Sunnah adalah agama, cara atau jalan hidup yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu'alaihi wa Sallam, termasuk berpegang-teguh kepada apa yang menjadi landasan beliau dan para khulafa' Ar-Rasyidin, sama ada dalam keyakinan, perbuatan, mahupun perkataan. Inilah Sunnah yang Sempurna.
Manakala Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah orang-orang yang berjalan di atas apa yang menjadi landasan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam dan para Sahabat beliau. Mereka adalah orang-orang yang TEGAR DI ATAS SUNNAH NABI Shallallahu alaihi wa Sallam. Mereka adalah para Shahabat, para Tabi'in, serta para ulama setelahnya yang diberi petunjuk dengan cara mengikuti pendahulu mereka (dari kalangan sahabat dan tabi'in). Mereka adalah orang-orang yang sentiasa meneladani Sunnah Nabi Shallallahu'alaihi wa Sallam dan menjauhi bid'ah di setiap tempat dan zaman. Mereka akan sentiasa ada dan mendapat pertolongan dari Allah Ta'ala sampai hari Kiamat tiba walaupun jumlah mereka sedikit berbanding kebanyakan manusia.
Siapa yang mendapati adanya suatu perselisihan, maka dia harus berpegang dengan Sunnah Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam dan Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk! Hendaklah dia memegang sunnah tersebut dengan erat-erat walaupun sehingga diibaratkan menggigitnya dengan gigi gerahamnya!
______________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.
Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.
Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:
Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.
6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.
Tel +(60)12-688-7715 (sms/whatsapp)
Map http://bit.ly/29XLbJc
Website www.atsar.ilmusunnah.com
Waze/google Atsar Online Bookstore
Join Channel http://bit.ly/2b8UTe3