![](http://1.bp.blogspot.com/_BddSM12Bn2E/TQ6Ul6Hpu6I/AAAAAAAABPo/zmiPNHL0Hjg/s400/Jami_al-Ulum_wa_al-Hikam.jpg)
Sunday, August 24, 2008
94 – Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (Panduan Ilmu & Hikmah) Syarah Lengkap al-Arba’in an-Nawawi
Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam
Panduan Ilmu & Hikmah
Syarah Lengkap al-Arba’in an-Nawawi
![](http://1.bp.blogspot.com/_BddSM12Bn2E/TQ6Ul6Hpu6I/AAAAAAAABPo/zmiPNHL0Hjg/s400/Jami_al-Ulum_wa_al-Hikam.jpg)
Book Name:
Panduan Ilmu & Hikmah Syarah Lengkap al-Arba'in an-Nawawiyah
Judul Asal: Jami' al-'Ulum wa al-Hikam
Author:
Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali Rahimahullah (Wafat: 795H)
Publisher:
Daul Falah
Price:
RM88
Weight:
1.6 Kg
Description:
Syaikhul Islam Taqiyuddin Abu Amr Utsman bin Musa asy-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Sholah yang wafat pada tahun 643H, telah menghimpunkan hadis-hadis yang bersifat komprehensif ke dalam bukunya yang berjudul al-Ahaadith al-Kuliyyah, yang dikatakan bahawa paksi agama berputar di atasnya. Buku tersebut memuatkan sebanyak dua puluh enam hadis.
Kemudiannya, Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi yang wafat pada 676H (Imam an-Nawawi), menyalin semua dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan hadis-hadisnya sehingga berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam bukunya al-Arba’in yang sangat terkenal, banyak menjadi hafalan, dan Allah menjadikannya begitu bermanfaat kerana keikhlasan penyusun dan kebaikan maksudnya.
Setelah itu, al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah menambahkan lapan buah hadis lagi dari hadis-hadis Jawami’ul Kalim (yang memiliki maksud yang luas) ke dalam buku al-Arba’in yang mencakupi begitu banyak ilmu dan hikmah, sehinggalah hadis-hadis tersebut terkumpul menjadi lima puluh hadis. Beliau melakukan istikharah kepada Allah untuk menyusun buku yang mengandungi syarah makna-makna dan hadis-hadis tersebut. Bersesuaian dengan kemudahan yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepadanya dan menentukan kaedah hadis-hadis tersebut. Dalam syarah ini, al-Hafiz Ibnu Rejab membentangkan hadis-hadis Nabawiyah, menjelaskan kata-kata asing dan makna-maknanya, menerangkan hadis-hadis yang sejenis dengannya, menjelaskan hukum-hukumnya, fiqh, dan perbezaan pendapat ulama di dalamnya. Sehingga menjadikan buku Ibnu Rejab ini termasuk buku syarah hadis terbaik dari sekian pensyarah al-Arba’in yang lainnya.
Total Pages:
1029 pages
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Labels:
Kitab Hadis