Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, January 19, 2013

703 - Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai


Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai


Judul Buku:
Bingkisan Istimewa tuk Kedua Mempelai
Judul Asal: Risalah ilal 'Arusain wa Fatawa az-Zawaj wal Mu'asyaratin Nisaa'

Penulis:
Syaikh Abu 'Abdirrahman Sayyid B. 'Abdirrahman ash-Shubaihi 

Penerbit:
Maktabah Al-Ghuroba'

Harga:
RM47

Berat:

0.95kg

Keterangan Buku:

Mewujudkan sebuah perkahwinan merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka.

Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin.

Ini tidaklah sebagaimana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, pertapaan para sami dari agama budha, dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. Malah sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia semakin bertambah disebabkan ikatan percintaan yang halal lagi sistematik. Bahkan perkahwinan termasuk salah satu bentuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan ikatan perkahwinan juga, ia dapat mengawal dari berlakunya pelbagai bentuk gejala yang tidak sihat seperti perzinaan, perbuatan homoseksual dan juga pelacuran sebagaimana yang berlaku di era zaman jahiliyyah sebelum datangnya Islam ke tanah Arab dan kini banyak berlaku di negara-negara barat pula.

Dengan izin dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, tulisan ini berusaha memberi pencerahan kepada banyak sudut yang sering terabai dalam praktik amalan pernikahan dan walimah umat Islam. Ini berlaku apabila kejahilan berleluasa, kurangnya semangat dan kesedaran menuntut ilmu yang benar, serta faktor persekitaran yang mempengaruhi.

Majlis-majlis perkahwinan yang ada pada hari ini rata-ratanya diiringi dengan pelbagai jenis adat dan upacara tertentu yang meragukan serta mengarahkan kepada timbulnya beberapa pertikaian di sisi agama di samping pembazairan dan menyusahkan pasangan serta keluarga pengantin.

Ini kerana adat-adat serta pelbagai upacara-upacara yang tidak diketahui asal-usulnya dari agama ini telah mula sebati dan popular di kalangan masyarakat Islam hari ini. Akibat kepopularan dan telah menjadi biasa, akhirnya sunnah yang benar pun mati. Lebih menyedihkan, ia bukan menambah-mudahkan lagi akad perkahwinan, tetapi sebaliknya banyak pula menjadi faktor penghalang kepada banyak pasangan yang ingin berhubungan kasih secara halal.

Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan sebuah rumahtangga. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk sentiasa belajar memperbaiki keadaan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda:


خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Sunan Abu Daud, no. 2117. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah berpesan:


إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

“Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Musnad Ahmad, no. 24478. Dinilai hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan pelbagai bentuk beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kalau Nabi pun bertindak memudahkan pernikahan, kenapa pula pada hari ini ramai yang cenderung memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri dan anak-anak?

Dalam soal adat hantaran ini, perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar’i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, Rasulullah turut menganjurkan supaya kita menghulurkan bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):


بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5155)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan.

Walaupun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilaksanakan bersesuaian dengan kemampuan suami. Boleh jadi lebih dari itu, atau sebaliknya lebih sederhana dari seekor kambing.

Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Manakala sebahagian riwayat menyatakan Nabi melaksanakan walimah dengan hidangan talbinah.

Selain itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian dari masyarakat kita hari ini yang begitu berlebih-lebihan dalam walimah. Memaksa-maksa diri yang tidak mampu sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat besar dan gah.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan dan undangan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah wajar diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Kerana tujuan asalnya adalah bagi merealisasikan sunnah Rasulullah dan mendapatkan barakah serta keredhaan dari Allah Ta’ala. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga masyarakat umat Islam menganggapnya sebagai penyeri majlis lalu sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara apa yang penulis maksudkan dari perkara maksiat ini termasuklah pelbagai bentuk pembaziran makanan dan harta, mendedahkan aurat dan bertabarruj (berdandan) bagi tatapan umum, adegan peragaan tubuh melalui upacara persandingan, diadun dengan aneka muzik, acara tari-menari dan nyanyi-nyanyian, dihidang sama dengan upacara khas potong kek, adat menyarung cincin, sesi khas bergambar dan menggantung gambar. Dimasukkan sama adat merenjis dan menepung tawar, bersalam-salaman dengan bukan mahram, mengadakan acara permainan kuda kepang, menggunakan khidmat bomoh tolak hujan, dan seumpamanya. Bentuk-bentuk upacara seperti ini selain memerlukan belanja yang besar, adakah ia termasuk ke dalam tuntutan agama atau sebaliknya, atau mungkin pula bertentangan dengan agama Islam itu sendiri?

Maka di sini timbullah sebuah persoalan, iaitu sejauh manakah sebenarnya majlis perkahiwinan yang benar-benar dianjurkan oleh Syari’at sebagaimana ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih? Adakah majlis perkahwinan itu perlu diadakan dengan pelbagai aturcara seperti upacara sarung cincin, persandingan, iringan muzik, dan sesi mengambil gambar (fotografi)? Selanjutnya, adakah bentuk-bentuk aturcara walimah seperti ini benar-benar menepati kehendak syari’at dan merupakan suatu yang dibenarkan atau sebaliknya? Sekaligus, adakah tanpa semua upacara tersebut, majlis walimah menjadi hambar, wajar dipandang serong, dan tidak absah?
Maka di antara fokus perbahasan bagi buku ini adalah seperti berikut:

1, Definisi pernikahan dan zawaj.

2, Konsep Mahar Dalam Islam.

3, Adab Khithbah (meminang).

4, Solat Istikharah.

5, Akad Pernikahan.

6, Sunnah Malam Pertama.

7, Adab-adab Jima'.

8, Adab-adab Pernikahan.

9, Hak-hak Isteri Atas Suami.

10, Hak-hak suami atas isterinya.

11, Wasiat dan nasihat pernikahan.

12, Kewajiban berbakti kepada ibu dan bapa.

13, Adab-adab seorang wanita.

14, Ketaatan Wanita Terhadap Rasulullah.

15, Mencontohi para Shahabiyah bagi kaum wanita.

16, Bberapa bentuk penyimpangan dan kemungkaran dalam majlis-majlis pernikahan.

17, Ahkamul Maulud (Adab-adab Menyambut Kelahiran).

18, Menangani Konflik Suami/Isteri.

