Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 31, 2011

515 - Pesona Syurga

Pesona Syurga
Penjelasan Lengkap Segala Kenikmatan Syurga Yang Tidak Pernah Terbayangkan Sebelumnya

Title:
Pesona Syurga
Judul Asal: Shifatul Jannah fil Qur'aanil Kariim

Author:
'Abdul Halim B. Muhammad Nashshar as-Salafi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM70
(Hard Cover)

Weight:
1.1 kg

Description:

Dapat saya katakan (hanya Allah Ta’ala pemberi taufiq) bahawa membaca buku ini diumpamakan seperti sedang mengunjungi Daarus Salaam (Syurga) dalam keadaan terjaga, tidak melalui mimpi. Adakah yang lebih dicintai oleh seorang Mukmin dari dibukakannya pintu Daarus Salaam untuknya, kemudian dikatakan kepadanya:

Silakan, wahai kekasih Allah; hiasilah matamu, jiwamu, dan seluruh panca-inderamu dengan pelbagai kenikmatan yang kekal berupa sungai-sungai Syurga, istananya, bidadarinya, permadaninya, tempat tidurnya, makanannya, minumannya, naungannya; serta lihatlah keredhaan dan ucapan salam Allah kepada penghuninya!

Itulah perumpamaan membaca buku karya ‘Abdul Halim as-Salafi ini.

Satu perkara yang mesti diketahui oleh para pembaca sebelum membacanya adalah bahawa apa yang akan ia saksikan dalam kunjungan ini merupakan sesuatu yang benar dan yakin adanya, tanpa dapat diragukan lagi. Kerana rujukan buku ini merupakan kumpulan ayat-ayat al-Qur'an; juga hadis-hadis yang sahih sanadnya dan popular periwayatannya.

Demikianlah, kami tidak dapat memberi ulasan lebih banyak lagi selain memberi kata-kata selamat kepada setiap pembaca buku ini atas kunjungannya ke Daarus Salaam (Syurga), seraya berpesan:

“Berhati-hatilah, jangan sampai musuhmu (syaitan) mengeluarkan kamu dari Syurga, sebagaimana yang dialami oleh nenek moyangmu (Adam dan Hawa). Semoga keduanya dan dirimu diberikan keselamatan oleh Allah Ta’ala.”

SYAIKH ABU BAKAR JABIR AL-JAZA'IRI
(Staf Pengajar di Masjid Nabawi, Madinah)

Perbahasan buku ini meliputi beberapa bahagian dan skop perbahasan. Antaranya mencakupi:

1 - Keutamaan Syurga dalam hidup manusia, bagaimana agar dapat memasuki Syurga, kewujudan Syurga.

2 - Sifat-sifat Syurga, nama-namanya, penegrtiannya, dan jumlah bilangannya.

3 - Nikmat dan dan keindahan Syurga.

4 - Sifat penghuni Syurga.

5 - Penjaga dan pelayan Syurga.

Semoga perbahasan yang dipersembahkan oleh buku ini akan memotivasikan kita semua untuk berlumba-lumba mengejar Syurga!

Total Pages:
540 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

514 - Buku Pintar Masjid

Buku Pintar Masjid
Definisi, Keutamaan, Adab, Hukum, Tata Cara Solat Jama'ah, Solat Juma'at, Serta Hukum Wanita Datang Masjid

Title:
Buku Pintar Masjid
Definisi, Keutamaan, Adab, Hukum, Tata Cara Solat Jama'ah, Solat Juma'at, Serta Hukum Wanita Datang Masjid

Judul Asli ('Arab): Ahkaamu Hudzuuri al-Masaajid

Author:
Syaikh 'Abdullah B. Soleh al-Fauzan

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM42
(Hard Cover)

Weight:
0.75 kg

Description:

Membina masjid dengan tujuan mencari redha Allah Ta'ala adalah perbuatan dan amalan yang mulia. Tetapi, memakmurkannya dengan pelbagai aktiviti ibadah di dalamnya dan menjaga adab-adab serta menegakkan hukum-hukumnya tidaklah kalah pentingnya. Kerana masjid didirikan bukan untuk tujuan lain melainkan bagi tujuan beribadah kepada Allah Ta'ala.

Agar dapat memakmurkan masjid dengan benar, umat Islam perlu belajar ilmu selok-belok hukum dan adab-adab di masjid. Dalam perkara ini telah begitu ramai ulama kaum Muslimin yang menuangkan lakaran tinta dan pena mereka melalui karya-karya berupa buku-buku yang menjelaskan tentang masjid dan hukum-hakamnya.

Buku ini ditulis bagi tujuan menyampaikan keprihatinan penulis terhadap fenomena masjid dan umat Islam akhir-akhir ini sekaligus memberikan pencerahan terhadap umat Islam dalam urusan masjid mereka. Penulis melihat umat Islam membina dan mendatangi masjid kerana faktor budaya dan kebiasaan yang kosong dari semangat dan makna.

Semoga dengan kehadiran buku ini diharap dapat membantu mereka memperbaiki keadaan umat ini. Memperbaiki tanggapan mereka terhadap nilai dan fungsi sebenar masjid dalam Islam. Sekaligus mengembalikan semula fungsi masjid dan kemuliaannya sebagaimana dulu di zaman salafus soleh sehingga pengaruhnya dapat dirasakan dalam kehidupan umat ini.

Wallahu A’lam ...
Selamat membaca!

