Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, April 22, 2010

235 - Fathul Bari (Syarah Shahih al-Bukhari)

Fathul Bari (Syarah Shohih al-Bukhari)


Title:Fathul Bari
Syarah Shahih al-Bukhari

Author:
al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Weight:
1.0kg - 1.4kg (bagi setiap jilid)

Description:

Kitab Fathul Bari ini adalah sebuah kitab yang sangat terkenal dalam dunia Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Pengarangnya, seorang al-Hafiz yang bermazhab asy-Syafi'i. Iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani. Kitab ini membawa khazanah ilmu yang merungkai perbahasan berkaitan hadis-hadis dalam Shohih al-Bukhari.

Kitab Fathul Bari adalah merupakan sebuah kitab besar yang mensyarahkan (menghuraikan) hadis-hadis dalam kitab Shahih al-Bukhari. Kini kitab ini telah pun mula diterjemahkan di bawah seliaan Pustaka Imam asy-Syafi'i. Yang telah siap diterbitkan dan dipasarkan adalah 19 jilid setakat ini. InsyaAllah, jilid-jilid berikutnya akan terus menyusul. Ciri istimewa terjemahan Pustaka Imam asy-Syafi'i ini adalah ia menterjemahkan keseluruhan kandungan dari kitab asal-nya satu persatu. Kini, sebuah lagi khazanah besar ilmu Ahlus Sunnah wal-Jama'ah telah dimudahkan untuk para penuntut ilmu dan para pembaca serta peminat kitab-kitab ilmu.

Perbahasan berdasarkan jilid:

Jilid 1: Mukaddimah, Kitab Wahyu, dan Kitab Iman.

Jilid 2: Kitab Ilmu.

Jilid 3: Kitab Thaharah (bersuci) dan Kitab Wudhu'.

Jilid 4: Kitab Mandi, Haidh, dan Tayammum.

Jilid 5: Kitab Solat

Jilid 6: Kitab Waktu-waktu Shalat & Adzan

Jilid 7: Kitab Adzan, Solat Berjama'ah, dan Imamah

Jilid 8: Kitab Adzan dan Sifat Solat

Jilid 9: Kitab Solat Juma'at, Solat Khauf (Ketika Perang), dan Solat 'Ied (Hari Raya).

Jilid 10: Kitab Solat Witir, Solat Istisqa', Solat Gerhana, Sujud Tilawah, dan Solat Qasar.

Jilid 11: Kitab Solat Tahajjud, Keutamaan Solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Melakukan Perbuatan Selain Rukun Solat, Sujud Sahwi.

Jilid 12: Kitab Jenazah.

Jilid 13: Kitab Zakat.

Jilid 14: Kitab Haji (Bahagian 1)

Jilid 15: Kitab Haji (Bahagian 2)

Dapatkan jilid-jilid yang seterusnya di website kami, KLiK.

Semoga dengan terbitnya terjemahan kitab ini, ia akan membantu kita semua untuk memahami hadis-hadis Nabi yang mulia dengan lebih baik lagi terutamanya yang terdapat di dalam Kitab Shohih al-Bukhari. (InsyaAllah). Untuk terbitan yang telah lengkap, boleh juga dapatkan Edisi Terbitan/Terjemahan Pustaka Azzam.

234 - Shahih & Dhaif Kitab al-Adzkar

Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar


Title:
Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar

Author:
Imam an-Nawawi (rahimahullah)
Tahqiq/Takhrij: Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM130 (2 Jilid)

Weight:
2kg

Description:

Di antara ibadah yang paling mudah dan besar pahalanya adalah berdzikir dengan zikir-zikir yang sahih berpandukan sunnah. Di dalam berzikir mencari keredhaan Allah, marilah kita berusaha memperbanyakkan zikir-zikir kita dengan panduan lafaz-lafaz zikir sebagaimana yang dibawakan/disusun oleh Imam an-Nawawi ini. Imam an-Nawawi telah berusaha menyusun sebuah buku yang diberi judul al-Adzkar (an-Nawawiyah) yang menghimpunkan pelbagai jenis lafaz-lafaz zikir dan doa yang disunnahkan untuk diamalkan pada waktu dan masanya. Dan, inilah bukunya. Buku ini adalah di antara buku-buku induk di dalam persoalan himpunan zikir-zikir yang matsur dengan himpunan tidak kurang dari 1324 dzikir dan doa. Buku ini sangat terkenal di dalam dunia Islam di dalam persoalan doa/zikir. Ia kini ditampilkan dengan kandungan yang lebih mantap dan istimewa iaitu setelah diberi takhrij/tahqiq oleh Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali (Salah seorang anak murid Syaikh al-Albani rahimahullah). Setiap takhrij akan dibawakan himpunan perkataan para ulama Muhaqqiq seperti Abu Hatim, al-'Uqaili, al-Mundziri, al-Haitsami, Ibnu Hajar, Ibnu Abi Hatim, ad-Daraquthni, Ibnu 'Abdil Barr, Ibnu Taimiyyah, adz-Dzahabi, Ibnul Qayyim, Ibnu Rejab, dan ramai lagi dari kalangan ulama dulu dan kini. Maka, dengan adanya semakan dan takhrij hadis tersebut, ia membantu kita mengenal pasti hadis mana yang sahih dan tidak sahih daripada kitab tersebut. Semoga amalan zikir yang kita lakukan akan menjadi lebih yakin dan diterima. InsyaAllah.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

233 - Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Fatwa-fatwa Haji & Umrah
3 'Ulama

Title:
Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Author/Penyusun:
Muhammad B. 'Abdul 'Aziz al-Musnad

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM36

Weight:
0.6kg

Description:

Buku ini merupakan himpunan Fatwa berkaitan perlaksanaan ibadah haji dan 'umrah yang dikumpulkan dari fatwa-fatwa tiga tokoh yang tidak asing lagi di dunia Islam masa kini, iaitu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, Syaikh Muhammad bin Solih al-‘Utsaimin, dan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin.

