Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, May 31, 2011

437 - Buku Poket Matan Hadits Arba'in

Buku Poket Matan Hadits Arba'in
Susunan Imam an-Nawawi

Title:
Buku Poket Matan Hadits Arba'in

Author:
Imam an-Nawawi

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3.00
(Diskaun 30% bagi pembelian 50 unit ke atas)

Weight:
Kurang 100 gram

Description:

Buku bersize poket ini menyenaraikan hadis-hadis dari kitab hadis 40 Imam an-Nawawi. Ia mengandungi 42 hadis lengkap semuanya diambil dari kitab al-Arba'in oleh Imam an-Nawawi. Buku ini membantu dan memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana kerana sizenya yang kecil (poket size). Sekaligus membantu dan memudahkan pengguna/pembaca untuk mengamalkannya, mengingatinya, menghafalnya, dan melakukan rujukan.

Buku-buku bersaiz poket ini juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca, mengamalkannya, atau menghafalnya.

Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah, sedekah, sebaran, ole-ole perkahwinan, serta cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat.

Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

436 - Bersama Sang Kekasih Di Syurga

Bersama Sang Kekasih Di Syurga

Title:
Bersama Sang Kekasih Di Syurga

Author:
Said Yai B. Imanul Huda

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM22

Weight:
400gram

Description:

Mungkinkah Kita Bertemu Sang Kekasih di Syurga nanti?

Cinta adalah perasaan hati yang dibentangkan oleh lisan dan tindakan. Tatkala Anda cinta pada suatu perkara, pasti Anda sering menyebutnya, bahkan berusaha untuk memilikinya.

Buku ini mengajak anda agar dapat merasakan indahnya hidup berkat kecintaan kepada sang kekasih, agar Anda dapat merasakan manisnya hidup dalam keadaan cinta kepadanya, dan agar Anda dapat mengungkap cinta kepadanya dengan tepat.

Kekasih sejati haruslah mampu menjadi teladan, mengajak kepada kebenaran, dan melarang untuk mendekati perbuatan-perbuatan yang dilarang. Siapakah dia?

Dia adalah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Suri teladan yang sudah sewajibnya menjadi Sang Kekasih. Sang Kekasih yang harus diberikan kepadanya cinta dengan sepenuh hati.

Semoga dengan mengaplikasikan isi buku ini, hidup Anda menjadi terasa manis, walaupun ujian dan aral sering melintang dalam hidup Anda.

Total Pages:
274

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, May 30, 2011

435 - Noda-noda Perusak 'Aqidah

Noda-noda Perusak 'Aqidah
dalam Kehidupan Sehari-hari...

Title:
Noda-noda Perusak 'Aqidah
dalam Kehidupan Sehari-hari...

Author:
Wahid 'Abdussalam Bali

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM12

Weight:
100gram

Description:

Membersihkan 'aqidah hamba-hamba Allah adalah suatu perkara besar yang tidak boleh diabaikan oleh setiap komponen umat ini. Para ulama, para da'i, khatib, guru, tokoh-tokoh masyarakat, orang-orang tua, ibu/bapa, pemerintah, dan siapapun yang mengharapkan berkat dan rahmat Allah, hendaklah memberikan perhatian yang lebih untuk hal yang satu ini. Kerana akal dari segala masalah yang menimpa umat ini, sama ada di bidang ekonomi, keamanan, perpaduan umat ataupun masalah-masalah lainnya, adalah aqidah.

Alhamdulillah, buku ini membantu menjelaskan aqidah-aqidah yang lurus dengan membersihkan pelbagai bentuk salah faham dalam beberapa kepercayaan dan amalan dalam masyarakat hari ini.

Aqidah memainkan peranan yang sangat penting dalam soal diterimanya amalan. Kerana amalan tanpa aqidah yang benar, maka amalan tersebut terbatal. Biarpun banyak mana amalan yang dilkerjakan atau diusahakan, tetapi aqidahnya dan kepercayaannya menyimpang, maka sia-sialah amalan tersebut.

Begitu juga dalam soal perpaduan umat, aqidah memainkan peranan utama di dalamnya. Manusia tidak mungkin bersatu dalam keadaan aqidah yang bersimpang-siur dan tidak sehaluan.

