Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, May 24, 2010

251 - Shahih Asbabun Nuzul

Shahih Asbabun Nuzul
Seleksi Hadits-hadits Sahih Turunnya Ayat-ayat al-Qur'an

Title:
Sahih Asbabun Nuzul
Seleksi Hadis-hadis Sahih Turunnya Ayat-ayat al-Qur'an
Judul Asli ('Arab): ash-Shohih al-Musnad Min Asbab an-Nuzul

Author:
Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM52

Weight:
300g

Description:

Asbabun Nuzul adalah merujuk kepada sebab-sebab turunnya sesuatu ayat al-Qur'an. Perkara ini sangat penting untuk diketahui dan difahami bagi memahami satu-satu ayat al-Qur'an sekaligus membantu dalam proses penafsiran ayat tersebut. Namun, bukanlah semua ayat al-Qur'an memiliki sebab-sebab (atau latar belakang) yang jelas dan terperinci kenapa ia diturunkan. Namun, bagi ayat-ayat al-Qur'an yang memiliki penjelasan berkenaan sebab-sebab mengapa ia diturunkan, adalah suatu usaha yang sangat baik sekiranya kita berusaha untuk memahaminya.

Dalam keadaan tertentu, banyaknya periwayatan berkenaan asbabul Nuzul (sebab-sebab turunnya) sesuatu ayat al-Qur'an akan menimbulkan hasil penafsiran yang pelbagai yang mungkin akan mengarah kepada lahirnya syubhat, kesilapan dan perselisihan dalam memahami satu-satu ayat al-Qur'an. Dari itu, proses penyemakan dan penelitian periwatan atau hadis-hadis berkenaan dengannya perlu dilakukan. Proses ini adalah bagi memastikan riwayat mana yang sahih dan mana yang tidak sahih, sekaligus membantu para ahli tafsir dan pengkaji memahami ayat-ayat al-Qur'an dengan sumber asbabun nuzul yang tepat/sahih yag dengannya membantu menghasilkan kefahaman yang tepat.

Dari itu, berikut ini adalah sebuah kitab yang telah dicetak dan diterbitkan berulang-ulang kali disebabkan banyaknya manfaat darinya. Dan merupakan salah satu kitab yang menjadi best-seller di timur tengah.

Kitab ini adalah hasil susunan dan penelitian oleh salah seorang tokoh ulama hadis moden yang terkenal dari negeri Yaman bernama Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i rahimahullah. Dengan lahirnya kitab ini beliau telah berjaya dalam usahanya menyediakan pilihan hadis-hadis yang sahih yang membawakan penjelasan sekitar sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Kini, kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa yang dapat sama-sama kita fahami sebagai salah satu bentuk rujukan di dalam usaha memahami al-Qur'an dengan baik secara umumnya.

Total Pages:
504 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, May 23, 2010

250 - Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum


Title:
Keabsahan Hadis Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Ulil Albab

Price:
RM20

Weight:
350g

Description:

Secara umumnya manhaj/prinsip Islam dalam ilmu adalah satu, iaitu dengan mengikuti nash dari al-Qur'an, as-Sunnah, dan ijma' salafush-sholeh (generasi ulama awal umat Islam). Namun begitu, pada masa ini masih terdapat terlalu banyak perkataan dan fatwa-fatwa yang dilontarkan kepada umum yang hakikatnya bertolak-belakang dari landasan prinsip tersebut. Sama ada disebabkan jahil terhadap kefahaman para ulama generasi awal terhadap 'aqidah itu sendiri mahupun dengan sebab taksub dan terkesan dengan pemikiran-pemikiran lain yang menyimpang lagi menyesatkan. Mungkin juga dengan sebab terlalu kurangnya meneliti dan tidak sabarnya untuk berhujjah, maka ada sebahagian kelompok yang menyuarakan ke khalayak umum bahawa Hadis Ahad itu tidak dapat menegakkan prinsip-prinsip aqidah disebabkan ia hanya sekadar mampu menghasilkan dalil yang dzann (jangkaan/andaian) semata-mata. Namun, mereka menyatakan boleh pula hukum-hukum yang bersifat amalan atau syari'ah untuk ditegakkan dengan hadis ahad.

Dengan itu, berikut adalah sebuah tulisan daripada Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali berkenaan dengan perkara ini yang yang menunjukkan bahawa hadis ahad adalah hujah yang diterima dalam Islam sama ada dalam persoalan aqidah mahu pun hukum. Dengannya beliau mengemukakan pembuktian secara ilmiah sekaligus menolak satu-persatu hujah golongan yang menolak hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah dalam bentuk analisa yang sangat memuaskan. Beliau juga turut membongkar penyelewengan dan manipulasi golongan tersebut terhadap nama-nama ulama tertentu di dalam menguatkan hujah-hujah mereka.

Di antara natijah/kesan penolakan hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah akan membawa kepada penolakan beberapa unsur-unsur keimanan yang sangat penting sebagaimana berikut (sedangkan para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah telah mengimaninya sejak dari dahulu sehingga sekarang dan telah termaktub di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti bahawa mereka menegakkan prinsip-prinsip aqidah dengannya):

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

Total Pages:
212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

249 - al-Qowa'id al-Fiqhiyah - Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami


Title:
al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

Author:
Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM26

Weight:
500g

Description:

Sekiranya asas selamatnya seseorang hamba itu tidak akan diperolehi melainkan dengan bersihnya tauhid dan bebasnya daripada pencemaran tauhid (syirik), maka keselamatan yang sempurna pula tidak akan dapat diraih melainkan dengan kemurnian (keikhlasan) ibadah dan bebasnya dari bid’ah. Sekiranya masalah yang pertama diketahui dengan mempelajari ilmu tauhid, maka bahagian yang kedua diketahui dengan ilmu fiqih.

Ilmu fiqih memiliki keutamaan yang sangat besar dan luas. Dengan ilmu tersebut diketahui bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang benar, bermula dari persoalan bersuci, solat, zakat, puasa, haji dan selainnya. Dengan ilmu fikih diketahui bagaimana cara mencari rezeki yang halal dan menghindari cara yang haram, ia diperolehi melalui fiqih mu’amalat, jual beli, riba, sewa-menyewa dan selainnya. Dengannya diketahui bagaimana cara membina keluarga yang bahagia, hak-hak suami isteri serta anak. Perbincangan ini diperolehi dalam fiqih pernikahan. Dengan ilmu fiqih diketahui bagaimana harta seseorang akan dibahagi-bahagikan sepeninggalnya, yang mana ianya dibahaskan dalam ilmu faraidh. Dengan ilmu fiqih diketahui pula balasan bagi orang yang melakukan jenayah, yang mana perkara ini disebutkan dalam fiqih jinayat dan lainnya. Dan masih banyak perkara lain yang diketahui dengan mempelajari ilmu fiqih. Namun di ketika persoalan fiqih adalah persoalan yang selalu berkembang seiring dengan perkembangan zaman, manakala nash al-Qur’an dan as-Sunnah ash-Shohihah yang menjadi dasar hukum persoalan fiqih terbatas, kerana keduanya terputus dan tidak berkembang lagi dengan wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sedangkan sudah dimaklumi bersama bahawa sesuatu yang terbatas tidak mungkin dapat mengiringi sesuatu yang tidak terbatas dan sentiasa berkembang, maka para ulama’ berjuang dan berusaha keras untuk merumuskan pelbagai kaedah yang diambil dari kedua wahyu tersebut supaya dapat digunakan sepanjang masa sehinggakan terhadap masalah-masalah yang belum pernah ada dan belum pernah wujud pada zaman ketika wahyu diturunkan. Dan kaedah ini terbagi menjadi dua jenis:

Pertama: Kaedah yang berhubungan dengan dalil, maksudnya adalah bagaimana cara memahami dan mengambil faedah dari sesebuah dalil, yang kemudian dikenali dengan istilah ilmu ushul fiqih.

Kedua: Kaedah yang berkaitan secara langsung dengan amal perbuatan hamba, yang kemudian disebutkan dengan ilmu al-Qowa’id al-Fiqhiyyah (kaedah-kaedah dalam fiqh). Banyak faedah yang dapat diambil dengan mempelajari serta memahami kaedah=kaedah fiqhiyah, dua faedah tersebut di antaranya adalah:

1. Sebuah kaedah fiqih dapat digunakan untuk memehami begitu banyak permasalahan fiqih yang tercakup dalam pembahasannya. Dan ini akan sangat memudahkan seseorang penuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum fiqih tanpa harus menghafal sebuah permasalahan satu persatu. Imam al-Qorrofi berkata: “Sesiapa yang menguasai fiqih melalui penguasaan kaedah-kaedahnya, maka dia tidak perlu untuk menghafal semua permasalahannya satu-persatu kerana telah tercakup dalam keumuman kaedah tersebut. (Lihat: al-Furuq al-Qorrofi, 2/115)

2. Penguasaan kaedah-kaedah fiqh adalah sangat membantu seseorang dalam memberikan sesebuah hukum berkaitan isu terkini dan semasa serta belum pemah terjadi sebelumnya dengan cara yang lebih mudah. (Lihat al-Wajiz fi idhohi Qowa'id al-Fiqh al-Kulliyah oleh DR. Muhammad Shidqi al-Burnu, hal. 24) Contohnya: Sekiranya ada orang bertanya: apakah hukum rokok? Disebabkan rokok belum ada pada zaman Rasulullah. Maka jawabnya: Rokok adalah haram, kerana dengan kesepakatan para pakar kesihatan bahawa ia membahayakan tubuh dan mengancam kesihatan yang mana disebutkan dalam sebuah kaedah fiqih yang maknanya: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan diri ataupun orang lain.” Maka semakin nampaklah betapa penting ilmu qowa’id al-fiqhiyah ini untuk dipelajari. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempelajari ilmu fiqih. Di dalamnya membentangkan kaedah-kaedah ilmu fiqih yang dibahaskan secara praktis dan jelas. Pelajaran ilmu fiqih ini disebutkan sebagai al-Qowa’id al-Fiqhiyyah, semoga pembaca dapat mendulang faedah-faedah yang banyak melalui buku ini.

Total Pages:
337 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, May 22, 2010

248 - Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam

Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam


Title:
Tazkiyatun Nufus Para Nabi 'Alaihimus Salam

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka asy-Syafi'i

Price:
RM24

Weight:
300g

Description:

Tidak banyak buku yang ditulis oleh para penulis Muslim yang berkaitan dengan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) sebanyak buku-buku yang ditulis mengenai persoalan ‘aqidah, fiqih, hadis, sejarah/sirah dan lain-lain. Ironisnya dari yang sedikit itu hanya beberapa buah buku yang ditulis secara ilmiyah berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Sebahagian besar buku-buku berkaitan itu ditulis oleh pengarang-pengarang dari golongan/berfahaman sufi/tasawuf yang sarat/penuh dengan cerita-cerita takhayyul dan khurafat tasawuf yang menyesatkan.

Manakala buku ini yang ditulis/disusun oleh Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali seorang ahli hadis masa kini mencuba mengingatkan masyarakat Islam berkenaan kekeliruan sebahagian besar mereka dengan metode/kaedah tazkiyatun nufus iaitu dengan membuat karya ilmiyah berupa sebuah buku yang beliau beri judul: Manhajul Anbiyaa’ fii Tazkiyatin Nufuus (Tazkiyatun Nufus Para Nabi). Buku ini selain memberi kritikan/analisa kepada metode tazkiyatun nufus yang banyak berlegar di dalam masyarakat, ia sangat mengutamakan pendekatan ilmiah berdasarkan sumber-sumber dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Di dalam buku ini penulis berbicara tentang tujuan tazkiyatun nufus, motivasi dan hasil ketaqwaan, tazkiyatun nufus sebagai aspek kekuatan umat, prinsip dakwah para nabi, salah satu rukun kenabian, definisi taqwa dan rukun-rukunnya, taqwa dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, prinsip tazkiyatun nufus yang benar dan selainnya yang berkaitan. Di akhir perbahasan, beliau membongkar beberapa bentuk kesalahan manhaj tasawuf dalam tazkiyatun nufus yang hanya berlandaskan kepada perasaan dan pengalaman peribadi tokoh-tokoh sufi. Semoga buku ini memberikan bentuk kefahaman yang baru lagi segar dan benar serta berupaya mengajak umat Islam ke jalan yang lurus dalam tazkiyatunnufus...

Total Pages:
235 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

247 - Menyingkap Aliran dan Paham Sesat

Menyingkap Aliran dan Paham Sesat


Title:
Menyingkap Aliran dan Paham Sesat
Judul Asal ('Arab): Aqa'id al-Firaq adh-Dhallah wa 'Aqidah al-Firqah an-Najiyah

Author:
Ummu Tamim Izzah BT. Rasyad
Disemak: Syaikh Musthofa al-'Adawi

Publisher:
Pustaka Imam Ahmad

Price:
RM22

Weight:
400g

Description:

Aliran dan pemikiran sesat kian semakin mengepung umat Islam. Tetapi, majoriti daripada kita hampir sama sekali tidak memahami sedikit pun tentang aliran-aliran sesat yang wujud, apatah lagi memahami tentang al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat/benar), iaitu Ahlus Sunnah wal-Jamaah (bukan kenal hanya pada nama). Lebih parah bahawa semua aliran sesat ini menjajakan (mempromosikan) ajaran bid'ahnya dan menghalangi pengikut-pengikutnya dari menuntut ilmu syar'i (agama). Pada masa yang sama, setiap aliran mengakui bahawa mereka mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam. Ini sekaligus menjadikan isu kesesatan tersebut samar (sukar difahami) oleh kebanyakan umat Islam. Maka, kepada setiap orang yang mengaku bahawa ia mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam kami sampaikan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Katakanlah: 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar'. " (al-Baqarah, 2: 111)

Mereka tidak memiliki bukti dan dalil kecuali dalil-dalil lemah yang tidak dapat dijadikan sebagai hujjah. Kerana itu, perbahasan mengenai persoalan ini sangatlah penting. Kerana penelitian mengenai perkara tersebut akan memperlihatkan kepada kita rahsia-rahsia kesesatan dari aliran-aliran mereka tersebut yang sebenarnya banyak menyebar di tengah-tengah umat Islam. Terkadang sebahagian dari mereka meyakini sebahagian perkara yang tanpa mereka sedari bahawa ia sebenarnya adalah kefahaman aliran sesat. Walaupun secara zahirnya, mereka memang tidak terlibat secara rasmi dengan mana-mana aliran atau kelompok sesat yang dimaksudkan. Misalnya, ada orang melakukan dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin, lalu ia berdalih dengan nash-nash dari al-Qur'an mahupun as-Sunnah dengan mengharapkan sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam, "Sesiapa yang ucapan terakhirnya adalah la ilaha illallah, maka ia masuk syurga." Dengan mengabaikan nash-nash lain yang mengandungi ancaman. Dan sebenarnya ini adalah fahaman kelompok sesat Murji'ah, sama ada ia sedar atau pun tidak. Ada pula orang yang gemar merayakan/membesarkan hari Maulid dan hari-hari lainya dengan anggapan bahawa ia adalah sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wa Salam. Mungkin ia tidak tahu bahawa perayaan Maulid Nabi adalah ciptaan Daulah Fathimiyah al-Ubaidiyah (yang beraqidah Syi'ah sesat) yang dinisbatkan kepada Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah al-Yahudi, yang menguasai Mesir sejak tahun 357-567 H. Pertanyaan: Mengapa terjadi kesesatan? Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, penyebab kesesatan itu di antaranya adalah kerana kejahilan orang yang jahil itu dalam mengikuti nenek moyang mereka dengan membabi-buta (tanpa ilmu), tokoh tertentu atau orang-orang yang dikasihinya sehingga ia menyimpang dari jalan yang lurus disebabkan kejahilannya terhadap perintah dan larangan Allah. Atau, mungkin juga kerana mengikuti nafsunya dengan tanpa petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga ia meninggalkan menuntut ilmu syar'i untuk mengetahui kebenaran. Sebab itulah, perbahasan mengenai persoalan ini sangat penting. Dengannya, ia membantu kita menyingkap rahsia dan bentuk-bentuk fahaman (ciri-ciri) dari aliran-aliran sesat yang masih berakar di tengah-tengah umat Islam dengan modes operandi yang lebih menarik, lebih moden.

Buku di hadapan Anda ini memang tidak membahaskan semua aliran secara terperinci, tetapi buku ini mengemukakan asas-asas dan ciri-ciri utama yang dipegang oleh aliran-aliran sesat. Meskipun buku ini tidak menyebutkan semua aliran yang ada, tetapi keyakinan-keyakinan dan dasar-dasar mereka tidak keluar dari apa yang telah disebutkan di sini. Jadi, buku ini diharapkan mampu dijadikan sebagai panduan untuk menilai adakah suatu aliran atau doktrin itu sesat atau tidak. Dengan kemunculan pelbagai bentuk aliran sesat, para ulama telah berusaha dengan sedaya-upaya dari dulu hingga kini untuk menghadapi/menangkis serangan pemikiran mereka dengan rapi di setiap masa dan tempat, dengan mengerahkan jerih-payah dan waktu mereka, menggoreskan pena mereka untuk membela agama ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas jasa mereka terhadap Islam dan umat Islam. Namun disebabkan luasnya ilmu mereka, maka penuntut ilmu yang masih di awal pembelajaran akan merasa sedikit (atau beberapa) bentuk kesukaran untuk memahami kitab-kitab mereka, apatah lagi masyarakat awam di luar sana. Sering ada pertanyaan tentang kitab yang mudah difahami yang membahaskan berkaitan doktrin aliran-aliran sesat yang wujud di sekitar mereka. Inilah buku 'Aqa'id al-Firaq adh-Dhallah wa Aqidah al-Firqah an-Najiyah, di antara buku-buku yang berusaha melakukan perbandingan di antara ciri-ciri utama bagi setiap aliran sesat dengan asas manhaj/prinsip ahlus sunnah wal-Jama'ah. Ini adalah kerana sesuatu itu akan lebih mudah untuk dikenal dengan menunjukkan lawannya atau kebalikannya, dan kebenaran akan menjadi jelas dan terang bila dibuat perbandingan dengan yang batil, hakikat tauhid akan lebih mudah difahami dengan menjelaskan contoh-contoh kesyirikan.

Syaikh Musthofa al-'Adawi hafizahullah berkata ketika memberi kata-kata aluan buku ini:Ini adalah kitab yang bermanfaat yang menjelaskan berkaitan aliran-aliran dan fahaman sesat berserta penganutnya, yang ditulis oleh ukhtina fillah, seorang da'iyah ilallah (pendakwah wanita) dan kita tidak mensucikan seseorang di hadapan Allah 'azza wa Jalla. Ia berjalan di atas manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, memilih yang haq dan kebenaran, serta mencari dalil yang sahih, iaitu saudari kita, Ummu Tamim...... Beliau menulis buku ini sebagai nasihat, penjelasan, dan peringatan bagi umat Islam secara umum dan bagi saudara-saudaranya, sama ada lelaki atau pun wanita, dari kalangan penuntut ilmu secara khususnya, sehingga jalan mereka tidak bercabang dan tidak tercerai-berai dari jalan Allah....... Saya telah membaca tulisannya ini dan saya mendapati (alhamdulillah) sebagai buku yang bermanfaat walaupun perbahasannya ringkas. Saya melihat, semua dalil-dalil hadis yang digunakan adalah sahih. Penulis juga memenuhi kajiannya ini dengan nukilan-nukilan perkataan para ulama dengan menyertakan sekali rujukannya...... Hanya kepada Allah saya memohon supaya memahkotai segala usahanya dengan kejayaan dan kelurusan, menerima amalnya dengan penerimaan yang baik dan memberinya taufiq pada jalan yang ditempuhnya sama ada ilmiah mahupun dakwah....

Total Pages:
252 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, May 21, 2010

246 - Agar Isteri Disayang Suami

Agar Isteri Disayang Suami


Title:
Agar Isteri Disayang Suami
Judul Asli ('Arab): Min Akhtha'il Zaujat

Author:
Muhammad B. Ibrahim al-Hamd

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM13

Weight:
150g

Description:

Di antara kebaikan, kenikmatan, keharmonian, dan kebahagiaan di dalam kehidupan diperolehi melalui hidup berumah-tangga di atas ikatan pernikahan yang sah. Kemudiannya, kebahagiaan yang sebenar itu akan mampu diraih melalui sikap taat di dalam beragama. Dari itu, sebuah rumah tangga yang bahagia perlulah diisi, dihiasi, dan dipenuhi degan kemurnian cinta serta kasih sayang di atas petunjuk agama di samping sikap saling bertolak-ansur, nasihat-menasihati, berusaha memahami antara satu sama lain, dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang datang. Selain itu, seorang isteri yang solehah di dalam sebuah rumahtangga adalah satu sisi yang sangat penting yang memainkan peranan dalam pelbagai perkara. Dan seorang isteri yang solehah, perlu bijak dalam menangani sikap, pandangan, kehendak, naluri, jiwa, dan keperluan seorang suami. Dengan itu, buku ini pun disusun oleh penulis bagi mengajak para isteri bijak mengatur langkah dan strategi dalam usaha memikat dan menjaga hak-hak suami agar menjadi lebih disayangi sekaligus membantu meraih kebahagian institusi kekeluargaan yang panjang dan berkekalan. InsyaAllah...

Total Pages:
154 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

245 - Shahih Sirah Nabawiyah

Shahih Sirah Nabawiyah


Title:
Shahih Sirah Nabawiyah

Judul Asal ('Arab): as-Sirah an-Nabawiyah ash-Shohihah, Muhawalah li Tathbiq Qowa'id al-Muhadditsin fi Naqdi Riwayat as-Sirah an-Nabawiyah

Author:
Dr. Akram Dhiya' al-Umari

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM75 (Hard Cover)

Weight:
1.8kg

Description:

Sebuah kitab sirah moden tentang perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan mendahulukan/mengedepankan methode (kaedah) ahli hadis tanpa membelakangkan methode dan usaha ahli sejarah. Yang dengannya penulis berusaha menyusunnya dengan sedaya-upaya bagi memastikan kesahihan setiap fakta yang dibawa dan dibentangkan melalui buku ini.

Total Pages:
790 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, May 20, 2010

244 - Matahari Mengelilingi Bumi (Sebuah Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari)

Matahari Mengelilingi Bumi
Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah Serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari


Title:
Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah Serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari

Author:
Ahmad Sabiq B. 'Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM23

Weight:
350g

Description:

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di bilik-bilik kuliah, di bangku sekolah, di peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari. Adakah ini merupakan sebuah teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa? Buku yang sedang berada di hadapan pembaca ini bakal menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku ini adalah dengan rujukan yang sangat ilmiah dengan mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini. Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara? Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

Total Pages:
220 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

243 - Ringkasan Sahih Muslim

Ringkasan Sahih Muslim


Title:
Ringkasan Shahih Muslim

Author:
Imam Muslim
Tahqiq dan Ringkasan: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM120

Weight:
3kg

Description:

Kitab Shohih Muslim adalah salah satu dari kitab hadis yang paling sahih dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam setelah al-Qur'an. Imam Muslim rahimahullah sangat teliti dalam meneliti para perawi, melakukan pemilihan periwayatan, dan membandingkan antara riwayat yang satu dengan lainnya, meneliti susunan lafaznya dan memberikan petunjuk bila terdapat perbezaan pada lafaz-lafaz itu. Dari usaha ini terhasillah sebuah kitab sahih yang menjadi rujukan bagi para pengkaji dan para ulama. Imam Muslim rahimahullah menyaring hadis-hadis yang dimasukkan dalam kitabnya itu dari ribuan hadis yang telah beliau terima/dengar. Dia pernah berkata: "Aku menyusun kitab sahih ini hasil dari 300 ribu hadis." Kitab sahih ini adalah hasil dari kehidupan yang penuh berkah, yang ditulis di mana saja ia berada, sama ada dalam waktu sempit atau pun lapang. Dia mengumpulkan, menghafal, menyaring dan menulis sehingga menjadi sebuah kitab sahih yang sangat baik dan teratur. Dia dan beberapa muridnya menyelesaikan penyusunan kitab sahihnya dalam waktu lima belas tahun. Ahmad bin Salamah rahimahullah mengatakan: "Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab sahih itu selama lima belas tahun. Kitab itu berisi 12 ribu hadis.

Kita tidak perlu merasa hairan apabila Imam Muslim rahimahullah sangat bangga dengan kitab sahihnya itu. Dia pernah berkata sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat Allah yang diterimanya, "Apabila penduduk bumi ini menulis hadis ini selama 200 tahun, maka mereka hanya berputar sekitar kitab ini saja." Setelah menyusun kitab sahih itu, Imam Muslim rahimahullah memberikannya kepada para ulama hadis untuk diperiksa/disemak. al-Khatib meriwayatkan daripada Makki bin Abdan, salah seorang hafiz dari Naisabur, ia berkata: "Saya mendengar Muslim berkata: "Aku memperlihatkan kitabku ini kepada Abu Zur'ah ar-Razi. Semua hadis yang ditunjukkan ar-Razi ada kelemahannya, aku tinggalkan. Dan semua yang dikatakan sahih, itulah yang aku tulis." Itulah sikap rendah hati Imam Muslim yang tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan bangga atas pendapatnya sendiri.

Shahih Muslim ini kemudiannya kini diringkaskan oleh muhaddis (ahli hadis) Syaikh Abdul 'Adzim al-Munziri, dan ditahqiq oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Buku inilah yang kemudian diterjemahkan/diterbitkan oleh Pustaka as-Sunnah (Jakarta) dengan judul Ringkasan Shahih Muslim. Untuk memudahkan dalam mempelajarinya, buku ini dibahagikan menjadi beberapa kitab/bab, seperti iman, wudhu, mandi, hadas, solat, haji/umrah, jihad, pakaian, jual-beli, dan pelbagai lagi yang selainnya. Selain itu, zakat, puasa, i'tikaf, haji, nikah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Pada bahagian akhir, buku ini dilengkapi dengan tafsir sejumlah surah dalam al-Qur'an, dari surah al-Baqarah sehingga an-Nas. Buku ini juga dilengkapi dengan catatan kaki untuk memberikan penjelasan kepada para pembaca mengenai perkara-perkara tertentu. Buku ini tampil dalam format hadrcover yang cukup menarik. Terjemahannya pun cukup mudah dibaca. Memang, buku ini dianggap sangat tebal (sekitar 1600 halaman). Namun, itu adalah disebabkan isinya yang lengkap maka ia menjadikan buku ini sebagai rujukan yang sangat penting bagi setiap umat Islam, khususnya di bidang hadis.

Total Pages:
1587 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

242 - Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim



Title:
Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Author:
Ibrahim B. asy-Syaikh Shalih B. Ahmad al-Khurashi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM28

Weight:
800g

Description:

Sebagaimana diketahui oleh umat Islam, berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah, bahawasanya setiap amal dan ucapan seseorang akan dianggap benar dan dapat diterima sekiranya selari dengan 'aqidah yang benar. Apabila 'aqidahnya tidak benar, maka setiap amal dan ucapannya akan menjadi batal (sia-sia) atau tidak sah. Mengingat akan pentingnya persoalan tersebut, Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala kami dapat menerbitkan sebuah risalah yang berjudul "Hal-Hal yang Wajib Diketahui Setiap Muslim". Risalah ini kami terjemahkan dari kitab at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah Syarh al-Waajibaat al-Mutahattimaat al-Ma'rifah'alaa Kulli Muslim wa Muslimah, yang ditulis secara sistematik dengan penjelasan yang baik oleh Syaikh Ibrahim bin asy-Syaikh Sholeh B. Ahmad al-Khuraishi. Melalui buku ini perbahasan dimulakan dengan penjelasan tiga landasan utama yang wajib dikuasai (difahami) oleh setiap umat Islam, iaitu mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala, mengenal agama-Nya (Islam), dan mengenal Nabi-Nya, Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Ketiga-tiga perkara tersebutlah yang akan dipersoalkan kepada setiap manusia di ketika ia berada di alam kubur. Risalah ini juga membahaskan persoalan yang paling agung dan yang menjadi dasar bagi agama Islam, iaitu Tauhid. Ini adalah kerana manusia itu sendiri diciptakan hanya untuk mentauhidkan Allah, maka Dia menciptakan jin dan manusia, menurunkan Kitab-Kitab-Nya, mengutus para Rasul-Nya, serta menciptakan Syurga dan Neraka. Perbahasan penting lain yang dibentangkan melalui buku ini adalah syarat-syarat diterima Tauhid dan kalimah syahadah, perkara-perkara yang dapat membatalkan keislaman, pembahagian tauhid, perincian tentang syirik, persoalan kufur dan perinciannya, jenis-jenis kemunafikan, serta definisi dan perincian berkaitan thaghut.

Total Pages:
332 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

241 - Vonis Kafir Dalam Timbangan Islam

Vonis Kafir Dalam Timbangan Islam


Title:
Vonis Kafir Dalam Timbangan Islam
Judul Asal ('Arab): Dhawabitu Takfiri al-Mu'ayyan

Author:
Syaikh Dr. 'Abdullah B. 'Abdul 'Aziz al-Jibreen

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM7

Weight:
100g

Description:

Persoalan takfir (menghukum kafir) memang sebahagian dari ajaran Islam jika diletakkan pada tempat dan syarat-syaratnya. Namun, sekiranya tidak berhati-hati dalam penerapannya dan juga tidak memiliki pengetahuan dalam urusan ini, maka melakukannya adalah sangat berbahaya bagi pelakunya. Orang yang memvonis (menghukum) kafir saudaranya sesama Muslim, sekiranya tidak tepat sasaran/syaratnya, nescaya vonis itu akan kembali kepada dirinya. Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda (artinya):

"Sesiapa pun yang mengatakan kepada saudaranya: "Hai kafir", maka salah satu dari keduanya wajar menyandang sebutan tersebut. Sekiranya tuduhannya itu tepat, (bererti kafirlah orang yang dituduh itu). Akan tetapi, jika tidak demikian, nescaya tuduhan itu akan kembali kepada dirinya." (Hadis Riwayat Muslim). Lebih menjadi fitnah adalah apabila yang divonis (dikafirkan) adalah penguasa/pemerintah Muslim. Di mana pengkafiran tersebut berupaya membawa kepada kesan yang sangat buruk yang akan mengakibatkan perbuatan pemberontakan (kacau-bilau) dan mungkin pertumpahan darah serta pelbagai bentuk kerosakan dalam negara juga mungkin berlaku. Buku yang kecil ini diharapkan dapat menjadi pedoman yang benar dalam menghadapi fenomena isu tersebut. Selamat membaca!

Total Pages:
116 m/s.


More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

240 - Hari Kiamat Sudah Dekat

Hari Kiamat Sudah Dekat


Title:
Hari Kiamat Sudah Dekat
Judul Asli ('Arab): Asyraathus Saa'ah (Tanda-tanda Kiamat)

Author:
Syaikh Yusuf 'Abdillah B. Yusuf al-Wabil

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM50

Weight:
0.8kg

Description:

Kiamat merupakan pengakhiran dari kehidupan dunia dan awal bermulanya kehidupan akhirat. Mempercayai datangnya hari kiamat beserta peristiwa-peristiwa (tanda-tanda) ketika menghampirinya dan kejadian-kejadian setelahnya merupakan sebahagian daripada rukun iman yang enam, di mana seseorang muslim dituntut untuk mengimaninya. Hari Kiamat semakin dekat dan kedatangannya tidak dapat dielakkan lagi. Sejak lima belas abad yang lalu Rasulullah Sahalallahu Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan tentang betapa dekatnya (hampirnya) Kiamat. Bahkan beliau mengatakan bahawa beliau diutus bersamaan dengan masa hari Kiamat. Dunia telah tua dan semakin mendekati kehancurannya. Tanda-tanda yang mengindikasikan (sebagai petunjuk) perkara tersebut semakin hari semakin jelas dan bertambah. Satu demi satu dari sekian banyak tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa Sallam dalam banyak hadis-hadisnya telah terjadi. Hingga pada akhirnya kelak tibalah masa tanda-tanda besar Hari Kiamat dengan diawali munculnya Imam al-Mahdi, diikuti pula dengan munculnya Dajjal, lalu turunnya Nabi 'Isa 'alaihis Salam dari atas langit di menara putih Damaskus. Kemudian satu demi satu dari tanda-tanda besar lainnya pula muncul, sehingga diakhiri dengan munculnya api dari Yaman yang menggiring manusia menuju Syam. Setelah itu Kiamat yang sangat mengerikan terjadi. Sila dapatkan perincian peristiwa demi peristiwa tersebut di dalam buku ini yang diulas dengan begitu menarik dan mendebarkan seakan anda menyaksikannya secara langsung.

Setiap perbahasan dikuatkan dengan dalil-dalil yang autentik lagi sahih dan meyakinkan.

Total Pages:
464 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, diskaun, pengedar, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

239 - Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya?

Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya?


Title:
Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya?

Author:
Syaikh Mushthofa al-'Adawi

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM50

Weight:
1.0kg

Description:

Buku ini judul asalnya adalah: Fiqh Tabiyah al-Abna' wa Thaifah min Nasha'ihi al-Athibba'i, karya Syaikh Musthofa al-'Adawi. Buku ini menyusun sebuah perbahasan yang sangat penting dan bermanfaat di dalam hal-ehwal memberi didikan kepada anak-anak berdasarkan panduan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Anak merupakan kurniaan Allah dan sekaligus salah satu bentuk ujian bagi manusia. Dalam Islam, anak merupakan amanah yang menjadi tanggungjawab ibu/bapanya. Ketika pertama kali dilahirkan ke dunia, seorang anak berada dalam keadaan fitnah yang berhati suci lagi bersih, ibarat kertas putih bersih yang bersedia untuk dituliskan apapun di atasnya. Kedua orang tuanyalah yang memegang peranan penting pada perkembangannya, adakah keduanya akan mempertahankan fitrah dan kesucian hatinya, ataukah merosak dan mengotorinya.

Pendidikan terhadap anak-anak merupakan agenda yang penting dalam kehidupan berumah-tangga. Ini kerana salah satu tujuan utama pernikahan itu sendiri adalah supaya lahirnya keturunan yang dengannya akan menjadi generasi penerus. Namun ironinya dalam pandangan kebanyakan ibu/bapa dalam masyarakat kita, pendidikan yang wajar dan baik adalah dengan menghantar anak bersekolah (belajar) di sekolah-sekolah terkenal. Dengan demikian anak tersebut akan memiliki prestasi yang baik, sehingga nantinya memiliki masa depan yang “berjaya dan terjamin.” Tanpa peduli sama ada sekolah tersebut mengajarkan nilai-nilai Islam/aqidah (yang benar) ataupun tidak.

Ukuran kejayaan dalam pandangan mereka adalah ketika seseorang berjaya secara material (berkerjaya dan memiliki kemewahan), atau memiliki jawatan/kedudukan yang tinggi. Mereka akan sangat bangga dan merasa berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka tidak lagi peduli/risau adakah anak-anak mereka mengerti dan mematuhi tuntunan agamanya, atau semakin jauh dari itu semua dan meninggalkannya. Apalah ertinya kejayaan dalam kehidupan dunia yang singkat ini, sekiranya hanya ditempuh dengan cara yang membawa kepada akibat sengsara tiada akhir di Akhirat kelak.

Kejayaan yang hakiki adalah ketika seseorang pertama kali menjejakkan kakinya di Syurga. Maka dari itu, adalah menjadi kewajiban dan tanggungjawab orang tua untuk memberikan perhatian yang lebih terhadap pendidikan agama anak-anaknya, melebihi perhatiannya terhadap perkara-perkara yang lain. Sungguh sangat menghairankan sikap sebahagian ibu/bapa, yang bersedih dan menangis ketika tubuh anaknya sakit atau mati. Padahal mereka mendakwa sangat mencintai dan menyayangi anak-anak tersebut. Maka, adakah tindakan membiarkan hati dan jiwa menjadi sakit, bahkan mati, sehingga menjadikan anak-anak terjerumus ke dalam kesengsaraan, dapat dikatakan sebagai ungkapan cinta dan kasih sayang?!

Maka, buku di hadapan anda ini adalah merupakan bimbingan dan panduan yang sangat berharga lagi bermanfaat. Khasnya buat ibu/bapa di dalam usaha mendidik anak-anak. Yang disusun oleh seorang ulama dari bumi Mesir. Semoga dengan membaca, meneliti, dan memahami buku ini, kita akan mampu mengetahui “adakah sudah tepat cara kita dalam mendidik anak, ataupun sebaliknya?”.

Total Pages:
564 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

238 - Penjatuhan Vonis Kafir Dan Aturannya

Penjatuhan Vonis Kafir Dan Aturannya


Title:
Penjatuhan Vonis Kafir Dan Aturannya
Judul Asli ('Arab): at-Takfir wa adh-Dhawabithuhu

Author:
Syaikh Prof. Dr. Ibrahim B. 'Amir al-Ruhaili

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM45

Weight:
800g

Description:

Sebenarnya perbuatan membunuh merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang dilarang dalam Islam. Tetapi, pada masa ini terdapat sekelompok dari umat Islam yang meyakini (menganggap) bahawa membunuh umat Islam, merampas harta mereka, dan menodai kehormatan wanita termasuk salah satu bentuk ibadah yang agung.

Pelbagai bentuk aksi pengeboman ke atas orang-orang dan harta awam juga semakin berleluasa dan berlaku di mana sahaja. Ianya bermula dari pemikiran/ideologi pengkafiran (takfir) terhadap umat Islam tanpa aturan yang benar. Yang dengannya, berlaku pula tindakan penghalalan pembunuhan, pemberontakan, kekacauan, demonstrasi caci-maki, dan pelbagai lagi bentuk tindakan keji tetapi dianggap sebagai ibadah. Malah mereka menganggapnya sebagai salah satu bentuk jihad melawan orang kafir dan umat Islam sendiri. Jadi, apa pandangan Islam yang sebenarnya dalam hal ini?

Buku ini dimulakan dengan membentangkan definisi dan maksud Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, maksud iman di sisi ahlus sunnah dan perbezaannya dengan beberapa puak yang menyimpang. Kemudian buku ini membahaskan asal-usul ideologi takfir (pengkafiran) tanpa aturan berserta faktor-faktornya. Dalam perbahasan ini, penulis membentangkan berkenaan firqah khawarij yang mula muncul di era Khalifah 'Ali radhiyallahu 'anhu. Dan kemudiannya, penulis membawakan kepada kita sebuah perbahasan berkenaan ideologi takfir di era modern. Dalam bab ini penulis membentangkan doktrin-doktrin pengkafiran terhadap umat Islam seluruh dunia yang disebarkan oleh Sayyid Qutub melalui buku-buku (hasil tulisan) beliau yang kemudiannya dihadam oleh para pengikut Ikhwanul Muslimin. Dengannya juga, penulis menjelaskan bahawa ikhwanul muslimin adalah di antara kelompok yang bertanggungjawab menyebarkan ideologi takfir ke dalam masyarakat tertentu akibat terkesan/terpengaruh dengan hasil penulisan dan pemikiran Sayyid Qutub. Pada asalnya, Sayyid Qutub sendiri terkesan dengan al-Maududi yang darinya beliau mengadaptasi bentuk-bentuk pemikiran takfir.

Kemudian, penulis membahaskan pula definisi kufur secara terperinci dari sudut bahasa dan istilah, maksud kufur besar dan kecil, perbezaan kufur dengan syirik dan nifaq, jenis-jenis kufur, dan sebab-sebab berlakunya kekufuran. Seterusnya, penulis menjelaskan hukum kufur besar dan kecil kepada pelakunya di dunia dan akhirat. Membedah pemikiran puak khawarij, muktazilah, murji'ah dan ahlus sunnah dalam soal pemahaman mereka terhadap masalah dosa besar. Kemudiannya penulis membentangkan pula kaedah-kaedah yang benar dalam menghukum sama ada sesuatu perbuatan itu kufur atau sebaliknya. Hukum meninggalkan rukun-rukun Islam selain syahadah. Perbezaan kafir muthlaq dan mu'ayyan serta perinciannya dan contoh-contohnya. Yang terakhir, penulis menjelaskan siapakah yang berhak menilai dan menjatuhkan hukum kafir.

Semoga dengan buku ini, ia akan membantu kita dalam memahami pelbagai isu fitnah pemikiran pengkafiran yang terlalu banyak berlaku sejak akhir-akhir ini. InsyaAllah...

Total Pages:
381 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

237 - Panduan Lengkap Menuntut Ilmu

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu


Title:
Panduan Lengkap Menuntut Ilmu
Judul Asal ('Arab): Kitab al-'Ilm

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM48

Weight:
500g

Description:

Menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Tanpa ilmu, tidak mungkin seseorang akan dapat melaksanakan kewajiban agamanya. Beraqidah dengan aqidah yang benar, solat, serta puasa tidak akan dapat dilaksanakan bertepatan dengan kehendak Allah ‘Azza wa Jalla sekiranya sseorang itu tidak dia mempelajari tata-caranya. Seorang yang telah mampu untuk melaksanakan ibadah haji wajib mempelajari manasik haji sebelum melakukannya supaya hajinya diterima. Seorang yang berharta/kaya wajib mengetahui atau mempelajari hukum-hakam zakat supaya dia tidak melakukan kesalahan di dalam mengeluarkan zakat harta atau pun perniagaannya.

Mempelajari ilmu agama secara sempurna, yang melebihi keperluan peribadi seseorang di atas memang bukan kewajiban setiap muslim. Namun demikian, orang yang melakukannya mendapat keistimewaan yang luar biasa di sisi Allah ‘Azza wa jalla. Pelbagai pujian dan janji balasan istimewa di dunia dan akhirat akan Allah berikan kepada mereka yang berilmu (para ulama) dan para penuntut ilmu. Ini adalah disebabkan kerelaan mereka meluangkan waktu demi kepentingan agama dan umat Islam di ketika orang lain sibuk dengan urusan duniawi dan peribadi masing-masing. Dengan melalui perjuangan keras merekalah, agama ini terjaga dari pelbagai bentuk penyimpangan. Mereka ibarat pelita yang terang di tengah gelap-gelita dan angin di tengah padang tandus.

Dengan sebab itulah, menuntut ilmu merupakan sebahagian dari bentuk-bentuk jihad (berjuang di jalan Allah). Dan orang yang melakukannya disebut sebagai di sebut sebagai pewaris para nabi.

Seseorang yang mahukan kejayaan di dalam menuntut ilmu agama tidak akan mampu melakukannya dengan mudah, namun dia perlu mengikuti petunjuk dan bimbingan yang dianjurkan oleh para ulama. Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu agama, maka pastikanlah diri anda tekun untuk terus membaca dan menela'ah buku-buku yang sarat dengan petunjuk dan bimbingan yang berharga yang di antaranya adalah buku ini yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin supaya dengan panduan yang diberi akan dapat memperkukuhkan lagi usaha kita di dalam meraih kejayaan dan redha ilahi. Buku ini di antara kandungannya, ia memuatkan defini ilmu serta keutamaannya, adab-adab di dalam menuntut ilmu, faktur-faktur yang memberi kesan yang baik dalam meraih ilmu, kaedah menuntut ilmu dan bentuk-bentuk kesalahan yang perlu dihindari, bagaimana bermu'amalah dengan kitab, prioriti kitab yang perlu dibaca, contoh kitab-kitab terbaik yang perlu diutamakan, Fatwa-fatwa dalam persoalan ilmu, akhlak para penuntut ilmu, sikap terhadap perselisihan para ulama, kenapa ulama berselisih, nasihat buat penuntut ilmu, bahaya berbicara tanpa fakta dan ilmu, sikap menyelewengkan nama ulama, persoalan berpuak-puak, keutamaan mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya, serta beberapa panduan yang lain...

Total Pages:
364

More Information/payment:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan diskaun, harga pengedar, tempahan, atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, April 23, 2010

236 - Zaadul Ma'ad (Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth)

Zaadul Ma'ad
(Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth & 'Abdul Qadir al-Arnauth)




Title:
-Zadul Ma'ad-
Bekal Perjalanan Menuju Akhirat
(Judul Asal: Zadul Ma'ad fii Hadyi Khairil 'Ibad)

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
(Tahqiq: Syaikh Syu'aib al-Arnauth & 'Abdul Qadir al-Arnauth)

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
Satu Set, RM340
(7 Jilid Lengkap)

Weight:
7kg

Description:

Kitab Zaadul Ma'ad ini adalah hasil karya al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H). Ia ditulis oleh Ibnul Qayyim ketika sedang bermusafir sambil duduk/meunggung di atas untanya.

Kini kitab ini telah disemak dan diteliti semula oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth dan 'Abdul Qadir al-Arnauth. Alhamdulillah, kini ia telah lengkap diterjemahkan menjadi 7 jilid kesemuanya.

Secara asasnya, melalui kitab ini, penulis (Ibnul Qayyim) membentangkan perjalanan sejarah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara sistematik dan tersusun. Beliau memulakan kitabnya dengan keutamaan diutusnya Rasulullah kepada para manusia Diikuti dengan latar-belakang Rasulullah dan keluarganya, ibu susuannya, penjaganya dan fasa dakwah beliau. Kemudian penjelasan tentang sikap dan karektor Rasulullah.

Setelah itu, penulis mengetengahkan pula petunjuk-petunjuk beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bermula dari persoalan berpakaian dan tatacara bermuamalah. Petunjuk beliau ketika berwudhu, solat, bermula dari takbir sehinggalah salam. Kemudian diteruskan kepada solat jumaat, solat kusuf, solat istisqa', sehinggalah kepada solat ketika safar serta yang selainnya. Sebenarnya, kitab ini merangkumi pelbagai persoalan agama, dari yang asas sehinggalah kepada yang rumit. Kitab ini membawakan kepada anda persoalan sejarah dan perjalanan hidup Nabi bersama-sama para sahabatnya, yang mana di dalam membentangkan rentetan sejarah tersebut penulis membentangkan sama persoalan wahyu, persoalan iman/tauhid, persoalan bersuci, persoalan solat, ibadah (seperti puasa, haji, zakat, i'tikaf, zikir), ziarah kubur, persoalan wanita, mu'amalah terhadap orang kafir, jihad, kisah-kisah peperangan di zaman beliau, adab-adab seorang muslim, persoalan sihir, perubatan yang terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis (Tibbun Nabawi), dan pelbagai lagi yang lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai faedah ilmu agama yang sangat bermanfaat.

Memiliki dan membaca kitab ini adalah suatu perkara yang sangat penting bagi setiap Muslim. Kerana, para pembaca akan menemui segala sesuatu yang sangat diperlukan oleh setiap insan, dari seorang tokoh ikutan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yang mungkin tidak diperolehi oleh para pembaca dari buku-buku lainnya secara terperinci. Buku ini membahaskan persoalan sejarah (sirah), fiqh dan aqidah dalam satu waktu yang sama, dalam sebuah rangkaian buku.

Total Pages:
7 Jilid Lengkap.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.