Syarah Lum'atul I'tiqad karya Ibnu Qudamah
Title:
Syarah Lum'atul I'tiqad
(Hard Cover)
Author:
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H)
Syarah oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin dan Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan
Publisher:
Pustaka Sahifa
Price:
RM60
Hard Cover
Weight:
1.1kg
Description:
Buku ini adalah terjemahan dari kitab Lum'atul I'tiqod karya Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan syarah (penjelasan dan huraian) oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah dan Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah.
Ia adalah buah karya bernilai emas milik Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.
Kitab-kitab aqidah seumpama ini disusun oleh para salaf (ualama terdahulu) yang antaranya imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah dalam rangka membezakan di antara i'tiqad sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah dengan i'tiqad kaum sesat seperti muktazilah, al-asya'irah, khawarij, syi'ah, qadariyah, dan seangkatan dengannya. Sekaligus merupakan penegasan aqidah sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah yang jelas berbeza dengan aqidah kaum yang menyimpang.
Di antara perbahasan yang terdapat dalam buku ini adalah lebih menjurus kepada penjelasan al-Asma' wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.
Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian/shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khilafah, hukum memulaukan ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma', taklid, dan mazhab.
Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami prinsip-prinsip penting aqidah Islam ahli sunnah dengan lebih mendalam lagi sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat berbahaya kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.
Total Pages:
587 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/ .
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.