19, Himpunan fatwa-fatwa para ulama berkaitan pernikahan, rumah-tangga, walimah, hubungan intim, jima', berpakaian, perhiasan, aqiqah, anak-anak, wanita, hubungan kekeluargaan, dan beberapa yang lainnya dari isu-isu kontemporari perkahwinan.

Semoga bermanfaat.

Jumlah Muka Surat:
602 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

702 - Siapa Termasuk Keluarga Nabi?


Siapa Termasuk Keluarga Nabi?


Judul Buku:
Siapa Termasuk Keluarga Nabi?
Judul Asal: Aalu al-Bayt ('alaihimus Salam) wa Huquuquhum asy-Syar'iyyah

Penulis:
Syaikh Soleh B. 'Abdillah ad-Darwisy

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM11

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Keluarga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah dimuliakan oleh Allah 'Azza wa Jalla dalam al-Qur'an, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri pun telah menyatakan di beberapa hadis mengenai keutamaan dan kemuliaan keluarga beliau ini. Bahkan seluruh kaum muslimin mendoakan keluarga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ini dalam solat-solat mereka, belum lagi hak-hak mereka yang luhur yang ada di bahu-bahu kaum muslimin, iaitu: Hak untuk dicintai, hak untuk mendapatkan pembelaan, hak untuk mendapatkan pembebasan dari segala kedustaan yang dituduhkan kepada mereka, dan hak-hak khusus lainnya.

Maka sudah sewajarnya-lah kaum muslimin menghormati dan menjunjung tinggi kemuliaan mereka.

Melalui buku ini, kami merasa terpanggil untuk menjelaskan kepada umat Islam umumnya, mengenai: Siapakah yang benar-benar termasuk keluarga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam itu, apa kriteria mereka, apa keutamaan-keutamaan mereka, hak-hak mereka, kekhususan mereka, bagaimana mencintai mereka, dan juga beberapa penjelasan penting lainnya yang berkenaan dengannya.

Selawat serta salam semoga dilimpahkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, teladan semua insan dalam mendekatkan diri kepada-Nya, dan kepada keluarga beliau serta para Sahabatnya semuanya.. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
96 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

701 - Panduan Puasa Ramadhan di Bawah Naungan Al-Qur'an dan As-Sunnah


Panduan Puasa Ramadhan di Bawah Naungan Al-Qur'an dan As-Sunnah


Judul Buku:
Panduan Puasa Ramadhan di Bawah Naungan Al-Qur'an dan As-Sunnah

Penulis:
Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah Makassar

Harga:
RM10

Berat:

160g

Keterangan Buku:

Puasa di bulan Ramadhan adalah termasuk kewajiban bagi setiap umat Islam secara umum. Ia termasuk sebahagian dari rukun-rukun Islam selain dari Syahadah, Solat, Zakat, dan haji.

Ganjaran bagi yang mengerjakannya amatlah besar dan banyak. Manakala bagi yang meninggalkannya, maka bagi mereka dosa yang besar.

Di antara ganjaran bagi orang-orang yang berpuasa Ramadhan adalah sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pahala, dosa-dosanya yang telah lalu pun akan diampunkan.” (Shahih al-Bukhari, no. 38)

Dan banyak lagi ganjaran-ganjaran lainnya seperti puasa akan menjadi perisai dari api Neraka, dapat menundukkan syahwat, mendapat pintu khusus di Syurga, penggugur dosa, dapat menjadi syafa’at di hari kiamat, dan selainnya.

Dan hal ini semua tidak akan dapat diraih dan dilaksanakan melainkan dengan cara dan ilmu yang benar. Dan ilmu serta cara yang benar itu adalah yang bertepatan dengan as-Sunnah. Setiap amal kerana Allah tidak cukup jika hanya semata-mata niat ikhlas, sebaliknya haruslah ditegakkan selari di atas bimbingan as-Sunnah.

Sebagaimana kata seorang tokoh Tabi’in, Sa’id B. Jubair rahimahullah (Wafat: 95H):


لا يقبل قول وعمل إلا بنية ، ولا يقبل قول وعمل ونية إلا بموافقة السنة


“Tidak akan diterima ucapan dan amalan melainkan dengan niat (lahir dari hati). Dan tidak akan diterima ucapan, amalan, dan niat melainkan apabila bersesuaian dengan as-Sunnah.” (Ibnu Taimiyah, al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar, m/s. 64)

Maka sebahagian dari rangka usaha untuk mengajak masyarakat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan di atas as-Sunnah adalah dengan menyebar-luaskan risalah atau buku kecil ini. Di dalamnya tertuang catatan-catatan penting sekitar:

1, keutamaan-keutamaan Ramadhan, Keutamaan berpuasa di bulan Ramadhan,

2, maklumat-maklumat penting sebelum memasuki Ramadhan,

3, cara yang betul dalam berniat puasa, waktu-waktu untuk berpuasa,

4, hikmah dan tata cara bersahur,

5, perkara-perkara yang perlu ditinggalkan bagi orang yang berpuasa,

6, perkara-perkara yang disangka dilarang ketika berpuasa tetapi hakikatnya dibolehkan,

7, pembatal-pembatal puasa,

8, adab berbuka puasa, orang-orang yang diberi keringanan untuk tidak berpuasa,

9, cara mengqadha puasa,

10, hukum-hakam fidyah,

11, tentang kaffarah, dan

12, catatan-catatan penting sekitar kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan masyarakat awam dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
111 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

700 - Membela Hadits Nabi


Membela Hadits Nabi


Judul Buku:
Membela Hadits Nabi

Penulis:
Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi

Penerbit:
Media Tarbiyah

Harga:
RM50

Berat:

900g

Keterangan Buku:

Sesungguhnya pokok landasan agama kita yang mulia adalah kitab suci al-Qur’an dan sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Allah telah berjanji akan menjaga kemurnian al-Qur’an sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud):

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah al-Hijr, 15: 9)

Jaminan Allah dalam ayat ini telah terbukti dan tidak terbantahkan. Oleh sebab itulah, selama berabad-abad lamanya, tidak ada seorangpun yang mampu untuk mengubahnya, menambahinya, menguranginya, atau menggantinya kecuali Allah pasti membongkar makarnya dan menyingkap tirainya.

