Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, April 5, 2011

407 - Tafsir al-Qurthubi

Tafsir al-Qurthubi



Title:
Tafsir al-Qurthubi
Judul Asli: al-Jami' li Ahkam al-Qur'an

Author:
Imam al-Qurthubi (Wafat: 671H)
(Abu Abdillah Muhammad B. Ahmad al-Anshari al-Qurthubi)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM1700

Weight:
32kg

Description:

Satu lagi hasil khazanah ulama generasi awal ahlus sunnah wal-Jama'ah dalam bidang tafsir al-Qur'an. Menghimpunkan tafsiran ayat-ayat al-Qur'an di atas manhajnya. Suatu khazanah yang wajar ditela'ah oleh para penunutut ilmu dan pengkaji. Serta sangat wajar dijadikan sebagai rujukan dan panduan memahami al-Qur'an. Imam al-Qurthubi adalah ulama pada era tahun 600 hijrah.

Di antara kitab tafsir yang methode perbahasannya turut bertunjangkan kepada kaedah-kaedah dan kajian fiqh adalah kitab tafsir karya Imam al-Qurthubi rahimahullah yang berjudul al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia tafsir yang sangat berharga. Kitab tafsir ini membawa perbahasan yang mencakupi pelbagai pendapat mazhab fiqh dalam menafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum. Walaupun demikian, fokus beliau terhadap aspek-aspek qira'at, i'rob, masalah-masalah yang berkaitan dengan Nasikh dan Mansukh juga amat diberi perhatian.

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, "Imam al-Qurthubi adalah seorang imam yang memiliki ilmu yang luas lagi mendalam, beliau memiliki karya tulis yang banyak yang menunjukkan keluasan ilmunya.”

Keistimewaan Kitab Tafsir al-Qurthubi antaranya adalah:

1. Tafsir al-Qurthubi dianggap sebagai sebuah ensiklopedia besar yang memuatkan begitu banyak cabang-cabang ilmu tidak terhad kepada semata-mata tafsir.

2. Memuatkan hukum-hukum yang terdapat dalam al-Qur’an dengan perbahasan yang luas.

3. Setiap hadits-hadits yang ada beliau kemukakan dibentangkan berserta dengan komentar dan sanad-sanadnya sebagai panduan dan penilaian para pengkaji terkemudian. Kitab ini disertakan sama takhrij oleh Mahmud Hamid 'Utsman.

4. Akan tetapi pada sebahagian tempat, Tafsir al-Qurthubi ini masih memiliki beberapa kelemahan - di antaranya walaupun Imam al-Qurthubi telah berusaha agar tidak menyebutkan banyak cerita Israilliyat dan hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu), namun ada beberapa kesalahan dalam sebahagian tempat di mana beliau tetap menyebutkan kisah-kisah Israilliyat dan hadis-hadis yang maudhu’ yang telah ditemui tanpa sebarang komentar dari beliau. Oleh itu, pentahqiq telah berusaha menyertakan beberapa komentar berkaitan yang diperlukan pada nota kaki.

5. Selain itu, ketika menyebutkan sebahagian kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis palsu yang menyentuh kesucian para malaikat dan para nabi atau mampu memberi kesan kepada aqidah seseorang, maka al-Qurthubi akan menyatakan bahawa cerita atau hadis tersebut adalah bathil (tertolak), atau akan menjelaskan bahawa statusnya adalah dhaif (lemah). Contohnya ketika menyebutkan tentang kisah Harut & Marut, kisah Nabi Daud dan Sulaiman, kisah al-Gharaniq, serta kisah pernikahan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan Zainab BT. Jahsy.

Maka dalam edisi cetakan ini, beberapa ciri telah dikemaskini - Antaranya:

1. Memperbetulkan teks/naskah asli kitab ini secara menyeluruh.

2. Mentakhrij ayat-ayat al-Qur’an dengan menyebutkan nama surahnya masing-masing

3. Mentakhrij qira'at-qira'at yang ada di dalam tafsir ini dengan merujuk pada kitab-kitab qira'at dan kitab tentang makna-makna al-Qur’an.

