Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Kitab Solat. Show all posts
Showing posts with label Kitab Solat. Show all posts

Sunday, December 18, 2016

Sifat Shalat Nabi oleh Syaikh Utsaimin rahimahullah

Sifat Shalat Nabi susunan Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah


Hard cover | 291m/s. | RM38/unit |

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya (ada) seseorang yang solat selama 60 tahun, namun tidak ada satu solatnya pun yang diterima. Barangkali dia menyempurnakan ruku’ tetapi tidak menyempurnakan sujud. Atau menyempurnakan sujud, tetapi tidak menyempurnakan ruku’nya.” (As-Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah, no. 2535)

Ketahuilah, urusan solat bukanlah urusan yang remeh dan enteng. Solat adalah ibadah yang paling penting, yang memiliki kedudukan yang sangat tinggi dalam agama Islam. Solat adalah ibadah pertama setelah syahadatain, solat adalah pembeza antara seorang yang muslim dengan yang kafir, solat adalah tiang agama Islam, solat adalah amalan yang pertama kali akan dihisab, dan seandainya solatnya baik, maka akan baiklah amal-amalnya yang lain, namun jika buruk solatnya, maka dia pun akan gagal dan merugi.

Semoga kita mengambil penting hal ini dan tidak memandang enteng persoalan solat kita seharian dan setiap tiba waktu-waktunya.
______________________

Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715 (sms/whatsapp)

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google » Atsar Online Bookstore

Join Channel » http://bit.ly/2b8UTe3

Tuesday, September 6, 2016

Ensiklopedi Shalat Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Lengkap 3 Jilid

Ensiklopedi Shalat Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah



RM210/set, lengkap 3 jilid (Hard cover).

Set Ensiklopedia ini membahaskan pelbagai bab-bab permalasahan solat dari thaharah, adab-adabnya, solat-solat sunnahnya, tatacara, waktu-waktunya, keutamaan-keutamaannya, dan termasuknya fiqh berkaitan masjid, dan yang lain-lain yang berkaitan dengannya.

Setiap perbahasan dilengkapi dengan rujukan ilmiyah dari Al-Qur'an, As-Sunnah dan kitab-kitab fiqh muktabar ahli Sunnah.

Dari hadis Mu’aadz bin Jabal, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
_______________
» Klik untuk sinopsis/pesanan, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=961

» Atau sms/whatsapp 0126887715.
» Atau sms/whatsapp 0126887715.

» Join Channel » http://bit.ly/2b8UTe3

Wednesday, August 3, 2016

Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya

Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya


Judul: Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya | Judul Asal (‘Arab): Shalatut Tathawwu’, Mafhum wa Fadhail wa Aqsam wa Anwa’ wa Adab fi Dhau Al-Kitab was Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Penerbit: Darul Haq | Penterjemah: Abu Umar Basyir | Berat: 287gram | Muka Surat: 241m/s., (Soft cover) | Ukuran: 21.1(Tinggi)x14.6(Lebar)x1.2(Tebal)cm |
____________________________

Buku ini membahas dan menjelaskan kepada anda kepelbagaian jenis solat-solat Sunnah anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Selama ini memang banyak kita temui buku-buku yang membentangkan kepelbagaian solat-solat sunnah beredar di pasaran.

Namun, setakat manakah kebenaran dan kesahihan fakta yang dibawakan?

Nah! Inilah permasalahan yang banyak melanda sebahagian besar buku-buku berkaitan solat-solat sunnah. Mereka membawakan sehingga kadang-kadang lebih 300 jenis solat-solat sunnah untuk diamalkan dengan pelbagai bentuk kaifiyat (tata cara) dan keutamaan.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Sedangkan dalam masa sama, mereka langsung tidak menjelaskan sebarang hadis yang menguatkan kesahihan solat sunnah yang mereka sebarkan tersebut. Ditambah pula dengan pelbagai tatacara-tatacara pelik tertentu yang menimbulkan pelbagai persoalan sama ada benar pernah dianjurkan oleh Rasulullah atau tidak? Ini seperti perlu dengan bacaan surah sekian, doa sekian, zikir sekian, fadhilat sekian, ganjaran sekian, janji-janji sekian, dan beberapa bentuk kaifiyat lainnya...

