Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, November 15, 2011

488 - Poster Tata Cara Solat Menurut Sunnah

Poster Tata Cara Solat
Mengikut Sunnah

Contoh rajah penuh poster 1.1

Contoh keratan poster 1.2

Contoh keratan poster 1.3

Title:
Poster Tata Cara Solat Mengikut Sunnah
(50cm lebar x 70cm tinggi)

Author:
Team Pustaka Ibnu Katsir

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Poster berupa penjelasan dan gambarajah tatacara solat menurut sunnah. Di dalam psoter ini disertakan penjelasan ringkas tentang tatacara solat yang sunnah, sumber rujukan al-Qur'an dan hadis, serta gambarajah sebagai panduan. Poster ini berukuran 50cm lebar x 70cm tinggi. Amat sesuai sebagai bahan pembelajaran serta usaha mendidik anak-anak di rumah serta di pusat-pusat didikan kanak-kanak.

Total Pages:
Poster 50cm x 70 cm

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

487 - Poster Tata Cara Wudhu' Mengikut Sunnah

Poster Tata Cara Wudhu'
Mengikut Sunnah

Contoh rajah penuh poster 1.1

Contoh keratan poster 1.2

Contoh keratan poster 1.3

Title:
Poster Tata Cara Wudhu' Mengikut Sunnah
(50cm lebar x 70cm tinggi)

Author:
Team Pustaka Ibnu Katsir

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Poster berupa penjelasan dan gambarajah tatacara wudhu' menurut sunnah. Di dalam psoter ini disertakan penjelasan ringkas tentang tatacara wudhu' yang sunnah, sumber rujukan al-Qur'an dan hadis, serta gambarajah sebagai panduan. Poster ini berukuran 50cm lebar x 70cm tinggi. Amat sesuai sebagai bahan pembelajaran serta usaha mendidik anak-anak di rumah serta di pusat-pusat didikan kanak-kanak.

Total Pages:
Poster 50cm x 70 cm

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, November 14, 2011

486 - Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah


Title:
Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

(Dikeluarkan dari kitab Syarh al-Mumti')

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
PustakaImam asy-Syafi'i

Price:
RM32

Weight:
450g

Description:

Tidak banyak buku yang beredar di kalangan ummat Islam hari ini yang membicarakan persoalan wakaf, hibah, dan wasiat. Padahal permasalahan ini tidak kurang pentingnya untuk diketahui oleh umat Islam dengan baik. Lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini, ketika kesedaran umat Islam mula bangkit untuk mewakafkan, menghibahkan, serta mewasiatkan sebahagian hartanya di jalan Allah Ta'ala, sebagaimana yang dianjurkan dalam agama dan menjadi salah satu tolok ukur kebaikan seseorang.

Buku yang ada di hadapan Anda ini menjadi buah tangan kepada umat Islam tentang perbahasan selok-belok wakaf, hibah, dan wasiat yang sangat diperlukan oleh mereka. Di dalamnya turut disertakan contoh-contoh kongkrit, sehingga mudah difahami dan dipraktikkan.

Buku karya Syaikh al-'Allamah Muhammad Soleh al-’Utsaimin ini mengupas secara tuntas mengenai wakaf, hibah, dan wasiat; serta isu-isu berkaitannya secara terperinci. Beliau turut melakukan tarjih pada beberapa pendapat yang saling berbeza (atau diperselisihkan) dan mengemukakan pendapat terkuat daripadanya. Sehingga para pembaca tidak merasa keliru dan was-was.

Total Pages:
327 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

485 - Menghidupkan Sunnah-Sunnah Yang Terlupakan

Menghidupkan Sunnah-Sunnah Yang Terlupakan


Title:
Menghidupkan Sunnah-Sunnah Yang Terlupakan

Author:
Haifa Binti 'Abdullah ar-Rasyid

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM35

Weight:
450g

Description:

Rasulullah Shalallahu'alaihi wasalam bersabda, “Sesiapa yang menghidupkan salah satu sunnahku yang telah dimatikan sesudahku (setelah aku meninggal dunia), maka bagi orang tersebut pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya, tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala mereka.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam wafat meninggalkan dua warisan yang berharga, iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Orang yang berpegang teguh pada keduanya dipastikan tidak akan tersesat selamanya. Pada ketika ini, tidak sedikit orang yang melupakan, bahkan mematikan sunnah beliau. Tidak hanya itu, mereka beralih pula kepada tradisi dan adat istiadat yang hanya menjauhkan mereka dari syari‘at.

