Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 31, 2012

671 - Sabar & Syukur, Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur

Sabar dan Syukur
Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur


Judul Buku:
Sabar & Syukur
Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur
Judul Asal: 'Idah ash-Shoabiriin wadz- Dzaakhirah asy-Syakiriin

Penulis:
Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

Penerbit:
Pustaka Nuun

Harga:
RM50

Berat:

1.0kg

Keterangan Buku:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Orang-orang beriman yang sempurna dan tulus keimanannya akan sentiasa baik urusannya kerana dia sentiasa bersyukur dan bersabar. Dia sentiasa berada pada kedudukan redha dan merasa cukup. Baginya, kesenangan yang diterima adalah anugerah, manakala musibah yang menimpa pula adalah ujian yang mampu menaikkan kedudukannya serta membuahkan pahala tanpa batasan dari sisi Allah.

Manakala orang yang tidak beriman, hatinya sentiasa gelisah dan jiwanya selalu meronta walau begitu banyak kelebihan yang diraih. Apatah lagi kalau musibah pula yang datang, lebih lagi jiwanya tersiksa. Hatinya penuh hasad, kemarahan, memberontak, tidak redha, sehingga menjadikannya penuh dosa. Orang-orang yang tidak beriman dia selalu membenci dan tidak sabar dalam menjalani ketentuan taqdir Allah Ta’ala ke atas dirinya.

Maka di sinilah pentingnya memahami nilai sabar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba. Seorang hamba pasti memerlukan kesabaran dalam setiap keadaan yang ditempuhinya. Kerana setiap apa yang dialaminya di dunia ini pasti tidak lepas dari dua keadaan, iaitu yang pertama apabila dia mendapat nikmat anugerah dari Allah, maka dia wajib bersabar dalam menerima, menikmati, dan menyelenggarakannya. Keduanya, ketika dia menerima musibah, sudah tentu dia perlu lebih lagi bersabar dalam menanganinya agar tidak bersikap melampaui batas.

Erti Sabar Dalam Islam

Sabar dapat dimaksudkan sebagai pengurusan diri untuk tetap melaksanakan ketaatan terhadap Allah berdasarkan apa yang disyari’atkan dan menahan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya serta bersikap redha terhadap setiap ketentuan taqdir-Nya tanpa berkeluh-kesah atau melampaui batas. Oleh itu, sabar di sini terbahagi kepada tiga keadaan iaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menahan diri terhadap kemaksiatan, dan sabar dengan setiap ketentuan taqdir dari Allah Ta’ala (dengan tidak meninggalkan ketaatan dan melakukan yang haram akibat diuji atau ketika tertimpa musibah).

Maka dari itu, hukum sabar adalah wajib dan tiada istilah “sabar itu memiliki hadnya” atau “sabar itu ada batasnya.” Maka yang benar, sabar itu adalah wajib dalam apa jua keadaan bertepatan dengan maksud yang dijelaskan.

Jika mungkin ada yang bertanya, sampai bila mahu bersabar? Maka jawabnya, sabar itu wajib sampai ajal datang menjemput bersesuaian dengan apa yang disyari’atkan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)

Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):

أمروا أن يصبروا على دينهم الذي ارتضاه الله لهم، وهو الإسلام، فلا يدعوه لسرّاء ولا لضرّاءَ ولا لشِدَّة ولا لرِخَاء، حتى يموتوا مسلمين

“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslim.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)

Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan benar-benar akan Kami berikan ujian kepada kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka itulah yang mendapat selawat (keselamatan) yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)

Allah Ta’ala memberitahu kita bahawa Dia akan menguji para hamba-Nya dengan kesenangan dan kesusahan, rasa takut, lapar, hilangnya harta, hilangnya orang yang disayangi, dan merosotnya hasil bumi. Ini semua adalah termasuk bentuk-bentuk ujian yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar dengannya maka ia mendapat pahala melimpah-ruah dan khabar gembira di Syurga, sebaliknya sesiapa yang putus-asa, maka ia sendiri yang rugi malah akan beroleh azab.

Dari itu, sesiapa yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan yang dihadapinya sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah, bererti dia telah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jadi, fahamilah hakikat sabar dengan baik-baik. Kerana ganjaran bagi orang yang bersabar adalah tanpa batas dan tidak terkira banyaknya. Dari sisi Allah-lah balasannya. Manakala mereka yang tidak sabar, maka dia akan celaka. Diikuti dengan sabar, rasa syukur dan redha pula pasti akan mengiringi. Fahamilah semua ini dengan lebih terperinci lagi melalui buku hasil karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini. Sebuah pengungkaran keindahan sabar, syukur, dan redha serta rahsia-rahsia (hikmah) di balik hakikat tersebut.

Jumlah Muka Surat:
480 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

670 - Shaidul Khathir, Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup

Shaidul Khathir
Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup


Judul Buku:
Shaidul Khathir
Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup

Penulis:
Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H)

Penerbit:
Maghfirah Pustaka

Harga:
RM60

Berat:

0.9kg

Keterangan Buku:

Melalui buku ini, Imam Ibnul Jauzi rahimahullah mengajak kita mengembara menelusuri pelbagai persoalan. Sama ada di bidang 'aqidah, fiqh, hadis, tazkiyatun nufus, mahupun pemasalahan-permasalahan adab serta akhlak. Beliau membuka lembaran pengembaraan ini dengan nasihat-nasihat ringkas, mudah, lagi berharga. Nasihat-nasihat dan pesan-pesan di dalamnya, cukup memberikan kesan yang menusuk jiwa. Mampu memberi pengaruh yang positif dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.

Penulis (Ibnul Jauzi), selain dikenali melalui karya ini, beliau juga terkenal dengan kitabnya, Talbis Iblis yang memuatkan prinsip-prinsip penting dalam menghadapi kepelbagaian jenis perpecahan, kelompok atas nama agama, dan mengenal jenis-jenis kelompok umat Islam antara satu sama lain, baik yang sesat mahupun yang fitrah di atas al-haq.

Namun buku ini agak berbeza dari karya beliau berjudul Talbis Iblis. Buku Shaidul Khaathir ini memuatkan lebih banyak nasihat-nasihat dan hal-hal yang mampu menundukkan jiwa. Buku yang santai. Ia adalah buku yang mampu menjadi motivasi dan memberi galakkan semangat dalam berbuat kebaikan. Menundukkan hawa nafsu, dan mengajak para pembaca mengingat kembali tanggungjawab kita saban hari sebelum menuju ke alam kekal abadi.

