Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Buku Bimbingan. Show all posts
Showing posts with label Buku Bimbingan. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

699 - Begini Seharusnya Menjadi Guru (Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)


Begini Seharusnya Menjadi Guru
(Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)


Judul Buku:
Begini Seharusnya Menjadi Guru
(Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)

Judul Asal: Al-Mu'allim al-Awwal (Qudwah li Kulli Mu'allim wa Mu'allimah) 

Penulis:
Fu'ad B. 'Abdul 'Aziz asy-Syalhub

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:




Profesion mengajar tidak dapat disamakan dengan mana-mana profesion yang lain dalam hal keutamaan dan kedudukannya. Ia termasuk suatu profesion yang sangat mulia lagi terpuji. Setiap kali kandungan pelajaran yang diajarkan lebih mulia dan lebih bermanfaat, maka kemuliaan dan kedudukan pemiliknya pun akan semakin terangkat. Dan semulia-mulia ilmu pengetahuan secara umum adalah ilmu pengetahuan yang syar’i lagi fardhu, kemudian yang selainnya yang memiliki sumbangan terhadap agama dan kemudian yang memiliki kemanfaatan secara umum selari dengan tingkatannya.

Seseorang guru atau pendidik jika dia mengikhlaskan amalnya untuk Allah serta meniatkan apa yang dia ajarkan untuk memberikan manfaat bagi manusia, mengajarkan mereka yang baik, dan mengangkat kejahilan dari mereka, maka perkara tersebut akan menjadi nilai tambah kebaikan bagi dirinya serta menjadi sebab tambahan pahalanya sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 1)

Keutamaan seorang guru atau pendidik ditambah lagi sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut:

إن الله وملائكته حتى النملة في جحرها وحتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, bahkan sehingga semut yang di dalam lubangnya, juga ikan-ikan di lautan, benar-benar berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1838)

Tugas seorang pendidik tidak hanya sebatas menyampaikan silibus pelajaran kepada para muridnya, bahkan ia turut menyampaikan sama akhlak dan adab. Dan ini bukanlah sebuah tugas yang ringan, sebaliknya termasuk tugas-tugas yang berat dan besar beban tanggungjawabnya. Ia melibatkan soal amanah, keilmuan, ketulusan, kesabaran, dan sikap jujur terhadap tugas sebagai seorang guru. Ia akan bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap apa yang ia sampaikan kepada masyarakat. Dan para guru jugalah yang bertanggungjawab melakar corak pemikiran masyarakat akan datang. Sama ada yang baik, berilmu, berakhlak, atau yang sebaliknya.

Dari itulah, sebelum menjadi seorang pendidik yang baik lagi menepati akhlak-akhlak Islami, seorang guru harus memiliki ilmu bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang profesional lagi disukai Allah. Bagaimana metode, personaliti, karaktor, akhlak, sikap, dan persediaan yang harus ia tampilkan. Dan ini tidak dapat tidak, mestilah dengan menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai contoh dan tauladan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi kamu.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 21)

Dan ini antaranya kerana beliau adalah guru pertama yang mengajar dan mendidik para sahabatnya sehingga mereka menjadi anak-anak didik terbaik sekaligus melahirkan sebuah generasi manusia yang terbaik lagi diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga terpahat indah di dalam al-Qur’an.

Semoga dengan menelusuri buku ini, maka akan menjadi jelaslah bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yang bakal membentuk akhlak dan jati diri manusia bermanfaat menurut kacamata Islam, bukan dari perspektif barat dan bukan menurut acuan ideologi pemikiran orang-orang kafir.

Buku ini di samping untuk para guru dan pendidik, ia juga amat sesuai untuk para ibu dan bapa selaku golongan guru pertama buat anak-anak mereka.




Jumlah Muka Surat:
188 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, December 20, 2011

507 - Homoseks, Bahaya dan Solusinya

Homoseks
Bahaya & Solusinya


Penulis:
Abu Abdurrahman 'Ali B. 'Abdul 'Aziz Musa

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Harga:
RM10

Berat Buku:
Kurang 100g

Sipnopsis Buku:

Di antara kejahatan yang paling keji yang dilakukan ummat manusia, yang memberi kesan luar biasa terhadap agama, moral, sosial, dan psikologi mereka, adalah homoseks atau liwath (hubungan seks antara sesama lelaki).

