dan puas dengan rezeki yang Allah 'azza wa jalla berikan dan selainya seperti definisi meminta-minta, faktor dan penyebab yang mendorong kepada sikap mengemis, jenis-jenis pengemis, dalil-dalil berkaitan dengannya, sikap dalam berhadapan musibah dan kesusahan, keutamaan orang yang tidak meminta-minta, anjuran bersifat qana'ah, serta kaedah-kaedah mengatasi fenomena meminta-minta.

Mudah-mudahan bermanfaat ...

Total Pages:
112 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

309 - Sedekah Sebagai Bukti Keimanan & Penghapus Dosa

Sedekah Sebagai Bukti Keimanan & Penghapus Dosa


Title:
Sedekah Sebagai Bukti Keimanan & Penghapus Dosa

Author:
Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM18

Weight:
200g

Description:

Tidak ada yang bermanfaat bagi seseorang hamba dalam kehidupan akhiratnya kelak selain amal soleh yang pernah ia lakukan dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala. Orang-orang yang beramal soleh dijanjikan Allah dengan syurga. Berbahagialah orang-orang yang pemurah (dermawan) yang memelihara hak-hak orang miskin, anak yatim dan orang-orang fakir.

Beruntunglah orang yang menginfakkan (menyedekahkan) hartanya dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala dan rugilah orang-orang yang bakhil, kikir, kedekut yang menahan hartanya dari orang-orang yang berhak ia berikan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang berinfak’, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang yang tidak mau berinfak’.” (Hadis Riwayat Muslim)

Buku ini membahaskan tentang keutamaan sedekah/infak dan khabar gembira bagi orang-orang yang bersedekah serta ancaraman bagi orang-orang yang tidak bersedekah. Penulis menulis buku ini sebagai seruan dan ajakan kepada penulis sendiri khususnya, kepada para pembaca sekalian, dan kepada seluruh kaum muslimin agar gemar bersedekah sama ada sedekah yang wajib berbentuk zakat atau pun sedekah yang sunnah, seperti memberi makan anak fakir miskin.

Mudah-mudahan kita dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam surga, amin..

Antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah, Dalil-dalil tentang anjuran dan perintah bersedekah, penegrtian sedekah dan keutamaannya, bentuk-bentuk sedekah yang paling utama, adab-adab bersedekah, pembatal sedekah, ancaman bagi mereka yang enggan bersedekah, orang-orang yang berhak dan tidak berhak menerima sedekah, bagaimana menyalurkan sedekah, adab-adab menerima sedekah, sedekah untuk orang tua (ibu bapa) yang telah meninggal dunia, kisah-kisah generasi awal Islam sebagai contoh dalam mengeluarkan sedekah, dan beberapa lagi yang lainnya...

Total Pages:
204 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, October 30, 2010

308 - Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari

Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari


Title:
Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari
Judul Asli ('Arab): Syarhus Sunnah

Author:
Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H)
Tahqiq: 'Abdurrahman B. Ahmad al-Jumaizi

Publisher:
Pustaka Imam adz-Dzahabi

Price:
RM22

Weight:
300g

Description:

Agak sebak terasa di dada ketika melihat pelbagai fitnah dan syubhat yang mengancam dan merosakkan aqidah masyarakat pada zaman ini, sehingga dalam persoalan mengenal Allah sahaja telah muncul pelbagai pendapat yang tidak ketahuan asalnya. Ada yang mengatakan Allah itu berada di mana-mana sahaja, ada pula berpendapat Allah itu di hati kita, malah lebih pelik - Allah itu menyatu dengan alam semesta ini. Kemudian - semakin ramai pula yang mengingkari kewujudan azab & nikmat kubur, mengingkari/menolak hadis atas sebab ianya hadis ahad dan tidak boleh digunakan dalam hujjah aqidah, mengambil/memahami al-qur'an dengan hati dan akal (tanpa merujuk kepada tafsir ulama terdahulu), hanya berpegang kepada al-Qur'an sahaja dan tidak mahu berpegang kepada hadis (sunnah), serta pelbagai lagi bentuk pemikiran yang merosakkan telah mula lahir dan menyerang. Di tengah-tengah kerancuan (kelirunya) kefahaman ummat tentang aqidah -maka, kitab ini wajar kita ambil dan belek kembali untuk dibaca, ditela'ah, difahami, direnungi. Kitab ini adalah tulisan hasil peninggalan salah seorang imam (ulama) Ahlus Sunnah di era 300 hijrah, yang pada zamannya tekenal berjuang mempertahankan aqidah ahlus sunnah dari pelbagai bentuk serangan aqidah sesat muktazilah dan al-asya'irah. Ia hidup di zaman anak-anak murid imam Ahmad B. Hanbal, yang juga bersama-sama mereka mempertahankan benteng Ahlus Sunnah. Berkenaan buku ini dan penyusunnya (Imam al-Barbahari), telah berkata Bisyir bin Harits, "al-Islam adalah as-Sunnah, dan as-Sunnah adalah Islam". Kerana Islam itu ditegakkan dengan as-Sunnah dan kerana al-Qur'an itu diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bukan kepada kita secra langsung. Daripada beliaulah kita mengambil kefahaman dan tafsirannya. Tela'ahlah buku ini yang di dalamnya memuatkan pesanan dan prinsip-prinsip penting aqidah Islam daripada seorang ulama Ahlus Sunnah yang sejahtera aqidahnya.

