Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Fadhail-Amal. Show all posts
Showing posts with label Fadhail-Amal. Show all posts

Saturday, June 23, 2018

Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam

Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam







Tahukah kita? Dalam satu² masa perjalanan ke masjid untuk menunaikan salah satu solat fardhu, kita akan dapat melaksanakan berpuluh² amalan sunnah, bahkan malah mencecah ratusan amalan. Bermakna, banyak sekali ganjaran pahala yang mampu kita raih.

Syaratnya? Mestilah berbekal ilmu dan niat yang betul!

Melalui buku ini, penyusun akan rungkaikan ilmu dan penjelasan perkara tersebut.

Bukan sahaja ketika perjalanan ke masjid, tetapi dari semenjak bangun tidur, sampailah kembali ke tempat tidur semula. Banyak sekali amalan² sunnah yang membuahkan pahala yang mungkin belum kita sedari boleh diamalkan dengan mudah dan tanpa susah-payah.

Sehingga jika kita hitung-hitungkannya, jumlah sunnah² tersebut mampu mencecah lebih dari seribu sunnah sehari semalam! [Maklumat lengkap buku di, https://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=184]

Soft cover | 117m/s. | RM16/naskhah |
_______________
Atsar Online Bookstore
Sms/Whatsapp, 0126887715
____________________
www.atsar.ilmusunnah.com
www.facebook.com/galeribukusunnah/
www.instagram.com/atsar.online
t.me/ilmusunnah

Thursday, October 22, 2015

Amalan-amalan di Bulan Ramadhan

Amalan-amalan di Bulan Ramadhan


» Klik untuk maklumat item dan pesanan secara online, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=1383

» Atau pesanan secara sms/whatsapp di 012-6887715 (sms/whatsapp).

Monday, December 22, 2014

Yang Didoakan dan Dilaknat Malaikat

Yang Didoakan dan Dilaknat Malaikat


Lihat Sinopsis atau Pesan buku ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=827

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Sunday, December 7, 2014

Buku Poket Amalan di Malam dan Hari Jumaat

Buku Poket Amalan di Malam dan Hari Jumaat


Lihat sinopsis dan dapatkan buku ini di website kami » http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=773

Atau sms/whatsapp kami di 012-6887715.

Friday, May 17, 2013

763 - Ensiklopedi Anjuran dan Larangan


Ensiklopedi Anjuran dan Larangan
Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani


Judul Buku:
Ensiklopedi Anjuran dan Larangan
Judul Asal: Mukhtashar at-Targhib wa at-Tarhib

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah

Harga:
RM66

Berat:

1.2kg

Keterangan Buku:


Sesungguhnya semangat ibadah seorang muslim akan tumbuh bila janji pahala dan indahnya balasan bertabur di hatinya. Manakala rasa takut kepada Allah 'Azza wa Jalla akan semakin kuat jika dia mengetahui ancaman dan dosa melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah 'Azza wa Jalla dan Rasul-Nya.

Kitab At-Targhib Wa At-Tarhib, merupakan kitab himpunan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memuatkan kandungan hadis-hadis berbentuk:

1. At-Targhib iaitu anjuran, dorongan, motivasi untuk segera melakukan amal & janji-janji kebaikan, di mana dia akan memperolehi pahala dan Syurga seiring dengan baiknya amal-amal yang diusahakannya.

2. At-Tarhib pula bermaksud ancaman, peringatan, larangan, akibat atau balasan buruk dari melakukan hal-hal yang dilarang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan disertai dengan balasan dosa dan neraka sebagai balasan-nya dalam pelbagai masalah Aqidah, Ibadah, Akhlaq, Mu'amalah.

Inilah fokus dari rangkaian hadis-hadis yang disajikan oleh Imam Al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya At-Targhib Wa At-Tarhib. Beliau rahimahullah adalah al-Hafiz Zakiyyuddin Abu Muhammad 'Abdul Azhim B. 'Abdul Qawiy B. Abdullah al-Mundziri, menguasai ilmu hadis dan bahasa Arab, salah seorang yang banyak menghafal dan ahli sejarah.

Dilahirkan tahun 581H di Mesir, tumbuh di pangkuan ilmu, dia menghafal al-Qur'an, mendengar hadis dan pergi untuk mencari hadis, bertemu dengan ulama besar dan berguru pada mereka, serta menyerap banyak ilmu dari mereka.

Al-Mundziri rahimahullah adalah orang yang hafalannya terbanyak pada masanya, orang yang zuhud, wara', taqwa, juga penulis buku, menyusun beberapa kitab yang bagus. Yang paling terkenal adalah Targhib wa Tarhib, Mukhtashar Sunan Abu Dawud, Takmilah Liwafayatin Naqalah, Mukhtashar Shahih Muslim, Arba'un Haditsan filshthina'il Ma'ruf bainal Muslimin wa Qadha'i Hawaijihim.

