Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, March 16, 2011

401 - Tafsir Surah al-Kahfi

Tafsir Surah al-Kahfi


Title:
Tafsir al-Kahfi

Author:
syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM52

Weight:
800g

Description:

Surah al-Kahfi adalah salah satu surah al-Qur'an yang memiliki kedudukan istimewa. Terdapat beberapa hadis yang menyentuhnya secara khusus. Para ulama ahlus Sunnah juga sering mengingatkan supaya mengambil berat dan memahami surah al-Kahfi ini.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma'at, maka dia akan mendapat cahaya di antara dua Juma'at." (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan al-Hakim)

Beliau juga bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka baginya cahaya di Hari Kiamat sejauh dari tempat tinggalnya hingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah tersebut, kemudian ketika dajjal muncul, maka dajjal tidak akan mampu menguasai dirinya." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dalam kitab ini, Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin membedah isi kandungan surah al-Kahfi dengan kaedah tafsir ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang disampaikan penuh santai, mudah, padat, dan seiring dengan perkembangan semasa. Maka, hayatilah surah al-Kahfi melalui penafsiran Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin ini sebagai salah satu usaha memahami ayat-ayat al-Qur'an.

Total Pages:

320 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

400 - Ahkamul Janaiz

Ahkamul Janaiz
Tuntutan Pengurusan Jenazah & Ziarah Kubur


Title:
Ahkamul Janaiz
Tuntunan Pengurusan Jenazah & Ziarah Kubur

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
ash-Shaf

Price:
RM52

Weight:
800g

Description:

Semua kita telah maklum, setiap yang hidup di kalangan kita ini pasti akan mati. Oleh kerana itulah Rasulullah telah meninggalkan sunnah-sunnahnya bagaimana untuk menghadapi saat-saat kematian dan bermu'amalah dengan jezanah.

Buku ini adalah di antara karya monumental milik Syaikh al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah). Melalui buku ini beliau merealisasikan tuntutan sunnah dalam menyebarkan ilmu yang syar'i lagi sahih berkaitan etika menghadapi saat-sat kematian dan pengurusan jenazah. Selain itu turut dibahaskan secara terperinci adalah permasalahan adab menziarahi kubur dan bid'ah-bid'ah berkaitan dengan soal jenazah dan menghadapi kematian.

Penulis membahaskan setiap masalah dalam hal ini dengan begitu baik sekali. Setiap hadis yang dibawakan ditakhrij dengan begitu teliti menunjukkan keilmuan beliau dalam bidang hadis. Setelah itu, beliau mengupas pula kefahaman hadis-hadis tersebut dari sudut fiqh dan hukumnya.

Di antara tajuk-tajuk utama yang dibahaskan penulis adalah:

1 - Kewajiban bagi orang yangs edang sakit/nazak.

2 - Mentalqin orang nazak.

3 - Kewajiban ahli keluarga kepada pesakit yang sedang nazak.

4 - Tanda-tanda khusnul khatimah.

5 - Pengurusan jenazah termasuk bab memandikan mayat, mengkafan, kaedah mengangkat mayat, mensolatkannya, dan mengebumikannya.

6 - Ucapan dan kaedah ta'ziyah yang syar'i.

7 - Perkara-perkara yang bermanfaat bagi si mati.

8 - Ziarah kubur.

9 - Adab bermu'amalah terhadap kubur dan perkara yang dilarang.

10 - Kupasan berkaitan kepelbagaian bid'ah yang subur berlaku dalam masyarakat berkaitan dengan kubur dan menghadapi kematian/jenazah.

Total Pages:

511 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, March 8, 2011

399 - Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(Edisi Kanak-kanak)


Title:
Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(EDISI KANAK-KANAK)

Author:
Abdul Malik Sukirman
Team Pustaka Imam asy-Syafi'i

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di Surah Luqman, Allah menjelaskan bagaimana Luqman mendidik anaknya, "Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diwajibkan (oleh Allah)." (Surah Luqman, 31: 17)

Ini menunjukkan keutamaan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan mengajarkan solat.