Total Pages:
456 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

513 - 10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga

10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga

Title:
10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga
Judul Asli ('Arab): al-'Asyarah al-Mubasysyaruuna bil Jannah

Author:
Muhammad Ahmad 'Isa

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM35
(Hard Cover)

Weight:
0.7 kg

Description:

Pada zaman yang miskin teladan ini, di kala banyak manusia sudah menyimpang dari bimbingan ilahi dan tidak lagi bercermin dari diri Muslim sejati, ada baiknya sejenak kita hidup bersama para Sahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Sebagai generasi terbaik di kalangan manusia setelah para Nabi. Mereka adalah barisan manusia yang teguh imannya, lurus tauhid aqidahnya, gigih ibadahnya, tulus hatinya, adil sikapnya, dan tinggi kesabaran mental serta fizikalnya. Ini semua adalah sifat-sifat yang perlu dijadikan contoh renungan.

Buku ini memberi fokus kepada kisah sepuluh orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk Syurga. Ia memuatkan fakta sejarah yang pernah dilalui oleh:

1. Abu Bakar ash-Shiddiq, 2. 'Umar bin al-Khatab, 3. 'Ustman bin 'Affan, 4. 'Ali bin Abi Thalib, 5. Thalhah bin 'Ubaidillah, 6. Zubair bin Awwam, 7. Sa’ad bin Abi Waqas, 8. Sa'id bin Zaid, 9. 'Abdurrahman bin Auf, 10. Abu 'Ubaidah 'Abdullah bin al-Jarh, radhiyllaahu 'anhum.

Perbahasannya sarat dengan gambaran nyata tentang keperibadian, kemuliaan, kerja keras, dan pahit-manis perjuangan hidup mereka yang nyaris sempurna serta begitu istimewa. Madrasah Nubuwah yang telah mendidik mereka sehingga mampu menjadikan hampir separuh belahan dunia ketika itu terjamah oleh kemuliaan Islam.

Perbahasan-perbahasan di dalamnya tidak perlu diragui kerana turut dijelaskan sekali sumber-sumber yang menjadi rujukan bagi setiap fakta yang dibawa. Setiap fakta yang dibentangkan memiliki rujukan yang dapat dipertanggungjawabkan. Cerita-cerita liar dan fitnah yang sering dilemparkan kepada beberapa orang sahabat berkaitan juga turut diluruskan melalui buku ini.

Sebagai cermin hidup, buku ini menjadi sangat penting dimiliki setiap Muslim dalam meniti roda kehidupan yang semakin haus akan keteladanan rabbani. Melalui ketelitian nilai-nilai yang dibawa, setiap paragraf dalam buku ini akan membantu kita untuk lahir kembali sebagai seorang Muslim yang mampu menjadi teladan.

Hayatilah kisah-kisah manusia yang dijamin Syurga ini agar kita tidak dihanyutkan dan dikhayalkan dengan lamunan kisah-kisah manusia yang entah tidak keruan.

Selamat Membaca.

Total Pages:
358 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, December 28, 2011

512 - Terputusnya Wahyu Dari Langit

Terputusnya Wahyu Dari Langit

Title:
Terputusnya Wahyu Dari Langit

Author:
Syaikh Majdi Muhammad asy-Syahawi
Syaikh Husain B. Audah al-Awayisyah

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM15

Weight:
200 kg

Description:

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

“Wahai manusia! Siapa saja dari manusia atau kaum mukminin yang tertimpa musibah maka hendaklah dia menghibur diri dengan musibahku dari musibah selainku. Sesungguhnya salah seorang dari umatku tidak akan ditimpa suatu musibah yang lebih berat dari musibahku.” (Shahih Sunan Ibnu Majah no. 1300)

Musibah apa lagi yang lebih besar dari musibah wafatnya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam? Musibah apa yang lebih besar bagi manusia berbanding dengan terputusnya wahyu dari langit yang merupakan petanda bermulanya fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap, yang terakhir mengikuti yang pertama, yang terakhir lebih buruk dari yang pertama...

Musibah apa yang lebih besar dari musibah yang dengannya kemudian terbuka pintu-pintu fitnah yang membawa kepada keburukan hingga akhir zaman?

menelusuri kisah-kisah akhir kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan pelajaran yang sangat berharga. Sungguh beliau tidak kembali kepada Rabb-Nya melainkan telah meninggalkan dua perkara yang malamnya bagaikan siang, dan sesiapa yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat selamanya, iaitu al-Qur’an dan Sunnahnya.

Betapa sering di akhir-akhir hidupnya beliau mewasiatkan untuk berpegang teguh kepada ajaran yang ditinggalkannya. Lalu di mana posisi kita? Dimana kita pada hari ini yang mengaku sangat mencintai Nabi yang mulia Shallallahu 'alaihi wa Sallam, tetapi pada saat yang sama meninggalkan sebahagian ajarannya, mengabaikan sunnahnya, bahkan tidak jarang sebahagian yang lain mencemuhnya?

Apakah bukti cinta itu dengan bentuk perayaan-perayaan atas nama beliau, bait-bait syair, nyanyian yang menjadi pilihan, sementara sunnah beliau yang merupakan jalan menuju keselamatan untuk bertemu dengannya di telaga Haud ditinggalkan?

Sebuah tulisan dengan judul "Terputusnya Wahyu dari Langit" ini memberi fokus kepada kisah detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dengan penyampaian yang lugas dan menggungah jiwa, penulis mempersembahkan kisah-kisah dan kejadian-kejadian di saat detik-detik menjelang kewafatan Rasulullah.

Buku ini termasuk kategori buku yang istimewa. Istimewa kerana menyampaikan sebuah perbahasan penting yang sarat dengan makna tetapi dengan cara yang ringkas dan mudah difahami.

