Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Wanita Berpakaian Tapi Telanjang

Wanita Berpakaian Tapi Telanjang


Lihat Sinopsis atau Pesan buku ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=845

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Saturday, May 18, 2013

817 - Darah Kebiasaan Wanita


Darah Kebiasaan Wanita


Judul Buku:
Darah Kebiasaan Wanita
Judul Asal: Risalah fii Ad-Dimaa’ Thabi’iyyah lii An-Nisaa’

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM6

Berat:

100g

Keterangan Buku:

Ini adalah sebuah risalah yang tuntas lagi bermanfaat berkaitan perbahasan permasalahan darah kaum wanita; iaitu sekitar hukum-hakam darah haidh, istihadhah, dan nifas. Ia bukanlah suatu permasalahan yang mudah dan boleh dipandang remeh. Ia termasuk persoalan yang wajib diambil tahu oleh para wanita, malah tidak lepas para lelaki kerana mereka adalah pemimpin bagi kaum wanita. 

Bagi buku ini, sudah tentu acuannya adalah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, kerana inilah dua sumber utama bagi umat Islam dalam berhukum.

Di dalamnya, Syaikh menjelaskan tentang makna haidh, hikmah-hikmah di sebalik berlakunya haidh dan kitarannya, usia dan masa-masa haidh, haidh bagi wanita hamil, haidh dan kaitannya dengan hukum talak dan ‘iddah, hal-hal keluarnya darah di luar kebiasaan, pertambahan atau pengurangan tempoh haidh, haidh yang datang tidak tentu, warna dan perbezaan haidh dengan yang lainnya, hukum-hukum berkaitan haidh, haidh dan kaitannya dengan ibadah lainnya seperti; solat, puasa, dzikir dan membaca al-Qur’an, thawaf, duduk di masjid, dan selainnya dari hal-hal seperti jima’, dan mandi.

Seterusnya penulis bahaskan pula hukum-hakam fiqh berkaitan darah istihadhah, makna istihadhah, keadaan wanita yang istihadhah, hukum-hakamnya, kemiripannya dengan darah lainnya, dan lain-lain. Kemudian penulis teruskan perbahasannya dengan darah nifas, makna dan hukum-hukum berkaitannya. Akhi sekali, Syaikh Al-‘Utsaimin menjelaskan beberapa bentuk persoalan yang sering menjadi tanda tanya kalangan amsyarakat masa kini, iaitu sekitar hukum mengambil ubat pencegahan haidh, perangsang haidh, pencegah kehamilan, dan hukum sekitar menggugurkan kandungan.

Semoga bermanfaat.

Jumlah Muka Surat:
69 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

795 - Tuntunan Praktis Fiqih Wanita


Tuntunan Praktis Fiqih Wanita


Judul Buku:
Tuntunan Praktis Fiqih Wanita
Judul Asal: Tanbiihaat ‘Alaa Ahkaami Takhtashshu bil Mu’minaat

Penulis:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Penerbit:
Pustaka Ibnu ‘Umar

Harga:
RM20

Berat:

300g

Keterangan Buku:

Sesungguhnya kaum wanita memiliki kedudukan yang mulia dalam Islam, dan banyak sekali hal-hal penting berkaitan dengan wanita dijelaskan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan bimbingan yang khusus kepada para wanita dalam banyak hadis-hadisnya. Sama ada bimbingan dalam hal ehwal agama mereka mahupun dunia mereka.

Risalah ini adalah risalah ringkas yang disusun secara ringkas, ringan, santai, tetapi padat dengan informasi-informasi penting yang wajib diketahui oleh para wanita yang benar-benar mengambil berat tentang agama dan dirinya. Risalah ini disusun oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah, salah seorang anggota majlis fatwa Arab Saudi dan merupakan seorang ilmuan tersohor dunia saat ini. Ia adalah buku yang mudah berkaitan hukum-hakam fiqh kewanitaan dalam Islam.

Di antara yang dimuatkan oleh penulis melalui bukunya ini yang pertamanya adalah sekitar hukum-hukum umum berkaitan kedudukan wanita sebelum dan setelah datangnya Islam, serta sikap musuh-musuh Islam terhadap kaum wanita.

Kemudian penulis muatkan pula dengan asas-asas fiqh kewanitaan seperti hukum-hakam menghias diri bagi wanita, hukum-hakam haidh, istihadhah, dan nifas. Hukum-hakam khusus tentang hijab dan penutupan aurat dan bentuk-bentuk. Seterusnya dimuatkan pula perbahasan fiqh solat bagi wanita, hukum-hakam pengurusan jenazah bagi kaum wanita, hukum-hakam dan sunnah-sunnah puasa bagi wanita, hukum-hakam khusus haji dan umrah bagi wanita, hukum-hakam kekeluargaan sebagai wanita, sampailah kepada bab-bab penjagaan diri dan kehormatan bagi wnaita.

