Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, April 29, 2011

421 - Lebih Dari 60 Mutiara al-Fatihah

Lebih Dari 60 Mutiara al-Fatihah


Title:
Lebih Dari 60 Mutiara al-Fatihah
Judul Asal: Qathfuts Tsamar al-Mustathaab fii Tafsiri Faatihatil Kitab

Author:
Dr. Muhammad B. Musa Alu Nashr

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Surat Al-Faatihah adalah surah yang paling agung di dalam al-Qur'an. Disebut Al-Faatihah kerana ia merupakan pintu gerbang untuk memasuki dan mengharungi luasnya samudera al-Qur'an. Surah ini dinamakan juga dengan Ummul Kitab, kerana ia memuatkan garis utama isi seluruh al-Qur'an yang terdiri dari 114 surah.

Dalam sehari semalam, kaum Muslimin membaca surah Al-Faatihah sekurang-kurangnya tujuh belas kali dalam lima solat wajib. Maksudnya di sini tujuh belas kali mereka diingatkan oleh kandungan Al-Faatihah melalui ayat-ayatnya. Seharusnya, jumlah itu sudah cukup bagi mereka untuk mengorak langkah ke arah menghayati dan memahami intisari al-Qur'an dengan lebih jauh.

Dari itu, sudahkah anda memahami makna dan pesan-pesan yang terkandung dalam surah al-Faatihah ini?

Buku yang ada di hadapan anda ini mengupas secara tuntas mutiara ilmu dan hikmah surat Al-Faatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar lagi terperinci berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, ‘aqidah, dan bahasa. Membaca buku ini menjadikan kita seakan-akan sedang mengharungi samudera hikmah surat Al-Faatihah yang begitu luas dan dalam.

Total Pages:
132 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, April 27, 2011

420 - Buku Poket Doa Harian

Buku Poket Doa Harian



Title:
Buku Poket Doa Harian

Author:
Hammam Muhammad al-Jift

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3.00
(Diskaun 30% Bagi Pembelian 50 unit ke Atas)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Buku bersize poket yang menyenaraikan doa-doa harian yang disunnahkan untuk dibaca bagi keadaan-keadaan tertentu seperti doa ketika hendak tidur, bangun tidur, menaiki kenderaan, masuk rumah, memasuki tandas, doa makan, selesai wudhu', menuju masjid, doa ketika ketakutan, ketika diganggu syaitan, doa mendapat musibah, doa untuk orang menikah, dan selainnya.

Setiap doa-doa yang disenaraikan disertakan sekali rujukannya dari sumber-sumber hadis yang sahih, insyaAllah...

Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan.

Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca, mengamalkannya, atau menghafalnya.

Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah, sedekah, sebaran, serta cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, April 11, 2011

419 - Fatwa-fatwa Terlengkap seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim

Fatwa-fatwa Terlengkap
Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim


Title:
Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim
Judul Asal: al-Ulama al-Kibar fil Irhab wat Tadmir wa Dhawabith al-Jihad wat-Takfir

Author:
Fatwa-fatwa oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Syaikh Muhammad Soleh al-'Utsaimin, Syaikh soleh B. 'Abdullah al-Fauzan, dan lain-lain...

Dikumpulkan oleh: Abul Asybal ahmad B. Salim al-Mishri

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM64

Weight:
1.4kg

Description:

Tidaklah sifat lemah lembut ada pada sesuatu melainkan niscaya akan menghiasinya, dan tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu kecuali niscaya akan memburukkannya... Demikianlah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda. Kelemah-lembutan adalah senjata hebat yang harus dimiliki setiap muslim dalam menyeru umat kepada syari’at Allah. Sifat lemah-lembut inilah yang telah menjadikan Islam dapat diterima di seluruh penjuru bumi.

Terorisme sama sekali tidak diajarkan oleh Islam. Tidak satu pun dari kalangan ulama Islam yang berilmu luas, yang dikenali kejujurannya dalam memperjuangkan Islam mengajarkan cara-cara yang ekstrim untuk mencapai suatu tujuan. Terorisme dalam pelbagai bentuknya; pengeboman, penculikan, sabotaj, bom dan peletupan, vandalisme, bom bunuh diri, adalah di antara kebatilan dan kezaliman walaupun ia diikrarkan oleh sejumlah orang sebagai jihad. Dengan dalih dan rasional apa pengeboman manusia (melainkan ketika peperangan) boleh dianggap sebagai suatu yang benar? Dan agama mana yang menganggap tindakan ekstrim dan terorisme sebagai jihad?

Benar, Jihad tetap berlangsung (valid) sehingga hari Kiamat, sebagaimana telah diperakui oleh ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah dalam kitab-kitab ‘aqidah mereka. Akan tetapi perlulah di bawah bendera dan pimpinan amir kaum muslimin yang ditaati, begitu sambungan ungkapan tersebut.