Pada bahagian pertama buku ini, penulis membahaskan isyarat akan datangnya kematian Rasululullah, kejadian pada hari-hari menjelang wafat beliau, wasiat-wasiat beliau di pelbagai kesempatan sela-sela masa sakitnya, serta reaksi para sahabat di atas khabar kematian beliau.

Pada bahagian kedua, Syaikh Husain al-Awayisyah lebih menekankan bagaimana seharusnya kita (umat pada hari ini) bersikap dan mengambil pelajaran dari musibah besar tersebut.

Agak keliru jika ada yang mengatakan bahawa kematian beliau bukan sebuah musibah besar selama al-Qur’an dan as-Sunnah berada di hadapan kita. “Bukankah Yahudi dan Nasrani membaca Taurat dan Injil, namun mereka tidak mengamalkan dari apa yang dikandungnya?”(Shahih Ibnu Majah no. 3272)

Total Pages:
144 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

511 - Sandiwara Langit

Sandiwara Langitya

Title:
Sandiwara Langit

Author:
Abu Umar Basyier

Publisher:
Shafa Publika

Price:
RM18

Weight:
280 g

Description:

Buku ini memuatkan sebuah kisah nyata menceritakan perjalanan hidup anak Adam yang sungguh mengharukan dari satu sisi, tetapi membanggakan dari satu sisi lainnya. Kisah ini adalah sebuah kisah nyata yang mengungkap keagungan cinta kasih dua insan yang beraroma Syurga, berselimut cinta kepada Sang Pencipta.

Sebuah kisah yang disusun dan dibukukan dengan tujuan agar kita semua dapat mengambil hikmah dan pelajaran darinya. Kerana banyaknya nilai-nilai perjuangan yang baik untuk diambil contoh. Di dalamnya wujud perjuangan yang sudah begitu jarang muncul dalam kehidupan umat manusia saat ini. Kisah ini dikuatkan dengan nilai-nilai islami yang baik dan mulia. Di dalamnya disulami dalil-dalil yang menguatkan setiap tindakan yang ditempuh oleh watak utamanya, Rizqan.

Rizqaan, tokoh utama dalam kisah ini, seorang pemuda contoh, dari segelintir umat manusia yang secara apik dianugerahi kekuatan dalam menjalani setiap takdirnya, yang teramat berat dan sakit menyayat, namun begitu penuh hikmah nan harum. Personalitinya indah memikat.

Dalam sebuah hadis dinyatakan, “Aku mengagumi seorang mukmin. Bila mendapat kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala perkara walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut istrinya.” (Riwayat Ahmad dan Abu dawud)

Rizqan adalah seorang pemuda soleh, yang berjuang keras menyelamatkan diri dari fitnah hidup membujang. Kerana takutkan fitnah membujang, maka beliau mengambil keputusan untuk segera menikah.

Dengan segala keterbatasan yang ada, belanja pun belum ada, pekerjaan pun tidak punya.

Manakala Halimah pula adalah pemudi yang tidak kurang solehahnya, puteri pak Rozaq, seorang usahawan kaya-raya. Halimah telah menjadi pilihan Rizqan untuk dipinang sekaligus dinikahi.

Walaupun dari keluarga yang sekadar apa adanya, sebagai muslim yang tegar, dia tidak gentar menemui keluarga Halimah untuk masuk melamar. Terkesan dengan semangat hati yang nekat, beliau teruskan. Tetapi begitulah, selama itu adalah kebenaran yang diyakininya, pantang bagi Rizqan untuk menarik langkahnya.

Keunikan kisah ini, bermula di kala Pak Rozaq hendak menikahkan mereka berdua....

Selamat membaca dan menuai hikmah dari sebuah kisah nyata dua insan ini.

Total Pages:
212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran
.

510 - al-Mustadrak al-Hakim

al-Mustadrak al-Hakim

Title:
al-Mustadrak al-Hakim
(Hard Cover)

Author:
al-Hafiz Abu 'Abdillah Muhammad B. 'Abdullah al-Hakim an-Naisaburi (Wafat: 405H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM90, Jilid 1
RM110, Jilid 2
RM110, Jilid 3

Weight:
1.1 kg
Berat purata bagi setiap jilid

Description:

Ini adalah sebuah buku di antara deretan kitab-kitab hadis. Kitab yang berjudul al-Mustadrak ini memuatkan hadis-hadis sahih berdasarkan penilaian Imam al-Hakim yang tidak terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim. Ia disusun oleh al-Hafiz Imam al-Hakim (Wafat: 405H).

Imam al-Hakim berusaha menyusunnya berdasarkan kriteria sahih al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduanya, atau berdasarkan ijtihadnya. Walau bagaimanapun, peniaian sahih hadis-hadis dalam kitab al-Mustadrak al-Hakim ini sebenarnya masih memerlukan penelitian semula kerana di dalamnya terdapat banyak hadis-hadis yang disangka sahih tetapi sebaliknya amat bertentangan sekali. Oleh sebab itulah antaranya Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) dan beberapa kalangan ulama hadis lainnya tampil memberi penilaian semula terhadap hadis-hadis yang disahihkan oleh al-Hakim ini.

Kitab yang diterjemahkan ini adalah kitab al-Mustadrak karya al-Hakim yang di dalamnya turut disertakan sekali komentar dan tahqiq hadis oleh Imam al-Hafiz adz-Dzahabi, al Hafiz al-'Iraqi, al-Munawi, dan beberapa ulama hadis lainnya. Ini adalah bagi memastikan setiap hadis yang cuba disampaikan melalui kitab ini menjadi lebih jelas status dan kedudukannya sama ada sahih, hasan, dhaif, atau maudhu'.

