Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, October 30, 2017

Riyadus Solihin, Taman Orang-orang Soleh

Riyadus Solihin, Taman Orang-orang Soleh





Riyadhush Shalihin adalah sebuah kitab yang gah dan sangat masyhur dalam dunia Islam. Mendapat kedudukan istimewa di sisi segenap kaum muslimin di seluruh pelusuk dunia Islam. Ia merupakan kitab yang disusun oleh tokoh ulama besar Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Kitab ini menghimpunkan hadis-hadis penting dan penuh makna dari kitab-kitab hadis yang enam (Kutub As-Sittah), yang merupakan kitab hadis paling utama dalam kesarjanaan dunia Islam.

Kandungannya meliputi pelbagai perkara, menjadi bimbingan yang membina kekuatan, melunakkan jiwa, bahkan menjadi perhiasan kehidupan bagi yang mengamalkannya. Ianya menyentuh keperibadian, kemasyarakatan, dan keperluan naluri kaum muslimin dalam menjalani setiap sudut kehidupan. Sehingga kitab ini terus tersebar dan dibaca oleh seluruh kaum muslimin di segenap sudut dunia, ianya menjadi panduan kehidupan dan bagi menuai bekal persediaan menuju dunia yang abadi.

Hadis-hadis yang dihimpunkan oleh Al-Imam An-Nawawi di dalam kitab ini antaranya menyentuh soal pengurusan hati dan mengatasi pelbagai permasalahan jiwa, mendorong dan memotivasikan dalam melaksanakan amal ibadah dengan benar, menyeru agar menjaga hubungan kepada Allah dengan benar dengan dalam masa sama menjaga hubungan terhadap masyarakat dengan berhikmah, menyentuh soal adab dan akhlak keperibadian kaum muslimin seharian semenjak dari bangun tidur sehingga tidur kembali, dan di dalamnya juga turut menyentuh sebahagian hukum-hakam syara’ yang sangat penting yang harus diketahui oleh setiap kaum muslimin.

Hard cover | 1057m/s. | RM95/naskhah |

#Taubat #ikhlas #tazkiyatun_nufus #penyucian_jiwa #hadis #riyadus_solihin #riyadhus_shalihin #Imam_Nawawi
______________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715 (sms/whatsapp)

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google » Atsar Online Bookstore

Join Channel » http://telegram.me/ilmusunnah