Selain itu, buku ini juga turut menghimpunkan fatwa-fatwa daripada Dewan 'Ulama Besar dan Anggota Tetap Fatwa Arab Saudi . Fatwa-fatwa ini dibentangkan dalam bentuk soal-jawab supaya kandungannya menjadi lebih mesra pembaca dan praktikal yang mana dengan berdasarkan pengalaman situasi para penyoal.

Dari itu, semoga umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji, 'umrah, dan berziarah ke Masjid Nabawi mengetahui dan memahami keutamaan serta adab-adab ibadah yang mulia tersebut, sebagaimana diterangkan melalui risalah ini dengan bahasa yang mudah difahami. Dengan itu, semoga buku ini mudah untuk dihadam, dijadikan rujukan dan lebih bermanfaat.

Total Pages:
455 m/s (Tidak termasuk kulit/muqaddimah)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, April 12, 2010

232 - Sudah Benarkah Aqidah Kita?

Sudah Benarkah Aqidah Kita?


Title:
Sudah Benarkah Aqidah Kita?

Author:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Publisher:
Pustaka as-Sahihah

Price:
RM42

Weight:
0.8kg

Description:

Aqidah merupakan persoalan yang sangat asas dan penting, kerana ia menjadi dasar pebangun jiwa umat ini. Baik dan buruknya umat Islam, dapat diukur dari kemurnian aqidah dan fikrahnya dari i'tiqad (aqidah) yang sesat dan pemikiran yang menyimpang dari syariat. Buku ini (terjemahan dari kitab ”Al-Irsyad ila Shahihil Itiqad” karya Dr. Sholeh B. Fauzan al-Fauzan), merupakan salah satu kitab terbaik di dalam menjelaskan tentang kewajiban berpegang kepada aqidah yang benar dan menjauhi kepercayaan yang sesat dalam beragama. Pembentangannya sistematik, dengan bahasa yang mudah difahami, merujuk kepada dalil-dalil yang sahih, serta membantah kepercayaan sesat dari golongan ahlu syirik dan atheis, menjadikannya sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Buku ini juga merupakan penjelasan yang baik berkenaan rukun iman yang enam dan asas persoalan bid'ah-bid'ah dalam agama. Supaya umat Islam mampu membezakan di antara aqidah yang benar dengan yang sesat, semoga mampu menjadi bekalan keselamatan dunia akhirat.

Total Pages:
358m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, March 29, 2010

231 - Ringkasan Siyar A'lam an-Nubala'

Ringkasan Siyar 'Alam an-Nubala'
(Nuzhatul Fudhala Tahdzib Siyar A'lam an-Nubala')


Title:
Ringkasan Siyar A'lam an-Nubala'
Nuzhatul Fudhala Tahdzib Siyar A'lam an-Nubala'

Author:
Imam Syamsyudin Muhamamd bin Ahmad bin Utsman Adz Dzahabi
(Imam adz-Dzahabi)
Peringkas: Dr. Muhammad Hasan bin Aqil Musa Asy-Syarif

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM320 (4 Jilid)

Weight:
4kg

Description:

Sejarah adalah salah satu disiplin ilmu yang mulia dan bermanfaat. Setiap peristiwa yang telah terjadi di dalam sejarah melahirkan pelajaran, sedangkan tragedinya menimbulkan titisan air mata. Memang benar, orang-orang yang peduli dengan kebangkitan Islam sewajarnya tahu melihat kepada sejarah, mengambil perhatian, dan memanfaatkan sesuatu yang positif sebagai penerus generasi untuk meluruskan jalan dan menjernihkan fikiran mereka. Kitab Sirah ini merupakan kitab yang sangat penting/bernilai, lengkap dengan pelbagai bentuk disiplin ilmu, dan lambakkan maklumat, yang tidak hanya terbatas pada satu fasa generasi atau masa, tetapi mencakupi awal mula kemunculan Islam sehingga abad ke-tujuh Hijriyah. Inforrnasi-informasi yang dimuatkan di dalamnya juga mencakup sekitar maklumat kota-kota Islam pada pada zaman kegemilangannya.

Selain itu, kitab ini cukup penting sebagai bahan rujukan ilmiyah untuk dan mampu memenuhi keperluan para sejarawan, ahli jarh dan ta'dil (salah satu cabang disiplin ilmu hadis yang membahaskan tentang sisi keadilan, kedhabitan dan cacat yang dimiliki oleh setiap individu yang meriwayatkan hadis) serta para penelitinya), informasi tentang semangat dan perhatian generasi Islam terdahulu dalam berdakwah serta beribadah.

Begitu pula informasi tentang tokoh-tokoh umat Islam, kilasan tentang keadaan dan ibadah mereka, yang diperlukan oleh mereka yang ingin mendapatkan gambaran tentang kehidupan generasi Islam pada masa sekarang dan akan datang, (insyaallah).