Semoga dengan hadirnya hasil terjemahan kitab al-Mustadrak al-Hakim ini akan memperkayakan lagi khazanah ilmu pengetahuan masyarakat dalam bidang hadis. Semoga ia membantu perkembangan yang posistif ilmu-ilmu Islam (terutamanya dalam soal hadis) di tanah air kita ini. Di samping itu, kitab ini juga tampil sebagai alternatif dan penjelasan terhadap banyak hadis-hadis yang sebelum ini tidak diketahui atau diragui status kesahihan atau kelemahannya. Atau bahkan yang disalah fahami yang dianggap sama ada sahih atau dhaif, tetapi rupanya adalah sebaliknya. Maka, penjelasan status hadis yang dibawa melalui buku ini mampu menjadi sebagai sebuah pencerahan yang positif, insyaAllah. Agar kita lebih yakin dan terbuka dalam menerima sesebuah hadis.

Total Pages:
Telah siap 3 Jilid Pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

509 - Syarah Arba'in an-Nawawi oleh Ust. Yazid Jawas

Syarah Arba'in an-Nawawi
oleh Ust. Yazid Jawas

Title:
Syarah Arba'in an-Nawawi
oleh Ust. Yazid Jawas

Author:
Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM70
(Hard Cover)

Weight:
1.1 kg

Description:

Imam an-Nawawi rahimahullah, siapa yang tidak kenal dengan peribadi ulama yang sangat hebat dalam bidang ilmu hadis dan fiqh serta banyak meninggalkan karya tulis bermutu ini?

Kepakaran beliau di bidang hadis tidak ada siapa yang meraguinya. Di antara karya beliau yang sering dibaca, dipelajari, dan ditelaah para ilmuan adalah al-Arba’in an-Nawawiyyah, kitab yang memuatkan empat puluh dua hadis pilihan yang termasuk dalam kategori jawaami’ul kalim (perkataan ringkas yang luas dan padat maknanya).

Maka, tidak hairanlah apabila begitu ramai ulama sepeninggal beliau berlumba-lumba dalam menulis syarah (penjelasan atau huraian) terhadap kandungan hadis-hadis di dalamnya. Ini menandakan keberkahan ilmu beliau, yang merupakan buah dari hasil keikhlasan usahanya. Sekaligus juga, betapa penting dan bermanfaatnya kitab tersebut kepada masyarakat.

Pada hari ini, buku yang sedang berada di hadapan anda ini termasuk salah satu usaha yang baik oleh penulis atau penyusunnya (Ust. Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas) untuk turut terlibat dalam mempopularkan kitab Imam an-Nawawi tersebut, sebagaimana dilakukan para ulama terdahulu.

Dalam buku ini penulis memberi judul pada setiap hadis, takhrij hadis dan berusaha memberi penjelasan berdasarkan kedudukannya masing-masing, kemudian penulis mensyarahnya hadis-hadis tersebut satu per satu, bahkan menerangkan kaedah-kaedah beserta faedah-faedah bagi setiap hadis tersebut yang disimpulkan oleh para ulama dan para masyaikh (syaikh), serta tidak lupa mencantumkan rujukan-rujukannya. Inilah antara nilai kelebihan bagi buku ini.

Semoga melalui buku ini, para pembaca akan dapat mengambil pelajaran yang berharga dari 42 pesan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki ciri jawaami'ul kalim ini. Seterusnya berusaha mengamalkan setiap perintah-perintah yang terkandung di dalamnya, dan dengan itu pula diharapkan larangan-larangan beliau akan ditinggalkan dengan sendirinya.

Total Pages:
858 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 26, 2011

508 - al-Islam (Kemudahan dan Kesempurnaannya)

al-Islam
Kemudahan dan Kesempurnaannya

Title:
al-Islam (Kemudahan dan Kesempurnaannya)

Author:
Abu Unaisah Abdul Hakim B. Amir Abdat

Publisher:
Maktabah Mu'awiyah

Price:
RM16
(Hard Cover)

Weight:
0.9 kg

Description:

Buku ini menjelaskan dan memperkenalkan apa itu sebenarnya Islam ini. Penulis menyampaikan definisi Islam berpandukan dalil-dalil al-Qur'an as-Sunnah dan pfatwa-fatwa para sahabat Rasulullah. Seterusnya penulis membahaskan dan menjelaskan kemudahan, kemuliaan, dan kesempurnaan agama Islam ini. Buku yang sederhana bagi mereka yang berminat memahami erti Islam yang sebenar bermula dari dasar pengertian dan umum kesempurnaannya.

Total Pages:
91 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, December 20, 2011

507 - Homoseks, Bahaya dan Solusinya

Homoseks
Bahaya & Solusinya

Penulis:
Abu Abdurrahman 'Ali B. 'Abdul 'Aziz Musa

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Harga:
RM10

Berat Buku:
Kurang 100g

Sipnopsis Buku:

Di antara kejahatan yang paling keji yang dilakukan ummat manusia, yang memberi kesan luar biasa terhadap agama, moral, sosial, dan psikologi mereka, adalah homoseks atau liwath (hubungan seks antara sesama lelaki).

Betapa hinanya perilaku ini, Allah menjelasakan dan menyentuhnya di dalam al-Qur'an bahawasanya Allah Ta'ala mengazab kaum Nabi Luth 'alaihis Salam yang melakukan perbuatan tersebut dengan azab yang teramat pedih, berupa gempa bumi yang dahsyat yang disertai dengan hujan batu berapi dari langit. 

Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam sendiri mengatakan bahawa jika kita mendapati pelaku homoseks, maka kita perlu (wajib) membunuhnya, (di bawah peruntukan undang-undang hudud).