Adapun Sunnah Nabi, maka ia juga merupakan wahyu dari Allah yang berfungsi sebagai penjelas al-Qur’an sebagaimana firman-Nya:

“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (Surah an-Nahl, 16: 44)

Sebagai seorang muslim, kita mesti percaya bahawa setiap apa yang diucapkan oleh Nabi pasti benar dan tiada kebohongan di dalamnya, kerana kita telah mengetahui bersama bahawa setiap apa yang beliau ucapkan adalah berdasarkan bimbingan wahyu dari Rabb al-‘Alamin.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, 53: 3-4)

‘Abdullah B. ‘Amr berkata:


كُنْتُ أَكْتُبُ كُلَّ شَيْئٍ أَسْمَعُهُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ أُرِيْدُ حِفْظَهُ, فَنَهَتْنِيْ قُرَيْشٌ, وَقَالُوْا : أَتَكْتُبُ كُلَّ شَيْئٍ وَرَسُوْلُ اللهِ بَشَرٌ يَتَكَلَّمُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَى ! فَأَمْسَكْتُ عَنِ الْكِتَابِ, فَذَكَرْتُ لِرَسُوْلِ اللهِ, فَأَوْمَأَ بِإِصْبِعِهِ إِلَى فِيْهِ, فَقَالَ : اكْتُبْ, فَوَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ مَا يَخْرُجُ مِنْهُ إِلاَّ حَقٌّ

“Dahulu aku menulis setiap apa yang aku dengar daripada Rasulullah untuk ku hafalkan, namun Quraisy melarangngku seraya mengatakan:

“Adakah engau menulis segala sesuatu, sedangkan Rasulullah adalah seorang manusia yang berbicara ketika marah dan redha?!”

Akupun menahan diri dari menulis sehingga aku mengadukannya kepada Rasulullah, lantas beliau mengisyaratkan dengan jarinya ke mulutnya seraya bersabda:

“Tulislah, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah keluar darinya (mulut Nabi) kecuali al-Haq (sesuatu yang jujur dan benar).” (Sunan Abu Daud, no. 3646)

Kalau demikian keadaannya, maka merupakan kewajiban bagi setiap muslim apabila mendapati sebuah hadis yang sahih adalah membenarkannya, mengamalkan isinya, dan memuliakannya. Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Apa yang diberikan Rasul maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Namun bagaimana kenyataan yang kita saksikan bersama pada hari ini?!

Fenomena yang kita saksikan di lapangan seakan menjawab:

Alangkah derasnya hujan kritikan dan kecaman terhadap sunnah-sunnah an-Nabawiyyah! Alangkah dahsyatnya serangan dan tikaman yang dihunuskan terhadapnya! Tahukah anda, apa sebenarnya alasan mereka?! Mereka tiada memiliki alasan kecuali hanya alasan-alasan rapuh (seperti): Hadis ini bertentangan dengan akal! Hadis ini bertentangan dengan ilmu perubatan! Hadis ini bertentangan dengan al-Qur’an! Hadis ini hanya berstatus Ahad! Hadis ini tidak seiring dengan waqi’! Landasan kita cukup-lah dengan al-Qur’an (saja)! Dan sederet lagi alasan-alasan rapuh yang lainnya.

Allahu akbar!! Sungguh benar apa yang dikhabarkan oleh Nabi semenjak beberapa abad yang lalu tentang orang-orang seumpama mereka, kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:


أَلاَ إِنِّيْ أُوْتٍيْتُ الْقُرْاَنَ وَ مِثْلَهُ مَعَهُ. أَلاَ يُوْشِكُ رَجُلٌ شَبْعَانَ عَلَى أَرِيْكَتِهِ يَقُوْلُ: عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْقُرْاَنِ، فَمَا وَجَدْتُمْ فِيْهِ مِنْ حَلاَلٍ فَأَحِلُّوْهُ وَمَا وَجَدْتُمْ فِيْهِ مِنْ حَرَاٍم فَحَرِّمُوْهُ.

“Ketahuilah bahawa aku mendapatkan wahyu al-Qur’an dan juga semisalnya bersamanya (as-Sunnah). Ketahuilah, hampir saja akan ada seseorang duduk seraya bersandar di atas tempat duduknya dalam keadaan kenyang, sambil dia mengatakan, “Berpeganglah kalian dengan al-Qur’an. Apa yang kalian temui di dalamnya berupa perkara halal, maka halalkanlah. Dan apa yang kalian jumpai di dalamnya berupa perkara haram, maka haramkanlah.” (Sunan Abu Daud, no. 4604)

Hadis ini merupakan tanda dari tanda-tanda kenabian. Sebab apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah ini benar-benar telah terbukti nyata. Imam al-Baihaqi rahimahullah berkata:

“Inilah khabar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang ingkarnya para ahlul bid’ah terhadap hadis beliau. Sungguh apa yang beliau sampaikan telah nyata terjadi.” (Dalaa’il an-Nubuwwah, 1/25)

Maka termasuk suatu kewajiban yang amat mendasar bagi setiap muslim yang punya rasa cinta terhadap sunnah Nabi untuk merasa cemburu dengan cara mengadakan pembelaan terhadap hadis-hadis beliau dari hujatan para musuhnya, membongkar kebohongan mereka, dan membantah syubhat-syubhat mereka.

Saudaraku, marilah kita bersama menjadi pembela sunnah Nabi. Marilah kita siapkan diri kita dengan bekal ilmu dan kekuatan untuk menjadi pejuang Sunnah Nabi! Apakah kita tidak ingin menjadi rombongan yang dido’akan oleh Nabi dalam hadisnya:


نَضَّرَ اللهُ امْرَءًا سَمِعَ مَقَالَتِيْ فَوَعَاهَا ثُمَّ أَدَّاهَا كَمَا سَمِعَهَا

“Semoga Allah mencerahkan wajah seorang yang mendengar sebuah hadis dariku lalu dia menyampaikannya sebagaimana yang dia dengar.” (Hadis Mutawatir. Sebagaimana ditegaskan oleh as-Suyuthi dalam al-Azhar al-Mutanatsirah, m/s. 5. Az-Zabidi dalam Luqathul Alai al-Mutanatsirah, m/s. 161-162. Al-Kattani dalam Nadhmul Mutanatsir, m/s. 24. Syaih ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad dalam Dirasah Hadis Nadhdhara Allah Imra’am Sami’a Maqalati, Riwayah wa Dirayah, m/s. 21. (Lihat pula Faidhul Qadir oleh al-Munawi, 6/284 dan Kif-dzah oleh Salim al-Hilali, m/s. 278-279))

