Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, September 30, 2012

620 - Bebas Stroke Dengan Bekam

Bebas Stroke Dengan Bekam


Title:
Bebas Stroke Dengan Bekam

Author:
Dr. Wadda A. Umar

Publisher:
Al-Qowam

Price:
RM20

Weight:

180g

Description:


Stroke merupakan antara penyakit yang menyebabkan kematian terbesar di dunia ketika ini. Stroke juga mampu mengakibatkan cacat/kelumpuhan kekal ke atas para penghidapnya. Akibatnya, para penderita stroke (termasuk keluarganya) mudah mengalami stress dan keputus-asa-an. Oleh sebab itu jugalah, maka ramai yang berusaha dan mencuba pelbagai jenis kaedah rawatan yang alternatif wujud. Sehingga ada yang terjebak ke dalam bentuk-bentuk perubatan yang tidak selayaknya, tidak ilmiyah, tidak sainstifik, dan bahkan menjadikan masalah semakin kronik. Wang pula habis begitu sahaja tanpa sebarang penambah-baikan.

Oleh itu, maka buku ini pun disusun khusus untuk semua. Penulis memaparkan kaedah perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan juga oleh para sahabatnya, dengan harapan dapat membantu masyarakat mendapatkan metode rawatan dan perubatan yang memiliki dasar yang ilmiyah, aman, mudah, murah, dan yang terpenting jauh dari sebarang unsur-unsur syirik.

Buku ini secara khusus berusaha menjelaskan skop-skop perbahasan seperti berikut:

- Latar belakang mengapa seseorang boleh diserang stroke.
- Bagaimana kesan stroke terhadap tubuh.
- Bagaimana peranan bekam dalam mengatasi stroke.
- Langkah-langkah pembekaman untuk stroke.
- Titik-titik bekam untuk stroke: Titik meridian, Titik bekam Nabi, dan titik bekam yang selari dengan anatomi dan fisiologi sistem saraf tubuh.

Ketahuilah bahawa dalam mengikuti sunnah itu terkandung jutaan barakah.

Total Pages:
134m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Payment: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, September 15, 2012

619 - Sifat Zakat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam karya Syaikh al-'Utsaimin

Sifat Zakat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam karya Syaikh al-'Utsaimin


Title:
Sifat Zakat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Judul Asal:
Kitaabuz Zakah min kitab Fath Dzil Jalaalil wal Ikram Syarah Bulughul Maram

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM40

Weight:

600g

Description:


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Ambillah zakat dan harta mereka bagi tujuan membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah, 9: 103)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Islam itu adalah hendaklah engkau mengakui bahawa tiada yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan ibadah haji ke Baitullah." (Shahih al-Bukhari, no. 50)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah mengutus Muadz B. Jabal radhiyallahu 'anhu ke Yaman, dan di antara pesan beliau kepada Mu'adz adalah:

"Sesungguhnya Allah mewajibkan zakat pada harta-benda mereka yang diambil dari orang-orang yang kaya dari kalangan mereka dan diberikan (diagihkan) kepada orang-orang faqir dari kalangan mereka." (Shahih al-Bukhari, no. 1395)

Dalam ayat dan hadis ini memiliki penegasan tentang wajibnya menunaikan zakat bagi orang-orang kaya. Iaitu bagi mereka yang telah cukup haul dan nishabnya sebagaimana dalam dalil-dalil yang lain sebagaimana akan dibahaskan melalui buku ini.

Zakat dalam istilah syara' adalah ibadah yang difardhukan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah ke atas orang-orang yang berkelayakan dengan kadar yang ditentukan supaya agar dapat menyucikan jiwa dan menyucikan harta benda. Secara asasnya, keduanya menuju kepada penyucian jiwa, iaitu memurnikan keimanan dengan mendermakan sebahagian dari harta.

Bagi mereka yang menunaikan zakat, Allah akan memberkahi sisa harta yang masih dalam simpanan dan padanya ia mendapat pahala. Dengan zakat, ia juga membuka jalan menuju Syurga Allah yang jauh lebih nikmat dari harta yang sedia dimiliki. Ia juga melahirkan satu sikap tanggungjawab terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan hidup susah.

Bagi yang menerima zakat, ia akan melahirkan rasa kasih dan sayang terhadap orang-orang yang mengeluarkan zakat. Ia juga menghilangkan rasa iri dan dengki. Sekaligus zakat mampu membantu golongan yang faqir dan hidup susah serta membantu pertumbuhan ekonomi golongan yang kurang berkemampuan.

Namun untuk melaksanakan zakat, tidak dapat tidak, ia perlu dengan ilmu dan bimbingan al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Maka antara rujukan yang baik dalam persoalan zakat ini yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa kita adalah milik Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah ini. Iaitu salah satu bab dari juzu' besar Syarah kitab Bulughul Maram. Satu juzu' dari bab perbahasan zakat dari pelbagai bab-bab fiqh lainnya yang terkandung dalam Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh al-'Utsaimin ini dikeluarkan lalu dibukukan secara berasingan menjadi satu buku khusus yang membahaskan persoalan zakat yang sangat penting lagi besar manfaatnya ini.