Jumlah Muka Surat:
581 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

669 - Al-Ijma' (Kesepakatan Para Ulama Salaf) Karya Imam Ibnul Mundzir (Wafat: 318H)

Al-Ijma'
(Kesepakatan Para Ulama Salaf)
Karya Imam Ibnul Mundzir (Wafat: 318H)


Judul Buku:
Al-Ijma' (Kesepakatan Para Ulama Salaf)
Karya Imam Ibnul Mundzir (Wafat: 318H)

Penulis:
Imam Ibnul Mundzir rahimahullah (Wafat: 318H)

Penerbit:
Akbar Media

Harga:
RM17

Berat:

300g

Keterangan Buku:

Ijma' secara Istilah didefinisikan sebagai: Kesepakatan semua mujtahid umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam setelah wafat beliau, di suatu masa tertentu atas suatu permasalahan keagamaan. (lihat: Syarh al-Kawakib, 1/211. Bayan al-Mukhtashar, 1/522. Al-Mustashfa, 1/186. Al-Ihkam karya al-Amidi, 1/235. Al-Musawwadah, m/s. 329. Ushul as-Sarkhasi, 1/316. Manahij al-Uquul, 2/425. dan Al-Ahkam karya Ibnu Hazm, 2/552)

Ijma' (konsesus) adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama dengan merujuk pada al-Qur'an dan al-Hadis.

Kedudukan Ijma' dalam fiqh islam  merupakan salah satu sumber dalil Syar’i yang disepakati oleh para Ulama. 

'Umar B. al-Khaththab radhiyallahu 'anhu mengatakan:

"Putuskan dengan apa yang ada di dalam Kitab Allah. Jika engkau tidak temukan dalam Kitab Allah, putuskan dengan apa yang ada di dalam Sunnah Rasulullah. Jika tidak juga engkau temukan, putuskan dengan apa-apa yang orang-orang soleh sebelum kalian memutuskan perkara."

Disebutkan dalam riwayat yang lain, "... maka, dengan kesepakatan semua orang.” (Lihat: I'lam al-Muwaqqi'in, 2/227, 1/62, 1/85, 1/86. Jami' Bayan al-'Ilmi wa fadlih, m/s. 360 oleh Ibn 'Abdil Barr)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'oud rodhiyallahu 'anhu berkata kepada sebahagian tabi'in, “lihatlah di dalam Kitab Allah. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Kitab Allah, lihat di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin." (Diriwayatkan oleh ad-Darimi). (lihat:  Tharh at-Tatsrib, 3/79)

Maka, di antara yang terkenal dalam menghimpun nukilan-nukilan ijma' dari kalangan para salaf adalah al-Imam al-Hafiz Ibnu Mundzir rahimahullah. Iaitu melalui karyanya yang cukup terkenal ini.

Beliau adalah Al-Hafiz al-'Allamah Abu Bakar Muhammad Ibnu Ibrahm Ibnul Mundzir an-Naisaburi. Beliau lahir di Naisabur  tahun 242H, di sanalah beliau berkembang, besar, dididik, dan belajar. Kemudian pergi ke Makkah dan tinggal di sana, menyibukkan diri dengan ilmu sehingga menjadi Faqih (pakar fiqih) di kota Makkah.

Imam asy-Syairazi rahimahullah (Wafat: 476H) memasukkan beliau dalam jajaran atau barisan para ulama Fiqih. Asy-Syairazi berkomentar:

"Ibnul Mundzir pernah menulis sebuah buku yang sangat bagus tentang perbezaan pendapat para ulama yang belum ditulis sebaik karyanya; maka buku itu sangat diperlukan oleh mereka yang berpendapat sama atau berbeza!" (Thabaqat al-Fuqaha, m/s. 89)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

"Ibnul Mundzir An-Naisaburi adalah seorang yang meng-gabungkan antara sifat seorang imam (ulama besar) dan ke-muliaan keilmuannya, pakar dalam permasalahan hadis dan fiqih. Beliau memiliki karya-karya yang sangat penting dan berguna dalam masalah ijma’, perselisihan, dan penjelasan-penjelasan tentang mazhab ulama."

Beliau berkata lagi:

“Bukunya menjadi rujukan para ulama Thawa'if untuk mengetahui dan menukilkan pelbagai pendapat mazhab ulama. Tahqiq yang tersebut dalam bukunya belum ada yang menyamainya. Beliau sangat pakar dalam mengetahui hadis yang sahih dan dha'if.”

Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Ibnul Mundzir memiliki karya besar dalam ilmu tafsir yang tertulis dalam 17 jilid; maka cukuplah hal itu menjadikannya sebagai tokoh besar dalam ilmu tafsir." (adz-Dzahabi, Siyar A'lam an-Nubala', 14/492)

Buku-buku karya Ibnul Mundzir rahimahullah adalah buku-buku yang diperakui dan mendapat pengiktirafan, menjadi rujukan utama dalam menukilkan perbezaan, dan kepelbagaian pendapat dalam mazhab. Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

“Aku paling banyak menukilkan tentang mazhab-mazhab para ulama dari kitab 'Al-Isyraf dan 'Al-Ijma', yang keduanya adalah karya Ibnul Mundzir. Dan beliau merupakan ikutan dan rujukan dalam bidang ini.” (An-Nawawi, al-Majmu', 1/19)

Jumlah Muka Surat:
196 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

668 - Ringkasan Iqtidha' ash-Shiratal Mustaqim

Ringkasan Iqtidha' ash-Shiratal Mustaqim


Judul Buku:
Ringkasan Iqtidha' ash-Shiratal Mustaqim
Judul Asal: Mukhtaaraat min Kitab Iqtidha' ash-Shiraathal Mustaqiim Mukhaalifatu ash-haabil Jahiim

Penulis:
Karya Asal Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)
Diringkaskan oleh: Syaikh Muhammad B. 'Ali B. Ibrahim adh-Dhuba'i

Penerbit:
Pustaka ar-Rayyan

Harga:
RM14

Berat:

220g

Keterangan Buku:

Syaikh Muhammad B. 'Ali adh-Dhuba'i berkata:

“Saya telah menela'ah kitab karya Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah yang sungguh memuaskan dan memadai dalam memberi peringatan dari jalan-jalan orang kafir dan larangan menyerupai cara hidup mereka. Beliau begitu baik dalam membuat bantahan ke atas ahli bathil, ahli bid'ah, ahli filsafat, dan mantiq. Kaedahnya khas, ulasannya tajam, dan hujahnya jelas. Sehingga kaum Muslimin sangat memerlukan kitab dan risalahnya hingga hari ini, menggali manfaat dalam rangka membantah ahli bid'ah serta orang-orang sesat lainnya dari kalangan musuh Islam dan Muslimin.