Menduduki jawatan syaikh pada Darul Hadis Al-Kamiliyah di Kairo, dan menduduki jabatan itu selama dua puluh tahun, menulis buku, membuat takhrij dan memberi faedah, serta mengajarkan hadis-hadis. Beliau wafat pada tahun 656H di usia 75 tahun, dikebumikan di Safahil Maqtham.

Kemudian oleh Imam Ibnu hajar Al-'Asqalani rahimahullah kitab At-Targhib Wa At-Tarhib diringkas. Dan kemudian ditahqiq oleh Syaikh marwan Muhammad Suwar. Inilah edisi terejemah nya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
517 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, February 11, 2013

733 - 90 tuntunan Menjadi Jutawan Dalam Kebaikan

90 tuntunan Menjadi Jutawan Dalam Kebaikan


Judul Buku:
90 tuntunan Menjadi Jutawan Dalam Kebaikan
Judul Asal: Kaifa Takuunu min al-Yuniiran bil Hasanah

Penulis:
Syaikh Syamsuddin

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:


Para pembaca yang budiman, ada beberapa perkara penting yang perlu diebri perhatian dengan sungguh-sungguh, antara lain:

1. Banyak jalan untuk menjadi jutawan kebaikan.

2. Kebaikan bukan hanya milik orang kaya saja, tetapi milik setiap muslim, asalkan ia punya kemahuan.

3. Ada kebaikan yang tidak hanya disukai syahwat, tapi bahkan diridhai Allah.

4. Kebaikan itu beranak-penak.

5. Untuk meraih kebaikan, tidak perlu bersusah-payah.

6. Istiqomah, sekalipun sedikit adalah lebih baik.

7. Peliharalah amal, jangan mengalah.

8. Yang terpenting, dua syarat amal mestilah dipenuhi.

Bila anda dapat meraih kelapan-lapan perkara tersebut, maka kami ucapkan selamat menikmati perjalanan anda menjadi seorang jutawan kebaikan!

Buku ini menjelaskan kunci amalan-amalan kebaikan yang sedikit dan dilihat kecil namun hasil dan pahalanya berganda-ganda. Ia dijelaskan secara terperinci berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah. Selamat membaca dan selamat beramal. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]

Jumlah Muka Surat:
164 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 31, 2012

664 - Panen Amal Sepanjang Tahun (Terjemahan Lathaa'if al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rejab)


Panen Amal Sepanjang Tahun
(Terjemahan Lathaa'if al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rejab)


Judul Buku:
Panen Amal Sepanjang Tahun
Judul ASal: Lathaa'if al-Ma'aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min al-Wadza'if

Penulis:
Syaikhul Islam al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) 

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM80

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:

Beliau (penulis) adalah seorang tokoh nama besar dalam dunia kesarjanaan ilmu ahli sunnah wal-jama'ah. Terkenal dengan penguasaan yang mengangumkan dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu hadis dan merupakan orang yang paling faham di zamannya dalam hal-ehwal periwayatan hadis dan susur-galur jalan-jalan sanadnya. Beliau termasuk orang-orang yang sangat sibuk dengan ilmu sehingga menjadikan beliau faqih dan jaguh dalam bidangnya.

Majlis-majlis ilmunya begitu meluluhkan dan menundukkan hati-hati yang menghadirkan diri. Manusia dari kalangan penuntut ilmu berkumpul padanya dan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan dan sumber ilmu. Menguasai al-Qur'an dengan pelbagai periwayatan dan kaedah bacaan. Kitab-kitab beliau juga tersebar luas ke suluruh dunia dan sampai kepada kita hari ini. Karya tulis beliau terus segar menjadi rujukan dan penunjuk jalan bagi kalangan umat terkemudian. Yang antaranya adalah kitab beliau ini, iaitu "Lathaa'if al-Ma'aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min al-Wadzaa'if".

Beliau adalah Syaikhul Islam al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah. Dan salah seorang guru beliau adalah al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang juga sangat terkenal dan tidak asing lagi namanya serta ketokohannya dalam pelbagai cabang ilmu. Di antara kitab-kitab al-Hafiz Ibnu Rejab lainnya yang terkenal adalah Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, Syarah Shahih al-Bukhari (tamat sehingga Kitab al-Jana'iz), Syarah 'Ilal at-Tirmidzi, al-Qowa'id al-Fiqhiyah, dan banyak lagi lainnya.

