Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, August 9, 2010

282 - Atlas al-Qur'an

Atlas al-Qur'an


Title:
Atlas al-Qur'an

Author:
Dr. Syauqi Abu Khalil

Publisher:
Malmahira

Price:
RM160

Weight:
1.6 kg

Description:

Dalam khazanah keilmuan Islam, buku ini merupakan sebuah karya baru di dalam bidangnya dan belum pernah ada sebelumnya. Buku ini membantu umat Islam untuk membuktikan kebenaran daripada pelbagai informasi sejarah dan kejadian serta keberadaan umat-umat terdahulu yang termaktub dalam al-Qur'an. Pembuktian ini diperkuatkan lagi oleh atlas yang memperjelaskan kedudukan tempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan pelbagai peristiwa penting lainnya. Di dalam atlas ini pembaca akan menemukan yang diantaranya sebagaimana berikut:

1) Tempat turunnya Adam dan Hawa dari syurga.

2) Tempat pembunuhan dan perkuburan Habil.

3) Daerah yang pernah dilanda banjirbesar dan memusnahkan kaum Nabi Nuh.

4) Negeri yang menjadi tempat kemusnahan kaum Nabi Luth.

5) Tempat Nabi Sulaiman mendengar percakapan sekawanan semut.

6) Laut yang pernah dibelah dengan tongkat Nabi Musa.

7) Kisah Ashabul Kahfi, Ashabul Jannah, Ashabul Fil, Iramadzatil Imad, Ashabul Ukhdud, Ashabul Rassi, dan rihlatasy syita'i wash shaif.

8) Kisah peperangan Rasulullah, perjalanan beliau, Haji Wada', sehingga ketika ajal menjemput beliau.

Selain itu, masih banyak lagi nama tempat, kaum, dan pelbagai kejadian penting lainnya yang disebutkan al-Qur'an, yang kemudiannya penulis berusaha memberikan penjelasan tentangnya. Setiap perbahasan dalam buku ini disertakan dengan peta dan foto bagi tujuan memperjelas sekaligus membuktikan bahawa sejarah yang disampaikan al-Qur'an itu bukan diada-adakan atau rekaan. Kaedah ini sengaja digunakan oleh Dr. Syauqi Abu Khalil (penyusun buku ini) untuk memudahkan para pembaca menemukan kedudukan geografi untuk sesebuah kejadian sekaligus mengenali nama-nama tempat monumental yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Kami Yakin, Anda Memerlukan Buku Ini..

Total Pages:
362 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, August 2, 2010

281 - Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani

Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani


Title:
Ensiklopedi Fatwa Syaikh Albani

Author:
Disusun/dibukukan oleh Syaikh Mahmud Ahmad Rasyid dan Syaikh Abu Sanad Muhammad

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM100

Weight:
1.7 kg

Description:

Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syar'i dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering-kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama' sangat memainkan peranan penting dalam memberikan arahan ataupun petunjuk dan akan sentiasa dicari serta dijadikan rujukan dalam mengatasi kepelbagaian dan kemajmukan permasalahan hidup ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia (himpunan) fatwa salah seorang Tokoh ulama bermanhaj Salaf yang sangat terkenal serta pakar hadis pada era ini. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah) yang telah membentangkan suatu kaedah penyelesaian yang mantap, tuntas dan syar'i kepada pelbagai jenis permasalahan dalam urusan Ibadah seperti Solat, Puasa, Mu'amalah, Zakat, Haji, Nikah, Jihad dan permasalahan lainnya termasuk isu aqidah dengan dalil-dalil yang diperakui lagi sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah as-Shahihah serta disajikan dengan format yang tegas, sistematik dan fokus kepada permasalahan yang dikehendaki. Semoga dengan pengumpulan, penyusunan, dan pembukuan himpunan fatwa-fatwa Syaikh al-Albani ini boleh dijadikan sebagai rujukan kita bersama.

