Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, September 13, 2011

465 - Sejarah Pemikiran 2

Sejarah Pemikiran 2
Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme

Contoh gambar (Soft Cover)

Title:
Sejarah Pemikiran 2
Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme

Author:
Prof. Madya Dr. Sulaiman Noordin

Publisher:
Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Price:
RM50 (Soft Cover)
RM70 (Hard Cover)

Weight:
1.3kg

Description:

Buku ini adalah kesinambungan kepada buku pertama - Sejarah Pemikiran 1 (Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, dan Orde Baru Dunia). Buku kedua ini memfokuskan pembentangan sebuah hasil kajian yang tidak kurang hebatnya berbanding buku terdahulu bahkan lebih luas lagi. Iaitu sekitar isu pergolakan dunia yang berpunca dari perbezaan manhaj tauhid sepanjang zaman. Sama ada di kalangan orang Islam sendiri dan di antara umat Islam dengan orang-orang kafir. Seterusnya beliau (penulis) berusaha menjelaskan solusi dan jalan keluar dari setiap fitnah yang melanda, iaitu dengan kembali kepada manhaj dan jalan yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya ramai yang mengabaikan garis panduan tersebut sehingga berlakulah sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Beruntunglah orang-orang yang terus teguh bersama-sama di atas jalan tersebut biar apapun yang berlaku.

Secara ringkas dan dalam bentuk point, di antara perbahasan yang dibentangkan oleh penulis adalah:

1 - Peranan wahyu dalam memandu akal dan nafsu.

2 - Perbezaan di antara aliran falsafah, aliran sains, aqlani, mantiq, dan atheis dengan manhaj Rasulullah dalam menetapkan tauhid kepada Allah.

3 - Akidah dan manhaj para Rasul adalah akidah yang dianuti oleh Ahli Sunnah wal-Jama'aah.

4 - Perbezaan di antara bid'ah dan ijtihad.

5 - Permasalahan tahrif (penyelewengan atau pengubahsuaian) serta takwil terhadap ayat-ayat berkaitan sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

6 - Perbezaan di antara pegangan akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dengan madrasah al-Asya'irah zaman kemudian.

7 - Peranan al-Qur'an dan as-Sunnah serta kaedah dalam memahaminya.

8 - Manhaj ahli sunnah dalam mengambil tauhid.

9 - Konsep Nur Muhammad Menurut Islam, suatu kajian terperinci.

10 - Kajian terperinci terhadap Ajaran Batiniyyah dan pemikiran muktazilah gaya baru.

11 - Jin dan bomoh sepanjang zaman.

12 - Konspirasi terancang di sebalik Kegawatan ekonomi dan jalan penyelesaiannya.

13 - Misteri 3 buah pulau.

Serta banyak lagi yang lainnya hasil kajian penulis yang merupakan bekas dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terlalu banyak fakta-fakta berharga hasil kajian penulis sekiranya hendak dimuatkan dalam satu atau dua buah buku, nescaya buku tersebut akan menjadi terlalu tebal. Apa yang diutarakan oleh penulis melalui dua buah buku ini hanyalah sebahagian kecil dari banyak lagi fakta yang masih tersimpan dalam fail-fail kajiannya. Wallahu a'lam...

Semoga buku ini mampu memberikan manfaat berharga dan membuka fikiran kita semua terhadap manhaj beragama yang sahih. Kepada Allah jua kita berharap dan tempat kembali.

Buku ini disemak dan diberi kata-kata aluan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron (Felo Kanan Bersekutu Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM), dan Dr. Azwira Abdul Aziz (Fakulti Pengajian Islam, UKM). Untuk mendapatkan buku terdahulu berjudul Sejarah Pemikiran 1, sila klik di sini.

Total Pages:
743 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Contoh gambar (Hard Cover)

Monday, September 12, 2011

464 - Doa & Dzikir Hisnul Muslim

Doa & Dzikir
Hisnul Muslim


Title:
Doa & Dzikir Hisnul Muslim
Judul Asli: Hisnul Muslim

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM12

Weight:
200g

Description:

Ini adalah sebuah buku dengan judul asalnya (dalam bahasa arab) - Hisnul Muslim yang menghimpunkan doa-doa dan dzikir-dzikir dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kini buku ini telah pun diterjemahkan dan beredar di dalam pasaran untuk dimiliki.