Total Pages:

82 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, March 6, 2011

398 - Wahabi dan Imperialisme

Wahabi dan Imperialisme


Title:
Wahabi dan Imperialisme
Judul Asal (Arab): Tashih Khatha' Tarikhi Haul al-Wahhabiyah

Author:
Dr. Muhammad B. Sa'ad asy-Syuwai'ir

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM18

Weight:
100g

Description:

Istilah “Wahabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penyebutan istilah ini bahawa wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab.

Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari umat Islam. Wahabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan.

Namun, ada pula sebahagian yang lain, mendukung pula dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab ini. Begitu banyak tersebar karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah dan fiqh. Mereka berusaha membela Syaikh dari pelbagai tuduhan golongan pertama.

Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab? Apakah hubungan wahabi dengan imperialisme? Semoga buku ini mampu memuaskan para pembaca untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Di antara isi kandungan buku ini adalah:

1 - Sejarah Pemerintahan Utsmaniyah dan Dakwah Mereka Kepada Masyarakat.

2 - Siapakah Wahhabi?

3 - Kolonialisme dan Pertembungan Dakwah.

4 - Pelbagai Syubhat Yangb Dilontar Musuh-musuh Islam.

5 - Musuh-musuh dakwah.

6 - Aqidah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab.

Selamat membaca!

Total Pages:

212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, March 5, 2011

397 - Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah

Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah


Title:
Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah
Judul Asal (Arab): Rabihtu ash-Shahadah wa Lam Akhsar ala al-Bait

Author:
Abu Khalifah Ali B. Muhammad al-Qudhaibi

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Kebanyakan masyarakat umat Islam hari ini tidak tahu tentang bahanyanya Syi’ah, yang merupakan sebuah fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang dianut oleh majoriti umat Islam dunia. Tidak sedikit kaum Muslimin yang tertipu dengan propaganda kaum Syi’ah, yang seringkali menghalalkan pelbagai cara termasuk berbohong (atau dalam istilah mereka) disebut sebagai taqiyyah. Bukan setakat itu, kerapuhan aqidah Syi’ah juga tampak jelas dari pelbagai jenis percanggahan ataupun kecelaruan dalam pelbagai keyakinannya. Sekadar contoh, kaum Syi’ah mengaku mencintai Rasul, tetapi pada masa yang sama mereka menghina beliau dengan mencaci maki para sahabat yang amat dicintai Rasulullah.

Buku ini merupakan sebuah perjalanan mencari kebenaran. Sebuah kisah benar tentang kegelisahan penulis yang sejak lahirnya menganut fahaman Syi’ah tetapi jiwa nuraninya terusik apabila menyaksikan hal-hal yang menentang fitrah dan akal sihatnya. Buku ini tidak mengupas penyimpangan Syi’ah dari A hingga Z. Tetapi intipati kandungan buku ini adalah pesanan-pesanannya berserta peringatan yang sederhana supaya kita tidak terjebak dan tercampak dalam perangkap pemikiran Syi’ah yang sering menggunakan wajah agama untuk menipu masyarakat umum. Semoga bermanfaat..

Total Pages:

110 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

396 - Meraih Kesempurnaan Solat

Meraih Kesempurnaan Shalat
424 Koreksi Kesalahan Dalam Shalat


Title:
Meraih Kesempurnaan Solat
Judul Asal (Arab): Irsyad as-Salikin ila Akhtha' al-Mushallin

Author:
Abu Ammar Mahmud al-Mishri

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM42

Weight:
900g

Description:

Salah satu bukti kuatnya niat dan tekad seseorang Muslim untuk meraih redha Allah adalah usaha yang maksima untuk melaksanakan Solat sebagaimana yang dicontohkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat," begitulah perintah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dari itu, ini telah menjadi suatu dari kewajiban kita untuk mengikuti beliau dengan bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan solat yang sempurna.

