Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 31, 2012

661 - Menggugat Demokrasi & Pemilu


Menggugat Demokrasi & Pemilu


Judul Buku:
Menggugat Demokrasi & Pemilu
Judul Asal: Tanwiir adz-Dzulumaat bi Kafsyi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat

Penulis:
Syaikh Muhammad B. 'Abdillah Al-Imam Hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka Salafiyah

Harga:
RM26

Berat:

440g

Keterangan Buku:

Demokrasi adalah sistem politik yang terbina di atas prinsip kekuasaan rakyat. Iaitu dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. Demokrasi diasaskan dari pemikiran falsafah Greek Kuno. Kata Plato, sumber kekuasaan bagi sistem demokrasi adalah rakyat.

Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” terbina dari perkataan δήμος (dēmos), yang merujuk kepada “masyarakat atau rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi dalam sistem pentadbiran Greek.

Demokrasi menurut tulisan Robert A. Dahl ialah “Sistem politik yang memberi kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka”. (Rujuk: Muhammad Qutb, Mazahib Fikriyah Mu’assirah, 1/178 - Dar as-Syuruq, 1984)

Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk.

Pada hari ini, pemerintah mungkin dilantik melalui sistem demokrasi berpilihanraya. Politik yang terbentuk terikat dengan hak kebebasan bersuara atau suara ramai (majoriti). Inilah sebahagian bentuk dari wajah-wajah demokrasi. Ia merupakan sistem yang berasal dari kaum kuffar jahiliyah. Bukan termasuk sebahagian dari Islam. Kaedah-kaedah yang dipraktikkan sistem demokrasi ini telah melahirkan banyak perbahasan dan kritikan dari kalangan ulama ahli sunnah wal-jama’ah kontemporari.

Antara Islam dan Demokrasi

Di antara tulisan yang baik dalam menjelaskan sistem demokrasi berpilihanraya dari sudut pandang Islam adalah buku berjudul Tanwiir azh-Zhulumaat bi Kasyif Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat oleh Syaikh Abu Nashr Muhammad B. ‘Abdillah al-Imam hafizahullah. Buku ini turut mendapat pengiktirafan daripada Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddis Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah.

Kata Syaikh Muqbil rahimahullah dalam kata pengantar buku ini:

“Buku ini adalah buku yang barakah di mana Syaikh Muhammad al-Imam membuat bantahan ke atas para hizbiyyun (pentaksub parti-parti) dengan cara yang baik. Aku tidak melihat ada buku lain yang sama baik dalam kupasan perbahasannya. Semoga Allah membalas kebaikan kepada saudara kita, Syaikh Muhammad, dan memberinya taufiq agar bertambah bersemangat dan kuat dalam membela agama dan ahlus sunnah. Semoga Allah melindungi kita dan beliau dari segala keburukan.”

Dan alhamdulillah, kini buku yang baik ini ia telah pun diterjemahkan.

Pada hari ini, manusia telah menjadikan hak kebebasan bersuara sebagai hukum kehidupan. Bahkan ideologi ini telah mula diimani oleh kebanyakan umat Islam di muka bumi ini. Mereka menetapkan hukum di dalam kehidupan baik di dalam agama secara umum, atau sebahagian dari juzuknya seperti dalam politik berdasarkan kepada suara majoriti dan meninggalkan hak minoriti. Seolah-olah demokrasi telah menjadi agama yang baru menggantikan Islam di sisi mereka.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali 'Imran, 3: 85)

Asas sejarah politik demokrasi yang diamalkan kebanyakan negara dunia pada hari ini berasal dari tamadun Yunani Greek. Ia memiliki slogan, “Dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.” Sebaliknya, politik Islam secara umumnya adalah “Dari Allah, untuk Allah, kerana Allah.” Politik di dalam Islam adalah sebahagian dari agama yang syumul. Ia tidaklah dilaksanakan melainkan kerana mencari keredhaan Allah, sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah, sebahagian bentuk amalan dalam rangka mentaati Allah, mencari mashlahat untuk agama dan ummah, tetapi bukan kerana mencari redha manusia atau menghidupkan hukum-hukum manusia yang menggantikan hukum-hukum Allah atau yang berlawan dengan hukum-hakam-Nya.

Allah Subhanhu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 65)

Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyatakan berkenaan ayat ini:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan diri-Nya yang Maha Mulia, bahawa seseorang tidaklah beriman sehingga dia berhukum kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam setiap perkara. Hukum apa yang beliau putuskan, itulah kebenaran yang wajib untuk dipatuhi secara bersungguh-sungguh, zahir dan batin.” (Shahih Tafsir Ibnu katsir, 2/572)

Menurut Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah di dalam Kitab Tauhidnya.

“Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.” (Soleh al-Fauzan, Kitab Tauhid,1/69 - Darul Haq, Cet. 13/3/2006)

Demokrasi berpilihanraya membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat untuk terlibat dalam pemilihan atau perlantikan pemimpin bagi sesebuah negara Islam. Sekaligus ia adalah pemberian hak membuat hukum dan perundangan secara bebas. Sehingga sesiapa sahaja sama ada yang muslim atau yang kafir, yang berilmu atau yang jahil, yang zalim atau yang adil, yang amanah atau yang khianat, yang soleh atau yang fasiq, yang berpendidikan atau sebaliknya, diberikan hak begitu sahaja untuk terlibat secara langsung melantik siapa sahaja pemimpin yang mereka cenderungi.

Sedangkan Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)

Sedangkan dalam Islam, menggubal atau menetapkan hukum sama ada di dalam berpolitik atau selain politik, ia perlu dipandukan kepada hak-hak Allah, iaitu hukum-hakam syari'at-Nya sebagaimana yang termasuk di dalam lembaran kitab Suci al-Qur'an dan perkataan-perkataan Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Itulah dustur (perlembagaan) dalam beragama sebagai seorang mukmin! Bukan mencari dustur-dustur lainnya dari suara-suara rakyat, parlimen, atau agama-agama kufur lainnya.

Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah (Wafat: 1357H):

“Siyasah asy-Syar’iyyah adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid.” (‘Abdul Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyah, m/s. 15. Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)

Kemudian di dalam berpolitik, pemilihan pemimpin bukanlah perkara kecil dan remeh. Ia melibatkan kriteria kelayakan dan kemampuan yang benar-benar diakui untuk tugasnya menjaga agama dan urus tadbir masyarakat. Jadi, urusan kepimpinan tidak sebegitu mudah diperjudikan dan diserahkan kepada sesiapa sahaja bebas untuk membuat pilihan, untuk berkempen, untuk bersuara, atau apatah lagi untuk memerintah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir). Atau adakah kamu (melakukan demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (Surah al-Qalam, 68: 35-36)

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

Ingatlah, suara majoriti bukanlah penentu bagi sebuah kebenaran, apatah lagi sebagai yang memiliki hak mengatur hukam-hakam kehidupan beragama. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan di dalam al-Qur'an:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka (dugaan akal) belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116) [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Sebaliknya, kebenaran itu ada pada Qolallaahu wa qolaarrasul, iaitu firman Allah dan sabda Nabi. Itulah kebenaran yang dipegang oleh kaum beriman, iaitu umat yang bertauhid di mana pun ia berada di atas muka bumi ini.

Maka, ikutilah kupasan dan perbahasan ilmiyah selanjutnya berkaitan hukum demokrasi dari sudut pandang Islam melalui buku ini. Bagaimana seharusnya kita bersikap terhadapnya. Benarkah kita telah terjerat di dalamnya sehingga tidak mampu keluar lagi? Dapatkan jawabannya di dalam risalah penuh ilmiyah ini. InsyaAllah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
280 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

660 - Teladan Hidup Orang-orang Pilihan


Teladan Hidup Orang-orang Pilihan


Judul Buku:
Teladan Hidup Orang-orang Pilihan

Penulis:
Ahmad Salim Ba Duwailan

Penerbit:
Pustaka Ibnu Katsir

Harga:
RM20

Berat:

400g

Keterangan Buku:

Buku ini diberi judul Jawaahir Shifatish Shafwah yang bermaksud "Permata Sifat orang-orang Terpilih". Ia adalah ringkasan dari kitab hebat karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Sebuah kitab yang membukukan ungkapan-ungkapan indah tentang manusia-manusia pilihan bermula dari kalangan sahabat, tabi'in, sehinggalah ke era para imam-imam hadis. Ia mengungkapkan kezuhudan, peribadi, akhlak, ibadah, doa-doa, sikap-sikap mulia, dan mutiara-mutiara kata mereka. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Sejarah hidup generasi Salaf  mengandungi banyak sekali pelajaran yang berharga, teladan yang baik, petunjuk dan cahaya, kemenangan dan keberuntungan, kebahagiaan dan kejayaan. Di sana ada penyucian hati, kelembutan jiwa, pemantapan iman dan tauhid, dan pemandangan nyata mengenai sikap kesungguhan terhadap agama. Dan boleh dikata bahawa sejarah hidup mereka adalah figur yang dapat dijadikan sebagai contoh dan tauladan dalam segala hal.

Sahabat Nabi, 'Abdullah B. Mas'oud  Radhiyallahu 'anhu pernah berkata:

"Sesiapa yang ingin mencari tauladan, hendaklah ia mencari tauladan dari orang-orang yang telah mati. Kerana orang yang hidup tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."

Itulah jalan dan nasihat 'Abdullah B. Mas'oud, sebagai pedoman bagi kita dalam mencari suri tauladan. Sebab, manusia yang sempurna jumlahnya sangatlah sedikit.