Jadi, tela'ahlah buku ini dari lembar ke lembar-lembarnya sehingga lembar terakhir. Dari satu hadis ke satu hadis berikutnya, dari syarah/huraian hadis ke huraian hadis-hadis berikutnya sehinggalah tamat agar beroleh manfaat ilmu yang sekaligus mampu menjadikan kita mengeluarkan zakat dengan kefahaman ilmu yang sahih dan tepat, insyaAllah. Dan juga agar setiap dari kita ini tidak terlalaikan dari melaksanakan salah satu bentuk ibadah yang difardhukan ke atas setiap muslim yang berkemampuan ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
363m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga - www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, September 14, 2012

618 - Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka

Thohurun Insya Allah...
Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka


Title:
Thohurun Insya Allah...
Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka

Judul Asal:
Tuhfatul Maridh

Author:
'Abdullah B. 'Ali Al-Ju'aitsin

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM24

Weight:
450g

Description:

Pohonlah kesihatan

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Pohonlah keampunan dan kesihatan kepada Allah. Kerana sesungguhnya tiada satu pun kurniaan yang lebih baik bagi seseorang setelah keimanan melainkan kesihatan." (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami' ash-Shaghir, no. 3632)

Demikianlah apa yang disarankan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri. Malah Nabi sendiri selalu berdoa kepada Allah di setiap pagi dan petangnya agar diberikan padanya nikmat kesihatan. Dari sini menunjukkan bahawa manusia itu tidak dianjurkan agar meminta kesakitan, sebaliknya diminta agar memohon kesihatan. Namun tetap wajib bersabar seandainya ditimpa musibah berupa kesakitan.

Bahkan sebahagian ulama mengungkapkan, "Aku lebih menyukai kesihatan yang dapat aku syukuri berbanding ujian berupa musibah yang harus aku hadapi dengan penuh kesabaran." (Hannad, Az-Zuhd, m/s. 254)

Demikianlah sedikit gambaran tentang keutamaannya sihat.

Banyaknya Ujian

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, "Para ulama menjelaskan bahawa orang-orang yang beriman akan mendapatkan banyak ujian (berupa musibah), sama ada pada tubuhnya, keluarganya, ataupun hartanya. Ujian-ujian tersebut berfungsi sebagai penghapus dosanya dan untuk mengangkat darjatnya. Manakala bagi orang-orang kafir, sedikit sekali mendapat ujian berupa musibah. Kalaupun mereka mendapatkan banyaknya musibah, tetap itu tidak menghapuskan dosa-dosanya. Sebaliknya, dia tetap membawa semua dosa-dosanya yang pernah dikerjakannya di hari kiamat nanti." (Syarah Shahih Muslim, 17/158)

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Benar-benar pahala yang besar itu berserta dengan ujian yang besar. Dan sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia pasti menguji mereka. Sesiapa sahaja yang redha atas ujian tersebut, maka dia mendapatkan keredhaan Allah, dan sesiapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah." (Sunan at-Tirmidzi, no. 2396)

Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda:

"Tidak seorang Muslim pun yang tertimpa hal-hal yang menyakitkan sama ada berupa penyakit ataupun yang lainnya melainkan Allah akan menggugurkan dengannya dosa-dosanya sebagaimana pepohonan menggugurkan daun-daunnya." (Shahih al-Bukhari, no. 5647. Shahih Muslim, no. 2571)

Demikian sebahagian dari hadis-hadis dan ungkapan yang memotivasikan umat Islam yang beriman yang dilanda musibah dan kesakitan. Buku ini mengungkapkan lebih banyak lagi terapi nabawi dalam mengharungi kepelbagaiab musibah yang menimpa berupa kesusahan dan kesakitan.

Penulis dengan usahanya yang amat baik telah menghimpunkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai dorongan yang memotivasikan kita semua dalam mengharungi pelbagai musibah yang mungkin tidak terjangkakan. Beliau menjelaskan di sebalik taqdir yang berlaku, pasti ada kebaikan yang hendak Allah kurniakan. Dan bahkan ujian dan musibah itu sendiri adalah taqdir Allah Subhanahu wa Ta'ala bertujuan menguji para hambanya dan membersihkannya dari banyaknya noda dosa yang mengotori.

Penulis kemukakan dalam awal perbahasan bukunya ini dengan maksud di sebalik ujian yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ke atas para hambanya, apa hikmah-hikmahnya, bagaimana seharusnya kita menyikapinya, dan apakah ada khabar gembira di sebaliknya.

Kemudian penulis jelaskan pula pentingnya sabar dalam mengharungi setiap musibah yang melanda. Dan sabar adalah kunci kebahagiaan sekaligus terapi kedukaan. Penulis kemukakan tentang keutamaan dan bentuk-bentuk sabar sebagaimana diungkapkan al-Qur'an, al-hadis, dan pandangan dari kalangan ulama salaf (generasi awal).

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) adalah milik Allah; diberikan kepada sesiapa yang dihendaki-Nya dari kalangan hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-A’raaf, 7: 128)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tidak terkira.” (Surah az-Zumar, 39: 10)

Dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Orang-orang beriman yang sempurna dan tulus keimanannya akan sentiasa baik urusannya kerana dia sentiasa bersyukur dan bersabar. Dia sentiasa berada pada kedudukan redha dan merasa cukup. Baginya, kesenangan yang diterima adalah anugerah, manakala musibah yang menimpa pula adalah ujian yang mampu menaikkan kedudukannya serta membuahkan pahala tanpa batasan dari sisi Allah.

Seterusnya penulis teruskan lagi tulisannya dengan dorongan dan motivasi berharga dalam mengharungi musibah dan kesakitan yang menimpa. Penulis kemukakan hadis-hadis yang menjelaskan bahawa bagi setiap penyakit itu adalah ujian dari Allah Ta'ala, dan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Penulis juga menjelaskan bahawa tidak perlu takut dengan kematian, sebaliknya bersedialah untuk mengharungi saat-saat kematian dengan cara yang benar yang mana setiap manusia akan menghadapinya. Namun tidak pula kita boleh meminta-minta agar usia segera ditamatkan.