Maka, atas sebab itulah buku ini pun diterjemahkan dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia untuk difahami bagi mereka yang masih memiliki jiwa ilmiyah lagi suka beramal dengan amal-amal yang sahih lagi meyakinkan.
________________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Channel » telegram.me/ilmusunnah

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google» Atsar Online Bookstore

Sunday, January 11, 2015

Sifat Solat Nabi Seakan-akan Anda Menyaksikannya

Sifat Solat Nabi Seakan-akan Anda Menyaksikannya



Lihat Sinopsis atau Pesan buku ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=915

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Sunday, December 21, 2014

Buku Poket Adab-adab Dalam Shalat Untuk Meraih Kesempurnaan Shalat

Buku Poket Adab-adab Dalam Shalat Untuk Meraih Kesempurnaan Shalat


Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=811

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Bengkoknya Saf Shalat Membawa Bencana

Bengkoknya Saf Shalat Membawa Bencana


Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=807

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

Saturday, May 18, 2013

803 - Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak)


Ayo Belajar Shalat
(Untuk Anak-anak)





Judul Buku:
Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak)

Penulis:
Nizar Sa'ad Jabal

Penerbit:
Qids Perisai Qur'an Kids

Harga:
RM12

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“(Luqman menasihati anaknya), “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”.”(Surah Luqman, 31: 17)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia 7 tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Musnad Ahmad, no. 6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

Maka, ayuh kita sama-sama didik anak-anak kecil kita mencintai solat, mengenal apa itu solat, seraya menggalakkan mereka mengerjakan solat seawal usianya. Agar kelak bila tiba usianya 7 atau 10 tahun, mereka pun telah dibiasakan dengan hal itu lalu menjadi mudah bagi mereka melaksanakannya.

Ingatlah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)

Benih yang baik apabila ditanam pada tanah yang subur tentunya mampu menghasilkan buah yang sangat memuaskan bagi semua orang. Demikianlah juga dengan anak-anak. Apabila anak yang suci bersih itu dididik dengan didikan yang soleh dan akhlak yang baik, insyaAllah ia akan membesar menjadi anak yang baik dan disukai. Terutama bagi kedua orang tuanya yang mana kelak semoga anak-anak yang soleh tersebut menjadi amal kebaikan yang pahalanya terus mengalir padanya.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal-amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, 2 – Ilmunya yang dimanfaatkan, atau 3 – Anak yang soleh yang mendoakannya.” (Shahih Muslim, no. 1631)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, 53: 39)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ

“Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.” (Musnad Ahmad, no. 25845)

Atas hal tersebut, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita sejak seawal usianya lagi agar kelak menjadi manusia bertaqwa lagi bermanfaat untuk agama dan manusia.

Ini adalah di antara siri buku-buku pendidikan anak-anak dalam mencapai objektif tersebut. Buku ini adalah siri buku kanak-kanak belajar melaksanakan solat. Di dalamnya dimuatkan nasihat tujuan Allah menciptakan manusia, keutamaan dan hukum solat, persediaan solat, adab-adab solat, tata cara solat menurut sunnah yang sahih, bacaan-bacaan dalam solat, hal-hal yang membatalkan solat, dzikir-dzikir setelah solat, dan setiap helaian muka surat buku ini turut dipenuhi dengan gambar-gambar (ilustrasi berwarna) yang menarik sebagai bimbingan dan tarikan belajar anak-anak.

Semoga bermanfaat sebagai model dan bahan silibus pendidikan anak-anak kecil kita. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
49 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

776 - Indahnya Shalat Malam, Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih


Indahnya Shalat Malam
Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih


Judul Buku:
Indahnya Shalat Malam
Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih

Penulis:
Syaikh Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah, Makassar

Harga:
RM10

Berat:

190g

Keterangan Buku:


Dalam Syari'at Islam, terdapat pelbagai tuntunan dan aturan yang merupakan jalan kebaikan dan pintu ketaatan yang beragam bagi kaum Muslimin guna meraih kebahagiaan dan ketenangan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Selain itu, tuntunan dan aturan tersebut adalah pembersih jiwa terhadap noda kejelekan dan kesempitan, penerang jalan, serta terdapat pelbagai kenikmatan yang sukar dilukiskan dengan kata-kata.