Buku ini bertujuan mengingatkan kita tentang sebahagian dari sunnah-sunnah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam yang telah dilupakan oleh kebanyakan orang. Sama ada sunnah yang berbentuk perkataan ataupun perbuatan beliau. Dan buku ini turut mengajak kita agar kembali menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Salam secara umum sebagai bentuk cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya, yang memerintahkan kita supaya mengikuti sunnah beliau.

Total Pages:
361 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Sunday, November 13, 2011

484 - Tafsir ath-Thabari

Tafsir ath-Thabari
Jaami' al-Bayaan fii Ta'wil al-Qur'an



Title:
Tafsir ath-Thabari
Judul Asli ('Arab): Jami' al-Bayaan fii Ta'wil al-Qur'aan

Author:
Imam Abu Ja'far B. Jarir ath-Thabari

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM1800
(26 Jilid Lengkap)

Weight:
30kg

Description:

Melihat kepada kitab-kitab tafsir yang sedia ada, kitab Tafsir ath-Thabari adalah di antara kitab tafsir yang cukup istimewa, di mana ia dikenali sebagai kitab yang cukup lengkap dan agung dalam menafsirkan al-Qur’an berpandukan riwayat-riwayat dari perkataan para salaf.

Imam ath-Thabari rahaimahullah (Wafat: 310H) telah mengatakan ketika menulis kitab ini, "Ketika aku berusaha menjelaskan Tafsir al-Qur’an dan menerangkan makna-makna yang Insya-Allah menjadi kitab yang mencakupi setiap perkara yang perlu diketahui oleh manusia melebihi kitab-kitab lain yang ada sebelumnya. Aku berusaha menyebutkan dalil-dalil yang disepakati oleh seluruh ummat dan yang diperselisihkannya, menjelaskan alasan setiap mazhab yang ada dan menerangkan alasan yang benar berdasarkan pendapatku dalam setiap permasalahan yang berkaitan secara ringkas.” (Tafsir ath-Thabari 1/51)

Di antara unsur-unsur istimewa dan terpenting dalam methodologi Tafsir ath-Thabari ini adalah ketika meneliti setiap tema perbahasannya yang bertumpu kepada pendapat-pendapat (atau methode tafsiran) yang dikuatkan dengan sanad-sanad dari ayat, hadis dan atsar-atsar para salaf pada setiap ayat al-Qur’an, sehingga buku ini mencakupi seluruh pendapat yang ada dari kalangan salaf. Sekaligus menjadi penjelas bahawa Tafsir beliau ini adalah Tafsir bil matsur yang mengemukakan methode tafsiran ayat berdasarkan hadis-hadis dan kefahaman para salaf dari kalangan sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in.

Dalam muqadimah kitab ini beliau (Imam ath-Thabari) meminta kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menunjukkannya pendapat yang benar dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an, mengenai ayat yang Muhkam, Mutasyabih, halal dan haram, umum dan khusus, global dan terperinci, nasikh dan mansukh, jelas dan samar, dan yang hanya menerima penta’wilan atau penafsiran.

Imam ath-Thabari rahimahullah begitu bersungguh-sungguh dalam menjelaskan setiap perkara tersebut. Perkara ini dapat dilihat dari setiap bahagian kitabnya, di mana beliau meneliti dengan sangat sabar setiap hadis-hadis dan atsar yang menyentuh penafsiran ayat al-Qur’an tanpa pernah lalai menjelaskan asbabun nuzul-nya (sebab turunnya), hukum-hukum, qira'at, dan beberapa kalimat yang maknanya perlu kepada penjelasan terperinci. Semua ini beliau lakukan dalam rangka menghasilkan kitab tafsir yang sempurna. Tidak menghairankanlah apabila hasil tafsir ini cukup besar dengan cetakan yang berjilid-jilid.

Dalam edisi tahqiq ini, ia dibukukan dari manuskrip yang disemak dan diteliti oleh Syaikh al-Muhaddis Ahmad Muhammad Syakir dan Syaikh Mahmud Muhammad Syakir rahimahumallah.

Pujian Para Ulama Terhadap Tafsir ath-Thabari

Imam as-Suyuthi rahimahullah setelah mendalami perkembangan kitab-kitab tafsir dan tingkatan-tingkatan para Ahli tafsir semenjak disiplin ilmu ini ditulis maka ketika beliau sampai kepada satu peringkat kesimpulan, beliau pun meletakkan tafsir ath-Thabari pada tingkatannya yang tersendiri.

