Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, June 1, 2008

88 – Kitab Subulus Salam

Subulus Salam
Syarah Bulughul Maram


Title:
Subulus Salam
Syarah Bulughul Maram

Author:
Imam Muhammad B. Ismail al-amir ash-Shan'ani

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM260

Weight:
200g

Description:

Kitab Subulus Salam merupakan sebuah karya besar daripada imam ash-Shan’ani. Kitab ini merupakan syarah (penjelasan hadis) dari kitab Bulughul Maram karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani yang mengumpulkan hadis-hadis berkaitan hukum-hakam (fiqh). Kitab Subulus Salam sangat masyhur di kalangan umat Islam daripada pelbagai mazhab dan golongan, kerana rangkuman kandungannya berkenaan hadis-hadis hukum-ahkam yang sangat-sangat diperlukan umat Islam untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan. Ia merupakan di antara salah satu khazanah fiqh Islam yang amat penting bukan sahaja kepada para pengkaji, tetapi juga kepada para penuntut ilmu dan golongan awam sama ada sebagai salah satu set buku/kitab yang dipelajari atau sebagai koleksi rujukan.

Di antara kelebihan kitab ini di samping membawakan kepada anda perbahasan yang baik, sistematik, gaya penulisannnya dan olahannya yang sempurna, ia turut dilengkapi dengan takhrij hadis berdasarkan takhrij yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah. Ini bertujuan supaya kita tidak ragu-ragu lagi dengan status hadis-hadis yang dikemukakan oleh buku ini selain memudahkan rujukan atau semakkan.

Content by volume:

Volume 1 – Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh. Kitab Solah (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma'at, dan bab pakaian). & Kitab Jenazah.

Volume 2 – Kitab Zakat (zakat fitrah, sedekah, pembahagian zakat). Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Jual Beli (persoalan khiyar, riba', pinjaman, perjanjian, hutang, ghasab, wakaf, hibah, syuf'ah, sewaan, belian, fara'aidh, wasiat, wadi'ah). Kitab Nikah (kafa'ah dan memilih, pergaulan suami isteri, maskahwin, walimah, pembahagian giliran isteri, khulu').

Volume 3 – Kitab Thalaq, Kitab Rujuk (ila', zhihar, kaffarat, li'an, iddah dan ihdad, penyusuan, nafkah, asuhan. Kitab Jenayah (dendan, menuntut darah dan sumpah, memerangi pemberontak, memerangi pelaku kejahatan, memburu orang murtad). Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, ad-Da'awi (ancaman), dan bayyinat (bukti)). Kitab al-Itq' (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab al-Jami’ (bab etika, al-birru, shilah, zuhud, wara', peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).

Total Pages:
3 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.