Total Pages:
993 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, July 17, 2010

280 - Keajaiban Thibbun Nabawi

Keajaiban Thibbun Nabawi
Bukti Ilmiyah dan Rahsia Kesembuhan Dalam Methode Perubatan Nabawi


Title:Keajabain Thibbun Nabawi
Judul Asli ('Arab): asy-Syifa' min Wahyi Khotami al-Anbiya

Author:
Aiman B. 'Abdul Fattah

Publisher:
al-Qowam

Price:RM42 RM36

Weight:600g

Description:

Setiap bentuk perubatan yang pernah diajarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dijelaskan dengan baik dan terperinci melalui buku penting ini. Ajaib dan sungguh menakjubkan. Dunia kedokteran moden pun akan tunduk takjub dan mengakui fakta-fakta ilmiah yang ada tentang keajaiban kaedah (methode) perubatan nabawi (thibbun nabawi). Pelbagai kajian ilmiah dan teknik (prosedur) perubatan ataupun laboratorium (makmal) telah membuktikan secara realiti akan hal ini.
Perubatan nabawi (thibbun nabawi: Perubatan Cara Nabi) menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiyayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.
Buku ini cukup lengkap membahaskan sekitar kaedah perubatan nabawi, dari sudut teori ataupun praktikalnya. Buku ini menjelaskan di samping bahan-bahan yang menjadi asas perubatan, ia turut menjelaskan kaedah-kaedah praktikalnya secara terperinci. Di dalamnya juga turut disertakan pengakuan dan hasil penelitian perubatan dari para pesakit yang telah diubati/dirawat dengan methode perubatan nabawi. Bahkan di akhir perbahasan buku ini, turut dikemukakan juga tentang 59 jenis penyakit dan kaedah rawatannya, sehingga buku ini benar-benar sangat menakjubkan lagi bermanfaat dan sangat penting untuk dimiliki oleh setiap insan yang ingin sentiasa sihat dalam kehidupannya.
Buku ini telah mendapat pengesahan, kata pengantar (kata-kata aluan) dan dicadangkan oleh beberapa tokoh ulama serta doktor masa kini dari Mesir seperti:
1 - Fadhilatusy Syaikh Muhammad B. Husain Ya'qub,
2 - Syaikh Muhammad Hassan,
3 - Syaikh Mushthofa al-'Adawi,
4 - Syaikh Wahid B. 'Abdus Salam Bali,
5 - Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdul Mun'im,
6 - Syaikh 'Abdul Mun'im,
7 - Dr. Hani' al-Ghozawi, dan
8 - Ustaz Dr. Nabil Hasan.
Di antara isi kandungan buku ini adalah berkenaan:
1 - Pegakuan beberapa pesakit yang telah mendapat rawatan dengan kaedah Thibbun Nabawi (Perubatan cara Nabi), seperti pesakit kencing manis, pesakit rabun, kanker, gangguan jantung, radang mata, tekanan darah, gangguan tulang rawan, gangguan hati, radang saraf, kurap, gangguan tulang belakang, demam, pesakit mental, leukimia, radang berkaitan salur darah, hepatitis, kemandulan, hangguan saluran kencing, dan pelbagai lagi yang lainnya.
2 - Penjelasan ilmyah berdasarkan hasil kajian saintifik.
3 - Perbezaan kaedah perubatan Nabi dan konvensional. Dan siapakah dia ahli dan pakar perubatan dari akca mata Islam?
4 - Penjelasan Pelbagai jenis penyakit secara umum.
5 - Fakta ilmiyah tentang bekam.
6 - Klasifikasi penyakit.
7 - Penyakit sihir dan rawatannya.
8 - Bagaimana bentuk-bentuk perubatan Nabi.
9 - Pelbagai bentuk kaedah penjagaan kesihatan dan rawatan anjuran Nabi.
10 - Melanggar larangan agama, merupakan salah satu bentuk lahirnya penyakit.
11 - Memahami pola dan cara makan Nabi sebagai kaedah awal menjaga kesihatan dan menghalang datangnya penyakit.
12 - Akibat melampau dalam makan/minum.
13 - Keperluan tubuh badan kepada makanan yang sesuai.
14 - Khasiat susu dan rahsianya dari sudut wahyu (dalil al-Qur'an dan hadis).
15 - Khasiat dan rahsia minyak Zaitun.
16 - Keajaiban air.
17 - Rahsia Tamar (kurma kering) dan Ruthob dari perpekstif agama dan sains.
18 - Kaedah tidur anjuran Nabi.
19 - Rahsia sakit dan anjuran menjenguk orang sakit.
20 - Beberapa kaedah rawatan perubatan Nabawi.
21 - Perubatan dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam).
22 - Perubatan dengan menggunakan madu dan rahsianya.
23 - Perubatan dengan Kam'ah, Itsmid, dan celak.
24 - Perubatan dengan Talbinah.
25 - Perubatan dengan 'Ud Hindi atau Qusthul Bahri.
26 - Perubatan dengan air kencing dan susu unta.
27 - Rahsia makanan (dan bahan tertentu) yang disebutkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah secara khusus seperti Utruj (limau), Arz (beras), Bittikh (semangka/tembikai), Tamar, Tsarid, Tin, Jummar (jantung pohon kurma), cuka, Rumman (delima), Zaitun, mentega, Siwak, pokok pisang, mentiun, daging, labu, dan selainnya.
28 - Bentuk-bentuk doa dan ayat al-Qur'an yang berkaitan.
29 - 59 jenis penyakit dan kaedah rawatannya, seperti sakit leukimia, kanser tulang, kerapuhan tulang, rematoid, radang ginjal, rematik, asma, pneumonia, radang paru-paru, gagal jantung, flu dan influenza, dan pelbagai lagi.
Selamat membaca, mengkaji dan memahami. Sehingga mampu dan yakin untuk mengamalkannya... insyaAllah.
Total Pages:350 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, July 14, 2010