Betapa hinanya perilaku ini, Allah menjelasakan dan menyentuhnya di dalam al-Qur'an bahawasanya Allah Ta'ala mengazab kaum Nabi Luth 'alaihis Salam yang melakukan perbuatan tersebut dengan azab yang teramat pedih, berupa gempa bumi yang dahsyat yang disertai dengan hujan batu berapi dari langit. 

Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam sendiri mengatakan bahawa jika kita mendapati pelaku homoseks, maka kita perlu (wajib) membunuhnya, (di bawah peruntukan undang-undang hudud).

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Laknat Allah bagi sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut (gay/lesbian/homoseksual).” Nabi mengulangi sebanyak 3 kali. (Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

“Sesiapa yang mendapati orang yang melakukan perbuatan kaum Lut maka bunuhlah pelakunya dan orang yang diperlakukannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Namun sedinya pada masa ini perbuatan liwath yang merupakan tradisi terlaknat kaum Luth ini telah kembali tersebar, semakin merebak, dan dianggap biasa oleh sebahagian masyarakat kita?

Apa penyebab dan kesannya?

Bagaimana pula pandangan dan hukumnya menurut Islam?

Apa solusi yang ditawarkan oleh Islam bagi menangani fenomena ini?

Buku yang ada di hadapan pembaca sekarang ini, insya Allah, akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut dengan jelas dan tuntas. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat kita secara umum dan kaum Muslim secara khusus.

Jumlah Muka Surat:
170 m/s.

Pembayaran/Maklumat Lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), dan sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel, serta nyatakan sekali bayaran dibuat ke akaun mana, bagi tujuan urusan penghantaran.

Tuesday, March 8, 2011

399 - Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(Edisi Kanak-kanak)


Title:
Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(EDISI KANAK-KANAK)

Author:
Abdul Malik Sukirman
Team Pustaka Imam asy-Syafi'i

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di Surah Luqman, Allah menjelaskan bagaimana Luqman mendidik anaknya, "Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diwajibkan (oleh Allah)." (Surah Luqman, 31: 17)

Ini menunjukkan keutamaan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan mengajarkan solat.

Total Pages:

82 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, December 11, 2010

351 - Amalan Apakah Yang Paling Utama

Amalan Apakah Yang Paling Utama


Title:
Amalan Apakah Yang Paling Utama?
Judul Asal: Tajriidul Ittiba' fii Bayani Asbabi Tafadhulil A'maal

Author:
Syaikh Prof. Dr Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM28

Weight:
1kg

Description:

Buku ini membentangkan kaedah-kaedah dalam menentukan keutamaan amal ibadah yang untuk dilaksanakan berdasarkan dalil-dalil/nash yang sahih di atas kefahaman salafus soleh.

Penilaian keutamaan perlaksanaan amalan/ibadah ini ditetapkan berdasarkan pembahagiannya di antara yang wajib dengan yang sunnah, berpandukan jenisnya, pertimbangan masa dan waktunya, tempatnya, situasi dan keadaan seseorang - susah atau senang, berdasarkan ilmu, serta kesannya kepada masyarakat atau makhluk yang lain. Juga berdasarkan kepada beberapa keadaan dan sebab-sebab lain yang membezakan di antara nilai keutamaan suatu amal.

Komen seorang pembaca tentang buku ini:

Buku ini khusus untuk orang-orang yang ghairah sahaja. Maksud saya ghairah beramal untuk mendapatkan keutamaan dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Syarat Sah dan Diterima Sesuatu Amal Ibadah

Tidak semua perbuatan baik diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala. Sarjana Islam mengeluarkan dua pra-syarat supaya sesuatu amalan itu diterima oleh Allah.

Secara ringkasnya ia boleh disimpulkan dalam dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh setiap orang Islam pada setiap kali solat. Maksudnya,

Tiada Tuhan Yang layak diibadati, melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Pertama: Ikhlas @ Tauhid

Ayat pertama mensyaratkan ikhlas beribadat hanya kepada Allah. Ikhlas juga bermakna mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apapun. Definisi ini diambil dari Surah Al-Ikhlas yang inti seluruh surah ini berkaitan tauhid dan larangan syirik.

Kedua : Ikut Sunnah

Lafaz kedua kalimah syahadah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah dan wajib diikuti, bagi sesiapa yang mahu mendapat pahala dan masuk syurga.

Amal Apa Yang Utama

Setelah dua perkara pokok yang menjadi pra-syarat ini dipenuhi barulah sesuatu amal itu layak dinilai oleh Allah untuk diberi pahala.