Al-Khathib al-Baghdadi berkata: “Allah menjadikan golongan selamat sebagai penjaga agama dan penangkis tipu daya para penyimpang, disebabkan keteguhan mereka dalam menjalankan syari’at Islam dan meniti jejak para sahabat dan tabi’in. Sungguh betapa banyak para penyeleweng yang ingin mencampur-adukkan syari’at dengan kotoran lainnya, lalu Allah membela agama-Nya melalui para ahli hadis yang sentiasa bersedia membela dan menjaga dasar-dasar agama. Merekalah pasukan Allah, ketahuilah bahwa pasukan Allah pasti beruntung.” (al-Khathib al-Baghdadi, Syaraf Ashabil Hadits, m/s. 31)

Sesungguhnya potret para ulama dalam pembelaan terhadap sunnah Nabi sangatlah mengagumkan sekali. Pernah ada seorang berkata kepada Yahya B. Ma’in:

“Adakah engkau tidak bimbang apabila orang-orang yang engkau kritik tersebut kelak menjadi musuhmu di hari kiamat?” Beliau menjawab:

“Bila mereka yang menjadi musuhku jauh lebih kusenangi daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjadi musuhku, tatkala beliau bertanya padaku:

“Mengapa engkau tidak membela sunnah-ku dari kedustaan?! (Al-Khathib al-Baghdadi, Al-Kifayah fi ‘Ilmi Riwayah, m/s. 61)

Dan tatkala disampaikan kepadanya sebuah hadis riwayat Suwaid al-Anbari, beliau mengatakan: “Seandainya aku memilki kuda dan tombak, nescaya aku akan memerangi Suwaid!!.” (Adz-Dzahabi, Mizanul I’tidal, 2/250)

Saudaraku, sesungguhnya membela hadis Nabi merupakan suatu amalan yang amat mulia dan utama. Oleh yang demikian, tidak hairan apabila para ulama menilainya sebagai Jihad fi Sabilillah. Imam Yahya B. Yahya pernah mengatakan:


الذَّبُّ عَنِ السُّنَّةِ أَفْضَلُ مِنَ الْجِهَادِ

“Membela sunnah lebih utama daripada jihad (di medan perang).” (al-Harawi, Dzammul Kalam, 4/254, no. 1089. Ibnu Taimiyah, Majmu Fatawa, 4/13)

Imam Al-Humaidi mengatakan:


وَاللهِ! لأَنْ أَغْزُوَ هَؤُلاَءِ الَّذِيْنَ يَرُدُّوْنَ حَدِيْثَ رَسُوْلِ اللهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَغْزُوَ عِدَّتَهُمْ مِنَ الأَتْرَاكِ

“Demi Allah! Aku berperang melawan orang-orang yang menolak hadis-hadis Rasulullah lebih aku sukai berbanding aku harus berperang melawan sejumlah pasukan kafir.” (al-Harawi, Dzammul Kalam, 2/158, no. 236)

Syaikh Muhammad B. Murtadha al-Yamani berkata:

“Pembela sunnah adalah seperti seorang yang berjihad di jalan Allah, yang mempersiapkan alat, kekuatan, dan bekal semampunya, sebagaimana firman Allah:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu.” (Surah al-Anfal, 8: 60).” (Ii-tsar al-Haq ‘ala al-Khalq, m/s. 20)

Marilah kita renungkan bersama ucapan indah Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berikut dalam Nuniyahnya 196-200:

وَاصْدَعْ بِمَا قَالَ الرَّسُوْلُ وَلاَ تَخَفْ               مِنْ قِلَّةِ الأَنْصَارِ وَالأَعْوَانِ

فَاللهُ نَاصِرُ دِيْنِهِ وَكِتَابِهِ                              وَاللهُ كَافٍ عَبْدَهُ بِأَمَانِ

لاَ تَخْشَ مِنْ كَيْدِ الْعَدُوِّ وَمَكْرِهِمْ                  فَقِتَالُهُمْ بِالزُّوْرِ وَالْبُهْتَانِ

فَجُنُوْدُ أَتْبَاعِ الرَّسُوْلِ مَلاَئِكٌ                       وَجُنُوْدُهُمْ فَعَسَاكِرُ الشَّيْطَانِ

شَتَّانَ بَيْنَ الْعَسْكَرَيْنِ فَمَنْ يَكُنْ                     مُتَحَيِّزًا فَلْيَنْظُرِ الْفِئَتَانِ

“Tetap teguhlah dengan ucapan Rasul dan janganlah bimbang,

Kerana sedikitnya kawan dan teman.

Allah penolong agama-Nya dan kitab-Nya.

Allah menjamin keamanan bagi hamba-Nya.

Janganlah takut tipu daya musuh dan makar mereka,

Kerana senjata mereka hanyalah tuduhan dan kedustaan.

Pasukan pengikut Rasul adalah para Malaikat,

Adapun pasukan mereka adalah bala tentara Syaitan.

Alangkah jauh perbezaan antara dua pasukan tersebut.

Sesiapa mundur, maka hendaklah melihat dua pasukan tersebut.”

Buku yang kini berada di hadapan anda merupakan salah satu usaha sederhana dari seorang hamba yang lemah untuk turut terlibat dalam mengadakan pembelaan terhadap sunnah Nabi serta pembentangan jawaban atas kecaman yang diarahkan kepadanya.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai contoh dan pedoman dalam masalah penting ini.

Buku ini memuatkan beberapa pembahasan menarik yang berkisar pada tiga tema atau cakupan pembahasan hadis (iaitu): cakupan aqidah, wanita, dan ilmu perubatan. Urutannya adalah sebagaimana berikut:

1, Dimana Allah?

2, Turunnya Allah.

3, Adzab Kubur, Mutawatir atau Ahad?

4, Kontroversi Imam Mahdi.

5, Fitnah Dajjal, Imaginasi atau Fakta.

6, Turunnya Isa bin Maryam.

7, Ya'juj wa Ma'juj, Siapakah Mereka?

8, Studi Kritis Tersihirnya Nabi.

9, Benarkah Orang Tua Nabi Kafir?

10, Maut disembelih.

11, Wahdatul Wujud, Salah Paham Hadits Wali.

12, Perpecahan Umat.