4. Mentakhrij hadis-hadis yang ada, yang bersumberkan kepada kitab-kitab induk hadis dan selainnya.

5. Mentahkrij riwayat-riwayat yang ada di dalamnya dengan menyebutkan sumbernya.

6. Mentahqiq pendapat-pendapat imam mazhab dan hukum-hukum yang ada dalam kitab ini

7. Serta beberapa lagi metodologi ilmiyah lainnya

Total Pages:

20 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

406 - Panduan Hukum Islam I'lam al-Muwaqqi'in

Panduan Hukum Islam I'lam al-Muwaqqi'in


Title:
Panduan Hukum Islam I'lam al-Muwaqqi'in
Judul Asal: I'lam al-Muwaqq'in

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM94

Weight:
1.3kg

Description:

al-Qur'an dan as-Sunnah adalah sumber hukum bagi umat Islam. Perkara ini telah diketahui umum secara umum sebagai sumber yang baku bagi umat Islam. Cumanya, untuk terus merujuk kepada dua sumber ini bukanlah suatu yang mudah. Seseorang tidak dapat dengan mudah untuk mengambil sebarang hukum dan kesimpulan dari keduanya tanpa asas-asas prinsip kefahaman yang benar.

Maka, buku ini pun disusun oleh Ibnul Qayyim berkaitan methodologi atau kaedah-kaedah penting dalam mengambil al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai hujjah dan dalil. Agar dengannya, mampu menjadi pedoman buat kita dalam memahaminya. Buku ini adalah di antara buku yang menjadi rujukan utama para ilmuan, para sarjana, penuntut ilmu, dan golongan pengkaji dalam urusan mengeluarkan sesuatu hukum dan kesimpulan syara'.

Secara umum, di antara kandungan buku ini adalah:

Pembahagian ulama, kadar ketaatan kepada penguasa dan ulama, para sahabat Rasulullah adalah mufti terhebat, fatwa-fatwa para tabi'in, bahaya sikap tergesa-gesa dalam ebrfatwa, pengertian nasikh dan mansukh, empat tingkatan haram, penggunaan kata makruh, siapa yang layak berfatwa, bolehkah bertaqlid, ijtihad dalam urusan aqidah, tertolaknya ra'yu, celaan para ulama terhadap golongan yang memahami dalil dengan akal, kaedah-kaedah qiyas, kisah-kisah para sahabat berkaitan hal-ehwal hukum agama, kesan tauhid, tujuan diutusnya para sahabat ke setiap tempat oleh Rasulullah, perbezaan pendapat di kalangan ulama, istishhab dan pembahagiannya, celaan terhadap sikap emosi, tingkatan ibadah bagi setuap individu, larangan berfatwa tanpa ilmu, larangan para imam mazhab terhadap ta'lid, berfatwa tetapi bertentangan dengan dalil/nash, perubahan dan perbezaan fatwa disebabkan perubahan waktu, tempat, keadaan, dan niat., prinsip Saddudz Dzara'i, mengikuti fatwa para salaf, himpunan contoh pertanyaan, sifat-sifat mufti, bila fatwa dilarang dari dikeluarkan, fatwa-fatwa Rasulullah, dan pelbagai lagi kandungan perbahasan lainnya...

Ia cukup padat bagi mereka yang memiliki semangat dan minat mendalam terhadap perbahasan bagaimana bagi setiap hukum itu terbentuk.

Total Pages:

893 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

405 - Tafsir Adhwa'ul Bayan

Tafsir Adhwa'ul Bayan
Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran
(Adhwa' al-Bayan fii Idhah al-Quran bi al-Qur'an)




Nama Buku:
Tafsir Adhwa'ul Bayan
Tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an
Judul Asal (Arab): Adhwa' al-Bayan fii Idhah al-Qur'an bi al-Qur'an

Penulis:
Syaikh al-Amin asy-Syanqithi

Terbitan:
Pustaka Azzam

Harga:
RM950
(Satu set Lengkap, 12 Jilid)

Berat:
16Kg

Berkaitan Buku:

Merupakan tafsir al-Qur'an susunan Syaikh al-Allamah al-Mufassir Muhammad al-Amin asy-Syanqithi (rahimahullah) lengkap dari Surah al-Baqarah hingga Surah an-Naas (Tafsir 30 Juzuk). Semuanya terdiri daripada 12 Jilid lengkap telah diterjemahkan.