279 - 62 Amalan Pembuka Pintu Surga

62 Amalan Pembuka Pintu Surga


Title:
62 Amalan Pembuka Pintu Syurga

Author:
'Abdullah B. 'Ali al-Ju'aitsin

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM15

Weight:
180g

Description:

Memasuki syurga adalah dambaan dan harapan setiap insan. Cumanya, syurga bukanlah sesuatu yang dengan mudah begitu sahaja untuk dimasuki. Namun, dengan berkat kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya yang beriman, jalan menunju dan memasuki syurga dipermudahkan dan diperbanyakkan sehingga kita boleh memilih berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang kita miliki. Jalan yang diamksudkan adalah berupa amalan-amalan ibadah, sama ada yang fardhu atau pun yang sunnah, yang mana dibentangkan melalui buku ini dengan tidak kurang dari 62 jalan dan amalan berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Ketahulailah apakah bentuk-bentuk amalan tersebut. Adakah kita termasuk orang-orang yang mengamalkannya? Maka, sama-samalah kita semak dan fahami. Semoga buku ini dapat membantu dan kita dapat menjadi di antara orang-orang yang mengamalkannya...

Total Pages:
135 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, June 21, 2010

Q&S Islamic Media di Pesta Buku Peringkat Negeri Selangor

Q&S Islamic Media di Pesta Buku Peringkat Negeri Selangor 2010

http://galeriniaga.blogspot.com/

InsyaAllah, kami Q&S Islamic Media (Atsar Enterprise) akan menyertai buat pertama kalinya pesta buku tahunan negeri Selangor, pada 25 Jun - 5 Julai 2010, di Kompleks PKNS Shah Alam. Kami akan berada di booth no. 9, dari jam 1030am-8pm pada setiap hari pada tarikh tersebut, insyaAllah.

Lebih 100 judul buku akan dipamerkan. Pelbagai buku terjemahan hasil karya yang sangat bernilai milik ulama ahlus sunnah wal-jama'ah akan dijual.

Untuk sebarang pertanyaan/maklumat, hubungi:

013-3701152 (Saudara Nawawi)

Q&S Islamic Media mengajak anda untuk memilih, membaca dan menghadam hanya buku-buku yang ilmiah penyampaiannya, sahih rujukannya, dan tepat cara fahamnya.






Saturday, June 19, 2010

278 - Sifat Perniagaan Nabi

Sifat Perniagaan Nabi
Panduan Praktis Fiqih Perniagaan Islam


Title:
Sifat Perniagaan Nabi
Panduan Praktis Fiqih Perniagaan Islam

Author:
Dr. Muhammad Ariffin B. Badri, MA

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM32

Weight:
600g

Description:

Perniagaan adalah merupakan salah satu sumber mata pencarian yang terpuji dalam Islam. Sebahagian besar ulama mengeluarkan pendapat bahawa perniagaan merupakan salah satu bentuk mata pencarian yang paling utama. Pendapat ini adalah berdasarkan hadis Nabi berikut: Dari sahabat Rafi’ bin Khadij, ia menyatakan: Ditanyakan (kepada Rasulullah), “Wahai Rasulullah, apakah sumber pendapatan yang paling baik?” Beliau menjawab, “Hasil pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri, dan setiap perniagaan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad, ath-Thabrani, al-Hakim, dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Pada zaman moden ini, begitu banyak sekali kaedah-kaedah perniagaan yang dilakukan oleh manusia. Bahkan sehingga wujud banyak bentuk-bentuk perniagaan yang tidak jelas dan meragukan. Sama ada halal atau haram. Ramai yang terjebak ke dalam amalan seperti riba yang jelas haramnya. Yang lain-lain pula seperti perniagaan insuran, perniagaan patung dan gambar-gambar (makhluk bernyawa), mengurangkan timbangan barang jualan, penipuan akad dan bahan jualan, dan selainnya.