13, Wanita Di Saudi Arabia.

14, Polemik Presiden Wanita.

15, Nikah Tanpa Wali.

16, Hadis Lalat, antara ilmu hadis dan ilmu perubatan.

17, Penyakit Menular, antara Ahli Hadis dan ahli perubatan.

18, Sujudnya Matahari.

19, Orang Mati Mampu Mendengar.

20, Syafa'at Bagi Pelaku Dosa Besar?

21, Telaga al-Kautsar.

22, Mengimani Mizan Di Akhirat.

23, Nabi Musa dan Malaikat Maut. 

“Akhirnya, dengan hadirnya buku ini, kami berdoa agar kami dimasukkan oleh Allah ke dalam kelompok orang-orang yang membela Sunnah Nabi Muhammad dan menangkis kebohongan-kebohongan yang dituduhkan kepada beliau. Amiin.”

Jumlah Muka Surat:
409 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

699 - Begini Seharusnya Menjadi Guru (Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)


Begini Seharusnya Menjadi Guru
(Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)


Judul Buku:
Begini Seharusnya Menjadi Guru
(Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah)

Judul Asal: Al-Mu'allim al-Awwal (Qudwah li Kulli Mu'allim wa Mu'allimah) 

Penulis:
Fu'ad B. 'Abdul 'Aziz asy-Syalhub

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:




Profesion mengajar tidak dapat disamakan dengan mana-mana profesion yang lain dalam hal keutamaan dan kedudukannya. Ia termasuk suatu profesion yang sangat mulia lagi terpuji. Setiap kali kandungan pelajaran yang diajarkan lebih mulia dan lebih bermanfaat, maka kemuliaan dan kedudukan pemiliknya pun akan semakin terangkat. Dan semulia-mulia ilmu pengetahuan secara umum adalah ilmu pengetahuan yang syar’i lagi fardhu, kemudian yang selainnya yang memiliki sumbangan terhadap agama dan kemudian yang memiliki kemanfaatan secara umum selari dengan tingkatannya.

Seseorang guru atau pendidik jika dia mengikhlaskan amalnya untuk Allah serta meniatkan apa yang dia ajarkan untuk memberikan manfaat bagi manusia, mengajarkan mereka yang baik, dan mengangkat kejahilan dari mereka, maka perkara tersebut akan menjadi nilai tambah kebaikan bagi dirinya serta menjadi sebab tambahan pahalanya sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 1)

Keutamaan seorang guru atau pendidik ditambah lagi sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut:

إن الله وملائكته حتى النملة في جحرها وحتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, bahkan sehingga semut yang di dalam lubangnya, juga ikan-ikan di lautan, benar-benar berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1838)

Tugas seorang pendidik tidak hanya sebatas menyampaikan silibus pelajaran kepada para muridnya, bahkan ia turut menyampaikan sama akhlak dan adab. Dan ini bukanlah sebuah tugas yang ringan, sebaliknya termasuk tugas-tugas yang berat dan besar beban tanggungjawabnya. Ia melibatkan soal amanah, keilmuan, ketulusan, kesabaran, dan sikap jujur terhadap tugas sebagai seorang guru. Ia akan bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap apa yang ia sampaikan kepada masyarakat. Dan para guru jugalah yang bertanggungjawab melakar corak pemikiran masyarakat akan datang. Sama ada yang baik, berilmu, berakhlak, atau yang sebaliknya.

Dari itulah, sebelum menjadi seorang pendidik yang baik lagi menepati akhlak-akhlak Islami, seorang guru harus memiliki ilmu bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang profesional lagi disukai Allah. Bagaimana metode, personaliti, karaktor, akhlak, sikap, dan persediaan yang harus ia tampilkan. Dan ini tidak dapat tidak, mestilah dengan menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai contoh dan tauladan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi kamu.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 21)

Dan ini antaranya kerana beliau adalah guru pertama yang mengajar dan mendidik para sahabatnya sehingga mereka menjadi anak-anak didik terbaik sekaligus melahirkan sebuah generasi manusia yang terbaik lagi diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga terpahat indah di dalam al-Qur’an.

Semoga dengan menelusuri buku ini, maka akan menjadi jelaslah bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yang bakal membentuk akhlak dan jati diri manusia bermanfaat menurut kacamata Islam, bukan dari perspektif barat dan bukan menurut acuan ideologi pemikiran orang-orang kafir.

Buku ini di samping untuk para guru dan pendidik, ia juga amat sesuai untuk para ibu dan bapa selaku golongan guru pertama buat anak-anak mereka.




Jumlah Muka Surat:
188 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

698 - Buku Poket Tata Cara Mengurus Jenazah


Buku Poket Tata Cara Mengurus Jenazah


Judul Buku:
Buku Poket Tata Cara Mengurus Jenazah

Penulis:
Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3

Berat:

32g

Keterangan Buku:

1 - Sebuah buku kecil bersaiz poket yang menjelaskan tatacara solat jenazah secara sempurna berserta tatacara pengurusan jenazah dari saat ia meninggal dunia, sehingga kepada urusan memandikan, mengkafankan, mensolatkan, dan mengebumikannya. Ia disusun dan diringkaskan berasaskan dalil-dalil dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Dilengkapi dengan gambar sebagai panduan.

2 - Sesuai untuk kalangan awam, penuntut ilmu, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan nota-nota penting dalam persoalan tatacara pengurusan jenazah. Sesuai dijadikan sebagai nota (mudah dibawa), cenderamata, hadiah, sebaran umum, dan mudah di bawa ke mana-mana kerana saiz-nya yang kecil.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

697 - Renungan Bermakna Saat Musibah Melanda


Renungan Bermakna Saat Musibah Melanda


Judul Buku:
Renungan Bermakna Saat Musibah Melanda

Penulis:
Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah Makassar

Harga:
RM10

Berat:

160g

Keterangan Buku:

Ujian dan dugaan adalah sebuah ketentuan yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala pastikan dalam perjalanan kehidupan manusia di muka bumi. Apakah dia sabar atau ingkar lalu berpaling. Allah menurunkan ujian dalam pelbagai bentuk, sama ada yang dilihat mudah, pertengahan, mahupun yang berat. Bahkan termasuk di dalamnya adalah bencana dan musibah besar seperti bencana alam, kemarau, kelaparan, peperangan, dan seumpamanya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan benar-benar akan Kami berikan ujian kepada kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka itulah yang mendapat selawat (keselamatan) yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)

Demikian juga Allah menjadikan setiap apa yang berada di persekitaran kita termasuk ujian. Sama ada kita mensyukurinya atau mengkufurinya. Termasuk apa yang ada di langit, yang di bumi, air, hujan, tumbuh-tumbuhan, demikian juga dengan harta kekayaan dan anak-anak.