Sabar dapat dimaksudkan sebagai pengurusan diri untuk tetap melaksanakan ketaatan terhadap Allah berdasarkan apa yang disyari’atkan dan menahan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya serta bersikap redha terhadap setiap ketentuan taqdir-Nya tanpa berkeluh-kesah atau melampaui batas. Oleh itu, sabar di sini terbahagi kepada tiga keadaan iaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menahan diri terhadap kemaksiatan, dan sabar dengan setiap ketentuan taqdir dari Allah Ta’ala.

Kemudian penulis jelaskan pula tentang terapi syar'iyah berupa doa-doa penyembuhan sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam mencari kesembuhan terhadap penyakit yang dihadapi. Penulis juga kemukakan doa-doa anjuran sunnah dalam mengharungi kesusahan, kegusaran, dan kesedihan. Bahkan doa-doa ini adalah senjata yang memotivasikan diri setiap hamba untuk lebih dekat kepada Tuhannya.

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Sesungguhnya doa itu bermanfaat untuk meringankan musibah yang telah diturunkan dan mencegah datangnya musibah yang belum diturunkan. Maka hendaklah kalian selalu berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Sunan at-Tirmidzi, no. 3548)

Kemudian penulis teruskan bentangan bahasannya dengan terus mengajak para pembaca meningkatkan semangat untuk terus mendekatkan diri kepada Allah, lebih-lebih lagi di saat datangnya musibah. Penulis membimbing pentingnya takut hanya kepada Allah, memperbanyakkan istighfar dan taubat, berbaik sangka terhadap Allah, optimis terhadap datangnya sihat, jauhi para dukun dan tukang ramal, tidak disibukkan dengan dunia sehingga melupakan kematian sebagai tujuan, dan perlunya menjauhi sikap berkeluh-kesah dan mengadu-domba sesama makhluk.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)

Disebutkan dalam sebuah hadis:

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

Di akhir buku penuh motivasi ini, penulis masukkan perbahasan sekitar pentingnya agar ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tetap dikerjakan walaupun dalam keadaan penuh kesakitan dan penderitaan. Penulis bimbing sama bagaimana seharusnya melaksanakan ibadah dalam keadaan tertimpa musibah dan kesakitan. Contohnya, bagaimana harus bersuci ketika sakit, solat ketika sakit, berpuasa, dan bagaimanakah pula ibadah haji hendak dilaksanakan bagi orang yang sakit... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Tela'ahlah buku bernilai ini. Sungguh benar-benar di dalamnya terkandung sebuah motivasi berharga dan terapi nabawi yang menyembuhkan jiwa bagi setiap insan beriman yang sedang mengharung badai musibah.

Total Pages:
302m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga - www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, September 13, 2012

617 - Ritual Sunnah Setahun

Ritual Sunnah Setahun
Panduan Amalan Pribadi Muslim 24 Jam


Title:
Ritual Sunnah Setahun
Panduan Amalan Pribadi Muslim 24 Jam

Author:
Yazid B. Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM90

Weight:
1.34kg

Description:

Setiap insan sudah tentu melalui detik demi detik kehidupan dan hari demi hari perjalanan di dunia ini. Ia berlangsung dengan begitu pantas.

Demikianlah kehidupan. Setiap kita berpindah dari pagi ke petang, dan dari petang hingga ke malam, kemudian dari malam kembali ke waktu pagi semula. Akan tetapi, adakah setiap Muslim sentiasa ingat untuk bermuhasabah menyemak dirinya di setiap sela-sela hari-hari yang dilewatinya?

Amal-amal apakah yang telah ia kerjakan pada setiap waktu dan harinya? Amalan apakah yang membuka perjalanan di setiap harinya dan amalan apa pula yang menutup harinya?

Inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Ia melepasi hari-hari yang panjang, tetapi jarang sekali memerhatikan dengan amal apa ia penuhi hari-hari dan usianya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2417. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Maka, tanyakanlah kepada diri kita sendiri, sepanjang matahari terbit dan tenggelam, sepanjang putaran siang dan malam, sepanjang waktu bangun dan tidur kembali, apakah amal-amal kebaikan yang telah kita kerjakan sehingga kelak mampu menyelamatkan kita di hari hisab. Apakah amal-amal yang kita kerjakan tersebut selari dengan tuntutan agama sebagaimana terdapat dalam lembaran-lembaran sunnah yang sahih?

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

“Sedangkan sesungguhnya di sisi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (amal pekerjaan itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Infithaar, 82: 10-12)

Jadi, sejauh manakah kita telah mendapati dan merasakan bahawa diri ini sentiasa diawasi?

Seandainya orang-orang yang lalai itu menyedari, nescaya mereka akan memelihara diri dan menjaganya dari jalan-jalan kebinasaan. Sayangnya, sedikit sekali orang yang sedar, dan sedikit sekali orang yang berhati-hati terhadap jalan tersebut.

Maka dari itu, hendaklah setiap Muslim dan Muslimah sentiasa memerhatikan keadaan dirinya, memperbanyak dzikir kepada Allah, memohon tambahan fadhilah (keutamaan) dan keberkahan serta memohon sifat istiqomah di atas petunjuk-Nya, dan untuk bersegera dalam amal soleh.

Bersegeralah untuk memperbaiki diri, dan mintalah taufiq kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menuju jalan kebahagiaan.

Dan bagi orang-orang mengisi hari-harinya dengan kelalaian dan kesia-siaan... Ketahuilah, bahawa dirimu tidak akan dibiarkan begitu saja! Kalian akan dihitung atas semua amalanmu dengan perhitungan yang tidak tertinggal sedikit pun!

Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat: 56)

Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap saat yang ia lalui. Jangan sampai waktu itu terbuang sia-sia tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan mungkin kembali selamanya. Ironinya, setiap orang pasti sedih dan sayu ketika kehilangan hartanya, namun amat sayang apabila sedikit sekali yang merasa sedih dan gusar ketika umurnya terbuang bertahun-tahun lamanya. Padahal umur kita di dunia sangat singkat. Dan baik buruknya kita mengisi umur tersebut akan menentukan kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang di akhirat sana.

Maka dari itu, perhatikanlah... Bagaimana seharusnya kita mengisi usia perjalanan di dunia yang sementara ini dengan cara yang benar. Bagaimana utusan Allah telah mengajarkannya kepada kita? Bagaimana sunnah-sunnahnya? Apa ilmu-ilmu yang perlu kita ketahui dalam melaksanakan amal-amal yang bermanfaat dan bernilai ibadah serta kebajikan di sisi-Nya? Apa pula syarat-syarat diterimanya amal?

Oleh itu, inilah salah sebuah buku yang menghimpunkan sunnah-sunnah Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkaitan amalan sehari semalam, amalan dari bangun sehingga waktu tidur dan sehingga bangun kembali, amalan-amalan harian, amalan mingguan, amalan bulanan, dan demikian juga amalan tahunan, iaitu dari amal-amal dan sunnah-sunnah yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam memenuhi kehidupan seharian. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa inilah antara ensiklopedia yang membukukan himpunan amalan sepanjang tahun berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Amat sesuai dijadikan panduan dalam mengisi usia kehidupan sepanjang hari. Penulis memulakan buku ini dengan panduan meraih iman dan taqwa, syarat diterimanya amal, pentingnya keikhlasan, perlunya tujuan yang baik, dan kewajiban menjaga amal. Kemudian penulis memotivasikan para pembaca bagaimana cara meningkatkan kualiti amal berdasarkan petunjuk Rasulullah, keutamaan amalan berdasarkan situasi diri, wajibnya menuntut ilmu agar dapat keluar dari kejahilan, membersihkan amalan dari pelbagai jenis noda yang mencemarkannya, anjuran berzikir mengingati Allah, dan kaedah-kaedah menjauhi hal-hal yang terlarang.

Kemudian penulis teruskan perbahasannya dengan cara memulakan hari baru. Antaranya dengan niat yang baik, amal yang soleh yang disunnahkan, menjauhi angan-angan kosong, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaan, tawakkal, jujur, menjauhi perbuatan zalim, bersikap zuhud, dan menjauhi sikap hasad dengki.

Kemudian penulis tekankan pula pentingnya pemahaman dalam tauhid dan aqidah. Dan inilah antara syarat utama yang bakal menjamin diterimanya amal di sisi Allah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Kemudian barulah penulis mulakan dengan amal-amal sehari malam. Dimulakan dengan sunnah-sunnah dalam menyucikan diri, wudhu’, mandi, dan seterusnya. Sunnah bangun dan ketika hendak tidur, sunnah-sunnah solat, sunnah-sunnah berdasarkan hari dan mingguan, sunnah-sunnah berdasarkan bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun, dan seterusnya merangkumi setiap detik dan hari.

Kemudian penulis tutup perbahasan bukunya dengan tajuk penting “Waspada Terhadap Perosak Amalan.” Setelah berusaha keras dan gigih memenuhi setiap saat waktu dengan amalan sunnah lagi bermanfaat, sudah tentu kita mahu ia diterima di sisi Allah dan tidak mahu seandainya ia hanya sia-sia belaka.

Maka, selamat beramal.

Total Pages:
778 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, September 12, 2012

616 - Pesan-pesan Terakhir Rasulullah

Pesan-pesan Terakhir Rasulullah


Title:
Pesan-pesan Terakhir Rasulullah

Judul Asal:
Washiyyatu Muwaddi'

Author:
Syaikh Husain B. 'Audah al-'Awayisyah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM9

Weight:
100g

Description:

Daripada al-‘Irbadh B. Sariyah radhiyallaahu 'anhu, beliau berkata bahawa (pada suatu hari) Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memberikan nasihat yang sangat berkesan kepada kami sehingga hati kami terharu dan air mata kami berlinangan. Maka, kami pun menyapanya:

“Wahai Rasulullah, ini seakan-akan wasiat perpisahan? Maka, berilah kami wasiat.”

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Aku mewasiatkan kepada kalian supaya selalu mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah pula oleh kalian perkara-perkara yang baru (bid’ah) kerana setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Dawud, at-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis tersebut, solusi yang tepat dan syar’i yang harus dijadikan pedoman bagi ummat Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan perpecahan di kalangan mereka sepeninggalan beliau adalah dengan berpegang teguh pada sunnah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan sunnah para Sahabatnya, bukan sunnah yang lainnya.

Secara umumnya, buku ini menghuraikan maksud-maksud, faedah-faedah, dan hikmah dari sebuah hadis, iaitu hadis daripada al-'Irbadh sebagaimana di utarakan di atas.

Total Pages:
110m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

615 - Hukum Tahlilan (Selamatan) & Perayaan Haul (Ulangtahun Kematian)

Hukum Tahlilan (Selamatan)
&
Perayaan Haul (Ulangtahun Kematian)


Title:
Hukum Tahlilan (Selamatan) & Perayaan Haul (Ulangtahun Kematian)

Author:
Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Dalam tidak sedar, rupa-rupanya amalan atau ritual kenduri tahlilan dan Yasinan serta majlis kirim arwah telah menjadi isu yang begitu hangat diperkatakan dan diperdebatkan di wilayah nusantara akhir-akhir ini. Khususnya Malaysia, Brunei, Singapore, dan Indonesia.

