Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, June 13, 2012

576 - Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 6 (Tanda-tanda Kenabian, Hijrah Pertama, Peperangan, Profil Sahabat)

Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 6
(Tanda-tanda Kenabian, Hijrah, Peperangan, Profil Sahabat)

Judul Buku:
Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 6
Judul Asal: al-Mustadrak 'ala ash-Shahihain li al-Hakim

Penulis:
al-Hafiz Abu 'Abdillah Muhammad B. 'Abdullah al-Hakim an-Naisaburi (Wafat: 405H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM120

Berat Buku:
1.2kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah sebuah buku di antara deretan kitab-kitab hadis. Kitab yang berjudul al-Mustadrak ini memuatkan hadis-hadis sahih berdasarkan penilaian Imam al-Hakim yang tidak terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim. Ia disusun oleh al-Hafiz Imam al-Hakim (Wafat: 405H).

Imam al-Hakim berusaha menyusunnya berdasarkan kriteria sahih al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduanya, atau berdasarkan ijtihadnya. Walau bagaimanapun, peniaian sahih hadis-hadis dalam kitab al-Mustadrak al-Hakim ini sebenarnya masih memerlukan penelitian semula kerana di dalamnya terdapat banyak hadis-hadis yang disangka sahih tetapi sebaliknya amat bertentangan sekali. Oleh sebab itulah antaranya Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) dan beberapa kalangan ulama hadis lainnya tampil memberi penilaian semula terhadap hadis-hadis yang disahihkan oleh al-Hakim ini.

Kitab yang diterjemahkan ini adalah kitab al-Mustadrak karya al-Hakim yang di dalamnya turut disertakan sekali komentar dan tahqiq hadis oleh Imam al-Hafiz adz-Dzahabi, al Hafiz al-'Iraqi, al-Munawi, dan beberapa ulama hadis lainnya. Ini adalah bagi memastikan setiap hadis yang cuba disampaikan melalui kitab ini menjadi lebih jelas status dan kedudukannya sama ada sahih, hasan, dhaif, atau maudhu'.

Semoga dengan hadirnya hasil terjemahan kitab al-Mustadrak al-Hakim ini akan memperkayakan lagi khazanah ilmu pengetahuan masyarakat dalam bidang hadis. Semoga ia membantu perkembangan yang posistif ilmu-ilmu Islam (terutamanya dalam soal hadis) di tanah air kita ini. Di samping itu, kitab ini juga tampil sebagai alternatif dan penjelasan terhadap banyak hadis-hadis yang sebelum ini tidak diketahui atau diragui status kesahihan atau kelemahannya. Atau bahkan yang disalah fahami yang dianggap sama ada sahih atau dhaif, tetapi rupanya adalah sebaliknya. Maka, penjelasan status hadis yang dibawa melalui buku ini mampu menjadi sebagai sebuah pencerahan yang positif, insyaAllah. Agar kita lebih yakin dan terbuka dalam menerima sesebuah hadis.

Jilid ke-6 ini memaparkan hadis-hadis berkaitan perbahasan Tanda-tanda Kenabian, Hijrah Pertama, Peperangan Sariyyah, Hijrah, dan Profil Sahabat.

Jumlah Muka Surat:
812 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

575 - Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1

Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1

Judul Buku:
Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1
Judul Asal: 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir

Penulis:
Penulis asal oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir
Tahqiq, takhrij, dan diringkas oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM110

Berat Buku:
1.8kg

Keterangan Kandungan:

Dalam memehami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran Al-Qur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama generasi awal dari kalangan salaf yang terdiri dari para pembesar sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama yang mengikuti mereka dengan baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya berbekalkan logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.

Di antara sebab kenapa kita wajib berpedoman dengan pemahaman dan manhaj (prinsip-prinsip) para sahabat dalam memahami Al-Qur'an adalah kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar. Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka berguru kepada Nabi secara langsung. Mereka tahu apabila sesuatu ayat Al-Qur'an diturunkan, ia diturunkan atas dasar apa dan apa latar belakang ayat tersebut. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka mendapat pengiktirafan secara langsung dari langit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik bernama sahabat.

‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/202-203)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)

Di dalam Al-Qur'an, Allah mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak mereka. Maksud firman Allah Ta'ala:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Oleh itu, di antara kitab tafsir agung dalam dunia Islam ahli sunnah wal-jama'ah adalah kitab Tafsir Ibnu Katsir ini. Ia adalah tafsir bil-matsur iaitu tafsir yang memuatkan methode penafsiran secara murni berpandukan manhaj para sahabat. Di dalamnya terpenuhi dengan hadis-hadis Nabi, kata-kata (fatwa-fatwa) para sahabat, pendapat-pendapat yang kuat dari kalangan tabi'in, serta hujah-hujah kesimpulan dari para pembesar mazhab ahli sunnah wal-jama'ah. Lebih menguatkan kedudukan Tafsir Ibnu Katsir ini, ia sentiasa mendapat dukungan dan rekomendasi para ulama dari zaman berzaman sehingga kini sebagai tafsir yang amat baik untuk para penuntut ilmu dan kalangan awam.

Amat sedih dan miskin, sekiranya rumah-rumah kita tidak memilikinya dan tidak pernah memiliki impian untuk memilikinya sekaligus menela'ahnya. Amat sayanglah sekiranya manfaat besar yang terkandung di dalamnya tidak diendahkan oleh umat Islam sendiri.

Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi Allah memudahkan kita semua untuk memahami ayat-ayat Al-Qur'an melalui tafsir ini di mana apabila kitab Tafsir Ibnu Katsir ini telah pun diterjemahkan. Ini adalah edisi tahqiq (penelitian dan semakkan), takhrij (penjelasan status hadis), dan ringkasan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377).

Para ulama menyatakan bahawa tahqiq dan muktashar (ringkasan) Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ke atas Tafsir Ibnu Katsir ini sebagai antara tahqiq dan mukhtashar terbaik setakat ini berbanding edisi-edisi lainnya. Beliau memastikan hanya hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang sahih dan hasan sahaja yang dipersembahkan oleh edisi ini. Walaupun demikian tidak setiap hadis yang dhaif (lemah) dikeluarkan apabila di sana ada keperluan bagi menjelaskan tarjih asal milik al-hafiz Ibnu Katsir dan bagi mehilangkan syubhat.

Beliau juga berusaha memperbaiki beberapa bentuk kekeliruan atau kesilapan teknikal yang terdapat dalam edisi asal oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah. Selain itu, beliau turut menjelaskan secara panjang lebar sebahagian hadis-hadis yang mendapat kritikan dan pertikaian. Syaikh Ahmad Syakir juga menyatakan yang beliau turut mengeluarkan riwayat-riwayat Israiliyyat dan yang seumpamanya dalam edisi ini kerana berdasarkan methode Al-Hafiz Ibnu Katsir sendiri pun, beliau memang mencela khabar-khabar Israiliyyat tersebut di beberapa tempat dalam tafsirnya. Syaikh Ahmad Syakir turut menjelaskan secara panjang lebar sekitar 6 muka surat pada bahagian mukaddimah kitab ini tentang manhaj dan prinsip Al-Hafiz Ibnu Katsir terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang dimaksudkan.

Kemudiannya, teks-teks al-Qur'an yang disebutkan di dalam edisi ini umumnya adalah berdasarkan resm 'Utsmani sebagaimana ditegaskan oleh pemerintah Mesir (negara Syaikh Ahmad Syakir).

Setiap apa yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ini dalam usahanya mentahqiq, mentakhtij, dan meringkas tafsir Ibnu Katsir ini antaranya adalah dalam rangka memudahkan golongan awam dan penuntut ilmu agar mampu mengambil manfaat secara optima.

Kata Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah:

"Saya sendiri bersesuaian dengan fitrah keilmuan dan pengetahuan saya berkaitan kitab-kitab dan khazanah peninggalan sejarah Islam yang agung, sebenarnya tidak gemar meringkaskan kitab-kitab atau melakukan perubahan di dalamnya. Akan tetapi saya dihadapkan dengan keperluan dan kepentingan yang mendesak untuk mendekatkan corak pemahaman tafsir kepada para pembaca di peringkat menengah yang memiliki wawasan ilmu, yang mana mereka masih tidak mampu menela'ah dan menyerap ilmu-ilmu pengetahuan yang bermanfaat secara benar lagi mendalam, dan mereka yang belum benar-benar mengerti tentang istilah-istilah yang diguna-pakai oleh para ulama dalam disiplin ilmu. Demikian juga untuk para penuntut ilmu Islam di pelbagai penjuru alam Islami. Untuk itu, saya pun merasa amat perlu melakukannya." (Mukaddimah 'Umdatut Tasir 'an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Mungkin sebagai suatu maklumat yang menarik untuk sama-sama kita ketahui di sini, Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah menjelaskan:

"Al-Hafiz Ibnu Katsir memulakan penulisan tafsirnya ini bermula dari Surah Al-An'am, ayat 100 sehingga akhir surah, An-Naas. Kemudian barulah beliau memulakan semula tulisannya dari Surah al-Baqarah hingga Surah Al-An'am, ayat 99. Al-Hafiz Ibnu Katsir menyelesaikan karya tafsirnya ini selama sekitar 4 tahun lamanya. Ia diselesaikan pada tarikh 24 Dzulqa'dah tahun 741H, hari Juma'at."

Jumlah Muka Surat:
1079 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Thursday, June 7, 2012

574 - Demonstrasi dan Keburukannya

Demonstrasi dan Keburukannya

Judul Buku:
Demonstrasi dan Keburukannya

Penulis:
Abu Omar Idris B. Sulaiman

Penerbit:
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan

Harga:
RM5

Berat Buku:
160g

Keterangan Kandungan:

Akhir-akhir ini adegan dan slogan demonstrasi jalanan ke atas pemerintah dan untuk pelbagai isu-isu lainnya sering sekali dimainkan. Diberi nama pula sebagai sarana amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah serta golongan yang didemonstrasi pun meluap-luap.

Sangat menyedihkan adalah apabila pelbagai aksi dan adegan demonstrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.

Menurut Kamus Dewan, maksud demonstrasi dalam konteks ini merujuk kepada “Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll. (Termasuk di dalamnya membuat kacau). Berdemonstrasi maksudnya menunjuk perasaan (kerana memprotes) dll.” (Kamus Dewan, Edisi Keempat, m/s. 332 – Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud ini adalah jelas dan tepat sekali. Tidak setiap perhimpunan orang ramai dinamakan sebagai demonstrasi. Tidak dinamakan demonstrasi bagi perhimpunan adik-adik di sekolah rendah atau menengah setiap pagi sebelum masuk ke kelas sebagai demonstrasi. Demikian juga tidak dikatakan orang-orang yang berasak-asak di pasar sebagai demonstrasi. Ini kerana demonstrasi di sini maksudnya adalah tunjuk perasaan sebagai tanda protes, bukannya perhimpunan biasa-biasa yang sekadar berhimpun.

Persoalannya, adakah demonstrasi merupakan salah satu sarana anjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan keterlanjuran pemerintah? Adakah ia sebuah sarana dalam menyelesaikan permasalahan? Adakah ia wasilah menyuarakan ketidak-puasan hati? Adakah ia tempat yang diajarakan agama untuk melepaskan geram dan kebengangan? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi agama? Apa keburukan di sebalik wajah palsu demonstrasi ini?

Dari mana ajaran demonstrasi ini muncul sebenarnya? Apakah Islam tidak cukup dijadikan sebagai petunjuk dan solusi dalam menghadapi pelbagai masalah sehingga sarana demonstrasi digunakan secara meluas pada hari ini? Keburukan demonstrasi pun bukan main lagi kesannya.

Tahukah anda bahawa ajaran demonstrasi ini datangnya dari ideologi Yahudi dan orang-orang fasiq? Ia menyelisihi sunnah nabi dalam berdakwah, memecah-belahkan perpaduan umat Islam, menimbulkan kekacauan dan ketakutan, menjadi faktor rosaknya harta benda awam, mengganggu jalan-jalan awam, membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan, menjadi medan membakar emosi dan menaikkan kemarahan yang hasilnya amat tercela sekali, mengganggu urusan orang awam, menyemarakkan perbalahan bukan perpaduan, memperbesarkan permasalahan bukan menyelesaikannya, menyemarakkan provokasi dan kebencian bukan kasih-sayang, menggugat keamanan negara, mengganggu kestabilan pentadbiran, menyerupai syi'ar kaum khawarij, dan banyak lagi keburukan-keburukan demonstrasi yang lainnya yang jika tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan baik kepada akhlak, masyarakat, pemikiran, agama, mahupun negara.

InsyaAllah, ini semua dikupas dalam tulisan ini dengan tuntas! Sekaligus menjelaskan bahawa demonstrasi bukanlah sarana kebaikan, sebaliknya ia adalah wasilah kepada bencana dan maraknya keburukkan.