Semua ini dibahaskan secara santai dan tuntas namun tanpa mengabaikan aspek-aspek ilmiyah dengan menjelaskan sumber-sumber nukilan dalil-dalil dan pendapat para ulama lainnya. Semoga ia bermanfaat dan mampu menjadi panduan mudah bagi setiap kaum wanita yang ikhlash mahu mengamalkan agamanya dengan benar.

Sesungguhnya bagi kaum lelaki dan wanita itu secara umumnya adalah sama di sisi Allah berdasarkan amal-amal mereka. Bagi kaum lelaki dan wanita itu ada amal-amal yang bersifat umum untuk mereka, dan bagi mereka ada pula amal-amal yang bersifat khusus menyangkut sama ada khas bagi lelaki, mahupun yang terkhusus bagi wanita.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Sesiapa yang beramal dengan amal yang soleh, sama ada lelaki ataupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah usahakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97) [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
239 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, May 17, 2013

772 - Chicken Soup for Muslimah

Chicken Soup for Muslimah


Judul Buku:
Chicken Soup for Muslimah
Judul Asal: Qashash Mu'atstsirah Jiddan lil Fatayat

Penulis:
Ali B. Husain as-Sindi

Penerbit:
Sukses Publishing

Harga:
RM20

Berat:

0.35kg

Keterangan Buku:


Tidak akan beroleh pelajaran dalam hidup orang yang tidak pernah mengambil hikmah dari pengalaman hidupnya, sama ada dari pengalaman hidupnya sendiri mahupun pengalaman hidup orang lain di sekelilingnya. Sungguh hikmah akan dapat diraih oleh mereka yang bijak mengambil pelajaran dan pengajaran dari pelbagai peristiwa mahupun kejadian yang dia alami sendiri mahupun yang dialami oleh orang lain.

Dalam hadis ada menyebutkan bahawa seorang mukmin itu dia tidak akan terjatuh ke dalam satu lubang yang sama lebih dari sekali. Dari sini menunjukkan bahawa pentingnya menjadikan sesuatu pengalaman itu sebagai pelajaran dan pengajaran, iaitu tidak melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, ketiga, mahupun seterusnya.

Selain itu, banyak hikmah yang akan dapat dituai dan dijadikan iktibar. Tatkala orang lain ditimpa kesusahan atau musibah, Allah masih terus melimpahkan kemudahan, nikmat, dan terpelihara dari musibah tersebut. Maka bagi orang yang tahu mengambil pelajaran, pasti dia akan tahu bersyukur dan terus menjaga dirinya dengan baik dengan cara yang betul. Sekaligus lebih memotivasikan dirinya untuk menuju ke arah yang lebih baik.

Adapun buku ini, ia adalah termasuk himpunan kisah-kisah yang banyak terjadi dalam kalangan kaum wanita yang mengandungi banyak pelajaran dan sumber-sumber inspirasi untuk direnungi. Rintangan kehidupan masa kini yang penuh dengan pesona dan muslihat, menjadikan buku ini antara yang perlu dimuhasabah bersama. Sehingga kita pun akan kembali menjadi ingat akan pesan-pesan yang dikhabarkan Rasulullah semenjak 1400 tahun dahulu. Lalu insyaAllah, membantu kita agar lebih bijak dalam mengatur setiap langkah-langkah berikutnya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
255 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

771 - Nasehatku Untuk Kaum Wanita

Nasehatku Untuk Kaum Wanita


Judul Buku:
Nasehatku Untuk Kaum Wanita
Judul Asal: Nashihati lin Nisaa’

Penulis:
Ummu 'Abdillah Al-Wadi'iyyah

Penerbit:
Pustaka Ar-Rayyan

Harga:
RM34

Berat:

0.55kg

Keterangan Buku:


Sebagaimana kata pepatah, ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya. Sehingga apabila mahu memperbaiki keadaan sesebuah masyarakat atau kaum, maka kaum wanita harus diberi fokus yang lebih.

Ketika ini, ramai sekali kaum wanita yang tampak begitu jauh dari agama. Mereka cenderung kepada dunia dan karier, gemerlapan populariti, mengejar harta, mendamba kecantikan, sehingga mengumbar pesona di khalayak kaum lelaki lalu menjadi fitnah di dalam masyarakat.

Sebagaimana Nabi sendiri pernah mengungkapkan dalam sabdanya:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Beliau juga bersabda:


فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Takutlah kamu dengan dunia dan takutlah kamu dengan fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah berkaitan urusan wanita.” (Shahih Muslim, no. 2472)

Maka atas alasan tersebut dan atas dasar nasihat-menasihati di atas kebaikan, maka kehadiran buku ini amatlah tepat pada masanya. Buku ini termasuk sarana usaha (dengan se-izin Allah) bagi memperbaiki keadaan yang sedang berlangsung yang wanita memainkan peranan di dalamnya.

