Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, August 30, 2012

607 - Habbatus Sauda Kapsul Minyak al-Hijaz

Habbatus Sauda Kapsul Minyak al-Hijaz


Item:
Habbatus Sauda Kapsul Minyak al-Hijaz

Pengeluar:
al-Hijaz

Jenama:
Zait Saudana Al-Hijaz

Harga:
RM56 sebotol

Berat Item:
200g
0.55ml x 200 kapsul

Keterangan Kandungan:

Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan hasil produk herba yang dianjurkan oleh sunnah.

Habbatus sauda' ini adalah sejenis bunga herba yang terdapat dan tumbuh subur di kawasan-kawasan mediteranian atau gurun, iaitu di sekitar wilayah-wilayah timur tengah dan asia barat. Ia adalah herba yang sangat terkenal sejak zaman dahulu kala, malah diamalkan oleh generasi arab di zaman Nabi dan mendapat pula rekomendasi dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Mengamalkan memakan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh.

Seiiring dengan kemajuan serta perkembangan kajian dan teknologi hari ini, kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah pun hadir dalam bentuk kapsul minyaknya yang lebih mudah diambil dan cepat dihadamkan. Sekaligus mampu memberi kesan dan aliran dalam badan yang lebih pantas. Para pengamal makanan herba seperti habbatus sauda ini juga khususnya, insyaAllah tidak perlu lagi risau dan bimbang dengan rasa pahit dan kelat yang terdapat padanya. Kerana ia telah hadir sedia dimakan dalam bentuk yang lebih mudah, iaitu dalam bentuk kapsul. Malah lebih dari itu, ia adalah dalam bentuk cecair yang cepat hadam.

Lebih-lebih lagi, sebahagian besar khasiat habbatus sauda ini memang terletak pada partinya yang mampu dikeluarkan dalam bentuk minyak ini.

Minyak Habbatus Sauda ini, selain diamalkan dengan cara makan, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai minyak sapuan untuk luka-luka ringan pada kulit atau tubuh.

Bagi set ini, setiap kapsul mengandungi 0.55ml minyak habbatus sauda. Setiap botol mengandungi 200 kapsul. Di dalam hadis Nabi disebutkan:

"Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda mengandungi penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, kecuali mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Kuantiti:
0.55ml x 200kapsul

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

606 - Belajar Ilmu Tajwid & Baca Al-Qur'an

Belajar Ilmu Tajwid & Baca Al-Qur'an
Metode Asy-Syafi'i Cara Praktis Baca Al-Qur'an & Ilmu Tajwid Praktis


Judul Buku:
Belajar Ilmu Tajwid & Baca Al-Qur'an

Penulis:
Abu Ya'la Kurnaedi & Nizar Sa'ad Jabal

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Harga:
RM7

Berat Buku:
0.3kg

Keterangan Kandungan:

Abu Ya'la Kurnaedi & Nizar Sa'Pada awalnya pada tahun 2008, buku ini berupa silibus panduan praktis belajar membaca al-Qur'an dan ilmu tajwid yang diterapkan di Ma'had Imam asy-Syafi'i (Jakarta). Silibus pembelajaran tersebut sengaja disusun dengan pendekatan praktikal yang mudah dan ringkas.

Dalam pemerhatian dan penelitian serta latihan selama dua tahun tersebut, kami melakukan beberapa bentuk perubahan penambah-baikan pada beberapa tempat sama ada dari sudut penyampaian, bahasa, penerangan, serta metode penulisan sehingga ia mampu menjadi sebuah metode pembelajaran yang mudah untuk dipelajari dan difahami.

Alhamdulillah hasil dari penelitian dan pemantauan selama dua tahun tersebut, hasil yang kami capai adalah memuaskan.

Memandangkan metode ini adalah bagi tujuan pengajaran dan silibus pengajian di Ma'had asy-Syafi'i, maka kami beri judul buku ini dengan Metode Asy-Syafi'i.

