Saturday, December 4, 2010

334 - Mukjizat-mukjizat Nabi

Mukjizat-mukjizat Nabi


Title:
Mukjizat-mukjizat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul asal: Mukjizaatun Nabi

Author:
Syaikh Musthofa al-Adawi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM12

Weight:
200gram

Description:

Pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hadis kontemporari. Beliau lahir pada tahun 1945 dan berasal dari Mesir. Salah seorang guru beliau yang berpengaruh ialah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah (ulama hadis dari Yaman).

Buku kecil setebal 158 halaman ini menghimpunkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Nabi berkaitan mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Sebanyak 21 mukjizat disenaraikan melalui buku ini (antaranya):

1 - Al-Qur’an
2 - Isra’ dan Mikraj
3 - Baitul Maqdis Diangkat Sehingga Nabi Melihatnya di Mekah
4 - Bulan Terbelah
5 - Tangisan Pokok Kepada rasulullah
6 - Dada Nabi Dibelah
7 - Balasan Serta-Merta Kepada Orang Yang Menipu Dan Memusuhi Nabi
8 - Hukuman Kepada Orang yang Tidak Menghargai Ucapan Nabi
9 - Adab Haiwan Kepadanya
10 - Pohon Tunduk Kepada Beliau
11 - Batu Mengucapkan Salam Kepadanya, dan beberapa lagi.

Sebahagiannya telah dimaklumi di kalangan umat Islam. Manakala sebahagian lagi masih belum masyhur. Justeru buku ini sangat bermanfaat untuk dibaca.

Penulis juga menukilkan sikap seorang mukmin terhadap mukjizat nabi. Lantaran terdapat sebahagian orang yang mengaku Islam dan beriman, namun menolak untuk beriman dengan sebahagin mukjizat Nabi. Mereka beralasan bahawa peristiwa yang berlaku itu tidak logik. Sedangkan pengetahuan dan keimanan terhadap perkara ini mampu menumbuhkan keyakinan yang menghilangkan keraguan. Keimanan terhadap perkara-perkara ghaib khabaran wahyu mampu memberi kesan kepada kebaikan akhlak seseorang serta kekhusyukkan dalam ibadah.

Total Pages:

158 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.