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Laknat Allah bagi sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut (gay/lesbian/homoseksual).” Nabi mengulangi sebanyak 3 kali. (Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

“Sesiapa yang mendapati orang yang melakukan perbuatan kaum Lut maka bunuhlah pelakunya dan orang yang diperlakukannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Namun sedinya pada masa ini perbuatan liwath yang merupakan tradisi terlaknat kaum Luth ini telah kembali tersebar, semakin merebak, dan dianggap biasa oleh sebahagian masyarakat kita?

Apa penyebab dan kesannya?

Bagaimana pula pandangan dan hukumnya menurut Islam?

Apa solusi yang ditawarkan oleh Islam bagi menangani fenomena ini?

Buku yang ada di hadapan pembaca sekarang ini, insya Allah, akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut dengan jelas dan tuntas. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat kita secara umum dan kaum Muslim secara khusus.

Jumlah Muka Surat:
170 m/s.

Pembayaran/Maklumat Lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), dan sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel, serta nyatakan sekali bayaran dibuat ke akaun mana, bagi tujuan urusan penghantaran.

Thursday, December 15, 2011

506 - Buku Poket Tuntunan Doa Ruqyah

Buku Poket Tuntunan Doa Ruqyah
Untuk Orang Sakit, Mengobati Guna-guna, dan Sihir

Title:
Buku Poket Tuntunan Doa Ruqyah

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3
(Diskaun 30% Bagi Pembelian 50 unit ke Atas)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Doa-doa dan zikir-zikir ruqyah yang sahih dari al-Qur'an dan al-hadis adalah di antara terapi penyembuh nabawi yang sangat bermanfaat bagi penyakit-penyakit tertentu. Doa ini sekiranya memenuhi tuntutan dan syarat-syaratnya, insyaAllah tidak akan ada lagi sesuatu yang akan menghalang kemujarabannya sebagai sumber penawar.

Buku bersaiz poket ini adalah di antara buku yang sangat praktikal, mudah, ringkas, padat, mudah dibawa ke mana-mana, mudah difahami, dan mudah dihafal. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya sebagai bekalan dan rujukan dalam perkara yang berkaitan.

Di antara kandungan buku ini adalah Sekitar prinsip-prinsip pengubatan sihir, langkah-langkah pencegahan, kesan-kesan sihir, kerasukan jin, penyakit jiwa dan hati, pengubatan bisul, pengubatan terkena sengatan serangga atau gigitan haiwan, pengubatan demam, menjenguk orang sakit, penawar musibah dan kesedihan, serta tatacara mengubati diri sendiri.

Dengan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

505 - Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Title:
Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3
(Diskaun 30% Bagi Pembelian 50 unit ke Atas)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Solat memang telah disyari'atkan dan diwajibkan ke atas umat Islam dengan kaifiyat atau tatacaranya yang tersendiri. Tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk memenuhinya atas beberapa sebab seperti udzur kerana sakit, kecacatan anggota tertentu, ditimpa musibah, dan seumpamanya.

Sakit, sukar bergerak, atau yang seumpamanya bukanlah alasan untuk kita meninggalkan solat dan menjauhkan diri dari Allah. Sebaliknya, dengan sebab musibahlah kita perlu lebih mengingat agar lebih dekat kepada Allah. Oleh itu, bagaimana keadaannya sekalipun, solat tetap tidak boleh ditinggalkan malah tetap wajib dilaksanakan dengan apa cara sekalipun yang termampu. Sama ada berdiri, duduk, berbaring, atau sekadar dengan isyarat.

Oleh itu, buku yang ringkas ini tampil ke hadapan para pembaca dan masyarakat bagi membantu menjelaskan panduan solat bagi orang sakit. Agar dengan bimbingan yang ringkas ini dapat membimbing umat Islam yang tetap ikhlas dan itiqomah untuk terus melaksanakan solat walaupun dalam keadaan udzur dan sakit. Buku panduan bersaiz poket ini disertakan panduan bergambar, dilengkapi dari tatacara bersuci, wudhu', tayammum, sehinggalah kepada mandi janabah bagi orang yang sakit (atau udzur).

Di samping itu penulis juga berusaha memberikan kata semangat, anjuran sabar, ganjaran bagi orang sakit yang sabar, amalan ketika tertimpa musibah, dan penjelasan bahawa agama Islam adalah agama yang sempurna dan mudah. Selain itu, penulis turut menjelaskan jenis-jenis udzur atau jenis-jenis keadaan pesakit yang sering berlaku, seperti pendarahan, kerap buang air, luka yang teruk, ada bahagian yang dibalut, dan seumpamanya.

Dengan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, December 13, 2011

504 - Pedoman Pendidikan Anak

Pedoman Pendidikan Anak
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Title:
Pedoman Pendidikan Anak
Judul Asli ('Arab): Tarbiyatul Abna' wal Banat fi Dhau-il Kitab was Sunnah

Author:
Syaikh Khalid 'Abdurrahman al-Ikk

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM50

Weight:
1.0 kg

Description:

Masalah pendidikan boleh dikatakan termasuk masalah yang paling rumit yang dihadapi oleh para ibu/bapa, institusi pendidikan dan pengajaran, dan pakar-pakar psikologi.

Solusi-solusi yang akan kami ketengahkan melalui hasil perbahasan buku ini (yang judul asalnya: Ushûl Tarbiyatil Abnâ’ wal Banât fî Dhau’il Qur’ân was Sunnah) menyentuh aspek Islam secara utuh.

Ibu/bapa adalah orang-orang yang bertanggung jawab penuh terhadap pendidikan anak-anak mereka. Manakala para orangtua perlu konsisten memegang konsep Islam dalam mendidik anak-anak mereka, insyaAllah mereka akan melahirkan anak-anak yang tumbuh dalam keislaman yang diberkahi.

