Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, August 8, 2012

589 - Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani

Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani


Judul Buku:
Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani

Penulis:
Ibnu Saini B. Muhammad B. Musa

Penerbit:
Maktabah Mu'awiyah

Harga:
RM14

Berat Buku:
200g

Keterangan Kandungan:

Nama Syaikh Abdul Qadir al-Jailani telah lama dikenal kaum Muslimin secara umum termasuklah di negara kita ini. Akan tetapi kebanyakan cerita atau keyakinan yang disandarkan kepada beliau adalah kedustaan dan kebohongan belaka, bahkan sebahagiannya sampai kepada perbuatan syirik Akbar yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, padahal beliau berlepas diri dari semua itu.

Ramai umat Islam terutamanya dari kalangan pengamal tarekat sufi menganggap Syaikh 'Abdul Qadir Jailani sebagai tokoh keramat, boleh berjalan di atas air dan terbang di udara. Malah ada yang berkeyakinan dengan menganggap kuburnya juga mampu mengeluarkan barakah dan memperkenankan doa-doa orang yang berdoa.

Tapi hakikatnya, terbukti bahawa Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani telah menetapkan apa yang menjadi ‘aqidah (keyakinan) beliau di dalam kitab-kitab yang telah beliau tulis secara langsung, seperti kitab al-Ghunyah dan yang lainnya. Ini sekaligus menafikan bahawa seorang pengamal tarekat dan beraqidah sufi Asya'irah. Sebaliknya dengan tegas beliau menyatakan bahawa beliau mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh para ulama Salaf (generasi awal); Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Bahkan beliau sendiri turut mewasiatkan untuk kaum Muslimin supaya mengikuti ‘aqidah tersebut. Siapa sahaja yang menginginkan bukti akan kebenaran pegangan beliau ini, silakanlah membaca risalah ringkas yang ada di tangan para pembaca ini, kerana risalah ini ditulis secara khusus untuk membuktikan kebenaran bahawa Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani benar-benar telah mengikuti ‘aqidah para ulama Salaf; Ahlus Sunnah wal Jama’ah, selain itu risalah ini juga dilengkapi dengan biografi ringkas Syaikh 'Abdul Qadir al-Jilani.

Jumlah Muka Surat:
114 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.