Sunday, April 10, 2016

Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya


Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya
karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali




Banyak tersebar buku-buku di luar sana berkaitan rawatan Islam terhadap sihir dan cara-cara mendindingnya. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan fakta dan kandungan yang dibawa. Kerana telah banyak sekali buku-buku dalam genre ini kami dapati tersasar dari kaedah rawatan dan penerangan yang benar menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bahkan sebahagiannya hanya menggunakan judul-judul Islami, namun hakikatnya praktikalnya adalah pengamalan bomoh dan dukun, penuh dengan kepercayaan khurafat dan praktikal yang bid'ah, malah disertakan pula dengan bentuk-bentuk penafsiran ayat-ayat Al-Qur'an yang tidak benar.

Dari itu, kami berusaha membawakan untuk para pembaca dengan sebuah buku dalam bidang ini yang telah disusun oleh salah seorang ulama timur tengah iaitu Asy-Syaikh Wahid Abdussalam Bali hafidzahullaah.

Buku ini menjelaskan kepada para pembaca hakikat sebenar tentang ruqyah, jin, sihir dan terapinya menurut Al-Qur'an dan Sunnah, dilengkapi dengan nota kaki rujukan lanjutan.

Hubungi kami untuk pesanan, 0126887715 (call/sms/whatsapp).