Allah Ta’ala berfirman:


إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ


فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ

“Harta-benda dan anak-anak kamu adalah ujian dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu, dan dengarlah, serta taatlah, dan berinfaq-lah dengan infaq yang baik untuk dirimu.” (Surah at-Taghaabun, 64 : 15-16)

Demikian juga dijadikan panca-indera kita ini juga sebagai ujian. Allah Ta’ala berfirman:


إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), atas sebab itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” (Surah al-Insaan, 76: 2)

Demikian-lah Allah Ta’ala mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia akan menguji para hamba-Nya dengan kesenangan dan kesusahan, rasa takut, lapar, hilangnya harta, hilangnya orang yang disayangi, dan merosotnya hasil bumi. Bahkan Allah juga turut menguji dengan kesenangan dan kemewahan, apakah dia bersyukur.

Maka ini-lah dia termasuk bentuk-bentuk ujian Allah kepada para hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar dengannya maka ia mendapat pahala melimpah-ruah dan khabar gembira di Syurga, sebaliknya sesiapa yang putus-asa, maka ia sendiri yang rugi malah akan beroleh azab.

Dari itu, sesiapa yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan yang dihadapinya sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah, bererti dia telah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia lagi terpuji.

Oleh itu, buku ini antara fokus kandungannya adalah menjelaskan sebab-sebab turunnya musibah dan petaka yang antaranya kerapa kufur, berbuat syirik, mengabaikan tauhid, dan mengingkari nikmat. Kemudian penulis menjelaskan pula kaedah-kaedah agar terhindar dari bencana dan petaka, hikmah-hikmah di balik musibah, bagaimana seharusnya menghadapi musibah, dan kewajiban bersabar serta bagaimana melaksanakan sabar itu.

Jumlah Muka Surat:
119 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

696 - Sehari Di Kediaman Rasulullah


Sehari Di Kediaman Rasulullah


Judul Buku:
Sehari Di Kediaman Rasulullah
Judul Asal: Yauman fii Baitir Rasulullahi Shallallahu 'alaihi wa Sallam 

Penulis:
Syaikh 'Abdul Malik B. Muhammad al-Qasim

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM9

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah berlalu, membuka lembaran-lembaran silam, membaca, dan meneliti dengan penuh muhasabah kisah-kisah kehidupan di kediaman Rasulullah.

Dengan menela’ah buku ringkas ini, insyaAllah besar manfaatnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, iaitu kunjungan ke rumah kediaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui untaian kata dan kalimat. Singgah-lah ke rumah beliau barang sehari atau sebentar. Melihat-lihat keadaan di rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Guna mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.

Kehidupan Rasulullah adalah kehidupan yang penuh teladan bagi umat, acuan dakwah sekaligus sebagai pedoman hidup. Beliau adalah teladan dalam ketaatan, dalam ibadah, dalam mu’amalah, dan dalam berakhlak mulia. Maka amat rugilah kalau kita tidak memperuntukkan kesempatan berkunjung ke sana.

Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengetahuan akhir-akhir ini, manuskrip-manuskrip yang dibaca kaum Muslimin pun semakin banyak. Kita dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat dengan hanya menela’ah buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui filem-filem, dan pelbagai bentuk rujukan lainnya.

Sedangkan bukankah kita lebih wajar untuk berkunjung ke kediaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara syar’i berbanding ke tempat yang lainnya. Di sana ada teladan, di sana ada warisan ilmu dan petunjuk yang ditinggalkan. Semoga dengan mengunjunginya akan mampu menumbuhkan rasa cinta syar’i yang mendalam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)

InsyaAllah, dengan buku ini kita akan menelusuri kisah-kisah teladan di rumah Rasulullah. Kita akan melihat sifat-sifat Rasulullah sebagaimana digambarkan dalam hadis-hadis yang sahih, mengenal tutur kata indah beliau, melihat bentuk kediaman rumah beliau, mengenal para sahabat beliau secara ringkas, bagaimana aktiviti beliau seharian di rumah, keindahan akhlak beliau di samping anak-anak dan isteri beliau, keharmonian rumah kediaman beliau, melihat canda beliau, tidurnya beliau, solat-solat sunnah beliau, bangunnya beliau, tangis dan tawa beliau, kasih-sayang beliau, makanan beliau, hubungan beliau dengan sesama jiran tetangga, cara beliau melayani tamu, dan yang lain-lainnya.

InsyaAllah, buku ini termasuk buku-buku yang akan membuat kalian berliangan air mata ketika membacanya.

Jumlah Muka Surat:
126 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

695 - Shahih Muslim Terbitan Al-Mahira (Terjemahan Lengkap)


Shahih Muslim Terbitan Al-Mahira
(Terjemahan Lengkap)




Judul Buku:
Shahih Muslim Terbitan Al-Mahira
(Terjemahan Lengkap)

Penulis:
Imam Muslim B. Al-Hajjaj rahimahullah (Wafat: 261H)

Penerbit:
Penerbit Al-Mahira

Harga:
RM360

Berat:

3.9kg

Keterangan Buku:

Ini adalah salah satu edisi terjemahan lengkap kitab hadis Shahih Muslim.

Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim muncul pada fasa kelima jika dilihat dari periodisasi sejarah dan perkembangan hadis. Dan tepatnya pada masa-masa pemerintahan dinasti Bani 'Abbas, sekitar abad ke 3 Hijriyyah. Fungsi serta sumbangan kitab Al-Jami’ Ash-Shahih itu sendiri sebagai hasil dari usaha Imam Muslim dalam melakukan penyaringan dan seleksi hadis-hadis yang telah di-tadwin pada zaman sebelumnya. Kerana pada zaman sebelumnya dinilai masih banyak hadis-hadis yang tercampur antara yang shahih dengan yang dhaif, sehingga para ulama zaman berikutnya melakukan penyaringan dan menghimpunnya dalam kitab-kitabnya masing-masing secara sistematik dengan mengembangkan metode dan sistem pentadwinannya. Seperti Imam Muslim sendiri terkenal dengan Al-Jami’ As-Shahih-nya (iaitu kitab Shahih Muslim ini).