Buku ini adalah terjemahan dari sebuah kitab berjudul Nashihati lin Nisaa' karya Ummu 'Abdillah puteri Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi'iy rahimahullah. Buku ini memuatkan perbahasan-perbahasan yang bermanfaat buat kaum wanita secara khusus dan masyarakat Islam umumnya sekitar persoalan asas-asas akhlak dan adab, aqidah, fiqh, pendidikan anak-anak, kekeluargaan, hak-hak suami dan isteri, mu'amalah, keutamaan mempelajari ilmu, dan banyak lagi lainnya.

Semoga dengan mutiara-mutiara nasihat yang tersisip di dalam buku ini mampu dimanfaatkan sebaiknya. Ketahuilah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Seseorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seseorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kalian pimpin.” (Shahih al-Bukhari, no. 5200. Bab: Wanita Adalah Pemimpin di Rumah Suaminya)

Maka wahai wanita, jadilah kalian pemimpin yang baik di rumah suamimu. Demi untuk putera-puterimu, kemuliaanmu, menjaga harta suamimu, dan agar rumah-tanggamu ter-urus sempurna. Demikianlah hendaknya akhlak seorang wanita solehah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

“Maka, wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.”” (Musnad Ahmad, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, no. 4598, 8805. Shahih Ibnu Hibban, no. 4163. Hadis hasan lighairihi)

Namun yang menakutkan lagi membimbangkan, sebegitu mudah tugas yang Allah berikan untuk kaum wanita menggapai Syurga, tetap juga kaum wanita-lah yang kelak paling ramai di Neraka sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam beberapa hadis-hadisnya. Antara puncanya kerana mereka tidak merasa redha dengan kedudukan yang telah Allah kurniakan untuk mereka, suka meminta-minta, hilangnya rasa qona'ah, suka mengeluh dan tidak sabar, tidak bersyukur, suka mengumpat, suka mencela suaminya, tidak menjaga auratnya, hilangnya sifat malu, dan beberapa sebab lainnya lagi.

Maka, semoga buku yang dipenuhi dengan untaian-untaian nasihat berharga dan penuh hikmah ini mampu menyelamatkan kita semua sekaligus meraih Syurga-Nya, dan khasnya tentu buat para wanita di luar sana. Berbuat baiklah kepada mereka dan jangan berbuat kasar terhadap mereka. Sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:


وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا


“Berbuat baiklah kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya mungkin engkau akan mematahkannya, namun jika engkau biarkan ia akan terus bengkok. Maka aku wasiatkan padamu agar kalian tanggapilah para wanita dengan baik.” (Shahih al-Bukhari, no 5186) [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
440 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, February 11, 2013

732 - Merindukan Anak Shalih

Merindukan Anak Shalih


Judul Buku:
Merindukan Anak Shalih
Judul Asal: Al-Aabaa'u Madrasatul Abnaa'

Penulis:
Fahd B. Muhammad Al-Hamizy

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM6

Berat:

130g

Keterangan Buku:


Kecintaan kepada keturunan atau zuriat merupakan fitrah bagi manusia, bahkan al-Qur’an menyebutkan dengan beberapa akibat, adakalanya berakibat baik dan ada pula sebaliknya, tetapi tidak seorang pun dari ibu-ibu dan para bapa melainkan berharap mendapatkan zuriat yang soleh lagi menyenangkan hati, sebagaimana doa para ‘ibadurrahman (para hamba Allah yang diredhai oleh yang Maha Penyayang):


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Furqon, 25: 74)

Sungguh benar-benar merupakan nikmat yang besar apabila kita dikarunia-kan oleh Allah dengan zuriat keturunan yang soleh, dan kita juga berlindung kepada Allah dari keturunan yang akan menjadi musuh kita. Firman Allah Ta’ala:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka.” (Surah at-Taghaabun, 64: 14)

Para pembaca yang budiman, buku yang berada di hadapan kita ini adalah salah satu tuntunan dan bimbingan agar kita mampu mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh, yang mana terwujudnya keturunan yang soleh adalah termasuk idaman bagi para ibu dan bapa.

