Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 16, 2013

834 - Argan Oil, The Golden Oil of Morocco

Argan Oil, The Golden Oil of Morocco



Item: Argan Oil, The Golden Oil of Morocco | Pengeluar: Achlim (Morocco) | Berat: 60gram | Kuantiti: 40ml pure Argan oil | Harga: RM69.00. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Keterangan item: Minyak Argan terhasil dari pokok Argan, atau nama saintifiknya Argania spinosa. Hanya terdapat di beberapa tempat di Morocco dan sedikit di Algeria. Ianya kaya dengan kandungan vitamin E, anti oxidant, vitamin C, omega 3 (α-Linolenic acid), omega 6 (Linoleic acid), dan omega 9 (Oleic acid) yang baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Di Morocco sendiri, Argan oil (minyak Argan) termasuk produk yang memiliki harga dan permintaan yang tinggi, serta tidak mudah untuk diperolehi. Dan sudah tentu ia lebih sukar lagi diperolehi di selain tempat di Morocco, namun sejak kebelakangan ini ia telah mula mendapat perhatian dan permintaan yang baik, sekaligus mula dipasarkan ke luar untuk jualan dan permintaan secara khusus bagi tujuan kosmetik. Atas dasar ini juga, kerajaan Morocco pun telah mula mensasarkan agar penghasilan Argan oil dipertingkatkan supaya mampu mencapai kira-kira 2500 hingga 4000 tan menjelang tahun 2020.

Secara tradisional, Argan oil digunakan sebagai rawatan penyakit kulit dan dijadikan sebagai sebahagian ramuan kosmetik (produk kecantikan) untuk kulit dan rambut. Ia diakui mampu merawat kesan terbakar, dan melambatkan kesan penuaan (dengan mengurangkan kesan kedutan pada kulit). Pada rambut, ia membantu merawat rambut yang rosak (atau kering), tidak sihat, kusam, berminyak, dan rambut terbelah di hujung. Ia juga mampu mengembalikan kilauan rambut yang tidak bermaya. Selain itu, Argan oil juga turut digunakan untuk rawatan serta kecantikan kuku.

Argan oil digunakan dengan cara menyapukannya atau mengusapkannya pada kulit atau rambut yang berkenaan. Digunakan juga pada kuku. Pada kulit biasanya ia digunakan untuk merawat kesan parut, eczema, kesan cacar (chicken pox), kesan terbakar atau melecur, parut jerawat, kurap, dan kesan luka. Ia disapukan pada tempat berkaitan. Demikian juga dengan rambut, ia diambil dalam jumlah 2 hingga 3 titis lalu disapukan dan diratakan pada rambut yang bermasalah (seperti kekeringan, atau rosak).

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

833 - Habbatus Sauda 120 Kapsul Minyak Cap Kuda Arab

Habbatus Sauda 120 Kapsul Minyak Cap Kuda Arab



Lihat maklumat atau Pesan herba ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=780

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Habbatus Sauda Cap Kuda Arab (210 Kapsul Minyak)

Habbatus Sauda 210 Kapsul Minyak Cap Kuda Arab





Lihat maklumat atau Pesan herba ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=756

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

831 - Akhlak Bertamu Ke Baitullah

Akhlak Bertamu Ke Baitullah


Judul: Akhlak Bertamu Ke Baitullah | Judul Asal (‘Arab): Dikeluarkan dari kitab: Sholaatul Mu’min Mafhuumun wa Fadhaa’ilu wa Aadaabun wa Anwaa’un wa Ahkaamun wa Kaifiyyatun fii Dhau’il Kitaabi was Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani hafidzahullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 250g | Muka Surat: 188m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Sinopsis: Fungsi Masjid bagi masyarakat kaum muslimin amat-lah besar. Masjid merupakan sebuah institusi utama yang memiliki peranan besar dalam mendidik masyarakat menjadi insan-insan yang soleh dan bertaqwa. Masjid berperanan membentuk perpaduan, menyuntik ilmu-ilmu yang benar, tempat mengingat Allah, dan tempat yang wajib dikunjungi bagi setiap muslimin lima kali sehari menunaikan solat-solat fardhu secara berjama’ah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّمَا بُنِيَتْ الْمَسَاجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ

“Sesungguhnya masjid-masjid dibina bagi tujuan yang khusus (tersendiri).” (Shahih Muslim, no. 569)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لذكر الله تعالى والصلاة والعلم والمذاكرة في الخير ونحوها

“Maksudnya adalah untuk mengingati Allah, melaksanakan solat, menyebarkan ilmu, saling memberi peringatan dalam kebaikan, dan yang seumpamanya.” (Syarah Shahih Muslim, 5/55)

Masjid juga laksana rumah sakit yang mengubati penyakit jiwa dan ruhani, di mana mereka yang sakit dengan pelbagai beban dosa akan mendapatkan terapi penyejuk jiwa.

