Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, December 7, 2010

343 - Buku Putih Dakwah Salafiah

Buku Putih Dakwah Salafiah

Title:
Buku Putih Dakwah Salafiah

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM28

Weight:
400gram

Description:

Sesungguhnya Allah telah meninggikan kedudukan as-Sunnah dan mewajibkan kepada para hamba-Nya untuk mencintai dan mengikutinya, serta memelihara kehormatan Ahli Sunnah wal-Jama'ah, kerana mereka menjaga dan menghormati as-Sunnah. Merekalah pengikut Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa sallam yang setia dan sabar menyusuri jalan kebenaran yang licin dan terjal, melewati onak dan duri, sehingga mungkin tersiksa umpama memegang bara api. Mereka tekun mempelajari, mengamalkan, dan mendakwahkan Sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, kerana itulah mereka adalah kaum yang paling berhak menyandang sebutan Ahli Sunnah yang juga dikenali dengan sebutan Salafiyyun (pengikut generasi awal umat Islam).

Salaf ialah generasi yang hidup pada zaman sabahat dan generasi setelahnya sehingga tabiut tabi'in dan yang mengikuti as-Sunnah dengan baik walaupun jarak masa mereka jauh. Bahkan kerana harumnya sebutan Ahli Sunnah, banyak pula kelompok dan golongan agama Islam yang ada di mana pun, termasuk di Indonesia, Malaysia, dan asia ini sentiasa menyebut diri mereka dengan sebutan Ahli Sunnah. Namun, kepelbagaian aliran atau kelompok yang mengatas-namakan dirinya sebagai Ahli Sunnah tersebut lantas mengundang pertanyaan, mana-kah Ahli Sunnah yang sejati?

Ahli Sunnah wal-Jama'ah adalah mereka yang berpegang teguh kepada Sunnah, aqidah, dan akhlak Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikut jejak dan jalan mereka, sama ada dalam urusan aqidah, perkataan mahupun perbuatan, juga mereka yang istiqomah (konsisten) dalam ber-ittiba' (mengikuti Sunah Nabi) dan menjauhi perbuatan bid'ah. Mereka itulah golongan yang tetap menang dan sentiasa ditolong Allah 'Azza wa Jalla sehingga ke hari kiamat.

Ahli Sunnah wal-Jama'ah disebut juga sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat), karena mereka merupakan kelompok yang besar dan jama'ah yang majoriti (yang berada di atas kebenaran sejak zaman Nabi, para sahabat dan seterusnya). Mereka bukanlah kelompok serpihan atau minoriti yang menyimpang dari al-Qur'an, as-Sunnah dan ljma' Umat, dan sentiasa menimbulkan perpecahan, kebid'ahan, dan kesesatan. Maka sesiapa yang berbicara dengan al-Kitab dan as-Sunnah serta Ijma', ia termasuk Ahli Sunnah wal-Jama'ah.

Kenyataan membuktikan, bahawa di ketika ini terdapat begitu banyak kelompok yang bersikap serong terhadap dakwah salafiah. Bahkan mereka menyerang dakwah salafiah yang mulia ini dengan berbagai macam cara, sama ada yang bersifat fizikal atau pun mental, seperti pemulauan, penutupan tempat pembelajaran, dan gangguan tempat-tempat ibadah.

Itu terjadi antaranya kerana kejahilan mereka terhadap kebenaran manhaj dan hakikat dakwah salafiah, atau kedengkian akan perkembangan dakwah salafiah yang telah mula berkembang pesat, sehingga para tokoh kelompok tersebut merasa bimbang populariti dan kepentingannya terganggu.

Lalu fitnah dan syubhat pun ditebar, umat yang awam dimomokkan, dengan tujuan supaya mereka membenci dakwah salafiah, atau sekurang-kurangnya enggan hadir ke majlis-majlis untuk menimba ilmu dari para juru dakwah yang mengibarkan panji-panji Sunnah. Akhirnya, tanpa sedar mereka masuk ke dalam firman Allah, "Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu." (Surah an-Nisaa', 4: 61)

Maka, inilah antara buku yang berusaha untuk tampil memberi peringatan ke atas pelbagai pendustaan terhadap as-Sunnah dan dakwah salafiah, menerangkan bahaya menyelisihinya dan menjelaskan sikap yang perlu diambil oleh seseorang Muslim dalam menghadapi para penentang Sunnah.

Di sini disebutkan juga beberapa ayat, hadis dan atsar yang berbicara tentang keutamaan as-Sunnah, mengenali Ahlus Sunnah, pengagungan terhadap as-Sunnah, rukun-rukun dakwah salafiyah, Siapa pembela dan penentang Sunnah, kemuliaan Sunnah dan pelaku dusta Sunnah Rasul, fenomena penentangan terhadap Sunnah, fenomena Sunah dan bid'ah, dan disegerakannya azab atas orang yang menentangnya atau menjadikannya sebagai bahan olok-olokan, serta sikap para Salaf dalam menghadapinya.

Total Pages:

283 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

342 - 100 Dosa-dosa Yang Diremehkan Wanita

100 Dosa-dosa Yang Diremehkan Wanita

Title:
100 Dosa-dosa Yang Diremehkan Wanita
Judul Asal: Mukholafat Nisa'iyyah, 100 Mukholafat Taqo'u fiiha al-Katsir minan Nisa' bi Adillatiha asy-Syar'iyyah

Author:
'Abdul Lathif B. Hajis al-Ghomidi

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM22

Weight:
500gram

Description:

Mengulas 100 dosa yang diremehkan sehingga sering dilakukan oleh kaum wanita merangkumi permasalahan akidah, ibadah, kekeluargaan, tanggungjawab sebagai isteri, pakaian dan perhiasan, jenazah, harta, perbelanjaan, ucapan/lisan dan akhlak. Buku ini wajar untuk dijadikan sebagai ‘cermin muhasabah’ yang jernih bagi seseorang muslimah yang ingin dirinya sentiasa konsisten menjalankan agama dan menjauhi dosa. Lebih penting, buku ini sentiasa mengingatkan kepada kita bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Diperlihatkan kepadaku neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seorang yang bertaqwa sudah tentu akan sentiasa merasa takut jika dirinya termasuk di antara wanita yang disentuh oleh hadis-hadis Rasulullah berkaitan dosa-dosa yang dimaksudkan. Oleh itu, melalui buku ini semoga kita dapat mengetahui dan memahami jalan penyelesaian untuk menghindari apa-apa jua yang perlu dijauhi dari pelbagai bentuk kesalahan dan dosa.

Total Pages:

278 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

341 - Ensiklopedi Masjid

Ensiklopedi Masjid
Hukum, Adab, dan Bid'ahnya

Title:
Ensiklopedi Masjid
Hukum, Adab, dan Bid'ahnya
Judul Asal: al-Masjidu fil Islaam

Author:
Khairuddin Wanili

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM42

Weight:
710gram

Description:

Masjid dalam pengertian syar'i adalah tempat yang disediakan untuk mengerjakan solat berjamaah lima waktu untuk selamanya. Masjid adalah tempat suci bagi umat Islam untuk melaksanakan solat dan berhubung secara langsung dengan Tuhannya. Selain untuk menunaikan solat, masjid juga berfungsi sebagai tempat melaksanakan pelbagai aktiviti seperti penyelenggaraan majlis taklim, tempat berkumpulnya kaum muslimin untuk bermusyawarah, dan titik awal tempat perangkaan strategi.

Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Masjid merupakan benteng untuk mempertahankan keimanan dan memperolehi keutamaan. Masjid adalah tempat pertama yang meluluskan setiap muslim, tempat tinggalnya orang-orang yang bertakwa, tempat berkumpul kaum muslimin setiap hari, markas untuk mengadakan muktamar (pertemuan besar), tempat bermusyawarah dan saling memberi nasihat, tempat bertemu untuk saling mengenal dan persatuan, dan tempat menumbuhkan semangat saling tolong menolong dalam kebaikan. Dari masjidlah keluar keputusan untuk mengirimkan pasukan perang, sehingga mampu menguasai belahan timur dan barat bumi.

Masjid adalah tempat yang pertama kali dituju ketika kembali dari perjalanan, tempat untuk mendapatkan ketenangan, dan dari masjidlah lahirlah para ulama dan seumpamanya.

Masjid sebagai tempat suci wajib dijaga kesucian dan kebersihannya. Mengingat betapa penting dan uniknya peranan masjid, maka menjadi suatu kewajiban bagi kaum muslimin untuk menjadikan masjid sebahagian dari kehidupannya yang tidak boleh terpisahkan selama ia hidup di dunia. Buku ini berisi tentang bimbingan atau petunjuk dalam membina masjid, hukum-hukum yang berkaitan dengannya, adab-adabnya, dan juga bid'ahnya.

Di antara isi perbahasannya adalah meliputi tajuk-tajuk utama seperti Peraturan-peraturan dalam membina sesebuah masjid, Hukum-hakam masjid dan adab-adabnya, persoalan bid'ah berkaitan masjid dari pelbagai sudut dan aspek, anjuran membina masjid, hadis-hadis dhaif dan palsu yang popular berkaitan masjid, serta pelbagai perbahasan lainnya secara khusus dan specifik seperti topik-topik kecil berkaitan menghias masjid, mihrab, kubah, loceng, kubur di dalam masjid, tempat wudhu', dua masjid yang saling berdekatan, kewajiban solat berjama'ah, solat-solat sunnah di masjid, persoalan saf solat, peranan dan fungsi masjid kepada masyarakat, makan/minum dalam masjid, kanak-kanak solat di masjid, menjadikan masjid sebahagian tempat bersukan, jenazah di masjid, dan pelbagai lagi lainnya yang memuatkan kupasan yang sangat luas dan ilmiyah lagi menarik.

Total Pages:

402 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, December 6, 2010

340 - Jalan Golongan Yang Selamat

Jalan Golongan Yang Selamat
al-Firqotun Najiyah

Title:
Jalan Golongan Yang Selamat
al-Firqotun Najiyah

Author:
Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM16

Weight:
210gram

Description:

Buku yang ada di hadapan pembaca ini adalah terjemahan dari kitab Minhajul Firqatin Najiyah wat Thaifah Al-Manshurah. Buku ini membahaskan persoalan-persoalan utama berkaitan tauhid dan keutamaanya menurut al-Quran dan as-Sunnah. Siapakah Golongan yang Selamat dan bagaimana jalan hidupnya? Siapakah kelompok yang mendapat pertolongan Allah dan bagaimana syarat datangnya pertolongan tersebut? Siapakah lawan-lawan dari golongan yang selamat tersebut? Menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut, buku ini juga memaparkan peperangan antara tauhid dan syirik, fenomena kesyirikan dan kekufuran yang banyak terjadi di tengah-tengah masyarakat, bahayanya serta cara mengatasinya.

Di antara tajuk-tajuk utama yang terkandung di dalamnya adalah:

1 - Golongan yang selamat. Manhajnya, dan tanda-tandanya.

2 - Golongan yang mendapat eprtolongan Allah.

3 - Tauhid dan pembahagiannya, pengertian syahadah.

4 - Memohon pertolongan kepada Allah.

5 - Makna istawa.

6 - Keutamaan dan kepentingan tauhid.

7 - Manfaat tauhid dan musuh-musuhnya serta sikap para ulama terhadapnya.

8 - Pengertian Wahhabi, biografi Muhammad Abdul Wahhab.

9 - Peperangan di antara tauhid dengan syirik. Aqidah atau kekuasaan.

10 - Menjaga diri dari syirik dan fenomena dalam masyarakat.

11 - Kufur, nifaq, dan cabang-cabang iman.

12 - Tawassul.

13 - Penyebab musibah dan jalan penyelesaiannya.

14 - Peringatan maulid.

15 - Keutamaan selawat.

Total Pages:

238 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, December 5, 2010

339 - VCD: Dialog Para Dokter Bersama Syaikh al-'Utsaimin

VCD: Dialog Para Dokter Bersama Syaikh al-'Utsaimin

Title:
VCD: Dialog Para Dokter Bersama Syaikh al-'Utsaimin

Author:
Daar Ibn Hazm

Publisher:
Daar Ibn Hazm

Price:
RM16

Weight:
Kurang 100gram

Description:

VCD ini merakamkan dialog di antara para dokter bersama-sama Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin (ulama besar Saudi Arabia). Iaitu ketika beliau (Syaikh al-'Utsaimin) mengunjungi Amerika atas tujuan perubatan. Di antara yang dibincangkan adalah berkaitan perubatan dari sudut Islam, kesihatan, rawatan moden (konvensional), kehamilan, insuran perubatan, pengguguran janin, hukum berubat, hukum mengeluh sakit, hukum sembelihan dan menikahi ahli kitab dan siapa ahli kitab, hukum cetak-rompak, dan pelbagai lagi isu yang dibincangkan.

Total Pages:

1 VCD (1 Jam)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

338 - Buku Kanak-kanak: Tatacara Wudhu' Nabi Muhammad

Buku Kanak-kanak: Tatacara Wudhu' Nabi Muhammad

Title:
Edisi Buku Kanak-kanak: Tatacara Wudhu' Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Team Pustaka Imam asy-Syafi'i

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM12

Weight:
kurang 100gram

Description:

Buku ini dipaten-kan untuk anak-anak dengan nota-nota ringkas yang penting dan ilustrasi berwarna berkenaan tatacara wudhu'. Ia disusun dengan kemas dan warna-warni untuk menarik minat anak-anak kepada buku ini. Buku ini sesuai untuk dijadikan pilihan bagi para ibu/bapa yang komited untuk menerapkan asas-asas ibadah (wudhu') menepati sunnah. InsyaAllah.

Total Pages:

36 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, December 4, 2010

337 - 6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah

6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah

Title:
6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah
Judul asal: Sittu Durar min Ushuuli Ahlil Atsar

Author:
Syaikh 'Abdul Malik B. Ahmad Ramadhani al-Jaza'iri

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM26

Weight:
450gram

Description:

Tulisan yang sangat baik ini adalah karya Syaikh ‘Abdul Malik B. Ahmad Ramadhani al-Jaza'iri, yang diterjemahkan dari kitab asalnya yang berjudul “Sittu Durar min Ushuuli Ahlil Atsar” kepada judul terjemahan “6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah”. Ia ditulis dengan menggunakan uslub (gaya bahasa) yang halus, menarik dan indah, sehingga mudah untuk difahami oleh para pembaca yang budiman.

Keenam-enam Pilar (rukun) Utama dalam perbahasan ini dinisbatkan kepada Ahlul Atsar (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) yang tujuannya adalah mengingatkan kepada kita bahawa agama yang haq adalah dengan cara mengikuti jejak Salafus Soleh (sahabat, tabi’in, dan tabi’ut-tabi’in) yang telah mendahului kita, yang mana mereka telah dipuji dengan sebutan yang baik melalui lisan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahkan disebutkan dalam al-Qur-an al-Karim.

Kefahaman tentang enam pilar (rukun) ini penting untuk dimiliki dan dikuasai oleh setiap Muslim untuk membendung serta menyelamatkan ummat dari pelbagai bentuk kerosakan yang telah terjadi dengan begitu berleluasa, yang diakibatkan oleh orang-orang yang mendahulukan logik (rasional) atas wahyu, dan mendahulukan hawa nafsu ke atas akal fikiran yang sihat (fitrah), serta orang-orang yang menyelisihi manhaj (prinsip) Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Oleh kerenanya, dengan memahami prinsip-prinsip dasar manhaj Salaf, insya-Allah kita telah menempuh pintu kebahagiaan dan jalan keselamatan. Sungguh tepat jika dikatakan bahawa ummat ini akan meraih kembali kejayaan dan kemuliaannya, apabila mereka kembali kepada jalan agama yang benar sebagaimana jalan agama yang telah ditempuh oleh para Salafus Soleh (generasi awal yang soleh). Kerana dari merekalah agama ini berkembang dan dari merekalah kita menerima agama ini.

Total Pages:

268 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

336 - Dakwah & Akhlak Da'i

Dakwah & Akhlak Da'i

Title:
Dakwah & Akhlak Da'i

Author:
Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz dan Syaikh Zaid B. Muhammad al-Madkhali

Publisher:
Pustaka al-Haura

Price:
RM16

Weight:
150gram

Description:

Berdakwah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala adalam amalan yang memiliki keutamaan dan kemuliaan. Da'i yang mengajak kepada Allah akan diberikan pahala sebagaimana orang yang diberikan hidayah oleh Allah atas sebab usahanya. Maka, para pendakwah perlu merasa gembira dengan kebaikan dan keutamaan tersebut. Allah berfirman, "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata, "Sesungguhnya aku termasuk umat Islam yang berserah diri."." (Surah Fushilat: 33)

Juga sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun..." (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, untuk berdakwah ini, ianya memiliki akhlak dan disiplinnya yang perlu difahami dan diikuti agar tidak terkeluar dari prinsip-prinsip dakwah yang benar. Maka, buku ini adalah di antara yang memberikan maklumat dan garis panduan tersebut berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Total Pages:

180 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

335 - Sunnah-sunnah Setelah Kematian

Sunnah-Sunnah Setelah Kematian

Title:
Sunnah-sunnah Setelah Kematian

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
al-Manar

Price:
RM10

Weight:
100gram

Description:

Buku ini mengajak kita semua memahami sunnah-sunnah dalam menghadapi kematian. Di antara perbahasannya mencakupi panduan menghadapi sakaratul maut, pengurusan jenazah, amalan-amalan si mati dan amalan yang hidup untuk si mati, amalan yang merugikan mayit, sunnah takziyah dan ziarah kubur serta beberapa yang lain.

Total Pages:

112 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

334 - Mukjizat-mukjizat Nabi

Mukjizat-mukjizat Nabi

Title:
Mukjizat-mukjizat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul asal: Mukjizaatun Nabi

Author:
Syaikh Musthofa al-Adawi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM12

Weight:
200gram

Description:

Pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hadis kontemporari. Beliau lahir pada tahun 1945 dan berasal dari Mesir. Salah seorang guru beliau yang berpengaruh ialah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah (ulama hadis dari Yaman).

Buku kecil setebal 158 halaman ini menghimpunkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Nabi berkaitan mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Sebanyak 21 mukjizat disenaraikan melalui buku ini (antaranya):

1 - Al-Qur’an
2 - Isra’ dan Mikraj
3 - Baitul Maqdis Diangkat Sehingga Nabi Melihatnya di Mekah
4 - Bulan Terbelah
5 - Tangisan Pokok Kepada rasulullah
6 - Dada Nabi Dibelah
7 - Balasan Serta-Merta Kepada Orang Yang Menipu Dan Memusuhi Nabi
8 - Hukuman Kepada Orang yang Tidak Menghargai Ucapan Nabi
9 - Adab Haiwan Kepadanya
10 - Pohon Tunduk Kepada Beliau
11 - Batu Mengucapkan Salam Kepadanya, dan beberapa lagi.

Sebahagiannya telah dimaklumi di kalangan umat Islam. Manakala sebahagian lagi masih belum masyhur. Justeru buku ini sangat bermanfaat untuk dibaca.

Penulis juga menukilkan sikap seorang mukmin terhadap mukjizat nabi. Lantaran terdapat sebahagian orang yang mengaku Islam dan beriman, namun menolak untuk beriman dengan sebahagin mukjizat Nabi. Mereka beralasan bahawa peristiwa yang berlaku itu tidak logik. Sedangkan pengetahuan dan keimanan terhadap perkara ini mampu menumbuhkan keyakinan yang menghilangkan keraguan. Keimanan terhadap perkara-perkara ghaib khabaran wahyu mampu memberi kesan kepada kebaikan akhlak seseorang serta kekhusyukkan dalam ibadah.

Total Pages:

158 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

333 - Fikih Sirah

Fikih Sirah

Title:
Fikih Sirah

Author:
Prof. Dr. Zaid B. 'Abdul Karim az-Zaid

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM80

Weight:
1.1 Kg

Description:

Perjalanan hidup Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam (Sirah Nabawiyah) umpama samudera luas yang penuh dengan jutaan hikmah, pelajaran, dan nasihat tentang nilai-nilai kehidupan sama ada berkaitan persoalan akidah, ibadah, akhlak, mahu pun muamalah. Biografi dan sejarah kehidupan Rasulullah begitu penting untuk diketahui malah untuk diselami dan dihayati oleh setiap muslim, kerana keteladanan yang utuh dari sumber wahyu. Dan ini semua tidak dapat tidak, hanya dapat dipelajari dan diketahui dengan cara meneliti sejarah kehidupan beliau secara utuh juga yang terangkum melalui “Sirah Nabawiyah”.

Buku Sirah Nabawiyah yang ditulis oleh Prof. Dr. Zaid Abdul Karim Az-Zaid ini membentangkan sebuah rentetan perjalanan hidup Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dari mula belum diangkat sebagai Nabi sehinggalah kepada detik-detik kewafatan beliau. Dan terdapat satu keunggulan, keistimewaan serta sistematika pembentangan buku ini, iaitu penulis sentiasa menutup setiap perbahasan tajuk-tajuknya dengan intisari, pelajaran, dan hikmah, sehingga para pembaca dengan mudah mampu mengambil ibrah (pelajaran) sebagai kesimpulan dari apa yang telah dibaca.

Total Pages:

617 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

332 - Do'a Dan Dzikir Sehari-hari

Do'a Dan Dzikir Sehari-hari

Title:
Do'a Dan Dzikir Sehari-hari
Menurut Tuntunan as-Sunnah yang Shahih
(Hard Cover)

Author:
'Ala'uddin Yusuf al-'Utaibi

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM18

Weight:
350gram

Description:

Allah Jalla wa ‘Alaa telah menjelaskan bahawasanya ketenangan hati ada pada dzikir kepada-Nya, maka telah menjadi kewajiban bagi setiap muslim dan muslimah untuk mengetahui bahawa berdzikir merupakan unsur kebahagiaan dan jalan menuju kepada-Nya. Dzikir juga merupakan asas dari bentuk rasa syukur, orang yang tidak berdzikir adalah orang yang tidak bersyukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Sehingga dzikir dan syukur adalah paduan kebahagiaan dan kejayaan.

Dzikir kepada Allah Ta’ala merupakan senjata sekaligus benteng bagi hati dari godaan syaitan dan juga pemberi ketenangan bagi hati sekaligus membawa kepada rasa bahagia.

Alhamdulillah, pihak penerbit (Pustaka Ibnu Katsir) telah menterjemahkan buku mengenai do’a dan dzikir berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah yang diambil dari kitab yang berjudul “Adzkaarul Yaum wal Lailah” yang ditulis oleh ‘Ala-uddin Yusuf al-‘Utaibi, dan dalam edisi terjemahan ini ia diberi judul “Do’a dan Dzikir Sehari-Hari Menurut Tuntunan as-Sunnah yang Shahih.” Kelebihan buku ini adalah dalil-dalinya yang sahih atau sekurang-kurangnya hasan, sehingga kita tidak perlu merasa ragu untuk mengamalkannya, menghafal dan membacanya, serta disajikan dengan huruf yang mudah dibaca, disertai cara cepat mencari halaman untuk memudahkan dalam mencari do’a dan dzikir yang anda inginkan.

Semoga dengan terbitnya buku ini dapat membawa manfaat yang besar bagi kaum muslimin dan mendapat redha Allah ‘Azza wa Jalla serta dicatat sebagai amal soleh, amin.

Total Pages:

205 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

331 - Kaedah Menyikapi Tokoh Kesesatan

Kaedah Menyikapi Tokoh Kesesatan

Title:
Kaedah Menyikapi Tokoh Kesesatan
Judul asal: Hajru al-Mubtadi'

Author:
Syaikh Dr. Bakr B. 'Abdullah Abu Zaid

Publisher:
Islamic Da'wah

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100 gram

Description:

Buku kecil ini memberi penjelasan kepada para pembaca berkenaan kaedah menyikapi dan berhadapan dengan tokoh-tokoh yang membawa dan menyeru kepada kesesatan yang pada masa ini begitu banyak sekali di negara-negara umat Islam. Banyak fahaman dan pemikiran yang ditebarkan oleh tokoh kesesatan ini ditengah-tengah masyarakat, sehingga umat menjadi keliru dalam memahami agama yang haq ini. Maka, di sinilah pentingnya untuk kita memahami sikap yang benar dalam menghadapi tokoh-tokoh kesesatan tersebut.

Bersikap terhadap tokoh kesesatan memiliki kaedah yang perlu dijaga, kerana kita diperintahkan untuk berlaku adil dan tidak tergesa-gesa. Serta sentiasa berdiri teguh di atas hujjah dan ilmu dalam menyikapi mereka. Kitab ini membawakan contoh-contoh bagaimana sikap para ulama Ahlus Sunnah terhadap tokoh-tokoh kesesatan.

Total Pages:
96 m/s.