Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, January 2, 2008

01 - Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux

Tafsir Ibnu Katsir (Edisi Lux)




Tajuk Buku:
Tafsir Ibnu Katsir
(Mengandungi 6 jilid buku Untuk setiap set)

Terbitan/Terjemahan:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga Kami:
RM900 RM700
(Diskaun dari 20% hingga 30% berbanding harga pasaran)
Edisi Economy, telah Terbit, 10 Jilid/set (size kecil)

Berkaitan Buku:

Kini, kitab tafsir ini telah pun diterjemahkan untuk tatapan anda. Ini adalah sebuah Kitab Tafsir yang terkenal di dalam dunia Islam Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Ditulis oleh seorang ulama terkenal dalam dunia Islam, al-Hafiz 'Imaduddin Abul Fida' Ismail B. 'Umar B. Katsir al-Qurasyi ad-Dimasyqi (atau lebih dikenali sebagai Ibnu Katsir). Beliau adalah seorang ulama abad ke-8 Hijrah bermazhab Syafi'i yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu dan lebih dikenali dalam bidang tafsir, hadis, dan sejarah. Di antara lain, kitab beliau yang terkenal adalah al-Bidayah wa an-Nihayah.

Kaedah penulisan tafsir beliau ini adalah dengan mengambil kaedah penulisan bil ma'tsur, sebuah kaedah penulisan tafsir yang diperakui (valid), sahih, tepat, di atas prinsip-prinsip penafsiran, dan selamat kerana bersandarkan kepada corak penafsiran ayat al-Qur'an yang kukuh. Iaitu corak penafsiran al-Qur'an dengan al-Qur'an, al-Qur'an dengan hadis-hadis Nabi, serta penafsiran al-Qur'an dengan atsar (riwayat-riwayat yang autentik daripada ulama salaf seperti para sahabat, Tabi'in, dan tabi'ut Tabi'in). Selain itu, tafsir ini juga didukung dengan kaedah ilmu bahasa 'Arab yang kukuh.

Penulis (al-Hafiz Ibnu Katsir) adalah seorang ulama yang berpegang kepada aqidah yang lurus, dan beliau tidak dikenali memiliki masalah dari sudut aqidah. Tafsir Ibnu Katsir adalah sebuah kitab Tafsir yang menjadi rujukan utama di dalam bidang tafsir di samping kitab-kitab tafsir besar lainnya seperti Tafsir ath-Thobari. Edisi terjemahan yang kami tampilkan ke hadapan anda ini adalah edisi yang terbaik setakat ini berbanding terbitan-terbitan lainnya yang rata-ratanya banyak membuang isi-isi kandungan asalnya. Sekiranya terdapat hadis-hadis yang dhoif kami berikan catatan kaki supaya anda dapat memahaminya dan tidak terkeliru. Selamat membaca dan membuat rujukan. Edisi ini bersize 31cm tinggi (panjang) x 23cm lebar, dengan kertas/helaian berkualiti tinggi, hiasan dalaman yang cantik, font/tulisannya lebih besar untuk dibaca, hard cover, dan terdiri dari 6 jilid (bagi satu set lengkap). Untuk edisi yang lebih compact/ekonomi dengan size yang lebih sederhana, sila klik: Edisi Compact (Lebih Ekonomi)).

Berat:
13kg (1 Set)

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715,
dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.