Bagaimana tidak? Kerana masjid adalah Baitullah, iaitu rumah-rumah Allah di muka bumi ini. Sesiapa yang memasukinya dengan mengikuti adab-adabnya, maka ia akan mendapatkan ketenangan yang tidak dapat kita gambarkan dengan kata-kata. Jiwa-jiwa yang gersang dan bergolak, batin-batin yang terhimpit dengan penyesalan, akan segera mendapat udara segar menyejukkan dari sisi Tuan Rumah yang bernama masjid ini, yakni Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maka tentu saja, agar mendapat semua hidangan yang Dia sajikan, maka Allah ‘Azza wa Jalla, Pemilik Rumah ini, memiliki aturan-aturan yang wajib ditaati oleh setiap pengunjung dan pesakit yang masuk ke dalamnya. Aturan-aturan itulah yang merupakan adab-adab atau etika yang diajarkan-Nya melalui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita.

Dengan memerhatikan aturan-aturan tersebut, semoga kita kembali dari masjid dengan dada yang lapang, jiwa yang tenang, batin yang bercahaya, semangat yang menyala-nyala, dan kerinduan yang memuncak untuk segera kembali, kembali, dan kembali lagi ke rumah-Nya yang tercinta.

Maka, pelajari-lah sunnah dan adab-adab ke masjid. Dan kunjungi-lah rumah-rumah Allah ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, 9: 18)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca Kitab Allah dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun ketenangan kepada mereka, mereka diliputi oleh rahmat-Nya dan para malaikat menaungi mereka, serta Allah menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang di sisi-Nya (dari makhluk-makhluk-Nya).” (Shahih Muslim, no. 2699)

Dan dalam hadis yang lain, beliau bersabda:

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

“Tempat yang paling dicintai Allah dalam sesuatu negeri (wilayah) adalah masjid-masjidnya, dan tempat yang paling dibenci Allah dalam sesuatu negeri adalah pasar-pasarnya.” (Shahih Muslim, no. 671)

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

830 - Kumpulan Atsar Shahabat

Kumpulan Atsar Shahabat


Judul: Kumpulan Atsar Shahabat | Judul Asal (‘Arab): Silsilah Al-Atsar Ash-Shahihah au Ash-Shahih Al-Musnad min Aqwalish Shahabah wat Tabi’in | Penulis: ‘Abdullah Ad-Dani B. Munir Ali Zahwi | Penerbit: Darul Ilmi Publishing | Berat: 1.8kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap. | Harga: RM87.00. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Sinopsis: Secara ringkas, asalnya kata atsar merujuk kepada riwayat, jejak, perkataan, pendapat, atau boleh juga sunnah. Namun kemudian dibezakan antara atsar dan sunnah. Sunnah merujuk kepada Rasulullah, manakala atsar pula digunakan untuk menyandarkan sesuatu riwayat kepada sahabat atau tabi’in baik dalam perkataan ataupun perbuatan mereka.

Demikianlah secara umum kata atsar yang dimaksudkan untuk buku ini.

Kenapa Atsar Sahabat dan Tabi’in?

Tahukah kita bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan kita agar kembali dan berpedoman kepada kitab-Nya, kepada sunnah Rasul-Nya, dan juga kepada manusia-manusia yang paling mengetahui terhadap kitab dan sunnah nabi-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, 16: 43)

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa’, 4: 59)

Ulil Amri dalam ayat ini merujuk kepada dua maksud, iaitu pemerintah dan ulama, iaitu dari kalangan mereka yang berilmu dan memiliki autoriti dalam mengemban agama. Dan mereka yang paling berilmu dalam agama ini setelah Rasulullah sudah tentulah para pelajar beliau, iaitu dari kalangan sahabat-sahabat beliau, kemudian para pelajar dan pengikut kepada para sahabat ridhwanullaahu ‘alaihim ‘ajma’in.

Dalam sebuah riwayat, sahabat Nabi - ‘Abdullah Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan:

لَا يَزَالُ النَّاسُ صَالِحِينَ مُتَمَاسِكِينَ مَا أَتَاهُمُ الْعِلْمُ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمِنْ أَكَابِرِهِمْ، فَإِذَا أَتَاهُمْ مِنْ أَصَاغِرِهِمْ، هَلَكُوا

“Manusia itu sentiasa utuh dalam kebaikan selama mereka tetap mengambil ilmu dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Akaabir (ulama senior yang paling berilmu) dari kalangan mereka. Namun apabila mereka mendapatkan ilmu dari Ashaaghir (orang-orang kecil yang belum manpan ilmunya) dari kalangan mereka, maka saat itulah mereka binasa.” (Mushannaf ‘Abdirrazzaq, no. 20446. Syarhus Sunnah Al-Baghawi, 1/317)