Buku ini dipenuhi dengan doa-doa (serta dzikir-dzikir) yang sahih sehingga tidak perlu rasa ragu untuk mengamalkannya. Setiap kandungannya dijelaskan sekali rujukan hadis dan sumber ambilannya. Semoga kita dapat mengamalkannya di setiap keseharian aktiviti kita. Bermula dari bangun tidur, sehinggalah ke waktu tidur kembali. Dari waktu hendak keluar bekerja, sehingga kembali ke rumah semula. Dari keadaan yang sihat sehingga kepada yang sakit, serta dari yang sakit sehingga kembali sembuh. Dari mereka yang muda dan anak-anak sehingga kepada mereka yang berumah-tangga dan tua. Dari mereka yang dilanda musibah sehingga kepada mereka yang dalam keadaan senang. Pelbagai doa dan dzikir-dzikir yang sahih dari Rasulullah dihimpunkan dalam buku ini.

Sizenya yang kecil juga memudahkan para pembaca/pengguna membawanya ke mana-mana. Semoga bermanfaat dan selamat mengamalkannya.

Total Pages:
262 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

463 - Beginilah Jihad Dalam Islam

Beginilah Jihad Dalam Islam


Title:
Beginilah Jihad Dalam Islam
Judul Asli: al-Jihad, Syurutuhu wa Ahkamuhu

Author:
Syaikh Dr. Soleh B. 'Abdullah B. Fauzan al-Fauzan

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM8

Weight:
Kurang 100g

Description:

Jihad adalah perintah Allah yang paling penting setelah rukun Islam yang lima. Namun, pada masa sekarang ini, begitu ramai orang (termasuk umat Islam sendiri) fobia terhadap perkataan jihad. Jihad diidentikkan dengan terorisme. Lebih memburukkan keadaan pelaku terorisme sendiri ada sebahagiannya dari kalangan umat Islam sendiri. Dan pelaku ini melaksanakan kegiatan terorismanya atas nama jihad pula?!

Jadi, apakah benar terorisme termasuk sebahagian dari bentuk jihad Islam? Bagaimana sebenarnya hukum jihad dan apa kaedah-kaedahnya? Adakah setiap orang boleh melancarkan jihad? Pertanyaan ini dan selainnya akan dikupas dalam buku yang serba ringkas dan padat ini. Buku kecil ini adalah satu risalah tulisan syaikh Dr. Soleh B. 'Abdullah al-Fauzan.

Total Pages:
86 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

462 - Beginilah Cara Mengamalkan al-Qur'an

Beginilah Cara Mengamalkan al-Qur'an


Title:
Beginilah Cara Mengamalkan al-Qur'an
Judul Asli: Mafatih Tadabbur al-Qur'an wan-Najah fi al-Hayah

Author:
Dr. Khalid B. 'Abdul Karim al-Lahim

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM12

Weight:
200g

Description:

Al-Qur'an adalah samudera ilmu yang tidak pernah habis. Padanya terhampar mutiara ilmu dan hikmah yang tak pernah habis dituai. Sebuah kenikmatan yang sangat besar bagi setiap Muslim. Ironinya, tidak semua kita menyadari hakikat ini.

Mari kita luangkan waktu sejenak untuk merenung, berapa banyak waktu yang kita sediakan untuk al-Qur'an? Sejauh mana kita mampu memetik pelajaran dari al-Qur'an? Berapa banyak keperibadian kita yang dibentuk oleh al-Qur'an?

Umat Islam dari kalangan Salafus Soleh biasa mengulang-ulang satu ayat sambil menagis kerana membayangkan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut. Setiap kita pun pasti dapat melakukannya, jika ada kemahuan yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.

Buku ini mengulas sepuluh cara sederhana dan mudah untuk mentadabburi, merenung dan menghayati al-Qur'an. Penjelasannya yang cukup kukuh, padat, dan tidak berjela-jela. Yang diperlukan dari kita hanyalah mempraktikkannya dan tidak menunda-nunda. Berusahalah dan jangan berlengah lagi.