Di antara pintu dan jalan kebaikan itu adalah pensyari'atan untuk menghidupkan malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunnah yang disebut dengan nama solatullail (iaitu solat di malam hari) atau turut dikenali dengan nama solat tahajjud. Ia termasuk ibadah yang sinonim dengan para hamba yang soleh. Ibadah yang penuh kelazatan yang selalu membuat para salaf terbuai dengannya dan seakan tidak sudi berpisah dengannya walu sesaat.

Kata Tsabit B. Aslam al-Bunany rahimahullah, “Tidak ada perkara yang lazat yang aku temukan dalam hatiku melebihi lazatnya qiyamullail.”

Sufyan ats-Tsauri berkata, “Apabila malam hari tiba, maka aku gembira. Tetapi bila tiba siang hari, aku pun merasa sedih.”

Abu Sulaiman ad-Daaraani rahimahullah pula berkata, “Ahli ketaatan merasa lazat dengan malam hari mereka berbanding orang-orang yang lalai dengan kelalaiannya. Andaikata bukan kerana malam hari, nescaya aku tidak suka untuk tetap hidup di dunia.”

Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar, ia merupakan salah satu sebab utama bagi seseorang dimasukkan ke Syurga. Ia merupakan penutup kesalahan dan penghapus dosa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat menitik-beratkan dan menyarankan supaya sentiasa bersolat malam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“...Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (Shahih Muslim)

Buku yang sedang anda tatap mukanya ini bukanlah bertujuan merinci hal tersebut melainkan untuk menjelaskan tuntunan yang benar dalam perlaksanaan solat al-Lail dan solat tarawih. Kerana ibadah qiyamullail akan bernilai di sisi Allah dan bermakna buat seorang hamba apabila ia dilaksanakan sesuai dengan petunjuk al-Qur'an dan as-Sunnah.

Jumlah Muka Surat:
190 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, May 17, 2013

774 - Akhthoul Mushollin, Pedoman Lengkap Menghindari Kekeliruan Dalam Solat


Akhthoul Mushollin, Pedoman Lengkap Menghindari Kekeliruan Dalam Solat



Judul Buku:
Akhthoul Mushollin, Pedoman Lengkap Menghindari Kekeliruan Dalam Solat
Judul Asal: Al-Qaul al-Mubiin fii Akhtho’ul Mushollin

Penulis:
Masyhur Hasan Salman

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga:
RM70

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:


Solat terasa berat bagi sebahagian orang kerana tidak adanya kecintaan, pengagungan, kekhusyu'an, dan pengharapan kepada-Nya. Boleh atau tidaknya seseorang menghadirkan hati, bersikap khuyu’, dan menyempurnakan solat, serta meluangkan waktu yang banyak untuknya amat bergantung pada besarnya pengharapan kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Ingatlah bahawa kelak, amalan pertama yang bakal dihisab di akhirat kelak adalah solat-solat kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة فإن صلحت صلح له سائر عمله و إن فسدت فسد سائر عمله

“Perkara (amal) yang pertama sekali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila baik solatnya, maka seluruh amalnya pun baik. Apabila solatnya buruk, maka seluruh amalnya pun buruk.” (Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Awsath, no. 1859. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Maka dari itu, hendaklah kita sentiasa ingat dan sungguh-sungguh menjaga solat-solat kita. Baik dari aspek ketepatan waktu, bersegera melaksanakannya, mempraktikkannya dengan ilmu, mengerjakannya dengan khusyu’, dan dilandasi di atas keikhlasan yang tulus semata-mata kerana Allah.

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan, “Keberuntungan yang diperolehi kaum Muslimin dari Islam bergantung kepada keberuntungan yang mereka perolehi dari solat. Kecintaan mereka terhadap Islam juga bergantung pada kecintaan mereka terhadap solat. Wahai hamba Allah, perbaikilah dirimu. Takutilah hari pertemuanmu dengan Allah apabila tidak ada sedikit pun kualiti keislaman yang engkau bawa, dan kualiti keislaman dalam hatimu tergantung kualiti solat dalam jiwamu.”