Dan salah satu usaha yang boleh kita lakukan untuk terus meningkatkan kualiti Solat kita adalah dengan memperbaiki tata cara yang tidak bersesuaian dengan Sunnah, dan ini dapat kita mulakan dengan mengenali kesalahan-kesalahan serta memperhatikan kaedah-kaedah pembetulannya. Inilah yang ditunjukkan secara tuntas melalui buku yang ada di hadapan anda ini.

Bukan sekadar kesalahan dalam tata cara solat, tetapi juga kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan dengan solat, seperti kesalahan dalam solat berjamaah, kesalahan imam, kesalahan dalam solat Juma'at, solat 'ied, kesalahan para khatib, dan seterusnya. Yang mana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, yang adakalanya tanpa disedari bahawa ianya adalah sebuah kesalahan.

Setiap penjelasan disertai panduan pembetulan kesalahan-kesalahan solat yang berpedoman kepada dalil-dalil dan hujjah. Buku ini adalah di antara susunan buku penting yang perlu dibaca bagi setiap Muslim; kerana merupakan intisari dari begitu banyak sumber dan rujukan yang ditulis oleh para ulama..

Total Pages:

357 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

395 - Panduan Manasik Haji & Umrah

Panduan Manasik Haji & Umrah
Berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah dan Pemahaman as-Salafush Sholeh


Title:
Panduan Manasik Haji & Umrah

Author:
Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas
Ustaz Mubarak B. Mahfudh Bamuallim

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM22
Hard Cover

Weight:
500g

Description:

Dalam masyarakat kita kelihatan begitu kurang buku-buku dan rujukan berkaitan tata cara pelaksanaan haji dan umrah yang praktikal berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Akibatnya, walaupun telah banyak membaca buku-buku berkaitan haji dan umrah, mereka masih terasa begitu sukar memahaminya kerana secara umumnya, buku-buku tersebut hanya membentangkan teori dan penjelasan. Bagi mereka yang sudah berpengalaman, tentulah urusan mengerjakan manasik haji dan umrah bukan lagi menjadi masalah. Berbeza halnya dengan para jamaah yang sama sekali belum pernah menunaikan ibadah yang mulia ini. Demikian juga bagi mereka yang telah berhaji, tetapi masih belum menunaikannya bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan Allah Ta'ala dan Rasul-Nya Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam.

Buku Panduan Manasik Haji dan Umrah yang sekarang berada di hadapan anda ini diterbitkan antaranya kerana dilatarbelakangi oleh situasi masyarakat tersebut. Kandungannya, buku ini berusaha membantu para jamaah haji dan umrah untuk mengetahui kaedah tatacara manasik tidak hanya sekadar teori, tetapi juga secara praktikal. Kerana pada hakikatnya, ibadah haji dan umrah, selain menuntut pemahaman yang benar, ia juga memerlukan panduan praktikal sehingga bagi mempermudahkan para jamaah dalam pelaksanaannya nanti.

Nilai tambah pada buku ini, di samping adanya penjelasan dan penjabaran, terletak pada hadirnya gambar-gambar yang tentunya akan lebih membantu memahami setiap huraian yang dibentangkan. Kaedah ini sekaligus memudahkan para jamaah untuk memahami ibadah haji dan umrah dengan benar, iaitu yang bersesuaian dengan petunjuk Allah Ta'ala dan Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Total Pages:

218 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, March 3, 2011

394 - Sepenggal Catatan Perjalanan Dari Madinah Hingga Ke Radio Rodja

Sepenggal Catatan Perjalanan Dari Madinah Hingga Ke Radio Rodja


Title:
Sepenggal Catatan Perjalanan Dari Madinah Hingga Ke Radio Rodja

Author:
Ustaz Abu Abdil Muhsin Firanda

Publisher:
Pustaka Cahaya Sunnah

Price:
RM20

Weight:
250g

Description:

Semangat untuk beribadah adakalanya melemah, semangat menuntut ilmu juga adakalanya surut. Padahal, dalil keutamaan ilmu telah begitu banyak dihafalkan. Demikianlah, jiwa manusia adakalanya dijangkiti rasa malas dan diserang rasa bosan.