Adapun buku beliau yang telah siap diterjemahkan dan berada di hadapan kita ini adalah salah satu buku beliau yang cukup harum namanya. Sangat menjadi rujukan dan panduan buat para ilmuan dan kalangan penuntut ilmu. Ia merupakan sebuah buku yang sarat dengan kata nasihat, hadis-hadis Nabi, tafsir ayat-ayat al-Qur'an, keutamaan bulan-bulan hijriyah, atsar-atsar (atau mutiara) para salaf, amalan-amalan sunnah yang menjadi pegangan para salaf, nukilan kisah-kisah sejarah di zaman salaf, penekanan prinsip-prinsip dalam beragama, peringatan-peringatan terhadap bahayanya menyimpang dari agama, contoh-contoh amalan kaum yang menyimpang tetapi dianggap benar, penjelasan tentang manhaj dalam beramal, dan diakhiri dengan tulisan tentang seruan untuk segera bertaubat sebelum pergi menemui Allah.

Secara umumnya, penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan keutamaan dzikir, keutamaan majlis-majlis dzikir, majlis ilmu, kemudian masuk kepada perbahasan prinsip-prinsip dalam beramal. Penulis membahaskan di dalamnya sekitar amalan-amalan sunnah berdasarkan susunan bulan. Sehingga para pembaca dapat meraih manfaat yang cukup luas dari aspek kepelbagaian amalan sunnah mengikuti bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun, sejarah-sejarah dan jejak para salaf yang berlaku dalam bulan-bulan berkaitan, pesan-pesan para salaf berhubung bulan-bulan tertentu, rentetan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan-bulan tersebut, dan pelbagai lagi lainnya termasuk hal-hal berkaitan penyucian jiwa, tahdzir dan peringatn, pentingnya prinsip, manhaj, dan aqidah. Selain itu, isu hangat seperti bid'ah-bid'ah yang dianggap sebagai sebahagian dari agama oleh sebahagian kelompok-kelompok sesat juga turut dibahaskan dengan mengikuti tema perbahasan bulan-bulan hijriyah.

Renungan Untuk Semua

Setiap insan sudah tentu melalui detik demi detik kehidupan dan hari demi hari perjalanan di dunia ini. Ia berlangsung dengan begitu pantas.

Demikianlah kehidupan. Setiap kita berpindah dari pagi ke petang, dan dari petang hingga ke malam, kemudian dari malam kembali ke waktu pagi semula. Akan tetapi, adakah setiap Muslim sentiasa ingat untuk bermuhasabah menyemak dirinya di setiap sela-sela hari-hari yang dilewatinya?

Amal-amal apakah yang telah ia kerjakan pada setiap waktu dan harinya? Amalan apakah yang membuka perjalanan di setiap harinya dan amalan apa pula yang menutup harinya?

Inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Ia melepasi hari-hari yang panjang, tetapi jarang sekali memerhatikan dengan amal apa ia penuhi hari-hari dan usianya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2417. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Maka, tanyakanlah kepada diri kita sendiri, sepanjang matahari terbit dan tenggelam, sepanjang putaran siang dan malam, sepanjang waktu bangun dan tidur kembali, apakah amal-amal kebaikan yang telah kita kerjakan sehingga kelak mampu menyelamatkan kita di hari hisab. Apakah amal-amal yang kita kerjakan tersebut selari dengan tuntutan agama sebagaimana terdapat dalam lembaran-lembaran sunnah yang sahih?

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

“Sedangkan sesungguhnya di sisi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (amal pekerjaan itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Infithaar, 82: 10-12)

Jadi, sejauh manakah kita telah mendapati dan merasakan bahawa diri ini sentiasa diawasi?

Seandainya orang-orang yang lalai itu menyedari, nescaya mereka akan memelihara diri dan menjaganya dari jalan-jalan kebinasaan. Sayangnya, sedikit sekali orang yang sedar, dan sedikit sekali orang yang berhati-hati terhadap jalan tersebut.

Maka dari itu, hendaklah setiap Muslim dan Muslimah sentiasa memerhatikan keadaan dirinya, memperbanyak dzikir kepada Allah, memohon tambahan fadhilah (keutamaan) dan keberkahan serta memohon sifat istiqomah di atas petunjuk-Nya, dan untuk bersegera dalam amal soleh.

Bersegeralah untuk memperbaiki diri, dan mintalah taufiq kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menuju jalan kebahagiaan.

Dan bagi orang-orang mengisi hari-harinya dengan kelalaian dan kesia-siaan... Ketahuilah, bahawa dirimu tidak akan dibiarkan begitu saja! Kalian akan dihitung atas semua amalanmu dengan perhitungan yang tidak tertinggal sedikit pun!

Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat: 56)

Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap saat yang ia lalui. Jangan sampai waktu itu terbuang sia-sia tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan mungkin  kembali selamanya. Ironinya, setiap orang pasti sedih dan sayu ketika kehilangan hartanya, namun amat sayang apabila sedikit sekali yang merasa sedih dan gusar ketika umurnya terbuang bertahun-tahun lamanya. Padahal umur kita di dunia sangat singkat. Dan baik buruknya kita mengisi umur tersebut akan menentukan kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang di akhirat sana.

Maka dari itu, perhatikanlah... Bagaimana seharusnya kita mengisi usia perjalanan di dunia yang sementara ini dengan cara yang benar. Bagaimana utusan Allah telah mengajarkannya kepada kita? Bagaimana sunnah-sunnahnya? Apa ilmu-ilmu yang perlu kita ketahui dalam melaksanakan amal-amal yang bermanfaat dan bernilai ibadah serta kebajikan di sisi-Nya? Apa pula syarat-syarat diterimanya amal?

Oleh itu, inilah salah sebuah buku yang mampu menggugah jiwa dan menghidupkan semangat untuk beramal di atas panji-panji sunnah yang sahihah. Sebuah penjelasan jelas dan terang dalam mengajak umat kembali kepada as-Sunnah dan meninggalkan bid'ah-bid'ah yang penuh kesia-siaan lagi memberat-beratkan.

Buku yang amat sesuai dijadikan sebagai rujukan ilmu dan panduan dalam mengisi usia kehidupan sepanjang hari. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka, selamat menuai ilmu penuh barakah yang ditinggalkan al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali ini dan selamat beramal di atas sunnah yang sahihah. Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
644 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, November 24, 2012

644 - Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin)


Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah
(Intisari Ihya' 'Ulumuddin)


Judul Buku:
Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah
(Intisari Ihya' 'Ulumuddin)

Penulis:
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H)

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM70

Berat:

1.31kg

Keterangan Buku:

Kitab yang sedang anda perhatikan ini adalah sebuah kitab yang menjelaskan kepada anda kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat taqwa, menyelami erti adab/akhlak ada dalam pelbagai aspek kehidupan, konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama. Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali). Ini adalah kerana kitab Ihya' Ulumuddin adalah sebuah kitab yang mengajak kepada semua itu (tazkiyatun nafs/penyucian jiwa), namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan/kesalahan dari segi pembawaan dalil dengan mengedepankan hadis-hadis yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf. Maka, apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada banyak syubhat dan penyimpangan di dalam urusan dan tujuan asal, iaitu penyucian jiwa.

Maka, Kitab ini (Minhajul Qashidin) pun disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah. Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan anda terjemahannya sekarang. Kemudiannya kitab ini dipersembahkan dengan semakkan tambahan oleh Syaikh Ridwan Jami' yang di antaranya dengan tambahan takhrij bagi setiap hadis yang dibawakan oleh kitab ini dengan berpandukan takhrij Syaikh al-Albani rahimahullah semoga dengannya mampu memberi keyakinan kepada kita dalam mengambil dan menghadam setiap helaian isi kandungannya.

Di antara kandungan yang dipersembahkan untuk anda melalui kitab ini adalah berkenaan wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan al-Qur'an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Prinsip yang dibawakan oleh penyusun kitab ini adalah dengan prinsip yang sahih lagi ilmiah berpandukan al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman yang benar di atas jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Yang dengannya menafikan konsep penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) yang menyimpang lagi menyesatkan yang tidak bersumberkan dalil agama yang benar dan jelas.

Keistimewaan Terbitan/Terjemahan Darul Haq

1, Disertakan penjelasan takhrij berpandukan kitab-kitab hadis Syaikh al-Albani.
2, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi.
3, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh Zuhair asy-Syawisy.
4, Format editing dan persembahan yang lebih menarik dan mesra pembaca.

Jumlah Muka Surat:
766 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, November 16, 2012

640 - 12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah


12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah


Judul Buku:
12 Kiat Ngalap Berkah, Bagaimana Menggapai Keberkahan Yang Diredhai Allah

Penulis:
Dr. Muhammad Arifin B. Badri

Penerbit:
Darul Ilmi Publishing

Harga:
RM15

Berat:

200g

Keterangan Buku:


Betapa sering kita mengucapkan, mendengar, mendambakan dan berdo’a untuk mendapatkan keberkahan. Keberkahan dalam umur, keluarga, usaha, harta benda dan keberkahan lainnya. Bahkan, kerana begitu besar harapan kita untuk mendapatkan keberkahan, sampai-sampai kita sentiasa saling mendo’akan dengan mengucapkan:

“Assalaamu’alaikum wa Rahmatullaahi wa Barakaatuh...” (Semoga ke atas kamu keselamatan, rahmat, dan keberkahan dari Allah).”