Tidak diragukan lagi bahawa mereka adalah orang-orang  yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, tidak mengada-adakan (sesuatu dalam agama), maka mereka lebih layak untuk mendapatkan taufiq dalam memahami Kitabullah dan Sunnah Rasulullah, tidak seperti orang-orang yang tidak mengikuti jalan mereka, ini adalah  kerana mereka dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan akal yang cemerlang, lisan yang lurus, ilmu yang luas, mudah menerima, mampu memahami dengan cepat dan baik, serta jarang atau bahkan tidak pernah menolak syari’at yang disampaikan, memiliki niat yang baik, dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahasa Arab pun sudah menjadi kebiasaan mereka, dalam fitrah dan akal mereka telah tertanam makna-makna yang benar, mereka tidak perlu melihat isnad (jalur sanad perawi) dan keadaan para perawinya, illat-illat hadis, jarh wa ta’dil, dan mereka juga tidak perlu mempelajari kaedah-kaedah ushul, tidak perlu melihat kepada tabiat-tabiat ahli ushul fiqh yang beraneka ragamnya, mereka semua tidak perlu akan itu semua, sehingga menjadikan mereka jauh dari fitnah, salah-faham, dan perselisihan di mana mereka belajar dan mengambil agama ini terus secara langsung daripada Rasulullah.

Jadi, tidak ada pada mereka kecuali hanya mengatakan antara dua perkataan:

1, mereka hanya mengucapkan: “Allah berfirman seperti ini…” dan “Rasulullah bersabda begini...” dan,

2, mereka berhak mengatakan, “Maknanya adalah demikian...”

Merekalah orang-orang yang patut untuk mendapatkan dua perkara ini, dan mereka pula yang paling berhak atas keduanya dari umat ini. Tidak perlu bagi mereka mengatakan fulan berkata begini, fulan berkata begitu, mazhab fulan begini pendapatnya, dan seumpamanya...

Oleh sebab itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan atsar-atsar (pendapat, jejak-jejak, dan riwayat tentang mereka) sebagai bahagian dari agama, ‘aqidah, manhaj, ibadah, dan akhlak, dan memang inilah kebenaran yang harus diikuti. Dari merekalah kefahaman agama ini diambil dan diwarisi, kerana merekalah anak-anak dan para pelajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Malah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar (iaitu dari kalangan sahabat Nabi) dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka...” (Surah At-Taubah, 9: 100)

Dan firman-Nya:

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ

“Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu (para sahabat Nabi) telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu).” (Surah Al-Baqarah, 2: 137)

‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata, “Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka  ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takalluf-nya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/202-203)

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) menegaskan salah satu dari prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah adalah:

“Prinsip Ahlus Sunnah di sisi kami adalah dengan tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama.” (Imam Ahmad B. Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 1-2)

Sunnguh,  Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan mereka sebagai manusia-manusia yang harus diikuti, maka sesiapa pun yang datang setelah-nya, ia wajib mengikuti dan berpedoman kepada atsar mereka, dari sinilah muncul nasihat-nasihat para ulama agar kita tidak keluar dari jalan yang mereka lalui.

Apabila mereka berselisih hingga muncul dua pendapat di antara mereka, maka tidak boleh kita membuat pendapat yang ketiga, kerana kebenaran pasti ada di antara mereka, bahkan Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dan ulama yang telah diper-akui kredibilitinya dalam ilmu yang ia miliki, menetapkan bahawa adalah mustahil bagi salah seorang imam ketika dia menyendiri dengan pendapatnya dari imam-imam yang lain untuk kebenaran berada padanya melainkan jika ia bersandar dengan atsar-atsar beberapa sahabat atau sekurang-kurangnya salah seorang di antara mereka. (Minhajus Sunnah An-Nabawiyah, 5/178)

Oleh sebab itu, sudah termasuk kewajiban orang-orang yang memiliki ilmu untuk memperhatikan, meneliti, dan memahami atsar-atsar para sahabat Rasulullah radhiyallahu ‘anhum, iaitu dengan cara mempelajari dan memisahkan antara atsar yang memang sahih dari mereka dan atsar yang tidak sahih dari mereka.

Ini semua adalah semata-mata untuk menjaga agama, dan membuang perselisihan-perselisihan yang sebenarnya mereka tidak berselisih padanya, lalu semuanya dikembalikan kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dan inilah salah sebuah buku bertujuan merealisasikan hal tersebut. Ia berisikan himpunan atsar-atsar Sahabat Nabi yang terpilih, iaitu mengandungi sekitar 350 atsar Sahabat dan Tabi’in yang cukup bermanfaat mencakupi pelbagai perkara penting dalam agama berserta dengan syarah atau huraian kefahaman tentangnya serta takhrijnya (rujukan dan status keabsahannya).