Sungguh, betapa banyak orang yang akhirnya kembali bersemangat, bahkan lebih bersemangat dari sebelumnya dan terdorong untuk mencapai darjat yang tinggi disebabkan sejarah yang dibacanya, disebabkan cerita yang didengarnya. Lebih-lebih lagi jika itu adalah cerita teladan yang didengarnya atau dibacanya dari orang yang hidup di zamannya.

Terkadang, jiwa tatkala diceritakan sejarah para Sahabat atau para Salafus Soleh maka jiwa tersebut akan berbisik seraya mengeluh, “Itu kan cerita orang-orang dulu? Masanya kan berbeza? Kita sekarang berada di zaman penuh fitnah, zaman di mana kita sangat bergantung dengan material… dan tentunya tidak boleh disamakan dengan zaman Salafus Soleh.”

Demikianlah, jiwa selalu mencari-cari alasan untuk boleh membenarkan kekurangan yang ada padanya. Namun, bagaimana jika cerita teladan tersebut tentang seseorang yang di zamannya? Lebih-lebih lagi, orang tersebut ternyata masih hidup dan pernah dia temui? Dan, ternyata kita boleh pula menimba ilmu daripadanya? Tentu perkara ini akan lebih membekas dan memberi nilai-nilai positif terhadap jiwa.

Inilah yang mendorong saya memberanikan diri menulis percikan pelajaran yang saya perolehi daripada salah seorang ulama di kota Madinah ketika Allah Subhanallahu wa Ta’ala memberi saya kesempatan untuk bersafar bersama beliau, Profesor Doktor asy-Syaikh Abdurrazzaq B. Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr hafizhahumallahu.

Tadinya sama sekali tidak terbetik di benak saya untuk menyusun tulisan ini. Namun, sebahagian ustaz meminta saya menulis pengalaman saya bersama Syaikh Abdurrazaq. Demikian juga dengan sebahagian ikhwah, mereka meminta saya menyusun tulisan ini supaya faedahnya lebih tersebar. Permintaan tersebut tidak segera secara langsung saya tunaikan melainkan setelah berlalunya hari demi hari, dan setelah melalui banyak penilaian, akhirnya saya memberanikan diri menyusun tulisan ini.

Bukanlah maksud saya supaya para pembaca bersikap ghuluw atau memaksumkan beliau. Demi Allah, bukan itu maksudku. Kita semua tahu betapapun kedudukan dan akhlak beliau, masih banyak ulama yang lebih berhak untuk dimaksumkan; itupun jika pemaksuman itu dibenarkan syari'at. Tentunya beliau tidak boleh dibandingkan dengan para ulama hujung tombak dakwah Ahlus Sunnah di zaman ini seperti Syaikh Abdul Aziz B. Baaz, Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahumullah, dan sebagainya. Mereka lebih utama untuk dijadikan teladan.

Dan bukanlah maksud tulisan ini tidak ada lagi ulama yang masih hidup seperti Syaikh Abdurrazzaq. Tentu masih ramai ulama yang berakhlak mulia dan berilmu tinggi, bahkan mungkin lebih utama daripada beliau. Akan tetapi, masalahnya hanyalah “kesempatan”. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memberi saya kesempatan untuk bersafar bersama-sama beliau. Adapun para ulama yang lain tentunya saya tidak mengetahuinya dengan terperinci.

Bukan bererti pula bahawa Syaikh tidak punya kekurangn dan kesalahan. Yang terjaga dari kesalahan hanyalah para nabi. Akan tetapi, maksud dari goresan tanganku ini adalah untuk menyebutkan keutamaan dan contoh-contoh teladan dari beliau, yang semoga dengan ini dapat menggugah semangat yang masih terpendam, atau semangat yang sedang mengendur.