1. Judul Asli kitab Shahih Muslim.

Kitab yang menghimpun hadis-hadis shahih yang disusun oleh Imam Muslim memiliki judul asli:

المسند الصحيح المختصر من السنن بنقل العدل عن العدل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

Al-Musnad ash-Shahih Al-Mukhtasar min as-Sunani bi Naqli al-Adli an Rasulillahi Sholallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun lebih dikenal dengan sebutan Al-Jami’ As-Shahih. Atau lebih sederhana lagi banyak yang menyebutnya sebagai "Shahih Muslim."

2. Tujuan penyusunan

Motif yang mendorong Imam Muslim untuk menyusun Al-Jami’ Ash-Shahih sekurang-kurangnya kerana ada dua alasan yang mendasar, yakni  pada masa itu masih begitu sukar untuk menemukan rujukan himpunan hadis-hadis sahih yang berkaitan dan tersusun secara sistematis lagi komprehensip. Dan kemunculan kaum Zindiq yang sentiasa menyebarkan hadis-hadis palsu dan mencampur adukkan di antara hadis-hadis yang sahih dengan hadis-hadis dhaif dan maudhu' turut menjadi antara faktor utama penyusunan ini.

3. Tempoh Masa Penyusunan

Masa penyusunan kitab ini dilakukan oleh Imam Muslim selama 15 tahun, sebagaimana pernyataan salah seorang muridnya yang mendampingi beliau dalam penyusunannya, yakni Ahmad bin Salamah, beliau mengatakan, “Aku menulis bersama-sama Imam Muslim untuk menyusun kitab shahih itu selama lima belas tahun. Kitab tersebut berisi 12,000 hadis." Dan kitab ini disusun sama ada ketika Imam Muslim berada di tempat tinggalnya mahupun ketika beliau melakukan rehlah ilmiah ke pelbagai wilayah. Dalam projeknya tersebut, beliau memilah dari hafalan dan catatannya yang berjumlah 300 ribu hadis.

Perlu diketahui, bahawa pada mulanya sosialisasi kitab ini menggunakan model memperdengarkan kepada kaum muslimin. Secara garis besar ada dua jalur penyebarannya, yakni ke arah timur melalui Abu Ishak bin Ibrahim bin Muhamad bin Sufyan, dan  ke arah barat melalui Abu Muhamad Ahmad bin Ali.

3. Jumlah Hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan jumlah hadis yang termuat di dalam kitab Al-Jami’ Ash-Shahih yang disusun oleh Imam Muslim. Akan tetapi itu merupakan suatu perbezaan pendapat yang masih dapat dikompromikan, sebab dalam metode perhitungannya ada yang menghitung hadis yang diulang-ulang (mukarrar) dan ada yang tidak. Dalam arti sebagian ulama menghitung dari aspek sanad manakala yang lainnya ada dari aspek matan.

Jika dihitung beserta hadis-hadis yang diulang maka jumlah hadis di dalam kitab Al-Jami’ As-Shahih karya Imam Muslim berjumlah 10, 000 hadis, atau sekurang-kurangnya 7275 hadis (pendapat lain). Akan tetapi jika tidak dihitung beserta hadis-hadis yang diulang maka jumlahnya jauh lebih sedikit. Ada yang berpendapat 4000 hadis, dan pendapat lain mengatakan diatas 6000 hadis. Sementara itu Dr. Ajjaj Al-Khatib secara eksplisit menyatakan bahawa jumlah hadis di dalam kitab Shahih Muslim berjumlah 3, 030 hadis dan itu jika tidak dihitung dengan hadis yang diulang-ulang (ghairu mukarrar). Sedangkan jumlah seluruhnya termasuk yang diulang-ulang atau yang melalui (seluruh jalur) sanad yang berbeza-beza  memuatkan sekitar 10,000 hadis. 

4. Kedudukan

Para ulama menempatkan kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim pada peringkat kedua setelah Al-Jami’ Ash-Shahih yang di susun oleh Imam al-Bukhari. Hal ini berdasarkan kualiti kesahihannya. Dan kitab ini pun termasuk ke dalam Kutubus Sittah yang dinilai sebagai karya-karya monumental dalam sejarah kehidupan umat Islam. Hal ini berkat ketelitian Imam Muslim dalam menghimpun, memilah, dan membukukannya. Beliau pernah berkata:

“Aku tidak mencatumkan satu hadis pun ke dalam kitabku ini melainkan kerana ada alasannya. Aku tidak menggugurkan satu hadis pun di dalam kitabku ini melainkan kerana ada alasannya.”

Dari pernyataan beliau tersebut, maka kita dapat melihat akan kecermatan Imam Muslim di dalam memilah sesebuah hadis untuk beliau susun dalam kitabnya ini. Namun tidak hanya kecermatan yang dimiliki oleh Imam Muslim di dalam menetapkan kualiti sesuatu hadis, sebagai seorang ulama, beliau turut sentiasa mengaplikasikan sikap tawadhu', sekalipun dalam menetapkan kualiti sesuatu hadis.

Diceritakan bahawa suatu ketika Imam Muslim memperlihatkan naskah kitabnya kepada seorang ulama yang dipandang ahli di dalam ilmu hadis, yakni Abu Zur’ah Ar-Razi. Setiap hadis yang diisyaratkan oleh Abu Zur’ah ada kelemahannya, maka Imam Muslim meninggalkannya, sebaliknya hadis-hadis yang dipandang sahih oleh Abu Zur’ah, maka Imam Muslim meriwayatkannya. Maksudnya di sini, Imam Muslim bukanlah seorang ulama yang agresif dan hanya menganggap dirinya sahaja yang benar. Dalam masa masa, tashih beliau ke atas hadis-hadis dalam Shahih Muslim ini turut didukung oleh para ulama lainnya semisal Abu Zur'ah Ar-Razi rahimahullah.

5. Metode Penyusunan

Metode yang ditempuh oleh Imam Muslim dalam menyusun kitabnya Al-Jami’ Ash-Shahih sangat baik dan cemerlang sekali. Beliau menempatkan hadis-hadis yang memiliki kesamaan tema di tempat yang sama, dan tidak menempatkannya secara terpisah atau di tempat yang berbeza-beza. Sehingga kitab Al-Jami’ Ash-Shahih ini memiliki nilai sistematika penyusunan hadis yang tinggi.