Jumlah Muka Surat:
90 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

573 - Apa Kata Imam Asy-Syafi'i Tentang Dzikir Berjama'ah

Apa Kata Imam Asy-Syafi'i Tentang Dzikir Berjama'ah

Judul Buku:
Apa Kata Imam Asy-Syafi'i Tentang Dzikir Berjama'ah

Penulis:
Ibnu Saini B. Muhammad B. Musa

Penerbit:
Maktabah Mu'awiyah

Harga:
RM10

Berat Buku:
60g

Keterangan Kandungan:

Mazhab Imam Asy-Syafi'i adalah mazhab rasmi dan diakui oleh masyarakat Islam nusantara umumnya termasuk Malaysia. Tapi sayangnya sedikit sekali di antara mereka yang mengikuti mazhab tersebut berdasarkan ilmu dan sumber yang benar. Sebaliknya, majoriti daripada mereka mengaku bermazhab Asy-syafi'i hanyalah sekadar ikut-ikutan dari datuk nenek mereka dan apa ustaz A dan ustaz B katakan. Walhal kitab-kitab mazhab Syafi'i pun tidak pernah dikenali apa lagi mahu dibelek dan dibaca. Mereka hanya tahu berkata aku ikut mazhab Asy-Syafi'i, tetapi tidak ada bukti sandaran yang dapat membenarkan dan mendukung kata-kata mereka secara benar.

Di antara contoh amalan tersohor di bumi Nusantara pada hari ini adalah dzikir secara jama'ah beramai-ramai dengan suara kuat terutama sekali di ketika sebaik selesai solat. Malah tidak sekadar suara kuat, tetapi ada yang sampai dilagukan dan menggunakan microfon. Pernahkah kita semak amalan ini di dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi'i sendiri? Pernahkah kita semak amalan ini sahih dari Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam?

Kalaulah kita punya hati yang jujur dalam berpegang kepada kebenaran agama ini, nescaya kita akan menyemaknya dengan baik-baik, teliti, dan jujur. Jangan terkejut bahawa amalan tersebut adalah termasuk amalan yang bertentangan dengan fatwa-fatwa para ulama besar mazhab Asy-Syafi'i termasuk imam Asy-Syafi'i sendiri.

Mungkin atas sebab-sebab keterbatasan masyarakat awam sekalian, penulis risalah kecil ini pun mengambil inisiatif berusaha menghimpunkan fatwa-fatwa ulama mazhab yang dimaksudkan dalam hal ini. Ini sudah tentu membantu dan memudahkan masyarkat awam dalam membuat semakkan. Di antara fatwa-fatwa yang dihimpunkan dalam risalah ini adalah dari fatwa milik Imam Al-Baihaqi, Al-'Izz Abdis Salam, Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Imam Adzra'i, pengarang kitab Fathul Mu'in dan juga penyusun kitab I'anatuth Thalibin, dan beberapa yang lainnya termasuk Imam Asy-Syafi'i sendiri. Himpunan fatwa ini antaranya sebagai rangka membantu membuka mata masyarakat awam tentang hakikat sebenar salah satu daripada adab-adab dalam berdzikir yang telah mula dilupakan.

Sekaligus, buku kecil ini juga mengajak masyarakat agar sentiasa menuntut ilmu dengan benar dan tidak hanya sekadar bertaqlid buta dan ikut membuta-tuli setiap apa yang disandarkan atas nama agama. Sedangkan agama itu diamalkan adalah berdasarkan wahyu, iaitu dalil-dalil daripada Al-Qur'an dan hadis-hadis yang maqbul. Bukan sekadar hanya ikut ustaz A mahupun ustaz B tanpa semakkan, seakan-akan setiap perkataan yang keluar dari mulut sang ustaz adalah wahyu yang wajib diterima dan tiada salahnya.

Jumlah Muka Surat:
66 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

572 - 40 Karekteristik Mereka Yang Dicintai Allah

40 Karekteristik Mereka Yang Dicintai Allah

Judul Buku:
40 Karekteristik Mereka Yang Dicintai Allah
Judul Asal: Ahbabullah

Penulis:
Syaikh 'Abdul 'Azhim Badawi

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM70

Berat Buku:
1.3g

Keterangan Kandungan:

Cinta Allah kepada hamba adalah sebuah kurniaan yang tidak mampu diukur nilainya melainkan oleh orang-orang yang mengenal Allah dnegan benar. Dan cinta Allah kepada para hamba merupakan salah satu sifat dari sifat-sifat-Nya yang wajib ditetapkan dan diimani.