Buku ini asalnya kami cetak dan terbitkan menjadi dua bahagian iaitu buku untuk kelas iqra' (membaca) dan buku untuk kelas gabungan membaca dan ilmu tajwid.

Kami mencadangkan agar buku ini turut menjadi bahan silibus dan panduan pengajian bagi lain-lain kalangan umat Islam di luar sana. Dan sebaik-baiknya ia dipelajari bersama bimbingan seorang guru. agar kesan dan hasilnya akan lebih efektif lagi positif, insyaAllah.

Semoga buku ini memberi manfaat yang besar dan mampu mendorong umat Islam umumnya untuk bersemangat mempelajari membaca al-Qur'an dengan benar dan tepat sebagaimana yang sepatutnya.

Jumlah Muka Surat:
136 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

605 - Kita-kiat Membahagiakan Isteri Menjadi Suami Idaman

Kiat-kiat Membahagiakan Isteri Menjadi Suami Idaman


Judul Buku:Kiat-kiat Membahagiakan Isteri Menjadi Suami Idaman

Penulis:
Firanda Andirja Abidin

Penerbit:
Nashirus Sunnah

Harga:RM21

Berat Buku:300g

Keterangan Kandungan:

Kehidupan rumah tangga yang penuh kemesraan dan kebahagiaan, ketenteraman jasmani, dan ketenangan rohani adalah dambaan setiap orang. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerja sama dan persefahaman amat diperlukan di antara satu sama lain, suami dan isteri. Ini semua tidak dapat tidak, mestilah dicapai dengan penguasaan ilmu-ilmu agama yang benar dan pengamalan sunnah-sunnah yang mulia pada tempatnya.

Bagi seorang suami, sudah tentu ia menginginkan isteri yang solehah, dan demikian juga bagi seorang isteri sudah tentu ia mahukan suami yang soleh. Paduan di antara dua bentuk karektor ini insyaAllah mampu membentuk suasana yang baik dalam membina sebuah kebahagian dalam berkeluarga. Dan ini tidak dapat tidak, mestilah dibentuk dengan ilmu dan pengetahuan yang benar dan tepat pada tempatnya.

Rumah tangga yang bahagia sudah tentu tidak hanya bergerak statik tanpa gurau dan canda. Juga tidak akan tenang tanpa diisi dengan kasih-sayang. Namun, bagaimanakah agaknya canda dan cinta yang dipraktikkan oleh Rasulullah dalam berkeluarga? Ini adalah antara perbahasan yang akan dapat kita perhalusi melalui buku ini.

Umumnya, buku ini difokuskan kepada perbahasan tentang bagaimana usaha untuk menjadi suami sejati. Suami yang didambakan setiap insan bernama isteri dan suami yang diimpikan oleh setiap wanita. Keberadaan suami sejati yang menjalankan kewajiban-kewajibannya merupakan sebab utama menefestasi kehidupan berumah-tangga yag romantis.

Seorang suami harus bijak bagaimana mengendalikan bahtera hidup bekerluarga bersesuaian dengan syari'at Islam. Sebagai contoh, seorang suami sudah tentu ingin isterinya sentiasa berpenampilan menarik di hadapannya di samping masih banyak keinginan-keinginan yang lainnya. Tetapi sayang, di sisi lain dia sendiri tidak memperhatikan penampilannya ketika berhadapan dengan isterinya, tidak mahu mengalah di hadapan isterinya seakan-akan jika ia telah memberi nafkah kepada isterinya bererti telah selesai pula tugasnya.

Adakah demikian contoh tauladan yang ditunjukkan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sebagai seorang suami? Adakah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Salam yang sangat disibukkan dengan urusan dakwah dan urusan negara mengabaikan para isterinya?