Do’a agung nan indah ini, telah dijadikan sebagai ucapan salam ketika kita berjumpa dan berpisah. Hal ini adalah bukti nyata akan pentingnya peranan keberkahan dalam hidup kita. Akan tetapi, pernahkah kita bertanya: Apakah sebenarnya keberkahan itu? Dan bagaimana keberkahan dapat digapai?

Dari mana pula datangnya berkah?

Bersama tulisan ini penulis mengajak saudara-saudara sekalian untuk sedikit menyelami maksud dan aplikasi dari keberkahan. Dengan harapan, kita dapat merealisasikan keberkahan dalam harta yang berhasil kita peroleh dengan cucuran keringat kita. Sehingga, harta tersebut, benar-benar berguna bagi kita dan juga anak keturunan kita. Bukan hanya di dunia, akan tetapi keberkahan harta kita dapat kita rasakan hingga kehidupan di akhirat kelak.

Semoga Allah melumuri keberkahan itu pada setiap tetes peluh kita, pada setiap lelah pandangan kita dan pada setiap akhir kerdipan mata kita. Amiin.

Sepintas lalu tentang keberkahan

"Berkah" atau "al-barakah" bila kita pelajari dengan benar, sama ada melalui ilmu bahasa Arab atau melalui dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, nescaya kita akan mendapatkan bahawa "al-barakah" memiliki makna dan cakupan yang sangat luas dan agung.

Secara ilmu bahasa, "al-barakah" bererti "Berkembang, bertambah, dan kebahagiaan.” (Al-Faiyyumy, Al-Misbah al-Munir, 1/45. Al-Fairuz Abadi, al-Qamus al-Muhith, 2/1236. Ibn Mandzur, Lisan al-'Arab, 10/395)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata, "Asal makna keberkahan ialah kebaikan yang banyak dan abadi." (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 1/225)

Walaupun begitu maksudnya, kebaikan dan perkembangan tersebut tidak boleh hanya difahami dalam wujud yang nyata (atau fizikal), seperti jumlah harta yang sentiasa bertambah dan berlipat kali ganda dari sudut nilaian mata wang. Sebaliknya, kebaikan dan bertambahnya harta mungkin juga dapat dinilai dari aspek manfaat dan kegunaan harta tersebut, walaupun jumlahnya tidaklah banyak, tidak bertambah, dan tidak juga bernilai besar. Iaitu maksudnya; manfaatnya yang besar, kewujudannya yang sangat membantu, dan memiliki jasa yang besar. Walaupun tidak bernilai mahal dari sudut nilai wang ringgit.

Misalnya, mungkin saja seseorang yang hanya memiliki sedikit dari harta benda, akan tetapi kerana harta itu penuh dengan keberkahan, maka ia terhindar dari pelbagai bentuk mara bahaya, penyakit, dan hidupnya pun tenteram lagi merasa cukup. Dan sebaliknya, mungkin boleh jadi seseorang yang hartanya melimpah-ruah, akan tetapi kerana tidak diberkahi Allah, hartanya tersebut menjadi sumber bencana, penyakit, dan bahkan mungkin ia tidak dapat manfaat yang baik dari harta tersebut.

Ini mungkin dapat lebih jelas lagi sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis di mana Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menceritakan tentang pelbagai kejadian yang mendahului kebangkitan menjelangnya hari Kiamat, beliau bersabda:

ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، وَرُدِّي بَرَكَتَكِ، فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنَ الرُّمَّانَةِ، وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا، وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ، حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنَ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنَ النَّاسِ

“Akan diperintahkan (oleh Allah) kepada bumi: Tumbuhkanlah buah-buahanmu, dan kembalikan keberkahanmu, maka pada masa itu, sekelompok orang akan merasa cukup (menjadi kenyang) dengan memakan sebiji buah delima, dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Dan air susu diberkahi, sehingga sekali perahan dari seekor unta dapat mencukupi keperluan ramai orang, dan sekali perahan susu seekor lembu dapat mencukupi manusia seramai satu kabilah, dan sekali perahan dari susu seekor kambing dapat mencukupi satu cabang kabilah.” (Shahih Muslim, no. 2937. Bab Peringatan Tentang Dajjal, sifat-sifatnya, dan apa yang bersamanya)