Masih banyak keutamaan beliau yang tidak tercantum dalam tulisan ini. Selain kerana situasi dan keadaan, juga kerana banyak perkara yang belum aku ketahui.

Dan “jika air telah mencapai dua kolah maka tidak akan mengandungi najis,” bagaimana lagi jika mencapai jumlah yang banyak sebanyak air di lautan.

Akhirnya saya memohon kepada Allah agar menjadikan tulisan ini bermanfaat bagi para pembaca, terutama bagi penulisnya yang jauh dari akhlak dan ilmu Syaikh Abdurrazzaq. Semoga Allah mengampuniku atas dosa-dosa yang tampak mahupun yang tersembunyi. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat dan Maha Sayang kepada hamba-hamba-Nya, bahkan rahmat-Nya mencakupi hamba-hamba yang penuh dosa.

Amin Ya Rabbal ‘alamin.

Demikian prolog dari buku yang berjudul “Sepenggal Catatan Perjalanan dari Madinah hingga ke Radio Rodja” yang mengisahkan tentang Mendulang Pelajaran Akhlak daripada Syaikh Abdurrazzaq al-Badr hafizahullah yang sangat menyentuh hati siapa pun yang membacanya. Membuat kita menangis diri kita kerana dengan membaca buku ini seakan kita berlumur dosa yang begitu melekat di sekujur tubuh kita. InsyaAllah dengan membaca buku yang dikarang oleh Ustaz Abu Abdil Muhsin Firanda ini dapat menjadikan kita bersemangat kembali dan lebih baik lagi untuk beribadah kepada Allah.

Total Pages:

224 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

393 - Misteri Akhir Zaman

Misteri Akhir Zaman


Title:
Misteri Akhir Zaman
Judul Asal (Arab): al-Masih ad-Dajjal wa Ya'juj wa Makjuj

Author:
Syaikh Shalahuddin Mahmud

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM15

Weight:
200g

Description:

Semua para nabi 'alaihis Salam pernah mengingatkan umatnya dari fitnah Dajjal La'natullah Alaih. Bahkan salah satu Sunnah yang dicontohkan dan diperintahkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada umatnya adalah berta'awwudz (meminta perlindungan) kepada Allah dari fitnah-fitnah Dajjal, dalam setiap doa di akhir tasyahud Solat.

Dajjal adalah fitnah paling dahsyat dan paling mengerikan bagi manusia. Dalam waktu yang beigtu singkat dia mampu menyebarkan malapetaka ke pelbagai penjuru bumi, melainkan Makkah dan Madinah. Siapa Dajjal sebenarnya? Benarkah dia adalah Ibnu Shayyad yang pernah muncul di zaman Nabi? Bagaimana ciri-ciri fizikalnya? Bila ia akan keluar? Bagaimana, bila dan di mana ia akan muncul? Siapa yang akan menjadi pengikutnya? Bagaimana kronologi kemunculannya?

Kemudian diikuti pula turunnya Nabi Isa 'alaihis Salam dan munculnya Imam Mahdi yang memang diutuskan Allah untuk menghadapi Dajjal? Semua ini dirungkai dengan begitu baik oleh penulis berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Sisi lain yang turut menguji kita adalah bahawa Isa alaihis Salam akan diturunkan kembali ke bumi. Beliau akan bermakmum di belakang imam kaum Muslimin, akan berhukum dengan hukum Islam, akan memhapuskan babi dan akan menghancurkan salib.

Fitnah lain yang juga tidak kalah ngerinya, yang akan dihadapi oleh manusia di akhir zaman adalah munculnya Ya`juj dan Ma`juj. Acap kali kita kebingungan, kerana maklumat yang bersimpang-siur berkenaannya. Siapa sebenarnya Ya'juj dan Makjuj ini? Di mana mereka sekarang?