Kerana memang Imam Muslim tidak memiliki tujuan untuk mengkaitkan dengan masalah fiqih sebagaimana Imam al-Bukhari rahimahullah. Oleh kerana itu tidak ada hadis yang sama diletakan pada dua tema yang berbeza. Selain itu apabila ada seorang rawi berbeza dengan rawi lainnya dalam menggunakan redaksi atau lafaz, padahal kandungan dan tujuannya sama, maka Imam Muslim menjelaskannya. Begitu pula apabila seorang rawi menggunakan lafadz اخبرنا (ia mengkhabarkan kepada kami), sedang rawi yang lain menggunakan lafadz حدثنا (ia menceritakan kepada kami), maka beliau pun menjelaskan perbezaan tersebut.

A. Syarat Imam Muslim

Syarat yang ditetapakan oleh Imam Muslim adalah lebih longgar berbanding syarat yang ditetapkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya (Shahih Al-Bukhari). Dalam ittisal as-Sanad (persambungan sanad) antara murid (marwi 'anhu) dengan guru (rawi) hanya cukup dengan syarat mu’asharah (sezaman), sedangkan Imam al-Bukhari mensyaratkan terjadinya liqa’ (pertemuan). Para ulama (berdasarkan pengkajian mereka), menyimpulkan bahawa syarat-syarat yang diterapkan Imam Muslim di dalam kitabnya antara lain adalah:

Pertama, Imam Muslim hanya meriwayatkan hadis dari para rawi yang adil dan dhabith, dan boleh dipertanggungjawabkan kejujurannya.

Kedua, beliau hanya meriwayatkan hadis secara musnad (lengkap dengan sanad), muttashil (sanadnya bersambung), dan marfu' (berasal dari Nabi). Dari penjabaran di atas maka setidaknya ada beberapa syarat yang kita temui, yakni hadisnya harus diriwayatkan dari rawi yang adil dan dhabith, sanadnya lengkap serta bersambung, dan disandarkan kepada Nabi.

B. Kriteria Hadis

Imam Muslim mengklasifikasikan hadis menjadi tiga kategori. Kategori pertama ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para rawi yang adil dan kuat hafalan. Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh para rawi yang tidak begitu diketahui keadaannya dan memiliki hafalan atau ingatan yang sedang-sedang saja. Dan yang ketiga ialah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang lemah hafalannya serta hadisnya ditinggalkan orang.

Dalam periwayatannya, Imam Muslim selalu meriwayatkan hadis yang sesuai dengan kategori pertama dan beliau pun menyertakan hadis yang sesuai dengan kategori kedua yang hanya berfungsi sebagai mutabbi' dan tidak dijadikan hadis inti. Sedangkan untuk kategori ketiga tidak termuat didalam Al-Jami’ Ash-Shahih karyanya.

Adapun kriteria hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Al-Jami’ Ash-Shahih, adalah hadis-hadis yang kualitinya bersesuaian dengan syarat-syarat hadis sahih yang disepakati oleh Ulama. Hal ini berdasarkan interpretasi Ibnush Sholah atas pernyataan Imam Muslim, Imam Muslim pernah menyatakan bahawa beliau tidak memasukkan semua hadis sahih ke dalam kitabnya, sebaliknya beliau hanya memasukan hadis-hadis yang memenuhi persyaratan sahih yang telah disepakati oleh para ulama. Dan kriteria lain mengenai hadis yang ditulis oleh Imam Muslim di dalam Al-Jami’ Ash-Shahih ialah seluruhnya hadis-hadis yang disandarkan kepada Nabi (hadis yang marfu'), dan beliau tidak meriwayatkan perkataan sahabat (hadis Mauquf) dan juga tabi’in (hadis Maqtu’).

6. SISTEMATIKA PENYUSUNAN

Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih disusun oleh Imam Muslim dengan sangat sistematik (tersusun rapi). Ramai ulama yang mengatakan kitab ini lebih sistematik daripada Al-Jami’ Ash-Shahih susunan Imam al-Bukhari dalam hal penyusunannya. Selain itu kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim ini memiliki ciri khas yang memudahkan pembacanya.

1. Muqadimah

Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih yang disusun oleh Imam Muslim diawali oleh muqaddimah yang bernilai tinggi dan bermanfaat. Dalam muqadimahnya beliau menjelaskan haramnya berdusata atas nama Rasulullah, anjuran agar berhati-hati dalam meriwayatkan, keadaan para perawi dan menerangkan illat hadis, larangan meriwayatkan hadis dari perawi yang lemah dan banyak salahnya, pembahagian dan macam-macam hadis, dan hadis-hadis yang ditulis dalam Shahih-nya. Juga menerangkan bahwa sanad hadis itu adalah sebahagian dari ketentuan agama, dan menjelaskan panjang lebar tentang berhujjah dengan hadis mu’an’an. Itulah di antara manfaat yang terkandung di dalam muqadimah Shahih Muslim. Hal ini biasa kita anggap sebagai pengantar sebelum kita memasuki bahagian yang pokok dari kitab tersebut.

2. Isi

Imam Muslim dalam penyusunan kitabnya (Al-Jami’ Ash-Shahih), tidak menyertakan nama-nama kitab (bab atau judul topik) serta nama-nama sesebuah perbahasan hadis. Akan tetapi beliau menyusun dan menetapkan perletakkan hadis-hadis yang memiliki kesamaan tema secara berkelompok. Oleh kerana itu walaupun tanpa nama-nama kitab dan bab, kitab Al-Jami’ Ash-Shahih dapat dinilai sebagai kitab yang sistematik dalam penyusunannya. Sehingga memudahkan para ulama yang mengulas kitabnya untuk memberikan nama kitab dan bab pada kitabnya. Di antara ulama yang dinilai paling baik dalam mengulas kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim adalah Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) dalam Syarah Shahih Muslimnya yang cukup terkenal.

Ada pun bagi edisi terjemahan yang berada dalam tatapan anda ini adalah edisi tahqiq dan penomboran oleh Syaikh Muhammad Fuad B. 'Abdul Baqi' rahimahullah. Terjemahannya adalah edisi lengkap berserta dengan sanad-sanad periwayatnnya.

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid Lengkap

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.