Beliau berkata, "Jika anda bertanya, kitab tafsir mana yang dapat dijadikan sebagai rujukan?" Maka aku jawab, "Iaitu tafsir Ibnu Jarir ath-Thabari, di mana para Imam yang amat kompeten bersepakat bahawa belum ada kitab tafsir yang menyerupainya.” (lihat: al-Itqan fi ulum al-Qur'an, karya Jalaluddin as-Suyuthi)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, "Adapun kitab-kitab tafsir yang beredar di tangan orang yang paling benar adalah karya Ibnu Jarir ath-Thabari. Beliau menyebutkan perkataan-perkatan para salaf dengan sanad-sanad yang kuat, tidak ada bid’ah di dalamnya dan tidak meriwayatkan hadis dari orang-orang yang diragukan seperti Mukatil B. Sulaiman dan al-Kalbi.” (Majmu al-Fatawa Ibnu Taimiyah, 2/227-228)

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) yang merupakan anak murid kepada Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah adalah tokoh dalam bidang tafsir yang telah mengambil banyak manfaat dari Tafsir ath-Thabari ini sekaligus menghasilkan ringkasan dan menambahkan banyak manfaat berkaitan dangan hadis, fiqh, ushul, sejarah, dan beberapa yang lainnya yang bermanfaat yang kemudian dikenali sebagai Tafsir Ibnu Katsir (Tafsir al-Qur'an al-Adzim).

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, "Inilah tafsir seorang Imam dalam ayat-ayat yang berbicara tentang sifat-sifat Allah yang dipenuhi dengan perkataan para Salaf yang menetapkannya bukan yang menafikannya, dan tidak mentakwilkannya dan Dia (Allah) tidak menyerupai makhluk selama-lamanya." (Siyar A'lam an-Nubala', 14/280)

Total Pages:
26 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

483 - Shahih Tarikh ath-Thabari

Shahih Tarikh ath-Thabari


Title:
Shahih Tarikh ath-Thabari
Judul Asli: Shahih Tafsir ath-Thabari li Imam Abi Ja'far B. Jarir ath-Thabari

Author:
Abu Ja'far B. Jarir ath-Thabari
Tahqiq, Takhrij, dan Ta'liq oleh Muhammad B. Thahir al-Barzanji

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM410

Weight:
4kg

Description:

Ini adalah terjemahan kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk yang merupakan nama lain bagi kitab Tarikh ath-Thabari. Kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk inilah antara yang menjadikan nama imam ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) cukup dikenali, reputasinya berkilau, namanya disebut di lipatan-lipatan sejarah Islam. Nama beliau harum sebagai salah seorang ahli sejarah terkemuka.

Al-Hamawi rahimahullah mengatakan, “Kitab ini merupakan kitab yang tiada tanding taranya di dunia, sama ada dari segi keutamaan ataupun kemasyhuran. Kitab ini mengandungi ilmu yang sarat, sama ada ilmu berkaitan dunia ataupun agama. Dan pada awalnya, ketebalan kitab ini adalah sekitar 5000 lembaran lebih.” (Mu’jam al-Adibba’, 18/70)

Kitab ini memiliki keududukan yang tinggi dalam bab penulisan dan periwayatan sejarah Islam di tiga abad Hijriah yang pertama. Kitab ini juga dianggap sebagai rujukan paling terpercaya sekaligus menduduki urutan teratas dalam deretan buku-buku sejarah lainnya.

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai ulama Tafsir yang mengemukakan methode tafsir dengan riwayat-riwayat tafsir dari sejumlah besar perkataan para salaf. Dan kitab Tafsir beliau yang cukup terkenal adalah Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, atau lebih dikenali sebagai Tafsir ath-Thabari.

Imam ath-Thabari rahimahullah memulakan perbahasan kitab Tarikh-nya ini dengan persoalan waktu dan definisinya. Kemudian beliau menjelaskan tentang penciptaan waktu, sifat-sifat waktu, makhluk terawal diciptakan, malam dan siang, penciptaan iblis, dan seterusnya tentang penciptaan Adam ‘alaihis salam. Beliau turut membahaskan sejarah di zaman Adam ‘alaihis Salam, bagaimana Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Kisah Adam di Syurga, kehidupan dan kematiannya di dunia, dan kisah-kisah setelah itu.