Saksikan sendiri rentetan kisah-kisah ngeri yang bakal muncul di muka bumi ini berdasarkan perkhabaran-perkhabaran Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih.

Total Pages:

169 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

392 - Pokok-pokok Dakwah Manhaj Salaf

Pokok-pokok Dakwah Manhaj Salaf


Title:
Pokok-pokok Dakwah Manhaj Salaf
Judul Asal (Arab): Usus Manhaj as-Salaf Da'wah Ilallah

Author:
Syaikh Fawaz B. Hulail B. Rabah as-Suhaimi

Publisher:
Griya Ilmu


Price:
RM18

Weight:
350g

Description:

Di kala banyaknya dakwah-dakwah yang disandarkan atas nama Islam bertebaran di sana sini. Sehingga dakwah yang tidak benar pun dianggap oleh ramai orang sebagai dakwah ilallaah (dakwah menyeru kepada Allah). Maka hadirlah sebuah buku karya Syaikh Fawwaz B. Hulayyil hafidzahullah. Ia menjadi salah satu buku yang menegaskan bagaimana seharusnya berdakwah dengan benar sekaligus membezakan di antara manhaj dakwah yang benar dengan manhaj dakwah yang menyimpang yang kian banyak tersebar di sana sini.

Secara umum tentang buku ini, perbahasannya difokuskan untuk menjelaskan prinsip-prinsip dasar salaf, maksud dan definisi salaf, prinsip-prinsip dan adab-adab dalam berdakwah, kriteria dan syarat seorang da’i, kaedah mendakwahi mad’u, dan sekitar kandungan yang perlu didakwahkan.

Buku ini selain mukaddimah dan pendahuluan yang menjelaskan tentang pengenalan penting terhadap kata salaf dan siapakah mereka, ia dapat dibahagikan menjadi tiga bab yang utama. Bab-bab yang dimaksudkan adalah:

Bab pertama mencakupi topik Kriteria dan Syarat Manhaj Salaf Dalam Berdakwah. Dalam bab ini, para pembaca akan didedahkan dengan kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang da’i (pendakwah) yang antaranya sifat ikhlas, memiliki bekal ilmu, dan sifat hikmah. Kemudian penulis menjelaskan pula sekitar bab kriteria-kriteria mad’u (orang yang didakwahi), sama ada ia non-muslim, orang-orang jahil, orang yang telah lama bergelumang dengan hawa nafsu, penguasa, atau lain-lain latar belakang. Kerana setiap mad’u pasti berbeza latar belakangnya, persekitarannya, sekaligus akan menentukan tahap penerimaannya.

Kemudian dalam bab yang sama, penulis membuat kupasan pula terhadap kriteria bahan yang hendak didakwahkan. Dengan apa dakwah harus dimulakan, iaitu dengan merujuk dakwah tauhid, yang prioriti, dakwah mengajak kepada sunnah, dakwah menyatukan agar keluar dari perselisihan, atau yang lainnya.

Masih dalam bab yang sama, penulis turut menjelaskan pentingnya memahami aspek persekitaran kerana ia akan memberi kesan dan pengaruh terhadap corak dakwah, kaedah penyampaian, dan kadar penerimaan.

Di bab yang kedua, penulis menjelaskan sekitar wasilah-wasilah dakwah dan cara-cara penting bagaimana manhaj salaf dalam berdakwah menyeru agar kembali kepada Allah. Penulis di sini menjelaskan uslub-uslub dakwah yang digunakan. Antaranya perbahasan tentang methode hikmah, kepada siapa ia harus diterapkan. Kemudian turut dijelaskan sekitar uslub-uslub lainnya seperti dengan Mau’idzah (nasihat-nasihat), mujadalah (berjidal, dialog, atau debat), jihad, ta’lif, hajr, dan metode-metode penting lainnya sekitar praktik Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Di bab yang akhir, penulis jabarkan pula kepada para pembaca cakupan sekitar Keistimewaan dan Tujuan Manhaj Salaf Dalam Berdakwah Menyeru Kepada Allah.