Wahai para suami, renungkanlah sabda dan nasihat Rasulullah; Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam berikut ini:

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku. (Sunan at-Tirmidzi, no. 3895)

Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda:

“Orang yang paling sempurna imannya di antara kaum mukminin adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." (Sunan at-Tirmidzi, no. 1162). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:246 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

604 - Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari

Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari
Himpunan Fatwa-fatwa Syaikh al-'Utsaimin


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari
Judul Asal: Al-Fataawaa al-Muhimmah

Penulis:
Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id

Penerbit:
Pustaka Qoba'il

Harga:
RM140

Berat Buku:
2.7kg

Keterangan Kandungan:

Secara umum dan ringkasnya, buku ini memuatkan dan menghimpunkan fatwa-fatwa berkaitan kepelbagaian permasalahan seharian oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Himpunanan fatwa-fatwa ini dikumpulkan dan dibukukan oleh Syaikh Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id. Fatwa-fatwa yang dibukukan ini merangkumi pelbagai permasalahan bermula dari isu-isu aqidah, iman, tauhid, perkara-perkara syirik, khurafat, kemudian asas-asas fiqh seperti thaharah, solat, puasa, zakat, sampailah kepada isu-isu rumit dan mu'amalah seharian. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid lengkap

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

603 - Khawarij dan Syi'ah Dalam Timbangan Ahlus Sunnah

Khawarij dan Syi'ah Dalam Timbangan Ahlus Sunnah


Judul Buku:
Khawarij dan Syi'ah Dalam Timbangan Ahlus Sunnah
Judul Asal: Fikr al-Khawarij wasy Syi'ah fii Miizaan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah

Penulis:
Prof. Dr. 'Ali B. Muhammad ash-Shallabi

Penerbit:
Pustaka Al-Kautsar

Harga:
RM48

Berat Buku:
0.7kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah salah buku yang memiliki perbahasan tuntas tentang dua buah kelompok sesat yang lahir dalam sejarah Islam. Iaitu kelompok Khawarij dan Syi'ah. Pada fasa pertama buku ini, penulis berusaha keras dengan sumber-sumber yang autentik dan kredibel menjelaskan sekitar latar belakang, sejarah, bahaya, dan karektor-karektor utama dua kelompok sesat ini terbesar ini.

Antaranya, penulis bahaskan dan bentangkan sejarah dan perkembangan kemunculan firqah al-Khawarij ini yang merupakan antara kelompok sesat ahli bid'ah yang paling pertama dan awal sekali muncul dalam sejarah perkembangan Islam. Dari firqah Khawarij inilah kemudian munculnya firqah-firqah lainnya termasuk Syi'ah yang turut sama penulis bahaskan dalam buku ini.

Antara lain yang penulis bahaskan dalam skop khawarij adalah tentang hadis-hadis khusus dan umum tentang khawarij. Di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri telah mengisyatakan akan munculnya kelompok atau firqah sesat ini. Kemudian penulis bahaskan sekitar kemunculan khawarij secara terang-terangan di zaman 'Ali dan perdebatan 'Abdullah Ibn 'Abbas dengan kelompok tersebut.

Penulis juga turut mengemukakan dialog-dialog yang berlaku di antara khalifah 'Ali B. Abu Thalib dengan kelompok khawarij di masanya sehingga tercetusnya peperangan, pemberontakan, dan huru-hara. Kemudian dijelaskan pula sikap umat Islam, para ulama (para sahabat), dan khalifah 'Ali sendiri terhadap mereka pada ketika itu.

Kemudian, penulis jelaskan pula sifat-sifat dan karektor-karektor utama kelompok khawarij yang antaranya suka berlebih-lebihan dalam agama, ekstreme, jahil terhadap agama, memandai-mandai membuat tafsiran terhadap al-Qur'an, mengabaikan tafsiran para sahabat Nabi terhadap al-Qur'an, meninggalkan ketaatan terhadap pemerintah, mengkafirkan pelaku dosa, memerangi dan menghalalkan darah kaum muslimin terutamanya darah pemerintah, suka membuat provokasi dan kekacauan, bermudah-mudah dalam menyesatkan umat Islam, berburuk sangka, bersikap keras terhadap umat Islam dan bersikap lunak terhadap para penyembah berhala.