Demikianlah ketika rezeki benar-benar diberkahi Allah, mungkin saja rezeki yang dikurniakan itu dalam bentuk yang sedikit jumlahnya, akan tetapi manfaatnya amatlah besar, sampai-sampai sebiji buah delima mampu mengenyangkan segerombolan manusia, dan susu hasil perahan seekor lembu mampu mencukupi keperluan orang-orang seramai satu kabilah.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata, “Tidaklah kelapangan rezeki dan amalan diukur dengan jumlahnya yang banyak, tidaklah juga panjangnya umur dilihat dari panjangnya bulan dan tahunnya. Akan tetapi, kelapangan rezeki dan umur diukur dengan keberkahannya.” (Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibnu Qayyim, m/s. 56)

Bahkan hal menakjubkan seperti ini pernah berlaku dalam sejarah Islam. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Sungguh, dahulu biji-bijian, sama ada gandum atau selainnya lebih besar berbanding sebagaimana yang ada sekarang, sebagaimana keberkahan yang ada padanya lebih banyak. Imam Ahmad telah meriwayatkan melalui jalur sanadnya, bahawa telah ditemukan di gudang sebahagian khalifah Bani Umayyah sekantung gandum yang biji-bijinya sebesar biji kurma, dan pada kantung luarnya tertulis label: “Ini adalah gandum hasil tuaian di masa keadilan ditegakkan.”.” (Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’ad, 4/363)

Jadi, selami dan telusurilah rahsia dan kiat-kiat yang benar dalam meraih keberkahan dari Allah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Jumlah Muka Surat:
134 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, September 13, 2012

617 - Ritual Sunnah Setahun

Ritual Sunnah Setahun
Panduan Amalan Pribadi Muslim 24 Jam


Title:
Ritual Sunnah Setahun
Panduan Amalan Pribadi Muslim 24 Jam

Author:
Yazid B. Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM90

Weight:
1.34kg

Description:

Setiap insan sudah tentu melalui detik demi detik kehidupan dan hari demi hari perjalanan di dunia ini. Ia berlangsung dengan begitu pantas.

Demikianlah kehidupan. Setiap kita berpindah dari pagi ke petang, dan dari petang hingga ke malam, kemudian dari malam kembali ke waktu pagi semula. Akan tetapi, adakah setiap Muslim sentiasa ingat untuk bermuhasabah menyemak dirinya di setiap sela-sela hari-hari yang dilewatinya?

Amal-amal apakah yang telah ia kerjakan pada setiap waktu dan harinya? Amalan apakah yang membuka perjalanan di setiap harinya dan amalan apa pula yang menutup harinya?

Inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Ia melepasi hari-hari yang panjang, tetapi jarang sekali memerhatikan dengan amal apa ia penuhi hari-hari dan usianya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2417. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Maka, tanyakanlah kepada diri kita sendiri, sepanjang matahari terbit dan tenggelam, sepanjang putaran siang dan malam, sepanjang waktu bangun dan tidur kembali, apakah amal-amal kebaikan yang telah kita kerjakan sehingga kelak mampu menyelamatkan kita di hari hisab. Apakah amal-amal yang kita kerjakan tersebut selari dengan tuntutan agama sebagaimana terdapat dalam lembaran-lembaran sunnah yang sahih?

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

“Sedangkan sesungguhnya di sisi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (amal pekerjaan itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Infithaar, 82: 10-12)

Jadi, sejauh manakah kita telah mendapati dan merasakan bahawa diri ini sentiasa diawasi?

Seandainya orang-orang yang lalai itu menyedari, nescaya mereka akan memelihara diri dan menjaganya dari jalan-jalan kebinasaan. Sayangnya, sedikit sekali orang yang sedar, dan sedikit sekali orang yang berhati-hati terhadap jalan tersebut.

Maka dari itu, hendaklah setiap Muslim dan Muslimah sentiasa memerhatikan keadaan dirinya, memperbanyak dzikir kepada Allah, memohon tambahan fadhilah (keutamaan) dan keberkahan serta memohon sifat istiqomah di atas petunjuk-Nya, dan untuk bersegera dalam amal soleh.

Bersegeralah untuk memperbaiki diri, dan mintalah taufiq kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menuju jalan kebahagiaan.

Dan bagi orang-orang mengisi hari-harinya dengan kelalaian dan kesia-siaan... Ketahuilah, bahawa dirimu tidak akan dibiarkan begitu saja! Kalian akan dihitung atas semua amalanmu dengan perhitungan yang tidak tertinggal sedikit pun!

Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat: 56)

Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap saat yang ia lalui. Jangan sampai waktu itu terbuang sia-sia tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan mungkin kembali selamanya. Ironinya, setiap orang pasti sedih dan sayu ketika kehilangan hartanya, namun amat sayang apabila sedikit sekali yang merasa sedih dan gusar ketika umurnya terbuang bertahun-tahun lamanya. Padahal umur kita di dunia sangat singkat. Dan baik buruknya kita mengisi umur tersebut akan menentukan kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang di akhirat sana.