Semoga Allah merahmati usaha penghasilan dan penyebaran buku kecil ini.

Total Pages:
105

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, May 27, 2011

434 - Mencari Kunci Rezeki Yang Hilang

Mencari Kunci Rezeki Yang Hilang

Title:
Mencari Kunci Rezeki Yang Hilang

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM30

Weight:
300gram

Description:

Siapa yang tidak mahu jika mendapat limpahan rezeki yang melimpah ruah? Sudah tentu semua menginginkannya. Berlumba-lumba orang bekerja untuk memenuhi keperluan hidup atau untuk meraih kenikmatan. Ada yang berjaya, dan lebih banyak lagi yang gagal.

Kenapa mereka gagal, dan kenapa sebahagian yang lain berjaya? Apa rahsia yang diguna-pakai oleh orang-orang yang berjaya? Boleh dan mampukah kita mencontohinya? Apa pula petunjuk dalam al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara ini buat para pencari rezeki dan pendamba keberkahan?

Setelah membaca buku ini, InsyaAllah jalan meraih rezeki yang halal dan penuh berkah akan semakin jelas di mata anda. Namun Anda pun perlu segera bertanya pada diri sendiri, “Sudah halalkah rezeki yang selama ini aku raih?” atau “Sudah bersihkah darah daging aku dan keluarga dari rezeki yang haram?” dan Bagaimanakah cara menyucikan diri dari hasil yang haram?”

Siapapun anda, sama ada pengusaha atau peniaga, pekerja kerajaan ataupun swasta, pemimpin atasan atau bawahan, laki-laki atau perempuan, yang ingin hidup tenang dan bahagia di dunia dan akhirat - maka pasti akan memetik manfaat dari buku ini.

Antara yang menarik kupasan dalam buku ini adalah: Etika bekerja orang-orang soleh, keutamaan mengetahui halal haram dalam pekerjaan, bagaimana mengatasi sikap Malas, Bagaimana memelihara agama dalam bekerja, menjaga sikap amanah, bersikap adil dalam kerjaya, bagaimana bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah, dan pelbagai lagi lainnya...

Total Pages:
271

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

433 - Syarah Adabul Mufrad

Syarah Adabul Mufrad

Title:
Syarah Adabul Mufrad
Judul asal: Rasysyul Barad Syarh al-Adabil Mufrad

Author:
Abu 'Abdillah Muhammad Luqman Muhammad as-Salafi

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM130

Weight:
kurang 100gram

Description:

Rasulullah Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam adalah seorang tokoh paling berpengaruh sepanjang masa. Bolehkah dibayangkan, berapa ramainya manusia di muka bumi ini yang mencontohi beliau, misalnya sebagai contoh manusia yang paling sederhana, mencontohi beliau dalam bersin. Yang mana berlaku sejak sejak lima belas abad yang lalu hingga sekarang?

Berapa kali nama belau disebut dalam selawat, doa, dan kehidupan seorang muslim sehari-harian? Belum lagi cara hidup yang beliau ajarkan, sehingga beliau mendapat pengiktirafan, dicintai dan penghormatan tulus sedemikian rupa!

Ini menegaskan kebenaran pernyataan beliau dalam satu sabdanya, “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Kesempurnaan akhlak yang ada pada beliau tentu merupakan satu gambaran yang cukup konkrit hasil ajaran yang beliau bawa kepada umat manusia. Dengan demikian dapatlah difahami jika dari sisi kehidupan, ucapan, sikap, dan perbuatan kemudian secara khusus diangkat masalah etika yang unik yang dirumuskan dalam judul kitab ini.

Para pembaca akan segera menyadari ketika mula membaca bahawa ternyata kitab penuh monumental karya ulama hadis, al-Imam al-Bukhari ini sarat dan begitu lengkap membahaskan persoalan hadis-hadis adab Islam. Dari aspek isi, tidak dapat dinafikan bahawa para ustaz, khatib, dan sesiapa pun yang hendak menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain seharusnya membaca kitab ini dan menjadikanya sebagai rujukan penting. Maka, Selamat menelaah.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

432 - Shodaqoh Memang Ajaib

Shodaqoh Memang Ajaib

Title:
Shodaqoh Memang Ajaib
Judul asal: Min 'Ajaibi 'ash-Shodaqoh

Author:
Kholid B. Sulaiman ar-Robi'

Publisher:
Wacana Ilmiah Press

Price:
RM10

Weight:
kurang 100gram

Description:

Buku ini mengutarakan beberapa keutamaan sedekah, maksud sedekah, orang-orang yang berhak menerima sedekah, hukum sedekah, jenis-jenis sedekah, hadis-hadis dan dalil-dalil berkaitan sedekah serta beberapa persoalan asas tentang sedekah. Kemudian penulis membentangkan rakaman kisah-kisah menakjubkan dari orang-orang yang mengeluarkan sedekah.

Iaitu kisah-kisah yang ajaib dan sungguh menakjubkan. Anda mungkin akan merasa cukup takjub ketika membaca kisah-kisah yang dipaparkan melalui buku ini. Kisah-kisah yang dialami oleh orang-orang yang bersedekah dengan hati yang penuh tulus dan pasrah.

Seperti kisah orang yang telah hilang harapan berada di unit rawatan rapi (ICU) tiba-tiba penyakitnya lenyap secara tiba-tiba! Kisah seorang yang bebas dari serangan sihir yang mengancam nyawa. Rezeki yang datang tidak terjangka setelah asalnya hilang harapan. Kisah seorang yang bebas dari belitan hutang yang parah setelah bersedekah. Diikuti dengan contoh kisah-kisah lainnya yang cukup luar biasa sebagai anugerah dari Allah kepada para hamba-Nya yang terpilih dan tulus.

Semoga di akhirat nanti Allah memberikan ganjaran yang lebih besar lagi buat emreka yang mengeluarkan sedekah. Bacalah, semoga buku ini memotivasikan diri kita untuk besedekah membantu golongan yang memerlukan. Juga sebagai salah satu sarana mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Total Pages:
126 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, May 26, 2011

431 - Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Title:
Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Judul asal: Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah

Author:
Syaikh 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Pustaka Drul Ilmi

Price:
RM14

Weight:
kurang 100gram

Description:

Ada dua perkara yang perlu saya catatkan berkaitan buku ini. Pertama, pengenalan kepada pengarang buku ini iaitu Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr dan kandungan buku ini seterusnya.

Syaikh Abdul Muhsin Abbad

Beliau masih beluam dikenali di tanah air kita. Pertama mungkin kerana beliau tidak pernah menziarahi Malaysia atau menerima sebarang anugerah dari pihak pemerintah negara kita seperti Yusuf al-Qaradhawi atau Dr. Wahbah az-Zuhaili. Buku-buku beliau juga belum diterjemah ke dalam bahas Melayu.

Pun begitu, di kalangan pencinta ilmu di luar negara namanya begitu masyhur. Dek kerana gah dan masyuhurnya nama beliau ini, ada di antara sahabat-sahabat di sini mendedikasikan nama anaknya sempena nama syaikh ini.

Beliau mengarang begitu banyak buku, rencana dan mengadakan banyak siri kuliah pengajian agama. Semua ini tercatat dalam biografi ringkas yang disertakan dalam naskah ini. Beliau pernah menjawat jawatan rektor Universiti Islam Madiah.

Antara ulama’ yang merekomendasi beliau sebagai guru termasuk; Al-Imam Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah, Syaikh Hammad al-Anshari rahimahullah, Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafidzahullah dan pakar hadith dari Yaman Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’.

Adapun Syaikh 'Abdul Muhsin al-'Abbad hafizahullah ini sendiri adalah di antara barisan ulama hadis paling senior di Madinah sekarang ini.

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Kata pepatah Arab “Lembutkanlah kata-kata, nescaya ia akan melembutkan hati”.

Asal dakwah itu adalah dengan berlemah-lembut. Tegas atau berkeras perlu hanya pada situasi-situasi yang tententu dan terdesak. Sekeras dan setegar Fir’aun, Allah perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah dengan kata-kata yang baik. Seperti yang terakam dalam Surah Toha : 43-44,

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampai batas (sesat), maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah-lembut, mudah-mudahan ia mendapat peringatan dan takut (terhadap Allah)”

Manakala Aisyah melaporkan, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah berkata:

“Sesungguhnya kelembutan tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan menjadikannya indah, dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan ia akan menjadikannya buruk.” (Sahih Muslim)

Pengarang seterunya membawakan beberapa perbincangan berkaitan kritikan (tahdzir) dan cela-mencela di kalangan orang Islam. Lebih khusus lagi ia ditujukan kepada orang Islam yang melalukan kesilapan atau tergelincir dalam memahami agama.

Tidak ada gading yang tidak retak, begitulah boleh diibaratkan kepada penuntut ilmu bahkan juga kepada mereka yang bergelar sarjana atau ulama’. Yang maksum hanya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Fenomena mengkritik dan menjatuhkan hukuman secara semberono dilihat akan merosakkan keharmonian beragama di dalam Islam.

Walaupun ringkas, buku ini sangat bermanfaat buat penuntut ilmu dan pendakwah.

Isi kandungan utama buku ini:

1 - Nikmat bertutur kata dan berbicara.

2 - sikap berburuk sangka dan mencari-cari kesalahan.

3 - Berkasih-sayang dan lemah lembut.

4 - Sikap Ahlus sunnah terhadap kesalahan ulama.

5 - Fenomena tahdzir (kritik keras), celaan, dan tohmah-mentohmah sesama ahlus sunnah dan jalan penyelesaiannya.

Untuk Siapa Buku Ini Ditulis?

Syaikh 'Abdul Muhsin al-'Abbad menjelaskan untuk siapa buku ini ditujukan. Syaikh 'Abdul Muhsin al-'abbad hafizahullah berkata:

والكتاب الذي كتبته أخيراً وهو ( رفقاً أهل السنة بأهل السنة ) لا علاقة للذين ذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب، لا علاقة للذينذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب؛ فهذا الكتاب الذي هو ( رفقاًأهل السنة بأهل السنة ) لا يعني الإخوان المسلمين، و لا يعنيالمفتونين بسيد قطب، و غيره من الحركيين، و لا يعني أيضاًالمفتونين بفقه الواقع، و النيل من الحكام، و كذلك التزهيد في العلماء، لا يعني هؤلاء، لا من قريب و لا من بعيد، وإنما يعني أهل السنةفقط، وهم الذين على طريقة أهل السنة حيث يحصل بينهم الاختلاف فينشغل بعضهم ببعض تجريحاً و هجراً و ذماً ”

“Buku yang aku tulis akhir-akhir ini iaitu Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah tidak ada kaitannya dengan apa yang telah aku sebutkan dalam kitab Madarikun Nadhar (karya ‘Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri). Risalahku Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah tidaklah dimaksudkan untuk Ikhwanul Muslimin, tidak pula dimaksudkan untuk orang-orang yang yang terkesan dengan pemikiran Sayyid Quthub dan selainnya dari para hizbiyyun (pentaksub kelompok-kelompok ahli bid’ah).

Tidak pula untuk orang-orang yang terkesan dengan fiqhul waqi’, para pencela pemerintah, dan orang-orang yang merendahkan para ulama, tidak dimaksudkan untuk mereka sama ada yang dekat ataupun yang jauh.

Sesungguhnya risalahku ini aku peruntukkan untuk Ahlus Sunnah sahaja! Mereka berada di atas jalan Ahlus Sunnah. Tetapi telah terjadi di tengah-tengah mereka sekarang ini perselisihan dan sibuknya mereka dengan tajrih (menjatuhkan kedudukan), hajr (memulau), dan mencela antara satu dengan lainnya.

Syaikh juga berkata:

ذكرت أن هذا الكتاب لا يعني هذه الطوائف وهذه الفرق المنحرفة عن منهج أهل السنة والجماعة وعن طريقة أهل السنة و الجماعة و إنما يعني من كان من أهل السنة مشتغلاً بغيره من أهل السنة تجريحاً و هجراً و تتبعاً للأخطاء و التحذير بسبب هذه الأخطاء و كذلك إذا حصل خلاف بين شخصين ينقسم أهل السنة إلى قسمين قسم يؤيد هذا و قسم يؤيد هذا ثم يحصل التهاجر والتقاطع بين أهل السنة في كل مكان نتيجة لهذا الاختلاف فإن هذا من أعظم المصائب و من أعظم البلاء يعني حيث يتهاجر أهل السنة و يتقاطعون بسبب خلاف بين شخص و شخص و ما قاله فلان في فلان و ما قاله في فلان و فلان و ما موقفك من فلان و إن وقفت سلمت و إن لم تقف وإن لم يكن لك موقف فإنك تكون مبتدعاً ثم يحصل التهاجر و ينقسم أهل السنة إلى هذا الانقسام الخطير هذا هذا هو هذا هو الذي يعنيه هذا الكتاب و من المعلوم أن هذا الكتاب لا يعجب الحركيين لأنهم لأن الحركيين يحبون أن ينشغل أهل السنة بعضهم ببعض حتى يسلموا منهم حتى يسلموا من أهل السنة و ذلك بانشغال بعضهم ببعض و هذا الكتاب يدعو إلى إصلاح ذات البين و أن يرفق أهل السنة بعضهم ببعض وأن يحرص بعضهم على تسديد البعض وهذا هو الذي يعنيه الكتاب وأما أهل الحركات المناهضة أو المباينة لطريقة أهل السنة فهؤلاء يعجبهم هذا الاختلاف لأنهم إذا انشغل أهل السنة بعضهم ببعض هم سلموا من أهل السنة و صار بأس أهل السنة فيما بينهم وهذا هو الذي يريدونه " اهـ

Jadi aku katakan semula bahawa buku ini tidaklah ditujukan untuk kelompok ataupun firqah yang menyelisihi manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama’ah ataupun jalannya Ahlus Sunnah. Bahkan buku ini ditujukan kepada kalangan Ahlus Sunnah yang mereka sibuk antara satu dengan yang lainnya sesame ahlus Sunnah dengan jarh, hajr, mencari-cari kesalahan dan mentahdzir dari manusia kerana kesalahan-kesalahan ini. Jika ada dua orang mula berselisih, mereka pun berpecah menjadi dua kelompok, kelompok yang ini berbangga diri dengan orang orang ini dan kelompok satu lagi berbangga diri dengan orang satu lagi pula. Sehingga tampak pada mereka hajr dan muqatha’ah (pemutusan hubungan) di antara satu dengan yang lainnya sesame pengikut Ahlus Sunnah di setiap tempat disebabkan adanya perselisihan ini.

Perkara ini adalah termasuk bencana dan fitnah yang paling besar. Sehingga ahlus Sunnah akan terpecah-belah berdasarkan pernyataan ketidak-sepakatan di antara orang ini dan orang itu, “Apa yang fulan katakana tentang fulan dan fulan!” atau, “Bagaimana sikapmu terhadap fulan dan fulan!?” Jika jawabanmu seiring dengan pendapat mereka, maka kamu akan selamat. Dan jika kamu tidak memiliki pendapat, maka kamu akan dilabel dengan sebutan mubtadi’. Hajr akan dipraktikkan dan Ahlus Sunnah akan terpecah-belah menjadi kelompok-kelompok yang berbahaya.

Inilah yang melatar-belakangi maksud penulisan buku ini. Telah diketahui bersama bahawa buku ini tidaklah menyeru harakiyyin (pergerakkan parti-parti politik), dan perkara ini kerana buku ini disukai oleh mereka. Harakiyyun senang sekiranya Ahlus Sunnah sibuk antara satu dengan yang lainnya (saling bercakaran), sehingga mereka merasa selamat dari Ahlus Sunnah. Dan perkara ini disebabkan kita menyibukkan diri (bercakaran) antara sesame ahlus sunnah.

Buku ini menyerukan ishlah (pembaikan) tentang perkara-perkara yang sedang melanda kita supaya kita lebih berlemah-lembut sesame kita, dan kita mampu untuk memperbaiki di antara satu dengan yang lainnya. Ini terbetik dalam fikiranku tentang latar belakang penulisan buku ini. Tetapi mereka dari kalangan harakiyyun dan hizbiyyun yang jelas-jelas menyelisihi jalan Ahlus Sunnah, mereka sangat bergembira dengan perselisihan yang berlaku di antara kita. Kerana ketika Ahlus Sunnah sibuk (bercakaran) sesame sendiri.

Jadi, perpecahan dan prselisihan di antara ahlus Sunnah inilah yang mereka kehendaki.”

