Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, October 30, 2012

626 - Bongkah Iqra' Untuk Si Kecil

Bongkah Iqra' Untuk Si Kecil

Nama item:
Bongkah Iqra' Untuk Si Kecil

Berat:
800gram

Jumlah Bongkah:
29 bongkah/set

Isipadu bongkah se-unit:
(2.5 x 2.5 x 2.5) cm

Material:

kayu

Keterangan item:

Bongkah iqra' empat segi tepat sama sisi ini direka khas dalam bentuk alat permainan sekaligus sebagai alat bantuan belajar untuk anak-anak kecil. Ia membantu mendekatkan anak-anak kecil kepada huruf-huruf hijaiyyah, jawi, huruf-huruf al-Qur'an, baris-baris huruf, sekaligus membantu si kecil mengenal dan belajar menyebutkannya. Sesuai untuk suasana permainan outdoor dan indoor.

Dalam bermain, anak-anak perlukan bimbingan dari si ibu atau sang ayah supaya kesannya akan lebih cepat dan effektif. Semoga bongkah iqra' ini mampu menjadi salah satu alat permainan berpendidikan untuk anak-anak. Agar anak-anak lebih riang, ceria, dan dalam masa yang sama agar lebih cepat mengenal ilmu berguna. InsyaAllah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise); kemudian sms/email-kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

625 - Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 4)

Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 4)

Judul Buku:

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110

Berat:

1.2kg

Keterangan Buku:
Ini merupakan edisi terjemahan Kitab monumental dan karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dengan judul Al-Bidayah wa An-Nihayah. Ia adalah salah satu dari sekian banyak buku-buku induk perjalanan sejarah Islam dan biografi para tokoh-tokohnya.

Kitab ini adalah antara kitab yang gah di persada dunia ilmu ahli sunnah wal-jama'ah, apatah lagi ia disusun dengan metode periwayatan hadis oleh seorang tokoh terkenal yang juga seorang jaguh hadis, tafsir, dan ahli sejarah terbilang.

Keahliannya beliau sebagai penulis sangat memberi kesan pengaruh terhadap karyanya ini. Perbahasan yang beliau ketengahkan melalui kitab ini hampir menyerupai tema yang dibawa oleh Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam kitab sirah terkenalnya, Tarikh ath-Thabari.

Kitab ini dimulakan dengan kupasan ilmiyah sejarah awal mula kehidupan manusia yang menjadi khalifah di muka bumi, kisah kejadian langit dan bumi, awal penciptaan makhluk, kemudian diikuti kisah-kisah para nabi, sehingga kemudian diikuti kisah dan rentetan perjalanan sejarah kehidupan umat-umat terdahulu bersesuaian dengan penjelasan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Beliau rahimahullah juga turut mengupas isu-isu sekitar riwayat-riwayat dan khabar-khabar gharib (asing dan aneh), khabar munkar, dan khabar-khabar yang bersumber dari kaum Israil (Isra'iliyat). Langkah selanjutnya, beliau bentangkan pula sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Was Salam dan sejarah perkembangan Islam sehingga pada masa hidup beliau rahimahullah (pada abad ke-8 Hijriyah). Kemudian beliau beralih kepada perbahasan tentang fitnah masa depan, iaitu sekitar khabar-khabar sahih tentang kejadian bencana yang menimpa umat manusia di akhir zaman, tanda-tanda Hari Kiamat, malapetaka, kisah-kisah menjelang kiamat, dan pelbagai keadaan kehidupan di akhirat.

Secara umumnya, kitab ini adalah benar-benar komprehenship lagi menyeluruh dalam mengupas rentetan perjalan sejarah Islam, yang mana pasti setiap orang memiliki keinginan untuk menela'ah dan mendalaminya. Rasa dahaga dan semangat ingin tahu yang tidak pernah luput di dalam lubuk sanubari pasti mampu terubat setelah meneliti sendiri pelbagai bukti-bukti keagungan sejarah umat Islam yang agung ini, yang memecahkan sejarah, yang pernah menjadi pemimpin dunia untuk beberapa abad lamanya, sejarah umat Islam yang pernah mengisi dunia dengan nilai-nilai kebenaran dan keadilan, setelah sebelumnya kezaliman dan penyaimpangan memenuhi dunia.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah, di bahagian akhir perbahasan pelbagai peristiwa bersejarah yang terjadi di sepanjang tahun 739 Hijriyah, beliau menjelaskan:

“Inilah bahagian terakhir peristiwa sejarah yang dicatat oleh guru kami al-Hafiz Alamuddin al-Birzali rahimahullah dalam kitabnya yang mengulas catatan sejarah oleh Syaikh Syihabuddin Abi Syamah al-Maqdisi rahimahullah, dan aku mengulas kitab sejarahnya ini sehingga pada masa hidup kami ini, dan aku telah menyelesaikannya secara tuntas mengenai catatan sejarah yang disusunnya pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 751 Hijriyah, dan hingga perbahasan inilah tulisanku tentang sejarah sejak awal penciptaan Adam hingga peristiwa pada masa kami ini berakhir, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala."

Selian itu, beliau juga turut memasukkan sumber-sumber dan hasil kajian Imam adz-Dzahabi rahimahullah dari kitab Tarikh al-Islam ke dalam karyanya ini. Demikianlah jasa besar beliau membentangkan dan merakam sekian banyak fakta-fakta sejarah umat Islam yang agung.

Pemurniaan Sejarah Islam

Benar-benar menjadi sebuah keperluan pada saat ini yang sangat mendesak bertujuan meluruskan perjalanan sejarah yang agung ini, yang disebut-sebut sebagai satu dari sekian warisan dunia Islam, dan membebaskannya dari pelbagai hal yang menimpanya seperti kesalahan membaca, penyelewengan, penghilangan, dan gangguan pelbagai bentuk riwayat, yang mana semakkan dari berbagai revisi sedikit luput dari hal-hal tersebut, jadi inilah dorongan yang kuat untuk melakukan pencerahan terhadap hal-hal tersebut, dan menyusunnya dalam bentuk yang selayaknya.

Jadi, kitab sejarah karya al-hafiz Ibnu Katsir ini pun dikehadapankan. Ia termasuk kitab yang sangat panjang dan mendalam perbahasannya, yang menghimpun pelbagai peristiwa sejarah dan biografi orang-orang terkenal, dan menjelaskan perbezaan sanad yang menjadi sandarannya.

Pembohongan dan plagiat banyak terjadi pada masa-masa zaman akhir fasa generasi sahabat, dan demikian juga ketika era para tabi'in yang mana pada ketika itu begitu banyak berlaku fitnah dan isu salah-faham sehingga bermula detik perpecahan yang membuahkan munculnya pelbagai kelompok-kelompok sesat dan bid'ah dalam Islam. Oleh itu, satu kaedah emas yang tidak dapat ditinggalkan yang merupakan sebuah penyelamat kisah-kisah sejarah yang benar dari kisah-kisah yang bathil adalah dengan meneliti setiap sanad khabar dan cerita yang sampai pada hari ini.

Ibnul Mubarak rahimahullah mengatakan, “Isnad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad, maka sesiapa saja akan berbicara dengan sesuka hatinya.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian juga kata Muhammab B. Sirin rahimahullah: “Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian jugalah apa yang diungkapkan oleh para tokoh ahli ilmu lainnya termasuk seorang tokoh tabi'in yang lain Sa'ad B. Ibrahim: “Tidak ada yang berhak mengkhabarkan sebuah hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan orang-orang yang tsiqah.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/15)

Banyak karya tulis yang bertemakan sejarah dengan beragam sudut pandang, yang dituangkan ke dalam An-Nihayah, bersumber dari materi itulah, struktur bangunan sejarah tersebut sampai ke berbagai generasi penerusnya dengan cara mengutip/meriwayatkan catatan sejarah para pendahulu mereka.

Kita pada hari ini dilimpahi dengan begitu banyak sekali khabar-khabar sejarah Islam. Namun, sejauh mana setiap satunya adalah termasuk khabar sejarah yang benar? Yang mana satu selamat dari penyelewengan, pembohongan, dan tokoh-tambah? Maka, tidak dapat tidak, setiap sejarah yang datang dan sampai kepada kita perlulah terlebih dahulu mendapat semakkan, saringan, penelitian, dan penjelasan status kesahihannya. Dan ini tidak dapat tidak melainkan dengan meneliti rangkaian sanad-sanadnya sama ada dibawa oleh orang terpercaya atau sebaliknya. Dan ini hanya mampu dilakukan oleh para ahli ilmu yang alim dan pakar dalam bidangnya, terutamanya dari kalangan ahli hadis. Demikianlah Allah memeliharan ketulenan Islam ini, dengan sebuah ilmu yang dibawa pula oleh orang-orang yang benar lagi terpercaya.

Berawal dari metode inilah, sangat tampak jelas keistimewaan penulis buku sejarah ini adalah termasuk tokoh yang menguasai ilmu pengetahuan dari kalangan ulama ahli hadis, yang mengerti pelbagai dasar-dasar periwayatan, karakteristik yang membezakan, kritikan, dan penilaian terhadap riwayat-riwayat yang dapat diterima dan dan ditolak.

Keistimewaan ini terlihat dengan jelas dalam banyak perbahasan dari kitab ini, hanya saja masih ada dalam beberapa perbahasan tertentu dari kitab tersebut yang terlepas, sama ada dalam aspek teks hadis, dalam mengkritik sebahagian riwayat, atau pun dalam menimbang sebahagian hadis yang saling berbeza kupasannya, seperti perbezaan tahun di mana peristiwa tertentu itu terjadi atau dalam penyusunan dua peristiwa atau lebih, dalam menjelaskan wafatnya seseorang, atau pun bukti-bukti yang menguatkan peristiwa tertentu dan seterusnya.

Ibnu Katsir datang pada abad ke 8 Hijriyah, dan sebelumnya telah hadir banyak karya tulis selama enam abad, dan dia memiliki dan menguasai bahan yang sangat luas dan manpan, dan di hadapanya terbuka sesuatu yang secara utuh jarang diketahui atau disedari oleh para pendahulunya, atau mungkin tidak dikedepankan sebelumnya atas beberapa alasan, lalu kemudian ilmu itu terus-menerus mengalami perkembangan dan mendapat perhatian, sehingga mencapai titik kematangan.

Lantas, beliau pun menyusun kitabnya ini, dan beliau membuatnya seperti mengkritisi dan mencermati beberapa buah karya besar sebelumnya. Bahkan, tidaklah berlebihan kalau seseorang mengatakan, bahawa kitab ini hampir menjadi penutup jalan untuk menyusun kembali sejarah yang diawali dengan penciptaan makhluk serta kelanjutannya seperti pelbagai kisah orang-orang terdahulu, kemudian memperluas dan menjelaskan secara terperinci tentang fasa perjalanan hidup Nabi yang sangat harum, dilanjutkan sesudah itu dengan pelbagai peristiwa dan pelbagai informasi, yang di dalamnya berbaur dengan pelbagai peristiwa dengan pelbagai biografi, tempat dengan manusia yang mendiaminya, kedua hal tersebut adalah sumber pokok tentang ilmu sejarah, sehingga ke beberapa tahun menjelang wafatnya penulis. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
796 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise); kemudian sms/email-kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

624 - Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 3)

Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 3)

Judul Buku:
Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 3)

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110

Berat:

1.3kg

840 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise); kemudian sms/email-kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

623 - Tawassul Sunnah VS Tawassul Bid'ah

Tawassul Sunnah VS Tawassul Bid'ah

Judul Buku:
Tawassul Sunnah VS Tawassul Bid'ah

Penulis:
Abu anas Ali B. Husain Abu Luz

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM16

Berat:

200g

Keterangan Buku:

Telah ditetapkan dalam syari'at Islam bahawa perbuatan (ibadah) apa pun yang dilakukan oleh manusia perlu memenuhi dua syarat supaya diterima di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kedua syarat tersebut adalah:

Pertama, perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas hanya mengharap Wajah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tidak kerana sum'ah (meraih populariti), riya' (mahu dilihat orang lain) apatah lagi kerana mengharap harta dunia.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Sesiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya." (Surah al-Kahfi, 18: 110)

Kedua, perbuatan tersebut mestilah sesuai dengan Sunnah Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam.

Di antara persoalan yang sukar difahami oleh sebahagian orang sama ada orang-orang dahulu mahupun sekarang adalah sekitar isu tawassul. Oleh sebab itulah banyak di antara mereka yang tergelincir ke dalam pelbagai jenis tawassul yang dilarang dan bid'ah yang menyelisihi prinsip-prinsip dasar Islam dan petunjuk Nabi. Di mana perbuatan mereka itu menghilangkan syarat yang kedua dari syarat diterimanya amal ibadah.

Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah telah sepakat berkenaan disyariat-kannya tawassul. Mereka dalam soal ini, berdalil dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala  telah menyebutkan kata al-Wasilah secara khusus pada dua tempat dalam kitab-Nya yang mulia.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Rabb mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah).” (Surah al-Isra, 15: 57)

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya." (Surah al-Maidah, 5: 35)

Adapun dari hadis, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya daripada Jabir radhiyallahu 'anhu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Sesiapa yang berdoa ketika ia mendengar panggilan azan (dengan doa), "Ya Allah, pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, berilah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan bangkitkanlah dia ya Allah, di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka ia berhak mendapat syafa'at-ku pada Hari Kiamat." (Hadis Riwaya al-Bukhari, no. 614)

Dan dalam Shahih Muslim daripada 'Abdullah B. Amr B. al-Ash Radhiyallahu 'anhu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Apabila kalian mendengar muadzin menyeru (melaungkan azan) maka ikutilah seperti apa yang diucapkan, kemudian berselawatlah kalian ke atas-ku, kerana sesiapa yang berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali, lalu mohon-lah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah itu adalah suatu darjat di Syurga yang tidak diperuntukkan kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap bahawa hamba itu adalah aku, dan sesiapa memohonkan wasilah untukku nescaya ia berhak mendapatkan syafa'at." (Hadis Riwayat Muslim, no. 384)

Wasilah untuk Rasulullah itu adalah darjat yang tinggi lagi mulia. Dan tidaklah ada perselisihan di antara para ulama tentang disyariatkannya tawassul, akan tetapi perselisihan yang terjadi adalah dalam tata cara bertawassul. Dan banyak orang pada zaman sekarang ini yang menyimpang dalam perkara tata cara-nya, di mana mereka tergelincir dalam tawassul-tawassul yang bid'ah, bahkan syirik, kerana antaranya mereka berdalil dengan hadis-hadis yang lemah dan palsu lalu mereka berpegang kepadanya. Bahkan mereka menakwilkan (serta memutar-belitkan) ayat-ayat Allah dan hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan tentang tawassul dengan takwil-takwil yang batil dan bertentangan dengan prinsip-prinsip agama Islam.

Atas sebab begitu pentingnya permasalahan tawassul ini dan banyaknya orang yang tergelincir dalam persoalan tawassul yang terlarang, khususnya di negeri-negeri yang banyak terdapat orang-orang sufi, para pengikut tarekat, pengamal tasauf, orang-orang yang meminta ke kuburan wali, dan tempat-tempat yang dikeramatkan, maka inilah buku yang harus dibaca. Buku ini membahaskan secara tuntas pelbagai permasalah yang berhubung dengan konsep tawassul antara yang benar dengan yang menyimpang.

Perbahasan buku ini terbahagi menjadi empat pasal utama:

Pasal pertama, tentang tawassul yang di-Syari'atkan dan yang dilarang (diharamkan). Dijelaskan juga pembahagian-pembahagian dari bentuk-bentuk setiap dari kedua bentuk tawassul tersebut.

Pasal kedua, penjelasan sekitar hakikat tawassul dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, hukumnya, dan pembahagian-pembahagiannya.

Pasal ketiga, pencerahan sekitar bentuk-bentuk syubhat yang lazim di-pegang oleh ahli-ahli bid'ah dalam membolehkan tawassul dengan kedudukan dan diri manusia.

Pasal keempat, pencerahan berkaitan beberapa hadis, riwayat, dan kisah-kisah yang lemah dan palsu tentang tawassul, yang sering dijadikan hujah oleh orang-orang yang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Selain itu, setiap perbahasan turut dikemukakan sama fatwa-fatwa dari kalangan para ulama generasi awal lagi terdahulu.  [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
167 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise); kemudian sms/email-kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, October 23, 2012

622 - Empat Langkah Membaca & Menerjemah Kitab Gundul

Empat Langkah Membaca & Menerjemah Kitab Gundul

Judul Buku:
Empat Langkah Membaca & Menerjemah Kitab Gundul

Penulis:
Abu Hiya Salsabila

Penerbit:
Ukhuwatuna

Harga:
RM40

Berat:

550g

Keterangan Buku:

Sebuah buku yang disusun khusus untuk belajar bahasa Arab, membaca, dan menerjemahkan ayat-ayat berbahasa arab tanpa baris. Penulis mengetengahkan metode rumus dan kaedah Assasakiy. Iaitu mengajak para pelajar, para penuntut ilmu, dan para tenaga pengajar untuk belajar memahami bahasa Arab melalui tema-tema asas seperti mengenal huruf-huruf jar (harfu jar), jenis-jenis isim, majruur, hukum marfu', al-mubtada dan khobar, tawabi', al-manshub, kata fi'il, maf'ul, at-tamyiiz, i'rab, al-majzum, ilmu sharaf, adh-dhamir, al-awzan/wazan, mujarrad, dan beberapa lagi lainnya berserta dengan jadual dan fornula-formula penting lainnya turut disediakan. Latihan-latihan dan formula menerjemah dan membaca juga disediakan.

Ia sesuai untuk para penuntut ilmu, dan tenaga pengajar. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
334 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, October 3, 2012

621 - Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Judul Buku:
Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Judul Asal:

Kitabush Shaum: Syarah Bulughul Maram

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM75

Berat:

1000g

Keterangan Buku:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 2: 183)

Puasa dalam maksud syara' adalah ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Puasa ini adalah ibadah yang padanya didirikan berdasarkan syarat-syaratnya, hukum-hukumnya, dan adab-adabnya. Ia dilaksanakan sebagai ibadah dan dalam rangka bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya di atas.

Ini adalah sebuah buku yang diterbitkan hasil dari satu siri Syarah kitab Bulughul Maram karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Ia membukukan huraian dan syarahan atas hadis-hadis berkaitan hukum-hakam puasa dalam kitab Bulughul Maram karya al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).

Semoga dengan beredarnya buku ini, ia akan menambahkan lagi siri khazanah maklumat ilmu-ilmu Islam dalam kalangan masyarakat hari ini. Terutamanya dalam hal-ehwal berkaitan hukum-hakam puasa. Dalam dunia ilmu Islam, kita tidak boleh hanya berpuas hati terhadap satu dua sumber rujukan, tetapi seharusnya terus mempertingkatkan kadar keilmuan kita dari masa ke semasa, dari satu buku ke satu lainnya dengan bersungguh-sungguh demi menyelami ilmu-ilmu Allah Ta'ala. Semakin banyak ilmu yang ditela'ah, maka akan semakin tenang dan terbukalah dada kita terhadap agama ini. Akan semakin mudahlah untuk kita melaksanakan ibadah-ibadah kepada Allah dengan cara yang benar sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rauslullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sekaligus sebagai tanda cinta kepada Allah dan meraih kedekatan terhadap-Nya.

Semoga buku ini menjadi salah satu siri buku ilmu yang bermanfaat, Ameen. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
658 m/s.