Mentaati pemimpin adalah prinsip dasar lagi utama dalam sistem masyarakat Islam. Sesiapa keluar dari ketaatan terhadap pemimpin, bererti dia telah menanggalkan lehernya dari ikatan Islam. Jihad bukan tindakan perseorangan atau kelompok tertentu bawah tanah, bukan pula semangat buta untuk membasmi musuh.

Jihad adalah pilihan terakhir dari sebuah proses Iqamatul Hujjah kepada manusia. Dan itu memiliki syarat-syarat yang wajib dipenuhi, di antaranya al-Istitha’ah (kemampuan). Kefahaman dan kemampuan dalam bertindak (merujuk soal al-Istitha’ah) ini sepenuhnya berada di tangan pemimpin. Bukan kita secara individu yang mendai-mandai melancarkan jihad membabi-buta.

Melalui buku ini, para pembaca mampu mendalami - Siapa yang wajar disebut sebagai ulama. Bagaimana dan setakat manakah kita harus mentaati pemerintah. Bagaimana harus kita mendengar dan mentaati pemimpin. Larangan memberontak kepada para pemimpin.

Ketahuilah bahawa Terorisme bukan Jihad. Fahamilah siapa dia Usamah bin Laden, Aiman azh-Zhawahiri, Ikhwanul Muslimin, dan selainnya yang seangkatan dengan mereka dari sudut pemikiran dan ideologi. Saksikan kebatilan dan penyimpangan gaya-fikir mereka dalam beragama.

Buku ini mengajak kita kembali berdiri teguh di atas manhaj ahlus Sunnah wal-Jama'ah dan meninggalkan ideologi-ideologi keganasan dan sikap tergesa-gesa yang menyimpang! Telusurilah fatwa-fatwa para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah ini. Jangan tertipu dengan hebatnya slogan-slogan ahli bid'ah yang hanya mengobarkan semangat, tetapi miskin dari nilai-nilai ilmu yang benar...

Total Pages:

796 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

418 - Ibumu, Ibumu, Ibumu...

Ibumu, Ibumu, Ibumu...
Kamu dan Hartamu Kepunyaan Ayahmu


Title:
Ibumu, Ibumu, Ibumu...
Judul Asal: 150 Thariiqatan liyashila Birruka bi Ummika

Author:
Dr. Sulaiman B. Muhammad ash-Shagir

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Seseorang datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memohon izin untuk pergi berperang. Maka beliau bersabda, “Apakah kedua orang tuamu masih hidup?” Orang itu menjawab, “Ya.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Maka berjihadlah engkau dengan (berbakti) kepada keduanya.” (HR. Muslim)

Begitu pentingnya, sehingga berbuat baik kepada kedua orang tua harus didahulukan daripada berjihad. Berbuat baik kepada orang tua pun perlu lebih didahulukan daripada kepada isteri dan anak-anak.

Melihat betapa besarnya hak orang tua, maka jangan sekali-kali kita menyakiti dan menderhakainya. Jika kita pernah menyakiti mereka berdua, maka segeralah minta maaf dan berbuat baik kepada keduanya. Kemudian bertaubatlah kepada Allah 'azza wa jalla. Dan seandainya kedua orang tua sudah meninggal, kita wajib memohon ampun kepada Allah 'azza wa jalla dan mendo’akannya, disertai dengan taubat yang benar.

Buku ini sangat baik untuk dijadikan sumber inspirasi dalam berbakti kepada orang tua, menjalin silaturrahim dengan keduanya, dan mempergauli mereka dengan adab-adab yang mulia.

Selawat serta salam semoga sentiasa dilimpahkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kepada keluarga beliau, para Sahabatnya, para Tabi’in dan Tabiut Tabi’in serta mereka yang sentiasa berada di jalan Ahlus Sunnah wal Jama’ah hingga hari Akhir..
.

Total Pages:

120 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, April 8, 2011

417 - Ringkasan Tafsir as-Sa'di

Ringkasan Tafsir As-Sa’di
Karya Syaikh As-Si'di



Judul Buku:
Ringkasan Tafsir As-Sa’di
Judul Asal: Taisiir Al-Lathiif Al-Mannaan fii Khulashah Tafsiir Al-Qur’aan

Penulis:
Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di rahimahullah

Penerbit:
Pustaka Sumayyah

Harga:
RM78

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:

Penulis atau penyusun kitab ini asalnya telah menyiapkan sebuah tafsir yang sangat baik dari sudut manhaj, methodologi, kaedah yang padat, ayat-ayat yang mudah difahami, ringkas, tuntas, dan terang penjelasannya. Namun, ia tetap masih kelihatan sangat besar dan tebal untuk ditela’ah golongan awam. Maka dicadangkan kepada Syaikh (penulis) agar menulis sebuah tafsir yang lebih ringkas dengan mencakupi pelbagai perkara untuk memudahkan para pembaca dari kalangan awam.