Peringatan berkaitan kesan yang diterima oleh orang-orang zalim, sombong, melampaui batas, ahli bid'ah, fasiq, dan ahli maksiat, sehingga generasi manusia pada masa ini dapat lebih berhati-hati turut terangkum di dalamnya. Muatan kisah-kisahnya yang indah dan penting berupaya menjadi bahan cerita alternatif untuk menggantikan kedudukan berita dan informasi yang tidak mendidik, yang disumbatkan/dipaksakan oleh mereka yang menginginkan generasi umat Islam rosak. Selain itu, terdapat sejumlah kaedah-kaedah agama, kemuliaan tauhid, perilaku, dan perhubungan sosial yang menyejukkan hati juga dimuatkan di sini. Perkara tersebut dikemukakan oleh adz-Dzahabi di sela-sela pembentangannya terhadap biografi seseorang tokoh.

Kelebihan Kitab Siyar A'lam An-Nubala:

1 - Ketelitian penulis. Beliau (rahimahullah) tidak hanya membentangkan biografi orang yang ditulis, tetapi juga disertakan dengan komentar jika menurutnya adalah perlu, iaitu dengan melakukan semakkan secara sempurna terhadap cerita yang dipaparkannya, sama ada dengan menyebutkan sisi kekurangannya mahu pun menjelaskan kelebihannya jika orang-orang pada umumnya menganggapnya buruk, atau berpandangan lain sekiranya diperlukan, atau mengkritik perilakunya dengan kritikan yang berpandukan kdpada syari'at. Kemudian beliau berusaha mengeluarkan kesimpulan secara umum terhadap individu yang ditulis biografinya tersebut, disertai dengan ketelitian. Ketelitian dalam menilai keperibadian manusia ini, memberikan cahaya terang yang dapat diambil manfaatnya oleh kebangkitan Islam, iaitu kebangkitan yang hampir memberikan hasilnya jika tidak dikotori oleh ulah sebahagian kelompok yang memiliki pandangan tersasar, yang menuduh para ulama dan da'i sebagai orang-orang fasik, ahli bid'ah, berpaling dari madzhab salaf, tidak berhati-hati dalam menilai orang lain, dan tidak takut kepada Allah ketika berprasangka buruk terhadap orang lain. Ada juga orang yang tidak mampu hidup melainkan dengan mencela orang yang tidak sama dengannya, melupakan kebaikannya, dan menyembunyikannya. Orang-orang seperti itulah yang disangkal secara tegas oleh Imam adz-Dzahabi, yang akan anda lihat/perhatikan di sela-sela pembentangan buku ini secara jelas, InsyaAllah. Adanya kajian kritis dalam kitab ini. Adz-Dzahabi tidak membiarkan peristiwa sejarah berjalan tanpa kritikan sekiranya menurutnya ia perlu diberi kritikkan dan penjelasan. Oleh karena itu, anda melihat beliau terkadang menolak peristiwa yang dinilainya mungkar atau memperbaiki (memberi pencerahan) terhadap peristiwa yang masih samar-samar atau mendukung pendapat penulis lain atau menjelaskan pendapatnya di dalam masalah tertentu yang perlu diberi perincian, penjelasan, dan seumpamanya. Metode kritis seperti inilah yang sering ditinggalkan oleh buku-buku sejarah dan penulis biografi lainnya.

2. - Kitab ini memuatkan masalah-masalah yang tidak dimuatkan oleh kitab-kitab lain, kerana ia menyatukan pelbagai input sejarah dengan riwayat hidup. Kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah misalnya, memuatkan cerita-cerita sejarah yang cukup luas, tetapi tidak memuatkan biografi para ulama, orang-orang yang terpilih, para pemimpin, dan sebagainya. Begitu juga kitab Al-Kamil karya Ibnu Al-Atsir (rahimahullah) dan kitab Tarikhul Umam wa Al-Muluk karya Ath-Thabari (rahimahullah). Memang ada kitab-kitab yang memuatkan biografi para tokoh seperti ini, namun dari rentetan cerita sejarah dengan metode penyusunan yang dibawakan oleh adz-Dzahabi ini tidak ditemukan di dalamnya. Misalnya kitab Hilyah Al-Auliya' dan Ath-Thabaqat karya Ibnu Sa'ad, serta Wafayat Al-'A'yaan. Sedangkan kitab ini membahaskan berkaitan biografi secara panjang lebar dengan disertakan kisah-kisah sejarah dan metode yang sangat tersusun, yang ditulis di sela-sela penulisan biografi seorang tokoh, khususnya biografi para khilafah, raja, dan pemimpin.

3 - Kitab Siyar a'lam an-Nubala' ini merangkumi sebahagian besar sejarah tokoh-tokoh penting dimata manusia (kebanyakan mereka atau sebahagian mereka, walaupun cacat di mata syariat) tidak hanya memuatank pengikut madzhab fiqih tertentu, raja, khalifah, pemimpin, penyair, ahli osastera Arab, ahli bahasa, pahlawan, panglima, pemimpin perang, doktor, hakim, para pekerja, dan penganut madzhab tertentu, tetapi juga mencakupi seluruh kelompok yang disebutkan dan hampir mencakupi seluruh teritorial/wilayah Islam. Memang benar biografi para ahli hadis lebih banyak disebutkan daripada tokoh tokoh lainnya. Ini adalah kerana perhatian/komitmen imam adz-Dzahabi yang sangat tinggi terhadap prinsip-prinsip ilmu hadis, lebih besar daripada disiplin ilmu lainnya, kerena sememangnya beliau adalah merupakan seorang hafiz (dalam bidang hadis) dan mahir di dalam hadis. Akan tetapi, kebanyakan para ahli hadis pada abad keemasan Islam dan selepasnya, adalah para ahli fiqih, ahli tafsir, orang-orang yang berperang di jalan Allah, para sasterawan, ahli nahwu (bahasa), dan tokoh-tokoh lainnya yang terkenal.

Total Pages:
lebih 800 m/s. bagi setiap jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, March 24, 2010

230 - Sikap Ahlussunnah wal Jama'ah Terhadap Ahli Bid'ah dan Pengikut Hawa Nafsu

Sikap Ahlussunnah wal Jama'ah Terhadap Ahli Bid'ah dan Pengikut Hawa Nafsu


Penulis:
Sikap Ahlussunnah wal Jama'ah Terhadap Ahli Bid'ah dan Pengikut Hawa Nafsu

Penerbit:
Syaikh Dr. Ibrahim B. 'Amir ar-Ruhaili

Penerbit:
Darul Falah

Harga:
RM100 (2 Jilid)

Berat:
3kg

Keterangan/Sipnopsis Buku:

Bagaimanakah sikap Ahlussunnah wal-Jama'ah berkaitan tindakan pengafiran, pemfasikkan, laknat, celaan, dan penerimaan amal ahli bidah di sisi Allah serta ketentuan taubat mereka? Bagaimanakah sikap Ahlussunnah wal Jama'ah terhadap hukum solat di belakang ahli bid'ah, mengadakan pernikahan dengan mereka, memakan sembelihan mereka, bermu'amalah dengan ahli bid'ah, mengunjungi mereka yang sakit, menyelenggarakan jenazah mereka, dan menanggapi persoalan hukum waris dengan mereka?

Buku ini merupakan sebuah panduan yang lengkap dan tuntas untuk kaum Muslimin (umat Islam) di zaman ini di dalam persoalan meletakkan sikap terhadap para ahli bid'ah dan pengikut hawa nafsu. Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili (salah seorang ulama di Saudi 'Arabia), berusaha menjelaskan dengan membentangkan sikap para salaf (ulama generasi awal) terhadap ahli bid'ah dan pengikut hawa nafsu dengan berpandukan kepada nash-nash dari Kitabullah, as-Sunnah dan atsar-atsar (fatwa) para Salaf (Sahabat, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in).

Antara lain, buku ini turut membahaskan siapakah Ahlus Sunnah, Salafi, dan mereka yang tergolong dalam golongan yang selamat. Seterusnya, ia mengupas definisi bid'ah secara padat dan ilmiyah serta pembahagiannya, definisi ahlul bid'ah, khawarij, Syi'ah, al-Qadariyah, Murjiah, dan Jahmiyah. kemudiannya beliau pun membentangkan berkenaan sikap sebenar seorang Ahlus Sunnah terhadap pelaku bid'ah dan ahli bid'ah di dalam berhubungan dengan mereka, menceritakan keburukkan mereka, menasihati/mengingatkan mereka, persoalan ucap salam, berdebat, status kesaksian mereka, dan seterusnya...

Jumlah Muka Surat:
530 m/s. (Jil. 1)
316 m/s. (Jil. 2)

Keterangan Lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account
CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), dan sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel, serta nyatakan sekali bayaran dibuat ke akaun mana, bagi tujuan urusan penghantaran.

Tuesday, March 23, 2010

229 - Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin

Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin


Title:
Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin

Author:
Disusun oleh Syaikh Sholah Mahmud as-Said

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM140 (2 Jilid)

Weight:
2.7kg

Description:

Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syar'i dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama' sangat memainkan peranan penting dalam memberikan arahan ataupun petunjuk dan akan selalu dicari serta dijadikan rujukan dalam mengatasi ke-anekaragaman dan kemajmukan permasalahan hidup ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedi fatwa salah seorang Tokoh ulama bermanhaj Salaf yang sangat terkenal serta pakar hadis pada era ini. Syaikh Muhammad bin Sholeh al-'Utsaimin (rahimahullah) yang telah membentangkan jalan penyelesaian yang mantap, tuntas dan syar'i terhadap pelbagai jenis permasalahan bermula dari persoalan Aqidah, Ibadah, Puasa, Mu'amalah, Zakat, Haji, Nikah, Jihad dan permasalahan lainnya dengan dalil-dalil yang diperakui lagi sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah as-Shahihah serta disajikan dengan format yang tegas, sistematik dan fokus kepada permasalahan yang dikehendaki. Semoga dengan pengumpulan, penyusunan, dan pembukuan himpunan fatwa-fatwa Syaikh Muhammad B. Sholeh al-'Utsaimin ini boleh dijadikan sebagai rujukan kita bersama.

Total Pages:
895 m/s. (Jil. 1)
640 m/s. (Jil. 2)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

228 - Miracle The Reference 22 in 1

Syamil al-Qur'an
Miracle The Reference 22 in 1



Contoh halaman

Keratan/Petikan Tafsir ath-Thabari

Panduan Hukum Tajwid

Tafsir al-Muyassar - Tafsir Al-Muyassar diterbitkan oleh Rabithah Alam Islami, dengan karekteristik seperti berikut:

1. Menggunakan penafsiran bil ma'sur dengan memilih riwayat yang sahih.

2. Memilih perkataan dan bahasa yang praktikal serta mudah difahami.

3. Padat dan ringkas serta tidak ada pengulangan perbahasan.

4. Merujuk kepada qira'ah Hafs bin Asim.

5. Tanpa menampakkan perbezaan qira'ah dan juga perbezaan struktur bahasa (I'rab).

6. Membiarkan kata-kata baku yang tidak dapat diterjemahkan.

7. Menunjukkan kaitan kandungan ayat-ayat dengan peraturan dan hukum keislaman.

Panduan Tajwid Berwarna

Contoh Terjemahan kata per kata

Asbabun Nuzul (Sebab Turun Ayat)

Indeks al-Qur'an

Atlas Sirah

Title:
Syamil al-Qur'an Miracle 22 in 1

The Reference

Author:
Sygma (Group Syaamil)

Publisher:
Sygma (Group Syaamil)

Price:
RM150

Weight:
2.5kg

Description:

Sebuah naskhah set lengkap al-Qur'an dengan pelbagai ciri kemudahan. Syaamil al-Qur'an Miracle 22 in 1 menampilkan ciri-ciri/kelengkapan sebagaimana berikut:

1. Al-Qur'an Terjemahan secara kata Per Kata

2. Penterjemahaan Kementerian Agama (Indonesia)

3. Panduan Tajwid Berwarna

4. Panduan Hukum Tajwid

5. DVD Tutorial

6. Tafsir Al-Muyassar

7. Asbabunnuzul (Sebab turun ayat)

8. Doa & Dzikir dalam al-Qur'an

9. Mukjizat Al-Qur'an

10. Indeks Al-Qur'an

11. Analisa Peta & Atlas Al-Qur'an

12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an

13. Intisari Ayat

14. Links to Related Articles

15. Muhasabah ayat & Surah.

16. Petikan Tafsir ath-Thabari & Ibnu Katsir.

17. Khazanah Ilmu.

18. Hadis-hadis Sahih.

19. Kosa Kata.

20. Tanda-tanda Dalam al-Qur'an.

21. Sirah Nabawiyah dan Atlas Sirah.

22. Index al-Qur'an.

Total Pages:
1374
(Ukuran: 21cm x 29.7cm)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

227 - Habbatus Sauda Jenama Hajar Aswad

Habbatus Sauda Jenama Hajar Aswad

Bunga Habbatus Sauda


Title:
Habbatus Sauda Jenama Hajar Aswad
Scientific Name: Nigella Sativa

Author:
CV. Sari Bunga Alam Lestari
Diperakui oleh Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI)

Publisher:
CV. Sari Bunga Alam Lestari

Price:
RM40

Weight:
200g

Description:

Habbatus sauda’ berkhasiat mengubati pelbagai jenis penyakit. Ini adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri di dalam hadisnya yang sahih:

"Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda mengandungi penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, kecuali mati." (HR. al-Bukhari)

Biji habbatus sauda’ mengandung 40% minyak takasiri dan 1.4% minyak atsiri, 15 jenis asid amino, protein, Calcium, Ferum, Natrium dan Kalium. Kandungan aktifnya: Thymoquinone (TQ), Dithymouinone (DTQ), Thymohydroquimone (THQ) dan Thymol (THY).

Telah terbukti dari berbagai hasil penelitian ilmiah bahawa habbatus sauda’ (Jintan Hitam, Nama Saintific: Nigella Sativa) berupaya mengaktifkan/memperkuatkan sistem imunisasi badan dengan cara meningkatkan kadar sel-sel T pembantu, sel-sel T penekan, dan sel-sel pertahanan secara asli/natural.

Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan yang dianjurkan oleh sunnah. Mengamalkan pemakanan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh. Kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah dihancurkan dan dikapsulkan bagi memudahkan proses pemasaran dan memakannya. Setiap kapsul mengandungi 600mg habbatus sauda hancur. Setiap botol mengandungi 220 kapsul. Untuk lebih lanjut berkenaan maklumat habbatus Sauda, boleh juga merujuk ke pautan berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/Nigella_sativa

Content:
Dibotolkan dalam bentuk kapsul, supaya tahan lebih lama. Telah disemak oleh Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI). Satu botol: 220 Kapsul. Setiap kapsul: 600mg.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, February 20, 2010

226 - Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Maqasid al-Syari'ah
Hikmah Di Sebalik Pensyariatan


Title:
Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Author:
Ustaz Rosli Mokhtar & Ustaz Mohd. Fikri Che Hussain

Publisher:
Karya Bestari (Malaysia)

Price:
RM7

Weight:
Kurang dari 100g

Description:

Buku ini merupakan sebuah buku yang menghidangkan topik yang agak berat iaitu matlamat ataupun tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah). Buku kecil ini merupakan ringkasan yang menjanjikan pengenalan terhadap subjek tersebut secara mudah untuk golongan awam.

Buku ini merupakan teks ringkas yang disadur dari kitab karangan Dr. Ahmad al-Raisuni berjudul Madkhal ila Maqasid al-Syariah (Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah).

Buku ini juga merupakan silibus yang dipelajari oleh Ustaz Rosli bin Mokhtar dan diajarkannya pula kepada para jemaah yang menghadiri kuliah Maghribnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, di atas permintaan ramai terutama dari kalangan jemaahnya buku ini diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik.

Pengajian topik ini merupakan natijah kepada subjek Usul fiqh yang menjelaskan matlamat dan tujuan syarak yang diturunkan oleh Allah ke atas kehidupan manusia.