Semua ini penulis bahaskan bersama-sama dengan dalil dan bukti-bukti sejarah. Kemudian penulis kemukakan bantahan-bantahan ilmiyah terhadapnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Setelah itu, penulis kupas dan bongkar pula gerakan-gerakan khawarij yang berlaku di zaman moden. Yang mana mereka ini terbahagi kepada banyak kumpulan tetapi dengan ideologi dan fahaman yang saling tidak tumpah dengan karektor nenek-moyang mereka. Maka, ikutilah perbahasan demi perbahasan yang penuh mendebarkan lagi mengejutkan tentang sikap sebenar khawarij ini. Kerana pemikrian mereka memang sedang banyak tersebar di sekeliling kita pada hari ini.

Sepintas lalu tentang khawarij dan salah satu karektor utamanya

Mengusik kehormatan dan kredibiliti pemerintah dengan cara memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan mengkritik mereka secara terbuka adalah satu bentuk kesalahan yang amat besar di sisi Islam. Bahkan ia termasuk benih-benih pemberontakkan terhadap pemerintah yang menjadi sebab rosaknya agama, tergugatnya keamanan, dan menghilangnya kemaslahatan dunia sekaligus.

Perbuatan mengecam dan memburuk-burukkan pemerintah adalah satu bentuk bid’ah yang sengaja diada-adakan dalam perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar. Ia mula dicipta oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura memeluk Islam ketika zaman pemerintahan Khalifah ‘Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Disebabkan fitnah yang direka dan disebarkan oleh ‘Abdullah B. Saba’ inilah akhirnya sejarah Islam menjadi kacau-bilau sehingga terbunuhnya ‘Utsman dan ‘Ali.

Ideologi yang beliau cetuskan tersebut kemudian tersebar hingga meracuni dan memperdaya sebahagian kelompok umat Islam ketika itu. Keadaan ini mengakibatkan munculnya firqah-firqah sesat seperti Khawarij dan syi’ah, seterusnya dari Khawarij lahir pula Murji’ah, Qadariyah, dan Muktazilah.

Lebih awal dari itu, pemikiran mencela pemimpin secara terbuka ini juga telah wujud sejak hayat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi. Bahkan celaan tersebut diungkapkan terus kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tanpa segan-silu di hadapan umum. Orang yang mencela Rasulullah tersebut dikenali sebagai Dzul Khuwaishirah sebagaimana kata Imam Ibnul Jauzi rahimahullah.

Beliau menuntut serta menggertak Rasulullah supaya berlaku adil dan bertaqwa kepada Allah kerana pada anggapannya Rasulullah telah berlaku khianat dalam suatu proses pembahagian harta ghanimah ketika itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada ketika itu pun marah dengan celaannya lalu mengatakan:

“Celakalah engkau, siapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil? Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3610)

Kemudian orang tersebut pun berlalu pergi.

Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi, Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu):

“Sesungguhnya daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca al-Qur’an tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas Islam sebagaimana anak panah menembusi tubuh buruannya. Mereka membunuh ahlul Islam dan membiarkan hidup ahlul Autsan (penyembah berhala). Jika aku sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana dibunuhnya kaum ‘Aad.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7432)

Ketika membahaskan hadis-hadis ini dan yang berkaitan, Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) pun mengatakan, “Dzul Khuwaishirah adalah tokoh khawarij yang pertama sekali muncul dalam sejarah Islam. Ia menganggap dirinya dalam kebenaran berdasarkan sangkaannya semata-mata.

Dia tidak memahami bahawa pendapat Rasulullah-lah yang perlu diutamakan dan didahulukan berbanding segala pandangan yang lain. Kemudian daripada Dzul Khuwaishirah ini lahir pula kelompok yang memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu.” (Talbis Iblis, m/s. 81-82 – Maktabah Syamilah)

Fitnah-fitnah pemisahan dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali tersebut pun akhirnya mengobarkan api kebencian dan pemberontakan. Termasuk di dalamnya adalah fitnah perang Jamal dan Siffin yang mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri akibat diapi-apikan oleh kelompok ketiga berideologikan khawarij.