Total Pages:
171 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

461 - Hukum Ziarah Kubur Wali Songo

Penjelasan Gamblang Seputar Hukum
Ziarah Wali Songo


Title:
Penjelasan Gamblang Seputar Hukum Ziarah Wali Songo

Author:
Abu Ibrohim Muhammad Ali AM

Publisher:
Pustaka al-Ummat

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Kita jumpai pada zaman sekarang, ramai kaum muslimin khususnya di Nusantara ini, mereka giat sekali menziarahi kubur, terutama kuburan wali songo dan kuburan yang dianggap keramat.

Bahkan sekarang diberi nama "perjalanan keagamaan" yang ertinya perjalanan untuk ibadah, bukan untuk bermain-main, atau semata-mata melihat kuburan. Selanjutnya ziarah yang mereka lakukan ini turut memiliki tujuan untuk bertawassul kepada orang mati, agar disampai-kan hajat mereka ke hadirat Allah atau lebih parah dari itu, mereka meminta langsung kepada mereka (penghuni kubur) berupa kesembuhan, barakah, anak, kekayaan, ketenangan jiwa, dan semisalnya, atau minta agar dijauhkan dari bala' dan malapetaka.

Ini semua termasuk ziarah syirik besar, pelakunya hendaknya bertaubat, jika tidak, maka Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah melakukan dosa yang besar". (Surah an-Nisaa', 4: 48)

Meminta sesuatu kepada orang yang telah mati adalah suatu perkara yang tidak masuk akal, kerana mereka ketika masih hidup jika diminta sesuatu belum tentu dapat memberi, apalagi setelah meninggal dunia, kerana itu kita tidak menjumpai anak kecil yang ayahnya meninggal dunia, dia meminta wang kepada ayahnya, akan tetapi meminta kepada ibunya atau keluarganya yang masih hidup, demikian juga pengemis, dan peminta sedekah di jalanan. Mereka tidak pergi ke kuburan untuk mengemis.

Benarlah firman Allah yang mengatakan bahawa manusia itu tidak mahu menggunakan akalnya sebaliknya meminta pula kepada yang sudah mati akalnya.

"Bahkan mereka mengambil pemberi syafaat selain Allah. Katakanlah: 'Dan apakah (kamu meskipun mereka tidak memiliki sesuatu dan tidak berakal?'." (Surah az-Zumar, 39: 43)

"Tetapi kebanyakan mereka tidak berakal". (Surah al-Ankabut, 29 : 63)

Allah telah menegur orang yang meminta-minta di kuburan, dan semoga menjadi peringatan bagi kita ummat Islam.

"Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaan-mu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kesyirikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui." (Surah Fathir, 35: 14)

Kita jumpai ahli ziarah kubur wali songo dan lainnya, pada umumnya mereka melakukan pelbagai bentuk kesyirikan, meminta-minta kepada penghuni kubur, sama ada untuk mencari manfaat (kebaikan) atau menolak bala', bukan untuk mengingat mati, kerana jika tujuannya supaya mengingat mati, tentu cukup berziarah kubur di desanya atau di kampunya saja tanpa perlu berjalan jauh dan berbelanja besar.

Total Pages:
94 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, September 9, 2011

460 - Islam Menjawab Tuduhan

Islam Menjawab Tuduhan
Menyingkap Keraguan Menuai Kebenaran


Title:
Islam Menjawab Tuduhan
Judul Asli: Rudud 'ala Syubuhat Haula al-Islam

Author:
Syaikh Musthafa al-'Adawi

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM20

Weight:
400g

Description:

Musuh Islam, Yahudi, Nashrani, dan Musyrikin tidak akan pernah berhenti memusuhi dan membenci kaum Muslimin hingga murtad dari agamanya. Pelbagai bentuk kaedan dan cara mereka lakukan untuk mencapai tujuan menyesatkan dan memurtadkan umat Islam, sama ada melalui sekatan terhadap sebahagian negara Islam, rampasan kekayaan harta negara, tekanan politik, dan serangan pemikiran.