Perbincangan dan kajian yang mendalam dalam subjek ini telah berlaku di negara-negara Arab Islam sejak berkurun lalu, terutamanya di kalangan ulama mujtahidin. Sebaiknya, kita soroti sejarah perkembangan ilmu ini secara ringkas untuk memahaminya secara lebih lanjut.

Di antara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah:

1 - MUKADIMAH

Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Maqasid al-Syariah

Istilah-istilah Arab yang perlu difahami.

Adakah Syariat Islam Senantiasa Relevan?

Sumber Syariah datangnya daripada Allah Taala.

2 - PENGENALAN ILMU MAQASID SYARIAH

Objektif Pensyariatan Islam Terhadap Umat Manusia

Pembahagian Maqasid Syariah (مقاصد الشريعة)

Kepentingan Memahami Maqasid Syariah.


3 - SYARIAH ANTARA TA’ABUD (التَّعَبُّد) & TA’LIL (التَعْلِيْل)

Hikmah Dalam Beribadah (al-Ta’abud)

Doa: Antara Pengabdian & Hikmah

Tujuan Pentarbiyahan Dalam Doa

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Menerangkan Rahsia & Hikmah Hukum

Pengertian al-Ta’lil

Maqasid Syariah Pada Zaman Sahabat.

4 - MENGAMBIL SEGALA KEBAIKAN DAN MENOLAK KEBURUKAN

Pengertian Kebaikan Dan Keburukan

Pembahagian Kebaikan (Al-Maslahah).

5 - MASALIH AL-MURSALAH (المصالح المرسلة)

Hujah “Maslahah Mursalah” Sebagai Sumber Hukum Syarak.

Mazhab Yang Menolak Penggunaan “Maslahah Mursalah”

Syarat Beramal Dengan “Maslahah Mursalah”

Pembahagian Al-Maqasid.

Pelengkap Kepada Kebaikan-Kebaikan (Masalih).

Hubungan di Antara Tiga Jenis-jenis Maqasid.

Kaedah-Kaedah Maqasid atau “Qawaid Maqasidiyah (قواعد المقاصدية)”

Syarat Jumhur Ulama Dalam Beramal Dengan Segala Maslahah.

Meninjau Pada Natijah Akhir Perbuatan (مآلات الأفعال).


Hujah Mewajibkan Agar Melihat Kepada Natijah Akhir Perbuatan.

6 - AL-DHARURIYAT AL-KHAMS

Total Pages:
142

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, February 10, 2010

225 - 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu


Title:
10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

Author:
Syaikh Dr. Abdus Salam B. Barjas 'Ali 'Abdul Karim
Syaikh Muhammad B. 'Abdul Wahhab al-Wushobi

Publisher:
Pustaka al-Haura'

Price:
RM18

Weight:
150g

Description:

Menuntut ilmu itu memiliki rintangan dan halangan. Mencari ilmu itu penuh gangguan dan godaan. Menggapai ilmu itu memerlukan kesabaran dan masa. Ilmu itu perlu diperhalusi dengan susunannya. Dikuasai dengan tingkatan dan turutannya. Ilmu itu dipelajari dari para alim. Bagaimana persoalan berguru dengan buku semata-mata? Bagaimana persoalan ilmu tanpa amal?

Buku ini menjelaskan pelbagai persoalan berkenaan rintangan dan cabaran di dalam menuntut ilmu. Kemudian ia memberi garis panduan berkaitan persoalan adab untuk para penuntut ilmu. Juga adab seorang guru di dalam menyampaikan ilmunya. Disertakan di dalam buku ini adalah nasihat dari beberapa orang ulama yang berkaitan.

Total Pages:
191

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

224 - Ringkasan Kitab al-Umm

Ringkasan Kitab al-Umm


Title:
Ringkasan Kitab al-Umm
(Judul Asal: Mukhtashar Kitab Al Umm fiil Fiqhi)

Author:
Imam asy-Syafi'i (Abu Abdullah Muhammd bin Idris)
Peringkas dan Peneliti: Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail
Penterjemah: Mohammad Yasir Abd Muthalib Lc, Andi Arlin

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM220

Weight:
3.6Kg

Description:

Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia [dan Malaysia], mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.

Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.

Kitab al-Umm adalah satu di antara kitab-kitab Imam Syafi'i yang sangat terkenal. Di sana termuat fiqh Imam Syafi'i. Maka, tidak jarang apabila di dalam sesebuah perbahasan hukum fiqh disebutkan "menurut Imam Syafi'i" maka yang dimaksudkan adalah dalam kitab al-Umm tersebut. Kitab al-Umm adalah sebuah kitab tebal yang terdiri dari empat jilid dan berisi 128 masalah. al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Jumlah kitab/bab (persoalan) dalam kitab al-Umm sebanyak 40 bab lebih (wallahua'lam) dimulakan dari kitab at-Thaharah (bersuci) kemudian kitab as-Sholat. Begitulah seterusnya yang beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh ..."

Ringkasan KITAB AL-UMM ini adalah terjemahan dari kitab Mukhtashar Kitab Al-Umm fiil Fiqhi, yang merupakan ringkasan kitab al-Umm yang disertakan dengan catatan kaki dari peneliti atau pentahqiqnya (penyemak). Ia memuatkan perkataan dan fatwa-fatwa Imam asy-Syafi'i dalam pelbagai perkara terutamanya skop fiqih. Penyusun semula kitab ini, setelah secara ringkas menyebutkan berkaitan biografi Imam asy-Syafi'i, pada jilid 1 kitab terjemahan ini membentangkan perbahasan masalah-masalah fiqh yang disusun secara berurutan seperti berikut:

a.. Tentang bersuci (thaharah),
b.. Tentang haid,
c.. Tentang solat,
d.. Tentang solat 'iedain (dua hari raya),
e.. Tentang jenazah,
f.. Tentang zakat,
g.. Tentang pembagian zakat,
h.. Tentang puasa,
i.. Tentang i'tikaf,
j.. Tentang haji,
k.. Tentang Korban,
l.. Tentang haiwan buruan dan sembelihan,
m.. Tentang makanan dan keterangan halal haramnya,
dan.. Tentang nadzar.