Maka, Syaikh ‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di pun menyusunnya, dan siaplah sebuah lagi kitab tafsir yang cukup padat, ringkas, dan jelas penyampaian maksudnya.

Tafsir yang disusun oleh Syaikh as-Sa’di ini amat sistematik dari sudut susunan berdasarkan bab-bab yang beliau letakkan. Ia adalah bentuk susunan atau kaedah penyampaian tafsir yang jarang dilakukan oleh mana-mana penyusun. Tafsir ini dimulakan dengan bab Tauhid dan aqidah. Maka Syaikh pun membawakan pelbagai ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan yang mencakupi fokus utama perbahasan sekitar isu tauhid dan aqidah, dan beliau menafsirkannya dengan kaedah tafsir ahlus sunnah wal-jama’ah. Kemudian diikuti dengan bab seterusnya pun begitu juga, iaitu pada bab Iman kepada Rasulullah. Beliau membawakan ayat-ayat berkaitan dengan bab tersebut dan menjelaskan tafsiran-tafsirannya yang benar. Demkianlah seterusnya pada bab-bab yang lain.

Antara bab-bab yang lain adalah seperti bab beriman kepada hari kiamat, kepada para malaikat, anjuran memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia, hukum-hakam solat, kewajiban zakat, bersuci dengan air dan tayammum, seterusnya sehingga ke perbahasan bab-bab lain seperti jihad, sumpah, kisah-kisah para Nabi, dan lian-lain... Seolah-olah seperti penyusunan bab-bab dalam kitab-kitab hadis.

Maka, ambillah manfaat berupa kefahaman terhadap al-Qur’an ini... Tidak patut ada alasan lagi buat kita untuk tidak menela’ah maksud-maksud al-Qur’an. Setelah adanya tafsir yang amat mudah, ringkas, padat, gaya bahasa dan penyampaian yang baik, dan susunan bab yang menarik lagi memudahkan ini... Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Syaikh ‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di rahimahullah (Wafat: 1376H). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
562 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

416 - Perjalanan Ke Akhirat...

Perjalanan Ke Akhirat...
Saat Dijemput Maut Hingga Tempat Keabadian


Title:
Perjalanan Ke Akhirat...
Saat Dijemput Maut Hingga Tempat Keabadian
Judul Asli: Haadimul Ladzdzaat

Author:
Abu Islam Ahmad B. Ali

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM24

Weight:
550g

Description:

Saudaraku seiman, ketika kita menjejakkan dua kaki ini ke dunia, sebenarnya kita sedang melakukan safar (sebuah perjalanan) besar menuju sebuah kesudahan milik Tuhan yang Maha Agung. Sebuah perjalanan dari dunia yang fana menuju sebuah destinasi kekal abadi.

Di dunia, perjalanan kita adalah amat-amat singkat. Tetapi, itulah yang bakal menetukan di mana kedudukan kita di destinasi kekal abadi nanti. Di dunia adalah tempat persinggahan bagi meraih seberapa banyak bekalan menuju akhirat. Manakala di akhirat, ia adalah tempat menuai hasilnya, sama ada baik atau sebaliknya.

Awal perbahasan buku ini adalah berkaitan mulanya saat kematian datang menjemput. Datangnya ia menandakan berakhirlah sudah perjalanan hidup di dunia yang fana. Tiada siapa yang mampu lari dari kematian dan meninggalkan dunia yang fana. Kematian pasti datang menerpa bila sampai masanya tanpa mengira usia, pangkat, darjat dan kekayaan.

Dengan kematian, bermulalah perjalanan di dunia seterusnya. Ikuti perbahasan sebuah perjalanan di alam setelah kematian, sebuah alam sebenar yang kekal abadi. Melalui buku ini, anda akan dibawa menyelusuri sebuah kehidupan setelah mati bermula dari saat datangnya maut, peristiwa alam kubur, hari kiamat dan hisab, tiupan sangkakala, adanya syafa'at, perhitungan dan hari pembalasan, timbangan amal, melintasi titian shiraath, singgah di telaga haudh, antara syurga dan neraka, kisah bidadari syurga, dan akhirnya melihat Allah di Syurga.