Antara yang paling berbahaya adalah melalui serangan pemikiran. Perang pemikiran yang mereka lancarkan dilaksanakan melalui pelbagai bentuk syubhat dan keragu-raguan. Ini berlaku sama ada melalui media maklumat, hiburan, propaganda, dan sebagainya. Ini tidak lain bertujuan untuk menjadikan umat Islam ragu, bosan, dan benci terhadap agamanya. Bukan sekadar itu, bahkan acapkali disertai dengan kata-kata keji, kedunguan, sindiran, dan kedustaan. Ini bukan perkara yang baru bagi orang-orang kafir ke atas umat Islam. Tetapi sebenarnya mereka sudah biasa mempermain-mainkan umat Islam, al-Quran, para Nabi, dan para ulama sejak dahulu lagi.

Makar dari musuh Islam ini ditebarkan di tengah-tengah umat Islam oleh tali-barut mereka yang telah dicuci otaknya melalui pelbagai bentuk doktrin pendidikan ala Barat. Jangan hairan apabila mereka, misalnya - mempersoalkan hukum-hukum seperti pakaian wanita muslimat, kebebasan gender, kesama-rataan gender, ketidak-adilan dalam hukum poligami, hukum potong tangan, al-Qur'an penuh pembohongan, fakta al-Qur'an saling bercanggah, Islam agama jumud, ketinggalan zaman, Islam agama yang menekan, dan yang lain sebagainya.

Maka Syaikh Musthafa al-'Adawi, seorang ulama hadis yang kini berada di Mesir pun menulis sebuah kita berkaitan dalam membantah syubhat-syubhat tersebut. Beliau menjelaskan asas-asas manhaj yang perlu ada bagi setiap muslim, sekaligus menepis kepelbagaian bentuk syubhat tidak bertanggungjawab yang kian tersebar luas yang tujuannya menghujam agama Islam.

Semoga dengan buku ini dapat menyingkap kabut syubhat dan keraguan yang selama ini menyelimuti fikiran dan pemahaman kita terhadap Islam.

Total Pages:
251 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, September 8, 2011

459 - Cara Mudah Mencari Rezeki

Cara Mudah Mencari Rezeki


Title:
Cara Mudah Mencari Rezeki
Judul Asli: Hammu al-Rizqu

Author:
Fuad Shalih

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM10

Weight:
150g

Description:

Bukankah Allah telah menetapkan pembahagian rezeki kepada setiap hambanya, tetapi kenapa kita masih tetap perlu bekerja? Adakah dengan keluar bekerja akan mempengaruhi bertambah atau berkurangnya rezeki?

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga ada menjelaskan bahawa rezeki turut dipengaruhi oleh ketaatan dan kemaksiatan. Jadi, sejauh manakah perlu kita fahami konsep tersebut? Seterusnya, adakah bekerja keras mencari rezeki termasuk perbuatan yang menolak aspek tawakkal dalam beragama, atau adakah bertawakkal menolak sama sekali konsep perlu keluar bekerja mencari nafkah?

Benarkah kefakiran dan kemiskinan boleh menyebabkan kekufuran? Apakah sebab-sebab kefakiran dan bagaimana mengatasi dan mengelak darinya? Kemudian, bagaimana untuk mengelakkan diri dari memakan harta haram dan rezeki yang haram?

Oleh itu, buku ini pun berusaha menjawab setiap eprsoalan tersebut dengan baik sekali. Penulis berusaha memberikan motivasi kepada setiap umat Islam (para pembaca) agar keluar bekerja mencari rezeki tanpa mengabaikan kewajiban sebagai seorang hamba Allah yang bertauhid. Karena rezeki dan umur adalah dua perkara yang telah dijamin oleh Allah kepada setiap hamba-Nya. Selama umur masih ada, maka rezeki tetap datang dan mengalir. Kerananya, rezeki dicari, bukan dinanti!