Selamat menuai manfaat. Baarakallaahufiikum... [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

829 - Talbis Iblis

Talbis Iblis


Judul: Talbis Iblis, Berbagai Tipu-Daya dan Perangkap Setan Terhadap Manusia | Judul Asal (‘Arab): Al-Muntaqa An-Nafis min Talbis Iblis | Penulis: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Penerbit: Daar An-Naba’ | Berat: 800g | Muka Surat: 407m/s. | Harga: RM46. (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Sinopsis: Syaitan adalah makhluk Allah dari kalangan jin yang diciptakan dari api. Manakala Iblis adalah salah satu nama dari kalangan syaitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya...” (Surah al-Kahfi, 18: 50)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan:

خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam (manusia) diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2996)

Detik mula kesesatan syaitan adalah apabila ia takbur lagi ujub dengan penciptaan dirinya, mempertikaikan perintah Allah dengan mendahulukan logik, menghina ciptaan Allah, serta ingkar dengan kebenaran dan enggan sujud kepada Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

قَالَ لَمْ أَكُنْ لأسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Allah berkata kepada Iblis, “Wahai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama-sama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Surah al-Hijr, 15: 32-33)

Syaitan merupakan tentera Iblis yang sesat lagi menyesatkan. Bahkan ia adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga hari kiamat serta akan dihumban ke dalam jahannam bersama-sama para pengikutnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Allah berkata (kepada Iblis), “Keluarlah dari Syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah terkutuk. Dan sesungguhnya laknat ke atas engkau tetap akan menimpa sehingga hari kiamat.” Iblis menjawab, “Ya Tuhan-ku, maka berilah tangguh kepadaku sehingga hari kebangkitan.” Allah berfirman, Maka engkau termasuk yang diberi tangguh sehingga ke suatu waktu yang telah ditentukan.” Iblis berkata, “Wahai Tuhanku, disebabkan Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, maka aku berjanji akan memperindahkan (segala bentuk kemungkaran) kepada Adam dan keturunannya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (Surah al-Hijr, 15: 34-39)

Di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berkata kepada Iblis:

اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا

“Pergilah! Kemudian sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan untuk kamu semua sebagai balasan yang mencukupi. Desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahkanlah para pendukung kamu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka. Dan bersama-samalah dengan mereka dalam urusan harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka.” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu-daya semata-mata. (Surah al-Isra’, 17: 63-64)

Demikian serba ringkas petikan penjelasan kesesatan syaitan dan janji mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menyesatkan manusia ke lembah kesyirikan. Dan Allah pun mengizinkannya dan memberi tangguh kepada mereka. Dari itu, hanya mereka dari kalangan hamba-hamba Allah yang mukhlis (ikhlas) akan mendapat perlindungan dan jaminan Allah dari ancaman jerat-jerat atau talbis syaitan serta Iblis tersebut.

Maka, perhatikanlah baik-baik...

Mengikuti Jalan Yang Lurus

Di antara bentuk tipu-daya dan jerat-jerat Syaithan terhadap manusia adalah dengan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan mereka dari jalan yang benar serta agama yang benar. Sehinggalah akhirnya manusia, malah umat Islam pun menjadi berpuak-puak dan berpecah-belah kerana menyimpang dari jalan yang haq.

Dan memang inilah yang telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dalam pelbagai ayat dan dalil-dalil al-Qur’an mahupun hadis-hadis. Maka beruntunglah mereka yang mampu memahami hal ini sekaligus beringat dan berusaha sedaya-upaya mereka untuk bersikap ikhlas dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Iblis menjawab: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raaf, 7: 16-17)

Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ

“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:

“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:

“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.” Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An’aam, 6: 153).” (Al-Albani, Dzilal al-Jannah, no. 16. Musnad Ahmad, no. 15277. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

وَإِذَا تَأَمَّلَ الْعَاقِلُ – الَّذِي يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ – هَذَا الْمِثَالَ وَتَأَمَّلَ سَائِرَ الطَّوَائِفِ مِنْ الْخَوَارِجِ ثُمَّ الْمُعْتَزِلَةِ ثُمَّ الْجَهْمِيَّة وَالرَّافِضَةِ وَمَنْ أَقْرَبُ مِنْهُمْ إلَى السُّنَّةِ مِنْ أَهْلِ الْكَلَامِ مِثْلِ الكَرَّامِيَة والْكُلَّابِيَة وَالْأَشْعَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ وَأَنَّ كُلًّا مِنْهُمْ لَهُ سَبِيلٌ يَخْرُجُ بِهِ عَمَّا عَلَيْهِ الصَّحَابَةُ وَأَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَدَّعِي أَنَّ سَبِيلَهُ هُوَ الصَّوَابُ – وَجَدْت أَنَّهُمْ الْمُرَادُ بِهَذَا الْمِثَالِ الَّذِي ضَرَبَهُ الْمَعْصُومُ الَّذِي لَا يَتَكَلَّمُ عَنْ الْهَوَى. إنْ هُوَ إلَّا وَحْيٌ يُوحَى