Maka, buku ini membahaskan hampir semua permasalahan berkaitan perniagaan secara islamic, yang kini semakin ramai dari umat Islam tidak menghiraukannya. Buku ini dilengkapi dengan fatwa-fatwa dari Lembaga Fatwa Kerajaan Saudi Arabia, yang menjawab pelbagai bentuk persoalan berkaitan jual beli masa kini.

Semoga kita semua dapat kembali kepada prinsip-prinsip syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Jangan sehingga makanan yang kita makan diperoleh dari harta dan sumber yang haram tanpa kita sedari.

Antara yang dibahaskan dalam buku ini adalah seperti persoalan Keutamaan Perniagaan, kepelbagaian dan jenis-jenis akad, Prinsip jual beli di dalam Islam, Syarat sah jual-beli, ciri-ciri barang dagangan, khiyar, dan yang selainnya.

Total Pages:
290 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, June 15, 2010

277 - Siapa Bilang MLM Haram?

Siapa Bilang MLM Haram?




Title:
Siapa Bilang MLM Haram?


Author:
Ustad Kholid Syamshudi, LC

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Multi Level Marketing (MLM) adalah satu bentuk aktiviti perniagaan versi baru yang muncul akhir-akhir ini. Ia kian menyebar dan terkenal di negara kita Malaysia, bahkan dunia. Dengan membina sistem jaringan dan mengaut hasil keuntungan perniagaan ini melalui sistem piramid, menjadikan MLM semakin cepat tersebar dan diterima oleh masyarakat. Sehinggalah kemudiannya MLM turut pula disandarkan kepada MLM Islami. Namun di tengah-tengah meletupnya nama perniagaan berkonsepkan MLM ini, tiba-tiba pendapat yang menyatakan bahawa peniagaan bentuk ini adalah HARAM hukumnya?! Jadi, mengapa ini boleh terjadi? Apa alasan mereka mengHARAMkannya? Apa dalil-dalil mereka? Lalu bagaimana kita meletakkan prinsip kita dalam keadaan seperti ini? Jadi, sama-samalah kita temukan jawabannya melalui buku ini! Semoga bermanfaat.

Total Pages:
102 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

276 - Mengapa Memilih Manhaj Salaf?

Mengapa Memilih Manhaj Salaf?


Title:
Mengapa Memilih Manhaj Salaf?

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam Bukhari

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Sesungguhnya umat Islam telah terdampar di persimpangan jalan, mereka hidup dalam kesengsaraan yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah Islam walaupun telah berlalu banyak krisis dan bencana silih berganti pada saat-saat lemah dan jauh dari syari'at Allah 'Azza wa Jalla yang sebenar. Umat Islam kehilangan sebahagian besar dari negeri/wilayah, harta mereka, atau hidup dalam keadaan penuh kebimbangan, kegelisahan, ketakutan dan curiga.

Akan tetapi seseorang yang memahami sunatullah yang berkaitan dengan perubahan, tidak akan merasa hairan bahawa kekalahan akan kembali kepada musuh-musuh umat Islam. Perkara ini adalah sebagaimana yang disebutkan: "Kami adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka ketika kami menginginkan kemuliaan kepada selain Islam, maka Allah 'Azza wa Jalla pun menghinakan kami."

Oleh sebab itu mereka bersegera memperbaiki diri, lalu mengenal-pasti punca penyakitnya ,dan sedar akan kelemahannya, kemudian mereka segera memulakan amalan yang merupakan asas perjalanan kembali kepada agama mereka, sehingga Allah menghilangkan kehinaan tersebut dari diri mereka dan kekuatan mereka semakin bertambah.

Buku yang berada di hadapan anda ini adalah merupakan sebuah tulisan yang menjelaskan titik sebenar kekuatan umat Islam. Kekuatan umat Islam hanya dapat dikembalikan dengan kembalinya umat Islam kepada agama Islam yang sebenar, tulin lagi sahih dari aspek dalil dan cara fahamnya. Setelah pelbagai penyimpangan yang berlaku di dalam cara beragama umat Islam masa ini, yang sehingga menjadikan mereka lemah selemah-lemahnya, malah dihinakan dengan rendah-serendah-rendahnya oleh musuh-musuh mereka. Umat Islam sepatutnya bangkit sedar bahawa diri mereka telah lemah disebabkan terlalu banyak meninggalkan ajaran agama mereka. Lebih parah, mereka sengaja menyelewengkan agama Islam yang pada asalnya adalah murni sebagai sumber kekuatan mereka. Pelbagai bentuk kepercayaan telah ditokok tambah ke dalam praktik keimanan (aqidah) mereka. Setelah itu, lahir pula kepelbagaian amalan ibadah yang tidak diketahui asal-usulnya daripada agama yang murni peninggalan Rasulullah. Maka, atas sebab itulah mereka akhirnya menyimpang disebabkan mengamalkan agama yang menyimpang, yang tidak lagi murni sebagaimana agama yang difahami oleh para Sahabat Rasulullah yang diredhai.