Di antara perbahasan yang paling menarik dari buku ini adalah pada topik tawakkal dalam bekerja. Penulis menjelaskan aspek tawakkal, aspek taqwa, dan aspek syukur sangat memainkan peranan dalam memperolehi rezeki yang barakah. Bahkan tiga aspek utama inilah yang menjadi sebab turunnya rezeki. Sehingga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung, dia keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, dan kembali dalam keadaan perut kenyang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 8/342, no. 2266. Hasan Sahih)

Jadi, bagaimana untuk memahami aspek tawakkal, taqwa, dan syukur yang sebenar-benarnya? Maka, insyaAllah buku ini akan membantu para pembaca untuk memahaminya.

Total Pages:
99 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, September 7, 2011

458 - Mahkota Pengantin

Mahkota Pengantin
Bingkisan Istimewa Untuk Suami Isteri


Title:
Mahkota Pengantin
Judul Asli: Tuhfah al-Arusain

Author:
Majdi B. Manshur B. Sayyid asy-Syuri

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM48

Weight:
700g

Description:

Pernikahan adalah di antara asas utama keutuhan masyarakat Muslim. Apabila ikatan sesebuah keluarga retak, remuk pulalah sendi-sendi sesebuah peradaban. Oleh sebab itulah, kenapa Islam begitu menjaga perhubungan di antara lelaki dan wanita serta menggalakkan pernikahan. Melalui pernikahan, Islam mendidik dan menjaga umat Islam agar hidup dengan tenteram dan bahagia.

Buku Mahkota Pengantin ini adalah sebuah nota, sebuah penjelasan yang sekaligus merupakan pencerahan berkaitan usaha membina keluarga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah (penuh ketenangan, kecintaan, dan rahmat) sejak dari memulakan niat peminangan ditancapkan di dalam hati. Kemungkinan melangkah ke fasa ijab dan kabul sehinggalah ke fasa hidup berdua. Bagaimana seharusnya hidup berumahtangga diharungi. Bagaimana suami dan isteri perlu saling membantu dan melengjkapi satu sama lain. Maka buku ini berusaha membantu para pembaca.

Kelebihan buku Mahkota Pengantin ini terletak pada kupasannya yang menjurus kepada realiti sebenar yang sedang dan bakal dihadapi oleh para pasangan suami isteri. Bahasanya pun lebih ringan, mudah difahami, tidak berjela-jela dan disampaikan dalam bentuk santai.

Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah soal hubungan seks suami dan isteri, yang merupakan antara topik yang jaras dibahaskan secara terbuka. Mungkin kerana janggal dan perasaan malu. Tetapi diebabkan pelbagai isu yang timbul berkaitan ini akhir-akhir ini, maka buku ini mengambil langkah membahaskan sekitar hubungan seks suami isteri berdasarkan dalil-dalil yang sepatutnya. Ia menjelaskan sekitar isu jima' (seks) secara umum, kemudian saat suami dan isteri berduaan, mukaddimah seks, waktu terbaik melakukan hubungan seks, waktu berbahaya melakukan seks, bahaya dan manfaat hubungan seks, sehinggalah kepada soal ejakulasi dan pemasalahannya juga turut dibentangkan. Ini adalah sebahagian perbahasan yang jarang ada dalam mana-mana buku berkaitan nikah.

Walau bagaimana itu hanyalah sebahagian dari perbahasan yang dikemukakan oleh penulis. Adapun perbahasan utama yang mendominasi buku ini adalah seperti keperluan untuk bernikah, keperluan untuk berkeluarga, memilih suami dan isteri yang soleh/solehah, solat istikharah, persoalan mahar atau maskahwin, persediaan dlam membina rumahtangga dan pernikahan, adat-adat kebiasaan dalam pernikahan dan pandangan Islam mengenainya, dan sunnah mengadakan walimah ketika pernikahan.

Kemudian diikuti dengan perbahasan berkaitan jenis-jenis pernikahan yang syar'i atau sebaliknya. Kemudian isu poligami, hak-hak suami dan isteri, serta iu keperluan dalam berumahtangga yang menyentuh aspek harta dan rezeki.