Maka hasrat dan keiinginan tersebut perlulah dilaksanakan dan diusahakan dengan panduan pendidikan yang syar’i. Semoga dengan buku ini, para pembaca sekalian dapatlah menambah wawasan pengetahuan dalam merindukan dan mendambakan terwujudnya anak-anak yang soleh. Kepada Allah-lah kita memohon agar dipermudahkan segala urusan dan setiap langkah menuju redha-Nya. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]

Jumlah Muka Surat:
82 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, February 9, 2013

723 - Mendidik Anak Bersama Nabi

Mendidik Anak Bersama Nabi


Judul Buku:
Mendidik Anak Bersama Nabi
Judul Asal: Manhaj At-Tarbiyyah An-Nabawiyyah lit-Thifl

Penulis:
Syaikh Muhammad Nur 'Abdul Hafiz Suwaid

Penerbit:
Pustaka Arafah

Harga:
RM75

Berat:

1.2kg

Keterangan Buku:


Pada hari ini ada sebahagian dari kalangan umat Islam yang bercita-cita mendidik anaknya agar mengikuti David Beckham, Rooney, Ronaldo, P. Ramlee, Saloma, Bill Gates, Michel Dell, Stevan Covay, atau dari kalangan para artis, pelakon, dan tokoh-tokoh barat lainnya. Tetapi dia lupa bagaimana para tokoh-tokoh hebat Islam dari kalangan generasi awal mendidik anak-anak. Malah, dia juga lupa bagaimana Nabi mewasiatkan agar mendidik anak-anak.

Bukankah Nabi adalah pendidik terhebat dalam sejarah manusia? Beliau seorang tokoh dan contoh teladan yang telah melahirkan manusia dari generasi sahabat yang merupakan generasi terbaik. Terbaik dalam aspek iman, aqidah, tauhid, kekuatan, ibadah, pendidikan, politik, akhlak, karektor, dan teladan-teladan lainnya.

Malah, kepada merekalah Allah memerintahkan kita agar mengikuti dan mengambil contoh.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Nabi), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 21)

Kemudian di ayat yang lain pula, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Maka, marilah kita mengikuti Nabi dalam mendidik anak-anak kita. Atau inilah yang dikatakan sebagai, “Mendidik Anak Bersama Nabi.”

Pendidikan anak-anak

Masalah pendidikan boleh dikatakan termasuk masalah yang paling rumit yang dihadapi oleh para ibu/bapa, institusi pendidikan dan pengajaran, dan pakar-pakar psikologi.

Gejala moral dan akhlak anak-anak semakin meruncing pada zaman ini. Ramai ibu bapa yang semakin bimbang dan risau terhadap persoalan Aqidah, peribadatan, dan akhlak anak-anak. Maka dari itulah, para pakar melihat bahawa kaedah pendidikan anak-anak sebenarnya memainkan peranan yang begitu penting dalam persoalan ini. Pendidikan awal anak-anak oleh ibu bapa merupakan input awal bagi menghasilkan output terbaik pada kemudian hari. Dari sudut itulah, seharusnya kita memikirkan bagaimanakah sebenarnya kaedah/methode yang terbaik dalam usaha mendidik anak-anak?

Di sini, buku ini tampil sebagai salah satu buku yang memberi garis panduan dalam persoalan mendidika anak berpandukan tatacara Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para salaf (generasi awal dari kalangan para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in). Buku ini membentangkan susunan perbahasan berpandukan dalil-dalil yang kukuh dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Disertakan dengan kefahaman para ulama generasi awal dari para sahabat tabi'in, dan seterusnya. Turut disertakan juga atsar-atsar (perkataan dan nasihat bimbingan para sahabat dan tabi'in) yang berkaitan dalam perkara ini. Demikianlah, anda lihat sendiri kandungannya dan hasilnya.

Dan untuk mencapai hasil yang baik, sudah tentu bukan perkara yang mudah. Ia perlukan ilmu, bimbingan, kesabaran, dan kesungguhan.

Ketahuilah bahawa Ibu/bapa adalah orang-orang yang paling bertanggung-jawab penuh terhadap pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu konsisten memegang konsep Islam dalam mendidik anak-anak mereka, insyaAllah mereka akan melahirkan anak-anak yang tumbuh dalam keislaman yang diberkahi.

Tetapi sebaliknya, jika dari kedua ibu/bapanya tidak konsisten, dan tidak sabar serta tidak punya ilmu dalam memberi pendidikan dan penjagaan terhadap anak-anak mengikut didikan Islam yang benar, maka di sana nantilah punca kepada masalah akan berkembang. Kerana guru pertama lagi utama bagi setiap anak-anak adalah kedua ibu/bapanya. Merekalah yang mencorakkan peribadi, karektor, dan jatidiri seorang anak. Bagaimana aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya, dan pendidikan-pendidikan lainnya.

Ini adalah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)

Di samping itu, ibu/bapa jugalah yang menjadi contoh dan idola pertama bagi anak-anak. Mereka perlu menunjukkan akhlak dan contoh terbaik. Sekiranya mereka gagal memberi contoh dan tauladan yang baik, maka anak-anaklah yang bakal menerima dan menyerap kesannya. Kerana, anak-anak yang berjiwa fitrah bersih lagi suci, tidak ada yang akan diikuti dan dijadikan contoh dalam membina pertumbuhan dan perkembangan karektornya melainkan orang-orang di sekitarnya.

