Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, May 16, 2008

79 – Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)

Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
(Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)


Nama Buku:
Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
(Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)

Penulis:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Griya Ilmu

Harga:
RM140 (satu set)
Percuma rak/kotak

Berat:
2.0Kg

Berkaitan Buku:

Kitab solat berdasarkan hadis-hadis sahih yang dibukukan dan dibahaskan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ini adalah merupakan sebuah kitab yang sangat baik dan ilmiyah buat para pembaca, pengkaji, dan pendidik yang mementingkan kualiti solat yang sebenar. Penulis, Syaikh al-Albani adalah merupakan seorang ulama Hadis yang hebat dan terkenal pada era ini membawakan anda kepada suatu perbahasan tentang solat dalam bentuk yang lebih segar dan ilmiyah.

Ia digarap dengan perbahasan hadis dan fiqh yang cukup mengkagumkan. Ia membawakan bentuk perbahasan dalam bentuk penjelasan, pencerahan, dan bantahan kepada pendapat-pendapat yang meragukan.

Kepada anda yang amat mementingkan kitab-kitab ilmiyah, maka inilah salah satu kitabnya yang sewajarnya tidak patut anda lepaskan untuk memilikinya. Kitab ini mempersembahan kupasan praktikal tatacara solat dengan begitu detail, iaitu dari persoalan menghadap kiblat, takbir, takbiratul ihram, sehinggalah kepada salam. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menulis kitab ini adalah dalam rangka mengajak kita semua melaksanakan praktikal solat dengan berpandukan tatacara solat yang sahih tsabit sebagaimana apa yang dijelaskan oleh hadis-hadis sahih. Sekiranya sebelum ini kita tidak pernah mendengar dari mana datangnya bersolat mesti dimulakan dengan takbir, bersolat mesti dengan berdiri (qiyam), mesti dengan sujud, mesti dengan ruku' dan seterusnya, maka buku inilah jawabannya. Dan semua praktikal tersebut dijelaskan dengan terperinci bahawasanya ia adalah dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda, "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Dari itu, tidak dapat tidak, untuk melihat tatacara solat nabi yang sebenar, adalah dengan mengembalikannya kepada hadis-hadis nabi yang sahih itu sendiri. Hadis-hadis nabi-lah yang telah merakamkan sunnah-sunnah praktikal solat secara terprinci.

Buku ini membentangkan setiap perincian praktikal solat berdasarkan hadis-hadis yang lengkap dengan perbahasan status hadis. Buku ini menjadi sebagai sebuah hasil tulisan yang cukup ilmiyah apabila setiap hadis yang diutarakan disertakan dengan perbahasan sanad dan status hadis dengan begitu mendalam lagi terperinci akan kesahihannya atau kelemahannya. Yang mana dengan setiap perincian tersebut menguatkan apa yang dibentangkan dan mengelakkan keragu-raguan.

Kepada sesiapa yang mahukan kepada sebuah perbahasan praktikal solat yang segar secara terus sahih daripada sumbernya (iaitu dalil-dalil berupa hadis-hadis nabi), maka inilah bukunya. Ia merungkai segala persolan kenapa praktikal sesebuah perlaksanaan solat itu demikian, mesti bermula dengan menghadap kiblat, niat, takbir, qiyam, meletakkan tangan di dada (atau bersedekap), tatacara turun sujud, tatacara berdiri, tatacara i'tidal yang betul, tuma'ninah, ruku', duduk antara dua sujud, sujud, ada tahiyat, sehinggalah kepada salam.

Selain itu, buku ini juga boleh diperolehi dalam edisi revisi yang telah diringkaskan perbahasan sanad-sanad hadisnya dengan mengemukakan hadis-hadis sahaja sebagai hujjah bersertakan rujukannya secara ringkas (tanpa perbahasan status hadis yang panjang berjela-jela). Ia boleh dilihat di sini: Sifat Solat Nabi Edisi Revisi (Klik).

Jumlah Muka Surat:
509 + 524 + 292 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email-kan nama, alamat, dan no. tel anda untuk penghantaran.