Buku ini seterusnya membahaskan etika berumahtangga secara sunnah, iaitu etika sebagai seorang suami, sebagai isteri, etika ketika bersama, etika dan adab dalam menjaga hubungan, saling memberi nasihat dan seumpamanya. Buku ini turut membahaskan etika ketika mahu mengadakan hubungan seks, dan bagaimana mengakhirinya, sehinggalah kepada urusan mandi dan tatacaranya.

Buku ini turut membawakan perbahasan sekitar onani dan hukum-hakamnya. Dan yang terakhir ia menyertakan sekali perbahasan berkaitan isu sihir yang dikatakan banyak melanda kehidupan berumahtangga bagi pasangan tertentu. Penulis menjelaskan bagaimana sihir boleh berlaku, jenis-jenis sihir, cara merawatinya, cara mencegahnya, doa-doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca sebagaimana anjuran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, sehinggalah kepada perbahasan beberapa bentuk kesalahan yang biasa dilakukan oleh masyarakat dalam menghadapi gangguan sihir. Melalui perbahasan terakhir ini, penulis secara umumnya berusaha membantu para pembaca menolak gangguan sihir dan gangguan syaitan berdasarkan kaedah yang ditunjuk-ajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Yang mana secara umumnya, kaedah ini banyak dilupakan oleh masyarakat Islam pada hari ini sehingga beralih kepada kaedah perdukunan, perbomohan, dan seumpamanya.

Apa pun, semoga pembaca beroleh manfaat melalui buku ini. InsyaAllah...

Total Pages:
335 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, September 5, 2011

457 - Tuhfatus Saniyah Syarah Ajurumiyah

Ilmu Nahwu
Tuhfatus Tsaniyah Syarah Ajurumiyah


Title:
Ilmu Nahwu
Judul Asli: Tuhfatus Saniyah Syarah Ajurumiyah

Author:
Muhammad Muhyidin Abdul Hamid

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM23

Weight:
400g

Description:

Allah 'Azza wa Jalla berfirman, yang maksudnya, "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an dengan berbahasa Arab agar kamu memahaminya." (Surah Yusuf, 12: 2)

Setiap muslim yang akan mengkaji, mendalami, dan mempelajari Islam tentu perlu merujuk kepada al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam, dan untuk memahaminya kandungan-kandungan ilmu dengan lebih dalam lagi terperinci maka wajiblah dikuasai terlebih dahulu ilmu alat yang paling utama iaitu bahasa 'Arab yang menepati kaedah-kaedah nahwu yang benar.

Tuhfatus Saniyah adalah di antara kitab Syarah karya ulama nahwu Syaikh Muhammad Abdul Hamid al-Mishri. Kitab ini menghuraikan kitab matan al-Ajurumiyah secara sistematik beserta penjelasan yang mencakupi contoh-contoh sederhana dan pelbagai latihan soal/jawab.

Kitab ini adalah salah satu buku panduan ilmu nahwu yang seringkali menjadi sumber rujukan dan pedoman pembelajaran dasar bahasa arab khasnya para penuntut ilmu di setiap penjuru dunia Islam hari ini.

Total Pages:
288 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

456 - Kamus Bid'ah

Kamus Bid'ah
Qamus al-Bida'


Title:
Kamus Bid'ah
Judul Asli: Qamus al-Bida'

Author:
Dibukukan oleh:
Syaikh Masyhur Hasan Salman
&
Ahmad B. Ismail asy-Syaukani

Disarikan dari kitab-kitab dan fatwa-fatwa Syaikh al-Albani rahimahullah

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM125

Weight:
1.5 kg

Description:

Buku ini memiliki titik-titik perbahasan yang sangat terperinci dan hal-hal menarik yang sangat indah sekitar persoalan bid'ah. Sama ada yang khusus berkenaan dengan kaedah-kaedah dan pokok-pokok yang bersifat global (umum) ataupun yang mendalam. Penulis tidak pernah meninggalkan bantahan (atau kritikan) dari lawannya melainkan terlebih dahulu melemahkan dan menepisnya. la sebutkan asal-muasal setiap bid'ah, tunjang-tunjang akarnya, sandarannya, dan tidak meremehkan nama-nama (atau istilah) yang menyebutkan kepelbagaian bentuk bid'ah dari kalangan para ulama peneliti dan penulis.