Setelah itu, ibu/bapa juga wajib mengetahui hak-hak dan kewajiban anak-anak, kemudian melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Allah Ta‘ala dan Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan cara bertahap dan konsisten, dengan kesabaran, dengan ilmu yang benar, sehinggalah mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi yang matang.

Ditambah lagi dengan suasana hari ini yang begitu mencabar dalam membina peribadi anak-anak disebabkan banyaknya pengaruh dan faktor persekitaran yang kurang kondusif dan jauh dari nilai-nilai Islam, maka ibu/bapa perlu lebih tegas dan prihatin. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, sebaliknya ibu dan bapalah yang perlu lebih dahulu berusaha memperbaiki diri dan menekuni ilmu-ilmu yang benar sebagai bekal pengajaran. Jangan bermudah-mudah menyerahkan anak-anak kepada orang lain seperti ke pusat-pusat asuhan, kepada para amah atau orang gaji, ke taska-taska atau seumpamanya.

Sebaliknya, pastikanlah anak-anak anda dididik oleh orang-orang yang berilmu dan berkarektor baik lagi melazimi sunnah-sunnah Rasulullah. Iaitu yang mampu memberi contoh tauladan yang baik. Dan tidak lain, ibu dan bapanyalah yang perlu berusaha ke arah itu. Maka, insyaAllah buku ini bakal membimbing para ibu dan bapa sekalian.

Maka, buku yang kami ketengahkan ini bakal membantu anda untuk tujuan tersebut dan bakal membuka lembaran corak berfikir yang mungkin selama ini jarang diambil berat oleh ibu/bapa. Dan mungkin ada sebahagian perkara yang amat sering dilupakan oleh mereka lantaran sibuk dengan urusan dunia luar.

Di antara fokus utama perbahasan buku ini adalah seperti:

1, Tanggungjawab pendidikan.
2, Memilih ibu yang baik untuk anak-anak.
3, Keutamaan keluarga yang soleh.
4, Sifat seorang pendidik.
5, Kesan dan pengaruh karektor ibu bapa terhadap anak-anak.
6, Sunnah-sunnah ketika menerima kehamilan.
7, Sunnah-sunnah ketika menyambut kelahiran.
8, Hukum-hakam berkaitan anak-anak kecil seperti hukum air kencing, hukum dan sunnah menyusukan bayi, hak-hak pengasuhan, dan lainl-lain.
9, Pembinaan aqidah dan jati diri anak-anak.
10, Pembinaan ibadah, mendekatkan anak-anak dengan masjid, melatih mengenal Allah.
11, Mencorak anak-anak dalam pergaulan, kaedah memilih guru, dan teman.
12, Mendidik anak-anak agar ringan tulang.
13, Adab terhadap ibu bapa, keluarga, guru, dan masyarakat.
14, Melatih anak-anak dalam menuju kehidupan.
15, Pembinaan adab bersosial.
16, Pembinaan perasaan dan kasih-sayang.
17, Pembinaan jasmani dan fizikal.
18, Pembinaan karektor, akhlak, intelektual, pengajian bahasa, dan daya hafalan.
19, Menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasul-Nya.
20, Mengenal Islam.
21, Pembinaan kesihatan dan pemakanan.
22, Pembinaan dan pendidikan seksual.
23, Berbakti kepada ibu bapa.
24, Tips-tips mendidik anak dengan cara Nabi.
25, Membina keyakinan anak-anak.

Dan banyak lagi lainnya, insyaAllah.

InsyaAllah, buku ini bakal membantu para pembaca, khususnya para ibu/bapa yang bersungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka dengan methode dan pendidikan Islam. Mengikuti methode al-Qur'an, as-Sunnah, dan petunjuk yang dijelaskan oleh Rasulullah, para sahabatnya, dan para ulama semenjak generasi awal hingga kini. InsyaAllah, setiap nukilan hadis dan atsar disertakan sekali rujukan dan sumber ambilannya. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
592.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, January 19, 2013

703 - Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai


Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai


Judul Buku:
Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai
Judul Asal: Risalah ilal 'Arusain wa Fatawa az-Zawaj wal Mu'asyaratin Nisaa'

Penulis:
Syaikh Abu 'Abdirrahman Sayyid B. 'Abdirrahman ash-Shubaihi 

Penerbit:
Maktabah Al-Ghuroba'

Harga:
RM47

Berat:

0.95kg

Keterangan Buku:

Mewujudkan sebuah perkahwinan merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka.

Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin.

Ini tidaklah sebagaimana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, pertapaan para sami dari agama budha, dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. Malah sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia semakin bertambah disebabkan ikatan percintaan yang halal lagi sistematik. Bahkan perkahwinan termasuk salah satu bentuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan ikatan perkahwinan juga, ia dapat mengawal dari berlakunya pelbagai bentuk gejala yang tidak sihat seperti perzinaan, perbuatan homoseksual dan juga pelacuran sebagaimana yang berlaku di era zaman jahiliyyah sebelum datangnya Islam ke tanah Arab dan kini banyak berlaku di negara-negara barat pula.