Dan saat ini banyak kaum Muslimin yang meniru-niru serta taklid kepada kaum kafir dan orang-orang muysrik dalam urusan gaya hidup, berpakaian, adab bicara, tingkah laku, sehingga melampaui batas pada perkara yang lebih besar dari itu iaitu pada masalah ibadah. Ibadah Musimin tidak lepas dari sikap berlebihan yang mirip dengan ibadah Nashrani atau berpaling dan sombong dari kebenaran mirip dengan ibadah Yahudi. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

“Kalian benar-benar akan mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai mereka masuk ke lubang biawak pun kalian mengikuti mereka.” (Shahih al-Bukhari, no. 7320. Muslim, no. 2669)

Sikap meniru-niru tersebut terjadi disebabkan dikuasainya negeri-negeri barat dan Timur di awal dakwah Islam, begitu dekatnya jarak, bersamaan dengan makin sempurnanya pengangkutan moden, kelemahan iman di hati dan hilangnya kebergantungan terhadap jalan hidup para pendahulu mereka yang soleh. Sehingga umat Islam terpengaruh oleh budaya dan tradisi orang-orang kafir yang mereka lihat dan kagumi. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi peringatan kepada umat ini tentang jalan hidup kaum kafir dalam banyak ayat. 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah, 2: 145)

Maka umat Islam yang kuat imannya tidak akan terkesan dengan melihat warna kulit dan penampilan luaran yang palsu serta taklid buta. Ia tetap tampil beza pada jatidirinya sebagai seorang Muslim yang tidak akan menyimpang darinya. Kerana ia tahu bahawa dalam Isla terdapat kebaikan dan keberuntungan di dunia dan akhirat.

Ringkasan yang saya beri judul Mukhtarat min Kitab Iqtidha ash-Shiraatal Mustaqim Mukhalifatu Ashhabil Jahiim, saya menilai ia berisi terapi yang dapat melawan sikap meniru penampilan orang-orang kafir yang nampaknya hebat itu serta memperingatkan keburukan yang tersebar di kalangan umat Islam. Walaupun demikian, para pembaca yang meinginkan tambahan ilmu, tetap memerlukan rujukan kitab asalnya kerana di dalamnya mengandungi banyak manfaat dan ilmu yang luas.

Saya berharap kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku kecil ini memebri manfaat bagi para pembaca serta menunjuki jalan yang lurus...”

Demikianlah keadaannya, ramai dari kalangan umat Islam yang merasa takjub dan terkagum-kagum melihat kehebatan kaum kafir pada hari ini khasnya dari barat. Kemudian mereka takjub dengan teknololgi yang dibangun oleh bijak-pandai kuffar. Ini tidak lain adalah kerana lemahnya mereka dari sudut ilmu diin dan ilmu dunia itu sendiri, akhirnya mereka terkalahkan sehingga memandang kaum kuffar itu dengan pandangan yang tinggi. Sedangkan mereka yang lemah, bukannya kerana kaum kafir itu yang hebar.

Kerana miskinnya ilmu agama, meninggalkan aqidah yang sahih, dan tidak kembali kepada sumber ilmu yang benar, umat Islam hari ini pun sedikit demi sedikit mula mengorak langkah mengikuti jalan-jalan hidup kaum kafir yang disangkanya hebat dan mengagumkan. Sedangkan jalan-jalan hidup orang kafir itu adalah kebinasaan dan kerugian. Tetapi sayang mereka tidak menyedari, dan mereka tertipu.

Kata Syaikh 'Abdullah B. Jarullah B. Ibrahim al-Jarullah:

“Dalam buku (karya asal Ibnu Taimiyah) yang sarat dengan dalil al-Qur'an dan as-Sunnah ini, penulis memperingatkan umat Islam terhadap bahayanya sikap meniru-niru orang-orang kafir dan orang-orang ajam (selain Arab) dalam permasalahan pakaian, adat, bahasa, hari-hari besar, perayaan kelahiran, tersebarnya bid'ah sama ada yang berbentuk keyakinan ataupun amalan seperti keterkaitan hati dengan orang-orang yang telah mati lalu berdoa kepadanya, aktivis tarekat Sufiyah, khurafat seperti perayaan hari Asyura, maulid Nabi, sambutan Isra' Mikraj, malam nishfu Sya'ban, mempertuhankan para Nabi, orang-orang soleh, membina masjid di atas kubur-kubur dan tawaf di sekelilingnya, minta doa kepada ahli kubur, mengusap dan minta barakah kepadanya, dan kebid'ahan serta kesyirikan-kesyirikan lainnya yang dilakukan oleh banyak orang awam, ahli bid'ah, tarekat sufiyah, Syi'ah, dan selain mereka.”

Maka, semoga buku yang hadir ini dapat memberi kesedaran kepada para pembaca semua khasnya kepada kaum muslimin seluruhnya. Semoga mereka meninggalkan jalan-jalan orang kafir yang penuh kegelapan dan tipudaya, seraya kembali kepada jalan agama yang terang dan benar, iaitu jalan Islam yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
167 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

667 - Tarikh Daulah Umawiyyah

Tarikh Daulah Umawiyyah


Judul Buku:
Tarikh Daulah Umawiyyah
Judul Asal: Al-Khulafaa-ur Rasyiduun wa ad-Daulah al-Umaiyyah

Penulis:
Jami'atul Imam Muhammad B. Su'ud al-Islamiyyah, Riyadh
(Team Universiti Islam Imam Muhammad B. Su'ud, Riyadh)

Penerbit:
Hikmah Ahlus Sunnah

Harga:
RM17

Berat:

220g

Keterangan Buku:

Telah beredar sekian banyak kedustaan, tuduhan, dan peristiwa-peristiwa yang direkayasa serta dipolitikkan oleh pelbagai pihak demi untuk menjadikan buruk reputasi pemerintahan Daulah Umayyah. Padahal mereka adalah generasi penerus perjuangan al-Khulafaa'ur Rasyidin yang penuh gemilang dalam menyebarkan rahmat Islam ke pelbagai penjuru dan belahan dunia.