Tentang peribadi beliau, beliau bernama al-Hasan B. 'Ali B. Khalaf al-Barbahari. Beliau banyak bergaul dengan sahabat-sahabat dan anak-anak murid Imam Ahmad B. Hanbal. al-Hafiz Ibnu Katsir memuji beliau dengan katanya, "Beliau (Imam al-Barbahari) adalah seorang ulama yang zuhud, ulama ahli fiqih dari mazhab Hanbali, sangat ahli dalam memberi nasihat, dan sangat tegas lagi keras terhadap ahli bid'ah dan pelaku maksiat, serta sangat berwibawa dan disegani oleh kalangan 'alim dan awam." Imam adz-Dzahabi pula menyatakan, "Beliau adalah seorang syaikh (guru) yang bermazhab Hanbali yang menjadi tokoh ikutan dan imam... yang faqih. Beliau lantang dalam menyerukan kebenaran dan sentiasa menyeru kepada atsar (hujah yang sahih di atas kefahaman ahlus sunnah), tidak menyelisihi Allah Subhanahu wa Ta'ala..."

Total Pages:
243 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, October 26, 2010

307 - Sirah Sahabat

Sirah Sahabat


Title:
Sirah Shahabat
Judul Asli ('Arab): Shuwar min Hayati ash-Shahabah

Author:
Dr. 'Abdurrahman Ra'fat al-Basya

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM72

Weight:
1kg

Description:

Orang-orang yang menyakiti para sahabat bererti mereka telah menyakiti Rasulullah manakala siapa sahaja yang menyakiti Rasulullah bererti telah menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesiapa pun yang menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala maka dia adalah orang yang dilaknat dan tercela.

Rasullullah Shalallahu 'alaihi was Salam bersabda: “Janganlah kamu mencela sahabatku, seandainya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud maka tidaklah menyamai walau 1 mud atau setengahnya infaq mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari: 3470 dan Muslim: 2540) Dan Rasulullah juga bersabda: “Sesiapa mencela sahabatku, ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir, 12/142, dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah Ahadits ash-Shohihah: 2340) Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang menunjukkan kemuliaan para sahabat (Radhiyallahu 'anhum) dan haramnya mencela apatah lagi mencaci para sahabat Rasulullah. Bahkan kewajiban kita adalah memuliakan mereka kerana mereka telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya. Inilah manhaj (metode) yang ditempuh oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Sesiapa sahaja yang menyimpang dari metode ini bererti mereka adalah orang-orang yang tersesat dari jalan yang Haq. Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahulloh: “Termasuk hujjah yang jelas adalah menyebut kebaikan-kebaikan para sahabat Rasulullah seluruhnya, dan menahan lisan dari membicarakan keburukan mereka dan perselisihan yang terjadi di antara mereka, sesiapa sahaja yang mencela para sahabat Rasulullah atau salah satu di antara mereka, mencacat dan mencela mereka, membongkar aib mereka atau salah satu dari mereka maka dia adalah mubtadi’ (ahli bid’ah), rafidhi (orang rafidhah/syi’ah) yang busuk yang tersesat. Mencintai para sahabat adalah sunnah, mendo’akan kebaikan untuk mereka adalah amalan ketaatan, meneladani mereka adalah perantara (ridha-Nya), mengikuti jejak mereka adalah kemuliaan. Para sahabat Rasulullah adalah manusia terbaik, tidak dibenarkan bagi seorang pun menyebut-nyebut keburukan mereka, tidak pula mencacat atau mencela dan membicarakan aib salah seorang di antara mereka.”