Pada sela-sela masa seterusnya muncullah tokoh-tokoh khawarij lainnya mewarisi ideologi dua tokoh utama mereka ini (Dzul Khuwaishirah dan ‘Abdullah B. Saba’). Antaranya adalah seperti ‘Abdullah B. Muljam yang telah membunuh ‘Ali radhiyallahu ‘anhu ketika sedang keluar untuk solat Subuh dengan pedang yang disapu racun. Manakala sekutu ‘Abdullah B. Muljam iaitu al-Barak B. ‘Abdullah dan Amr B. Bakar at-Tamimi yang merancang membunuh Mu’awiyah B. Abu Sufyan dan Amr B. Al-‘Ash. ‘Abdullah B. Muljam adalah seorang yang kuat beribadah dan hebat bacaan al-Qur’annya, namun sayang manhaj berfikirnya menyimpang dari methodologi para sahabat dalam memahami nash-nash agama.

Di zaman al-Hasan B. ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma, ketika beliau hendak melaksanakan perdamaian dan menyerahkan pemerintahan kepada Mu’awiyah B. Abu Sufyan, muncul pula tokoh bernama al-Jarrah B. Sinan. Beliau tampil mencela al-Hasan dan Ayahnya ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. Tanpa teragak-agak, al-Hasan pun membunuhnya.

Setelah fasa pemerintahan ‘Ali hingga Mu’awiyah B. Abu Sufyan, muncul pula nama Mirdas B. Udayyah dan Nafi’ B. Al-Azraq. Mirdas B. Udayyah adalah tokoh yang lahir dari serpihan pemberontak di zaman ‘Ali radhiyallahu ‘anhu yang kemudiannya memimpin pemberontakkan menentang pemerintahan Yazid B. Mu’awiyah. Di antara sikap beliau adalah suka mencari-cari kesalahan pemimpin dan mencanangnya untuk memburuk-burukkan.

Ziyad B. Kusaib menceritakan:

Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu ‘Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, “Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!”

Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, no. 2224. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya. Al-Albani menilai sahih dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi)

Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)

Kisah-kisah berkaitan kekacauan akibat fitnah ideologi khawarij ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan ia terus berlangsung seiring dengan beredarnya zaman. Termasuklah zaman kita hari ini.

Di antara syi’ar utama kelompok khawarij ini adalah mereka sentiasa berusaha mengambil kesempatan di atas kelemahan para pemerintah umat Islam bagi tujuan memisahkan diri dari ketaatan terhadap kepimpinannya dan berhajat mengambil alih tampuk kuasa tersebut dengan apa jua cara walapun jelas dilarang oleh agama.

Mereka menganggap perbuatan memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah sebagai salah satu bentuk sarana amar ma’ruf nahi mungkar dan termasuk amalan jihad yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Selain itu, mereka juga dikenali memiliki keyakinan (fahaman) bahawa sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar adalah kafir. Walaupun adakalanya penetapan dosa tersebut hanya pada andaian mereka semata-mata. Mereka juga terkenal dengan sikap terburu-buru dalam menyesat dan mengkafirkan umat Islam atas alasan dosa besar.

Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

“Dan sesiapa yang keluar dari ketaatan terhadap para pemerintah umat Islam maka mereka termasuk golongan khawarij. Mereka bertindak memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menentang sunnah. Sekiranya mereka mati, matinya adalah mati jahiliyyah. Tidak boleh mengangkat senjata memberontak (atau memerangi) pemerintah dan tidak boleh keluar dari ketaatan terhadapnya walaupun pemimpin tersebut seorang yang jahat.” (Syarhus Sunnah, no. 33)