Tetapi sebaliknya, jika dari kedua ibu/bapanya tidak konsisten dalam memberi pendidikan dan penjagaan terhadap anak-anak mengikut didikan Islam yang benar, maka di sana nantilah punca kepada masalah akan berkembang. Kerana guru utama bagi setiap anak-anak adalah kedua ibu/bapanya. Merekalah yang mencorakkan peribadi, karektor, dan jatidiri seorang anak. Bagaimana aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya, dan pendidikan-pendidikan lainnya.

Di samping itu, ibu/bapa jugalah yang menjadi contoh dan idola pertama bagi anak-anak. Mereka perlu menunjukkan akhlak dan contoh terbaik. Sekiranya mereka gagal memberi contoh dan tauladan yang baik, maka anak-anaklah yang bakal menerima dan menyerap kesannya.

Setelah itu, ibu/bapa juga wajib mengetahui hak-hak dan kewajiban anak-anak, kemudian melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Allah Ta‘ala dan Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan cara bertahap dan konsisten, dengan kesabaran, dengan ilmu yang benar, sehinggalah mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi yang matang.

Ditambah lagi dengan suasana hari ini yang begitu mencabar dalam membina peribadi anak-anak disebabkan banyaknya pengaruh dan faktor persekitaran yang kurang kondusif dan jauh dari nilai-nilai Islam, maka ibu/bapa perlu lebih tegas dan prihatin. Ilmu-ilmu Islam yang sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah berserta kesabaran menjadi amat penting sekali. Tidak boleh mengharap kepada orang lain sama ada pengasuh dan orang gaji. Anak-anak perlu dididik oleh insan-insan yang berilmu dan mampu menunjukkan contoh yang baik. Tidak boleh sekadar melepaskan batuk di tangga.

Maka, buku yang kami ketengahkan ini bakal membantu anda untuk tujuan tersebut dan bakal membuka lembaran corak berfikir yang mungkin selama ini jarang diambil berat oleh ibu/bapa. Dan mungkin ada sebahagian perkara yang amat sering dilupakan oleh mereka lantaran sibuk dengan urusan dunia luar.

Perbahsan dalam buku ini terbahagi kepada beberapa tahap. Antaranya adalah sebagaimana berikut,

Tahap sebelum lahir: Bermula sejak dari masa kehamilan sehingga melahirkan, pada umumnya adalah sembilan bulan. Tahap ini memerlukan perhatian dan penjagaan khusus, dan memiliki hukum-hukum yang menjelaskan tentang hak-hak janin (kandungan).

Tahap masa kanak-kanak pertama: Bermula sejak dari awal mula pengasuhan sehingga usia tujuh tahun. Ini merupakan tahapan penting kerana pada tahapan inilah terjadi pertumbuhan fizikal, otak dan mental. Pertumbuhan ini menjadi penentu bagi pertumbuhan berikutnya, kerana pertumbuhan fizikal anak terlihat sangat ketara, pertumbuhan otak terfokus dan akan semakin kuat dengan memberikan uji cuba dan pengalaman yang sesuai dengan kemampuan perkembangan awal otak/pemikirannya.

Pertumbuhan fikiran dalam semua hal bermula dari intelektual, mental, dan karektor serta sosial, bergantung pada fasa pertumbuhan di masa ini. Walaupun tempoh waktunya cukup lama, tetapi kita tidak boleh meremehkannya atau membiarkannya secara nasib atau kebetulan; sebaliknya perlu kepada bimbingan dan penjelasan terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka.

Kemudian diikutilah ke fasa-fasa seterusnya, seperti fasa kanak-kanak, fasa remaja, dan fasa pendewasaan/matang. Semua ini amat memerlukan komitmen yang sungguh-sungguh dari peringkat ibu/bapa, keluarga, para guru, masyarakat, dan institusi pendidikan.

InsyaAllah, buku ini bakal membantu para pembaca, khususnya para ibu/bapa yang bersungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka dengan methode dan pendidikan Islam. Mengikuti methode al-Qur'an, as-Sunnah, dan petunjuk yang dijelaskan oleh Rasulullah, para sahabatnya, dan para ulama semenjak generasi awal hingga kini. InsyaAllah.

Total Pages:
621 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

503 - Ringkasan Syu'abul Iman

Ringkasan Syu'abul Iman

Title:
Ringkasan Syu'abul Iman
Judul Asli ('Arab): Mukhtashar Syu'abul Iman

Author:
Karya asal oleh Imam al-Baihaqi
Diringkasan oleh Imam Abu al-Ma'ali 'Umar B. 'Abdurrahman al-Qazwaini

Tahqiq/takhrij oleh Syaikh 'Abdul Qadir al-Arnauth

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM90

Weight:
0.9 kg

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda (maksudnya):

"Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling tinggi, (atau yang paling utama) adalah kalimat laa ilaaha illallaah (tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan, dan malu adalah sebahagian dari iman. "

al-Bukhari meriwayatkannya dengan lafaz:

“... iman itu ada enam puluh cabang lebih dan malu adalah sebahagian dari iman."

Cabang-cabang iman, atau lebih dikenal dengan sebutan "Syu'ab al-Iman" dalam istilah agama, antaranya diambil dari hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di atas.

Dalam menjelaskan sabda Nabi ini, para ulama telah berusaha keras menafsirkan dan memberi satu per satu cabang-cabang imam yang dimaksudkan, dan salah satu ulama yang mendalami masalah ini adalah Imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H).

Dalam bukunya yang berjudul Syu'ab al-Iman (Cabang-Cabang Iman), beliau membentangkan satu per satu cabang-cabang imam tersebut secara terperinci.