Maka dari itu, perhatikanlah... Bagaimana seharusnya kita mengisi usia perjalanan di dunia yang sementara ini dengan cara yang benar. Bagaimana utusan Allah telah mengajarkannya kepada kita? Bagaimana sunnah-sunnahnya? Apa ilmu-ilmu yang perlu kita ketahui dalam melaksanakan amal-amal yang bermanfaat dan bernilai ibadah serta kebajikan di sisi-Nya? Apa pula syarat-syarat diterimanya amal?

Oleh itu, inilah salah sebuah buku yang menghimpunkan sunnah-sunnah Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkaitan amalan sehari semalam, amalan dari bangun sehingga waktu tidur dan sehingga bangun kembali, amalan-amalan harian, amalan mingguan, amalan bulanan, dan demikian juga amalan tahunan, iaitu dari amal-amal dan sunnah-sunnah yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam memenuhi kehidupan seharian. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa inilah antara ensiklopedia yang membukukan himpunan amalan sepanjang tahun berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Amat sesuai dijadikan panduan dalam mengisi usia kehidupan sepanjang hari. Penulis memulakan buku ini dengan panduan meraih iman dan taqwa, syarat diterimanya amal, pentingnya keikhlasan, perlunya tujuan yang baik, dan kewajiban menjaga amal. Kemudian penulis memotivasikan para pembaca bagaimana cara meningkatkan kualiti amal berdasarkan petunjuk Rasulullah, keutamaan amalan berdasarkan situasi diri, wajibnya menuntut ilmu agar dapat keluar dari kejahilan, membersihkan amalan dari pelbagai jenis noda yang mencemarkannya, anjuran berzikir mengingati Allah, dan kaedah-kaedah menjauhi hal-hal yang terlarang.

Kemudian penulis teruskan perbahasannya dengan cara memulakan hari baru. Antaranya dengan niat yang baik, amal yang soleh yang disunnahkan, menjauhi angan-angan kosong, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaan, tawakkal, jujur, menjauhi perbuatan zalim, bersikap zuhud, dan menjauhi sikap hasad dengki.

Kemudian penulis tekankan pula pentingnya pemahaman dalam tauhid dan aqidah. Dan inilah antara syarat utama yang bakal menjamin diterimanya amal di sisi Allah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Kemudian barulah penulis mulakan dengan amal-amal sehari malam. Dimulakan dengan sunnah-sunnah dalam menyucikan diri, wudhu’, mandi, dan seterusnya. Sunnah bangun dan ketika hendak tidur, sunnah-sunnah solat, sunnah-sunnah berdasarkan hari dan mingguan, sunnah-sunnah berdasarkan bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun, dan seterusnya merangkumi setiap detik dan hari.

Kemudian penulis tutup perbahasan bukunya dengan tajuk penting “Waspada Terhadap Perosak Amalan.” Setelah berusaha keras dan gigih memenuhi setiap saat waktu dengan amalan sunnah lagi bermanfaat, sudah tentu kita mahu ia diterima di sisi Allah dan tidak mahu seandainya ia hanya sia-sia belaka.

Maka, selamat beramal.

Total Pages:
778 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, July 9, 2012

582 - Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an

Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an


Judul Buku:
Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an
Judul Asal: Fadha'il Al-Qur'an

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM75

Berat Buku:
0.8kg

Keterangan Kandungan:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang terdapat) di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus, 10: 57)

Ayat ini menunjukkan salah satu hakikat, tujuan, dan maksud al-Qur'an dalam kehidupan kita sebagai manusia, tidak terkecuali umat Islam dan mukmin khasnya.

Kehadiran dan manfaat Al-Qur'an bukan saja dirasakan oleh mereka yang beriman kepadanya, bahkan yang tidak beriman pun akan mendapatkan percikan petunjuk dari hanya membacanya saja. Tidak sedikit kisah para mualaf yang masuk Islam setelah membaca, mempelajari dan mentadabburi al-Qur'an, kerana al-Qur'an bukan kitab biasa melainkan nasihat dan pelajaran dari Sang Pencipta manusia dan alam semesta beserta isinya.

Dalam buku ini, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah memaparkan keaslian al-Qur'an sebagai sebuah kitab suci samawi, wahyu dan kalam ilahi, bukannya kitab yang berisikan imaginasi pemikiran manusia.

Dengan membaca buku ini kita diingatkan tentang pentingnya membaca al-Qur'an di setiap hari, seperti dikatakan oleh para ulama salaf,

"Rugilah orang yang dalam sehari tidak membaca Al-Quran."