Jadi, buku ini mengajak anda membuka mata supaya segera kembali melihat apakah prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Dari aspek aqidah dan amalan. Buku ini membentangkan berkaitan aspek pembinaan tatacara kefahaman terhadap agama yang bersumberkan al-Qur'an, as-Sunnah dan prinsip penerimaan para sahabat terhadap wahyu yang dibawa oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam.

Imam Malik rahimahullah berkata: Tidaklah menjadi baik umat Islam itu melainkan dengan menjadi baiknya umat yang terdahulu (generasi para sahabat).

Total Pages:
170 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

275 - Membongkar Dunia Klenik & Perdukunan Berkedok Karomah

Membongkar Dunia Klinik & Perdukunan Berkedok Karomah


Title:
Membongkar Dunia Klenik & Perdukunan Berkedok Karomah

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM28 (Hard Cover)

Weight:
400g

Description:

Keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap konsep "perubatan alternatif" yang berbau mistik dan keajaiban dengan sandaran agama masih begitu kuat sekali. Walaupun ianya jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip agama itu sendiri. Walau apapun gelarannya, seperti dukun, pawang, bomoh, orang pintar, tok kiyai, tuan wali, tuan guru dan seumpamanya, hakikatnya ia tetap sama. Iaitu sama-sama dalam penyimpangan yang merosakkan aqidah umat Islam. Aktiviti dan amalan operasi mereka yang sering-kali di-atasnamakan atau dibalut dengan simbol-simbol agama Islam telah sangat banyak memperdayakan orang awam serta menimbulkan banyak kekecohan serta penipuan.

Dari itu, sewajarnyalah kita semua berusaha memahami sipakah dia yang dimaksudkan dengan dukun, pawang, tuan guru, serta rakan-rakan seangkatan mereka yang sebenarnya. Apakah ciri-ciri mereka? Kenapa mereka dianggap menyimpang dari aqidah Islam sedangkan mereka dilihat sebagai pengamal perubatan Islam? Bagaimanakah mengenali dan mematahkan sepak terajang mereka, dan apakah bentuk-bentuk kejahatan mereka terhadap masyarakat dan agama. Bagaimana mereka boleh berhubung dengan jin dan syaitan bagi menjayakan misi kesyirikan mereka. Bagaimana untuk berhadapan dan mendinding diri daripada semua gangguan mereka? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai perubatan Islam itu sendiri?

InsyaAllah, semuanya terjawab melalui buku yang berada di hadapan anda ini. Penulis berusaha mengulas dan mengupas pelbagai praktik kesyirikan dan sepak terajang dunia perdukunan yang bertopengkan karomah, nama ustaz dan agama Islam. Di samping itu, buku ini turut dilengkapi dengan nota tentang konsep perubatan Islam yang sebenar sama ada dari kaca mata sains mahupun doa (ruqyah). Ia membawakan sama tatacara menghindarkan diri dari gangguan syaitan dan sihir serta cara-cara menghilangkannya apabila terkena. Semoga buku ini dapat memberi sedikit-sebanyak pendedahan, input, dan maklumat yang bermanfaat agar diri kita semua terhindar dari pelbagai bentuk kesyirikan ajaran si wali syaitan.

Total Pages:
261 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, June 12, 2010

274 - Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah

Masyhur Tapi Tak Sahih Dalam Sirah Nabawiyah



Title:
Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah
Judul Asli ('Arab): Ma Sya'a lam Tatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah

Author:
Syaikh Muhammad B. 'Abdullah al-Usyan

Publisher:
Zam-zam Mata Air Ilmu

Price:
RM38 (Soft Cover)

Weight:
550g

Description:

Buku ini merungkai kisah-kisah sirah popular lagi masyhur berkaitan Rasulullah dan para sahabatnya, tetapi malangnya kisah-kisah tersebut tidak sahih...

Amat disayangkan, kisah-kisah tidak sahih inilah yang banyak berlegar di sekitar kita. Ia diceritakan oleh para ustaz dan ustazah di sana-sini tanpa meneliti sumber ambilannya yg betul... Sehingga masyarakat awam menyangka ianya adalah kisah yang sahih. Lebih parah, kisah-kisah tersebut telah sebati dan meresap dalam diri masyarakat awam sehingga amat sukar untuk diperbetulkan semula.

Walau bagaimanapun, kehadiran buku ini adalah amat tepat sebagai salah satu bentuk usaha memberi pencerahan kembali kepada beberapa kisah-kisah sirah nabawiyah dari kisah-kisah yang ternyata tidak sahih tersebut. Maka, dapatkan dan bacalah buku ini untuk membuat penilaian dan perbandingan.

Di antara kisah-kisah yg dikemukakan melalui buku ini adalah seperti:

1, Kisah keislaman 'Umar al-Khaththab ketika mendengar bacaan Surah Thoha.

2, Kisah sarang labah-labah dalam guna ketika hijrah Nabi.

3, Janji Nabi kepada Suraqah B. Malik untuk memakaikannya gelang maharaja Parsi.

4, Kisah Malik B. Sinan meminum darah Nabi.

5, Hindun binti Utbah memakan hati Hamzah.

6, Kisah Tsa'labah enggan membayar zakat.

7, Perintah Nabi Membakar masjid Dhirar.

8, Nyanyian Thola'al Badru 'Alaina...

9, Benarkah Rasulullah menikahi Khadijah ketika usia Khadijah 40 tahun?

dan banyak lagi, insyaAllah...

Total Pages:
378 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, June 7, 2010

273 - Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib



Title:
Shahih at-Targhib wa at-Tarhib
Hadis-hadis sahih Tentang Ancaman & Janji Pahala

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani
(Dari karya/susunan asal Imam al-Mundziri)

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM310 (Lengkap 6 jilid)

Weight:
6kg

Description:

Bahawasanya semangat seseorang muslim untuk beribadah akan tumbuh subur apabila mereka mengetahui pahala yang dijanjikan dan betapa indahnya balasan akan mereka terima. Sebaliknya, rasa takut kepada Allah 'Azza wa Jalla akan semakin kuat apabila sseorang itu mengetahui ancaman dan dosa melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

Inilah di antara tujuan dari rangkaian hadis-hadis yang dibentangkan dan disusun oleh Imam al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya at-Targhib wa at-Tarhib, yang merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'alaihi was Salam yang bersifat at-Targhib (anjuran, dorongan, motivasi, galakkan, janji pahala dan syurga) dan at-Tarhib (ancaman, peringatan, ancaman, akibat buruk dengan balasan dosa dan neraka) dalam pelbagai persoalan daripada 'Aqidah, Ibadah, Akhlak, anjuran menuntut ilmu, mendalami as-Sunnah, serta pelbagai bab lagi sehinggalah kepada Mu'amalah dan urusan kehidupan umum.

Walau bagaimanapun, dalam Kitab Imam al-Mundziri rahimahullah ini tidak semua hadis yang beliau bawakan adalah berstatus sahih dan dapat dijadikan landasan dalam setiap persoalan. Maka, oleh sebab itulah kemudiannya Syaikh al-Albani rahimahullah berusaha melakukan semakkan (tahqiq) terhadap hadis-hadisnya dan mengambil darinya hadis-hadis yang sahih serta hasan lalu meletakkannya ke dalam satu kitab khas yang tersendiri dengan judul Shahih at-Targhib wa at-Tarhib. Manakala hadis-hadisnya yang dhaif dan yang lebih teruk dari itu statusnya, beliau letakkan ke dalam kitab khas yang lain pula dengan judul Dhaif at-Targhib wa at-Tarhib. Beliau telah berusaha keras dalam usahanya melakukan penelitain, kajian hadis yang mendalam dan komprehensif yang sekaligus menjadikan buku susunan Syaikh al-Albani rahimahullah ini sebagai buku pilihan lagi alternatif di dalam susunan rujukan umat Islam dalam persoalan fadhail amal atau anjuran beramal.

Total Pages:
6 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, June 6, 2010

272 - Syurga Neraka Menurut al-Qur'an & as-Sunnah

Syurga Neraka Menurut al-Qur'an & as-Sunnah
& Calon Penghuninya


Title:
Syurga Neraka Menurut al-Qur'an & as-Sunnah
(Judul Asli: al-Jannatu Na'imuhaa wat Thariiqu Ilaihaa Jahannamu Ahwaaluhaa wa Ahluhaa)

Author:
Syaikh 'Ali Hasan al-Halabi al-Atsari

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM15

Weight:
150g

Description:

INDAHNYA SURGA...