Seterusnya beliau meneruskan perbahasannya tentang sejarah dan kisah-kisah kehidupan para raja dan para Nabi dari Adam, Idris, Syu’aib, Yusuf, keluarga Ya’qub, Yusya’, Sulaiman, Zakariya, dan seterusnya sehinggalah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Dalam perjalanan kisah hidup para Nabi, beliau turut memuatkan sejarah dan kisah-kisah kehidupan kaum-kaum yang disebutkan dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi seperti kaum Tsamud, kaum ‘Aad, kaum Yahudi, pengikut ‘Isa, bangsa parsi, bangsa Romawi, dan kaum ‘Arab, Jurhum, Thasam Jadi, Keturunan Ismail, dan Quraisy.

ath-Thabari menceritakan secara lengkap bagaimana saat kelahiran Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, keadaan masyarakat ‘Arab sebelum datang Islam, keadaan sekitar Makkah dan Madinah, kemudian detik-detik kelahiran Nabi, keturunannya atau nasabnya, moyang dari datuk dan neneknya, pernikahan beliau, anak-anak dan juga isteri-isterinya di saat pengangkatan beliau sebagai Nabi, dakwah-dakwah beliau, peperangan yang diikutinya, dan seluruh perjalanan hidupnya serta para sahabatnya.

Kemudian ath-Thabari melanjutkan dengan kisah-kisah dan sejarah yang berlaku di era para Khulafa’ ar-Rasyidin, peperangan dan penaklukan yang berlaku ketika itu, dan kemudian diteruskan dengan kisah-kisah dan sejarah di zaman para khalifah dari bani Umayyah dan bani ‘Abbasiyah.

Kitab ini mencakupi sejarah-sejarah dunia, dari awal mula penciptaannya sehingga ke era tahun 302H/915M. Beliau menghentikan penulisan kitabnya ini sekitar tahun 303H.

Methode Shahih ath-Thabari

Secara ringkasanya, pentahqiq menjelaskan bagi edisi ini sebagaimana berikut:

1 – Penjelasan berkaitan methodologi penulisan imam ath-Thabari rahimahullah. Analisa tentang sisi positif dan negatif penulisan ath-Thabari.

2 – Analisa terhadap riwayat-riwayat sejarah yang dikemukakan oleh ath-Thabari.

3 – Syarat-syarat dan ketentuan penulsian sejarah Islam.

4 – Methodologi dan penjabaran penulisan semula sejarah-sejarah Islam.

5 – Takhrij dan analisa terhadap riwayat-riwayat sejarah yang dikemukakan oleh ath-Thabari dengan menjelaskan statusnya sama ada yang sahih atau dhaif.

6 – Ta’liq dan komentar pada nota kaki.

7 – Penjelasan berkaitan nama-nama dan butir perawi bagi kitab Tarikh ath-Thabari.

Pujian Para Ulama Terhadap Imam ath-Thabari rahimahullah

Imam as-Subki rahimahullah mengatakan, “Abu Ja'far ath-Thabari adalah seorang ulama yang pandai dan mujtahid. Dia berasal dari kota Amal di ath-Thabaristan. Dia adalah salah seorang ilmuwan bagi seluruh dunia, sama ada dalam soal agama ataupun ilmu pengetahuan umum. Beliau lahir pada tahun 224H atau 225H. Beliau telah mengunjungi pelbagai kota dan negeri hanya untuk menuntut ilmu.” (Thabaqat asy-Syafi’iyah al-Kubra, 3/122)

al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan bahawa, “Beliau adalah seorang ulama yang tiada tanding taranya, beliau adalah seorang penghafal dengan daya ingatan yang cukup tinggi, dan beliau juga adalah seorang penulis yang telah menulis begitu banyak buku. Beliau berasa dari Amal, ath-Thabaristan ini sering melakukan perjalanan untuk menambah ilmunya.” (Tadzkirah al-Huffaz, 2/710)

al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah ketika menuliskan biografi ath-Thabari, beliau mengatakan bahawa ath-Thabari adalah seorang ulama yang menulis sejumlah buku cukup masyhur. (lihat: Tarikh Dimasyq, 52/188, no. 6160)

