Thursday, April 22, 2010

235 - Fathul Bari (Syarah Shahih al-Bukhari)

Fathul Bari (Syarah Shohih al-Bukhari)


Title:Fathul Bari
Syarah Shahih al-Bukhari

Author:
al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Weight:
1.0kg - 1.4kg (bagi setiap jilid)

Description:

Kitab Fathul Bari ini adalah sebuah kitab yang sangat terkenal dalam dunia Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Pengarangnya, seorang al-Hafiz yang bermazhab asy-Syafi'i. Iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani. Kitab ini membawa khazanah ilmu yang merungkai perbahasan berkaitan hadis-hadis dalam Shohih al-Bukhari.

Kitab Fathul Bari adalah merupakan sebuah kitab besar yang mensyarahkan (menghuraikan) hadis-hadis dalam kitab Shahih al-Bukhari. Kini kitab ini telah pun mula diterjemahkan di bawah seliaan Pustaka Imam asy-Syafi'i. Yang telah siap diterbitkan dan dipasarkan adalah 19 jilid setakat ini. InsyaAllah, jilid-jilid berikutnya akan terus menyusul. Ciri istimewa terjemahan Pustaka Imam asy-Syafi'i ini adalah ia menterjemahkan keseluruhan kandungan dari kitab asal-nya satu persatu. Kini, sebuah lagi khazanah besar ilmu Ahlus Sunnah wal-Jama'ah telah dimudahkan untuk para penuntut ilmu dan para pembaca serta peminat kitab-kitab ilmu.

Perbahasan berdasarkan jilid:

Jilid 1: Mukaddimah, Kitab Wahyu, dan Kitab Iman.

Jilid 2: Kitab Ilmu.

Jilid 3: Kitab Thaharah (bersuci) dan Kitab Wudhu'.

Jilid 4: Kitab Mandi, Haidh, dan Tayammum.

Jilid 5: Kitab Solat

Jilid 6: Kitab Waktu-waktu Shalat & Adzan

Jilid 7: Kitab Adzan, Solat Berjama'ah, dan Imamah

Jilid 8: Kitab Adzan dan Sifat Solat

Jilid 9: Kitab Solat Juma'at, Solat Khauf (Ketika Perang), dan Solat 'Ied (Hari Raya).

Jilid 10: Kitab Solat Witir, Solat Istisqa', Solat Gerhana, Sujud Tilawah, dan Solat Qasar.

Jilid 11: Kitab Solat Tahajjud, Keutamaan Solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Melakukan Perbuatan Selain Rukun Solat, Sujud Sahwi.

Jilid 12: Kitab Jenazah.

Jilid 13: Kitab Zakat.

Jilid 14: Kitab Haji (Bahagian 1)

Jilid 15: Kitab Haji (Bahagian 2)

Dapatkan jilid-jilid yang seterusnya di website kami, KLiK.

Semoga dengan terbitnya terjemahan kitab ini, ia akan membantu kita semua untuk memahami hadis-hadis Nabi yang mulia dengan lebih baik lagi terutamanya yang terdapat di dalam Kitab Shohih al-Bukhari. (InsyaAllah). Untuk terbitan yang telah lengkap, boleh juga dapatkan Edisi Terbitan/Terjemahan Pustaka Azzam.