Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, May 27, 2008

80 – Do’a & Wirid Mengubati Guna-guna dan Sihir Menurut al-Qur'an & Sunnah

Do’a & Wirid Mengubati Guna-guna dan Sihir Menurut al-Qur'an & Sunnah


Name of Book:
Do’a & Wirid Berserta Kaedah Merawat Sihir Menurut al-Qur’an & as-Sunnah

Author:
Ustaz Yazid bin 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM36

Weight:
800 gram

Description:

Dzikir adalah suatu amalan ibadah yang amat dituntut di dalam Islam. Buku ini membawakan kepada anda pelbagai jenis zikir dan doa berdasarkan sumber-sumber sahih dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia merangkumi doa-doa seharian seperti doa masuk tandas yang sahih, doa makan yang sahih, doa hendak tidur yang sahih, doa menziarahi orang sakit, doa diberi kebaikan/rezeki, doa musafir, doa untuk ibu bapa, doa ketika ditimpa kesusahan, doa berkaitan jenazah, doa berlindung dari keburukan, doa berlindung dari dianiaya, doa mohon keimanan yang teguh, doa merawat kesedihan, doa berlindung dari kesyirikan, doa berlindung dari hutang, doa dari diganggu oleh syaitan, doa ketika bertemu penguasa, doa-doa perkahwinan, dan banyak lagi sehinggalah kepada zikir-zikir hendak merawati pesakit yang terkena gangguan jin atau syaitan (doa-doa ruqyah). Ia juga turut dilengkapi dengan panduan mengubati sihir. InsyaAllah, doa-doa di dalam buku ini telah disaring dengan baik bagi memastikan kesahihannya dengan bersandarkan kepada doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dan telah tercatat di dalam banyak kitab-kitab hadis yang telah disahihkan oleh para ulama hadis secara umumnya.

Dengan buku ini juga, serba sedikit diterangkan dan dijelaskan hakikat persoalan doa/zikir, adab-adab berdoa/berzikir, dan kaedah serta tuntutan-tuntutan dalam berdoa. Buku doa ini sebenarnya menjadi alternatif kepada pengamal doa di luar sana. Yang kebanyakannya secara umum banyak beramal dengan doa-doa yang tidak sahih, dhoif, mungkar, palsu atau sebahagiannya ada yang direka-reka lalu dikatakan/disandarkan kepada Rasulullah. Namun, hakikatnya tidak tsabit dan tidak sahih daripada Rasulullah. Kerana doa yang sahih daripada Rasulullah itu adalah doa yang telah diriwayatkan melalui kitab-kitab hadis para ulama hadis dengan darjat hadis yang telah dinyatakan sahih oleh para ulama hadis. Dan doa yang sahih daripada Rasulullah itu memiliki kelebihan atau fadhilatnya yang khusus yang diketahui melalui riwayat-riwayat yang sahih. Berbeza dengan doa-doa dan zikir-zikir yang direka-reka atau tidak tsabit daripada Rasulullah, maka ianya tiada jaminan untuk fadhilat dan kelebihan tertentu.

Maka, dengan itu, buku ini adalah amat penting bagi sesiapa sahaja yang amat mementingkan kesahihan beramal secara umum, dan khususnya kepada mereka mahu mengamalkan doa-doa serta zikir-zikir yang sahih daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Setiap doa/zikir yang dibawakan melalui buku ini akan disertakan dengan rujukan hadis dan status kesahihan hadis dengan jelas dan mudah difahami. Sekaligus memberi keyakinan kepada kita semua untuk mengamalkannya atau sebagai rujukan.

Pages:
434 m/s.

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, no. tel, & alamat penuh anda untuk penghantaran.