“Apabila seseorang meneliti dengan pertimbangan yang benar, iaitu yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, mereka meneliti perumpaman ini dan meneliti seluruh kelompok-kelompok dari kalangan al-khawarij, kemudian mu’tazilah, kemudian jahmiyah, dan orang-orang dari kalangan mereka yang lebih dekat ke arah sunnah dari kalangan ahli kalam seperti al-karamiyah, al-kullabiyah, al-asy’ariyah, dan selain mereka, bahawasanya setiap dari mereka memiliki jalan yang menyimpang keluar dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat dan para ahli hadis, dan mereka menganggap bahawa jalan mereka adalah jalan yang paling benar.

Maka dengan itu akan kita dapati bahawa sebenarnya merekalah yang dimaksudkan dalam permisalan garisan (di kanan dan kiri) yang telah dibuat oleh al-Ma’shum Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mana beliau tidaklah berbicara menuruti hawa nafsu, yang tiada lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/57)

Dan dengan itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan umatnya melalui antara sabdanya:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّة، وَتَفْتَرِق أُمَّتِي عَلَى ثَلَاث وَسَبْعِينَ مِلَّة، كُلّهمْ فِي النَّار إِلَّا مِلَّة وَاحِدَة، قَالُوا: مَنْ هِيَ يَا رَسُول اللَّه ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”

Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2641. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang lain:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Inilah antara yang dikupas dan dihuraikan melalui buku ini, iaitu buku dengan judul Talbis Iblis karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) dengan edisi tahqiq oleh Abul Harits ‘Ali B. Hasan Al-Halabi. Iaitu sekitar pentingnya berpegang teguh kepada as-sunnah, memahami hakikat agama Islam secara benar, berhati-hati terhadap bid’ah-bid’ah dan para pendukungnya, mewaspadai fitnah serta tipu-daya Iblis dalam pelbagai perkara dan terhadap pelbagai golongan manusia, serta kupasan dan penjabaran terhadap kewujudan kepelbagaian firqah-firqah (atau kelompok-kelompok) di dalam Islam.

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

828 - Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik (Siri 2)

Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik (Siri 2)


Judul: Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik (Siri 2) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Syaikh ‘Abdullah Al-‘Utsaimin | Penerbit: TooBagus | Berat: 550g | Muka Surat: 194m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Sinopsis: Setelah terbitnya bahagian pertama, kali ini terbit pula siri kedua buku “Kerajaan ‘Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, & Politik.” ‘Arab Saudi adalah sebuah kerajaan Islam masa ini yang dikenal dengan keteguhan para ulamanya dalam memperjuangkan dan mendakwahkan tauhid ke seluruh dunia. Kerajaan Saudi adalah sebuah kerajaan dan sebuah negara yang memiliki hubungan erat dengan perkembangan dakwah tauhid di era ini. Juga sebuah kerajaan yang dikenal banyak menyumbang dalam dakwah tauhid ke seantero dunia saat ini.

Baik, sebagaimana yang banyak diketahui, Kerajaan ‘Arab Saudi memiliki tiga fasa pembentukan sejak masa Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab bersama Imam Muhammad Su’ud di fasa pertamanya. Buku yang ada di tangan di tangan pembaca sekarang ini adalah siri yang kedua, diangkat dan dibentang di dalamnya pelbagai peristiwa dalam sejarah pemerintahan Saudi ‘Arabia fasa kedua.

Berbeza dengan fasa yang pertama, fasa kedua sejarah Dinasti Sa’ud adalah merupakan fasa yang penuh dengan pergolakkan dan keriuhan. Ada banyak orang yang berusaha menguasai Nejad, merebut kepimpinan dari Dinasti Sa’ud. Perang-perang pun banyak terjadi di sejumlah tempat di Nejad.

Dari sini juga kita akan melihat istilah atau pepatah yang mengatakan, teman itu tidak selamanya menjadi teman, yang ada hanya kepentingan. Di mana pergelutan di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan di antara teman dengan teman yang lain.

Di antara yang termuat di buku ini adalah:

1, Pasca Runtuhnya Dinasti Sa’ud fasa pertama.

2, Fasa kedua pemerintahan Dinasti Sa’ud.

3, Merintis kepimpinan baru.

4, Penyatuan Nejad.

5, Hubungan dengan wilayah-wilayah timur Jazirah ‘Arab.