Buku dengan judul Al-Qaul al-Mubiin fii Akhtho’ul Mushollin ini berisi dengan penjelasan lengkap berkisar kesalahan dan kekeliruan-kekeliruan kebanyakan umat Islam dalam melaksanakan solat. Kekeliruan tersebut sama ada berkait masalah syarat-syarat solat, rukun solat, kewajiban-kewajibannya, mahupun sunnah-sunnahnya; insyaAllah itu semua dibahaskan dan diperingatkan oleh penulis melalui buku ini secara ilmiyah dan memuaskan, insyaAllah. Antara kekeliruan yang dibahaskan secara rinci dan penuh ilmiyah di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah adalah sekitar kekeliruan yang menyangkut:

1, Kekeliruan dan kesalahan dalam cara berpakaian ketika solat. Ini adalah seperti berpakaian ketat, berpakaian dengan pakaian tipis, tidak sempurna menutup aurat, berpakaian isbal sadl ketika solat, menyinsingkan pakaian, solat dengan bahu terbuka, mengenakan pakaian bergambar ketika solat, tidak menutup kepala, dan yang lain lagi.

2, Salah-faham berhubung tempat solat. Ini contohnya seperti sujud di atas tanah karbala sebagaimana dilakukan puak Syi’ah, solat dengan menghadap diding atau alas bergambar, solat menghadap kuburan, solat tanpa menghadap sutrah, dan lain-lain.

3, Kekeliruan berkait tata cara solat. Ini adalah seperti melafazkan niat dengan suara, tidak menggerakkan mulut ketika membaca di dalam solat, dan beberapa bentuk kesalahan ketika berdiri, ruku’, sujud, dan duduk tasyahhud.

4, Kekeliruan dan salah faham tatkala berada dalam masjid dan solat jama’ah. Ini adalah seperti terburu-buru menuju masjid, keluar dari masjid tatkala azan tanpa sebab yang wajar, berbual-bual di masjid, tidak melaksanakan solat tahiyatul masjid sebaik sampai di masjid, meneruskan solat sunnah walaupun iqamah telah dikumandangkan, enggan merapatkan solat solat, tidak mengambil saf paling depan sedangkan safnya masih kosong, menyamai atau mendahului gerakkan imam, mengerjakan solat jama’ah di selain masjid, membuat jama’ah solat yang kedua, enggan melaksanakan solat di belakang imam yang berlainan mazhab, dan lain-lain lagi.

5, Kesalahan tatkala selesai solat. Ini contohnya adalah seperti tidak mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim, membiasakan berjabat tangan sebaik selesai solat, bersujud untuk berdoa sebaik selesai solat, bertasbih dan berdoa secara jama’ah sebaik selesai solat, melintas di hadapan orang yang masih belum selesai solat, dan selainnya.

6, Kekeliruan dalam melaksanakan solat Juma’at. Ini adalah seperti sengaja meninggalkan solat Juma’at tanpa ada udzur, meninggalkan solat Juma’at kerana pernikahan, kekeliruan terhadap jumlah azan dan solat sunnah qabliyah, dan beberapa lagi lainnya.

7, Dan beberapa bentuk kekeliruan menyangkut solat-solat lainnya seperti ketika istikharah, solat 'Ied, solat ketika safar (dalam perjalanan), dan juga solat-solat sunnah lainnya.

Semoga dengan siapnya terjemahan buku ini, ia mampu membantu kita dalam menuju perlaksanaan solat yang lebih sempurna dan mengikuti adab-adabnya yang betul. InsyaAllah. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
610 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, February 9, 2013

725 - Sifat Shalat Nabi (Karya Syaikh al-'Utsaimin)

Sifat Shalat Nabi
(Karya Syaikh al-'Utsaimin)


Judul Buku:
ASifat Shalat Nabi (Karya Syaikh al-'Utsaimin)
Judul Asal: athu Dzi Al-Jalal wa Al-Ikram; Kitab ash-Sholah