Tafsir ini membawakan methode penafsiran al-Qur'an dengan al-Qur'an sebagai kaedah utamanya. Gaya huraiannya merangkumi kefahaman salaf yang dipadukan dengan contoh-contoh situasi semasa masyarakat moden.

Takhrij hadis bagi tafsir ini dilakukan oleh Syaikh Muhammad Abdul Aziz Al-Khalidi.

Kelebihan kitab tafsir ini di antaranya:

1 - Menjelaskan makna ayat al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an (Tafisr Qur’an bil Qur’an). Hal ini sesuai dengan kesepakan para ulama yang menyebutkan bahwa tafsir yang paling mulia dan utama adalah menafsirkan ayat-ayat Kitabullah dengan menggunakan (ayat-ayat lainnya) Kitabullah. Sebab, tidak ada seorangpun yang lebih tahu makna Kalamullah kecuali Allah 'Azza wa Jalla sendiri.

2 - Menjelaskan hukum-hukum yang terkandung dalam semua ayat yang dijelaskan dalam kitab ini yang disandarkan kepada dalil-dalil sahih dari Sunnah Nabwiyyah dan pendapat para ulama, kemudian dipilihkan pendapat yang terkuat tersebut tanpa rasa fanatik mazhab.

3 - Dilengkapi penjelasan tambahan. Contohnya seperti perbahasan tentang beberapa masalah bahasa (Lughah) dan hal-hal yang diperlukannya seperti sharaf (perbahasan tentang perubahan suatu kata) dan I’raab (perbahasan tentang kedudukan kata dalam suatu kalimat), penyebutan syair-syair arab sebagai penguat serta analisis terhadap masalah-maslah yang diperlukan dalam menafsirkan sesebuah ayat seperti masalah ushuliyah (yang pokok) dan Kalam (akidah) yang dilandasi sanad-sanad hadis.

4 - Pada akhir tafsir ini, ia membawakan satu perbahasan panjang (1 buku) berupa penjelasan dan jawaban berkaitan ayat-ayat al-Qur'an yang disangka oleh sebagaian pihak sebagai bertentangan di antara satu sama lain.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

404 - Politik ISlam Ta'liq Siyasah Syar'iyyah Ibnu Taimiyyah

Politik Islam
Ta'liq Siyasah Syar'iyyah Ibnu Taimiyyah


Title:
Politik ISlam Ta'liq Siyasah Syar'iyyah Ibnu Taimiyyah
Judul asal: at-Ta'liq Siyasah asy-Syar'iyyah fii Ishlah ar-Ra'iyyah li Syaikhul Islam Ibni Taimiyyah

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin
(Karya asal oleh Ibnu Taimiyyah)

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM48

Weight:
1kg

Description:

Pada ketika ini, menjadi pemimpin seolah-olah telah menjadi cita-cita setiap orang. Puluhan Parti Politik diisytiharkan. Ratusan janji diucap dan dicanangkan. Pelbagai skill dan tipu-daya politik dipertontonkan. Semuanya mendakwa, "Sayalah yang paling layak menjadi orang nombor satu." Demikianlah realiti hari ini. Setiap kita menyaksikannya di pelbagai media massa, sama ada cetak, elektronik, mahupun maya.

Tanpa terasa, hampir setiap kita hanyut dalam dogengan kisah-kisah dan rencah poltik. Setiap golongan mula tampil memberikan komentar dan pendapat, kritik, dan pujian, serta jangkaan-jangkaan sesiapa yang akan menjadi pemenang. Seolah-olah seperti pakar dan penganalisa politik semasa, yang mengetahui secara jelas dan detail setiap seluk-beluk dunia politik.

Nah, buku yang ada di tangan anda ini adalah buku yang memberikan bimbingan bagaimana seharusnya sikap politik yang benar sebagai seseorang muslim. Isi buku ini sangat menarik untuk disemak, kerana begitu banyak pelajaran penting yang wajib diketahui oleh kita semua. Sama ada dari kalangan para pemimpin, penggubal undang-undang, penguat-kuasa, para eksekutif, ataupun masyarakat biasa.