6, Penguasa-penguasa Jazirah ‘Arab.

7, Tuduhan-tuduhan terhadap kerajaan ‘Arab Saudi.

8, Pemerintahan Faisal bin Turki, wilayah kekuasaan dan fasa-fasanya.

9, Penyatuan Nejad dengan Ahsa’

10, Permasalahan Kabilah ‘Ujman.

11, Permasalahan kabilah Qashim.

12, Kerajaan-kerajaan di Teluk Oman.

13, Kesultanan Turki ‘Utsmani.

14, Kerajaan Inggeris.

15, Pemerintahan Dinasti Sa’ud setelah Faisal.

16, Pemberontakan terhadap Dinasti Sa’ud.

17, Alu Rasyid dan kekuasaan Muhammad.

18, Akhir Dinasti Sa’ud fasa kedua.

19, Aspek militeri (ketenteraan).

20, Pendidikan dan pengajaran.

21, Ulama dan hakim.

22, Gebernor dan panglima perang.

23, Lain-lain kandungan berserta lampiran.

24, Seruan para ulama di Saudi ‘Arabia kepada rakyatnya.

‘Arab Saudi Sepintas lalu...

‘Arab Saudi, di sini terletaknya dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah dua tempat yang barakah dan memiliki keutamaan yang besar, di negara ini terletaknya kiblat kaum muslimin, tempat yang kaum musyrikin diusir darinya, menjadi tempat kunjungan umat Islam dari seluruh dunia saban tahun untuk beribadah (haji dan umrah), serta di dalamnya didiami oleh ramai ulama kaum muslimin.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda tentang Madinah:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

“Sesungguhnya, keimanan akan pergi berlindung ke dalam Madinah sebagaimana ular yang pergi berlindung ke dalam sarangnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1876. Kitab: Fadhail Al-Madinah)

Arab Saudi, di dalamnya menyimpan kisah-kisah dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum. Dan di dalamnya juga menyimpan kisah perjuangan dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab bersama-sama Dinasti Su’ud yang telah menyatukan wilayah-wilayah ‘arab yang berpecah-belah menjadi sebuah negara Tauhid, ‘Arab Saudi.

Kata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baaz rahimahullah:

“Dinasti Saudi, jazahumullaahu khayran, telah menolong dakwah ini. Mereka punya tangan yang panjang dalam membela kebenaran, jazahumullaahu khayran. Mereka telah membantu dan menolongnya. Kerana itu, wajib mencintai mereka agar terus mendapat taufiq, wajib mencintai mereka, wajib mencintai Syaikh Muhammad rahimahullah dan para pembelanya dari Dinasti Saudi dan yang lainnya. Wajib memintakan untuk mereka hidayah dan taufiq, menasihati mereka dan mendoakan para pendahulu mereka dengan kebaikan, petunjuk, keampunan, dan rahmat.”

Tokoh ulama hadis dari Yaman, Syaikh Muqbil B. Hadi rahimahullah berkata:

“Aku merasa takjub, ketika dibawa berubat ke Makkah. Ketika di Yaman, di depan pintu rumah selalu ada empat orang penjaga. Walaupun demikian, kita masih saja belum merasa aman di sana. Tidak di waktu siang, tidak juga di waktu malam.

Di Makkah, beberapa malam aku menginap di Hotel Daar Al-Azhar. Di sana, setiap kali aku tidur, lalu keluar di tengah-tengah malam ke Masjidil Haram dan sendirian, aku merasakan kenikmatan, kelapangan, dan kelazatan yang tiada tandingannya sama sekali. Keluar malam sendirian walhamdulillaah... pergi ke masjidil haram dan melakukan thawaf, solat serta duduk di sana selama yang aku ingini, setelah itu pulang ke rumah. Keadaan aman seperti itu yang tidak aku rasakan di negeriku sendiri, sebenarnya adalah kerana ke-istiqomahan mereka, pihak penguasa dan rakyat ‘Arab Saudi, mereka di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) pernah mengungkapkan sebuah doa:

“Aku memohon agar Allah selalu melestarikan nikmat-Nya untuk Jazirah ‘Arab serta negeri-negeri kaum muslimin lainnya, dan sentiasa menjaga negeri Tauhid di bawah kepimpinan sang pelayan dua tanah suci; Raja Fahd bin ‘Abdil ‘Aziz...”

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah juga pernah berkata:

“Aku bersaksi dan kalian juga mempersaksikan atas apa yang aku katakan ini bahawa tidaklah aku ketahui ada di atas bumi hari ini yang menjalankan syari’at Allah seperti apa yang dilakukan oleh negara ini, iaitu Kerajaan ‘Arab Saudi. Dan ini tanpa ragu lagi, termasuk dari nikmat Allah kepada kita. Kerana itu, hendaklah kita menjaga apa-apa yang ada pada kita hari ini.”