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM70

Berat:

1.1kg

Keterangan Buku:


Apakah sudah benar amalan solat yang kita dirikan setiap hari? Mari kita baca sebenatar nukilan ini.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Orang-orang yang kafir dari golongan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan (agama mereka) sampai datang kepada mereka bukti yang nyata, (iaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang suci (Al-Qur-an), di dalamnya terdapat (isi) kitab-kitab yang lurus (benar). Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang Ahli Kitab melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata. Padahal mereka hanya diperintahkan  menyembah Allah dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar mereka melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar). “ (Surah Al-Bayyinah, 98: 1-5)

Allah Ta’ala juga memerintahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk memerangi manusia agar mereka mengucapkan dua kalimat syahadat, mendirikan solat, dan membayar zakat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengikrarkan bahawa tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat, dan membayar zakat. Jika mereka telah melakukan hal tersebut, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku, kecuali dengan hak Islam, dan hisab mereka ada pada Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih al-Bukhari, no 25. Muslim, no. 22)

Solat adalah Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Solat adalah tiang agama yang wajib ditegakkan dan disemarakkan. Solah adalah sebaik-baik amal. Solat adalah cahaya kehidupan seorang mukmin. Solat adalah amal yang membawa keselamatan di dunia dan akhirat.

Solat adalah amalan yang menghubungan antara hamba dengan Rabb-nya Subhanahu wa Ta’ala yang wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam, bersesuai petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana sabda beliau:

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.” Shahih al-Bukhari, no. 631, 6008, 7246)

Para ulama fiqih telah mengumpulkan dalil-dalil, berbicara, berusaha sungguh-sungguh, dan menulis tentang sifat (tata cara) solat Nabi Shallallanhu ‘alaihi wa Sallam. Hal itu kerana syarat diterimanya ibadah ada dua:

1, Ikhlas kerana Allah Ta’ala semata.

2, Ittiba’ (mengikuti contoh) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Tentang ikhlas kerana Allah Ta’ala, maka masalah ini dibahas oleh para ulama tauhid dan ‘aqidah. Sedangkan masalah ittiba’ (mengikuti contoh) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dibahaskan pula oleh para ulama hadis dan fiqih.

Lawan dari ikhlas adalah syirik, sedangkan lawan dari mutaba’ah (mengikuti sunnah) adalah bid’ah.

Oleh kerana itu, sesiapa yang mengikuti contoh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tanpa keikhlasan maka ibadahnya tidak sah, berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam hadis Qudsi:

“Aku tidak perlu kepada semua sekutu. Sesiapa beramal dengan mempersekutukan-Ku dengan yang lain, maka Aku biarkan dia bersama sekutunya.” (Shahih Muslim, no. 2985 )

Dan sesiapa yang iklas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, tetapi tidak mengikuti contoh Rasullullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam maka ibadahnya tertolak, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang beramal tanpa adanya tuntunan dari kami, maka amalan tersebut tertolak.” (Shahih al-Bukhari, no. 2697)

Solat wajib dikerjakan dengan ikhlas dan ittiba’ serta solat wajib dilaksanakan dengan khusyu’ dan thuma’ninah. Dari itu, beruntunglah orang yang melaksanakannya dengan khusyu’ dan thuma’ninah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya.” (Surah al-Mu’minuun, 23: 1-2)

Sebaliknya merugilah orang-orang yang lalai dari solatnya dan mengerjakannya dengan tidak khusyu’ dan tidak thuma’ninah.

Allah Ta’ala berfirman:

“Maka celakalah orang-orang yang solat tetapi lalai terhadap solatnya.” (Surah al-Maa’uun, 107: 4-5)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mengerjakan solat selama 60 tahun, tetapi tidak ada satu solat pun yang diterima darinya. Barangkali ia menyempurnakan ruku’, tetapi tidak menyempurnakan sujud, dan menyempurnakan sujud, tetapi tidak menyempurnakan ruku’.”(Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 2535)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihat kepada solat seorang hamba yang tidak meluruskan punggungnya pada saat berdiri di antara ruku’ dan sujudnya (i’tidal).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 2536)

Hadis ini adalah ancaman bagi orang yang tidak khusyu’ dan tidak thuma’ninah dalam solatnya. Hadis ini menunjukkan wajibnya khusyu’ dan thuma’ninah dalam solat. Dan ini wajib dijaga dalam setiap solat.