Di antara isu yang dibangkitkan adalah apabila ada kelompok umat Islam tertentu yang mengatakan amalan ini sebenarnya adalah bid'ah lagi haram!??? Mereka berhujjah dengan dalil-dalil al-Qur'an dan al-hadis tertentu termasuk fatwa-fatwa para ulama mazhab yang empat. Jadi, sejauh manakah kebenarannya? Bukankah amalan ini telah sebati dengan kehidupan bermasyarakat umat Islam di negara kita sehingga hari ini? Kenapa tiba-tiba ada yang menyangkalnya?

Jadi, marilah sama-sama kita semak dan perhatikan hujah perbahasannya secara umum dan terperinci. Apa hukumnya yang sebenar, sejarahnya, dan benarkah Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya... Apakah jika mereka tidak mengamalkannya, maka ia sekaligus tergolong bid'ah dan haram hukumnya? Apa kata para ulama dan imam mazhab?

Ayuh, mari sama-sama kita membaca, semak, dan berlapang dada.

Total Pages:
84 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, September 11, 2012

614 - Hilyatul Auliya' (Sejarah & Biografi Ulama Salaf) Jilid 2

Hilyatul Auliya'
(Sejarah & Biografi Ulama Salaf)
Jilid 2


Judul Buku:
Hilyatul Auliya' (Sejarah & Biografi Ulama Salaf)
Judul Asal: Hilyatul Awliya' wa Thabaqatul Asyfiya'

Penulis:
Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani rahimahullah (Wafat: 430H)
Tahqiq: 'Abdullah al-Minsyawi, Muhammad Ahmad 'Isa, & Muhammad 'Abdullah al-Hindi

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110 (Jilid 2)

Berat Buku:
1.3kg

Keterangan Kandungan:

'Abdullah B. Mas'oud radhiyallahu 'anhu berkata: "Sesiapa hendak mencari contoh tauladan, hendaklah dia mengambil tauladan daripada orang-orang yang telah mati (para sahabat Nabi). Kerana orang yang hidup masih tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."

Demikianlah kata-kata Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu dalam mengungkap keutamaan para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Maka, tidak seharusnya kita meremehkan pesanan dan wasiat beliau ini. Jadi, sebelum kita mahu mengambil, meneladani, dan mencontohi para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, tidak dapat tidak wajib bagi kita untuk mengenali mereka dengan baik. Dengan mengenalnya barulah kita mampu meraih tauladan yang sebenar. Dengan mengenalnya pasti kita akan jatuh cinta.

Begitu banyak buku-buku yang mengisahkan tentang perjalanan hidup, sirah, thabaqat (status dan tingkat kedudukan), biografi, karektor, sejarah para Salafus soleh; yang mana salah satu di antaranya adalah kitab ini -: Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’ (Perhiasan para wali dan tingkatan orang-orang ‘suci’). Kitab ini merupakan sebuah kitab berbentuk ensiklopedia Islam yang membentangkan sejarah dan biografi para ulama Salaf terdahulu secara terperinci. Penulisnya, Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani rahimahullah mengutarakan di dalamnya hadis-hadis yang banyak berserta atsar-atsar salaf lengkap bersanad.

Hadis-hadis dan atsar-atsar tersebut semuanya menceritakan, mengkhabarkan, merakamkan, dan menjelaskan sejarah hidup generasi Islam bermula dari generasi Sahabat, Tabi’in, tabiut Tabi’in, dan selainnya yang mengikuti mereka dengan baik dari kalangan ulama-ulama Sunnah terawal.

Metode penulisan kitab ini dianggap sangat klasik dan menumental, kerana setiap kisah, perkataan, dan biografi ulama Salaf yang dihimpunkan di dalamnya diungkapkan secara utuh menggunakan hadis-hadis dan atsar-atsar salaf yang lengkap, sehingga keaslian, jalan datangnya, dan keabsahannya setiap khabar boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiyah berpandukan penelitian ilmu dan kajian hadis atau atsar (riwayat).

Oleh sebab itulah buku ini menjadi antara rujukan utama dalam disiplin ilmu Sejarah ahli sunnah wal-jama'ah.

Kitab Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’, ini ditulis oleh al-Imam Abu Nu’aim al-Ashfahani rahimahullah. Nama lengkap beliau adalah Ahmad B. 'Abdullah B. Ahmad al-Ashfahani. Beliau lahir pada tahun 336H, dan wafat pada tahun 430H.

Beliau adalah seorang ulama memliki keutamaan yang begitu besar dan kemampuan ilmu yang hebat. Ibnu Mardawaih rahimahullah mengatakan:

"Abu Nu'aim adalah orang yang didatangi ramai orang pada zamannya. Di seluruh penjuru dunia ini tidak ada orang yang lebih baik sanad dan hafalannya berbanding beliau. Para huffaz (penghafal Hadis) dunia berkumpul di sisi beliau. Sehingga setiap hari menjadi giliran salah seorang di antara mereka untuk membaca apa yang diinginkan sampai masuk waktu Dzuhur. Lalu ketika beliau (Abu Nu'aim) pulang ke rumahnya, adakalanya ada orang yang membaca satu juzuk bahagian di hadapannya selama dalam perjalanan dan beliau sama sekali tidak mengeluh. Beliau selalu sibuk dengan menulis atau menyampaikan Hadis."

Imam adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan: "Beliau adalah Imam al-Hafiz (penghafal Hadis), ats-Tsiqah (terpercaya), sangat alim, Syaikhul Islam."

Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah mengatakan: "Aku tidak melihat orang yang layak menyandang gelaran al-Hafiz (pada zaman tersebut) selain dua orang: Abu Nu'aim al-Ashfahani dan Abu Hazim al-A'raj."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang orang yang berhajat mendengar kitab-kitab Hadis dan Tafsir dibacakan. Tetapi ketika kitab Hilyatul Auliya’ dibacakan kepadanya, orang tersebut tidak mahu mendengarkannya, maka Ibnu Taimiyah rahimahullah pun menjawab, "Abu Nu'aim adalah salah seorang penghafal hadis terkemuka, penulis buku yang banyak dan terbilang, dan karya tulisnya banyak dimanfaatkan orang. Beliau lebih besar daripada sekadar digelar tsiqah (terpercaya). Kerana kualiti kemampuannya lebih tinggi daripada gelar tersebut, dan kitabnya (Hilyatul Auliya') adalah salah sebuah buku terbaik yang mengungkap kisah-kisah orang-orang zuhud. Walaupun demikian, di dalamnya terkandung sebahagian darinya hadis-hadis dan kisah-kisah yang batil." (Majmu' Al-Fatawa, I8/17)

Ibnu Nashiruddin ad-Dimasqi rahimahullah mengatakan: "Ketika kitab Hilyatul Auliya' selesai disusun, mereka membawanya ke Naisabur dan terjual dengan harga 400 Dinar."

Beberapa bentuk Kritikan terhadap Kitab ini dan penyelesaiannya:

1. Banyak memuatkan hadis-hadis yang maudhu' (palsu), tanpa disertakan sebarang penjelasan.

2. Menyandarkan perilaku kaum sufi (tasawuf) kepada para sahabat terkemuka seperti Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman, juga kepada para imam terkemuka selain mereka.

3. Menyebutkan kisah-kisah dan banyak perkara aneh berkaitan kesufian yang tidak boleh diamalkan. Kerana boleh jadi ia mungkin akan didengar oleh pemula yang sedikit ilmunya, dan menganggap bahawa itu semua adalah baik lalu kemudian ia pun diamalkan.

4.Terlalu banyak menyebutkan perkara-perkara yang bukan menjadi bahagian dari tema utama kitab ini (iaitu kisah tentang orang-orang zuhud). Contohnya, penulis banyak menyebutkan cerita tentang orang-orang zuhud yang adakalanya keluar dari perbahasan tentang ibadah dan kezuhudan mereka.

Oleh sebab itulah, dalam edisi terjemahan ini, ia diambil dari sumber kitab asal yang telah ditahqiq atau melalui proses penelitian status riwayat-riwayat hadis-hadis dan atsar-atsarnya. Secara umumnya bagi edisi ini:

1. Telah diteliti kedudukan kitabnya, teks-teksnya, dan mengesahkan status redaksinya.

2. Memberi takhrij (status keabsahan) hadis-hadisnya dan atsar-atsarnya dengan disertakan pada nota kaki dengan merujuk kepada kitab-kitab sahih lainnya.

3. Memberi penjelasan terhadap kalimat-kalimat atau perkataan-perkataan yang sukar difahami maknanya dalam kitab asalnya.

Oleh itu, para pembaca yang berhajat terhadap kitab ini dalam menambah wawasan pembacaan, mendapatkan manfaat yang banyak, tambahan ilmu, meraih mutiara kata ulama generasi awal, menuai wasiat mereka, dan menguasai keluasan maklumat terhadap kehidupan para salaf; tidaklah perlu bimbang dari tercampur antara riwayat-riwayat yang sahih dengan sebaliknya. Kerana semua itu, insyaAllah telah disaring dan diberi penjelasan terutamanya pada nota kakinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
884 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

613 - Kisah Orang-orang Zalim

Kisah Orang-orang Zalim


Judul Buku:
Kisah Orang-orang Zalim

Penulis:
Abu Anas Hamid B. Ahmad ath-Thahir al-Basyuni

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM64

Berat Buku:
0.9kg

Keterangan Kandungan:

Secara bahasa, zalim adalah lawan dari kata adil. Kerana adil maknanya adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya, maka dalam hal ini, zalim adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Ada juga yang mendefinisikan makna zalim dengan beberapa istilah seperti: Melampaui hak-hak orang lain tanpa keizinan pemiliknya, menghukum kesalahan seseorang atas kesalahan orang lain, melampaui batas, melazimi kekafiran dan kesesatan, mengada-adakan sesuatu terhadap Allah, dan sebagainya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mensucikan diri-Nya dari sifat zalim, kerana kezaliman merupakan suatu aib dan kekurangan, sementara Allah adalah maha suci dari segala aib dan kekurangan.

Ini adalah sebagaimana disebutkan dalam hadis qudsi:

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya pula haram atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi."

Allah menegaskan dalam ayat-Nya:

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun." (Surah Yunus, 10: 44)

Dan Allah turut mengingatkan kepada orang-orang yang berbuat zalim dengan firman-Nya:

"Ingatlah bahawa laknat Allah itu ditimpakan atas orang-orang yang zalim." (Surah Hud, 11: 18)

"Dan janganlah engkau menganggap bahawa Allah leka (tidak mengetahui) dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim." (Surah Ibrahim, 14: 42)

Dalam ayat-Nya yang lain lagi:

"Dan sesiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya kami timpakan kepadanya rasa azab yang besar." (Surah al-Furqan, 25: 19)

Buku ini menampilkan 104 kisah kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang zalim berserta dengan balasan dan kesudahannya. Di antara kisah-kisah yang dimaksudkan adalah kisah Iblis, Qabil sang pembunuh pertam di muka bumi, kaum 'Aad, kaum Tsamud, kaum Luth yang dihujani hujan batu berapi, kaum Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, kisah Fir'aun yang ditenggelamkan, kisah-kisah para pelopor bid'ah seperti ja'd B. Dirham, kisah Jahm B. Shafwan sang pengasas fahaman sesat Jabriyah, kisah-kisah kebinasaan kaum khawarij terdahulu, kisah Abu Lahab, kisah empayar Parsi, dan banyak lagi lainnya.