Sebaliknya, cinta hamba kepada Rabb-nya adalah suatu kenikmatan bagi hamba itu sendiri. Tidak dapat dirasakan nikmatnya kecuali oleh orang-orang yang telah mengecap nikmatnya Iman. Dan hukumnya fardhu ain bagi setiap makhluk, kerana ia merupakan manifestasi dari tauhid itu sendiri. Oleh kerana itu, seorang Mukmin yang mencintai Allah tidak boleh mencintai sesuatu yang dibenci oleh Allah, siapa pun dia dan apapun ia.
Buku Syaikh Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi ini memaparkan kepada Anda tentang 40 karekteristik kekasih Allah. Setiap perbahasan yang terpahat di dalamnya ini adalah sebahagian dari hasil jerih payah penulis dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Qur`an dan hadis-hadis Nabawi yang berkaitan dengan kecintaan Allah terhadap para hamba-Nya, cara dan faktor-faktor untuk mendapatkannya, dan kesan-kesan positifnya dalam kehidupan sehari-hari yang semuanya dikemas dalam bahasa yang mudah dan menakjubkan.

Di antara karektor yang menjadikan seseorang hamba itu dicintai Allah adalah sentiasa melazimi taubat, sentiasa menyucikan diri, sentiasa berbuat kebaikan, sentiasa berusaha mengitui syari'at, penyabar, bertaqwa, bertawakkal, berlaku adil, berjihad di dajalan Allah, orang yang kuat, orang yang memberi manfaat, orang yang berbakti kepada kedua ibu dan bapanya, orang yang mencintai para sahabat Rasul, orang yang pemurah, orang yang menjaga perhubungan, orang yang mudah memaafkan, dan banyak lagi lainnya. Setiap karektor ini dibahaskan oleh penulis dengan ilmiyah, tuntas, dan mudah difahami. Setiap perbahasan dikuatkan dengan dalil-dalil yang jelas. Sehingga kita merasa seronok membacanya lalu berusaha untuk berkarektor sebagaimana dibentangkan, insyaAllah.

Di antara keistimewaan lain dari buku ini adalah cantuman rujukan pada nota kaki dan darjat hadis yang dihimpunkan, sehingga para pembaca terhindar dari pengamalan hadis-hadis yang meragukan, dha'if, dan maudhu'. Dan pada akhir perbahasan buku ini, beliau memberikan tip-tip bagaimana meraih Syurga dengan cara yang baik dan benar. Syurga itu adalah sebuah tempat yang di dalamnya terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terbetik dalam hati. Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba meraih cinta Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya.

Jumlah Muka Surat:
518 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

571 - Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi

Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi

Judul Buku:
Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi

Penulis:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Al-Jibrin rahimahullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:

RM5

Berat Buku:

50g

Keterangan Kandungan:
1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan tatacara wudhu' dan solat secara sempurna berpandukan al-Qur'an dan sunnah. Dengannya kita mengetahui praktis solat yang paling tepat sebagaimana solatnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

2 - Buku poket ini dimulakan dengan praktik wudhu' yang benar, kemudian bimbingan solat yang benar dari takbir, niat, qiyam, dan lain-lain sehingga salam. Buku ini dilengkapi juga dengan dzikir-dzikir yang sunnah dibaca setelah selesai solat.

3 - Sesuai untuk dijadikan sebagai buku hadiah dan edaran kepada anak-anak dan individu mahupun kelompok umum yang baru hendak mula mengenali persoalan tatacara solat. Sesuai juga untuk sebaran umum atas alasan dakwah koreksi (memperbaiki) tatacara solat kita bersama.

4 - Ia disusun dengan ringkas dan mudah difahami. Gambar-gambar berkaitan praktik wudhu' dan solat juga turut disertakan bagi membantu kefahaman.

Jumlah Muka Surat:
76 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

570 - Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 5 (Kitab Tafsir)

Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 5 (Kitab Tafsir)

Judul Buku:
Al-Mustadrak Karya Al-Hakim Jilid 5 (Kitab Tafsir)
Judul Asal: al-Mustadrak 'ala ash-Shahihain li al-Hakim

Penulis:
al-Hafiz Abu 'Abdillah Muhammad B. 'Abdullah al-Hakim an-Naisaburi (Wafat: 405H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM120

Berat Buku:
1.2kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah sebuah buku di antara deretan kitab-kitab hadis. Kitab yang berjudul al-Mustadrak ini memuatkan hadis-hadis sahih berdasarkan penilaian Imam al-Hakim yang tidak terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim. Ia disusun oleh al-Hafiz Imam al-Hakim (Wafat: 405H).