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

827 - Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik

Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik


Judul: Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dari 3 buah kitab | Penulis: Syaikh ‘Abdullah Al-‘Utsaimin, Syaikh Muhammad dan Ahmad B. ‘Umar B. Salim Bazmul hafidzahumullaah | Penerbit: TooBagus | Berat: 550g | Muka Surat: 197m/s | Harga: RM38.00. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Sinopsis: ‘Arab Saudi, di sini terletaknya dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah dua tempat yang barakah dan memiliki keutamaan yang besar, di negara ini terletaknya kiblat kaum muslimin, tempat yang kaum musyrikin diusir darinya, menjadi tempat kunjungan umat Islam dari seluruh dunia saban tahun untuk beribadah (haji dan umrah), serta di dalamnya didiami oleh ramai ulama kaum muslimin.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda tentang Madinah:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

“Sesungguhnya, keimanan akan pergi berlindung ke dalam Madinah sebagaimana ular yang pergi berlindung ke dalam sarangnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1876. Kitab: Fadhail Al-Madinah)

Arab Saudi, di dalamnya menyimpan kisah-kisah dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum. Dan di dalamnya juga menyimpan kisah perjuangan dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab bersama-sama Dinasti Su’ud yang telah menyatukan wilayah-wilayah ‘arab yang berpecah-belah menjadi sebuah negara Tauhid, ‘Arab Saudi.

Kata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baaz rahimahullah:

“Dinasti Saudi, jazahumullaahu khayran, telah menolong dakwah ini. Mereka punya tangan yang panjang dalam membela kebenaran, jazahumullaahu khayran. Mereka telah membantu dan menolongnya. Kerana itu, wajib mencintai mereka agar terus mendapat taufiq, wajib mencintai mereka, wajib mencintai Syaikh Muhammad rahimahullah dan para pembelanya dari Dinasti Saudi dan yang lainnya. Wajib memintakan untuk mereka hidayah dan taufiq, menasihati mereka dan mendoakan para pendahulu mereka dengan kebaikan, petunjuk, keampunan, dan rahmat.”

Tokoh ulama hadis dari Yaman, Syaikh Muqbil B. Hadi rahimahullah berkata:

“Aku merasa takjub, ketika dibawa berubat ke Makkah. Ketika di Yaman, di depan pintu rumah selalu ada empat orang penjaga. Walaupun demikian, kita masih saja belum merasa aman di sana. Tidak di waktu siang, tidak juga di waktu malam.

Di Makkah, beberapa malam aku menginap di Hotel Daar Al-Azhar. Di sana, setiap kali aku tidur, lalu keluar di tengah-tengah malam ke Masjidil Haram dan sendirian, aku merasakan kenikmatan, kelapangan, dan kelazatan yang tiada tandingannya sama sekali. Keluar malam sendirian walhamdulillaah... pergi ke masjidil haram dan melakukan thawaf, solat serta duduk di sana selama yang aku ingini, setelah itu pulang ke rumah. Keadaan aman seperti itu yang tidak aku rasakan di negeriku sendiri, sebenarnya adalah kerana ke-istiqomahan mereka, pihak penguasa dan rakyat ‘Arab Saudi, mereka di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Buku ini menghimpunkan tiga buah karya tulis berharga tentang Sejarah Saudi ‘Arabia dari konteks dakwah dan pembinaan negaranya, kemudian tulisan tentang Manhaj para ulamanya, serta kumpulan tulisan tentang pujian para ulama terhadap Saudi ‘Arabia.

Tulisan pertama adalah milik Dr. ‘Abdullah Soleh Al-‘Utsaimin tentang kronologi serta fasa-fasa tertubuhnya kerajaan Arab Saudi. Kemudian tulisan Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar Salim Bazmul tentang manhaj para ulamanya dan jawaban-jawaban terhadap pelbagai tuduhan mereng yang dilemparkan para musuh dakwah terhadap para ulama di ‘Arab Saudi serta negaranya. Dan yang ketiganya adalah karya Syaikh Dr. Ahmad Bazmul tentang himpunan pujian para ulama terhadap kerajaan Arab Saudi.

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

826 - Madu Sidr Dari Yaman 500g (Gred A)

Madu Sidr Dari Yaman 500g (Gred A)



Item: Madu Sidr Dari Yaman 500g (Gred A) | Diimport Oleh: Atsar Ent. | Packaging: Atsar Ent. | Berat kandungan: 500g (tidak termasuk bekas) | Kandungan: 500g Madu Sidr Tulin Gred A | Harga: RM290.

Jaminan kami: Sekiranya madu yang kami bekalkan tidak asli sebagaimana diiklankan dan terbukti dengan kajian makmal, insyaAllah kami akan bayar anda dua kali ganda harga madu yang telah anda beli berserta dengan kos kajian makmal yang telah anda lakukan.