Dalam buku ini, para pembaca akan diajak untuk memahami realiti sebenar yang berlaku di era mereka. Pembaca akan diajak pula untuk mengetahui pengembangan wilayah Islam dan perkembangan kaum Muslimin secara khusus, serta perkembangan kehidupan manusia secara umum pada saat mereka memerintah.

Dan adakah wajar kekhalifahan Daulah Umawiyyah dianggap sebagai kekhalifahan yang buruk serta para khalifah di era mereka dipukul-rata bahawa mereka adalah para pemimpin yang jelek? Sedangkan di sana ada sahabat Nabi seperti Mu'awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu 'anhu. Juga ada 'Umar B. 'Abdil 'Aziz rahimahullah, pemimpin yang zuhud dan wara' di masanya.

Sama-sama kita temukan fakta yang sebenar. Semaklah buku ini. Sebuah pemurniaan dan pencerahan sirah yang ternoda oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
176 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

666 - Siapakah Mahram anda?

Siapakah Mahram anda?


Judul Buku:
Siapakah Mahram anda?
Judul Asal: Al-Muharramat min Nisaa'

Penulis:
Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad B. Sa'id Ruslan hafidzahullah

Penerbit:
Cahaya Tauhid Press

Harga:
RM13

Berat:

190g

Keterangan Buku:

Buku ini mengupas perkara mulia yang memiliki peranan yang cukup besar di dalam syari'at Islam. Iaitu perbahasan tentang hukam-hakam wanita yang boleh atau dilarang untuk dinikahi. Penulis menjelaskan kategori wanita-wanita antara yang halal dinikahi dan yang haram dinikahi oleh seseorang lelaki. Haram sementara, atau haram kekal dengan sebab perkahwinan, ipar, persusuan, atau hubungan rahim.

Perbahasan ini amat berhubung rapat kepada hal-hal sekitar persoalan-persoalan nikah, hukum melihat wanita, hukum berduaan (khalwat), hukum berjabat tangan, hukum-hakam mahram, penjelasan keududukan dan siapa yang menjadi mahram bagi wanita, hukum safar, hukum hubungan susu (ibu dan adik-beradik sepersusuan) dan yang lainnya yang berkaitan. Dan hal-hal inilah yang banyak diabaikan oleh kaum Muslimin pada hari ini. Sehingga pergaulan di antara lelaki dan wanita pun menjadi seolah-olah tiada batas lagi sedangkan di sana ada hukum-hukum khusus yang perlu dipatuhi.

Selanjutnya, apa kesan hubungan apabila seseorang itu memiliki pertalian darah dengan wanita dan kesan hubungan sebagai mahram, insyaAllah ini semua dikupas oleh penulis. Ketidaktahuan dalam persoalan ini menyebabkan sebahagian besar kaum Muslimin terjatuh ke dalam hal-hal yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kehadiran buku ini mampu membuka ruang pencerahan.

Selamat menimba ilmu dan mengamalkannya... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
132 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

665 - Wajibnya Taat Pada Pemerintah

Wajibnya Taat Pada Pemerintah


Judul Buku:
Wajibnya Taat Pada Pemerintah
Judul Asal: Al-Amru bi Luzumi Jama'atil Muslimin wa Imamihim wat Tahdziru min Mufaraqatihim

Penulis:
Syaikh 'Abdussalam Barjas

Penerbit:
Cahaya Tauhid Press

Harga:
RM11

Berat:

170g

Keterangan Buku:

Sebaik-baik perkara yang dibicarakan oleh seorang Muslim adalah perkara yang dapat menjadi penguat bagi agamanya, yang dapat menyatukan manusia di atas suatu kalimat yang haq. Sekaligus yang menguatkan dan memperkukuhkan umat Islam. Dan perkara itu adalah perbicaraan tentang ushul-ushul agama, aqidah, atau tauhid, iaitu perkara yang menjadi tunjang kepada agama ini.

Termasuk di dalam perbahasan ushuluddin atau prinsip-prinsip dalam beragama yang menjadi ciri-ciri ahli sunnah wal-jama'ah itu adalah perbahasan tentang ketaatan dan kepatuhan terhadap pemerintah. Sama ada yang adil atau sebaliknya. Tidak satu pun kitab dari kitab-kitab ushul yang ditulis oleh para imam-imam ahli sunnah wal-jama'ah melainkan pasti kitab tersebut menyinggung dan membicarakan perkara ushul ini. Ini menjelaskan dan menunjukkan kepada kita bahawa perbahasan ini sangatlah penting dan memiliki kedudukan yang besar dalam agama.

Dengan ketaatan dan kepatuhan tersebut kaum muslimin akan mendapati kemaslahatan dunia dan kebaikan di dalam beragama. Kata 'Umar B. al-Khaththab radhiyallahu 'anhu:

"Sesungguhnya, tiada ertinya agama melainkan dengan al-Jama'ah (perpaduan), dan tiada ertinya al-Jama'ah tanpa kepimpinan, dan tiada ertinya sebuah kepimpinan tanpa ada ketaatan dan kepatuhan atasnya (dari kalangan para rakyat)."

Demikian juga dengan kata ‘Ali B. Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan:

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk atau jahat).”

Ada yang bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk atau jahat)?”

‘Ali menjawab, “Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan dengan perantaraan pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan (al-hudud) dilaksanakan, haji berlangsung, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H) mengatakan:

“Pemerintah itu menguasai (atau mengurusi) kita dalam 5 perkara, iaitu solat berjama'ah, al-jama’ah (kesatuan umat), hari raya, benteng pertahanan, dan perundangan. Demi Allah, agama ini tidak akan tertegak melainkan dengan kewujudan mereka, walaupun mereka melakukan keburukan dan kezaliman. Demi Allah, Allah menjadikan kebaikan dengan perantaraan mereka lebih banyak berbanding kerosakkan dengan sebab mereka. Ketaatan kepada mereka adalah suatu yang terpuji dan memisahkan diri daripada mereka adalah kekufuran.” (Ibnul Jauzi, Adab al-Hasan al-Bashri, m/s. 121)

Demikianlah betapa besarnya perhatian para ulama salaf (generasi awal) dalam soal ini, khususnya ketika melihat benih-benih fitnah mula bercambah, kejahilan mula menyebar, kekacauan mula tercetus, dan angin-angin pemberontakan mula bertiup.