Maka, inilah buku yang menceritakan sirah sebahagian dari Sahabat-sahabat Rasullullah Shalallahu 'alaihi was salam, semoga Allah memberikan kita jalan kemudahan dan semangat untuk mengikuti mereka dalam ilmu dan amal mereka radiyallahu 'anhum.

Total Pages:
554 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, October 19, 2010

306 - Halal Haram Dalam Bisnis Kontemporer

Halal Haram Dalam Bisnis Kontemporer


Title:
Halal Haram Dalam Bisnis Kontemporer
Judul Asli ('Arab): Akhta' Sya'iyah fil Buyu' wa Hukmu Ba'dhil Mu'amalatil Hammah

Author:
Dr. Sa'id Abdul Azhim

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM26

Weight:
300g

Description:

Pada ketika ini pelbagai bentuk/model perniagaan telah tumbuh berkembang seiring dengan kemajuan zaman yang penuh dengan pelbagai kemudahan/fasiliti canggih. Sesuatu yang asalnya sukar diusahakan, kini telah menjadi begitu mudah dilaksanakan. Ironinya, banyak di antara umat Islam yang tidak begitu ambil peduli terhadap hukum-hakam ahal/haram berkaitan dengan perniagaan yang banyak dijalankan dan dipraktikkan ini. Sama ada mungkin mereka tidak tahu (jahil) atau sengaja mengabaikannya. Untuk itu, kepada sesiapa yang masih sangat mementingkan iman, prinsip-prinsip agama, dan keredhaan Allah dalam melakukan segala urusannya, maka sepatutnya ia mengambil tahu persoalan tersebut yang ia bergelumang dengannya.

Dengan itu, buku ini pun tamil membantu membentangkan dan menghuraikan pelbagai bentuk perniagaan masa kini (kontemporari) berserta dengan hukum-hukumnya dari sudut pandangan agama. Buku ini tampil memberi perincian antaranya dalam soal perniagaan insurans, pasaran dan jual/beli saham, perdagangan organ tubuh manusia, kredit card, menabung di perbangkan konvensional, hukum berkaitan gadaian, broker atau orang tengah, jual beli emas, hukum jual beli alat kosmetik, hukum menggunakan gaji isteri, cukai perniagaan, kupon undian, hadiah peraduan dan persamaannya dengan perjudiaan, serta beberapa lagi yang lainnya. Buku ini dilengkapi dengan fatwa para ulama yang diperakui berkaitan setiap topik yang dibincangkan.

Total Pages:
248 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

305 - Siapa Bilang Sunni Syi'ah Tidak Bisa Bersatu

Siapa Bilang Sunni Syi'ah Tidak Bisa Bersatu


Title:
Siapa Bilang Sunni Syi'ah Tidak Bisa Bersatu
Judul Asli ('Arab): Hiwar Hadi' Ma'a ad-Duktur al-Qazwini asy-Syi'i al-Itsnai Asyari

Author:
Prof Dr. Ahmad B. Sa'ad al-Ghamidi

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM54

Weight:
150g

Description:

Kesahihan dalam bermanhaj (berprinsip) adalah syarat untuk mengetahui hakikat Islam yang sebenar, dan sebaliknya rosaknya manhaj adalah disebabkan kaburnya pengetahuan terhadap ilmu-ilmu asas bahkan kerana gelapnya hakikat. Menilai kesahihan manhaj yang dianut oleh dua pihak yang bertentangan tidak dapat disingkap melainkan dengan dialog dan diskusi ilmiah.

Sungguh menyakitkan bagi umat ini, yang selama sekian abad disibukkan oleh pertembungan dan pertelingkahan yang sangat pahit. Apakah yang sebenarnya yang telah terjadi antara Ahlus-Sunnah dengan Syi'ah? Adakah perselisihan yang berlaku di antara keduanya hanya sekadar masalah kecil, atau suatu yang melibatkan prinsip-prinsip yang mendasar? Hanya masalah furu' ataukah dalam masalah ushul (akidah)? Dalam persoalan politik ataukah melibatkan prinsip-prinsip agama? Begitu jauhkah jurang pertembungan yang berlaku antara keduanya sehingga harus ada usaha untuk mempertemukannya?