Ibnu Asakir juga menyebutkan sebuah riwayat dengan sanad yang bersambung hingga Abu Sa’id B. Yunus, beliau berkata, “Muhammad B. Jarir B. Yazid yang dikenali sebagai Abu Ja’far ath-Thabari adalah seorang yang faqih (ahli dalam ilmu fiqh) yang berasal dari kota Amal. Pada tahun 263H beliau datang ke Mesir dan mula menulis buku. Kemudian beliau pergi ke Baghdad dan menghasilkan buku yang lebih banyak lagi dan lebih mengagumkan. Se-akan-akan buku-buku tersebut memperlihatkan betapa luasnya ilmu yang dimiliki oleh ath-Thabari. Di kota itulah ath-Thabari meninggal dunia, iaitu pada sekitar sepuluh hari terakhir di bulan Syawal tahun 310H.” (lihat: Tarikh Dimasyq, 52/191)

Total Pages:
5 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

482 - Ensiklopedi Islam al-Kamil

Ensiklopedi Islam al-Kamil


Title:
Ensiklopedi Islam al-Kamil
Judul Asli ('Arab): Muktashar al-Fiqhi al-Islami

Author:
Syaikh Muhammad B. Ibrahim B. 'Abdullah at-Tuwaijiri

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM120

Weight:
1.8 kg

Description:

Agama Islam adalah agama yang sempurna. Ajarannya mengatur segala aspek kehidupan umat manusia dan membimbing mereka untuk menggapai kebahagiaan di dunia ataupun di akhirat kelak. Di dalam buku ini penulis membentangkan intipati ajaran Islam secara menyeluruh, setiap nilai-nilai ajaran Islam secara umum dijelaskan melalui buku ini. Dan di antara kelebihan buku ini adalah acuan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur’an dan as-Sunnah bagi setiap perbahasannya. Di antara kelebihan-kelebihan lainnya adalah:

a. Setiap tema utama sentiasa disertakan dengan dalil-dalil berupa ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis, manakala bagi setiap sub-topik utamanya akan disertakan dengan dalil-dalil hadis.

b. Setiap hadis-hadis yang dijadikan dalil dalam ensiklopedia ini adalah hadis-hadis yang diperjelaskan status kesahihannya.

c. Dalil-dalil hadis pada setiap tema utama atau sub-topik didahulukan dengan hadis-hadis dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduannya. Apabila tidak ada dari keduanya maka diambil dari hadis dalam as-Sunan al-Arba’, Musnad Imam Ahmad, ad-Darimi, al-Hakim, Ibnu Hibban dan ath-Thabrani.

d. Takhrij hadis antaranya adalah berdasarkan kitab-kitab karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah.

Di samping itu, buku ini disusun secara sistematik dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. Buku ini dibahagi menjadi sepuluh bab.

Pertama, Tauhid dan Keimanan. Kedua, Fikih Al-Qur’an dalam isu-isu Fadhail [keutamaan], Akhlak, Adab, Zikir dan Doa. Ketiga, Ibadah. Keempat, Mu'amalah. Kelima, Faraidh. Keenam, Pernikahan. Ketujuh, Qishas dan Hudud. Kelapan, Qadha’ [peradilan dan perundangan]. Kesembilan, Jihad di Jalan Allah. Kesepuluh, Dakwah di jalan Allah.

Maka tidaklah terlalu berlebihan jika buku ini disebut sebagai Ensiklopedi Islam, kerana cakupan perbahasannya tentang ilmu-ilmu Islam cukup menyeluruh. Buku ini sangat patut dimiliki dan dibaca oleh siapa saja sebagai panduan dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi bagi para pecinta ilmu dan umat Islam secara umumnya…

Total Pages:
1302 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, November 12, 2011

481 - Shahih Fadhail A'mal

Shahih Fadhail A'mal


Title:
Shahih Fadhail A'mal
Judul Asli: ash-Shahih al-Musnad min Fadhail al-A'mal wal Auqat wal Amkinah

Author:
Syaikh Ali B. Muhammad al-Maghribi

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM144
(Lengkap 2 Jilid)

Weight:
2.5kg

Description:

Sebuah buku yang mengumpulkan hadis-hadis sahih berkaitan galakkan dan fadhilat-fadhilat amalan.

Islam sentiasa mendorong umatnya agar berlumba-lunmba dalam melaksanakan amal kebaikan. Pintu kebaikan terbentang begitu luas sekali bagi mereka yang sentiasa menjaga kualiti amalannya dengan baik. Sebahagian dari kebaikan tersebut mungkin sedia diketahui oleh kaum muslimin tetapi mungkin sebahagian yang lainnya ada yang masih tidak diketahui. Inilah yang sering menjadi masalah dalam kalangan masyarakat ketika ini, iaitu ketidak-tahuan terhadap sebahagian besar ajaran agama Islam itu sendiri.