Dalam kitab al-Adab asy-Syar'iyyah susunan Imam Ibnu Muflih rahimahullah, beliau membawakan kisah Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah  (Wafat: 241H),

"Di masa pemerintahan al-Watsiq Billah al-'Abbasi. Para fuqaha' Baghdad (semuanya) berkumpul kepada Imam Abu 'Abdillah, iaitu Imam Ahmad B. Hanbal. Mereka berkata padanya:

"Sesungguhnya perkara ini (bid'ah yang menyatakan al-Qur'an adalah makhluk, bukan Kalamullah) telah menyebar luas di kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, sesungguhnya kami tidak redha dan enggan menerima kepimpinan dan kekuasaan yang dipegang oleh Sultan (Al-Watsiq Billah). Kebid'ahan (kesesatan) yang menjadikan seseorang kufur, iaitu apabila meyakini al-Qur'an adalah makhluk (bukan kalam Allah)."

Maka kata Imam Ahmad ketika menasihati mereka:

"Yang wajib bagi kalian adalah mengingkari kebid'ahan tersebut dengan hati-hati kalian, dan jangan sesekali kalian berlepas diri dari ketaatan terhadap pemerintah. Jangan cuba-cuba kalian menentang pemerintah kerana ia akan mengakibatkan tertumpahnya darah-darah kalian dan darah-darah kaum Muslimin yang mengikuti kalian. Jangan kalian patahkan tongkat kaum Muslimin, iaitu jangan jadikan mereka bercerai-berai menetang pemerintah. Hendaklah kalian fahami baik-baik akan akibat yang akan muncul kalau kalian menentang pemerintah."

Sabarlah kalian sehingga seorang yang soleh, yang orang-orang merasa tenang dan bebas darinya."

Kemudian kata beliau:

"Ushul (atau cadangan) yang kalian kemukakan ini (untuk menentang pemerintah) kerana tidak redha dengan pemerintahannya (atas sebab kemungkaran-kemungkarannya) adalah suatu yang tidak benar, kerana hal tersebut menyelisihi dan menentang atsar (sunnah-sunnah Rasulullah dan para salaf)."

Demikianlah nasihat Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah. Inilah sebahagian dari gambaran sikap dan prinsip seorang imam ahli sunnah yang berpegang teguh di atas jalan yang haq dalam menyikapi seorang pemerintah yang menyimpang dan berbuat zalim. Manhaj yang sama inilah yang dipegang oleh seluruh ahli sunnah wal-jama'ah sejak dari dahulu hingga ke hari ini, bahkan sehingga ke akhir zaman nanti.

Demikian juga Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H), beliau turut menyatakan perkara yang sama sebagai sebahagian dari prinsip-prinsip dasar aqidah ahli sunnah wal-jama’ah. Beliau mengatakan dalam kitab aqidah beliau:

“Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.” (Syarhus Sunnah, m/s. 83-84)

Begitu juga dengan Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari rahimahullah (Wafat: 324H), di mana beliau menegaskan dalam kitab aqidahnya:

“Dan kami (ahli sunnah wal-jama’ah) beri’tiqad akan kesunnahan mendoakan dengan doa-doa kebaikan untuk pemerintah kaum muslimin dan mengakui kepimpinan mereka serta menganggap sesat sesiapa sahaja yang berpendapat perlu memberontak ke atas pemerintah jika mereka melakukan kezaliman.” (al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah, m/s. 20) [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Demikianlah contoh kebijaksanaan para imam ahli sunnah wal-jama'ah dalam berpegang teguh di atas Kitab Allah dan sunnah-sunnah rasul-Nya. Mereka tidak menghadapi fitnah yang dicetuskan oleh pemerintah dengan penentangan, pemberontakan, anarkis, demonstrasi, aktiviti-aktiviti kepembangkangan, atau seumpamanya. Tetapi mereka menghadapinya dengan jalan sabar, memperbaiki diri, ilmu, dakwah, doa, dan nasihat. Mereka bukannya pengecut dan penakut. Bukan juga talibarut pemerintah. Bukan anjing penguasa mahupun anjing-anjing pembangkang.

Tetapi mereka adalah orang-orang yang tegar di atas kebenaran. Yang tunduk patuh di atas al-Kitab dan as-Sunnah yang sejahtera. Yang memiliki hikmah, kebijaksanaan dan kepekaan. Mereka bukan golongan yang terburu-buru. Sehingga mereka bukanlah bertindak untuk menukar keamanan kepada kekacauan, iaitu yang tidak menggantikan sesuatu yang buruk dengan sesuatu yang jauh lebih buruk.

Untuk mendapat gambaran dan pencerahan yang lebih tepat, para pembaca boleh teliti sendiri buku ini. Tidaklah terlalu rumit, tidaklah terlalu tebal. Tetapi memuatkan nasihat-nasihat yang cukup ilmiyah dipenuhi ayat-ayat al-Qur'an, hadis-hadis Nabi, dan pesan-pesan para ulama ahli sunnah dari dahulu hingga ke zaman ini.

Semoga kita beroleh manfaat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
139 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

664 - Panen Amal Sepanjang Tahun (Terjemahan Lathaa'if al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rejab)


Panen Amal Sepanjang Tahun
(Terjemahan Lathaa'if al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rejab)


Judul Buku:
Panen Amal Sepanjang Tahun
Judul ASal: Lathaa'if al-Ma'aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min al-Wadza'if

Penulis:
Syaikhul Islam al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) 

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM80

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:

Beliau (penulis) adalah seorang tokoh nama besar dalam dunia kesarjanaan ilmu ahli sunnah wal-jama'ah. Terkenal dengan penguasaan yang mengangumkan dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu hadis dan merupakan orang yang paling faham di zamannya dalam hal-ehwal periwayatan hadis dan susur-galur jalan-jalan sanadnya. Beliau termasuk orang-orang yang sangat sibuk dengan ilmu sehingga menjadikan beliau faqih dan jaguh dalam bidangnya.