Kamus Bid'ah ini disarikan dari 119 kitab-kitab Syaikh al-Allamah Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah berserta fatwa-fatwanya. Di dalamnya mencakup bid'ah-bid'ah aqidah, thaharah, fitrah, adzan, solat, masjid, Jum'at, jenazah, haji dan umrah, puasa, 'Ied, dzikir, lagu sufi dan banyak lagi yang lainnya. Disusun oleh dua murid beliau - Abu Ubaidah Masyhur B. Hasan Alu Salman dan Abu Abdillah Ahmad B. Ismail asy-­Syakukani. Buku ini sangat bermanfaat bagi setiap Muslim yang mendambakan dirinya tegak di atas manhaj Ahlussunnah wal Jama'ah serta benci kepada bid'ah dalam beragama, Insya Allah.

Total Pages:
992 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Sunday, September 4, 2011

455 - Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih Islam

Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih Islam


Title:
Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih Islam
Judul Asli: at-Tasyabbuh al-Manhy anhu fii al-Fiqhi al-Islam

Author:
Syaikh Jamil B. Habib al-Luwaihiq

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM60

Weight:
900g

Description:

Tasyabbuh atau perbuatan seseorang dalam menyerupai sesuatu kaum (yang kafir) tertentu dari mana-mana sifat atau karektor mereka adalah dilarang dalam syariat Islam. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk sebahagian dari mereka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kehidupan kaum Muslimin di zaman ini telah banyak menyerupai orang-orang kafir terutamanya dari kalangan Nasrani (Kristian) dan Yahudi, juga para ahli bid’ah, orang-orang fasiq, dan ahli maksiat. Tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan tasyabbuh ini berupaya membentuk seseorang Muslim untuk mencintai orang-orang kafir, ahli bid'ah, dan para pelaku maksiat. Bahkan ada sebahagian dari kaum Muslimin, merasa bangga bertasyabbuh kepada mereka (orang-orang kafir, ahli bid'ah, dan ahli maksiat). Na’udzu billah min dzalika.

Buku ini asalnya adalah hasil tesis milik penulis bagi Program Pasca Sarjana Syari’ah, Fakulti Syari’ah dan Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura, Makkah Al-Mukarramah dalam rangka meraih kelulusan master dengan predikat mumtaz (cum laude).

Jamil B. Habib al-Luwaihiq, selaku penulis membentangkan aspek teori berkaitan tasyabbuh yang dilarang dengan dilengkapi golongan yang dilarang melakukan tasyabbuh terhadap mereka serta pelbagai hikmah larangan tersebut. Penulis memulakan tulisannya dengan mentakhrij hadis-hadis berkaitan tasyabbuh, kemudian beliau menjelaskan pengertian tasyabbuh serta perkara-perkara yang termasuk dan tidak termasuk di dalam soal tasyabbuh ini.

Keunggulan buku ini mencakupi tujuh puluh enam permasalahan tasyabbuh dalam fiqh Islam. Di antara perkara tasyabbuh yang dibincangkan oleh penulis adalah merangkumi aspek:

Thaharah dan bejana-bejana, adzan dan waktu-waktu solat, tata cara solat, tempat ibadah, hari-hari besar (atau perayaan), pengurusan jenazah, puasa, haji, makan, minum, salam dan duduk.

Demikian pula tasyabbuh dalam berpakaian dan perhiasan, adab, memberikan nama-nama asing pada anak-anak kaum Muslimin dan kebiasaan bersandar kepada kalender Miladiah (Masihi) dan bukan kepada kalender Hijriah. InsyaAllah, pelbagai bentuk perkara tasyabbuh yang telah membudaya di tengah-tengah kaum Muslimin tergambar jelas melalui buku ini.

Sekaligus tulisan ini membantu kita dalam membuat penilaian dan memberi kefahaman di antara bentuk-bentuk tasyabbuh yang dimaksudkan dalam hadis larangan tersebut. Kepada Allah jualah kita memohon pertolongan dan hidayah-Nya.

Total Pages:
575 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.