Membicarakan kehidupan generasi seperti mereka akan menghidupkan hati dan membangkitkan semangat Oleh kerana itulah ketika ulama besar al-Imam 'Abdullah B. al-Mubarak rahimahullah  ditanya, "Mengapa engkau tidak mahu duduk bersama kami?" Beliau menjawab, "Aku pergi untuk duduk bersama para sahabat Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam."

Maksudnya adalah  beliau lebih memilih untuk belajar dan membaca buku-buku biografi dan sejarah hidup mereka.

Kerana metode pendidikan yang dapat meresap ke dalam hati adalah dengan membaca sejarah hidup orang-orang terkemuka.

Maka penulis buku ini menjelaskan:

"Risalah ini saya beri judul "Jawaahir Shifatish Shofwah" kerana saya meyakini bahawa apa yang saya sarikan dari buku tersebut merupakan perkara paling indah yang termaktub (tertulis) di dalam kitab berharga yang ditulis oleh Ibnul Jauzi dengan penulisan yang berbeza dengan gaya penulisan saya." [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
222 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

659 - Perbedaan Adalah Rahmat???


Perbedaan Adalah Rahmat???


Judul Buku:
Perbedaan Adalah Rahmat???

Penulis:
Syaikh Hammad B. Ibrahim al-'Utsman

Penerbit:
Pustaka al-Haura'

Harga:
RM17

Berat:

300g

Keterangan Buku:

“Ikhtilaafu ummati rahmah” (Perselisihan umatku adalah rahmat). Itulah sebuah ungkapan yang dianggap sebagai sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Padahal, tidak ada satu pun kitab hadits secara bertulis yang memuatkan ungkapan seperti ini. Sekiranya ada pun, maka statusnya adalah sangat dha’if (lemah), bahkan ulama menyatakan ia sebagai tidak diketahui asal-usulnya.

Ironisnya, ungkapan tersebut begitu sering sekali digunakan sebagai ‘dasar’ untuk menjustifikasikan atau membenarkan pelbagai bentuk perbezaan dan perselisihan pendapat yang terjadi dalam masyarakat Islam. Sungguh menghairankan apabila ada anggapan sebahagian pihak yang mendakwa perselisihan sebagai rahmat. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tetapi mereka sentiasa berselisih, MELAINKAN orang-orang yang dirahmati oleh Rabb-mu.” (Surah Huud, 11: 118-119)? Sangat jelas, ayat ini menunjukkan bahawa Allah mengecualikan orang-orang yang dirahmati-Nya dari perselisihan. Dan orang yang dirahmati itu adalah orang-orang yang jauh dari perselisihan.

Bahkan dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan:

“Hidup berjama’ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/392: Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, ath-Thabrani, dan al-Bazzar. Para perawi keduanya tsiqah.” Dinilai sahih oleh al-Albani. Lihat juga Tahqiq Musnad Ahmad oleh Syu’aib al-Arnauth)

Lalu yang peliknya, ada sebahagian pendakwah selalu mengungkapkan slogan berikut:

“Kita saling tolong-menolong dalam perkara yang kita sepakati, dan kita saling memberi maaf serta bertoleransi dalam hal-hal yang kita perselisihkan.”

Sekaligus menjadikannya sebagai dustur dan kaedah! Ini banyak diungkapkan oleh tokoh-tokoh pergerakan (haraki) dan parti-parti politik demi mengumpul ahli. Sebab itu kita dapat melihat betapa porak-perandanya mereka. Sehingga pelbagai bentuk firqah dan ideologi sesat dapat berkumpul di dalam satu-satu parti atau kelompok. Prinsip mereka saling celaru dan tidak keruan. Pelbagai kesesatan di dalam pertubuhan sendiri didiamkan. Sebaliknya, kesalahan dan kesilapan di pihak lain pantas sekali mereka hentam.

Ini suatu yang sungguh aneh dan pelik. Apakah terhadap hal-hal yang menyelihi manhaj, aqidah, dan syari'at, boleh kita biarkan dan berikan maaf begitu sahaja atas alasan perpaduan dan menjaga keutuhan parti dan kelompok?!

Dengan itu, lalu bagaimana sebenarnya sikap kita terhadap perselisihan yang banyak berlaku? Apa yang harus dilakukan ketika berlaku perbezaan dan perselisihan? Adakah para Sahabat tidak pernah berbeza pendapat? Apakah maksud dari kaedah yang dibahaskan dalam buku ini? Wujudkah perbezaan pendapat yang dibenarkan, atau bagaimanakah perbezaan pendapat yang dibenci? Semoga buku ini dapat memuaskan dahaga jiwa inkuiri (sifat ingin tahu) anda. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Selain itu, buku ini turut mendapat pengiktirafan dan dicadangkan oleh para ulama agar dibaca. Antara yang mencadangkannya adalah Syaikh 'Abdul Muhsin B. Hamd al-'Abbad al-Badr hafidzahullah. Mukaddimah beliau turut dimuatkan dalam kitab ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
202 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

658 - Aqidah Salaf Ash-habul Hadits karya Imam ash-Shobuni


Aqidah Salaf Ash-habul Hadits karya Imam ash-Shobuni


Judul Buku:
Aqidah Salaf Ash-habul Hadits karya Imam ash-Shobuni

Penulis:
Imam Abu 'Utsman ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H)

Penerbit:
Gema Ilmu

Harga:
RM15

Berat:

280g

Keterangan Buku:

Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah yang benar. Menjadi pembeza di antara  manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid'ah!

Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Abu 'Utsman Ismail B. Abdurrahman ash-Shobuni rahimahullah (373H-449H), salah seorang ulama besar di zamannya, juga guru kepada para ulama besar lainnya seperti imam Al-Baihaqi (Wafat: 468H), Abu Ishaq al-Isfiraini, dan Ibnu Furak. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang tegar dalam menjaga dirinya di atas hujah, istiqomah, tawadhu', dan merupakan imam teladan di zamannya!

Imam Al-Baihaqi berkata tentang Abu 'Utsman:

"Abu 'Utsman adalah Syaikhul Islam yang sejati, dan Imam kaum Muslimin yang sebenar!"

Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

"Abu 'Utsman ash-Shobuni adalah seorang penasihat, ahli tafsir, pengarang/penulis, seorang imam, dan guru di Khurasan pada zamannya."

Alhamdulillah, salah satu kitab beliau yang terkenal, iaitu 'Aqidatus Salaf Ash-habul Hadits ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak. Kemudian lengkap diterjemahkan dan sampai ke hadapan kita hari ini. Ia termasuk jajaran kitab-kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj, aqidah yang haq, dan para ulamanya.

Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya dari kalangan firqah-firqah menyimpang yang menyamar sebagai pejuang kebenaran? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya, terutamanya para ulama generasi awal, yang telah jauh lebih awal dan telah faham benar dalam mengenal tipu-daya serta makar kaum sesat. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini oleh kebanyakan masyarakat yang jahil terhadap hakikat ilmu yg benar.

Maka, saksikanlah penghujahan dan bantahan ke atas aqidah-aqidah bathil yang banyak berlegar pada hari ini. Yang mana bantahan dan penghujahannya telah datang semenjak 1400 tahun yang lalu semenjak datang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kemudian ditegaskan lagi oleh para ulamanya, yang antaranya adalah Imam Abu 'Utsman Ismail B. 'Abdurrahman ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H). Maka, manfaatkanlah dan janganlah lepaskan peluang untuk menela'ah sekaligus mengambil ilmu darinya.. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
162 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

657 - Kiat Sukses Menjemput Jodoh


Kiat Sukses Menjemput Jodoh


Judul Buku:
Kiat Sukses Menjemput Jodoh

Penulis:
Abu Umar Basyier

Penerbit:
Shafa Publika

Harga:
RM11

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Banyak orang yang hanya mampu menggelengkan kepala ketika berbicara soal jodoh. Tidak sedikit pula yang sampai kehilangan harapan bahawa dirinya akan berupaya mendapatkan pasangan hidup, kerana sang idaman hati tak kunjung-kunjung tiba.

Lalu bagaimana harus kita bersikap, apakah menyerahkannya kepada Allah, tidak perlu dikejar-kejar, ditunggu saja, atau sebaliknya perlu dicari dan diusahakan? Lalu bagaimana?

Apakah benar ungkapan-ungkapan seperti: "Tak cantik maka tak laku", "Takkan lari jodoh dikejar"?

Bagi yang masih belum bertemukan jodoh, separuh hidupnya seolah-olah hampa dan gusar, sedikit kecewa dan resah menyusup ke lubuh sanubari. Lalu ia pun melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkannya. Sayang seribu kali sayang, sampai ada yang mengorbankan prinsip demi sebuah jodoh dan pasangan hidup. Bahkan ada yang sampai mengorbankan agama.

Ada yang sampai bertemu tok dukun dan bomoh. Lain yang dicari, lain yang dapat. Ingin mencari kehidupan bahaya, malah menjadi sengsara. Mahu mencari redha Allah, malah menjadi syirik.

Lalu, bagaimanakah usaha dan kaedah yang benar dalam meraih jodoh idaman hati? Bagaimana agama mengajarkan kepada kita? Bagaimana jodoh atau pasangan yang bersesuaian?