Imam al-Hakim berusaha menyusunnya berdasarkan kriteria sahih al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduanya, atau berdasarkan ijtihadnya. Walau bagaimanapun, peniaian sahih hadis-hadis dalam kitab al-Mustadrak al-Hakim ini sebenarnya masih memerlukan penelitian semula kerana di dalamnya terdapat banyak hadis-hadis yang disangka sahih tetapi sebaliknya amat bertentangan sekali. Oleh sebab itulah antaranya Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) dan beberapa kalangan ulama hadis lainnya tampil memberi penilaian semula terhadap hadis-hadis yang disahihkan oleh al-Hakim ini.

Kitab yang diterjemahkan ini adalah kitab al-Mustadrak karya al-Hakim yang di dalamnya turut disertakan sekali komentar dan tahqiq hadis oleh Imam al-Hafiz adz-Dzahabi, al Hafiz al-'Iraqi, al-Munawi, dan beberapa ulama hadis lainnya. Ini adalah bagi memastikan setiap hadis yang cuba disampaikan melalui kitab ini menjadi lebih jelas status dan kedudukannya sama ada sahih, hasan, dhaif, atau maudhu'.

Semoga dengan hadirnya hasil terjemahan kitab al-Mustadrak al-Hakim ini akan memperkayakan lagi khazanah ilmu pengetahuan masyarakat dalam bidang hadis. Semoga ia membantu perkembangan yang posistif ilmu-ilmu Islam (terutamanya dalam soal hadis) di tanah air kita ini. Di samping itu, kitab ini juga tampil sebagai alternatif dan penjelasan terhadap banyak hadis-hadis yang sebelum ini tidak diketahui atau diragui status kesahihan atau kelemahannya. Atau bahkan yang disalah fahami yang dianggap sama ada sahih atau dhaif, tetapi rupanya adalah sebaliknya. Maka, penjelasan status hadis yang dibawa melalui buku ini mampu menjadi sebagai sebuah pencerahan yang positif, insyaAllah. Agar kita lebih yakin dan terbuka dalam menerima sesebuah hadis.

Jilid ke-5 ini memaparkan hadis-hadis berkaitan perbahasan Tafsir ayat-ayat al-Qur'an.

Jumlah Muka Surat:
898 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

569 - Kubur Yang Menanti; Tips Menyelamatkan Diri Dari Siksa Kubur

Kubur Yang Menanti
Tips Menyelamatkan Diri Dari Siksa Kubur

Judul Buku:
Kubur Yang Menanti; Tips Menyelamatkan Diri Dari Siksa Kubur
Judul Asal: Al-Qabru 'Adzabul Qabri... wa Na'iimul Qabri

Penulis:
Syaikh Asyraf B. 'Abdirrahman

Penerbit:
Pustaka Ibnu Katsir

Harga:
RM12

Berat Buku:
0.3kg

Keterangan Kandungan:

Kubur merupakan sesuatu yang pasti. Setiap manusia pasti akan mengalami kehidupan di dalamnya. Kubur merupakan awal persinggahan dari kehidupan akhirat yang panjang dan kekal tak berpenghujung. Dan kubur adalah medan yang menjadi ujian pertama bagi manusia pada pasca kematiannya.

Cubalah renungkan, bahawa anda bila tiba masanya pasti akan mati. Kemudian anda dimandikan, dikafani, disolatkan, dan akhirnya dihantar oleh keluarga, kerabat, dan sahabat anda ke tanah perkuburan. Di sana anda dimasukkan ke liang kubur yang sempit, lalu perlahan-lahan mereka mula menimbus tubuh anda dengan tanah hingga kubur anda tertutup rapat. Setelah itu satu persatu mereka pergi meninggalkan anda. Dan tinggallah anda seorang diri hanya berteman gelap dan sepi.