Rujuk:

http://alrbanyon.yoo7.com/t9166-topic

http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/abb_refqan.rm

http://www.al-sunna.net/articles/file.php?id=4604

Total Pages:
116

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, May 24, 2011

430 - Hakikat Agama Syi'ah Imamiyah

Hakikat Agama Syi'ah Imamiyah

Title:
Hakikat Agama Syi'ah Imamiyah
Judul asal: al-Khutoot al-Areedah

Author:
Syaikh Muhibbuddin al-Khatib

Publisher:
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan

Price:
RM8

Weight:
kurang 100gram

Description:

Buku ini adalah buah karya hasil penyelidikan Syaikh Muhibbuddin al-Khatib rahimahullah (1303-1389H). Salah seorang ulama terkenal dari Mesir pada zamannya. Beliau terkenal sebagai antara orang yang tampil mendedahkan pelbagai bentuk konspirasi pihak-pihak bathil tertentu yang merancang mahu menakluk dunia Islam.

Antara kelompok bathil yang dimaksudkan adalah golongan sesat syi'ah rafidhah. Yang pada hari ini mereka berpusat di Iran dan sedang sentiasa mengintai berusaha mahu menguasai sekitar Timur Tengah dan dunia Islam lainnya. Syi'ah hari ini bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika bagi memusnahkan umat Islam. Namun masih ramai umat Islam yang terlena, malah ada pula yang terpedaya dengan dakyah Syi'ah sehingga sanggup bekerjasama pula dengan Syi'ah menyesatkan dan mengganggu-gugat keharmonian Ahlus Sunnah wal-Jama'ah.

Jadi buku ini adalah antara yang baik dalam menjelaskan hakikat tipudaya dan muslihat sebenarnya syi'ah. Bacalah buku ini supaya kita sedar siapa sebenarnya syi'ah yang jahat ini. Mereka adalah golongan bathil, sesat dan ganas pembunuh manusia. Mereka terkenal ganas terhadap ahlus sunnah wal-jama'ah di Iran, Iraq dan sekitar. Adapun di negara-negara lain mereka masih agak lemah dan sedang menunggu masa mengumpulkan kekuatan untuk memberontak.

Jangan biarkan masyarakat tertipu sehingga menganggap Syi'ah sebagai pejuan Islam. Bangkitlah! Syi'ah perlu segera dibanteras. Jangan biarkan sampai menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut di negara kita pula. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru hendak sedar sebagaimana apa yang telah menimpa di Iraq dan Iran, kaum muslimin habis dibunuh dan disembelih oleh mereka setiap hari.

Total Pages:
73

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

429 - Hakikat Ketuhanan

Hakikat Ketuhanan

Title:
Hakikat Ketuhanan
Judul Asal: Fathu Rabbil Bariyyah bi Talkhis al-HamawiyahTalkhis
Dari karya asal Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan

Price:
RM24

Weight:
400gram

Description:

Kitab ini adalah hasil buah karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Beliau adalah salah seorang ulama ahlus sunnah wal-jama'ah terkemuka abad ini yang banyak menjelaskan persoalan kepentingan dan keutamaan tauhid kepada masyarakat dan dunia Islam.

Kitab ini adalah kesinambungan dari Kitab Fatawa al-Hamawiyah buah karya Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H). Ia adalah himpunan jawaban kepada soalan daripada Qadhi dari daerah Hamat (Syam). Soalan tersebut adalah sekitar pandangan para ahli fiqh dan para alim berkaitan ayat-ayat sifat serta dalil-dalilnya.

Ibnu Taimiyyah adalah salah seorang alim besar dan ulama pejuang tauhid ahlus sunnah wal-jama'ah yang banyak menundukkan ahli bathil pada zamannya. Beliau berjihad menegakkan al-haq dengan ilmu dan tangannya. Ini adalah sebagaimana penjelasan imam adz-Dzahabi rahimahullah.

Pada zaman ini, karya Ibnu Taimiyyah tersebut kemudiannya diringkaskan oleh Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah. Buku ini amat baik dalam menjelaskan soal hakikat ketuhanan berdasarkan manhaj ahlus sunnah wal-jama'ah. Semoga seorang musim mampu mengenali Tuhannya dnegan baik.