Bagaimana kita mampu mengharap sebuah kebangkitan dan keanjalan sekiranya masyarakat Islam itu sendiri masih jahil dan jauh dari intipati ilmu-ilmu Islam?

Dua perkara yang tidak boleh dilupakan dalam memberikan kefahaman terhadap masyarakat awam adalah, tentang keutamaan dan prioriti - Masyarakat perlu diberi kefahaman terlebih dahulu terhadap kepelbagaian aspek fundamental lslam, berkaitan Tauhid, aqidah, manhaj, ibadah, akhlak dan beberapa aspek kritikal lainnya yang benar-benar murni dari ajaran Islam yang dibawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam serta sebagaimana yang difahami oleh para salaful ummah.

Keduanya, berkaitan keautentikan atau kesahihan sumber ajaran Islam itu sendiri. Kesahihan sebuah sumber adalah ibarat harga mati bagi ajaran Islam. Tidak mungkin sebuah ajaran yang benar didasarkan pada sumber-sumber yang tidak diketahui asal-usulnya dan tidak diketahui tahap keasliannya.

Kehancuran Yahudi dan Nasrani berlaku di ketika mereka melakukan pelbagai bentuk pemalsuan, penyelewengan, dan pemutar-balikan isi kandungan Kitab yang diturunkan kepda mereka. Kerana itulah Allah 'Azza wa Jalla telah menjamin untuk menjaga al-Qur'an dari sebarang bentuk pemutarbalikkan dan penyimpangan.

Hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dijaga oleh Allah melalui para Ulamanya dengan kewujudan ilmu Jarh wat Ta'dil. Lebih dari itu, dan merupakan faktor terpenting adalah bagaimana menyampaikan kepada umat secara sah dan autentik.

Inilah yang ditempuh para ulama dalam meriwayatkan hadits dan menulis kitab-kitab mereka. Kerana itu para Da'i wajib berhati-hati dalam menyampaikan ajaran Islam, sama ada melalui lisan ataupun tulisan.

Buku ini merupakan salah satu bentuk usaha menyampaikan Islam secara asli dan penuh kehati-hatian. Sebagaimana diketahui, hadis-hadis tentang keutamaan amal (fadhail amal) terlalu banyak yang palsu (maudhu') dan lemah (dhaif).

Kerana itulah penulis berusaha dengan penuh ketekunan menjalankan penelitiannya terhadap hadis-hadis berkaitan dengan topik fadhail amal ini secara cermat bagi tujuan mengumpulkannya, membukukannya, dan memastikan hanya yang sahih dan sah sahaja untuk disampaikan kepada masyarakat.

Kitab ini sangat menarik untuk dibaca dan diamalkan oleh umat Islam bersesuaian dengan manhaj salafush soleh, kerana:

1 - Tema Fadhail Amal adalah tema yang sangat sinonim dengan hadis-hadis maudhu' dan dhaif, bahkan ada beberapa bentuk karya yang khusus membahaskan persoalan ini kurang memberi perhatian terhadap kualiti hadis-hadisnya sama ada sahih, lemah, atau maudhu'.

2 - Masyarakat awam pada hari ini amat menggemari persoalan-persoalan berkaitan fadhilat-fadhilat amalan sehingga banyak kita saksikan banyak amal-amal yang tidak ada sumbernya sama sekali direka-cipta bagi meraih sesebuah fahilat dan keutamaan.

Akhir sekali, perlu kita fahami dengan baik adalah - Masalah menentukan sesuatu fadhilat (keutamaan) bagi seseuatu amalan haruslah berdasarkan kepada petunjuk yang sahih dari al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, bukan berdandaskan kepada hadis palsu, cakap-cakap orang, perasaan, apatah lagi pertimbangan akal atau hawa nafsu.

Di antara topik-topik (bab-bab) yang yang dimuatkan dalam buku ini adalah:

1 - Keutamaan (Fadhilat/galakkan) ikhlas dan menyucikan hati,

2 - Keutamaan Azan.

3 - Keutamaan Menunaikan Solat, Solat jama'ah, dan duduk di masjid.

4 - Keutamaan menguruskan jenazah.

5 - Keutamaan Puasa.

6 - Keutamaan Haji.

7 - Keutamaan Jihad.

8 - Keutamaan al-Qadha' (Pengadilan dan Perundangan).

9 - Keutamaan dalam bab Jual-Beli.

10 - Keutamaan Nikah dan berkeluarga.

11 - Keutamaan Ilmu.