Setelah itu muncullah inisiatif daripada Imam al-Qazwaini rahimahullah (Wafat: 699H) untuk meringkaskannya supaya lebih mudah untuk difahami masyakarat Islam secara umum, sehingga hadirlah buku yang berjudul Mukhtashar Syu'ab al-Imam (Ringkasan Syu'ab al-Iman) ini.

Total Pages:
637 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

502 - Rasulullah Berkisah Tentang Syurga dan Neraka

Rasulullah Berkisah Tentang Syurga dan Neraka

Title:
Rasulullah Berkisah Tentang Syurga dan Neraka
Judul Asli ('Arab): Washf al-Jannah wan Naar min Shahih as-Sunnah wal-Akhbar

Author:
Syaikh Wahid B. 'Abdus Salam Bali

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Setiap orang tentu memiliki cita-cita yang akan menjadi acuan dan tujuan dari setiap apa yang diusahakannya. Setinggi apa cita-cita tersebut, sebesar itu jugalah usaha yang dicurahkan.

Berbeza dari orang-orang kafir, cita-cita orang yang beriman tidak hanya berkaitan dengan keinginan duniawi. Tetapi melangkaui masa depan sehingga ke masa akhirat. Mukmin sejati akan mencurahkan segenap usahanya untuk meraih kebahagiaan tidak hanya di dunia, tetapi juga di akhirat.

Dalam usaha ini, al-Qur'an dan as-Sunnah telah penuh dan sarat berisi motivasi dan bimbingan. Pelbagai potret dan gambaran nikmat tentang Syurga dan tentang siksanya Neraka. Ia disebutkan dengan begitu terperinci dan jelas.

Untuk melihat sendiri penjelasan dan gambaran Syurga dan Neraka berpandukan perkhabaran yang paling sahih dan benar, maka ambillah perkhabaran tersebut dari al-Qur'an dan al-hadis yang sahih. Maka, inilah antara buku yang menjelaskan persoalan tersebut.

Total Pages:
216 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

501 - Murnikan Tauhid Jauhkan Syirik

Murnikan Tauhid Jauhkan Syirik

Title:
Murnikan Tauhid Jauhkan Syirik
Judul Asli ('Arab): Nuur at-Tauhid wa azd-Dzulumat asy-Syirk fi Dhau-il Kitab was Sunnah

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Di zaman sekarang ini kemusyrikan bermaharajalela di mana-mana, dan disebarkan oleh pelbagai media, sama ada cetak ataupun elektronik, atas nama iklan, kesinambungan budaya, keharmonian, adat, dan sebagainya. Musibah ini terus berleluasa akibat kejahilan umat terhadap hakikat ajaran Islam yang sahih.

Kebanyakan ahli masyarakat memandang remeh masalah ini, padahal situasi ini akan menjerumuskan orang ke dalam kemusyrikan. Kerana syirik dan kufur ibarat virus yang menyerang aqidah umat secara senyap. Syirik adalah sumber kesengsaraan dan kebinasaan di dunia dan akhirat. Sedangkan tauhid adalah pemurnian ibadah hanya kepada Allah dan menjadi landasan bagi setiap amal yang dilakukan. Tauhid adalah tunjang cahaya dan keadilan.

Buku ini amat wajar menjadi panduan bagi setiap Muslim dalam usaha menjaga kemurnian aqidahnya. Kerana aqidah yang benar adalah sumber kebahagaiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Total Pages:
106m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 12, 2011

500 - Keajaiban Melihat Allah 'Azza wa Jalla

Keajaiban Melihat Allah 'Azza wa Jalla

Title:
Keajaiban Melihat Allah 'Azza wa Jalla
Judul Asli ('Arab): Izhamul Minnah fii Ru'yatul Mukminin Rabbahum fil Jannah

Author:
Syaikh Dr. Muhammad Khalifah at-Tamimi

Publisher:
Zam-zam Mata Air Ilmu

Price:
RM24

Weight:
380g

Description:

Mungkinkah manusia mampu melihat Allah 'Azza wa Jalla, sama ada di dunia ataupun di akhirat? Adakah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam memiliki kekhususan tertentu, sehingga beliau dapat melihat Allah di dunia?

Benarkah orang-orang yang beriman yang masuk syurga akan mendapat tambahan nikmat berupa melihat wajah Allah? Beberapa pertanyaan tersebut akan Anda dapatkan jawabannya di melalui buku ini. Dengan gaya bahasa yang mudah, padat dan jelas, buku ini akan menyingkap keajaiban melihat Allah, sama ada ketika di dunia ataupun di akhirat, berdasarkan hadis-hadis sahih dan pendapat para ulama salaf. Maka, jangan lepaskan buku yang penuh keistimewaan ini begitu sahaja!

Total Pages:
251 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

499 - Meneladani Wanita Generasi Sahabat

Meneladani Wanita Generasi Sahabat

Title:
Meneladani Wanita Generasi Sahabat
Judul Asli ('Arab): Durus min Hayat ash-Shahabiyat

Author:
Dr. Abdul Hamid B. Abdul Rahman as-Suhaibani

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Membaca sejarah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya adalah saat yang paling mengesankan dalam waktu yang dilalui seorang muslim. Gambaran Islam yang agung terlaksana secara utuh melalui peribadi-peribadi mereka. Personaliti mereka adalah potret hidup hasil berkah didikan sang maha guru, Rasul Allah yang agung Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Tidak hanya para sahabat lelaki, tapi juga para sahabat wanita (ash-Shahabiyat). Buku ini adalah catatan perjalanan hidup para wanita generasi sahabat dalam menjemput kehidupan bahagia di hari kemudian. Kisah-kisah dalam buku ini adalah serpihan-serpihan mutiara yang begitu mahal nilainya, teladan-teladan rabbani, dan resepi paling indah yang patut direnungkan setiap muslim; kejujuran mereka dalam beriman, jihad mereka, kepahlawanan, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, ibadah, sedekah, sikap zuhud, kesabaran dan ketabahan mereka dalam menghadapi hidup yang sukar bahkan dalam menghadapi musuh.