Sesiapa yang menjaga solat yang lima waktu dengan khusyu’ dan thuma’ninah serta dengan ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka pada hari Kiamat ia akan mendapatkan cahaya, petunjuk, dan keselamatan. Dan Allah akan menjanjikannya untuk masuk Syurga.

Solat akan mendidik seorang muslim agar selalu cinta, takut, dan mengharap hanya kepada Allah, yang apabila dilaksanakan dengan khusyu’ dan thuma’ninah, maka solat tersebut akan mencegah seorang hamba dari perbuatan keji dan mungkar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bacalah Kitab (al-Qur’an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) sesungguhnya mengingat Allah itu lebih besar (kedudukannya). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-‘Ankabut, 29: 45)

Solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab pada hari Kiamat. Sebagaimana Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat adalah solat, apabila solatnya baik maka baik pula seluruh amalnya dan apabila solatnya rosak maka rosak pula seluruh amalnya.” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 1358)

Oleh itu, wajib bagi setiap individu muslim untuk belajar, mengulangkaji, serta sentiasa menyemak kembali tuntunan dan tata cara solat yang benar-benar sesuai dengan solat yang dicontohkan Rasullullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam , selama ini mungkin masih ada sebahagian dari muslimin  masih mengamalkan solat yang dia pelajari ketika kecil dulu yang masih mungkin banyak kesalahan-kesalahannya, tidak berpijak di atas dalil yang tepat, serta tidak disemak dengan penjelasan-penjelasan para ulama yang benar.

Maka dari itulah, ini adalah di antara salah satu kitab yang membahaskan praktik amalan solat yang baik. Dibahaskan dan dirincikan berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah sehingga kita akan merasa lebih yakin untuk mengamalkannya. Iaitu melaksanakan solat bersesuaian tuntutan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sekaligus merealisasikan sabda Nabi:

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) solat.” (Shahih al-Bukhari, no. 631, 6008, 7246)

Jumlah Muka Surat:
670 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, November 13, 2012

638 - Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.


Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.


Judul Buku:
Buku Poket Sifat Shalat Sunnah Nabi S.A.W.

Penulis:
Abu Muhammad Ibn Shalih Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3

Berat:

0.38g

Keterangan Buku:

Sebagaimana disebutkan dalam hadis, Sesungguhnya amal seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Apabila solatnya itu baik, maka ia beruntung dan berjaya. Apabila solatnya itu rosak, maka ia pasti kecewa dan merugi. Jika terdapat sesuatu yang kurang dari solat fardhu, maka Rabb Tabaaraka wa Ta'ala berfirman, "Lihatlah oleh kalian, adakah hamba-Ku memiliki solat sunnah?" Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat fardhu tersebut. Kemudian amal-amal yang lain pun diperlakukan demikian."

Semoga buku ini mampu membantu orang-orang yang sentiasa berusaha melaksanakan ibadah-ibadah sunnah dalam rangka mendekatkan diri kepada Rabb-nya. Semoga ia membantu meningkatkan motivasi di dalam diri untuk berusaha lebih gigih sekaligus melaksanakannya dengan tatacara yang menepati sunnah.

Selain itu, di antara keistimewaan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, June 7, 2012

571 - Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi

Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi


Judul Buku:
Buku Poket Meneladani Shalat dan Wudhu' Nabi

Penulis:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Al-Jibrin rahimahullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:

RM5

Berat Buku:

50g

Keterangan Kandungan:
1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan tatacara wudhu' dan solat secara sempurna berpandukan al-Qur'an dan sunnah. Dengannya kita mengetahui praktis solat yang paling tepat sebagaimana solatnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

2 - Buku poket ini dimulakan dengan praktik wudhu' yang benar, kemudian bimbingan solat yang benar dari takbir, niat, qiyam, dan lain-lain sehingga salam. Buku ini dilengkapi juga dengan dzikir-dzikir yang sunnah dibaca setelah selesai solat.