12 - Keutamaan Dzikir, Doa, Taubat, dan istighfar.

13 - Keutamaan Silaturrahim.

14 - Keutamaan Adab.

15 - Keutamaan dalam bab makan/minum.

16 - Serta beberapa yang lainnya.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

480 - Ummi Izinkan Aku Menangis

Ummi Izinkan Aku Menangis
Jika Air Matamu Terjatuh Kerana Kederhakaanku...


Title:
Ummi Izinkan Aku Menangis
Jika Air Matamu Terjatuh Kerana Kederhakaanku...

Author:
Abu 'Uyainah as-Sahaby

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM24

Weight:
350g

Description:

Ummi…
Ketika Aku melihatmu
Entah kenapa terpancar dari wajah teduhmu ketenangan
Terbesit dari balik senyummu keindahan
Dan terasa lebih indah jika aku ceritakan semua ini
Pada bintang yang berkilauan…

Ummi…
Izinkanlah aku menangis
Jika air matamu menangis
Jika air matamu terjatuh kerana kederhakaanku
Kedua tanganmu memelukku kerana kerinduanmu padaku
Bibir dan lisanmu yang kau basahi dengan dzikir dan doa
Demi mengharapkan kesolehan agama dan akhlakku

Ummi…
Ketika detak jantungku mulai berdetak kencang
Dan terasa akan berhenti..
Saraf dalam tubuhku mulai merasakan sakit yang tidak akan terubati
Denyut nafas dalam jiwaku mulai terasa berhenti
Maka, hanya kalimat maaf yang masih terlantun lembut
Dari lubuk hati kecilku..

Buku diatas adalah seuntai risalah cinta yang ditulis oleh seorang pemuda remaja penggembala kambing. Berisi untaian kata-kata penuh hikmah sarat makna, mengajak kita untuk memahami betapa mulianya kedua orang tua (ibu/bapa). Maka jangan sampai air matanya mengalir kerana kederhakaan kita. Imam Abu Hanifah Rahimahullah pernah berkata, “Demi Allah bukanlah pukulan cambuk yang menyakitkanku, akan tetapi cucuran air mata ibundaku yang membuat hatiku terluka.”

Segeralah seka air matanya dan buatlah ia bahagia...

Total Pages:
303 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

479 - Perjalanan Ruh Setelah Mati

Perjalanan Ruh Setelah Mati


Title:
Perjalanan Ruh Setelah Mati
Judul Asli: Masa'il fi Adzab al-Qabr wa Na'imihi wa al-Hayah al-Barzakhiyah

Author:
Khalid B. 'Abdurrahman asy-Syafi'i

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Keberadaan adzab dan nikmat kubur masih menjadi polemik dalam kalangan sebahagian masyarakat kita; Ada yang mengatakan bahawa adzab dan nikmat kubur adalah sesuatu yang pasti terjadi, namun ada juga yang mengingkari perkara tersebut, kerana menurut mereka, kejadian tersebut tidak masuk akal bahkan ada juga yang meragukannya.

Sekarang, anda di kelompok yang mana? Jadi, apakah yang menjadi pegangan ahlus sunnah wal-jama'ah?

Buku kecil di tangan anda ini akan mengupas dengan tuntas dan terperinci persoalan ini dengan disertakan dalil-dalil yang kuat sama ada dari al-Qur'an ataupun hadis-hadis Rasulullah Sshallallahu 'alaihi wa Sallam serta penjelasan para sahabat/salaf.

Selain itu, dengan bahasa yang lugas dan mudah difahami, buku ini turut menjelaskan secara lengkap perjalanan panjang yang dialami ruh, bermula dari saat dicabut dari jasad sehingga ke tempatnya yang kekal.

Di manakah ruh-ruh tersebut bersemayam di saat berpisah dari jasad? Apakah dia peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam barzakh? Semua pertanyaan tersebut insya Allah akan terjawab setelah anda menekuni perbahasan buku ini.

Total Pages:
100 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

478 - Panduan Lengkap Puasa Ramadhan Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Panduan Lengkap Puasa Ramadhan
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah


Title:
Panduan Lengkap Puasa Ramadhan Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Author:
Abu Abdillah Syahrul Fatwa B. Luqman
Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM18

Weight:
350g

Description:

Mendalami ilmu agama dan mempelajari hukum-hukum Islam yang berkaitan dengna ibadah, mu'amalah, dan selainnya terjmasuk keperluan yang amat penting serta merupakan kewajiban bagi seoarang muslim supaya ia sentiasa berada di atas ilmu yang benar dalam melaksanakan agamanya.