Pada hari Kiamat nanti akan di­datangkan orang yang hidupnya paling sengsara di dunia dari salah seorang penghuni Syurga. Kemudian, dia dicelupkan ke dalam Syurga dengan sekali celupan lalu di­tanya: "Wahai anak Adam, adakah kamu pernah hidup sengsara walau hanya sekejap? Adakah kamu per­nah mengalami kesusahan walaupun hanya sedikit?" Orang itu menjawab: "Tidak, demi Allah, wahai Rabbku." (HR. Muslim).

Kerana begitu indah dan nikmat­nya Syurga, orang tersebut pun lupa ter­hadap segala bentuk penderitaan yang per­nah dialaminya di dunia.

PEDIHNYA NERAKA....

Pada hari Kiamat nanti akan di­datangkan orang yang paling banyak bergelimang dengan kenikmatan dunia dari salah seorang penghuni Neraka. Lalu dia dicelupkan ke dalam Neraka dengan sekali celupan kemudian di­tanya: "Wahai anak Adam, adakah kamu pernah hidup bahagia walau hanya sekejap? Adakah kamu per­nah merasakan kenikmatan hidup walau hanya sedikit?" Orang itu men­jawab: "Tidak, demi Allah, wahai Rabbku." (HR. Muslim).

Kerana begitu dahsyat dan pe­dihnya Neraka, orang tersebut pun lupa terhadap segala kenikmatan yang pernah dinikmatinya di dunia.

Melalui buku ini, Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi mengumpulkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih yang menyentuh tentang sifat-sifat, suasana dan keadaan di Syurga dan Neraka. Ia adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan sebagai pembangkit semangat kita untuk terus mencari dan menghidupkan cahaya penerang jalan ke Syurga (galakkan/Targhib) dan supaya kita menjadi sentiasa berhati-hati terhadap segala bentuk maksiat yang akan menjerumuskan kita ke dalam jurang yang sangat menakutkan, iaitu neraka Jahannam.

Total Pages:
134 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

271 - Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)

Buku Induk Akidah Islam
(Syarah Aqidah al-Wasithiyah)


Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=116

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

270 - Bekam, Sunnah Nabi & Mukjizat Medis

Bekam, Sunnah Nabi & Mukjizat Medis


Title:
Bekam, Sunnah Nabi & Mukjizat Medis
Judul Asli ('Arab): al-Hijamah Sunnatun Nabawiyah wa Mu'jizatun Thibbiyyah

Author:
Syihab al-Badri Yasin

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM15

Weight:
200kg

Description:

Perlu kita akui, bahawa umat Islam pada ketika ini jarang sekali yang mahu mendalami dan mengamalkan ilmu perubatan warisan Nabi yang sangat lengkap. Di antara sebahagian amalan perubatan warisan Nabi (thibbun nabawi) yang dilupakan itu adalah bekam (al-hijâmah). Bahkan ramai di antara umat Islam yang sama sekali belum pernah mendengar istilah “bekam”, dan ini adalah merupakan suatu yang sangat naif sekali. Kerana bekam adalah sebuah kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, dan Sunnah Nabi yang memiliki mukjizat perubatan yang agung sebagai penyembuh dari segala penyakit, dengan izin Allah. Dunia perubatan moden pun ‘tercengang’ dengan model perubatan bekam ini yang terbukti memiliki daya penyembuh kepada pelbagai penyakit, bahkan yang tergolong penyakit akut, seperti penyakit jantung, paru-paru, tumor otak, diabetis, gagal ginjal, radang usus besar, lumpuh (stroke), kemandulan, wasir, dan lain sebagainya.

Dengan buku ini semoga ianya mampu menjadi ‘ketukan lembut’ yang membangunkan umat Islam untuk mula melihat dengan lebih serius dan detail terhadap amalan berbekam sebagai perubatan alternatif yang memiliki asas dari agama, kerana ia adalah Sunnah al-Mushthofâ. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar titik-titik bekam, sehingga mampu menjadi rujukan yang penting untuk mengenali lebih lanjut berkenaan apa dan bagaimana perubatan bekam.