Tokoh-tokoh ash-Shahabiyat amat wajar dijadikan teladan oleh setiap muslim dan khususnya para muslimah, demi meraih apa yang telah mereka raih; sebagai wanita-wanita generasi terbaik umat ini.

Total Pages:
142 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

498 - Hakikat Tawadhu' dan Sombong

Hakikat Tawadhu' dan Sombong
Menurut al-Qur'an & Sunnah

Title:
Hakikat Tawadhu' dan Sombong
Judul Asli ('Arab): at-Tawaadhu' fii Dhau-il Kitaab was Sunnah

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Sepatutnya bagi setiap Muslim menghiasi diri mereka dengan sifat tawadhu’. Kerana mereka yang menjauhi sikap tawadhu' pasti akan didekati pula oleh sifat takabbur atau sombong yang mengakibatkan dia diancam dengan neraka. Ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam (maksudnya):

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar zarrah.”

Seorang lelaki bertanya, “Sesungguhnya orang lelaki menyukai apabila bajunya bagus dan kasutnya juga baik?”

Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai yang indah. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah terhadap manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/247, no. 131)

Tawadhu’ dan takabur (sombong) adalah dua kata yang saling berlawanan, yang hanya dipisahkan oleh garis yang sangat tipis. Setiap dari keduanya memiliki pintu-pintu yang dapat menghantarkan seseorang masuk ke dalamnya. Apabila seseorang telah masuk ke dalamnya, maka dia pun akan menemui tingkatan-tingkatannya, bermula dari yang terendah sehingga yang tertinggi. Setiap tingkatan menunjukkan sama ada besar atau kecilnya kerugian yang harus ditanggung atau keuntungan yang bakal diraih.

Sekecil apa pun kesombongan, ia akan menimbulkan kerugian bagi pelakunya. Sebaliknya, tawadhu’ akan memberikan keuntungan bagi yang memilikinya.

Antara topik-topik yang dibahaskan melalui risalah ini adalah Pengertian tawadhu', 'ujub, dan sombong. Kemudian diteruskan dengan jenis-jenisnya, ciri-cirinya, kesan-kesanya, tingkatan-tingkatannya, keutamaan-keutamaannya, perkara-perkara yang dapat mendorong kepadanya, sebab-sebab tawadhu' dan sombong. Kemudian dijelaskan pula bahaya sombong, tanda-tanda kesombongan, cara menjauhi sikap sombong, kesan buruk darinya, dan beberapa lagi yang lainnya yang saling berkaitan.

Selamat membaca!

Total Pages:
104 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

497 - Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda

Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Kajian Lengkap Tentang Berbakti Kepada Orang Tua

Title:
Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Judul Asli ('Arab): Fiqh at-Ta'ammul Ma'al Walidain

Author:
Syaikh Musthafa al-'Adawi

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM21

Weight:
480g

Description:

Di antara implikasi buruk kesan modernisasi adalah merenggangnya ikatan silaturahim dan nilai-nilai kekeluargaan. Kesibukan sering melekakan sehingga kedua ibu bapa sendiri pun turut terlupakan, walau hanya sekadar memberi senyuman pun adakalanya amat kelat. Demikian juga ibu/bapa pada zaman ini, dikeranakan sibuknya bekerja, anak-anak sering terabaikan. Sifat santun dan kasih-sayang telah menjadi terlalu mahal.

Keberkahan masa dan harta juga adakalanya lenyap tanpa disedari. Hati dan perasaan sentiasa berada dalam kegusaran dan ketidak-cukupan.

Sehingga akhirnya orang lain pula yang menjadi lebih pemurah dan sopan berbicara kepada kedua orang tuanya atau anak-anak.

Rumahnya besar, kenderaannya mewah, hidupnya dikelilingi material berharga, namun sayangnya keberkahan dan kasih-sayang tidak wujud sama sekali kerana terlalu sibuk mencari dan menjaga harta.

Apalah ertinya harta yang bertimbun, pendidikan yang tinggi menggunung, tetapi secebis kasih-sayang dan masa pun sukar untuk diperuntukkan buat ayah bunda dan anak-anak? Ini belum lagi menyentuh masa untuk agama dan ilmu... Berapa banyakkah masa, hati, dan harta yang diperuntukkan untuk ilmu-ilmu agama yang benar?

Buku yang ditulis oleh Syaikh Musthafa al-'Adawi ini berusaha meluruskan pelbagai penyimpangan tingkah-laku dan etika anak-anak terhadap ibu/bapanya. Tanpa mengira status seseorang itu sama ada telah berkawin, berkeluarga, beranak-pinak, bercucu-cicit, setiap orang adalah tetap seorang anak. Di bahunya terpikul kewajiban untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, sama ada keduanya masih hidup atau telah wafat. Atau sama ada orang tuanya kafir atau muslim.

Buku ini adalah suatu bentuk maklumat bermanfaat dan pengingatan untuk kita semua. Sebuah nasihat yang menghidupkan hati, sebuah teguran yang melapangkan qalbu. Untuk Anda, para pembaca, dan sesiapa sahaja yang menela'ahnya... insyaAllah.

Total Pages:
288 m/s.