Buku: Kiat Sukses Menjemput Jodoh karya Abu Umar Basyier ini memberikan tawaran alternatif agar anda mendapatkan kelapangan dada dalam usaha menjemput jodoh anda, tanpa harus mengorbankan iman dan hak anda untuk bahagia. Selamat membaca! [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
141 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

656 - 29 Prinsip Ahlus Sunnah Dalam Islam (Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad)


29 Prinsip Ahlus Sunnah Dalam Islam
(Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad)


Judul Buku:
29 Prinsip Ahlus Sunnah Dalam Islam
(Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad)

Penulis:
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H)
Syarah oleh: Syaikh Dr. Robe' B. Hadi hafidzahullah

Penerbit:
Maktabah al-Huda

Harga:
RM25

Berat:

300g

Keterangan Buku:

Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah. Menjadi pembeza di antara  manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid'ah!

Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), salah seorang ulama besar dari jajaran imam 4 mazhab. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang menghafal dan menguasai jutaan hadis-hadis dalam satu masa!

Alhamdulillah, kitab beliau ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak dengan diberi syarah (penjelasan) oleh Syaikh Prof. Dr. Robe' B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah. Kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj para ulamanya.

Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini.

Maka, saksikanlah penghujahan dan bantahan ke atas aqidah-aqidah bathil yang banyak berlegar pada hari ini. Yang mana bantahan dan penghujahannya telah datang semenjak 1400 tahun yang lalu semenjak datang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kemudian ditegaskan lagi oleh para ulamanya, yang antaranya adalah Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah. Lalu kemudian pada hari ini, diangkat, diperingatkan, dan dipertegaskan lagi oleh Syaikh Rabe' B. Hadi hafidzahullah. Maka, manfaatkanlah... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
220 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Sunday, December 2, 2012

655 - Jerat-jerat Dosa dan Kemaksiatan

Jerat-jerat Dosa dan Kemaksiatan


Judul Buku:
Jerat-jerat Dosa dan Kemaksiatan

Penulis:
Syaikh Dzulqarnain M. Sunusi Hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah

Harga:
RM9

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Dosa dan maksiat merupakan prahara dalam kehidupan manusia, sebab kebinasaan dan kehancuran, racun yang membahayakan jiwa dan tubuh, serta ancaman ke atas individu dan masyarakat. Kerananya di antara sifat seorang mukmin adalah memelihara diri dari  segala bentuk dosa dan maksiat dengan sedaya-upaya. Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut sifat mereka dalam firman-Nya:

"Dan orang-orang yang tidak menyembah sesembahan selain Allah, tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (untuk dibunuh), kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Sesiapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan atas dosanya. Iaitu adzab untuknya akan dilipat-gandakan pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam adzab tersebut, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang ebrtaubat, beriman, dan beramal soleh, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaubat dan beramal soleh, sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (Surah al-Furqaan, 25: 68-71)

Allah Ta'ala juga berfirman:

"Jika kalian menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang bagi kalian, nescaya Kami menghapus kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke tempat yang mulia (Syurga)." (Surah an-Nisaa', 4: 31)

Buku kecil yang berada di tangan pembaca ini adalah berkaitan beberapa bentuk huraian dan pembahasan tentang dosa dan maksiat. Agar kita dapat sama-sama merenungi diri kita agar terhindar dari bahaya maksiat dan dosa-dosa. Apa solusi dan benteng-benteng yang baik dalam menjaga diri kita dalam menghadapi ancaman dosa-dosa maksiat, yang merupakan penyebab kebinasaan bagi umat-umat terdahulu, kemudian apa pula hikmah-hikmah menjauhi maksiat, cara menggapainya, dan motivasi agar dapat menjauhi maksiat dengan cara yang baik dan benar, InsyaAllah semua ini dibahaskan dalam buku kecil ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
107 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

654 - 47 Hadits Pilihan Seputar Madzhab Salaf

47 Hadits Pilihan Seputar Madzhab Salaf


Judul Buku:
47 Hadits Pilihan Seputar Madzhab Salaf
Judul Asal (Arab): Kitab al-Arba'in fii Mazhab as-Salaf

Penulis:
Syaikh 'Ali B. Yahya Al-Haddaady

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah

Harga:
RM10

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Buku ini merupakan huimpunan beberapa hadits Nabi berkaitan prinsip-prinsip utama manhaj salaf sama ada dalam hal keilmuan, tauhid, aqidah mahupun yang berkaitan dengan penerapan amal dan dakwah kepada Allah Ta'ala.

Buku ini menghimpunkan sebanyak 47 hadits yang dirangkum dari kitab-kitab induk hadits dengan memfokuskan hadis-hadis yang dihukumi sahih oleh para peneliti hadits dari kalangan ulama salaf atau pun ulama kontemporari. Maksud dari penyusunan ini, tiada lain untuk memudahkan bagi para pembaca, lebih-lebih lagi bagi para penuntut ilmu serta para da'i illallaah untuk agar menghafalnya. Setelah itu semoga dalam direalisasikan dalam amal dan dakwah dengan izin Allah.