Majlis-majlis ilmunya begitu meluluhkan dan menundukkan hati-hati yang menghadirkan diri. Manusia dari kalangan penuntut ilmu berkumpul padanya dan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan dan sumber ilmu. Menguasai al-Qur'an dengan pelbagai periwayatan dan kaedah bacaan. Kitab-kitab beliau juga tersebar luas ke suluruh dunia dan sampai kepada kita hari ini. Karya tulis beliau terus segar menjadi rujukan dan penunjuk jalan bagi kalangan umat terkemudian. Yang antaranya adalah kitab beliau ini, iaitu "Lathaa'if al-Ma'aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min al-Wadzaa'if".

Beliau adalah Syaikhul Islam al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah. Dan salah seorang guru beliau adalah al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang juga sangat terkenal dan tidak asing lagi namanya serta ketokohannya dalam pelbagai cabang ilmu. Di antara kitab-kitab al-Hafiz Ibnu Rejab lainnya yang terkenal adalah Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, Syarah Shahih al-Bukhari (tamat sehingga Kitab al-Jana'iz), Syarah 'Ilal at-Tirmidzi, al-Qowa'id al-Fiqhiyah, dan banyak lagi lainnya.

Adapun buku beliau yang telah siap diterjemahkan dan berada di hadapan kita ini adalah salah satu buku beliau yang cukup harum namanya. Sangat menjadi rujukan dan panduan buat para ilmuan dan kalangan penuntut ilmu. Ia merupakan sebuah buku yang sarat dengan kata nasihat, hadis-hadis Nabi, tafsir ayat-ayat al-Qur'an, keutamaan bulan-bulan hijriyah, atsar-atsar (atau mutiara) para salaf, amalan-amalan sunnah yang menjadi pegangan para salaf, nukilan kisah-kisah sejarah di zaman salaf, penekanan prinsip-prinsip dalam beragama, peringatan-peringatan terhadap bahayanya menyimpang dari agama, contoh-contoh amalan kaum yang menyimpang tetapi dianggap benar, penjelasan tentang manhaj dalam beramal, dan diakhiri dengan tulisan tentang seruan untuk segera bertaubat sebelum pergi menemui Allah.

Secara umumnya, penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan keutamaan dzikir, keutamaan majlis-majlis dzikir, majlis ilmu, kemudian masuk kepada perbahasan prinsip-prinsip dalam beramal. Penulis membahaskan di dalamnya sekitar amalan-amalan sunnah berdasarkan susunan bulan. Sehingga para pembaca dapat meraih manfaat yang cukup luas dari aspek kepelbagaian amalan sunnah mengikuti bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun, sejarah-sejarah dan jejak para salaf yang berlaku dalam bulan-bulan berkaitan, pesan-pesan para salaf berhubung bulan-bulan tertentu, rentetan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan-bulan tersebut, dan pelbagai lagi lainnya termasuk hal-hal berkaitan penyucian jiwa, tahdzir dan peringatn, pentingnya prinsip, manhaj, dan aqidah. Selain itu, isu hangat seperti bid'ah-bid'ah yang dianggap sebagai sebahagian dari agama oleh sebahagian kelompok-kelompok sesat juga turut dibahaskan dengan mengikuti tema perbahasan bulan-bulan hijriyah.

Renungan Untuk Semua

Setiap insan sudah tentu melalui detik demi detik kehidupan dan hari demi hari perjalanan di dunia ini. Ia berlangsung dengan begitu pantas.

Demikianlah kehidupan. Setiap kita berpindah dari pagi ke petang, dan dari petang hingga ke malam, kemudian dari malam kembali ke waktu pagi semula. Akan tetapi, adakah setiap Muslim sentiasa ingat untuk bermuhasabah menyemak dirinya di setiap sela-sela hari-hari yang dilewatinya?

Amal-amal apakah yang telah ia kerjakan pada setiap waktu dan harinya? Amalan apakah yang membuka perjalanan di setiap harinya dan amalan apa pula yang menutup harinya?

Inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Ia melepasi hari-hari yang panjang, tetapi jarang sekali memerhatikan dengan amal apa ia penuhi hari-hari dan usianya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2417. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Maka, tanyakanlah kepada diri kita sendiri, sepanjang matahari terbit dan tenggelam, sepanjang putaran siang dan malam, sepanjang waktu bangun dan tidur kembali, apakah amal-amal kebaikan yang telah kita kerjakan sehingga kelak mampu menyelamatkan kita di hari hisab. Apakah amal-amal yang kita kerjakan tersebut selari dengan tuntutan agama sebagaimana terdapat dalam lembaran-lembaran sunnah yang sahih?

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

“Sedangkan sesungguhnya di sisi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (amal pekerjaan itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Infithaar, 82: 10-12)

Jadi, sejauh manakah kita telah mendapati dan merasakan bahawa diri ini sentiasa diawasi?

Seandainya orang-orang yang lalai itu menyedari, nescaya mereka akan memelihara diri dan menjaganya dari jalan-jalan kebinasaan. Sayangnya, sedikit sekali orang yang sedar, dan sedikit sekali orang yang berhati-hati terhadap jalan tersebut.

Maka dari itu, hendaklah setiap Muslim dan Muslimah sentiasa memerhatikan keadaan dirinya, memperbanyak dzikir kepada Allah, memohon tambahan fadhilah (keutamaan) dan keberkahan serta memohon sifat istiqomah di atas petunjuk-Nya, dan untuk bersegera dalam amal soleh.

Bersegeralah untuk memperbaiki diri, dan mintalah taufiq kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menuju jalan kebahagiaan.

Dan bagi orang-orang mengisi hari-harinya dengan kelalaian dan kesia-siaan... Ketahuilah, bahawa dirimu tidak akan dibiarkan begitu saja! Kalian akan dihitung atas semua amalanmu dengan perhitungan yang tidak tertinggal sedikit pun!

Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat: 56)

Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap saat yang ia lalui. Jangan sampai waktu itu terbuang sia-sia tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan mungkin  kembali selamanya. Ironinya, setiap orang pasti sedih dan sayu ketika kehilangan hartanya, namun amat sayang apabila sedikit sekali yang merasa sedih dan gusar ketika umurnya terbuang bertahun-tahun lamanya. Padahal umur kita di dunia sangat singkat. Dan baik buruknya kita mengisi umur tersebut akan menentukan kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang di akhirat sana.