Sidr (السدر) di dalam bahasa Melayu adalah pohon bidara, atau nama saintifiknya. Ia termasuk pohon yang disebut di dalam Al-Qur’an dan banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namanya juga turut disebut sebagai salah satu pohon di Syurga. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya menyatakan ia termasuk pohon yang baik yang ditinggalkan oleh Allah setelah berlakunya banjir besar ke atas kaum Saba’ di Yaman.

Antara keistimewaan pohon sidr atau bidara ini adalah bahagian-bahagiannya yang terkenal memiliki nilai perubatan dan manfaat kesihatan. Antaranya, daunnya digunakan sebagai herba dalam ramuan shampoo bagi merawat kulit kepala, bahan mandian, kecantikan kulit, wangian, dan banyak lagi yang lain. Manakala debu-debu kayunya digunakan sebagai bahan rawatan terhadap gigitan, sengatan, atau patukan haiwan berbisa. Demikian juga akar dan batangnya juga menjadi antara bahan ramuan dalam penyedian ubat-ubatan.

Pohon ini banyak tumbuh liar di beberapa kawasan dunia yang antaranya termasuk hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia, dan Australia. Selain itu, ia juga tumbuh subur meliar di kawasan-kawasan pergunungan Timur Tengah seperti Yaman, Pakistan, dan Arab Saudi. Ia berbunga dan berbuah. Dari kawasan pergunungan Yaman inilah madu lebah Sidr berkualiti tinggi terhasil.

Madu yang terhasil dari koloni lebah di pergunungan Yaman yang kaya dengan pohon Sidr ini dikatakan sebagai madu paling berkualiti dan terbaik di dunia. Sampai ada yang berbelanja besar untuk mendapatkannya, dan harganya memang antara yang paling tinggi berbanding madu-madu lainnya. Yaman, adalah sebuah negara yang dimaklumi terkenal dengan kehabatan madunya yang berkualiti tinggi dan diiktiraf oleh dunia. Madu yang terhasil dari koloni lebah di pergunungan Yaman yang kaya dengan pohon Sidr ini dikatakan sebagai madu paling berkualiti dan terbaik di dunia. Sampai ada yang berbelanja besar untuk mendapatkannya, dan harganya memang antara yang paling tinggi berbanding madu-madu lainnya.

Kualiti dan pengredan madu sidr ini dinilai berdasarkan keistimewaan rasa, warna, peratusan kandungan material sidr-nya, dan keadaan kawasan di mana lebah tersebut berkoloni, iaitu persekitaran tempat mereka memungut nektar yang kaya dengan pohon sidr. Di samping nilai dan kandungan perubatan yang terkandung di dalamnya. Wallahu a’lam.

Apapun, Allah Subhanahu wa Ta’ala memang mengkhabarkan tentang lebah dan hasil madunya secara umum di dalam Al-Qur’an:


وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di perbukitan, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia”, kemudian makanlah dari setiap (kepelbagaian) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, 16: 68-69)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:


عَلَيْكُمْ بِالشِّفَاءَيْنِ الْعَسَلِ وَالْقُرْآنِ

“Bagi kalian dua jenis penawar, iaitu al-‘Asal (madu) dan Al-Qur’an.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3443. Kata Ibnu Katsir, sanadnya jayyid. Dinilai dha’if oleh Al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:


الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Sahabat Nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:


فِي الْقُرْآنِ شِفَاءَانِ، الْقُرْآنُ وَالْعَسَلُ، الْقُرْآنُ شِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ، وَالْعَسَلُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Di dalam al-Qur’an dinyatakan dua jenis penawar, iaitu al-Qur’an dan madu. Al-Qur’an adalah penawar untuk apa yang ada di dalam dada, manakala madu adalah penawar untuk setiap penyakit (fizikal).” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 19566. Dinilai sahih oleh al-Bahaqi)

Maka, manfaatkan-lah nikmat-nikmat Allah yang ada ini yang salah satunya adalah madu yang padanya memiliki nilai penawar bagi pelbagai penyakit.

Khasiat Perubatan Dalam Madu Sidr

Di antara khasiat dan kelebihan madu sidr; ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk meningkatkan daya lawan penyakit atau meningkatkan daya immuniti tubuh, baik untuk pesakit leukimia, baik merawat gastrik, membantu mengatasi masalah sistem penghadaman, membantu merawat usus luka atau ulser, membantu merawat serangan resdung, membantu tubuh yang tidak bermaya, meningkatkan kecerdasan otak, melawan kanser, baik untuk merawat luka-luka luaran, dan beberapa lagi yang lain. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]

Maklumat lanjut:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.