Semoga buku ringkas ini mampu memberi manfaat yang besar bagi kaum Muslimin secara umum, lebih-lebih lagi bagi para penuntut ilmu.

Jumlah Muka Surat:
112 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

653 - Al-Mulakhkash Syarah Kitab Tauhid karya Syaikh Dr. Soleh al-Fauzan

Al-Mulakhkash Syarah Kitab Tauhid
karya Syaikh Dr. Soleh al-Fauzan



Judul Buku:
Al-Mulakhkash Syarah Kitab Tauhid karya Syaikh Dr. Soleh al-Fauzan

Judul Asal (Arab): Al-Mulakhkash fii at-Tauhid

Penulis:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah

Harga:
RM80

Berat:

1.25kg

Keterangan Buku:
Kitab Tauhid yang merupakan salah satu karya tulis fenomenal seorang mujaddid (pembaharu Islam), Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab at-Tamimiy rahimahullah, terbina di atas huraian yang lugas dalam bidang tauhid dari hal-hal yang paling mendasar sehingga ke cabang-cabang utama tauhid baik dalam i'tiqad, amalan, mahupun prilaku seorang hamba.

Kesederhanaan dalam perbahasan tauhid kepada Allah Ta'ala tidaklah menjadikan kitab ini mengabaikan aspek-aspek ilmiyah. Bahkan dari awal perbahasannya sehingga ke akhir, para pembaca yang budiman akan melihat betapa Syaikh rahimahullah melampirkan dalil-dalil yang cukup tepat dan mengena pada tempatnya.

Sejumlah huraian dan syarah mahupun catatan pinggir (hasyiyah) atas kitab ini telah dituliskan oleh para ulama yang ramai sepeninggalan Syaikh rahimahullah. Di antara yang terkenal adalah Taisir 'Azizil Hamid Syarh Kitab at-Tauhid karya cucu beliau, Syaikh Sulaiman B. 'Abdullah rahimahullah. Demikian juga kitab Fathul Majid Syarh Kitab at-Tauhid karya Syaikh 'Abdurrahman B. Hasan B. asy-Syaikh rahimahullah. 

Manakala kitab Al-Mulakhkhash Syarh Kitab At-Tauhid ini pula adalah susunan dan huraian oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah, salah seorang tokoh ulama besar abad ini. Kitab beliau ini adalah antara sekian banyak kitab para ulama Sunnah yang memberikan khidmatnya ke atas kandungan Kitab Tauhid Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab rahimahullah. Ia menjelaskan dengan huraian-huraian yang ringkas, tuntas, teratur, dan padat. Tidak berjela-jela sehingga membuat orang lelah. Sebaliknya ringkas dan tuntas sehingga mudah difahami dan memberi manfaat yang mudah dimanfaatkan baik oleh kalangan ahli ilmu mahupun masyarakat awam. Di sinilah letak kelebihan dan keutamaan edisi Syarah dan penjelasan Kitab at-Tauhid susunan Syaikh Soleh B. Fauzan al-Fauzan ini. Wal-Hamdulillah. Semoga bermanfaat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Renungan: Tauhid Kunci Kekuatan

Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia amat-amat membanggakan dan dirindukan. Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin. Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu. Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.

Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya. Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Rasa gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.

Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari dasar aqidah dan keimanan mereka yang amat-amat rapuh. Boleh dikatakan kefahaman dan pegangan terhadap agama terlalu cetek sehingga mudah diperkotak-katikkan.

Bukti kerapuhan aqidah umat Islam pada hari ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan kesyirikan. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, pasti akan kita dapati sebahagian besar dari mereka menggantung sesuatu di bahagian dinding belakang kaunter bayaran.

Selain itu, di samping berdoa kepada Allah, mereka menggantungkan pula permohonan mereka kepada tangkal, berkat tok wali, Tawassul dengan kuburan, dan seumpamanya.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan atau menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, memelihara ikan puyu sebagai pendinding dari pukau, manakala ikan kelisa sebagai pembawa tuah, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih terlalu ramai dalam kalangan masyarakat Islam hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan atau rezeki dan dalam masa yang sama menolak mudharat.

Apabila budaya khurafat dan tahayyul yang penuh kesyirikan seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat tersebut.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Juga sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menjelaskan keutamaan dalam berdakwah:

إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kelompok ahli kitab, maka hendaklah yang pertama kali engkau dakwahkan kepada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7372). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Kenapa Para Nabi Memulakan Dakwahnya Dengan Tauhid?

