Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, March 3, 2011

391 - Menyikapi Perbezaan

Menyikapi Perbedaan
Catatan Ke Atas Kaedah: Tolong Menolong Dalam Kesepakatan dan Toleransi Dalam Perselisihan


Title:
Menyikapi Perbezaan
Judul Asal (Arab): Zajrul Mutahawin bi Dharari Qa'idatil Ma'dzarah wat Ta'awun

Author:
Syaikh Hammad B. Ibrahim al-Utsman

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Ikhtilaafu ummati rahmah” (Perselisihan umatku adalah rahmat). Itulah sebuah ungkapan yang dianggap sebagai sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Padahal, tidak ada satu pun kitab hadits secara bertulis yang memuatkan ungkapan seperti ini. Sekiranya ada pun, maka statusnya adalah sangat dha’if (lemah).

Ironisnya, ungkapan tersebut begitu sering sekali digunakan sebagai ‘dasar’ untuk menjustifikasikan atau membenarkan pelbagai bentuk perbezaan dan perselisihan pendapat yang terjadi dalam masyarakat Islam. Sungguh menghairankan apabila ada anggapan sebahagian pihak yang mendakwa perselisihan sebagai rahmat. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Tetapi mereka sentiasa berselisih, MELAINKAN orang-orang yang dirahmati oleh Rabb-mu.” (Surah Huud, 11: 118-119)? Sangat jelas, ayat ini menunjukkan bahawa Allah mengecualikan orang-orang yang dirahmati-Nya dari perselisihan.

Dengan itu, bagaimana sebenarnya sikap kita terhadap perselisihan yang banyak berlaku? Adakah para Sahabat tidak pernah berbeza pendapat? Apakah maksud dari kaedah yang dibahaskan dalam buku ini? Wujudkah perbezaan pendapat yang dibenarkan, atau bagaimanakah perbezaan pendapat yang dibenci? Semoga buku ini dapat memuaskan dahaga jiwa inkuiri (sifat ingin tahu) anda.

Total Pages:

171 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

390 - Bagaimana Bila Penguasa Zalim?

Bagaimana Bila Penguasa Zalim?


Title:
Bagaimana Bila Penguasa Zalim?
Judul Asal (Arab): Mu'ammalatul Hukkam fii Dahwil Kitabi was-Sunnah

Author:
Syaikh Abdus Salam Barjas rahimahullah

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM20

Weight:
300g

Description:

Amar ma’ruf nahi mungkar adalah tugas yang mulia, yang kerananya umat ini menjadi umat terbaik. Penerapannya harus diiringi dengan ilmu supaya dapat berjalan dengan baik dan efektif, tidak tersilap dan menyimpang.

Perlu diakui bahawa kehadiran penguasa dan pemimpin adalah keperluan yang amat penting dan fitrah bagi setiap manusia selaku makhluk yang hidup bermasyarakat. Ini adalah supaya kehidupan mereka berjalan dengan tersusun, bukan seperti gaya hidup makhluk di hutan rimba belantara. Bukan juga sebagaimana yang pernah berlaku di era zaman jahiliyah.

Tetapi, dalam masa yang sama, penguasa bukanlah orang yang maksum dan bebas dari segala dosa dan kesalahan. Sehingga ada pula yang zalim dan bengis! Adakah dengan demikian, penguasa yang zalim tersebut wajib dibenci, dimusuhi, dan ditentang secara emosi dan membabi-buta begitu saja. Bagaimana timbangan maslahah dan mudharatnya? Bagaimana solusi yang dianjurkan oleh sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam?

Oleh itu, buku ini menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana berinteraksi dan bermuamalah dengan penguasa sama ada yang adil dan zalim. Memberi pencerahan kepada kita bagaimana seharusnya bersikap terhadap mereka, supaya protes, kritikan terbuka, saranan, dan nasihat yang akan kita sampaikan tidak menjadi melampaui batas-batas syara' bagi mengelakkan pelbagai kemudharatan. Buku ini mengupas isu ini berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an as-sunnah, pandangan para ulama tafsir dan ahli hadis, ulama mazhab, dan pedoman sejarah umat Islam.