Di antara fakta bentangan buku ini, dikemukakan kepada siapa seharusnya jawatan diberikan, bagaimana memilih penjawat/pemimpin yang layak jika memang tidak ada yang paling layak, serta bagaimana mengetahui orang yang paling layak untuk mengambil jawatan.

Pembahasan-pembahasan lainnya tentu lebih menarik untuk disemak sehingga tidak salah kalau anda memiliki buku ini.

Ditambah lagi, buku ini ditulis oleh seorang ulama besar Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) yang kemudian dijelaskan oleh Syaikh al-faqih Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah.

Kefaqihan kedua-dua tokoh ini yang melangkaui dua zaman berbeza, pastinya mampu menjadi jaminan mutu buku ini. Sehingga kita tidak ragu-ragu lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu rujukan utama dalam berpolitik.

Selamat membaca, semoga anda menjadi politikus sejati!

Total Pages:
354 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

403 - al-Muwaththa' Imam Malik

al-Muwaththa' Imam Malik


Title:
al-Muwaththa' Imam Malik

Author:
Imam Malik Rahimahullah (Wafat: 179H)
Takhrij: Muhammad Ridhwan. Syarif Abdullah

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM180

Weight:
2.8kg

Description:

al-Muwaththa' karya Imam Malik adalah di antara kitab hadis yang paling awal dibukukan pada awal Islam. Kitab ini membukukan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan atsar-atsar para sahabat ridhwanullah 'alaihim ajma'in berkaitan fiqh dengan mengikut bab-babnya yang tersendiri. Bermula dari bab thaharah (bersuci), solat, jenazah, puasa, zakat, haji, umrah, korban, aqiqah, haiwan buruan, minuman, jihad, nikah, talak, penyusuan, dan seterusnya...

Total Pages:

2 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

402 - Usahawan Kaya Wang Kaya Iman

Usahawan Kaya Wang Kaya Iman


Title:
Usahawan Kaya Wang Kaya Iman

Author:
Usahawan Kaya Wang Kaya Iman

Publisher:
PTS Malaysia

Price:
RM16.50

Weight:
500g

Description:

Benarkah islam sudah lama menyediakan garis panduan bagi kita menceburi keusahawanan?

Apakah etika-etika keusahawanan menurut islam?

Apakah tip-tip mencapai kejayaan dalam perniagaan?

Siapakah contoh teladan terbaik dalam keusahawanan berpaksikan islam?

Keusahawanan dan perniagaan adalah bidang yang dijamin rezeki, asalkan kita mencurahkan sepenuh komitmen dan menjunjung tinggi etika yang digariskan dalam Islam.

Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman memimpin pembaca menguasai ilmu-ilmu keusahawanan berteraskan kerangka agama, daripada sekecil-kecil perkara, iaitu panduan memulakan karier sebagai usahawan sehinggalah kepada aspek bagaimana penglibatan usahawan dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman ditulis bagi membolehkan saudara memperoleh manual lengkap bagi meraih keuntungan dunia, dalam masa yang sama sentiasa meletakkan saudara di atas landasan yang tepat, bergerak menuju ke syurga akhirat..

Total Pages:

261 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, March 16, 2011

401 - Tafsir Surah al-Kahfi

Tafsir Surah al-Kahfi


Title:
Tafsir al-Kahfi

Author:
syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM52

Weight:
800g

Description:

Surah al-Kahfi adalah salah satu surah al-Qur'an yang memiliki kedudukan istimewa. Terdapat beberapa hadis yang menyentuhnya secara khusus. Para ulama ahlus Sunnah juga sering mengingatkan supaya mengambil berat dan memahami surah al-Kahfi ini.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma'at, maka dia akan mendapat cahaya di antara dua Juma'at." (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan al-Hakim)

Beliau juga bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka baginya cahaya di Hari Kiamat sejauh dari tempat tinggalnya hingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah tersebut, kemudian ketika dajjal muncul, maka dajjal tidak akan mampu menguasai dirinya." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dalam kitab ini, Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin membedah isi kandungan surah al-Kahfi dengan kaedah tafsir ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang disampaikan penuh santai, mudah, padat, dan seiring dengan perkembangan semasa. Maka, hayatilah surah al-Kahfi melalui penafsiran Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin ini sebagai salah satu usaha memahami ayat-ayat al-Qur'an.