3 - Sesuai untuk dijadikan sebagai buku hadiah dan edaran kepada anak-anak dan individu mahupun kelompok umum yang baru hendak mula mengenali persoalan tatacara solat. Sesuai juga untuk sebaran umum atas alasan dakwah koreksi (memperbaiki) tatacara solat kita bersama.

4 - Ia disusun dengan ringkas dan mudah difahami. Gambar-gambar berkaitan praktik wudhu' dan solat juga turut disertakan bagi membantu kefahaman.

Jumlah Muka Surat:
76 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Monday, May 21, 2012

555 - Buku Poket Keutamaan, Waktu, dan Tatacara Solat Tahajjud

Buku Poket Keutamaan, Waktu, dan Tatacara Solat Tahajjud


Judul Buku:
Buku Poket Keutamaan, Waktu, dan Tatacara Solat Tahajjud

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
38g

Keterangan Kandungan:

Solat sunnah yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat sunnah Tahajjud (qiyamullail), dan dalam firman Allah Ta'ala disebutkan bahawa solat Tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan. Yang mana solat ini dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tanpa ditinggalkan sebagai ekspressi kesyukuran atas seluruh nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan.

Di dalam Al-Qur'an Allah memuji orang-orang yang sentiasa menjaga dan melaksanakan solat malam hari, iaitu solat tahajjud. Ini antaranya disebutkan dalam Surah Al-Furqan, ayat 64.

Dalam sebuah hadis sahih pula dinyatakan bahawa kemuliaan seorang mukmin itu ada pada solat malam. Oleh yang demikian, sudah seharuskan kita pada hari ini berusaha bersungguh-sungguh bangun di malam hari melaksanakan solat sunnah ini. Selain dalam rangka mencontohi Rasulullah Shallalalhu 'alaihi wa Sallam, ia juga sebagai ibadah tambahan yang sangat utama dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.

Melaui buku kecil ini, penulis memberikan garis panduan yang baik sekitar info keutamaan solat sunnah di malam hari. Kemudian penulis menjelaskan sama tentang waktu yang paling baik untuk melaksanakannya sama ada di awal malam, di pertengahan malam, atau di penghujung malam. Dalam buku kecil ini juga penulis tidak lupa menjelaskan tatacara yang sahih bagaimana seharusnya kita perlu melaksanakan solat sunnah tahajjud ini dengan sempurna.

Semoga buku ini mampu membantu orang-orang yang sentiasa berusaha melaksanakan ibadah-ibadah sunnah dalam rangka mendekatkan diri kepada Rabb-nya. Semoga ia membantu meningkatkan motivasi di dalam diri untuk berusaha lebih gigih sekaligus melaksanakannya dengan tatacara yang menepati sunnah.

Selain itu, di antara keistimewaan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

553 - Buku Poket Panduan Praktis Shalat Istikharah

Buku Poket Panduan Praktis Shalat Istikharah


Judul Buku:
Buku Poket Panduan Praktis Shalat Istikharah

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
38g

Keterangan Kandungan:

Beristikharah kepada Allah adalah satu sarana yang sempurna untuk meraih kejayaan dalam setiap urusan bagi kaum yang beriman. Dengan izin Allah apabila seseorang memperbanyakkan istikharah, insyaAllah ia akan melihat hasil buahnya yang lumayan baik di dunia ataupun akhirat kerana bimbingan dan petunjuk dari Allah Ta'ala. Dengan istikharah, ia menggambarkan betapa kuatnya kebergantungan seseorang hamba kepada Rabb-nya, Allah 'Azza wa Jalla. Dengan istikharah dan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, seseorang hamba akan terhindar dari keputusan yang buruk dan kegagalan.

Buku kecil ini menjelaskan keutamaan solat sunnah istikharah memohon petunjuk kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Penulis menjelaskan tatacara solat sunnah istikharah yang benar, hadis-hadis yang berkaitan dengannya, manfaat-manfaatnya, hukum melaksanakannya, beza di antara amalan istikharah yang benar dan menyimpang, bagaimana istikharah dapat dimantapkan, huraian tentang keterkaitan antara ikhtiar dan hasil, penjelasan tentang amal-amal yang mengiringi istikharah dan hasil istikharah, dan akhir sekali penjelasan tentang konsep tawakkal yang benar.