Total Pages:

204 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

389 - Asbab Wurud al-Hadits

Asbab Wurud al-Hadits


Title:
Asbab Wurud al-Hadits
Judul Asal (Arab): Asbab Wurud al-Hadits aw al-Luma' fii Asbabil Wurud

Author:
Imam as-Suyuthi

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM62

Weight:
1.1kg

Description:

Untuk memahami sesebuah hadis, tidak cukup hanya makna-maknanya secara tekstual. Akan tetapi perlu sama memahami apa yang menjadi latar belakang hadis tersebut dikeluarkan daripada lisan mulia Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Sering kali sesebuah hadis difahami apa adanya tanpa mengetahui latar belakangnya atau yang biasa disebut dengan asbabul wurud. Contoh, sebuah hadis tentang batalnya puasa orang yang membekam dan yang dibekam. Jika difahami secara zahir dan sekali imbas, maka orang yang dibekam dan yang membekam akan terbatal puasanya. Padahal makna sebenarnya dari hadis tersebut adalah ketika seorang sahabat sedang membekam saudaranya di bulan Ramadhan, keduanya saling merendahkan di antara satu sama lain. Dan kebetulan pada ketika itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melintasi mereka, lalu terdengarlah oleh beliau apa yang mereka bincangkan. Sehinggalah terucap hadis tersebut.

Karena itulah, Imam as-Suyuthi memandang perlu menyusun sebuah buku tentang asbabul wurud ini. Beliau tentu berharap agar dalam memahami sesebuah hadis supaya tidak salah dalam menentukan sikap kita selain memerlukan maklumat lainnya dari sudut sejarah mendasari keluarnya sesebuah hadis. Buku yang ada di hadapan anda sekarang ini sangat wajar ditela'ah dan dibaca terutamanya bagi seorang penuntut ilmu.

Total Pages:

426 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

388 - ath-Thibbun Nabawi - Metode Pengobatan Nabi

ath-Thibbun Nabawi Ibnul Qayyim
Metode Pengobatan Nabi


Title:
Metode Pengobatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asal (Arab): ath-Thibbun Nabawi li Ibnul Qayyyim

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM46

Weight:
1.2kg

Description:

Dewasa ini ramai yang mengedepankan konsep perubatan alternatif. Bahkan telah menjadi seakan satu trend!. Benarkah begitu? Adakah ia hanya sekadar alternatif? Sedangkan sebahagiannya memang benar diperolehi dari wahyu. Sepatutnya ia bukan lagi alternatif, tetapi keutamaan bahkan lebih utama dari perubatan moden yang masih banyak di peringkat kajian dan percubaan.

Pada asasnya, ajaran Islam amat sarat dengan methodologi berkaitan perubatan, sama ada berupa formula umum ataupun petunjuk secara praktikal. Sepatutnya kaedah-kaedah ini mampu difahami dan dipelajari oleh kaum muslimin, supaya ianya mampu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun demikian, penguasaan terhadap setiap methodologi kenabian dalam urusan perubatan, hanya dapat difahami secara sempurna apabila kita memahami perkembangan ilmu kedokteran secara umum. Hadirnya buku ini adalah sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam sekaligus dunia perubatan. Disusun oleh ulama terkemuka dan tokoh perubatan di zamannya, iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (Wafat: 751H).

Melalui buku ini, para pembaca mampu menelusuri perkembangan ilmu perubatan yang selalu berjalan seiring dengan perkembangan jenis penyakit, dan perubatan Islam selalu menjadi pengasas dan printis. Memang agak sukar dipercaya, melainkan bagi mereka yang memiliki asas keimanan yang kuat. Terutama sekali bagi mereka yang mahu mempelajari methode atau kaedah-kaedah Islam dalam perubatan secara serius.

Membaca buku ini, InsyaAllah akan menambah keimanan kita terhadap kebenaran ajaran Islam. Lebih dari itu, dengan segala keterbatasan yang ada, kita pun mampu memetik banyak faedah dan pelajaran berkaitan methodologi yang optimum dalam menjaga dan memelihara kesihatan serta memerangi atau mencegah pelbagai jenis penyakit, bagaimanapun keadaannya. Sama-sama kita semak.