Maka dari itu, perhatikanlah... Bagaimana seharusnya kita mengisi usia perjalanan di dunia yang sementara ini dengan cara yang benar. Bagaimana utusan Allah telah mengajarkannya kepada kita? Bagaimana sunnah-sunnahnya? Apa ilmu-ilmu yang perlu kita ketahui dalam melaksanakan amal-amal yang bermanfaat dan bernilai ibadah serta kebajikan di sisi-Nya? Apa pula syarat-syarat diterimanya amal?

Oleh itu, inilah salah sebuah buku yang mampu menggugah jiwa dan menghidupkan semangat untuk beramal di atas panji-panji sunnah yang sahihah. Sebuah penjelasan jelas dan terang dalam mengajak umat kembali kepada as-Sunnah dan meninggalkan bid'ah-bid'ah yang penuh kesia-siaan lagi memberat-beratkan.

Buku yang amat sesuai dijadikan sebagai rujukan ilmu dan panduan dalam mengisi usia kehidupan sepanjang hari. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka, selamat menuai ilmu penuh barakah yang ditinggalkan al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali ini dan selamat beramal di atas sunnah yang sahihah. Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
644 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

663 - Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah


Judul Buku:
Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Judul Asal: Mausu’atul Ijma’ li Syaikhil islam Ibn Taimiyah

Penulis:
Dr. 'Abdullah B. Mubarak al-Bushi

Penerbit:
 Darul Falah

Harga:
RM84

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:

Ijma' secara Istilah didefinisikan sebagai: Kesepakatan semua mujtahid umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam setelah wafat beliau, di suatu masa tertentu atas suatu permasalahan keagamaan. (lihat: Syarh al-Kawakib, 1/211. Bayan al-Mukhtashar, 1/522. Al-Mustashfa, 1/186. Al-Ihkam karya al-Amidi, 1/235. Al-Musawwadah, m/s. 329. Ushul as-Sarkhasi, 1/316. Manahij al-Uquul, 2/425. dan Al-Ahkam karya Ibnu Hazm, 2/552)

Ijma' (konsesus) adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama dengan merujuk pada al-Qur'an dan al-Hadis.

Kedudukan Ijma' dalam fiqh islam  merupakan salah satu sumber dalil Syar’i yang disepakati oleh para Ulama. 

'Umar B. al-Khaththab radhiyallahu 'anhu mengatakan:

"Putuskan dengan apa yang ada di dalam Kitab Allah. Jika engkau tidak temukan dalam Kitab Allah, putuskan dengan apa yang ada di dalam Sunnah Rasulullah. Jika tidak juga engkau temukan, putuskan dengan apa-apa yang orang-orang soleh sebelum kalian memutuskan perkara."

Disebutkan dalam riwayat yang lain, "... maka, dengan kesepakatan semua orang.” (Lihat: I'lam al-Muwaqqi'in, 2/227, 1/62, 1/85, 1/86. Jami' Bayan al-'Ilmi wa fadlih, m/s. 360 oleh Ibn 'Abdil Barr)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'oud rodhiyallahu 'anhu berkata kepada sebahagian tabi'in, “lihatlah di dalam Kitab Allah. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Kitab Allah, lihat di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin." (Diriwayatkan oleh ad-Darimi). (lihat:  Tharh at-Tatsrib, 3/79)

Masalah-masalah yang menjadi ijma’ sangatlah banyak. Abu Ishaq al-Isfarayini rahimahullah berkata, "Kita mengetahui bahawa masalah-masalah ijma’ itu lebih dari dua puluh ribu masalah.”

Kamal B. Hammam rahimahullah memiliki karya tulis berupa kitab yang berkaitan dengan kesepakatan ijma para ulama yang didalamnya lebih dari seratus ribu masalah."

Ijma' membantu memberikan gambaran berkenaan masalah-masalah khilafiyah (yang diperselisihkan) ketika dipaparkan apa yang menjadi sumber perbezaan pendapat. Menyebarluaskan masalah ijma' akan menyatukan hati umat Islam dengan pelbagai mazhab mereka di bidang fiqh. Dengannya menjadi jelas bahawa titik-titik yang diperselisihkan adalah masalah cabang (furu') pelbagai kesepakatan tercapai di antara mereka dalam banyak masalah, sebagaimana kesepakatan juga tercapai di bidang asas-asas (ushul) agama.

Kedudukan ijma' menjadi jelas dengan hal-hal berikut:

1, Secara global, ijma' merupakan dalil paling terpuji di antara dalil-dalil yang disepakati boleh dijadikan hujjah.

2, Ijma' diutamakan atas al-Kitab dan as-Sunnah ketika keduanya saling bertentangan. Ini adalah kerana kekuatannya dibentuk dari sandarannya, iaitu dalil-dalil syar'i yang valid (sekalipun terkadang tidak banyak kita ketahui), akan tetapi wajib diyakini dan dipastikan kebakuan dan keabsahannya terlebih dahulu. Hal tersebut mengenangkan betapa banyak ijma' dengan masalah-masalah tertentu yang tidak baku dan tidak benar.

3. Ijma' adalah dalil yang menunjukkan adanya dalil syar'i yang menjadi sandarannya sekalipun tidak kita ketahui. Kerana, ijma' menurut jumhur wajib memiliki sandaran. Sandaran itu jika dari Kitab atau as-Sunnah, disepakati boleh (jaiz). Jika sandaran itu dari qiyas atau seumpamanya, juga dibolehkan menurut kebanyakan ulama.

4. Ijma' adalah hujjah mutlak yang tidak berlaku nasakh (penghapusan) padanya.

5. Ijma' sejalan dengan al-Kitab dan as-Sunnah; orang yang mengingkari ijma' ini adalah kafir secara mutlak.

Dengan semua ini, jelaslah kedudukan ijma' di antara dalil-dalil syar'i. Ijma' menduduki posisi yang mulia di antara keduanya dan ia memiliki fungsi dan kekuatan ketika disebutkan sehingga harus diberi perhatian besar bersesuaian dengan posisi serta kedudukannya. (lihat: Syarh al-Luma', 2/683. Hujjiyyat al-Ijma', m/s. 962 karya Dr. Muhammad Farghali. Al-Ihkam karya al-Amidi, 1/126. At-Tahrir wat Tahbir, 3/109. Al-Wushul karya Ibnu Burhan, 2/114. Hasyiyah al-Aththar, 2/229. Hasyiyah al-Bannani, 2/195. Al-Ibhaj karya Ibnu as-Subki, 2/439. Al-Bahrul Muhith, 4/450. dan Kasyf al-Asrar karya al-Bukhari, 3/482.