Total Pages:
209

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

428 - Dasar-dasar Yang Berfaedah Dalam Aqidah

Dasar-dasar Yang Berfaedah Dalam Aqidah

Title:
Dasar-dasar Yang Berfaedah Dalam Aqidah

Author:
Syaikh Yahya B. Ali al-Hajuri

Publisher:
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan

Price:
RM12

Weight:
150gram

Description:

Kitab ini adalah bagi mereka yang ingin mengetahui tentang asas-asas aqidah atau ilmu tauhid, fiqh, dan manhaj. Ia disusun dan ditulis oleh Syaikh Yahya B. Ali al-Hajuri salah seorang murid terpilih Syaikh 'Muqbil B. Hadi al-Wadi'i (ulama hadis Yaman).

Soalan-soalan asas seperti apa maksud Rasulullah, ibadah dalam Islam, tauhid, iman, ihsan, dan yang lain-lainnya dijelaskan dengan baik dan mudah berpandukan dalil-dalil yang lengkap.

Makna sebenar tawassul, doa, bid'ah, solat 5 waktu, dan kaedah memahami nama-nama Allah juga turut dijelaskan melalui buku ini.

Kelebihan buku ini adalah susunan dan maklumat yang diberikan disampaikan secara ringkas, mudah, dan mantap. Semoga bermanfaat...

Total Pages:
100

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, May 11, 2011

427 - Humor Salafi

Humor Salafi

Title:
Humor Salafi

Author:
Susunan Ustaz Abu Umar Basyir
Ambilan dari Karya Imam Ibnul Jauzi

Publisher:
Inaizah Media

Price:
RM10

Weight:
kurang 100gram

Description:

Adakah seorang salafi itu harus sentiasa masam mukanya? Adakah harus garang wajahnya? Tidak bolehkah sedikit tersenyum dan gembira?

Sudah tentu tidak...

“Jika harus tersenyum, senyumlah dengan bijak.

jika harus tertawa… tertawalah dengan bijak.”

Hiburkanlah hati dan ceriakanlah wajah dengan membelek buku ini. Temui kepelbagaian kisah-kisah cerdik jenaka para Nabi, para sahabat dan orang orang soleh yang dicintai Allah.

Kisah-kisah pengundang senyum dan penyegar suasana yang diambil dari kitab Al-Adzkiyaa buah tangan Imam Ibnul Jauzi rahimahullah.

Total Pages:
119

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, May 8, 2011

426 - Tarikh Khulafa'

Tarikh Khulafa'

Title:
Tarikh Khulafa'

Author:
Imam as-Suyuthi

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM60

Weight:
1.2kg

Description:

Zaman terus berputar, peristiwa sejarah akan berulang, hanya pelaku, tempat dan situasinya berbeza. Putaran zaman mempergilirkan antara kebaikan dan keburukan. Dan keadaan suatu zaman akan sangat dipengaruhi oleh siapa yang menjadi pemimpinnya di ketika itu. Perkara ini dapat kita saksikan pada perjalanan umat Islam dari semenjak masa kenabian, masa Khulafa'ur Rasyidin serta masa kedinastian Bani Ummayah dan Bani 'Abbasiyah.

Kekhilafahan mengalami masa keemasan pada masa-masa Khulafa'ur Rasyidin terutama pada masa Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan setengah dari masa kekhilafahan 'Utsman bin Affan. Setelah berakhirnya masa Khulafa'ur Rasyidin, kekhilafahan berpindah secara turun temurun, adakalanya berada di tangan orang soleh, dan adakalanya berada di tangan orang yang zalim dan derhaka. Namun bagaimana pun keadaannya, mereka tetap lebih baik berbanding dengan masa pasca kejatuhan khilafah.

Imam as-Suyuthi, seorang ulama besar yang hidup antara tahun 849-911H, mengungkap peri-kehidupan para khalifah (penguasa) berdasarkan periwayatan yang terpercaya dan komentar-komentar para ulama yang langsung menjadi pelaku sejarah. Karya beliau merupakan antara warisan yang sangat berharga kerana kaya dengan pelajaran yang mendalam dan menjadi rujukan sepanjang zaman bagi umat yang ingin memahami sejarah para penguasa pendahulunya.

Buku ini mengajak para pembaca menyelami sejarah Khulafa'ur Rasyidin, Bani Umayyah, dan Bani 'Abbasiyyah.