Sehinggalah ke jilid-jilid seterusnya dengan pelbagai lagi bab dan skop perbahasannya seperti:

Jual-beli, wasiat, hukum gadaian, hibah, luqathah (barang temuan), faraidh, jizyah, memerangi pemberontak, hukum pertandingan, perbahasan nikah, mahar, syighar, nafkah, diyat, hudud, qishash, pengadilan, talak, perbezaan pandangan di kalangan sahabat, perhambaan, rangkuman ilmu, hukum undian, memerdekakan hamba, wala', dan pelbagai lagi lainnya.

Setiap persoalan dibahaskan berdasarkan dalam bab-bab yang lebih khusus dan terperinci.

Perbahasan di dalam buku ini banyak dilakukan dengan pola dialogis (soal-jawab) yang menunjukkan bahawa Imam asy-Syafi'i seorang pendebat yang hebat. Sesiapa yang membacanya nescaya dia akan menyaksikan kekuatan hujjah imam asy-Syafi'i dan ketajaman hujjah berdasarkan al-kitab dan as-Sunnah. Tambahan catatan kaki, menyempurnakan kehadiran kitab ini.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati penulis, peringkas dan peneliti dan menjadikannya sebagai amal yang mulia, yang dapat memperbesar timbangan kebaikan kita semua.

Total Pages:
3 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, February 5, 2010

223 - Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???

Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???


Title:
Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5???

Author:
Himpunan Kertas Kerja Seminar, Susunan/suntingan oleh Dr. Sulaiman Nordin, Dr. Mohd. Zawawi Abdullah, dan Dr. Mohamad Sabri Haron

Publisher:
Pusat Pengajian Umum
Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Price:
RM10

Weight:
200g

Description:

Buku ini membincangkan:

1 - Benarkah ajaran Syiah imamiyyah membahayakan aqidah, syariat, akhlak, ummah (masyarakat), dan negara?

2 - Benarkah ajaran Syiah Imamiyyah merupakan mazhab yang muktabar (diterima) di sisi ahli Sunnah wal Jama'ah?

3 - Benarkah perbezaan di antara Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah hanya di peringkat furu' atau rantingnya dan bukan di peringkat aqidah atau akar umbi (ushul)?

4 - Benarkah kaum Syiah Imamiyyah menganggap bahawa Ahli Sunnah wal Jama'ah najis dan tiak selamat?

5 - Benarkah kaum Syiah Imamiyyah memaki hamun Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu a'nhu dan ummul mukminin 'Aisyah radhiyallahu 'anhu. Malah mereka mengkafirkan mereka?

6 - Mengumpulkan beberapa persoalan-persoalan lazim dari kalangan masyarakat berkenaan Syiah.

Total Pages:
210

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, February 3, 2010

222 - Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'

Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya


Title:
Ad-Daa' Wa ad-Dawaa'
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya

Author:
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H)
Tahqiq: Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM72

Weight:
100g

Description:

Buku ini berbicara dengan panjang lebar lagi terperinci dalam pelbagai persoalan doa, aqidah, akhlak, kesan maksiat, syirik, cinta (al-Hubb), kesan cinta, tarbiyah dan tazkiyatun-nufus. Perbahasan tulisan dimulakan dari persoalan pentingnya do'a bagi seseorang hamba serta hubungan do'a dengan takdir. 2 - Berbicara berkaitan jenis-jenis maksiat dan bahayanya bagi para pelakunya, juga dosa-dosa dan kesan negatifnya secara langsung di dunia. 3 - Kemudian beliau (penulis/Ibnul Qayyim) berbicara pula tentang hukuman Allah terhadap hamba-Nya sama ada hukuman yang bersifat syar'i atau pun qadari, qalbi atau pun badani, duniawi atau pun ukhrawi. 4 - Berbicara mengenai syirik dan jenis-jenisnya di dalam ibadah perbuatan, perkataan, kehendak, dan niat, serta syiriknya agama Nasrani, juga syirik dalam wasilah dan syafaat. 5 - Berbicara berkaitan pintu-pintu pembuka maksiat, di antaranya bisikan hati, pandangan mata, dan langkah kaki. 6 - Berbicara mengenai liwat (homoseks) dan menyetubuhi binatang. 7 - Serta tentang kesucian diri, hakikat cinta, peringkat dan jenis-jenis cinta, soal mabuk asmara dan beebrapa permasalahan yang lain. Anda akan menjadi terpesona dengan huraian-huraian yang disusun oleh penulis yang sangat berilmu dan faqih dari halaman demi halaman. Anda akan merasa puas dari dahaga ilmu yang bermanfaat.

Maka, telitilah buku ini dari lembaran pertama sehingga ke akhirnya...

Demikianlah, begitu banyak persoalan masalah yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim (rahimahullah) secara panjang lebar berserta penyelesaiannya yang begitu meyakinkan. Beliau memaparkan pelbagai perkara, sama ada yang halus (tersirat) atau pun yang tampak (tersurat) dari sudut hakikat ilmu, disertai dengan penjelasan tentang pengawasan dan pembaikan terhadap jiwa.