Para ulama ahli sunnah menjelaskan pemberontakan terhadap pemerintah yang paling ringan adalah memusuhi dengan hati, kemudian celaan atau hasutan kebencian dengan lisan, dan yang paling berat adalah dengan tangan dan senjata. Menurut Imam asy-Syahrastani rahimahullah (Wafat: 548H) dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal, pemerintah dalam persoalan ini tidak terhad kepada zaman ketika Khulafa’ al-Rasyidin atau tabi’in semata-mata, tetapi juga termasuk para pemerintah umat Islam di setiap zaman. Sama ada pemerintah yang adil, zalim, mahupun yang fasiq. Ini sebagaimana kata beliau:

“Al-Khawarij, al-Murji’ah, dan al-Wa’idiyyah digunakan untuk menyebut semua kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah yang sah dan diperakui oleh jama’ah (majoriti) umat Islam. Istilah khawarij digunakan untuk menyebut kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan dan tidak mengakui keabsahan pemerintah yang dilantik sama ada pada zaman para sahabat, khulafa’ur Rasyidin, tabi’in, atau pada masa setelah itu di setiap zaman.” (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma’rifah)

Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menegaskan bahawa khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca al-Qur’an, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami nash-nash agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyeleweng lagi mengikuti hawa nafsu. Kata beliau:

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya.

Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan.

Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)

Kemudian beliau memberikan satu peringatan tegas untuk kita semua dengan katanya:

“Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan supaya tidak berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang).

Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)

Bibit-bibit pemisahan diri dari ketaatan terhadap pemerintah biasanya bermula dengan perasaan iri dan dengki di dalam hati. Kemudian dengan provokasi kebencian melalui lisan mahupun tulisan.

Ini akan mengakibatkan fitnah yang lebih besar lagi seperti perselisihan, pertengakaran, kebencian, kemarahan, dan perpecahan. Sehingga akhirnya akan mengakibatkan sikap anti pemerintah dan mungkin pergolakkan di kalangan rakyat untuk menuntut revolusi. Akhirnya mungkin akan membawa kepada pertembungan di antara rakyat dengan pemerintah.

Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman awal Islam, tetapi terus berlarutan di setiap zaman. Termasuk yang terbaru sebagaimana sedang berlaku di Timur tengah seperti di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, dan Yaman sekarang. Kesudahan dari perkara ini amatlah buruk, iaitu hilangnya keamanan, rosaknya harta benda, hilangnya jiwa (pertumpahan darah), merugikan masa, dan bahkan hingga hilangnya kedaulatan negara. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersikap terhadap para pemimpin. Hendaklah kita melazimi manhaj ilmu, sabar, dan bertindak di atas maslahah serta kaedah yang benar. Tidak mengikuti hawa nafsu, emosi, dan kebencian sehingga mengikuti jejak langkah kaum sesat Khawarij. Yang kemudian dari fahaman khawarij tersebut menyebabkan munculnya pelbagai bentuk kesesatan dan penyimpangan lainnya.

Jumlah Muka Surat:
478 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

602 - Mengapa Ulama Berselisih Pendapat?

Mengapa Ulama Berselisih Pendapat?


Judul Buku:
Mengapa Ulama Berselisih Pendapat?
Judul Asal: Raf'ul Malam 'an al-A'immatil A'lam

Penulis:
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)

Penerbit:
Pustaka Qoba'il

Harga:
RM12

Berat Buku:
0.15kg

Keterangan Kandungan:

Demikian luasnya ilmu di dalam syari'at Islam, sehingga menguasai seluruh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidaklah pernah berlaku terhadap seorang pun dari umat ini. Tidak kepada para ulama, imam-imam mujtahid, tabi'in, tabi'ut tabi'in, dan para sahabat sekalipun.

Padahal mereka adalah orang-orang yang paling berilmu, faqih, dan bertaqwa, dan paling afdhal dalam Islam.

Kita temui di antara mereka setelah melalui ijtihad-ijtihad tertentu, adakalanya mereka memiliki pendapat atau fatwa yang berbeza-beza dalam satu-satu permasalahan tertentu. Pada satu sisi bersesuaian dengan nash, sebaliknya di sisi yang lain menyelisihi nash.