Total Pages:

288 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

415 - Bingkisan Istimewa Buat Para Pencari Kebenaran

Bingkisan Istimewa Buat Para Pencari Kebenaran


Title:
Bingkisan Istimewa Buat Para Pencari Kebenaran

Author:
Arif Fathul Ulum B. Ahmad Saifullah

Publisher:
Pustaka al Furqon

Price:
RM20

Weight:
500g

Description:

Pertarungan di antara kebenaran dengan kebatilan akan terus berlangsung sehingga ke hari akhir nanti. Masing-masing dari keduanya memiliki tokoh-tokoh pembela dan penyerunya. Penyeru kebenaran berusaha menyelamatkan umat dan membawanya ke jalan yang lurus agar mendapatkan kebahagian yang sebenar. Sebaliknya, penyeru kebatilan berusaha menyesatkan dan merosakkan umat. Mengajak masyarakat ke kancah taksub dan fanatik buta. Mengajak manusia hanyut dengan falsafah dan akal untuk meninggalkan jalan kebenaran.

Di antara senjata yang paling ampuh digunakan oleh pendukung kebatilan adalah talbis dan syubhat dengan mencampur-adukkan di antara kebatilan dengan kebenaran. Ramai manusia terpedaya dan terperangkap lantaran jauhnya dari kefahaman dan manhaj yang benar dalam memahami agama.

Oleh kerana itulah, masyarakat perlu memahami bagaimanakah mencari jalan kebenaran yang sebenar sekaligus mampu membezakan di antara yang benar dengan yang batil. Kesalahan dan kesilapan dalam mengambil jalan agama akan mengakibatkan kesesatan yang parah sehingga membawa kepada kehancuran pada diri dan masyarakat.

Bersyukurlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia telah memberikan petunjuk kepada kita melalui Kitab-Nya dan utusan-Nya Rasulullah Shallalalhu 'alaihi wa Sallam yang membawa kefahaman dalam memahami agama ini. Diikuti dengan para Sahabat Rasulullah yang menjadi pendukung dan penyebar agama kebenaran ini.

Melalui buku ini, penulis mengajak pembaca menghayati dan membezakan di antara yang benar-benar haq dan batil.

Di antara kandungan tajuk-tajuk utama perbahasan yang dibawakan oleh penulis adalah:

1 - Penulis mengajak kita semua mengenali kepentingan ilmu dan mengenali siapakah ulama yang sebenar.

2 - Kemudian penulis mengupas siapakah ahlus sunnah yang sebenar.

3 - Kemudian bagaimanakah manhaj dan kaedah mengambil agama serta mengenali kebenaran.

4 - Apakah garis pemisah di antara manhaj kebenaran dengan kebatilan.

5 - Kedudukan akal dalam Islam.

6 - Fiqhul waqi' dan situasi semasa.

7 - Kaedah membersihkan jiwa.

8 - Kaedah muwazanah dalam timbangan.

9 - Bagaimana untuk menyatukan manusia.

10 - Memboikot orang kafir dengan cara yang benar.

11 - Perbahasan tentang bom bunuh diri, adakah syahid?

12 - Fitnah sururiyyah.

13 - Hakikat tarekat kesufiyan.

14 - Persamaan Syi'ah dan Yahudi.

15 - Bahaya gerakan Ahmadiyah.

16 - Siapakah ahli bid'ah dan kewajiban meninggalkan mereka.

17 - Adakah negara adalah tujuan dalam dakwah?

19 - Perbezaan di antara negara Islam dengan kafir.

20 - Membedah syubhat takfir masa kini.

Total Pages:

210 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, April 7, 2011

414 - Sahabat-sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Sahabat-sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Title:
Sahabat-sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asli: Ashhaaburrasul Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Mahmud al-Mishri

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM150 (3 Jilid)

Weight:
2.55kg

Description:

Mereka bukan Malaikat, mereka juga bukan Nabi. Mereka adalah manusia biasa seperti kita, namun mereka memiliki sesuatu yang tidak kita miliki. Mereka memiliki keimanan yang tegar, ketaatan yang mutlak, keikhlasan yang jernih dan kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya, melebihi kecintaan mereka terhadap apapun di dunia ini, termasuk terhadap diri mereka sendiri.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada tanding taranya, yang mereka persembahkan kepada Allah dan Rasul-Nya, sehingga mereka mencapai satu darjat kemuliaan yang tidak akan pernah dicapai oleh siapapun dan hingga bila-bila pun.