Total Pages:
593 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, May 6, 2011

425 - Terjemahan Lengkap Shahih Muslim

Terjemahan Lengkap Shahih Muslim

Title:
Terjemahan Lengkap Sahih Muslim

Author:
Imam Muslim
Seliaan/semakan oleh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM400

Weight:
8kg

Description:

Terjemahan Lengkap hadis-hadis Shahih Muslim. Selenggaraan dan semakkan oleh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi. Susunan asal oleh Imam al-Bukhari.

Total Pages:
4 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, May 5, 2011

424 - Panduan Keluarga Sakinah

Panduan Keluarga Sakinah

Title:
Panduan Keluarga Sakinah

Author:
Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM50

Weight:
800gram

Description:

Mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah (keluarga yang dipenuhi ketenangan, rasa cinta, dan kasih sayang) merupakan dambaan setiap muslim dan muslimah yang akan menghadapi mahligai rumah tangga. Keluarga yang sakinah adalah keluarga yang di dalamnya ditegakkan syari'at Allah Ta'ala, keluarga yang di dalamnya terdapat sikap saling memahami, dan keluarga yang di dalamnya terdapat rasa cinta dan pergaulan yang baik.

Namun, mencapai keluarga yang sakinah bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi bukan pula suatu hal yang mustahil. Oleh sebab itu, setiap muslim dan muslimah berkewajiban mempelajari dan memahami konsep dan tujuan pernikahan dalam Islam sebagai bekal utama sebelum melangkah ke gerbang pernikahan dan akhirnya meraih keluarga yang sakinah dengan izin Allah Ta'ala.

Buku yang ada di hadapan anda ini memberikan panduan dalam mewujudkan keluarga yang sakinah. Di dalamnya dibahaskan pelbagai aspek pernikahan yang perlu diketahui, meliputi:

Tujuan pernikahan dalam Islam, manfaat pernikahan, tata cara pernikahan dalam Islam, beberapa pernikahan yang dilarang syari'at Islam, pelanggaran-pelanggaran yang sering terjadi dalam pernikahan dan walimah (kenduri), kaedah-kaedah membina rumah tangga yang ideal, hak dan kewajiban suami-isteri, nasihat untuk suami-isteri, hal-hal yang wajib dilakukan ketika si buah hati lahir, kewajiban mendidik anak, menggapai redha Allah Ta'ala dengan berbakti kepada kedua orang tua, dan lainnya.

Dengan mengetahui semua aspek utama dan asas dalam pernikahan ini, mudah-mudahan mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah menjadi suatu perkara yang realiti.

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang hendak menikah, mereka yang baru memasuki alam rumah tangga, mahupun mereka yang telah lama berumah tangga namun selalu mendambakan terwujudnya keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah.

InsyaaAllah melalui buku ini anda akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat sebagai bekal menuju keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah. Aamiin.

Total Pages:
362

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

423 - Terjemahan Lengkap Shahih al-Bukhari

Terjemahan Lengkap Shahih al-Bukhari

Title:
Terjemahan Lengkap Shahih al-Bukhari

Author:
Imam al-Bukhari
Seliaan/semakan oleh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM550

Weight:
9kg

Description:

Terjemahan Lengkap hadis-hadis Shahih al-Bukhari. Selenggaraan dan semakkan oleh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi. Susunan asal oleh Imam al-Bukhari.

Total Pages:
5 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

422 - Bimbingan Rohani Untuk Orang Sakit

Bimbingan Rohani Untuk Orang Sakit

Title:
Bimbingan Rohani Untuk Orang Sakit

Author:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3.00
(Diskaun 30% Bagi Pembelian 50 unit ke Atas)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Buku bersize poket ini menyenaraikan keutamaan dan adab-adab menziarahi orang-orang sakit. Turut disertakan adalah adab-ada dalam menyampaikan nasihat, dan memberi motivasi. Selain itu turut dijelaskan hikmah-hikmah ziarah, anjuran menemaninya, dan beberapa contoh doa-doa yang disunnahkan untuk dibaca ketika menziarahi.

apa yang disampaikan oleh buku kecil ini disimpulkan berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an, al-hadis, dan pendapat para ulama generasi awal.

Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan.

Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca, mengamalkannya, atau menghafalnya.

Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah, sedekah, sebaran di rumah-rumah sakit (seperti hospital), serta cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
58