Kita tak perlu takut dengan ijma' yang bathil atau sesat sehingga kita terpaksa bersikap "berjaga-jaga" terhadapnya, kerana hal tersebut insya-Allah tidak ada, kerana Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memohon kepada Allah agar melindungi umatnya dari kesepakatan-kesepakatan yang menyesatkan.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Aku meminta kepada Tuhanku agat umatku tidak bersepakat atas kesesatan lalu Allah pun mengabulkannya." (Hadis Riwayat al-Qurthubi dalam Jami' Bayan al'-Ilmi wa Fadhlihi, no: 1390) dan juga:

"Umatku selama-lamanya tidak akan pernah sedikitpun bersepakat (ijma’) di atas kesesatan. Oleh itu, berjema'ah-lah (bersatulah) kalian kerana tangan Allah ada dalam al-jamaah." (Hadis Riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no: 13623)

Lebih-lebih lagi yang bersepakat bukanlah orang-orang awam (bukan orang jahil atau orang awam) sebaliknya adalah para ulama yang dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berfirman:

"Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan juga orang-orang yang berilmu." (Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Sehingga dengan demikian tidak mungkin para ulama ini bersepakat di atas sesuatu yang membahayakan ataupun merugikan umat Islam kerana mereka adalah orang-orang yang sangat takut sekali kepada Allah.

Firman Allah: "Yang paling takut kepada Allah di antara para hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (para ulama)." (Surah Fathir, 35: 28) 

Sehingga umat Islam dengan tenang mampu menjalankan hukum-hukum agama yang terbentuk dari ijma'-ijma' tersebut.

Ensiklopedi Ijma' Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah ini disusun selari mengikuti bab-bab fiqh dengan jumlah permasalahan mencapai 1500. Di dalamnya mengupas hal-hal yang datang dari Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam bentuk kajian ilmiyah, atau syarah atas pelbagai perkataan dan pendapatnya yang disarikan lebih dari 50 jilid buku-buku beliau.

Inilah seorang alim yang jika disebutkan saja namanya, ramai orang akan bersemangat dan mata pun terbuka ingin mengetahui fatwa-fatwanya serta mencari pencerahan dari cahaya himpunan hujjah-hujjahnya. Kerana, beliau adalah termasuk orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah 'Azza wa Jalla berupa kedalaman pemahaman fiqh dengan setiap dalil-dalilnya yang diiringi dengan kecemerlangan akal, kecerdasan jiwa, kekuatan dalil, pandangan luas dengan sikap yang pantas, hujah yang lantang, sikap taqwanya yang tinggi dan berjiwa wara', zuhud serta ikhlas dengan jihad dan mujahadah. Beliau terkenal dengan ishlah dan pembaharuan sehingga beliau menjadi seorang yang faqih, dan pandangannga begitu menyerlah dan briliant. Menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Semoga Allah merahmati Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
790 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

662 - Mengenal Kaedah Dasar Ilmu Hadits (Syarah Al-Manzhumah al-Baiquniyah)


Mengenal Kaedah Dasar Ilmu Hadits (Syarah Al-Manzhumah al-Baiquniyah)


Judul Buku:
Mengenal Kaedah Dasar Ilmu Hadits
(Syarah Al-Manzhumah al-Baiquniyah)

Penulis:
Syaikh Thaha B. Muhammad al-Baiquniy rahimahullah

Penerbit:
Maktabah al-Ghuroba'

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:

Ilmu hadis sangatlah penting untuk dipelajari, sebab dengan ilmu ini kita akan mampu mengetahui keadaan sesuatu hadis, apakah sahih, hasan, dha'if, bersambung sanadnya, atau selainnya seperti palsu (maudhu'), mungkar, dan lainnya.

Lebih-lebih lagi, untuk memahami al-Qur'an dan agama ini umumnya, ia sangat menuntut kita untuk mengetahui hal-ehwal ilmu hadis walaupun sedikit, sekurang-kurangnya di peringkat asas atau secara gambaran umum. Kerana al-Qur'an tidaklah dapat difahami atau ditafsiri dengan benar, melainkan dengan melihat dan meneliti hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Jadi, mereka yang mencintai agama ini dan memiliki semangat untuk memahami agama dengan lebih baik, maka tidak dapat tidak dia mesti berusaha untuk mempelajari ilmu hadis. Dengan ilmu hadis, dia akan tahu dari mana datangnya agama ini, bagaimana ia sampai kepada kita, pentingnya mengetahui sunnah-sunnah Nabi dengan jalan yang benar dan sahih. Ini sekaligus akan menjadi bekal yang sangat penting lagi berharga dalam usaha perjalanan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah di atas landasan yang selamat.

Dan di antara buku asas yang baik dalam persoalan ini antaranya adalah seperti kitab-kitab musthalahul hadits. Kitab-kitab yang ringkas dan mudah difahami. Antaranya adalah kitab ini, kitab al-Manzhumah karya Syaikh Thaha B. Muhammad al-Baiquniyah. Atau ia lebih dikenali dengan kitab al-Manzhumah al-Baiquniyah. Ia adalah sebuah lembaran risalah atau sya'ir matan (teks) berkaitan asas-asas ilmu hadis. Ia lazimnya dibaca dan dihafal oleh para ulama dari kalangan muta'akhirin. Ia digunakan sebagai hujah, pelajaran, dan bahan pengajaran. Ini kerana mengenangkan kandungannya yang sangat bermaklumat, luas cakupannya, lagi berfaedah tetapi dalam bentuk yang ringkas, mudah, dan padat.

Bagi edisi ini, ia dilengkapi dengan beberapa catatan dan huraian tambahan atau disebut sebagai syarah oleh Syaikh Muhammad B. Ibrahim Khiraj as-Salafy al-Jazairy. Dengan itu, semoga ia membantu dan melengkapkan lagi kefahaman yang hendak disampaikan kepada para pembaca mengiringi matan/teks yang asal milik Imam al-Baiquniyah. InsyaAllah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
163 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.