Mereka adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah setelah para Nabi, dan sebaik-baik umat dan generasi yang pernah ada di muka bumi. Mereka adalah manusia yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling jauh dari kepura-puraan, paling lurus bimbingannya dan paling baik keadaannya. Mereka telah dipilih Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mendampingi Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Mencintai mereka merupakan sebahagian dari agama, iman dan ihsan. Sedangkan membenci mereka merupakan kekufuran, kemunafikan dan kejahatan. Mereka adalah Para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam. Keberadaan mereka pada masa diutusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bukanlah suatu kebetulan. Tidak pula secara tidak sengaja terlahir di masa beliau, atau muncul begitu saja di saat itu. Akan tetapi itu semua sebahagian dari perancangan dan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dengan membaca buku ini, kita akan lebih mengenali dan lebih akrab dengan asal-usul pegangan kita yang sebenar dan sepatutnya, Para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kita akan rasa kekaguman yang amat, bagaimana mereka dapat mencapai tingkat keimanan sedemikian tinggi? Dunia tidak bererti dan berharga sedikitpun di mata mereka. Sehingga mereka lebih memilih kehidupan yang sukar dan perjuangan yang keras, demi meraih kehidupan yang sebenarnya dan kebahagiaan hakiki, kelak di negeri akhirat. Dengan demikian, kita dapat menimba keteladanan dari mereka dan dapat mengukur kualiti keimanan kita kepada Allah, sehingga memotivasikan kita semua untuk lebih meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya..

Buku ini memulakan perbahasannya dengan tajuk-tajuk utama seperti Keutamaan-keutamaan umat Muhammad, Keutamaan para sahabat, Larangan mencaci para sahabat, dan diikuti dengan kisah-kisah, keutamaan, perjalanan hidup, keluarga, pujian, sifat/karektor, wasiat, sumbangan utama, nasihat, serta biografi para sahabat bermula dengan Abu Bakar, Umar, Utsman, dan seterusnya.

Total Pages:

3 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

413 - Fiqih Dakwah Para Nabi 'Alaihis Salam

Fiqih Dakwah Para Nabi 'Alaihis Salam


Title:
Fiqih Dakwah Para Nabi 'Alaihis Salam
Judul Asli: Manhaj al-Anbiya' fii ad-Da'wah ilallah fiihil Hikmah wal 'Aql

Author:
Syaikh Prof. Dr. Rabe' B. Hadi al-Madkhali (Hafizahullah)

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM38

Weight:
500kg

Description:

Dakwah adalah salah satu kewajiban bagi mereka yang berkemampuan dari kalangan mulim dan muslimah. Dengan dakwah, Islam terus ditegakkan dan berdiri kukuh dalam masyarakat. Dakwah di atas jalan Allah dengan prinsip-prinsip yang benar adalah merupakan sebesar-besar bentuk ketaatan kepada Allah Ta'ala, sehingga Allah sendiri menyebutkan bahawa sebaik-baik perkataan seorang hamba adalah yang mengajak kepada jalan Allah.

Cuma sayangnya, ramai di kalangan para da'i (pendakwah) yang sering mengambil sikap semberono dalam dakwah. Berapa ramai di antara mereka yang berdakwah tanpa bekalan ilmu yang benar. Tidak kurang juga di antara mereka yang hanya memanipulasikan nama dakwah untuk kepentingan diri dan kelompok mereka sahaja. Mereka meninggalkan dakwah di atas manhaj Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sehingga akhirnya mereka terjerumus ke dalam pelbagai bentuk penyimpangan. Akibatnya, mereka bukan berdakwah, tetapi menyesatkan diri dan masyarakat. Na'udzubillah...

Maka, Syaikh Dr. Rabe' B. Hadi pun menyusun sebuah buku berkaitan metode dan prinsip-prinsip dalam berdakwah. Beliau menjelaskan bagaimana prinsip yang benar dalam berdakwah. Apakah kaedah yang ditunjukkan oleh para Nabi dalam menyampaikan kebenaran. apakah prioriti dan keutamaan yang wajib disampaikan dalam dakwah. Sekaligus beliau juga membantah sebahagian bentuk pemikiran atau fikrah-fikrah yang menyimpang dari jalan yang benar yang menggunakan nama dakwah. Di antara isi kandungan dan tajuk perbahasan utama buku ini adalah berkaitan rukun-rukun atau syarat-syarat dalam berdakwah, anugerah akal dan fitrah, manusia dimuliakan dengan diutusnya Rasul, keutamaan tauhid, contoh-contoh dakwah para nabi, Dakwah Nabi Musa dan Kezaliman Fir'aun, Siksaan para sahabat dalam menegakkan tauhid, pandangan para ulama terhadap imamah (kepimpinan dalam politik), dan seterusnya...

Buku ini turut disemak dan diberi rekomendasi oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan, Anggota Lajnah Fatwa Arab Saudi.

Total Pages:

262 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

412 - Tafsir Ibnu Abbas

Tafsir Ibnu Abbas


Title:
Tafsir Ibnu Abbas
Judul Asli: Tafsir Ibnu Abbas, al-Musamma Shahifah Ali B. Abu Thalhah 'an Ibni 'Abbas fii Tafsir al-Qur'an al-Karim

Author:
Dikumpulkan daripada riwayat 'Ali B. Abu Thalhah
Oleh: Rasyid 'Abdul Mun'im ar-Rajal

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100

Weight:
1.3kg

Description:

Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Ibnu 'Abbas, beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang pernah didoakan supaya diberi kefaqihan oleh Allah khusus dalam ilmu Tafsir. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar dalam ilmu tafsir. Seorang lagi adalah Ibnu Mas'oud.

Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.

Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dan di antara mereka adalah al-Habrul Bahr (samudera ilmu), ‘Abdullah B. ‘Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan turjumanul Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dengan berkah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu ‘Abbas) kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ta’wil (ilmu tafsir).”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada ‘Abdullah B. ‘Mas’oud, “Sebaik-baik turjumanul Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas.” Sanad hadis ini sahih.

Ibnu Mas’oud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang sahih. Dan ‘Abdullah B. ‘Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36 tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang diperolehinya setelah pemergian ‘Abdullah B. Mas’oud?

Al-A’masy meriwayatkan daripada Abu Wa’il, beliau berkata, “‘Ali menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu ‘Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang kemudiannya beliau membaca surah al-Baqarah (dalam riwayat yang lain, surah an-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.”

Oleh sebab itulah Ismai’il B. ‘Abdirrahman as-Suddi al-Kabir dalam tafsirnya banyak meriwayatkan daripada dua sahabat ini, iaitu Ibnu Mas’oud dan Ibnu ‘Abbas.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dari itu, tela'ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur'an yang menyimpang!

Total Pages:

840 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, April 6, 2011

411 - Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin

Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin


Title:
Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin
Judul Asli: Silsilah Ummahatul Mu'minin wa ad-Da'wah Ilallah

Author:
Dr. Khalid B. Muhammad

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM80 ( 2 Jilid Lengkap)

Weight:
1.8kg

Description:

Ummahatul Mukminin (ibu kaum yang beriman) memiliki peranan yang sangat penting dalam penyebaran dakwah dan pengajaran agama pada generasi sahabat dan tabi'in terutamanya kepada kalangan wanita muslimah.

Tidak dapat dinafikan, bahawa mereka adalah wanita-wanita mulia yang mendapat kesempatan merekam secara sempurna dan terperinci segala bentuk peri-kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang kemudian disampaikan kepada kaum muslimin.

Setelah kewafatan Rasulullah, mereka adalah rujukan pertama bagi para sahabat. Terutama apabila menghadapi persoalan dan bagi tujuan ilmu serta mencari jawaban bagi masalah-masalah tertentu. Lebih-lebih lagi permasalahan yang berkaitan dengan keluarga dan wanita.

Rumah-rumah mereka dijadikan sebagai madrasah-madrasah ilmu, tempat kaum Muslimin bertanya dan meminta fatwa. Sehingga keberadaan Ummahatul Mukminin menduduki posisi yang sangat penting, sama ada sebagai sumber pembelajaran ataupun sebagai contoh tauladan, khususnya bagi kaum wanita dalam soal keimanan, kesabaran, ilmu, pendidikan, dan kekeluargaan.

Begitu juga dengan kesungguhan mereka dalam mempertahankan kemurnian Islam, di mana mereka harus memikul kewajiban-kewajiban khusus dan berat, sebagai seorang wanita, isteri Rasulullah, dan juga ummahatul mukminin. Ini adalah sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam surat al-Ahzab ayat 32-33, yang maksudnya:

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita-wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu "tunduk" dalam berbicara, sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta'atilah Allah dan Rasul-Nya,. Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul bait dan membersihkanmu sebersih-bersihnya."

Buku ini menyoroti sisi tertentu dari kehidupan Ummahatul Mukminin, iaitu mengenai manhaj (prinsip beragama), pola fikir, sarana (kaedah), dan fiqih dakwah mereka serta pengaruh ke-empat-empat perkara tersebut terhadap kejayaan dakwah. Secara terperinci dan sistematis disebutkan satu persatu pola, manhaj, sarana, dan pengaruh dakwah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang berjumlah 11 orang tersebut disertai keutamaan, kedudukan, dan peranan masing masing dalam dakwah Islam.

Buku ini tentu sangat bermanfaat bagi para juru dakwah dan para pendidik serta akan memberikan inspirasi baru kepada mereka dalam dunia dakwah dan pendidikan. Ia juga turut memiliki peranan penting dalam mendidik pemikiran ibu-ibu, para isteri, dan para wanita di luar sana secara umum. Padanya memiliki contoh tauladan yang agung dan mulia.