Dengan demikian, amalan yang ia usahakan diharapkan bersesuaian dengan petunjuk Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Salah satu ibadah mulia yang wajib kita ketahui ilmunya secara mendalam adalah ibadah puasa Ramadhan, kerana Allah Ta'ala telah mewajibkan bagi orang-orang yang beriman. (lihat Surah al-Baqarah, 2: 183)

Oleh itu, untuk mengetahui dan memahami petunjuk Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam di bulan puasa (bulan Ramadhan) tidak cukup hanya dengan angan-angan dan mendengar si fulan berkata serta si ustaz berkata. Tetapi perlu dengan ilmu dan dalil-dalil yang sahih yang bermanfaat yang mampu membuahkan amal-amal yang soleh.

Dari sebab itulah buku ini hadir kepada kita. Penulis berusaha dengan kemampuannya mebawa dan mengumpulkan sebuah perbahasan yang padat, ilmiyah, dan mudah berkaitan amalan puasa di bulan Ramadhan.

Total Pages:
213 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

477 - Meluruskan Sejarah Wahhabi

Meluruskan Sejarah Wahhabi


Title:
Meluruskan Sejarah Wahhabi

Author:
Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM20

Weight:
450g

Description:

Pada hari ini kita digemparkan dengan kemunculan suatu kumpulan yang dikatakan membawa mazhab baru bernama Wahhabi. Tahukah anda apa itu wahhabi? Siapa dia wahhabi? Apa ciri-cirinya?

Kenapa Wahhabi dikatakan mengancam perpaduan dan kehidupan umat Islam? Siapakah pengasas mazhab wahhabi? Kenapa Wahhabi didakwa menghancurkan kubah-kubah di atas kubur-kubur para ulama? Benarkah pengasas wahhabi mengaku dirinya sebagai Nabi? Wahhabi juga dikatakan membawa mazhab Khawarij dan berideologikan keganasan dan pemberontakan. Malah ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa pengasas mazhab wahhabi adalah tokoh yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam lahir dari negeri/wilayah tempat munculnya tanduk Syaitan! Iaitu wilayah yang penuh dengan fitnah dan pergolakan.

Oleh itu, untuk lebih maklumat secara terperinci, ikutilah kupasan dan analisanya melalui buku yang disusun oleh Ustaz Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi ini. Antara penulis yang meneliti isu-isu berkaitan wahhabi di Nusantara dan Tanah Arab.

Total Pages:
197 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

476 - Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam (Edisi Baru)

Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam
(Edisi Baru)





Title:
Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam
(3 User)

Author:
Lidwa Pusaka

Publisher:
lidwapusaka

Price:
RM200
Kos Pos: RM10 (Pos Laju)

Weight:
150g

Description:

Kitab 9 Imam merupakan program (perisian) komputer berasaskan Windows (sebagai platform) yang mengandungi lebih dari 62 ribu hadits dari kitab-kitab Hadits yang disusun oleh 9 Imam Hadits terkemuka.

Antaranya: Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidzi, Sunan an-Nasaa'i, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Muwaththa' Malik, Sunan ad-Darimi.

Contents/Kandungan CD:

- Lebih dari 62,000 hadits dengan disertakan data yang lengkap
- 9 pilihan kitab Imam Hadits yang tersohor
- Data/maklumat perawi hadits
- Sanad/jalan sampainya hadits
- Data hadits pendukung (Takhrij) & Komparasi Hadits
- Ilmu Hadits ringkas dan mudah

- Terjemahan lengkap bagi setiap hadis
- Status kesahihan bagi setiap hadis
- Mengikut penomboran hadis

Ciri Tambahan Istimewa:

- Indeks Hadits
- Kumpulan Hadits berdasarkan kategori
- Perbandingan hadis (perbezaan lafaz) Hadits
- Pencarian (search engine) & Penyalinan Teks Arab dan Indonesia (copy/paste)
- Biografi 9 Imam Hadits
- Daftar Rawi

- Arabic Keybord on screen.

- Serta beberapa ciri menarik lainnya.

System Requirements (Sistem minama yang diperlukan):

Pentium 4 2.0 GHz (Intel Core Duo recommended), RAM 512MB (1GB recommended), Windows XP, Vista, Win7, Fedora12, Ubuntu 9.10, OpenSuse 11.2, Mac OS x V10.4.9.

Total Pages:
1 CD

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Koleksi Scrennshot: