Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, November 24, 2012

645 - Zam-zam Water (Shah Alam)

Air Zam-zam

Item: Zam-zam Water | Produk: Dibotolkan di Makkah, Saudi Arabia | Berat: 11kg +/- (Termasuk bekas) | Isipadu: 10ml | Hubungi: 012-6887715 | Harga: RM120.

Kami membekalkan dan mengedarkan air zam-zam untuk mereka yang memerlukannya dengan kadar kos yang berpatutan. Kawasan yang dapat kami capai buat masa ini adalah di sekitar Shah Alam. Bagi kawasan selain dari itu, penghantaran secara pos boleh diuruskan. Sila hubungi kami di 012-6887715. [Copyright Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Keutamaan Air Zam-zam

Keutamaan dan keistimewaan air zam-zam tidak dapat lagi disangkal kerana ia telah datang dengan jelas melalui dalil-dalil hadis yang sahih selain bukti-bukti melalui beberapa siri kajian sains kontemporari. Antaranya:

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم فيه طعام من الطعم وشفاء من السقم

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air Zam-zam, padanya terdapat makanan (yang mengenyangkan) dan padanya juga terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit.” (Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Kabiir, no. 11167. Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 5633. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Sahabat Nabi, Abu Ddzar menceritakan:

 وَلَقَدْ لَبِثْتُ يَا ابْنَ أَخِي ثَلَاثِينَ، بَيْنَ لَيْلَةٍ وَيَوْمٍ، مَا كَانَ لِي طَعَامٌ إِلَّا مَاءُ زَمْزَمَ، فَسَمِنْتُ حَتَّى تَكَسَّرَتْ عُكَنُ بَطْنِي، وَمَا وَجَدْتُ عَلَى كَبِدِي سُخْفَةَ جُوعٍ

“Wahai saudaraku, aku tinggal di sana (Makkah) tiga puluh hari antara malam dan siang. Aku tidak memiliki makanan kecuali air Zam-zam, sampailah perutku dipenuhi dengan air tanpa ada makanan lain untuk menghilangkan lapar melainkan air Zam-zam...”

... Kemudian beliau bertemu dengan Rasulullah. Rasulullah bertanya kepada beliau:

مَتَى كُنْتَ هَاهُنَا؟ قَالَ قُلْتُ: قَدْ كُنْتُ هَاهُنَا مُنْذُ ثَلَاثِينَ بَيْنَ لَيْلَةٍ وَيَوْمٍ، قَالَ: فَمَنْ كَانَ يُطْعِمُكَ؟ قَالَ قُلْتُ: مَا كَانَ لِي طَعَامٌ إِلَّا مَاءُ زَمْزَمَ فَسَمِنْتُ حَتَّى تَكَسَّرَتْ عُكَنُ بَطْنِي، وَمَا أَجِدُ عَلَى كَبِدِي سُخْفَةَ جُوعٍ

“Sudah berapa lama engkau di sini?” Aku (Abu Dzar) jawab, “sekitar tiga puluh hari, antara malam dan siang.”  Beliau bertanya lagi, “Jadi, siapa yang memberimu makan?” Abu Dzar jawab, “Aku tidak memiliki makanan melainkan hanya air Zam-zam. Aku kenyang hingga penuh perutku dan aku tidak menemukan makanan untuk menghilangkan rasa lapar.” Lalu Rasulullah pun bersabda:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

“Sesungguhnya ia adalah air yang diberkahi. Bahwasanya ia adalah makanan yang mengenyangkan.” (Shahih Muslim, no. 2473)

Imam Mujahid rahimahullah (Wafat: 103H) berkata:

زَمْزَمُ لِمَا شُرِبَتْ لَهُ، إِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ الشِّفَاءَ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ أَنْ يَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ أَنْ تُشْبِعُكَ أَشْبَعَتْكَ هِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ، وَسُقْيَا اللَّهِ إِسْمَاعِيلَ

“Air Zam-zam diminum berdasarkan apa yang dihajatinya, jika engkau meminumnya dengan menginginkan kesembuhan, maka semoga Allah menyembuhkan engkau. Dan jika engkau meminumnya kerana ingin memutuskan dahaga maka Allah akan mencukupkan engkau. Dan jika engkau meminumnya kerana lapar, maka Allah akan mengenyangkan engkau. Ia adalah hasil galian Jibril, dan minuman yang Allah bekalkan untuk Isma’il.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9124). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Disunnahkan berdoa ketika meminumnya

Termasuk sunnah ketika minum air Zam-zam adalah berdoa dengan apa yang diinginkan berdasarkan adab-adab doa disyari’atkan, serta berniat dengan apa yang dihajatinya dari kebaikan dunia dan akhirat seperti untuk berubat, mengambil manfaat, atau yang seumpamanya.

Ibnu ‘Abbas radliyallahu ‘anhuma apabila meminum air Zam-zam, beliau berdoa (dengan doa):

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rizki yang lapang, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”. (Sunan ad-Daruquthni, no. 2738. Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9112)

Kemudian, di antara adab ketika meminum air Zam-zam adalah sebagaimana dijelaskan pada sebuah riwayat dalam Sunan Ibni Majah dan selainnya:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ فَقَالَ لَهُ: مِنْ أَيْنَ جِئْتَ؟ فَقَالَ شَرِبْتُ مِنْ زَمْزَمَ فَقَالَ لَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ: أَشَرِبْتَ مِنْهَا كَمَا يَنْبَغِي؟ قَالَ: وَكَيْفَ ذَاكَ يَا ابْنَ عَبَّاسٍ؟ قَالَ: إِذَا شَرِبْتَ مِنْهَا فَاسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَتَنَفَّسَ ثَلَاثًا وَتَضَلَّعْ مِنْهَا فَإِذَا فَرَغْتَ فَاحْمَدِ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: آيَةٌ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُنَافِقِينَ أَنَّهُمْ لَا يَتَضَلَّعُونَ مِنْ زَمْزَمَ

“Datang seorang lelaki kepada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Ibnu ‘Abbas bertanya kepadanya, “Dari mana engkau datang?” Ia menjawab, “Baru lepas minum Zam-zam.”

Ibnu ‘Abbas berkata, “Minumlah darinya mengikut keperluan.” Ia bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Ibnu ‘Abbas?”

“Jika engkau minum darinya, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah nama Allah, bernafaslah tiga kali, dan perbanyaklah meminumnya. Kemudian apabila engkau telah selesai, maka pujilah Allah ‘Azza wa Jalla, kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Sesungguhnya di antara tanda yang membezakan antara kami dengan orang-orang munafiq adalah bahawasanya mereka tidak sudi memperbanyak minum air Zam-zam.” (Sunan ad-Daruquthni, no. 2736. Sunan Ibnu Majah, no. 3052)

Untuk keterangan lanjut tentang sejarah dan keutamaan air Zam-zam, para pembaca boleh merujuk ke website: http://www.ilmusunnah.com/?p=9070

644 - Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin)

Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah
(Intisari Ihya' 'Ulumuddin)

Judul Buku:
Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah
(Intisari Ihya' 'Ulumuddin)

Penulis:
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H)

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM70

Berat:

1.31kg

Keterangan Buku:

Kitab yang sedang anda perhatikan ini adalah sebuah kitab yang menjelaskan kepada anda kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat taqwa, menyelami erti adab/akhlak ada dalam pelbagai aspek kehidupan, konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama. Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali). Ini adalah kerana kitab Ihya' Ulumuddin adalah sebuah kitab yang mengajak kepada semua itu (tazkiyatun nafs/penyucian jiwa), namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan/kesalahan dari segi pembawaan dalil dengan mengedepankan hadis-hadis yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf. Maka, apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada banyak syubhat dan penyimpangan di dalam urusan dan tujuan asal, iaitu penyucian jiwa.

Maka, Kitab ini (Minhajul Qashidin) pun disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah. Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan anda terjemahannya sekarang. Kemudiannya kitab ini dipersembahkan dengan semakkan tambahan oleh Syaikh Ridwan Jami' yang di antaranya dengan tambahan takhrij bagi setiap hadis yang dibawakan oleh kitab ini dengan berpandukan takhrij Syaikh al-Albani rahimahullah semoga dengannya mampu memberi keyakinan kepada kita dalam mengambil dan menghadam setiap helaian isi kandungannya.

Di antara kandungan yang dipersembahkan untuk anda melalui kitab ini adalah berkenaan wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan al-Qur'an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Prinsip yang dibawakan oleh penyusun kitab ini adalah dengan prinsip yang sahih lagi ilmiah berpandukan al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman yang benar di atas jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Yang dengannya menafikan konsep penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) yang menyimpang lagi menyesatkan yang tidak bersumberkan dalil agama yang benar dan jelas.

Keistimewaan Terbitan/Terjemahan Darul Haq

1, Disertakan penjelasan takhrij berpandukan kitab-kitab hadis Syaikh al-Albani.
2, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi.
3, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh Zuhair asy-Syawisy.
4, Format editing dan persembahan yang lebih menarik dan mesra pembaca.

Jumlah Muka Surat:
766 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

643 - Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam (Soft Cover)

Sutra Ungu
Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam
(Soft Cover)

Judul Buku:
Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam

Penulis:
Abu Umar Basyier

Penerbit:
Rumah Dzikir

Harga:
RM18

Berat:

230g

Keterangan Buku:

Sebahagian dari bukti sempurnanya Islam, ia adalah agama yang menjadi petunjuk kehidupan bagi manusia. Sampai dari sekecil-kecil masalah, sehinggalah sebesar-besar masalah ada dikupas dan dijelaskan di dalam Islam. Dari hal-hal yang nyata tampak di depan mata, sampailah hal-hal yang ghaib dan berita-berita masa depan turut dibahaskan. Dari urusan buang air, sampailah urusan mentadbir negara dan dunia dijelaskan di dalamnya. Semuanya adalah dalam rangka mentauhidkan Allah, yang mana dari-Nya kita datang dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Kerana Allah yang telah menciptakan kita, maka Dia-lah yang lebih tahu akan apa yang Dia ciptakan. Oleh itulah, Islam adalah sebenar-benar manual petunjuk untuk manusia.

Dan di antara hal-hal yang turut dibahaskan dan diperincikan oleh agama yang indah dan cukup luas ini adalah suatu yang sering menjadi misteri di dalam selimut hidup berumah-tangga. Iaitu hal-hal yang mencakupi nikmat berumah-tangga suami isteri, dan hal-hal berkaitan hubungan intim di antara keduanya. Mungkin dalam keadaan tertentu, perbincangan sekitar isu seks termasuk perkara yang tabu, menyebabkan dipandang serong, dan memalukan. Namun, kita harus menerima bahawa Islam tidak mengabaikan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan jalan yang benar dalam merealisasikannya. Asalkan memenuhi adab dan ilmu dari sumber yang benar.

Buku ini dengan judulnya, "Sutra Ungu" adalah sebuah buku yang tidak kurang hebatnya. Ia tampil membahaskan persoalan fiqh hubungan intim atau seks dari kaca mata Islam.

Mungkin sebelum ini ramai yang tertanya-tanya akan sama ada wujud atau tidak perbahasan berkaitan seks dalam Islam, ataukah Islam mendiamkannya. Maka, buku ini tampil sebagai jawaban, sekaligus muncul sebagai rujukan panduan adab-adab seks dalam Islam. Ternyata Islam tidak membiarkan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan panduan sebagaik bukti kesempurnaannya sebagai diin (jalan hidup).

Tidak kurang ramai pasangan suami isteri yang jahil dalam persoalan seks dan hubungan intim bersama pasangan mereka, tetapi mereka malu hendak bertanya dan mencari jawaban. Akhirnya ia menjadi sebab hubungan bertukar dingin.

InsyaAllah, buku ini mampu membimbing. Di antara nikmat-nikmat dalam hidup berumah-tangga adalah jalinan hubungan intim bersama pasangan yang halal, bahkan membuahkan pahala dan bakal diberi khabar gembira dengan berolehnya cahaya mata kurniaan Allah. Maka, jangan sia-siakan jalinan hubungan intim kalian bersama pasangan begitu sahaja. Sebaliknya, jalinkanlah ia dengan penuh romantis, kasih-sayang, dan ilmu yang benar. Semoga ia tidak hanya sekadar memuaskan nafsu di ranjang, tetapi juga mampu menjadi sarana ke arah hidup bahagia sekaligus membuahkan pahala dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا

Beberapa orang dari sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memiliki banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan harta yang mereka miliki.”

Beliau pun bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala.” (Shahih Muslim, no. 1006). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Di antara skop perbahasan yang dikupas oleh penulis adalah sebagaimana berikut:

1, Sejauh mana pentingnya seks?
2, Salah faham tentang seks.
3, Pendidikan seks dalam Islam.
4, Malu berbicara soal seks.
5, Manfaat dan faedah seks.
6, Pendidikan dan Fiqh seks.
7, Titik klimaks.
8, Posisi dan variasi.
9, Hubungan seks yang menyimpang dan terlarang.
10, Ejakulasi.
11, Pengurusan seks.
12, Oral seks dari perspekstif Islam.
13, Hukum video seks demi membangkitkan ghairah.
14, Stamina.
15, Rahsia pemakanan.
16, Penggugah ghairah.
17, Tips menjaga stamina.
18, Kekerapan seks.
19, Hukum 'Azl
20, Saling memahami.
21, Bila harus mandi wajib?
22, Sentuhan malam pertama.
23, Beberapa catatan dan nasihat.

Serta beberapa lagi lainnya.

Semoga bermanfaat buat semua yang mahu memanfaatkannya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
224 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

642 - Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4 (Tafsir Surah Al-Hijr hingga An-Naml)

Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4
(Tafsir Surah Al-Hijr hingga An-Naml)

Judul Buku:
Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4
(Tafsir Surah Al-Hijr hingga An-Naml)

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)
Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM110

Berat:

1.9kg

Keterangan Buku:

Dalam memahami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran Al-Qur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama generasi awal dari kalangan salaf yang terdiri dari para pembesar sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama yang mengikuti mereka dengan baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya berbekalkan logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.

Di antara sebab kenapa kita wajib berpedoman dengan pemahaman dan manhaj (prinsip-prinsip) para sahabat dalam memahami Al-Qur'an adalah kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar. Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka berguru kepada Nabi secara langsung. Mereka tahu apabila sesuatu ayat Al-Qur'an diturunkan, ia diturunkan atas dasar apa dan apa latar belakang ayat tersebut. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka mendapat pengiktirafan secara langsung dari langit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik bernama sahabat.

‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka  ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/202-203)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)

Di dalam Al-Qur'an, Allah mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak mereka. Maksud firman Allah Ta'ala:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Oleh itu, di antara kitab tafsir agung dalam dunia Islam ahli sunnah wal-jama'ah adalah kitab Tafsir Ibnu Katsir ini. Ia adalah tafsir bil-matsur iaitu tafsir yang memuatkan methode penafsiran secara murni berpandukan manhaj para sahabat. Di dalamnya terpenuhi dengan hadis-hadis Nabi, kata-kata (fatwa-fatwa) para sahabat, pendapat-pendapat yang kuat dari kalangan tabi'in, serta hujah-hujah kesimpulan dari para pembesar mazhab ahli sunnah wal-jama'ah. Lebih menguatkan kedudukan Tafsir Ibnu Katsir ini, ia sentiasa mendapat dukungan dan rekomendasi para ulama dari zaman berzaman sehingga kini sebagai tafsir yang amat baik untuk para penuntut ilmu dan kalangan awam.

Amat sedih dan miskin, sekiranya rumah-rumah kita tidak memilikinya dan tidak pernah memiliki impian untuk memilikinya sekaligus menela'ahnya. Amat sayanglah sekiranya manfaat besar yang terkandung di dalamnya tidak diendahkan oleh umat Islam sendiri.

Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi Allah memudahkan kita semua untuk memahami ayat-ayat Al-Qur'an melalui tafsir ini di mana apabila kitab Tafsir Ibnu Katsir ini telah pun diterjemahkan. Ini adalah edisi tahqiq (penelitian dan semakkan), takhrij (penjelasan status hadis), dan ringkasan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377).

Para ulama menyatakan bahawa tahqiq dan muktashar (ringkasan) Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ke atas Tafsir Ibnu Katsir ini sebagai antara tahqiq dan mukhtashar terbaik setakat ini berbanding edisi-edisi lainnya. Beliau memastikan hanya hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang sahih dan hasan sahaja yang dipersembahkan oleh edisi ini. Walaupun demikian tidak setiap hadis yang dhaif (lemah) dikeluarkan apabila di sana ada keperluan bagi menjelaskan tarjih asal milik al-hafiz Ibnu Katsir dan bagi mehilangkan syubhat.

Beliau juga berusaha memperbaiki beberapa bentuk kekeliruan atau kesilapan teknikal yang terdapat dalam edisi asal oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah. Selain itu, beliau turut menjelaskan secara panjang lebar sebahagian hadis-hadis yang mendapat kritikan dan pertikaian. Syaikh Ahmad Syakir juga menyatakan yang beliau turut mengeluarkan riwayat-riwayat Israiliyyat dan yang seumpamanya dalam edisi ini kerana berdasarkan methode Al-Hafiz Ibnu Katsir sendiri pun, beliau memang mencela khabar-khabar Israiliyyat tersebut di beberapa tempat dalam tafsirnya. Syaikh Ahmad Syakir turut menjelaskan secara panjang lebar sekitar 6 muka surat pada bahagian mukaddimah kitab ini tentang manhaj dan prinsip Al-Hafiz Ibnu Katsir terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang dimaksudkan.

Kemudiannya, teks-teks al-Qur'an yang disebutkan di dalam edisi ini umumnya adalah berdasarkan resm 'Utsmani sebagaimana ditegaskan oleh pemerintah Mesir (negara Syaikh Ahmad Syakir).

Setiap apa yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ini dalam usahanya mentahqiq, mentakhtij, dan meringkas tafsir Ibnu Katsir ini antaranya adalah dalam rangka memudahkan golongan awam dan penuntut ilmu agar mampu mengambil manfaat secara optima.

Kata Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah:

"Saya sendiri bersesuaian dengan fitrah keilmuan dan pengetahuan saya berkaitan kitab-kitab dan khazanah peninggalan sejarah Islam yang agung, sebenarnya tidak gemar meringkaskan kitab-kitab atau melakukan perubahan di dalamnya. Akan tetapi saya dihadapkan dengan keperluan dan kepentingan yang mendesak untuk mendekatkan corak pemahaman tafsir kepada para pembaca di peringkat menengah yang memiliki wawasan ilmu, yang mana mereka masih tidak mampu menela'ah dan menyerap ilmu-ilmu pengetahuan yang bermanfaat secara benar lagi mendalam, dan mereka yang belum benar-benar mengerti tentang istilah-istilah yang diguna-pakai oleh para ulama dalam disiplin ilmu. Demikian juga untuk para penuntut ilmu Islam di pelbagai penjuru alam Islami. Untuk itu, saya pun merasa amat perlu melakukannya." (Mukaddimah 'Umdatut Tasir 'an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Mungkin sebagai suatu maklumat yang menarik untuk sama-sama kita ketahui di sini, Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah menjelaskan:

"Al-Hafiz Ibnu Katsir memulakan penulisan tafsirnya ini bermula dari Surah Al-An'am, ayat 100 sehingga akhir surah, An-Naas. Kemudian barulah beliau memulakan semula tulisannya dari Surah al-Baqarah hingga Surah Al-An'am, ayat 99. Al-Hafiz Ibnu Katsir menyelesaikan karya tafsirnya ini selama sekitar 4 tahun lamanya. Ia diselesaikan pada tarikh 24 Dzulqa'dah tahun 741H, hari Juma'at."

Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan as-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada.

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Jumlah Muka Surat:
1133 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

641 - Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3 (Tafsir Surah al-A'raaf hingga Surah Ibrahim)

Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3
(Tafsir Surah al-A'raaf hingga Surah Ibrahim)

1107 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, November 16, 2012

640 - 12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah

12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah

Judul Buku:
12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah

Penulis:
Dr. Muhammad Arifin B. Badri

Penerbit:
Darul Ilmi Publishing

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:

Betapa sering kita mengucapkan, mendengar, mendambakan dan berdo’a untuk mendapatkan keberkahan. Keberkahan dalam umur, keluarga, usaha, harta benda dan keberkahan lainnya. Bahkan, kerana begitu besar harapan kita untuk mendapatkan keberkahan, sampai-sampai kita sentiasa saling mendo’akan dengan mengucapkan:

“Assalaamu’alaikum wa Rahmatullaahi wa Barakaatuh...” (Semoga ke atas kamu keselamatan, rahmat, dan keberkahan dari Allah).”

Do’a agung nan indah ini, telah dijadikan sebagai ucapan salam ketika kita berjumpa dan berpisah. Hal ini adalah bukti nyata akan pentingnya peranan keberkahan dalam hidup kita. Akan tetapi, pernahkah kita bertanya: Apakah sebenarnya keberkahan itu? Dan bagaimana keberkahan dapat digapai?

Dari mana pula datangnya berkah?

Bersama tulisan ini penulis mengajak saudara-saudara sekalian untuk sedikit menyelami maksud dan aplikasi dari keberkahan. Dengan harapan, kita dapat merealisasikan keberkahan dalam harta yang berhasil kita peroleh dengan cucuran keringat kita. Sehingga, harta tersebut, benar-benar berguna bagi kita dan juga anak keturunan kita. Bukan hanya di dunia, akan tetapi keberkahan harta kita dapat kita rasakan hingga kehidupan di akhirat kelak.

Semoga Allah melumuri keberkahan itu pada setiap tetes peluh kita, pada setiap lelah pandangan kita dan pada setiap akhir kerdipan mata kita. Amiin.

Sepintas lalu tentang keberkahan

"Berkah" atau "al-barakah" bila kita pelajari dengan benar, sama ada melalui ilmu bahasa Arab atau melalui dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, nescaya kita akan mendapatkan bahawa "al-barakah" memiliki makna dan cakupan yang sangat luas dan agung.

Secara ilmu bahasa, "al-barakah" bererti "Berkembang, bertambah, dan kebahagiaan.” (Al-Faiyyumy, Al-Misbah al-Munir, 1/45. Al-Fairuz Abadi, al-Qamus al-Muhith, 2/1236. Ibn Mandzur, Lisan al-'Arab, 10/395)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata, "Asal makna keberkahan ialah kebaikan yang banyak dan abadi." (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 1/225)

Walaupun begitu maksudnya, kebaikan dan perkembangan tersebut tidak boleh hanya difahami dalam wujud yang nyata (atau fizikal), seperti jumlah harta yang sentiasa bertambah dan berlipat kali ganda dari sudut nilaian mata wang. Sebaliknya, kebaikan dan bertambahnya harta mungkin juga dapat dinilai dari aspek manfaat dan kegunaan harta tersebut, walaupun jumlahnya tidaklah banyak, tidak bertambah, dan tidak juga bernilai besar. Iaitu maksudnya; manfaatnya yang besar, kewujudannya yang sangat membantu, dan memiliki jasa yang besar. Walaupun tidak bernilai mahal dari sudut nilai wang ringgit.