Buku ini adalah sebuah hasil dan kesimpulan dari sebuah dialog terkini di antara seorang doktor dan guru besar Ahlus-Sunnah dengan seorang doktor dan guru besar Syi'ah, yang wajib untuk dicermati/diteliti oleh setiap Muslim, para ustaz, pemikir, ilmuan, pemerhati, bahkan mereka yang selama ini menyerukan kepelbagaian aliran. Perlu diketahui bahawa dialog ini adalah dialog benar-benar terjadi dan bukan fiktif/rekaan.

Allahu Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran." (Surah az-Zumar, 39: 9)

Total Pages:
479 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, October 13, 2010

304 - Agar Suami Disayang Isteri

Agar Suami Disayang Isteri


Title:
Agar Suami Disayang Isteri
Judul Asli ('Arab): Min Akhtha'il Azwaj

Author:
Muhammad B. Ibrahim al-Hamd

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM15

Weight:
150g

Description:

Di antara kebaikan, kenikmatan, keharmonian, dan kebahagiaan di dalam kehidupan diperolehi melalui hidup berumah-tangga di atas ikatan pernikahan yang sah. Kemudiannya, kebahagiaan yang sebenar itu akan mampu diraih melalui sikap taat di dalam beragama. Dari itu, sebuah rumah tangga yang bahagia perlulah diisi, dihiasi, dan dipenuhi degan kemurnian cinta serta kasih sayang di atas petunjuk agama di samping sikap saling bertolak-ansur, nasihat-menasihati, berusaha memahami antara satu sama lain, dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang datang. Selain itu, seorang suami yang soleh di dalam sebuah rumahtangga adalah satu sisi yang sangat penting yang memainkan peranan dalam pelbagai perkara. Dan seorang suami yang soleh, perlu bijak dalam menangani sikap, pandangan, kehendak, naluri, jiwa, dan keperluan seorang isteri. Dengan itu, buku ini pun disusun oleh penulis bagi mengajak para suami bijak mengatur langkah dan strategi dalam usaha memikat dan menjaga hak-hak isteri agar menjadi lebih disayangi sekaligus membantu meraih kebahagian institusi kekeluargaan yang panjang dan berkekalan. InsyaAllah...

Total Pages:
216 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, October 6, 2010

303 - Buku Poket Belajar Sifat Wudhu' Nabi

Buku Poket Belajar Sifat Wudhu' Nabi


Title:
Sifat Solat Nabi (Edisi Poket)

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jirin

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM2.00

Weight:
Kurang 100g

Description:

1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan tatacara wudhu' secara sempurna. Ia disusun berpandukan (dengan disertakan) dalil-dalil dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Dilengkapi dengan gambar sebagai panduan.

2 - Kandungan buku kecil ini dimulakan dari berniat, membaca basmallah, dan tacara wudhu' sehinggalah kepada sunnah-sunnah wedhu. Turut dijelaskan melalui buku ini adalah tatacara bertayammum.

3 - Sesuai untuk adik-adik yang baru mula mempelajari cara-cara berwudhu'. Sesuai dijadikan sebagai nota, cenderamata, hadiah, dan mudah di bawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil.

4 - Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
28

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Sunday, October 3, 2010

302 - Lautan Hikmah Dari Kisah-kisah Nyata Dan Berharga

Lautan Hikmah Dari Kisah-kisah Nyata Dan Berharga


Title:
Lautan Hikmah Dari Kisah-kisah Nyata Dan Berharga
Judul Asli: al-Qauluts Tsamiin min Qashashi Ibn 'Utsaimin

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
Dibukukan oleh: Shalahuddin B. Mahmud as-Sa'id

Publisher:
Buana Ilmu Islami

Price:
RM50

Weight:
820g

Description:

Sesungguhnya kaedah bercerita dalam pendidikan merupakan di antara cara terbaik dalam memenuhi tujuan-tujuan pendidikan itu sendiri, meluruskan jalan hidup, memperbaiki jiwa, mejernihkan hati, membentuk akhlak, dan menyuburkan budi pekerti yang luhur. Terjemahan Kitab al-Qauluts Tsamin min Qashashi Ibni Utsaimin ini mengetengahkan kisah-kisah penuh hikmah dan hukum-hakam yang diperlukan setiap muslim. Kisah-kisah ini merupakan salah satu bentuk sarana yang membantu memotivasikan kita untuk beramal kebajikan, istiqomah di atas jalan yang lurus, dan lari meninggalkan keburukan beserta akibat-akibatnya yang berbahaya. Kitab ini merupakan hasil pengkisahan oleh yang mulia asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin yang telah dihimpun, disusun, dan di-takhrij (diberikan semakan/rujukan) terhadap sumber-sumber ayat al-Qur'an serta hadits-hadits yang terdapat di dalamnya.

Cukup menunjukkan kemuliaan kitab ini, kisah-kisah yang dipaparkan berdasarkan sunnah Rosullullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam di mana seseorang dapat berjalan dalam cahayanya dan mengambil petunjuk dari pelitanya. Inilah sebahagaian dari kisah yg pernah dan telah disampaikan oleh Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah yang telah beliau jelaskan bersamanya faedah-faedahnya, hikmah-hikmahnya dan pelbagai manfaat yang dapat jadikan pelajaran bagi kaum muslimin..

Di antara kisah yang termuat melalui buku ini adalah: 1 - Ka'ab B. 'Malik bersama Dua Sahabatnya, 2 - Pemuda dan Tukang Sihir, 3 - Harta Rampasan, 4 - Si Sopak, Si Botak, dan Si Buta, 5 - Wanita Calon Penghuni Syurga, 6 - Pembunuh yang Telah Membunuh 100 Nyawa, 7 - Wanita Yang Bertaubat, 8 - Badwi Kencing Di Masjid, 9 - Kebun Abu Talhah al-Anshari, 10 - Sakitnya Sa'ad B. Abi Waqqash, 11 - Kisah Sebidang Tanah, 12 - al-Humrah (Burung Merah), 13 - Tetamu Rasulullah, 14 - Lelaki Penghuni Syurga, 15 - Dua Orang Wanita Bersama Seekor Serigala, 16 - Kesabaran Para Nabi, 17 - Perang Hunain, serta beberapa lagi yang lainnya...

Total Pages:
416 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

301 - Meraih Syafaat Nabi

Meraih Syafaat Nabi


Title:
Meraih Syafaat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asli: asy-Syafa'ah 'Inda Ahli as-Sunnah wal-Jama'ah wa ar-Raddau 'ala al-Mukhalifin fiiha

Author:
Syaikh Dr. Nashir B. 'Abdurrahman al-Judai'

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
150g

Description:

Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang memerlukan bantuan dan ingin urusannya dipermudahkan dalam semua hal. Untuk mewujudkan keinginan tersebut mereka rela melakukan apa sahaja, walaupun adakalanya cara dan jalan yang ditempuh melampaui batas-batas ketentuan yang telah digariskan. Sama ada disebabkan oleh kejahilannya, atau pun kerana kesesatan akidahnya. Salah satu perkara yang sering kali manusia disibukkan dengannya dan melakukan banyak kesalahan padanya adalah dalam memahami persoalan syafaat. Ramai dari kaum muslimin yang belum mengerti hakikat syafaat, jenis-jenisnya, cara memperolehinya, kepada siapa meminta syafaat, dan tujuan syafaat itu sendiri. Akibatnya, terjadi begitu banyak kekeliruan bahkan kesesatan dalam memahami dan mengamalkan syariat Islam yang satu ini. Buku ini tampil mengupas secara tuntas persoalan syafaat secara terperinci. Bermula dari pengertian syaafat yang sebenar, bentuk-bentuknya, sarana mendapatkannya, yang berhak memberi syafaat, dan jenis-jenis syafaat yang disyariatkan serta yang dilarang. Turut dibahaskan adalah bantahan pemahaman kaum-kaum yang sesat dalam memahami maksud syafaat dari kalangan Khowarij dan muktazilah. Semoga buku ini dapat memberi pencerahan bagi setiap muslim yang mampu menggapai syafaat di sisi Allah, dan agar terhindar dari perbuatan syirik dan bid'ah dalam menuntut syafaat yang diinginkan.

Total Pages:
183 m/s.


More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.