Total Pages:

506 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, January 31, 2011

387 - Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Terhadap Pemerintah

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Terhadap Pemerintah


Title:
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Terhadap Pemerintah
Judul Asal (Arab): as-Sunnah fii maa Tata'allaq bi Waliyyil Ummah

Author:
Syaikh Ahmad B. 'Umar B. Salim Bazmul

Publisher:
Maktabah al-Hanif

Price:
RM18

Weight:
200g

Description:

Kalau kita melihat hari ini, pelbagai masalah politik telah melanda umat Islam. Ramai di kalangan pemerintah umat Islam dikatakan bertindak zalim dan berperangai fasiq. Sedangkan dalam masa yang sama, para rakyat juga demikian.

Jadi bagaimanakah caranya yang benar di sisi Ahlus Sunnah wal-Jama'ah dalam berhadapan dengan situasi ini, sama ada kita sebagai rakyat atau dalam menghadapi sikap penguasa yang tidak disukai? Adakah kita perlu menjatuhkan pemerintah yang ada lalu ditukar dengan pemerintah yang baru? Atau perlu berdemonstrasi menuntut hak, atau apa?

Maka, buku ini tampil mengajak kita muhasabah diri dan menjelaskan bagaimanakah seharusnya kita melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar kepada pemerintah.

Total Pages:

160 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

386 - 22 Kiat Mengatasi Stress

22 Kiat Mengatasi Stress


Title:
22 Kiat Mengatasi Stress

Author:
Muhammad B. Soleh al-Munajjid

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM10

Weight:
150g

Description:

Sesungguhnya karakteristik kehidupan dunia ini selalu diliputi oleh kegelisahan dan kesedihan yang dirasakan oleh setiap insan. Dunia adalah tempat ujian, tempat perjuangan dan tempat pengorbanan. Oleh sebab itu salah satu keistimewaan kehidupan di srurga adalah tidak adanya perasaan sedih dan gelisah, sebagaimana halnya kehidupan di dunia. Perasaan sedih dan gelisah yang dirasakan oleh manusia itu bertingkat-tingkat bersesuaian dengan keadaan mereka dan beban tanggung jawab yang diemban oleh masing-masing individu. Semakin tinggi darjat dan kedudukan seseorang di sisi Allah, maka semakin berat ujian dan cubaan yang diberikan. Kerana Allah akan menguji keimanan dan ketabahan hamba yang dicintai-Nya. Larut dalam kesedihan bukanlah sikap yang bijak, bahkan merupakan bentuk sikap yang dilarang. Namun kita dianjurkan agar dapat menghadapi setiap cubaan, ujian dan musibah yang datang dengan penuh ketabahan, serta dapat mengambil hikmah di balik semua itu. Buku yang ada di hadapan pembaca ini menampilkan contoh-contoh kisah kegelisahan yang terpuji, juga dilengkapi dengan 22 kiat untuk mengatasi stress. Semoga kehadiran buku ini dapat bermanfaat.

Pada bahagian awal, naskah ini membincangkan jenis-jenih tekanan @ stress @ kegelisahan. Tidaklah semua tekanan itu bersifat negatif dan memudaratkan. Sebaliknya penulis membawakan beberapa contoh tekanan datau kebimbangan yang terpuji di sisi agama. Beliau membawakan contoh kisah Zubair Al-Awwam yang bimbang akan terbunuh dalam perang, sedangkan beliau masih mempunyai hutang yang banyak. Zubair mewasiatkan kepada anaknya Abdullah supaya segera melunaskan hutang ayahnya, jika beliah terbunuh.

Teknik-teknik Mengatasi Stress

Seterusnya penulis menitipkan 22 teknik mengatasi tekanan. Teknik yang dibawakan digali dari petunjuk Al-Qur’an dan Sunnah.

Antara teknik yang menarik yang disebutkan termasuklah membanyakkan selawat ke atas nabi dan memakan makanan yang dinamakan sebagai talbinah (dibuat dari gandum yang dimasak menjadi bubur).

Kata Ubay bin Kaab dalam satu perbualan dengan Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau),

“Aku persembahkan seutuhnya selawatku untukmu”, kemudian dijawab oleh Rasulullah, “jika demikian akan lepaslah kegelisahanmu dan akan diampuni dosamu”. (Hadith Tirmizi, hasan)

“Talbinah itu dapat memotivasi hati orang yang sakit dan menghilangkan kesedihan” (Hadith Bukhari).