Setiap perbahasan yang beliau utarakan menjadikan para penuntut ilmu wajib memiliki dan menala'ah kitab ini. Kitab aslinya berjudul al-Jawaabul Kaafi li Man Sa-ala 'anid Dawaa'isy Syaaft atau ada yang menyebutkannya dengan judul: ad-Daa' wad Dawaa'.

Selaku penulis, Imam Ibnul Qayyim (rahimahullah) sendiri tidak pernah memberi judul karya beliau ini dengan salah satu dari kedua judul tersebut, sebagaimana dijelaskan di dalam muqaddimah beliau. Kedua judul tersebut diberikan untuk sebuah karya yang sama, iaitu yang ditulis oleh Ibnul Qayyim, sebagai jawaban terhadap soalan yang diajukan kepada beliau. Pembetulan makna di antara kedua judul tersebut dengan isi kitab ini tampak jelas walaupun judul ad-Daa' wad Dawaa' lebih dikenali. Sebab, judul tersebut diperkuatkan oleh para penyusun biografi beliau (rahimahullah), seperti al-Hafizh Ibnu Rejab al-Hambali (rahimahullah) dalam Dzail Thabaqaat al-Hanaabilah (11/450), Ibnul 'Ammad (rahimahullah) dalam asy-Syadzaraat (VI/169), serta asy-Syaukani (rahimahullah) dalam al-Badruth Thaali' (11/144).

Total Pages:
565

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

220 - Tarbiyatul Abna' - Bagaimana Nabi Mendidik Anak

Tarbiyatul Abna'
(Bagaimana Nabi Mendidik Anak)


Title:
Tarbiyatul Abna'
Bagaimana Nabi Mendidik Anak

Author:
Syaikh Musthofa al-Adawi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM25

Weight:
300g

Description:

Buku ini judul asalnya adalah: Fiqh Tabiyah al-Abna' wa Thaifah min Nasha'ihi al-Athibba'i, karya Syaikh Musthofa al-'Adawi. Buku ini menyusun sebuah perbahasan yang sangat penting dan bermanfaat di dalam hal-ehwal memberi didikan kepada anak-anak berdasarkan panduan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Setiap kaedah diperbahaskan dari sudut fiqh, adab, dan akhlak. Dari sudut nilai ilmiyah, perbahasan ini disusun berpandukan al-Qur'an, hadis-hadis/sunnah Rasulullah, petunjuk para Sahabat, Tabi'in, dan para ulama yang mengikuti jejak para salafush Soleh. Semoga dengan kehadiran buku ini, ia akan membantu kita terutama para ibu bapa di dalam mengorak dan menyusun langkah mendidik anak-anak. Buku ini turut dilengkapi dengan beberapa buah nasihat dari pakar di dalam bidang kesihatan yang khusus ditujukan untuk para ibu sebagai panduan di dalam mendidik dan menjaga kesihatan anak-anak. Secara ringkas, antara yang dimuatkan di dalam buku ini adalah seperti 1 - Persoalan doa dan hidayah buat anak-anak, 2 - Doa para Nabi, 3 - Faktor-faktor kebaikan ibu bapa memberi kesan kepada anak-anak, 4 - menyambut anak yang baru dilahirkan, 5 - Persoalan belaian dan kasih-sayang, 6 - Aqiqah, 7 - Waktu bermain anak-anak, 8 - Paraktikal Adab-adab kepada anak-anak, 9 - Persoalan penerapan aqidah, 10 - Akhlak ketika menghadap makanan, 11 - Kematangan, Tanggungjawab dan peranan ibu bapa, 12 - Solat dan asas-asas agama yang lain, 13 - Memperkenalkan anak-anak kepada para Nabi dan tokoh-tokoh ulama dari kalangan para sahabat dan seterusnya, 14 -Memperaktikkan nasihat Luqman di dalam al-Qur'an, 15 - Pakaian anak-anak, 16 - Pendidikan anak-anak, 17 - Bagaimana menghadapi fitnah dan serangan pemikiran, 18 - Nasihat-nasihat kesihatan dan pemakanan dari para doktor.

Total Pages:
392

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

219 - Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Title:
Kunci Memahami Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Abu Yahya Badru Salam

Publisher:
Pustaka al-Bashirah

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

Hadis Nabi (maksudnya): Semoga Allah memberikan cahaya di wajah kepada orang yang mendengarkan sabdaku lalu ia memahaminya, menghafalnya, dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebihn faqih darinya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2658)

Sufyan B. 'Uyainah (rahimahullah) berkata: "Tiada seorang pun dari ahli hadis melainkan di wajahnya terdapat cahaya berdasarkan hadis ini." (Rujuk: Qowa'id Attahdits, Karya al-Qasim, m/s. 48)

Atas sebab itulah, buku ini ditulis, bagi tujuan mengajak kita semua untuk sama-sama memahami hadis-hadis Rasulullah Shallalllahu 'alaihi wa Sallam dengan baik. Di antara isi kandungan buku ini adalah membahaskan 1 - Keutamaan Ilmu Hadis, seperti bagi tujuan memelihara syari'at, sebagai jihad, bagi tujuan memahami agama, 2 - Memahami Fiqh Hadis, 3 - Meneliti Keabsahan Hadis, 4 - Dan selainnya...

Total Pages:
174

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.