Dengan izin dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, tulisan ini berusaha memberi pencerahan kepada banyak sudut yang sering terabai dalam praktik amalan pernikahan dan walimah umat Islam. Ini berlaku apabila kejahilan berleluasa, kurangnya semangat dan kesedaran menuntut ilmu yang benar, serta faktor persekitaran yang mempengaruhi.

Majlis-majlis perkahwinan yang ada pada hari ini rata-ratanya diiringi dengan pelbagai jenis adat dan upacara tertentu yang meragukan serta mengarahkan kepada timbulnya beberapa pertikaian di sisi agama di samping pembazairan dan menyusahkan pasangan serta keluarga pengantin.

Ini kerana adat-adat serta pelbagai upacara-upacara yang tidak diketahui asal-usulnya dari agama ini telah mula sebati dan popular di kalangan masyarakat Islam hari ini. Akibat kepopularan dan telah menjadi biasa, akhirnya sunnah yang benar pun mati. Lebih menyedihkan, ia bukan menambah-mudahkan lagi akad perkahwinan, tetapi sebaliknya banyak pula menjadi faktor penghalang kepada banyak pasangan yang ingin berhubungan kasih secara halal.

Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan sebuah rumahtangga. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk sentiasa belajar memperbaiki keadaan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda:


خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Sunan Abu Daud, no. 2117. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah berpesan:


إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

“Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Musnad Ahmad, no. 24478. Dinilai hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan pelbagai bentuk beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kalau Nabi pun bertindak memudahkan pernikahan, kenapa pula pada hari ini ramai yang cenderung memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri dan anak-anak?

Dalam soal adat hantaran ini, perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar’i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, Rasulullah turut menganjurkan supaya kita menghulurkan bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):


بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5155)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan.

Walaupun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilaksanakan bersesuaian dengan kemampuan suami. Boleh jadi lebih dari itu, atau sebaliknya lebih sederhana dari seekor kambing.

Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Manakala sebahagian riwayat menyatakan Nabi melaksanakan walimah dengan hidangan talbinah.

Selain itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian dari masyarakat kita hari ini yang begitu berlebih-lebihan dalam walimah. Memaksa-maksa diri yang tidak mampu sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat besar dan gah.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan dan undangan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah wajar diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Kerana tujuan asalnya adalah bagi merealisasikan sunnah Rasulullah dan mendapatkan barakah serta keredhaan dari Allah Ta’ala. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga masyarakat umat Islam menganggapnya sebagai penyeri majlis lalu sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara apa yang penulis maksudkan dari perkara maksiat ini termasuklah pelbagai bentuk pembaziran makanan dan harta, mendedahkan aurat dan bertabarruj (berdandan) bagi tatapan umum, adegan peragaan tubuh melalui upacara persandingan, diadun dengan aneka muzik, acara tari-menari dan nyanyi-nyanyian, dihidang sama dengan upacara khas potong kek, adat menyarung cincin, sesi khas bergambar dan menggantung gambar. Dimasukkan sama adat merenjis dan menepung tawar, bersalam-salaman dengan bukan mahram, mengadakan acara permainan kuda kepang, menggunakan khidmat bomoh tolak hujan, dan seumpamanya. Bentuk-bentuk upacara seperti ini selain memerlukan belanja yang besar, adakah ia termasuk ke dalam tuntutan agama atau sebaliknya, atau mungkin pula bertentangan dengan agama Islam itu sendiri?

Maka di sini timbullah sebuah persoalan, iaitu sejauh manakah sebenarnya majlis perkahiwinan yang benar-benar dianjurkan oleh Syari’at sebagaimana ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih? Adakah majlis perkahwinan itu perlu diadakan dengan pelbagai aturcara seperti upacara sarung cincin, persandingan, iringan muzik, dan sesi mengambil gambar (fotografi)? Selanjutnya, adakah bentuk-bentuk aturcara walimah seperti ini benar-benar menepati kehendak syari’at dan merupakan suatu yang dibenarkan atau sebaliknya? Sekaligus, adakah tanpa semua upacara tersebut, majlis walimah menjadi hambar, wajar dipandang serong, dan tidak absah?
Maka di antara fokus perbahasan bagi buku ini adalah seperti berikut:

1, Definisi pernikahan dan zawaj.

2, Konsep Mahar Dalam Islam.

3, Adab Khithbah (meminang).

4, Solat Istikharah.

5, Akad Pernikahan.

6, Sunnah Malam Pertama.

7, Adab-adab Jima'.

8, Adab-adab Pernikahan.

9, Hak-hak Isteri Atas Suami.

10, Hak-hak suami atas isterinya.

11, Wasiat dan nasihat pernikahan.