Dari sinilah perjalanan kebahagiaan yang kekal atau kesengsaraan yang abadi akan bermula. Di-awali dengan datangnya dua orang malaikat yang menyampaikan beberapa pertanyaan. Tidak ada yang dapat menolong anda melainkan keimanan, amal kebaikan, dan do’a yang selalu anda panjatkan kepada Allah. Kerananya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam selalu berdo’a dan memohon perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, pada setiap tasyahhud akhir di penghujung solatnya.

Kerana itu, persiapkanlah diri kita ini untuk menghadapi ujian yang maha berat tersebut dengan membaca buku ini, memahaminya, mengambil manfaat darinya, dan mempraktikkan isinya. Insya Allah anda dapat menghadapinya dengan mudah dan menjalani kehidupan alam kubur anda dengan bahagia. Kerana apa yang dibentangkan oleh penulis melalui buku ini adalah sekitar keimanan akan kepastian datangnya alam kubur, sebab-sebab mendapat nikmat atau adzab kubur, sebab-sebab yang menyelamatkan seseorang hamba dari adzab kubur, di samping perbahasan-perbahasan lainnya seperti adab menziarahi kubur, dan hal-hal yang bermanfaat bagi si mati. Setiap kandungan yang dibahaskan, pasti akan dibentangkan sama dalil-dalilnya yang sahih sebagai pendukung.

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan siksa api Neraka.

Jumlah Muka Surat:
190 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

568 - Wajah-wajah Tersembunyi Gerakan Ikhwan Al-Muslimin

Wajah-wajah Tersembunyi Gerakan Ikhwan Al-Muslimin

Judul Buku:
Wajah-wajah Tersembunyi Gerakan Ikhwan Al-Muslimin
Judul Asal: Al-Ikhwan Al-Muslimin Al-Wajh Al-Aakhr

Penulis:
Syaikh Abu Ammar Ali Al-Huzaifi

Penerbit:
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan

Harga:
RM7

Berat Buku:
180g

Keterangan Kandungan:

Buku ini adalah sebuah kajian yang menjelaskan keadaan sebenar gerakkan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan Al-Banna dan didukung kuat oleh tokoh-tokoh besar lainnya seperti Sayyid Quthub, 'Umar at-Tilmisani, Said Hawwa, Hasan Hudhaibi, serta para pendukung mereka yang lainnya termasuk Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini memberi fokus kepada kajian pembongkaran ilmiyah tentang wajah sebenar gerakkan Ikhwanul Muslimin. Ia bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya dakwah mereka penuh dengan kesesatan, penyimpangan, dan penuh semangat pemberontakkan.

Mereka hakikatnya tidak mengajak masyarakat kepada Islam yang sahih, sebaliknya mereka mengajak kepada kepelbagaian firqah menyimpang atas nama toleransi. Sebab itu tidak hairan sekiranya dapat kita temui dari kalangan mereka ideologi khawarij, murji'ah, liberal, muktazilah, dan malah syi'ah rafidhah serta orang-orang kafir dari kalangan Yahudi dan selainnya. Mereka tidak memiliki manhaj agama yang baku, sebaliknya pendirian mereka tidak memiliki ketetapan di atas tunjang yang benar. Mereka mampu menjadi apa sahaja demi mengucar-kacirkan dunia dakwah Islam ahli sunnah wal-jama'ah.

Sebab itulah tidak kita temui dari kalangan mereka mengajak manusia kepada mazhab dan kitab-kitab aqidah yang benar sebagaimana aqidah yang dipegang oleh para pendahulu kita dari kalangan sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Tidak juga kita temui mereka mengajak kita mencontohi dan menekuni prinsip-prinsip para imam ahli sunnah lainnya seperti Imam Malik, Asy-Syafi'i, Ahmad B. Hanbal, al-Barbahari, Al-Muzanni, Al-Buwaithi, Ibnu Ma'in, Adz-Dzahabi, Ibnu Taimiyah, dan yang seangkatan dengannya. Tidak juga kita temui mereka mengajak mengenali, menekuni dan mendalami kitab-kitab hadis dengan benar dari karya susunan Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan seterusnya.