Semua kisah-kisah ini dibentangkan dan dihimpunkan dalam sebuah buku agar mampu menjadi iktibar, ibrah, pengajaran, atau pelajaran buat kita semua. Agar tidak menjadi seperti mereka. Semoga kita berusaha sedaya-upaya menjauhi perbuatan zalim, sama ada terhadap Allah, diri sendiri, mahupun makhluk yang lainnya. Sekaligus menjauhi kesudahan yang buruk baik di dunia mahupun akhirat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
293 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari juga, Website Atsar

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Monday, September 10, 2012

612 - Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir Jilid Ke-2

Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Jilid Ke-2


Judul Buku:
Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Judul Asal: Al-Bidayah wa an-Nihayah

Penulis:
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110
(Jilid Kedua)

Berat Buku:
1.3kg

Keterangan Kandungan:

Ini merupakan edisi terjemahan Kitab monumental dan karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dengan judul Al-Bidayah wa An-Nihayah. Ia adalah salah satu dari sekian banyak buku-buku induk perjalanan sejarah Islam dan biografi para tokoh-tokohnya.

Kitab ini adalah antara kitab yang gah di persada dunia ilmu ahli sunnah wal-jama'ah, apatah lagi ia disusun dengan metode periwayatan hadis oleh seorang tokoh terkenal yang juga seorang jaguh hadis, tafsir, dan ahli sejarah terbilang.

Keahliannya beliau sebagai penulis sangat memberi kesan pengaruh terhadap karyanya ini. Perbahasan yang beliau ketengahkan melalui kitab ini hampir menyerupai tema yang dibawa oleh Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam kitab sirah terkenalnya, Tarikh ath-Thabari.

Kitab ini dimulakan dengan kupasan ilmiyah sejarah awal mula kehidupan manusia yang menjadi khalifah di muka bumi, kisah kejadian langit dan bumi, awal penciptaan makhluk, kemudian diikuti kisah-kisah para nabi, sehingga kemudian diikuti kisah dan rentetan perjalanan sejarah kehidupan umat-umat terdahulu bersesuaian dengan penjelasan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Beliau rahimahullah juga turut mengupas isu-isu sekitar riwayat-riwayat dan khabar-khabar gharib (asing dan aneh), khabar munkar, dan khabar-khabar yang bersumber dari kaum Israil (Isra'iliyat). Langkah selanjutnya, beliau bentangkan pula sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Was Salam dan sejarah perkembangan Islam sehingga pada masa hidup beliau rahimahullah (pada abad ke-8 Hijriyah). Kemudian beliau beralih kepada perbahasan tentang fitnah masa depan, iaitu sekitar khabar-khabar sahih tentang kejadian bencana yang menimpa umat manusia di akhir zaman, tanda-tanda Hari Kiamat, malapetaka, kisah-kisah menjelang kiamat, dan pelbagai keadaan kehidupan di akhirat.

Secara umumnya, kitab ini adalah benar-benar komprehenship lagi menyeluruh dalam mengupas rentetan perjalan sejarah Islam, yang mana pasti setiap orang memiliki keinginan untuk menela'ah dan mendalaminya. Rasa dahaga dan semangat ingin tahu yang tidak pernah luput di dalam lubuk sanubari pasti mampu terubat setelah meneliti sendiri pelbagai bukti-bukti keagungan sejarah umat Islam yang agung ini, yang memecahkan sejarah, yang pernah menjadi pemimpin dunia untuk beberapa abad lamanya, sejarah umat Islam yang pernah mengisi dunia dengan nilai-nilai kebenaran dan keadilan, setelah sebelumnya kezaliman dan penyaimpangan memenuhi dunia.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah, di bahagian akhir perbahasan pelbagai peristiwa bersejarah yang terjadi di sepanjang tahun 739 Hijriyah, beliau menjelaskan:

“Inilah bahagian terakhir peristiwa sejarah yang dicatat oleh guru kami al-Hafiz Alamuddin al-Birzali rahimahullah dalam kitabnya yang mengulas catatan sejarah oleh Syaikh Syihabuddin Abi Syamah al-Maqdisi rahimahullah, dan aku mengulas kitab sejarahnya ini sehingga pada masa hidup kami ini, dan aku telah menyelesaikannya secara tuntas mengenai catatan sejarah yang disusunnya pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 751 Hijriyah, dan hingga perbahasan inilah tulisanku tentang sejarah sejak awal penciptaan Adam hingga peristiwa pada masa kami ini berakhir, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala."

Selian itu, beliau juga turut memasukkan sumber-sumber dan hasil kajian Imam adz-Dzahabi rahimahullah dari kitab Tarikh al-Islam ke dalam karyanya ini. Demikianlah jasa besar beliau membentangkan dan merakam sekian banyak fakta-fakta sejarah umat Islam yang agung.

Pemurniaan Sejarah Islam

Benar-benar menjadi sebuah keperluan pada saat ini yang sangat mendesak bertujuan meluruskan perjalanan sejarah yang agung ini, yang disebut-sebut sebagai satu dari sekian warisan dunia Islam, dan membebaskannya dari pelbagai hal yang menimpanya seperti kesalahan membaca, penyelewengan, penghilangan, dan gangguan pelbagai bentuk riwayat, yang mana semakkan dari berbagai revisi sedikit luput dari hal-hal tersebut, jadi inilah dorongan yang kuat untuk melakukan pencerahan terhadap hal-hal tersebut, dan menyusunnya dalam bentuk yang selayaknya.