Misalnya, mungkin saja seseorang yang hanya memiliki sedikit dari harta benda, akan tetapi kerana harta itu penuh dengan keberkahan, maka ia terhindar dari pelbagai bentuk mara bahaya, penyakit, dan hidupnya pun tenteram lagi merasa cukup. Dan sebaliknya, mungkin boleh jadi seseorang yang hartanya melimpah-ruah, akan tetapi kerana tidak diberkahi Allah, hartanya tersebut menjadi sumber bencana, penyakit, dan bahkan mungkin ia tidak dapat manfaat yang baik dari harta tersebut.

Ini mungkin dapat lebih jelas lagi sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis di mana Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menceritakan tentang pelbagai kejadian yang mendahului kebangkitan menjelangnya hari Kiamat, beliau bersabda:

ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، وَرُدِّي بَرَكَتَكِ، فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنَ الرُّمَّانَةِ، وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا، وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ، حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنَ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنَ النَّاسِ

“Akan diperintahkan (oleh Allah) kepada bumi: Tumbuhkanlah buah-buahanmu, dan kembalikan keberkahanmu, maka pada masa itu, sekelompok orang akan merasa cukup (menjadi kenyang) dengan memakan sebiji buah delima, dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Dan air susu diberkahi, sehingga sekali perahan dari seekor unta dapat mencukupi keperluan ramai orang, dan sekali perahan susu seekor lembu dapat mencukupi manusia seramai satu kabilah, dan sekali perahan dari susu seekor kambing dapat mencukupi satu cabang kabilah.” (Shahih Muslim, no. 2937. Bab Peringatan Tentang Dajjal, sifat-sifatnya, dan apa yang bersamanya)

Demikianlah ketika rezeki benar-benar diberkahi Allah, mungkin saja rezeki yang dikurniakan itu dalam bentuk yang sedikit jumlahnya, akan tetapi manfaatnya amatlah besar, sampai-sampai sebiji buah delima mampu mengenyangkan segerombolan manusia, dan susu hasil perahan seekor lembu mampu mencukupi keperluan orang-orang seramai satu kabilah.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata, “Tidaklah kelapangan rezeki dan amalan diukur dengan jumlahnya yang banyak, tidaklah juga panjangnya umur dilihat dari panjangnya bulan dan tahunnya. Akan tetapi, kelapangan rezeki dan umur diukur dengan keberkahannya.” (Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibnu Qayyim, m/s. 56)

Bahkan hal menakjubkan seperti ini pernah berlaku dalam sejarah Islam. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Sungguh, dahulu biji-bijian, sama ada gandum atau selainnya lebih besar berbanding sebagaimana yang ada sekarang, sebagaimana keberkahan yang ada padanya lebih banyak. Imam Ahmad telah meriwayatkan melalui jalur sanadnya, bahawa telah ditemukan di gudang sebahagian khalifah Bani Umayyah sekantung gandum yang biji-bijinya sebesar biji kurma, dan pada kantung luarnya tertulis label: “Ini adalah gandum hasil tuaian di masa keadilan ditegakkan.”.” (Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’ad, 4/363)

Jadi, selami dan telusurilah rahsia dan kiat-kiat yang benar dalam meraih keberkahan dari Allah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
134 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

639 - Buku Poket Etika Seorang Muslim

Buku Poket Etika Seorang Muslim

Judul Buku:
Buku Poket Etika Seorang Muslim

Penulis:
Lajnah Daar Al-Wathan

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM5

Berat:

100g

Keterangan Buku:

Buku bersaiz kecil ini menyenaraikan etika dan adab-adab harian seorang Muslim. Ia amat bermanfaat untuk sesiapa yang berusaha gigih dalam mengikuti dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih.

Di antara etika dan adab-adab seorang Muslim yang disenaraikan adalah:

Etika Tidur, Etika buang hajat, etika berpakaian, etika berhias, etika di jalanan, etika memberi salam, etika meminta izin ketika di rumah orang, etika dan adab bertamu, etika bermajlis, etika berbicara, etika bergurau-senda, etika bergaul, etika di masjid, etika berdoa, etika makan dan minum, etika menjenguk orang sakit, etika mengurus jenazah, etika safar, etika berkomunikasi, etika suami isteri, etika berjiran, dan etika di pasar.