Contoh paling mudah adalah hadis-hadis berkaitan surat-surat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada para pembesar kaum kafir. Antaranya sebagaimana kata Anas B. Malik radhiyallahu 'anhu:

أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَتَبَ إِلَى كِسْرَى، وَإِلَى قَيْصَرَ، وَإِلَى النَّجَاشِيِّ، وَإِلَى كُلِّ جَبَّارٍ يَدْعُوهُمْ إِلَى اللهِ تَعَالَى

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menulis surat kepada Kisra (penguasa Parsi), kepada Qaisar (penguasa Rom), dan kepada Najasyi (penguasa Habsyah), dan kepada setiap penguasa lainnya. Beliau menyeru (mengajak) mereka semua kepada jalan Allah Ta’ala.” (Shahih Muslim, no. 1774)

Menunjukkan prinsip para Nabi dalam memulakan dakwahnya adalah dengan seruan masuk Islam, iaitu seruan mentauhidkan Allah, sekaligus memurnikannya dengan benar dan tulus. Kemudian baru yang lainnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Juga sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata:

لَمَّا بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ إِلَى نَحْوِ أَهْلِ اليَمَنِ قَالَ لَهُ: «إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الكِتَابِ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى، فَإِذَا عَرَفُوا ذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ، فَإِذَا صَلَّوْا، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ زَكَاةً فِي أَمْوَالِهِمْ، تُؤْخَذُ مِنْ غَنِيِّهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فَقِيرِهِمْ، فَإِذَا أَقَرُّوا بِذَلِكَ فَخُذْ مِنْهُمْ، وَتَوَقَّ كَرَائِمَ أَمْوَالِ النَّاسِ

“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Mu’adz B. Jabal kepada penduduk Yaman, beliau berpesan:

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi (menemui) ahli kitab, maka hendaklah yang pertama sekali engkau dakwahkan kepada mereka adalah ajakan untuk mentauhidkan Allah Ta’ala. Jika mereka telah memahami hal tersebut, maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka solat 5 waktu setiap hari. Apabila mereka telah solat, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka zakat dari harta-harta mereka, iaitu diambil dari kalangan kaya di antara mereka lalu diagihkan kepada orang-orang miskin. Jika mereka mentaatinya, maka ambillah sebahagian harta mereka dan jangan engkau ambil harta yang paling berharga milik mereka.”.” (Shahih al-Bukhari, no. 7372. Kitab Tauhid, Bab: Seruan Nabi Kepada Umatnya Agar Mentauhidkan Allah)

Ini kerana tauhid adalah hak ter-Agung Allah ke atas para hambanya dan dengan tauhid yang benar dan tulus, maka para manusia pun akan terselamat dari siksa-Nya. Sekaligus berhak mendapat rahmat dari-Nya berupa Syurga yang penuh kenikmatan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepada Mu’adz:

يَا مُعَاذُ أَتَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى العِبَادِ؟»، قَالَ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلاَ يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، أَتَدْرِي مَا حَقُّهُمْ عَلَيْهِ؟»، قَالَ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: أَنْ لاَ يُعَذِّبَهُمْ

“Wahai Mu’adz, tahukah engkau hak Allah atas para hamba-Nya?” Jawab Mu’adz, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Maka Nabi pun bersabda:

“Mereka wajib mengabdikan diri kepada-Nya dan tidak mensyirikkan sesuatu pun dengan-Nya. Tahukah engkau hak mereka (para hamba) terhadap Allah?” Jawab Mu’adz, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Maka Nabi pun bersabda:

“Dia tidak akan meng-adzab mereka.” (Shahih al-Bukhari, no. 7373)

Umat Islam dimuliakan Dengan Tauhid Yang Murni

Iaitu mereka yang menegakkan agama Allah yang sebenar-benarnya, bukan yang bercampur-aduk dengan bid’ah dan kesyirikan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berjanji melalui firman-Nya:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang melaksanakan amal-amal soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan adalah benar bahawa Dia akan memperkukuhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, setelah sebelumnya mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap mentauhidkan-Ku dengan tidak mensyirikkan Aku. Dan sesiapa yang ingkar setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nuur, 24: 55)

Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah menjelaskan:

هذا من أوعاده الصادقة، التي شوهد تأويلها ومخبرها، فإنه وعد من قام بالإيمان والعمل الصالح من هذه الأمة، أن يستخلفهم في الأرض، يكونون هم الخلفاء فيها، المتصرفين في تدبيرها، وأنه يمكن لهم دينهم الذي ارتضى لهم، وهو دين الإسلام، الذي فاق الأديان كلها، ارتضاه لهذه الأمة، لفضلها وشرفها ونعمته عليها، بأن يتمكنوا من إقامته، وإقامة شرائعه الظاهرة والباطنة، في أنفسهم وفي غيرهم