Jadi, kitab sejarah karya al-hafiz Ibnu Katsir ini pun dikehadapankan. Ia termasuk kitab yang sangat panjang dan mendalam perbahasannya, yang menghimpun pelbagai peristiwa sejarah dan biografi orang-orang terkenal, dan menjelaskan perbezaan sanad yang menjadi sandarannya.

Pembohongan dan plagiat banyak terjadi pada masa-masa zaman akhir fasa generasi sahabat, dan demikian juga ketika era para tabi'in yang mana pada ketika itu begitu banyak berlaku fitnah dan isu salah-faham sehingga bermula detik perpecahan yang membuahkan munculnya pelbagai kelompok-kelompok sesat dan bid'ah dalam Islam. Oleh itu, satu kaedah emas yang tidak dapat ditinggalkan yang merupakan sebuah penyelamat kisah-kisah sejarah yang benar dari kisah-kisah yang bathil adalah dengan meneliti setiap sanad khabar dan cerita yang sampai pada hari ini.

Ibnul Mubarak rahimahullah mengatakan, “Isnad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad, maka sesiapa saja akan berbicara dengan sesuka hatinya.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian juga kata Muhammab B. Sirin rahimahullah: “Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian jugalah apa yang diungkapkan oleh para tokoh ahli ilmu lainnya termasuk seorang tokoh tabi'in yang lain Sa'ad B. Ibrahim: “Tidak ada yang berhak mengkhabarkan sebuah hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan orang-orang yang tsiqah.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/15)

Banyak karya tulis yang bertemakan sejarah dengan beragam sudut pandang, yang dituangkan ke dalam An-Nihayah, bersumber dari materi itulah, struktur bangunan sejarah tersebut sampai ke berbagai generasi penerusnya dengan cara mengutip/meriwayatkan catatan sejarah para pendahulu mereka.

Kita pada hari ini dilimpahi dengan begitu banyak sekali khabar-khabar sejarah Islam. Namun, sejauh mana setiap satunya adalah termasuk khabar sejarah yang benar? Yang mana satu selamat dari penyelewengan, pembohongan, dan tokoh-tambah? Maka, tidak dapat tidak, setiap sejarah yang datang dan sampai kepada kita perlulah terlebih dahulu mendapat semakkan, saringan, penelitian, dan penjelasan status kesahihannya. Dan ini tidak dapat tidak melainkan dengan meneliti rangkaian sanad-sanadnya sama ada dibawa oleh orang terpercaya atau sebaliknya. Dan ini hanya mampu dilakukan oleh para ahli ilmu yang alim dan pakar dalam bidangnya, terutamanya dari kalangan ahli hadis. Demikianlah Allah memeliharan ketulenan Islam ini, dengan sebuah ilmu yang dibawa pula oleh orang-orang yang benar lagi terpercaya.

Berawal dari metode inilah, sangat tampak jelas keistimewaan penulis buku sejarah ini adalah termasuk tokoh yang menguasai ilmu pengetahuan dari kalangan ulama ahli hadis, yang mengerti pelbagai dasar-dasar periwayatan, karakteristik yang membezakan, kritikan, dan penilaian terhadap riwayat-riwayat yang dapat diterima dan dan ditolak.

Keistimewaan ini terlihat dengan jelas dalam banyak perbahasan dari kitab ini, hanya saja masih ada dalam beberapa perbahasan tertentu dari kitab tersebut yang terlepas, sama ada dalam aspek teks hadis, dalam mengkritik sebahagian riwayat, atau pun dalam menimbang sebahagian hadis yang saling berbeza kupasannya, seperti perbezaan tahun di mana peristiwa tertentu itu terjadi atau dalam penyusunan dua peristiwa atau lebih, dalam menjelaskan wafatnya seseorang, atau pun bukti-bukti yang menguatkan peristiwa tertentu dan seterusnya.

Ibnu Katsir datang pada abad ke 8 Hijriyah, dan sebelumnya telah hadir banyak karya tulis selama enam abad, dan dia memiliki dan menguasai bahan yang sangat luas dan manpan, dan di hadapanya terbuka sesuatu yang secara utuh jarang diketahui atau disedari oleh para pendahulunya, atau mungkin tidak dikedepankan sebelumnya atas beberapa alasan, lalu kemudian ilmu itu terus-menerus mengalami perkembangan dan mendapat perhatian, sehingga mencapai titik kematangan.

Lantas, beliau pun menyusun kitabnya ini, dan beliau membuatnya seperti mengkritisi dan mencermati beberapa buah karya besar sebelumnya. Bahkan, tidaklah berlebihan kalau seseorang mengatakan, bahawa kitab ini hampir menjadi penutup jalan untuk menyusun kembali sejarah yang diawali dengan penciptaan makhluk serta kelanjutannya seperti pelbagai kisah orang-orang terdahulu, kemudian memperluas dan menjelaskan secara terperinci tentang fasa perjalanan hidup Nabi yang sangat harum, dilanjutkan sesudah itu dengan pelbagai peristiwa dan pelbagai informasi, yang di dalamnya berbaur dengan pelbagai peristiwa dengan pelbagai biografi, tempat dengan manusia yang mendiaminya, kedua hal tersebut adalah sumber pokok tentang ilmu sejarah, sehingga ke beberapa tahun menjelang wafatnya penulis. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
859m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.