Banyak faktor yang menjadi penyebabnya. Sebahagian besar kesnya adalah kerana belum sampai hadis atau sunnah yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang menyangka bahawa semua hadis yang sahih telah sampai kepada setiap imam atau atau ulama tertentu, sebenarnya ia telah terjatuh ke dalam kesalahan yang nyata.

Kerana kesan dari anggapan ini adalah menjatuhkan hukuman dan celaan di ketika mana ucapan dan pendapat mereka tersalah tanpa memandang sebab-sebabnya, sedangkan mereka tidak sengaja menyelisihi sunnah-sunnah Rasulullah.

Buku yang disusun oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) ini adalah sebuah risalah khusus yang menjelaskan kedudukan sebenar mengapa boleh berlaku perselisihan di kalangan para ulama dalam satu-satu isu tertentu. Antara sebab-sebab yang dikemukakan dan dihuraikan oleh beliau adalah seperti:

1, tidak sampai hadis kepada mereka.

2, pada penilaiannya hadis tersebut tidak sahih atau sebaliknya sedangkan yang benar adalah sebaliknya pula.

3, terlupa atau terlepas pandang terhadap dalil-dalil tertentu.

4, tersalah dalam memahami sesebuah dalil atau hadis.

Serta beberapa lagi yang lainnya.

Jumlah Muka Surat:
106 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Sunday, August 26, 2012

601 - Ensiklopedia Hadits Shahih Al-Bukhari

Ensiklopedia Hadits Shahih Al-Bukhari



Judul Buku:
Ensiklopedia Hadits Shahih Al-Bukhari
Judul Asal: Al-Jaami' Al-Musnad Ash-Shahih Al-Mukhtashar min Umuur Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Penulis:
Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H)

Tahqiq:
Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi

Penerbit:
Al-Mahira

Harga:
RM369

Berat Buku:
4.7kg

Keterangan Kandungan:

Penulis Kitab Shahih

Penulis kitab Shahih al-Bukhari adalah Abu 'Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir di Bukhara pada tanggal 13 Syawwal 194H dan wafat pada tahun 256H. Bukhara adalah sebuah daerah di Usbekistan, Asia Tengah.

Imam al-Bukhari lahir dalam keluarga yang taat dalam beragama. Ayahnya adalah salah seorang ulama besar dalam mazhab Maliki. Oleh kerana itu, beliau telah mula belajar agama sejak usia kecil lagi.

Kecerdasannya, terutama kekuatan daya hafalannya sudah terlihat sejak kecil. Dalam perjalanannya mencari hadis, beliau pernah diuji oleh 10 orang ulama dengan masing-masing mereka menguji 10 buah hadis yang ditukarkan sanadnya satu sama lain. Imam Al-Bukhari dapat menyelesaikan ujian ini dengan cemerlang sekali. Kerana kekuatan hafalannya ini, maka beliau diberi gelar tertinggi di kalangan muhadditsin, iaitu Amiirul-Mukminiin fiil-Hadiits.

Semangatnya menelusuri hadis-hadis Nabi sangat luar biasa. Beliau berkelana dari satu negara ke negara lain selama 16 tahun dan berjaya menghimpun lebih 600,000 hadis.

Imam al-Bukhari tidak hanya menulis kitab Shahih Al-Bukhari, tetapi juga banyak kitab-kitab lainnya, tidak kurang dari 15 buah kitab. Di antaranya adalah kitab Adab ul-Mufrad, At-Tarikh al-Shaghir, At-Tarikh al-Awsath, At-Tarikh al-Kabir, At-Tafsir al-Kabir, Al-Musnad al-Kabir, Kitab al-Dhu’afa dan As-Sami’ ash-Shahabah.