“Ayat ini termasuk di antara janji-janji Allah yang benar (lagi pasti), yang telah disaksikan kenyataannya dan kandungan beritanya. (Allah) telah berjanji kepada orang yang menegakkan iman dan beramal soleh dari kalangan umat ini bahawa Dia akan memberikan kepada mereka khilafah di muka bumi. Mereka akan menjadi para khalifah di atasnya, yang mengatur urusan-urusan mereka dan meneguhkan agama (yang diredhai) untuk mereka, iaitu agama Islam yang telah mengalahkan seluruh agama kerana keutamaan, kemuliaan, dan kenikmatan Allah atasnya. Mereka bebas dalam menegakkannya dan menegakkan syari’at sama ada yang zahir dan yang batin sama ada untuk diri mereka atau pun selain mereka.” (Tafsir as-Sa’di, m/s. 573 – Mu’assasah ar-Risalah)

Maka dari itu, pastikanlah keadaan tauhid kita, keimanan kita, serta aqidah kita. Sudah tepat dan benarkah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan apa yang disunnahkan oleh Rasul-Nya? Sudah murni dan tuluskah semata-mata kerana Allah? Tidak ada lagi syirik dan noda?

Jumlah Muka Surat:
647 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

652 - Antara Jihad dan Terorisme


Antara Jihad dan Terorisme


Judul Buku:
Antara Jihad dan Terorisme

Penulis:
Syaikh Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka As-Sunnah

Harga:
RM48

Berat:

0.8kg

Keterangan Buku:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya amal yang paling utama setelah solat adalah jihad di jalan Allah.” (Musnad Ahmad, no. 4873)

Kemudian dalam hadis yang lain lagi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan ia tidak pernah ikut berperang, dan tidak pula pernah terdetik di hatinya untuk berperang, maka matinya termasuk ke dalam cabang kemunafikan.” (Shahih Muslim, no. 1910)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya syari'at ini, dasar, dan asasnya dibina di atas pelbagai hikmah dan kemalahatan untuk segenap hamba dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Syari'at Islam ini) seluruhnya adalah rahmat, seluruhnya adalah kemaslahatan, dan seluruhnya adalah hikmah. Setiap masalah yang menyimpang dari jajaran keadilan menuju kemelampauan, dari rahmat kepada kebalikannya, dari maslahat kepada mafsadah, dan dari hikmah kepada hal yang sia-sia, tidaklah tergolong ke dalam syari'at, walaupun hal tersebut dimasukkan ke dalam syari'at kerana suatu bentuk takwil (alasan yang lemah).”

Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: «مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata, “Seseorang berperang untuk mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang), seorang yang lain agar disebut-sebut (menjadi terkenal), dan seorang yang lain lagi untuk dilihat kedudukannya. Maka, siapakah yang disebut fii sabilillah (di jalan Allah)?”

Maka Beliau bersabda: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah dialah yang disebut fii sabilillah.” (Shahih al-Bukhari, no. 2810, 3126)

Lalu, siapakah dia yang benar-benar menegakkan kalimat Allah? Apa pra-syarat dan rukun-rukun dalam perjuangan jihad menegakkan kalimatul haq? Apakah cukup sekadar tutun berperang? Cukup sekadar melawan orang kafir?

Imam al-'Izz B. 'Abdissalam rahimahullah (Wafat: 660H) berkata:

“Apa jua peperangan yang tidak mewujudkan kekalahan musuh, wajib ditinggalkan kerana mempertaruhkan nyawa hanya dibenarkan dalam hal-hal yang memiliki maslahah kemuliaan agama dan bertujuan mengalahkan musuh. Apabila hal tersebut tidak tercapai, diwajibkan meninggalkan perang kerana ia hanya akan melayangkan nyawa dengan sia-sia, memuaskan hati-hati kaum kuffar, dan merendahkan kaum Muslimin. Dengan demikian (peperangan tersebut), hanya sekadar kerosakan semata, tidak membawa maslahah apa pun dalam lembarannya.” [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Ikuti perbahasan antara jihad yang benar lagi syar'i dengan jihad yang menyimpang lagi menuju jalan kesesatan. Antara jihad di jalan Allah dengan jihad di jalan Syaitan. Awas, pastikan kalimat suci jihad difahami dengan maksud dan dalil-dalil yang benar. Agar tidak disalah-fahami sehingga mengakibatkan kerosakan dan tercemarnya nama Islam.

Jumlah Muka Surat:
377 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

651 - Kitab Arab Jaami' al-'Ulum wa al-Hikam karya Al-Hafiz Ibnu Rejab


Kitab Arab Jaami' al-'Ulum wa al-Hikam karya Al-Hafiz Ibnu Rejab
(جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم)



Judul Buku:
Kitab Arab Jaami' al-'Ulum wa al-Hikam karya Al-Hafiz Ibnu Rejab 
(جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم)

Penulis:
Imam Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H)

Penerbit/Cetakan:
Mu'asasah ar-Risalah, Qaherah (Mesir).

Cet. 10, Tahun 1432H (2011M), Beirut (Lebanon).
Ivory paper quality.

Harga:
RM138

Berat:

1.6kg

Jumlah Muka Surat:
1 Jilid lengkap

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.