Total Pages:

2 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

410 - Mengenal Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin

Mengenal Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin


Title:
Mengenal Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin
Judul Asli: al-Mauridu al-'Adzbi az-Zalaal fii ma Untuqida 'Alaa Ba'dhi al-Manaahij ad-Da'awiyah min al-'Aqaaid wa al-A'mal

Author:
Syaikh al-Allamah Ahmad B. Yahya B. Muhammad an-Najmi

Publisher:
Cahaya Tauhid Press

Price:
RM32

Weight:
600g

Description:

Kemunculan pelbagai bentuk fikrah dakwah yang menyimpang dari jalan dakwah para Salaf (Ahlus Sunnah wal Jama’ah) benar-benar menjadi batu ujian bagi kaum Muslimin. Ia muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia muncul mengelirukan umat Islam yang mahukan kebenaran.

Di antara mereka yang hingga kini tetap wujud keberadaannya dan aktif mendakyah generasi muda khususnya adalah Ikhwanul Muslimin. Ia tampil dengan slogan-slogan Islam dan suara-suara lantang mengajak atas nama Islam. Hakikatnya, hanya mereka yang diberi oleh Allah ilmu yang sejahtera akan mengenal siapakah mereka dan apakah fikrah mereka sebenarnya.

Mereka ini sering melaungkan seruan demonstrasi, kebebasan bersuara dan demokrasi, amal jama’i, tanzhim sirri (gerakan bawah tanah), ibadah ala Sufi sehingga bom bunuh diri pun dianggap halal lagi jihad. Mereka sering berangan-angan dan bermimpi mendirikan Khilafah di setiap negara yang meeka diami. Namun, kaedah dan fikrah yang mereka gunakan, benar-benar amat diragui lagi menyimpang dari jalan kebenaran. Bahkan sebahagian ulama menggelarkanmereka sebagai khawarij moden dan terorris! Ini adalah kerana sikap-sikap mereka yang begitu gemar menzahirkan sikap kepembangkangan dan pemberontakan.

Benarkah hakikat ini? Bolehkah anda mempercayainya?

Dalam prinsip dan kerangka dakwah mereka, mereka sentiasa mengikuti dan patuh apa sahaja kata murabbi mereka tanpa peduli atau mempersoalkannya. Dalam masa yang sama, mereka begitu anti terhadap para pemimpin atau pemerintah di negara-negara yang mereka diami.

Maka, langkah mengenal lebih dekat bagaimana dan siapa mereka berdasarkan pemikiran tokoh-tokohnya adalah suatu kelebihan. Sekaligus menjadikan kita lebih bijak dan mengelak dari tertipu dengan perangkap syubhat yang ditebarkan oleh mereka.

Siapapun anda, baru mendengar, baru menyertai, pendukung fikrah mereka, aktivis Ikhwanul Muslimin, ataupun pemimpin dalam barisan jama’ah ini... Maka, anda tidak sepatutnya melepaskan buku ini.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama ahli hadis yang berautoriti dalam bidangnya dan Alhamdulillah jauh dari tuduhan tanpa bukti atau ulasan tanpa rujukan, sehingga sesiapa sahaja yang menginginkan tambahan faedah ilmiah, dapat meneliti secara langsung sumber-sumber yang diisyaratkan. Penulis adalah Syaikh al-Allamah Ahmad B. Yahya an-Najmi.

Buku ini turut mendapat pengiktirafan daripada Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan, seorang anggota majlis ulama besar dan Anggota lajnah tetap fatwa Arab Saudi. Juga oleh Syaikh Prof. Dr. Robe' B. Hadi al-Madkhali.

Pepatah mengatakan, “Tak kenal maka tak...”

Khusus untuk tema ini, janganlah tergesa-gesa menjawab sebelum membaca buku ini!

Total Pages:

400 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

409 - Tafsir Ibnu Mas'ud

Tafsir Ibnu Mas'ud


Title:
Tafsir Ibnu Mas'ud
Judul Asli: Tafsir Ibnu Mas'ud: Jam'u wat Tahqiq wa ad-Dirasah

Author:
Disusun dan ditahqiq oleh Muhammad Ahmad Isawi

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM120

Weight:
1.8kg

Description:

Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Ketika hayatnya, beliau pernah membacakan al-Qur'an sehingga Rasulullah menangis mendengarnya. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar tafsir dalam bidangnya. Seorang lagi adalah Ibnu Mas'oud.

Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.

Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dari itu, tela'ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur'an yang menyimpang!

Total Pages:

1115 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, April 5, 2011

408 - Silsilah Hadits Shahih

Silsilah Hadits Shahih


Title:
Silsilah Hadits Shahih
Judul Asal: Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM210

Weight:
4.2 kg

Description:

Secara umumnya, tiada yang meragui keahlian Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah dalam penelitian hadits. Salah satu karya besar beliau dalam bidang ilmu hadits adalah Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah yang kemudian dikenal dengan Ash-Shahiihah.