Semoga buku yang kecil ini mampu memberikan maklumat bernilai besar kepada para pembaca semua.

Buku kecil ini mampu memberi manfaat yang lebih besar lagi sekiranya ia dijadikan sebagai risalah umum, sebaran am, hadiah kepada masyarakat, dan sedekah jariyah.

Selain itu, bersesuaian dengan saiznya yang kecil dan bermaklumat, ia amat sesuai dan mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di pelbagai tempat dan ruang sebagai bahan bacaan, nota pelajaran, serta bimbingan ketika hendak beramal.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bank CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Saturday, March 31, 2012

551 - Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah

Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah


Judul Buku:
Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah
Judul Asli: Diringkaskan dari perbahasan bab solat berjama'ah dalam kitab Shahih Fiqih Sunnah

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu shalih B. Habullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
kurang 100g

Keterangan Kandungan:

Buku bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana dan amat sesuai untuk sebaran dalam kuantiti banyak. Sesuai dijadikan hadiah di majlis-majlis, cenderahati, infaq, risalah sebaran masjid, dan seumpamanya.

Buku bersaiz poket ini menjelaskan tentang tuntunan praktikal solat berjama'ah bermula dari sudut hukum-hakamnya baik bagi lelaki mahupun wanita, kemudian diikuti dengan syarat-syaratnya, udzur yang dibenarkan untuk tidak solat berjama'ah, adab-adabnya, keutamaannya, solat-solat sunnah yang dilakukan di masjid, hukum hakam imamah (imam), hukum hakam makmum, adab-adab saf ketika solat, sutrah atau penghadang ketika solat, hukum-hakam masbuk, amalan-amalan setelah solat, dan beberapa lagi yang lain sekitar isu teknikal dan permasalahannya.

Jumlah Muka Surat:
62 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Thursday, December 15, 2011

505 - Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit


Title:
Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3
(Diskaun 30% Bagi Pembelian 50 unit ke Atas)

Weight:
Kurang 100g

Description:

Solat memang telah disyari'atkan dan diwajibkan ke atas umat Islam dengan kaifiyat atau tatacaranya yang tersendiri. Tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk memenuhinya atas beberapa sebab seperti udzur kerana sakit, kecacatan anggota tertentu, ditimpa musibah, dan seumpamanya.

Sakit, sukar bergerak, atau yang seumpamanya bukanlah alasan untuk kita meninggalkan solat dan menjauhkan diri dari Allah. Sebaliknya, dengan sebab musibahlah kita perlu lebih mengingat agar lebih dekat kepada Allah. Oleh itu, bagaimana keadaannya sekalipun, solat tetap tidak boleh ditinggalkan malah tetap wajib dilaksanakan dengan apa cara sekalipun yang termampu. Sama ada berdiri, duduk, berbaring, atau sekadar dengan isyarat.

Oleh itu, buku yang ringkas ini tampil ke hadapan para pembaca dan masyarakat bagi membantu menjelaskan panduan solat bagi orang sakit. Agar dengan bimbingan yang ringkas ini dapat membimbing umat Islam yang tetap ikhlas dan itiqomah untuk terus melaksanakan solat walaupun dalam keadaan udzur dan sakit. Buku panduan bersaiz poket ini disertakan panduan bergambar, dilengkapi dari tatacara bersuci, wudhu', tayammum, sehinggalah kepada mandi janabah bagi orang yang sakit (atau udzur).

Di samping itu penulis juga berusaha memberikan kata semangat, anjuran sabar, ganjaran bagi orang sakit yang sabar, amalan ketika tertimpa musibah, dan penjelasan bahawa agama Islam adalah agama yang sempurna dan mudah. Selain itu, penulis turut menjelaskan jenis-jenis udzur atau jenis-jenis keadaan pesakit yang sering berlaku, seperti pendarahan, kerap buang air, luka yang teruk, ada bahagian yang dibalut, dan seumpamanya.

Dengan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.