Bahkan Rasullullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam sendiri menegaskan, "Sesungguhnya rumah yang sering dibacakan al-Qur'an akan banyak kebaikannya, sementara rumah yang tidak dibacakan al-Qur'an akan sedikit kebaikannya.”

Lebih dari itu, al-Qur'an wajib dipelajari, difahami, lalu diterapkan dalam kehidupan agar manfaat dan fungsi al-Qur'an benar-benar terasa bagi umat manusia dan alam semesta, sama ada lahir ataupun batin.

Inilah terjemahan kitab Fadhail al-Qur'an (keutamaan-keutamaan al-Qur'an), karya Imam 'Imaduddin Abu Al-Fida’ yang kita kenal dengan nama Ibnu Katsir rahimahullah. Konsep penulisan kitab ini tidak ubah seperti metode penulisan Imam al-Bukhari. Penulis mengemukakan matan-matan hadisnya terlebih dahulu dari rangkaian hadis-hadis terbaik dalam babnya. Kemudian beliau berikan catatan dan interpretasi (komentar) berserta syarah (huraian)nya.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Al-Bukhari meletakkan kitab Fadha'il al-Qur'an (keutamaan-keutamaan al-Qur'an) setelah kitab Tafsir (penjelasan al-Qur'an), kerana tafsir al-Qur'an lebih penting, oleh itu beliau memulakan penulisan dengan membahaskan persoalan tafsir. manakala kami meletakkan perbahasan Fadhail al-Qur'an sebelum Tafsir al-Qur'an, dan meletakkan keutamaan tiap-tiap surah sebelum membahaskan tafsirnya; hal ini agar dapat memberikan motivasi untuk menghafal al-Qur'an, memahaminya, serta mengamalkan kandungannya."

Cakupan bab-bab perbahasan dalam kitab ini adalah sebagaimana berikut:

Keutamaan-Keutamaan Al-Qur'an

Pengumpulan Al-Qur'an

Penulisan Mushaf Al-Qur'an oleh Utsman

Para Penulis Wahyu Nabi

Hadits Dari Abi Bakrah

Hadits Dari Samurah

Hadits Dari Ummu Ayub

Hadits Dari Abu Juhaim

Hadits dari Ibnu Mas'ud

Penyusunan Al-Qur'an

Tentang Titik dan Garis (Syakal) dalam Mushhaf

Para Ahli Qira'ah dari Kalangan Sahabat Nabi

Turunnya Ketenangan Dan Malaikat Ketika Membaca Al-Qur'an

Penjelasan Perkataan: Nabi "Tidak Pemah Meninggalkan (Harta) Kecuali Sesuatu (Al Quran) Yang Diapit Oleh Dua kulit Buku."

Keutamaan Al-Qur'an Berbanding Seluruh Perkataan Lain

Orang-Orang Yang Berwasiat Agar Berpegang Dengan Kitabullah

Orang Yang Tidak Membaca Al-Qur'an Dengan Intonasi Yang Baik

Kegembiraan Pembaca Al-Qur'an

Sebaik-Baik Kalian Adalah Orang Yang Belajar Al-Qur'an Dan Mengajarkannya

Membaca Al-Qur'an Dengan Hafalan (Tanpa Melihat Mushhaf)

Selalu Berusaha Mengingat Al-Qur'an Dan Menjaganya

Membaca Al-Qur'an Di Atas Kendaraan

Mengajari Al-Qur'an Kepada Anak-Anak

Adakah Boleh Mengucapkan, "Aku Lupa Ayat Ini Dan Itu?"

Membaca Surah Al-Baqarah, Dan Surah-Surah Tertentu

Perlahan-Lahan (Tartil) Dalam Membaca Al-Qur'an
Bacaan Panjang

Pengulangan Bacaan (Tarji')

Membaca Al-Qur'an Dengan Suara Yang Merdu

Orang Yang Ingin Mendengarkan Bacaan Al-Qur'an Dari Orang Lain

Perkataan Orang Yang Meminta Membacakan Al-Qur'an Kepada Orang Yang Membaca Al-Qur'an, "Hasbuka" (Cukup Sudah Untukmu)

Batas Minima Membaca Al-Qur'an

Menangis Ketika Membaca Al-Qur'an

Orang Yang Berdebat Tentang Bacaan Al-Qur'an, Mencari Makan Atau Angkuh Dengan Al-Qur'an
Bacalah Al-Qur'an Selama Hati Kalian Fokus Membacanya

Kumpulan Kepelbagaian Hadis Tentang Membaca Al-Qur'an, Keitimewaan Al-Qur'an Dan Ahli Al-Qur'an

Doa Nabi Untuk Menghafal Al-Qur'an Dan Mencegah Lupa

Jumlah Muka Surat:
741m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.