Total Pages:

106 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

385 - Akhirnya Aku Tinggalkan Juga Dakwah Ikhwanul Muslimin

Akhirnya Aku Tinggalkan Juga Dakwah Ikhwanul Muslimin


Title:
Akhirnya Aku Tinggalkan Juga Dakwah Ikhwanul Muslimin
Judul Asal (Arab): Risalatun Akhowiyah, Limadza Taraktu Da'wa al-Ikhwanul Muslimin wattaba'tu al-Manhaj as-Salaf

Author:
Faishol B. Abduh Qo'id al-Hasyidi

Publisher:
Maktabah al-Ghuroba'

Price:
RM12

Weight:
150g

Description:

Buku ini ditulis oleh seorang bekas aktivis Ikhwanul Muslimin di Yaman. Ia mengisahkan mengapa penulis meninggalkan dakwah Ikhwanul Muslimin. Di antara sebab-sebabnya adalah kerana pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu mengandungi pelbagai penyimpangan dari sudut aqidah yang mungkin masih ramai tidak menyedari. Untuk melihat lebih lanjut sebab-sebab tersebut, anda bolehlah membelek buku ini. Buku ini diberi kata-kata aluan oleh Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i (rahimahullah), seorang pakar hadis Yaman.

Total Pages:

101 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, January 27, 2011

384 - Misteri Umur 40 Tahun

Misteri Umur 40 Tahun


Title:
Misteri Umur 40 Tahun
Judul Asal (Arab): Ya... Ibnal Arba'in

Author:
Ali Bin Sa'id Bin Da'jam

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM15

Weight:
200g

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam diangkat oleh Allah Ta'ala menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. Demikian pula para Nabi dan Rasul yang lainnya.

Allah menyebutkan dalam firman-Nya (maksudnya):

"... Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencecah 40 tahun..." (Surah al-Ahqaf, 15)

ats-Tsa'labi berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun kerana menunjukkan batasan abgi manusia, sama ada dalam kejayaan atau keselamatannya."

Ibrahim an-Nakha'i (seorang Tabi'in) berkata, "Mereka (para salaf) berkata bahawa sekiranya seseorang telah mencapai usia 40 tahun dan berada pada suatu aras perangai tertentu, maka ia akan sukar untuk berubah sehingga datangnya kematiannya."

Para pakar kesihatan mengatakan bahawa penyakit kencing manis (sebagai contoh) sekiranya menimpa seseorang sebelum usia 40 tahun bererti kerana faktor keturunan, namun sekiranya datangnya setelah usia 40 tahun, bererti kerana sebab tertentu.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa usia 40 tahun adalah masa remaja kedua bagi seseorang.

Ada juga yang mengatakan bahawa keberhasilan seseorang dapat dilihat dari apa yang terjadi padanya ketika usia mencecah 40 tahun.

Dan secara umumnya, uban mendatangi rambut seseorang pada masa usia tersebut, walaupun ada yang datang lebih awal.

Lalu ada apa sebenarnya dengan usia 40 tahun?! Benarkan demikian keadaannya?! Apa pandangan para ulama berkenaan dengannya?

Jika anda orang yang telah mencapai usia 40 tahun atau mendekati usia tersebut atau pun masih kurang darinya, dan anda termasuk yang mengambil peduli dengan hasil hidup serta memandang berharganya sebuah waktu dan kesempatan, maka hendaklah anda memiliki dan membaca buku ini.

Anda akan dapati sebuah jawaban yang jelas dan tuntas yang akan menghilangkan sikap gusar anda sendiri tentang makna dan rahsia di sebalik usia 40 tahun. Selamat menyemak, semoga bermanfa’at!! Aamiin... Yaa Rabbal ‘Aalamiin....

Total Pages:

128 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, January 20, 2011

383 - Perjalanan Hidup Khalifah Yang Agung Umar Bin Abdul Aziz

Perjalanan Hidup Khalifah Yang Agung Umar Bin Abdul Aziz


Title:
Perjalanan Hidup Khalifah Yang Agung Umar Bin Abdul Aziz
Judul Asal (Arab): al-Khalifatur Rasyid wa al-Mushlih al-Kabir 'Umar B. 'Abdil 'Aziz

Author:
Syaikh Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM64

Weight:
1.2kg

Description:

Hebatnya pencapaian Umar bin Abdul Aziz dalam mengendalikan negara, bermula dari kesungguhannya menuntut ilmu, ditopang oleh jalan yang lurus kepada Allah, dan jerih payah tanpa mengenal penat dan lelah. Dari pengabdian yang penuh dedikasi inilah, lahir negara yang adil, yang membangun dalam bentuk menegakkan prinsip syura (musyawarah), menegakkan keadilan, tauhid, mengikis segala bentuk kezaliman, bahkan memakzulkan para gabernur yang diketahui bertindak zalim, menghapuskan segala bentuk tindakan yang tidak sewajarnya terhadap masyarakat kecil bahkan terhadap kafir dzimmi sekalipun.