Total Pages:

320 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

400 - Ahkamul Janaiz

Ahkamul Janaiz
Tuntutan Pengurusan Jenazah & Ziarah Kubur


Title:
Ahkamul Janaiz
Tuntunan Pengurusan Jenazah & Ziarah Kubur

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
ash-Shaf

Price:
RM52

Weight:
800g

Description:

Semua kita telah maklum, setiap yang hidup di kalangan kita ini pasti akan mati. Oleh kerana itulah Rasulullah telah meninggalkan sunnah-sunnahnya bagaimana untuk menghadapi saat-saat kematian dan bermu'amalah dengan jezanah.

Buku ini adalah di antara karya monumental milik Syaikh al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah). Melalui buku ini beliau merealisasikan tuntutan sunnah dalam menyebarkan ilmu yang syar'i lagi sahih berkaitan etika menghadapi saat-sat kematian dan pengurusan jenazah. Selain itu turut dibahaskan secara terperinci adalah permasalahan adab menziarahi kubur dan bid'ah-bid'ah berkaitan dengan soal jenazah dan menghadapi kematian.

Penulis membahaskan setiap masalah dalam hal ini dengan begitu baik sekali. Setiap hadis yang dibawakan ditakhrij dengan begitu teliti menunjukkan keilmuan beliau dalam bidang hadis. Setelah itu, beliau mengupas pula kefahaman hadis-hadis tersebut dari sudut fiqh dan hukumnya.

Di antara tajuk-tajuk utama yang dibahaskan penulis adalah:

1 - Kewajiban bagi orang yangs edang sakit/nazak.

2 - Mentalqin orang nazak.

3 - Kewajiban ahli keluarga kepada pesakit yang sedang nazak.

4 - Tanda-tanda khusnul khatimah.

5 - Pengurusan jenazah termasuk bab memandikan mayat, mengkafan, kaedah mengangkat mayat, mensolatkannya, dan mengebumikannya.

6 - Ucapan dan kaedah ta'ziyah yang syar'i.

7 - Perkara-perkara yang bermanfaat bagi si mati.

8 - Ziarah kubur.

9 - Adab bermu'amalah terhadap kubur dan perkara yang dilarang.

10 - Kupasan berkaitan kepelbagaian bid'ah yang subur berlaku dalam masyarakat berkaitan dengan kubur dan menghadapi kematian/jenazah.

Total Pages:

511 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, March 8, 2011

399 - Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(Edisi Kanak-kanak)


Title:
Tata Cara Wudhu' & Solat Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
(EDISI KANAK-KANAK)

Author:
Abdul Malik Sukirman
Team Pustaka Imam asy-Syafi'i

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM14

Weight:
200g

Description:

Dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di Surah Luqman, Allah menjelaskan bagaimana Luqman mendidik anaknya, "Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diwajibkan (oleh Allah)." (Surah Luqman, 31: 17)

Ini menunjukkan keutamaan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan mengajarkan solat.

Total Pages:

82 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, March 6, 2011

398 - Wahabi dan Imperialisme

Wahabi dan Imperialisme


Title:
Wahabi dan Imperialisme
Judul Asal (Arab): Tashih Khatha' Tarikhi Haul al-Wahhabiyah

Author:
Dr. Muhammad B. Sa'ad asy-Syuwai'ir

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM18

Weight:
100g

Description:

Istilah “Wahabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penyebutan istilah ini bahawa wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab.

Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari umat Islam. Wahabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan.

Namun, ada pula sebahagian yang lain, mendukung pula dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab ini. Begitu banyak tersebar karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah dan fiqh. Mereka berusaha membela Syaikh dari pelbagai tuduhan golongan pertama.

Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab? Apakah hubungan wahabi dengan imperialisme? Semoga buku ini mampu memuaskan para pembaca untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Di antara isi kandungan buku ini adalah:

1 - Sejarah Pemerintahan Utsmaniyah dan Dakwah Mereka Kepada Masyarakat.

2 - Siapakah Wahhabi?

3 - Kolonialisme dan Pertembungan Dakwah.

4 - Pelbagai Syubhat Yangb Dilontar Musuh-musuh Islam.

5 - Musuh-musuh dakwah.

6 - Aqidah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab.

Selamat membaca!

Total Pages:

212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, March 5, 2011

397 - Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah

Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah


Title:
Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah
Judul Asal (Arab): Rabihtu ash-Shahadah wa Lam Akhsar ala al-Bait

Author:
Abu Khalifah Ali B. Muhammad al-Qudhaibi

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM10

Weight:
100g

Description:

Kebanyakan masyarakat umat Islam hari ini tidak tahu tentang bahanyanya Syi’ah, yang merupakan sebuah fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang dianut oleh majoriti umat Islam dunia. Tidak sedikit kaum Muslimin yang tertipu dengan propaganda kaum Syi’ah, yang seringkali menghalalkan pelbagai cara termasuk berbohong (atau dalam istilah mereka) disebut sebagai taqiyyah. Bukan setakat itu, kerapuhan aqidah Syi’ah juga tampak jelas dari pelbagai jenis percanggahan ataupun kecelaruan dalam pelbagai keyakinannya. Sekadar contoh, kaum Syi’ah mengaku mencintai Rasul, tetapi pada masa yang sama mereka menghina beliau dengan mencaci maki para sahabat yang amat dicintai Rasulullah.

Buku ini merupakan sebuah perjalanan mencari kebenaran. Sebuah kisah benar tentang kegelisahan penulis yang sejak lahirnya menganut fahaman Syi’ah tetapi jiwa nuraninya terusik apabila menyaksikan hal-hal yang menentang fitrah dan akal sihatnya. Buku ini tidak mengupas penyimpangan Syi’ah dari A hingga Z. Tetapi intipati kandungan buku ini adalah pesanan-pesanannya berserta peringatan yang sederhana supaya kita tidak terjebak dan tercampak dalam perangkap pemikiran Syi’ah yang sering menggunakan wajah agama untuk menipu masyarakat umum. Semoga bermanfaat..

Total Pages:

110 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

396 - Meraih Kesempurnaan Solat

Meraih Kesempurnaan Shalat
424 Koreksi Kesalahan Dalam Shalat


Title:
Meraih Kesempurnaan Solat
Judul Asal (Arab): Irsyad as-Salikin ila Akhtha' al-Mushallin

Author:
Abu Ammar Mahmud al-Mishri

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM42

Weight:
900g

Description:

Salah satu bukti kuatnya niat dan tekad seseorang Muslim untuk meraih redha Allah adalah usaha yang maksima untuk melaksanakan Solat sebagaimana yang dicontohkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat," begitulah perintah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dari itu, ini telah menjadi suatu dari kewajiban kita untuk mengikuti beliau dengan bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan solat yang sempurna.

Dan salah satu usaha yang boleh kita lakukan untuk terus meningkatkan kualiti Solat kita adalah dengan memperbaiki tata cara yang tidak bersesuaian dengan Sunnah, dan ini dapat kita mulakan dengan mengenali kesalahan-kesalahan serta memperhatikan kaedah-kaedah pembetulannya. Inilah yang ditunjukkan secara tuntas melalui buku yang ada di hadapan anda ini.

Bukan sekadar kesalahan dalam tata cara solat, tetapi juga kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan dengan solat, seperti kesalahan dalam solat berjamaah, kesalahan imam, kesalahan dalam solat Juma'at, solat 'ied, kesalahan para khatib, dan seterusnya. Yang mana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, yang adakalanya tanpa disedari bahawa ianya adalah sebuah kesalahan.

Setiap penjelasan disertai panduan pembetulan kesalahan-kesalahan solat yang berpedoman kepada dalil-dalil dan hujjah. Buku ini adalah di antara susunan buku penting yang perlu dibaca bagi setiap Muslim; kerana merupakan intisari dari begitu banyak sumber dan rujukan yang ditulis oleh para ulama..

Total Pages:

357 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.