Sebaliknya pasti dengan pantas dapat kita temui, mereka mengajak kepada mengidolakan tokoh-tokoh mereka sendiri dan tok-tok guru mereka sahaja dari kalangan al-Ikhwan Al-Muslimin! Lalu dengan mendalami fikrah tokoh-tokoh tersebut, menjadilah pula dari kalangan yang memiliki jiwa suka memberontak dan tidak ketahuan hala. Akhirnya dunia Islam menjadi kacau-bilau. Ini jelas dapat dilihat dengan halalnya fatwa bom berani mati, halalnya membunuh pemerintah yang masih Islam, halalnya memberontak terhadap pemerintah Islam, halalnya demonstrasi di sana-sini, halal kafir-mengkafir dan sesat menyesatkan, halalnya bekerjasama dengan musuh Islam atas alasan melawan pemerintah, memburuk-burukkan sahabat Nabi, mengiktiraf syi'ah rafidhah, halalnya bertawaf di kuburan, halalnya bersahabat dengan kaum Yahudi, halalnya meminta-minta jawatan, menolak aqidah tentang kepercayaan akan munculnya dajjal dan imam mahdi, menolak hadis ahad dalam perkara aqidah, dan banyak lagi penyimpangan-penyimpangan lainnya termasuk suka mengeluarkan fatwa-fatwa aneh lagi menyesatkan yang jauh dari petunjuk Al-Qur'an dan as-Sunnah. Tetapi sayang lagi mengerikan, mereka mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat, lalu mereka mendakwa bahawa merekalah parti Islam sebenar yang ingin menegakkan Islam dan daulah Islamiyah!

Inilah dusta dan kebohongan sandiwara yang sedang dan sentiasa mereka pentaskan di seantero dunia dan media massa.

InsyaAllah sebahagian darinya atau lebih dari itu telah dibongkar melalui buku ini berserta dengan pencerahannya. Maka, berwaspadalah dengan makar dan tipu daya dakyah kelompok Ikhwanul Muslimin. Sebaliknya, kembalilah kepada aqidah yang benar yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah, para tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para imam-imam terdahulu khususnya sebagaimana disebutkan. Semoga allah menyelamatkan kita semua dari fitnah syahwat dan syubhat. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa memberikan pentunjuk-Nya buat kita semua.

Jumlah Muka Surat:
86 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

567 - Sejarah Hidup Nabi Muhammad dan Para Sahabat

Sejarah Hidup Nabi Muhammad dan Para Sahabat

Judul Buku:
Sejarah Hidup Nabi Muhammad dan Para Sahabat
Judul Asal: Jaami'us Siirah

Penulis:
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

Penerbit:
Daar An-Naba'

Harga:
RM60

Berat Buku:
900g

Keterangan Kandungan:

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam yang telah meng-anugerahkan nikmat-Nya dengan mengutuskan manusia agung dan Rasul yang mulia, Muhammad Shalallahu alaihi wa Sallam. Beliau membawa risalah Islam sebagai pedoman hidup agar kita semua selamat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam dan iman adalah nikmat yang paling agung melebihi seluruh nikmat. Menjadikan Nabi Shalallahu alaihi wa Sallam sebagai suri tauladan dan ikutan memiliki hubungan yang sangat erat dengan keislaman dan keimanan seorang muslim. Kerana dengan mengetahui perjalanan hidup beliau, keislamannya akan semakin sempurna dan keimanannya kepada beliau akan semakin bertambah mantap.

Dengan mengenal keperibadian beliau yang agung dan akhlak beliau yang mulia, yang merupakan manifestasi dari ajaran al-Qur’an al-Karim, menjadikan seseorang tahu bahawa memang beliau-lah orang paling baik untuk diikuti.

Membaca kisah perjalanan hidup beliau, akan terasa lebih nikmat apabila diiringi dengan kisah-kisah para sahabat beliau yang mulia, yang sentiasa membela Rasul Shalallahu 'alaihi wa Sallam dan rela mati demi menegaknya Islam di bumi ini. Dengan membaca, menelaah, dan menghayatinya, diharapkan mampu mengurangi kesan negatif dari keperibadian diri kita selaku manusia yang banyak kelemahan yang jauh pula dari al-Qur’an dan as-Sunnah akibat kerap-kali disuguhkan dengan cerita-cerita dan kisah-kisah dari tokoh-tokoh yang jauh dari nilai-nilai Islam.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama besar yang tidak asing, iaitu Al-Hafiz Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah. Beliau mengajak kita mengenal Nabi kita Muhammad dengan lebih dalam, dan lebih cermat tentang kisah-kisah perjalanan hidup sang pembawa risalah bersama-sama para sahabatnya. Ibnul Qayyim juga turut mempersembahkan nilai akhlak dan prinsip-prinsip Islam yang terhurai di sepanjang kehidupan Rasulullah bersama-sama para sahabatnya.