12, Kewajiban berbakti kepada ibu dan bapa.

13, Adab-adab seorang wanita.

14, Ketaatan Wanita Terhadap Rasulullah.

15, Mencontohi para Shahabiyah bagi kaum wanita.

16, Bberapa bentuk penyimpangan dan kemungkaran dalam majlis-majlis pernikahan.

17, Ahkamul Maulud (Adab-adab Menyambut Kelahiran).

18, Menangani Konflik Suami/Isteri.

19, Himpunan fatwa-fatwa para ulama berkaitan pernikahan, rumah-tangga, walimah, hubungan intim, jima', berpakaian, perhiasan, aqiqah, anak-anak, wanita, hubungan kekeluargaan, dan beberapa yang lainnya dari isu-isu kontemporari perkahwinan.

Semoga bermanfaat.

Jumlah Muka Surat:
602 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 31, 2012

666 - Siapakah Mahram anda?

Siapakah Mahram anda?


Judul Buku:
Siapakah Mahram anda?
Judul Asal: Al-Muharramat min Nisaa'

Penulis:
Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad B. Sa'id Ruslan hafidzahullah

Penerbit:
Cahaya Tauhid Press

Harga:
RM13

Berat:

190g

Keterangan Buku:

Buku ini mengupas perkara mulia yang memiliki peranan yang cukup besar di dalam syari'at Islam. Iaitu perbahasan tentang hukam-hakam wanita yang boleh atau dilarang untuk dinikahi. Penulis menjelaskan kategori wanita-wanita antara yang halal dinikahi dan yang haram dinikahi oleh seseorang lelaki. Haram sementara, atau haram kekal dengan sebab perkahwinan, ipar, persusuan, atau hubungan rahim.

Perbahasan ini amat berhubung rapat kepada hal-hal sekitar persoalan-persoalan nikah, hukum melihat wanita, hukum berduaan (khalwat), hukum berjabat tangan, hukum-hakam mahram, penjelasan keududukan dan siapa yang menjadi mahram bagi wanita, hukum safar, hukum hubungan susu (ibu dan adik-beradik sepersusuan) dan yang lainnya yang berkaitan. Dan hal-hal inilah yang banyak diabaikan oleh kaum Muslimin pada hari ini. Sehingga pergaulan di antara lelaki dan wanita pun menjadi seolah-olah tiada batas lagi sedangkan di sana ada hukum-hukum khusus yang perlu dipatuhi.

Selanjutnya, apa kesan hubungan apabila seseorang itu memiliki pertalian darah dengan wanita dan kesan hubungan sebagai mahram, insyaAllah ini semua dikupas oleh penulis. Ketidaktahuan dalam persoalan ini menyebabkan sebahagian besar kaum Muslimin terjatuh ke dalam hal-hal yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kehadiran buku ini mampu membuka ruang pencerahan.

Selamat menimba ilmu dan mengamalkannya... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
132 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

657 - Kiat Sukses Menjemput Jodoh


Kiat Sukses Menjemput Jodoh


Judul Buku:
Kiat Sukses Menjemput Jodoh

Penulis:
Abu Umar Basyier

Penerbit:
Shafa Publika

Harga:
RM11

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Banyak orang yang hanya mampu menggelengkan kepala ketika berbicara soal jodoh. Tidak sedikit pula yang sampai kehilangan harapan bahawa dirinya akan berupaya mendapatkan pasangan hidup, kerana sang idaman hati tak kunjung-kunjung tiba.

Lalu bagaimana harus kita bersikap, apakah menyerahkannya kepada Allah, tidak perlu dikejar-kejar, ditunggu saja, atau sebaliknya perlu dicari dan diusahakan? Lalu bagaimana?

Apakah benar ungkapan-ungkapan seperti: "Tak cantik maka tak laku", "Takkan lari jodoh dikejar"?

Bagi yang masih belum bertemukan jodoh, separuh hidupnya seolah-olah hampa dan gusar, sedikit kecewa dan resah menyusup ke lubuh sanubari. Lalu ia pun melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkannya. Sayang seribu kali sayang, sampai ada yang mengorbankan prinsip demi sebuah jodoh dan pasangan hidup. Bahkan ada yang sampai mengorbankan agama.

Ada yang sampai bertemu tok dukun dan bomoh. Lain yang dicari, lain yang dapat. Ingin mencari kehidupan bahaya, malah menjadi sengsara. Mahu mencari redha Allah, malah menjadi syirik.

Lalu, bagaimanakah usaha dan kaedah yang benar dalam meraih jodoh idaman hati? Bagaimana agama mengajarkan kepada kita? Bagaimana jodoh atau pasangan yang bersesuaian?