Di bab ini, penulis menjelaskan sekitar keistimewaan manhaj salaf, prinsip dakwah para salaf, tujuan untuk apa kita berdakwah, sudah benarkah cara kita berdakwah, tanggungjawab terhadap orang yang didakwahi, dan harapan terhadap mad’u (orang yang didakwahi).

Syaikh Ubaid B. ‘Abdillah al-Jabiri hafidzahullah setelah menela’ah buku ini, beliau pun berkata:

“Setelah membaca perbahasan yang begitu bermanfaat dalam buku ini (Usus Manhaj as-Salaf fi ad-Dakwah Ilallaah) yang ditulis oleh murid, teman, sekaligus saudara seiman ini, Fawaz B. Hulayyil B. Rabah as-Suhaimi, saya melihat sangat kuat dasar-dasarnya, mendalam isinya, dan kandungannya komprehensif. Ini kerana penulis memaparkan beberapa kaedah dan pokok-pokok manhaj salaf, dan perbahasan lainnya dengan mengambil dalil dari ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan atsar para salaf. Dengan hujjah (dalil-dalil) tersebut, penulis ingin menyampaikan dan menjelaskan bahawa umat manusia tidak akan baik melainkan dengan mengikuti manhaj ini. Bagaimana tidak, salaf adalah golongan yang selamat.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda tentang mereka:


أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. 72 golongan di Neraka dan 1 golongan di jannah (Syurga), dan ia adalah al-Jama’ah.” (Sunan abu Daud, no. 4597)

Ibnu Mas’oud menjelaskan tentang maksud al-Jama’ah dengan perkataannya:


وأن الجماعة ما وافق الحق وأن كنت وحدك

“Sesungguhnya al-Jama’ah itu adalah apa yang bersesuaian dengan kebenaran walaupun engkau berseorangan.” (al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits, m/s. 22)

Bagaimana tidak, manhaj inilah yang paling tepat untuk satu umat atau bagi sesebuah negara. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewariskan bumi ini dan mewariskan semua yang ada di bumi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Sentiasa ada satu golongan dari umatku ini yang berada di atas kebenaran. Orang-orang yang menyelisihinya dan sesiapa yang mencelanya tidak akan mampu membahayakannya, sehinggalah datang urusan (ketetapan) Allah dan mereka tetaplah begitu (di atas kebenaran).” (Shahih Muslim, no. 1920)

Maka dari itu wahai saudaraku umat Islam secara umum, dan para da’i secara khusus, diwajibkan atas kalian supaya menempuh jalan ahlus sunnah wal-jama’ah, berpegang-teguh kepada jalan para salafus soleh. Selanjutnya, waspadalah agar tidak tertipu dengan gemerlapan kitab-kitab para pemikir (ahli falsafah) yang ada pada ketika ini, yang kandungannya banyak bersumber dari pemikiran mereka belaka, yang kesemuanya hanya berpandukan kebodohan terhadap agama Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak memiliki sandara (dari wahyu), melainkan hanya sandaran akal dan logik semata-mata.

Kalian wajib berpegang teguh dengan kitab-kitab para ulama yang telah mereka tulis dengan merujuk kepada dasar-dasar agama dan cabang-cabangnya, dengan benar dan jauh dari noda-noda kebid’ahan dan khurafat.

Sebagai penutup, kami mengucapkan terima kasih kepada saudara kami, Fawwaz, atas kesungguhannya yang penuh barakah ini. Saya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan kepadanya keikhlasan dan ketetapan dalam ucapan dan perbuatannya...” (Mukaddimah dan kata Pengantar kitab: Usus Manhaj as-Salaf fi ad-Dakwah Ilallaah). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
260 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.