Reformasi Umar B. Abdul Aziz merangkumi segala aspek pemerintahan sama ada Kehidupan beragama, politik, sosial, ekonomi, dan budaya. Perekonomian sebagai contoh, ditegakkan di atas nilai-nilai kebenaran, keadilan dan penghapusan kezaliman dalam segala sudut, meletakkan target-target ekonomi yang benar, pembahagian harta kekayaan yang masuk ke dalam hasil negara secara adil, meningkatkan taraf ekonomi dan kemakmuran masyarakat, berpandukan langkah-langkah yang benar. Ini adalah seperti - menyediakan iklim yang kondusif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, membuka kebebasan ekonomi dalam skala luas, menetapkan kebebasan perdagangan, kemahiran pertanian, dan menyediakan infrastruktur yang baik, sehingga setiap orang dengan suka cita mengambil tempat dan terlibat dalam pertumbuhan ekonomi, bahkan tanah-tanah yang mati menjadi hidup.

Hasilnya, rakyat merasa cukup, Muslim dan bukan Muslim hidup dengan mewah, sehingga tiada orang yang layak dan mahu menerima zakat dan sedekah. Tonggak penting dalam negara yang dibina oleh Umar adalah pertama, berdirinya pusat-pusat kajian ilmiah dan pendidikan, dan kedua, orang-orang yang menjadi penasihat, gabernur dan pembantu pentadbirannya adalah orang-orang yang jujur, amanah, soleh dan berilmu.

Kekhalifahan Umar ini ditegakkan dengan dasar Syari'at tauhid yang murni lagi tulus, keadilan Islam dan tauhid ditegakkan, sehingga tidak ada sesiapa pun yang merasa tertindas. Semua ini bermuara dari keperibadian Umar yang agung - di mana beliau memiliki akidah yang lurus lagi sejahtera, rasa takutnya yang sangat kepada Allah, jujur, amanah, zuhud, wara', tawadhu', peribadi yang tenang, sifat pemaaf, berlapang dada, sabar, tegas, adil, rendah hati, kuat dalam bekerja, dan sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa letih.

Umar bin Abdul Aziz adalah contoh Pemimpin yang Adil, Jujur, Amanah dan soleh, Ulama Pembaharu Agama, dan Reformis Sosial yang sejati. Perhatikanlah keperibadiannya dalam agama dan pemerintahan melalui buku ini. Sebuah kajian dan pembuktian yang ilmiah tentang seorang khalifah agung bernama Umar B. Abdul Aziz.

Antara tajuk-tajuk perbahasan buku ini adalah:

1 - Biografi 'Umar B. 'Abdul 'Aziz

2 - Kedudukan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz dari sudut keilmuan

3 - 'Umar B. 'Abdul 'Aziz ketika menjadi gabernur

4 - 'Umar B. 'Abdul 'Aziz menjadi khalifah

5 - Pembaharuan yang dilakukan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz

6 - Aqidah 'Umar B. 'Abdul 'Aziz dalam tauhid uluhiyyah, asma' wa ash-shifat, penentangannya terhadap aqidah sufi, keimanan beliau terhadap hari kiamat, serta keteguhan beliau dalam berpegang terhadap al-Qur'an, as-Sunnah dan sunnah para sahabat.

7 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap ahlul bait dan para sahabat Rasulullah.

8 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap Syi'ah, Khawarij, Qadariyah, Murji'ah, Muktazilah, dan Jahmiyah.

9 - Kehidupan dan sosial 'Umar B. 'Abdul 'Aziz

10 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap para ulama

11 - Pendidikan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz

12 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap reformasi politik dan ekonomi, sikap terhadap perundangan, ijtihad, dan hukum-hukum syar'iyyah.

13 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap jihad.

14 - Kewafatan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz.

Total Pages:

626 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.