Buku: Kiat Sukses Menjemput Jodoh karya Abu Umar Basyier ini memberikan tawaran alternatif agar anda mendapatkan kelapangan dada dalam usaha menjemput jodoh anda, tanpa harus mengorbankan iman dan hak anda untuk bahagia. Selamat membaca! [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
141 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, November 24, 2012

643 - Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam (Soft Cover)


Sutra Ungu
Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam
(Soft Cover)


Judul Buku:
Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam

Penulis:
Abu Umar Basyier

Penerbit:
Rumah Dzikir

Harga:
RM18

Berat:

230g

Keterangan Buku:

Sebahagian dari bukti sempurnanya Islam, ia adalah agama yang menjadi petunjuk kehidupan bagi manusia. Sampai dari sekecil-kecil masalah, sehinggalah sebesar-besar masalah ada dikupas dan dijelaskan di dalam Islam. Dari hal-hal yang nyata tampak di depan mata, sampailah hal-hal yang ghaib dan berita-berita masa depan turut dibahaskan. Dari urusan buang air, sampailah urusan mentadbir negara dan dunia dijelaskan di dalamnya. Semuanya adalah dalam rangka mentauhidkan Allah, yang mana dari-Nya kita datang dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Kerana Allah yang telah menciptakan kita, maka Dia-lah yang lebih tahu akan apa yang Dia ciptakan. Oleh itulah, Islam adalah sebenar-benar manual petunjuk untuk manusia.

Dan di antara hal-hal yang turut dibahaskan dan diperincikan oleh agama yang indah dan cukup luas ini adalah suatu yang sering menjadi misteri di dalam selimut hidup berumah-tangga. Iaitu hal-hal yang mencakupi nikmat berumah-tangga suami isteri, dan hal-hal berkaitan hubungan intim di antara keduanya. Mungkin dalam keadaan tertentu, perbincangan sekitar isu seks termasuk perkara yang tabu, menyebabkan dipandang serong, dan memalukan. Namun, kita harus menerima bahawa Islam tidak mengabaikan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan jalan yang benar dalam merealisasikannya. Asalkan memenuhi adab dan ilmu dari sumber yang benar.

Buku ini dengan judulnya, "Sutra Ungu" adalah sebuah buku yang tidak kurang hebatnya. Ia tampil membahaskan persoalan fiqh hubungan intim atau seks dari kaca mata Islam.

Mungkin sebelum ini ramai yang tertanya-tanya akan sama ada wujud atau tidak perbahasan berkaitan seks dalam Islam, ataukah Islam mendiamkannya. Maka, buku ini tampil sebagai jawaban, sekaligus muncul sebagai rujukan panduan adab-adab seks dalam Islam. Ternyata Islam tidak membiarkan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan panduan sebagaik bukti kesempurnaannya sebagai diin (jalan hidup).

Tidak kurang ramai pasangan suami isteri yang jahil dalam persoalan seks dan hubungan intim bersama pasangan mereka, tetapi mereka malu hendak bertanya dan mencari jawaban. Akhirnya ia menjadi sebab hubungan bertukar dingin.

InsyaAllah, buku ini mampu membimbing. Di antara nikmat-nikmat dalam hidup berumah-tangga adalah jalinan hubungan intim bersama pasangan yang halal, bahkan membuahkan pahala dan bakal diberi khabar gembira dengan berolehnya cahaya mata kurniaan Allah. Maka, jangan sia-siakan jalinan hubungan intim kalian bersama pasangan begitu sahaja. Sebaliknya, jalinkanlah ia dengan penuh romantis, kasih-sayang, dan ilmu yang benar. Semoga ia tidak hanya sekadar memuaskan nafsu di ranjang, tetapi juga mampu menjadi sarana ke arah hidup bahagia sekaligus membuahkan pahala dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا

Beberapa orang dari sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memiliki banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan harta yang mereka miliki.”

Beliau pun bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala.” (Shahih Muslim, no. 1006). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Di antara skop perbahasan yang dikupas oleh penulis adalah sebagaimana berikut:

1, Sejauh mana pentingnya seks?
2, Salah faham tentang seks.
3, Pendidikan seks dalam Islam.
4, Malu berbicara soal seks.
5, Manfaat dan faedah seks.
6, Pendidikan dan Fiqh seks.
7, Titik klimaks.
8, Posisi dan variasi.
9, Hubungan seks yang menyimpang dan terlarang.
10, Ejakulasi.
11, Pengurusan seks.
12, Oral seks dari perspekstif Islam.
13, Hukum video seks demi membangkitkan ghairah.
14, Stamina.
15, Rahsia pemakanan.
16, Penggugah ghairah.
17, Tips menjaga stamina.
18, Kekerapan seks.
19, Hukum 'Azl
20, Saling memahami.
21, Bila harus mandi wajib?
22, Sentuhan malam pertama.
23, Beberapa catatan dan nasihat.

Serta beberapa lagi lainnya.

Semoga bermanfaat buat semua yang mahu memanfaatkannya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
224 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.