Buku karya ilmuwan tersohor ini membincangkan jenis-jenis amalan dan darjat keutamannya menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.

Beramal seperti berdagang juga. Kita bukan sahaja mahu berniaga sebanyak-banyaknya, kita juga mahu perniagaan kita untung semaksimal yang mungkin. Ada orang berniaga dari siang sampai ke malam, namun dek kerana kurangnya ilmu berniaga untungnya biasa-biasa sahaja. Dalam satu sisi yang lain, ada orang berniaga dalam masa yang sedikit sahaja, namun untungnya berlipat-kali ganda.

Kalau berdagang di dunia sahaja sudah perlu ilmu dan kemahiran, makanya tentu berdagang (baca: beramal) untuk akhirat lebih dari itu perlu kepada ilmu.

Dengan ilmu kita akan dapat membandingkan darjat amal antara satu dengan yang lain.Yang mana lebih utama

Memberi salam atau menjawab salam. Memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu wajib hukumnya.

Membaca Al-Qur’an banyak secara pantas, atau membaca Al-Qur’an sedikit dengan perlahan dan tartil.

Sedekah sekali dengan jumlah banyak, berbanding sedekah sedikit secara berterusan.

Saya bawakan beberapa contoh perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini untuk menggamit perhatian pembaca.

Daftar Isi Buku Ini:

1 - Perhatian Generasi Salaf Terhadap Keutamaan Amal dan Keghairahan untuk Mendalami Amal.

2 - Keutamaan Amal Berdasarkan Jenisnya.

3 - Keutamaan Amal Berdasarkan Sisi Wajib dan Sunnahnya.

4 - Keutamaan Amal Berdasarkan Niat dan Kekuatan Ikhlas.

5 - Keutamaan Amal Berdasarkan pada Baiknya Ber-Ittiba’.

6 - Keutamaan Amal Berdasarkan Konsistensi dan Kadar istiqamah Perlaksanaannya.

7 - Keutamaan Amal Berdasarkan Perlaksanaan, Kesederhanaan, Ketepatan, dan Kemudahan Perlaksanaannya.

8 - Keutamaan Amal Berdasarkan pada Kedudukan dan Derajat Pelakunya di Sisi Allah Ta’ala.

9 - Keutamaan Amal Berdasarkan Masa dan Waktu Perlaksanannya.

10 - Keutamaan Amal Berdasarkan Tempat dan Lokasi Perlaksanaannya.

11 - Keutamaan Amal Berdasarkan Kesan Bagi Makhluk.

12 - Keutamaan Amal Berdasarkan Situasi yang Dihadapinya.

13 - Mempertimbangkan Hal-hal yang Menjadi Penyebab Utamanya Suatu Amal dan Mendahulukan Salah Satunya pada Waktu Sama.

Total Pages:

342 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, August 31, 2010

294 - Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat

Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat


Title:
Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat

Author:
Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Buku ini bertujuan memperbaiki peribadi setiap muslim sehingga mampu melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya dan ia akan menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah. Buku ini membentangkan perkara-perkara penting yang wajar diketahui dan dipraktikkan oleh setiap muslim secara ringaks dan padat bersesuaian dengan apa yang diterangkan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh para salaf (generasi umat Islam terdahulu) yang soleh. Para sahabat telah menjalankan Islam dengan sebaik-baiknya, maka mereka menjadi pemimpin dan orang-orang terhormat di muka bumi ini. Sebab itu ramai orang yang keluar dari kekufuran menuju Islam dan beralih dari penyembahan hamba (manusia) kepada penyembahan Tuhannya hamba, iaitu Allah - "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Ar-Ra'd, 13: 11). Buku "BIMBINGAN ISLAM UNTUK PRIBADI DAN MASYARAKAT" ini telah diterjemahkan dan dicetak berulang-kali dalam pelbagai bahasa dan disebar-luaskan di pelbagai negara, seperti Saudi Arabia, Kuwait, Aljazair (Algeria), Jordan, Mesir, Lebanon, India, Pakistan dan Iain-lain. Dengan kata lain ini buku sangat dikenali oleh pelbagai lapisan masyarkat kerana perbahasannya ringkas tapi lengkap dan mudah difahami. Sangat sesuai untuk golongan pemula dan kanak-kanak serta dewasa yang mahu memulakan langkah ke arah kesyumulan Islam.

Total Pages:
174 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.