Ash-Shahiihah adalah himpunan hadits-hadits yang beliau kumpulkan dari pelbagai kitab hadits yang haditsnya berdarjat Hasan dan Sahih.

Dalam penyusunannya, beliau membuat bab-bab yang terdiri dari satu atau lebih hadits kemudian beliau terangkan Takhrij-nya dan beliau keluarkan dari hadits tersebut hukum-hukumnya. Kitab tersebut akhirnya menjadi salah satu rujukan dalam menentukan darjat suatu hadits.

Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman (salah seorang murid beliau) mengumpulkan seluruh matan hadits dari kitab tersebut dan meletakkan hadits-hadits bersesuaian dengan pembahagian bab yang telah disusun Syaikh al-Albani rahimahullah dalam daftar isi kitabnya (Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah).

Tujuannya agar mereka yang tidak memiliki pengkhususan keilmuan dalam bidang hadits dapat membaca dan menelaah kitab ini dengan mudah. Sekaligus kitab ini menjadi bekal bagi para peneliti, para khathib, da'i, penuntut ilmu, pembaca dan para pemberi nasihat. Kerana dengan memisahkan takhrij sanad hadits yang panjang dari matannya pada kitab as-Shahiihah ini, mereka dapat mencari hadits yang mereka inginkan dengan cepat dan mudah.

Berikut ini susunan bab yang berisikan hadits-hadits yang telah diurutkan tersebut:

1. Akhlak, Perbuatan Baik, dan Hubungan Antar Sesama Makhluk.
2. Adab dan Meminta Izin.
3. Adzan dan Shalat.
4. Kurban, Binatang Sembelihan, Makanan, Minuman, Aqiqah, dan Bersikap Lembut Terhadap Binatang.
5. Iman, Tauhid, Agama, dan Qadar.
6. Sumpah, Nadzar, dan Kafarat.
7. Jual beli, Usaha, dan Zuhud.
8. Taubat, Nasihat, dan Pelembut Hati.
9. Surga dan Neraka.
10. Haji dan ‘Umrah.
11. Hudud, Mu’amalah dan Hukum-Hukum.
12. Khilafah, Bai’at, Keta’atan, dan Pemerintahan.
13. Zakat, Kedermawanan, Sedekah dan Hibah.
14. Pernikahan, Bersikap Adil Terhadap Para Istri, Mengasuh Anak dan Bersikap Adil di Antara Mereka Serta Memberi Mereka Nama-Nama yang Bagus.
15. Safar, Jihad, Peperangan dan Berlaku Lembut Kepada Binatang.
16. Sirah Nabawi dan Perjalanan Hidup Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam.
17. Puasa dan Shalat Malam.
18. Pengobatan dan Menjenguk Orang Sakit.
19. Thaharah dan Wudhu’.
20. Ilmu, Sunnah, dan Hadits Nabi.
21. Fitnah, Tanda-Tanda Datangnya Kiamat dan Kebangkitan.
22. Keutamaan-Keutamaan al-Qur’an, Doa, Dzikir, dan Rukyah.
23. Pakaian, Perhiasan, [Permainan], dan Gambar.
24. Permulaan Alam Semesta, Para Nabi, dan Keajaiban-Keajaiban Makhluk Allah.
25. Penyakit, Jenazah, dan Kubur.
26. Keutamaan Seorang Tokoh dan Kekurangannya.
27. Nasihat dan Pelembut Hati.
28. Masalah-Masalah Lainnya.

Adapun metode yang digunakan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman dalam memisahkan matan-matan hadits pada kitab ash-Shahiih dari sanadnya adalah sebagai berikut:

1. Mencantumkan nama sahabat yang meriwayatkan hadits beserta latar belakang hadits tersebut jika ada.

2. Mencantumkan matan-matan hadits berdasarkan urutan angka.

Kemudian pada akhir matan tersebut, menyebutkan nombor haditsnya dari kitab Silsilah ash-Shahiihah di dalam tanda kurung.

Dalam hal ini, tidak disebutkan satupun jalur-jalur periwayatannya ataupun rujukannya dari kitab-kitab hadits.

3. Ditemukan beberapa hadits yang dicantumkan berulang-ulang dalam banyak tempat, maka beliau mencantumkan hadits-hadits yang berkaitan dengannya yang tercantum dalam lima jilid pertama kitab as-Silsilah ash-Shahihah, dan meletakkan hadits-hadits yang berkaitan dengan bab ini yang ditemukan pada jilid keenam dan jilid ketujuh di bawah nombor hadits di depan.

4. Hadits-hadits yang diulangi penyebutannya oleh Syaikh al-Albani rahimahullah pada lebih dari satu bab, maka dicantumkan saja seperti apa adanya..

Total Pages:

3 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.