Total Pages:
123 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, June 5, 2010

269 - al-Kaba'ir

al-Kaba'ir
Dosa-dosa Yang Membinasakan


Title:
al-Kaba'ir (Dosa-dosa Yang Membinasakan)
Judul Asli ('Arab): al-Kaba'ir

Author:
Imam ad-Dzahabi
Dengan Syarah oleh Syaikh Muhammad Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM68 (Hard Cover)

Weight:
1.2kg

Description:

Dosa adalah apabila melakukan setiap jenis perbuatan yang melanggar aturan dan ketetapan hukum Allah. Dosa yang dilakukan boleh menjadi sebab diturunkan siksa sama ada secara khusus mahupun kepada pelakunya. Sekiranya siksa yang diturunkan atau yang diancamkan kepada pekaku dosa adalah bersifat khusus, maka ia termasuk jenis dosa-dosa yang besar dan berat. Ini adalah seperti dosa zina, membunuh, dan selainnya. Manakala dosa-dosa kecil adalah dosa yang padanya tiada ancaman siksa yang bersifat khusus. Namun, dosa-dosa kecil sekiranya dilakukan secara rutin, ia akan mengumpul menjadi dosa yang besar.

Dosa adalah merupakan tipu daya syaitan yang sering dimasukkan ke dalam hati-hati manusia supaya mereka selalu melakukannya, dan akhirnya meremehakannya. Sebenarnya, kita sama sekali tidak boleh mengambil sikap meremehkan dosa walaupun yang kecil. Kerana dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan akan menjadi dosa yang besar.

Buku yang diambil dari Syarahan Syaikh Muhammad B. Soleh 'Utsaimin ini adalah merupakan penjelasan terhadap Kitab al-Kaba'ir tulisan Imam adz-Dzahabi. Buku ini memberi penjelasan berkaitan jenis-jenis amal perbuatan yang termasuk ke dalam kategori dosa besar dengan merujuk kepada dalil-dalil al-Qur'an, as-Sunnah dan perkataan para sahabat.

Semoga buku ini dapat menjadi nasihat yang bermanfaat dan peringatan kepada kita semua untuk sentiasa menjaga diri dari perbuatan dosa. Tidak ada seorang pun yang luput dari kesalahan dan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) adalah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Total Pages:
497 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

268 - Tafsir Juz 'Amma

Tafsir Juz 'Amma
Berserta Hukum Tajwid Berwarna



Title:
Tafsir Juz 'Amma Berserta Hukum Tajwid Berwarna
Judul Asli ('Arab): Zubdatut Tafsir Min Fathil Qadir

Author:
Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM25 (Soft Cover) Size 20cm x 14cm.
RM32 (Soft Cover) Size 29.5cm x 21cm.

Weight:
200g

Description:

Juz 'Amma atau juz ke-30 daripada al-Qur'an adalah sebahagian surah-surah al-Qur'an yang sangat popular di kalangan para pembaca atau penghafal al-Qur'an. Ini adalah kerana disebabkan padanya terdapat ciri-ciri khas yang mudah bagi seseorang yang baru ingin memulakan mempelajari dan menghafal ayat-ayat suci al-Qur'an. Di antara ciri-ciri tersebut adalah:

1 - Surahnya pendek-pendek, maka lebih mudah untuk diingati dan dihafal.

2 - Susunanya yang ringkas menjadikannya mudah untuk diingati.

3 - Sudah menjadi kebiasaan kepada sesiapa sahaja yang baru bermula mempelajari dan menghafal al-Qur'an.

4 - Di dalamnya mengandungi surah yang memiliki fadhilat (keutamaan) yang setara dengan 1/3 al-Qur'an, iaitu surah al-Ikhlas.

7 - Di dalamnya terdapat surah yang menjadi wirid di setiap pagi dan petang, iaitu dari surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Naas.

Dengan sebab keistimewaan-keistimewaan ini, dan ditambah pula ia sering dijadikan sebagai sebahagian al-Qur'an yang sering dibaca dan dihafal, maka adalah amat wajar sekali Juz 'Amma ini diterbitkan dengan lengkap berserta hukum-hakam tajwidnya serta penafsirannya supaya ia lebih mudah untuk bukan sahaja dihafal dan diingati tetapi juga mudah untuk difahami dan dipelajari maksud serta pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Ciri-ciri lain versi terbitan yang diberikan kepada anda ini adalah ia ditulis dengan Rasm 'Utsmani, disertakan hukum tajwid berwarna, dan setiap ayat diberikan penjelasan serta penafsiran berpandukan kitab Zuhdatut Tafsir dari ringkasan kitab Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani. Ia diringkaskan oleh Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman 'Abdullah al-Asyqar.

Edisi ini juga amat sesuai untuk dibacakan atau menjadi bahan bacaan anak-anak di rumah dalam rangka mendekatkan mereka kepada al-Qur'an dan tafsirnya.

Total Pages:
162 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.