Nama Kitab dan Kandungan Hadis

Imam al-Bukhari memberi nama kitabnya ini dengan judul الجامع المسند الصحيح المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه Ùˆ سلم وسننه وأيامه . Pemberian nama al-Jami’ menunjukan bahwa kitab sahih ini tidak hanya menghimpun hadis-hadis dalam satu bidang keagamaan, tetapi banyak bidang keagamaan. Di samping itu penggunaan kata al-Musnad ash-Shahih mengisyaratkan bahawa hadis-hadis di dalam kitab Shahih beliau ini adalah hadis-hadis yang memiliki sandaran yang kuat, iaitu bersambung sanadnya dan memenuhi kriteria hadis sahih.

Kita Shahih Imam al-Bukhari ini memuatkan kurang-lebih 4,000 buah hadis. Sebahagian hadis-hadis ini disebut pada beberapa tempat, sehingga bila dihitung seluruhnya, termasuk dengan pengulangannya, maka mencapai 7,000 hadis. Sebanyak 4,000 buah hadis ini, merupakan hadis-hadis yang telah disaring lebih dari 600,000 buah hadis yang diperolehi oleh Imam al-Bukhari.

Kriteria dan Penyusunan Kitab Shahih

Imam al-Bukhari tidak menjelaskan kriteria darjat hadisnya, tetapi para ulama melakukan penelitian terhadap hadis-hadis yang ada di dalam kitab shahih beliau ini dan menyimpulkan bahawa kriteria yang digunakan beliau adalah begitu ketat lagi teliti. Imam al-Bukhari menggunakan kriteria kesahihan hadis seperti ittishal sanad, al-‘adalah, dhabit, terhindar dari syadz dan ‘illat. Tetapi, untuk ittishal sanad, imam al-Bukhari menggunakan kriteria yang dapat dipastikan liqa’ dan mu’asharah. Di samping itu, rawi-rawi dari kalangan murid Imam al-Zhuhri yang digunakan adalah dari kalangan rawi yang faqih. Maksudnya rawi-rawi yang memiliki al-‘adalah dan dhabit serta telah lama menyertai majlis Imam al-Zhuhri.

Kritik dan Pembelaan

Walaupun para ulama menyatakan bahawa kitab Shahih al-Bukhari memiliki tahap kesahihan yang tinggi, tetapi ditemukan juga beberapa bentuk krtikan terhadap hadis-hadis yang ada dalam kitabnya, sama ada dari segi kualiti sanad ataupun matan-nya (teks-nya). Imam ad-Daruquthni adalah antara yang menyatakan bahawa dalam Shahih al-Bukhari terdapat hadis-hadis mursal dan munqathi’.

Tetapi kritikan ini dijawab oleh para ulama secara ilmiyah terutamanya oleh penulis kitab Syarah-nya, iaitu al-hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).

Manakala isu kritikan matan (teks dan maksud hadis) banyak dimunculkan serta digembar-gemburkan oleh para pemikir modern dan juga dari kalangan orientalis. Hadis-hadis yang dikritik tersebut terutamanya hadis-hadis musykil yang kelihatan menyanggahi sains dan logika modern, misalnya hadis yang menyatakan bahawa Nabi menjelaskan bahawa pada malam hari matahari pergi sujud di bawah 'Arsy Tuhan.

Kesukaran dalam memahami hadis-hadis seperti ini, kerana para pengkritik memahami hadis dengan memahami maksud Nabi dalam menyampaikan hadis itu kepada para sahabat. Dalam hadis di atas, Nabi tidak bermaksud untuk menjelaskan dari sudut ilmu astronomi atau astrologi, tetapi Nabi ingin menjelaskan bahawa semua yang ada di alam ini tunduk di bawah kekuasaan Allah. Di samping itu, Nabi berbicara dengan masyarakatnya yang awam dengan pengetahuan astrologi, sehingga apabila Nabi berbicara apa adanya, mereka tidak akan mampu menangkap maksud Nabi.

Alhamdulillah, hari ini set lengkap kitab Shahih Al-Bukhari yang memuatkan hadis-hadis Nabi berserta sana-sanadnya yang mulia lagi sahih ini telah pun diterjemahkan. Semoga manfaatnya dapat difahami dengan lebih baik lagi, insyaAllah.

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid lengkap

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.