Walaupun saiznya kecil, tetapi manfaatnya amat besar bagi yang mencari kebaikan sunnah yang sahih di dalamnya. Ia amat sesuai dijadikan sebagai nota poket, mudah dibawa ke mana-mana, dijadikan sebagai cenderahati, hadiah, sebaran, risalah dakwah, dan seumpamanya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
139 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, November 13, 2012

638 - Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.

Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.

Judul Buku:
Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.

Penulis:
Abu Muhammad Ibn Shalih Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3

Berat:

0.38g

Keterangan Buku:

Sebagaimana disebutkan dalam hadis, Sesungguhnya amal seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Apabila solatnya itu baik, maka ia beruntung dan berjaya. Apabila solatnya itu rosak, maka ia pasti kecewa dan merugi. Jika terdapat sesuatu yang kurang dari solat fardhu, maka Rabb Tabaaraka wa Ta'ala berfirman, "Lihatlah oleh kalian, adakah hamba-Ku memiliki solat sunnah?" Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat fardhu tersebut. Kemudian amal-amal yang lain pun diperlakukan demikian."

Semoga buku ini mampu membantu orang-orang yang sentiasa berusaha melaksanakan ibadah-ibadah sunnah dalam rangka mendekatkan diri kepada Rabb-nya. Semoga ia membantu meningkatkan motivasi di dalam diri untuk berusaha lebih gigih sekaligus melaksanakannya dengan tatacara yang menepati sunnah.

Selain itu, di antara keistimewaan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

637 - Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid

Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid

Judul Buku:
Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid

Penulis:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Penerbit:
BPPI

Harga:
RM10

Berat:

130g

Keterangan Buku:

Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia amat-amat membanggakan dan dirindukan. Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin. Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu. Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.

Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya. Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Rasa gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.

Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari dasar aqidah dan keimanan mereka yang amat-amat rapuh. Boleh dikatakan kefahaman dan pegangan terhadap agama terlalu cetek sehingga mudah diperkotak-katikkan.

Bukti kerapuhan aqidah umat Islam pada hari ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan kesyirikan. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, pasti akan kita dapati sebahagian besar dari mereka menggantung sesuatu di bahagian dinding belakang kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kilat berwarna kuning keemasan, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, rangkaian “angka 786”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan atau menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, memelihara ikan puyu sebagai pendinding dari pukau, manakala ikan kelisa sebagai pembawa tuah, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih terlalu ramai dalam kalangan masyarakat Islam hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan atau rezeki dan dalam masa yang sama menolak mudharat.

Apabila budaya khurafat dan tahayyul yang penuh kesyirikan seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat tersebut.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.  [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Juga sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menjelaskan keutamaan dalam berdakwah:

إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kelompok ahli kitab, maka hendaklah yang pertama kali engkau dakwahkan kepada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7372)

Tetapi pada hari ini, sebahagian pengaku “pendakwah dan pejuang Islam” lebih mengutamakan “mendakwah” orang-orang kafir dengan seruan banteras rasuah, mansuhkan akta zalim sekian-sekian, tegakkan demokrasi, raikan persamaan antara agama, undi parti kami, dan tumbangkan kerajaan!

Sebenarnya kita perlu kembali memahami perkara ini sebaik-baiknya. Jangan sampai tersalah langkah meninggalkan methode dakwah para Nabi. Akhirnya terjebak pula ke lembah syirik lalu menjadi kufur tanpa sadar.

Tertegaknya tauhid dan terhapusnya syirik adalah formula utama kejayaan umat Islam di masa lampau. Ini dapat dilihat dari sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Tetapi setelah kesyirikan kembali subur di kalangan umat Islam, mereka pun kembali lemah lagi terhina. Maka dari itu, hendaklah kita bangkit semula menyusun kekuatan dengan memfokuskan, mengutamakan dan mendakwahkan tauhid. Sebagaimana yang dilakukan oleh para pendahulu kita dari kalangan Rasul-rasul Allah.

Jumlah Muka Surat:
52 m/s.