Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 11, 2010

351 - Amalan Apakah Yang Paling Utama

Amalan Apakah Yang Paling Utama


Title:
Amalan Apakah Yang Paling Utama?
Judul Asal: Tajriidul Ittiba' fii Bayani Asbabi Tafadhulil A'maal

Author:
Syaikh Prof. Dr Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM28

Weight:
1kg

Description:

Buku ini membentangkan kaedah-kaedah dalam menentukan keutamaan amal ibadah yang untuk dilaksanakan berdasarkan dalil-dalil/nash yang sahih di atas kefahaman salafus soleh.

Penilaian keutamaan perlaksanaan amalan/ibadah ini ditetapkan berdasarkan pembahagiannya di antara yang wajib dengan yang sunnah, berpandukan jenisnya, pertimbangan masa dan waktunya, tempatnya, situasi dan keadaan seseorang - susah atau senang, berdasarkan ilmu, serta kesannya kepada masyarakat atau makhluk yang lain. Juga berdasarkan kepada beberapa keadaan dan sebab-sebab lain yang membezakan di antara nilai keutamaan suatu amal.

Komen seorang pembaca tentang buku ini:

Buku ini khusus untuk orang-orang yang ghairah sahaja. Maksud saya ghairah beramal untuk mendapatkan keutamaan dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Syarat Sah dan Diterima Sesuatu Amal Ibadah

Tidak semua perbuatan baik diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala. Sarjana Islam mengeluarkan dua pra-syarat supaya sesuatu amalan itu diterima oleh Allah.

Secara ringkasnya ia boleh disimpulkan dalam dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh setiap orang Islam pada setiap kali solat. Maksudnya,

Tiada Tuhan Yang layak diibadati, melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Pertama: Ikhlas @ Tauhid

Ayat pertama mensyaratkan ikhlas beribadat hanya kepada Allah. Ikhlas juga bermakna mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apapun. Definisi ini diambil dari Surah Al-Ikhlas yang inti seluruh surah ini berkaitan tauhid dan larangan syirik.

Kedua : Ikut Sunnah

Lafaz kedua kalimah syahadah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah dan wajib diikuti, bagi sesiapa yang mahu mendapat pahala dan masuk syurga.

Amal Apa Yang Utama

Setelah dua perkara pokok yang menjadi pra-syarat ini dipenuhi barulah sesuatu amal itu layak dinilai oleh Allah untuk diberi pahala.

Buku karya ilmuwan tersohor ini membincangkan jenis-jenis amalan dan darjat keutamannya menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.

Beramal seperti berdagang juga. Kita bukan sahaja mahu berniaga sebanyak-banyaknya, kita juga mahu perniagaan kita untung semaksimal yang mungkin. Ada orang berniaga dari siang sampai ke malam, namun dek kerana kurangnya ilmu berniaga untungnya biasa-biasa sahaja. Dalam satu sisi yang lain, ada orang berniaga dalam masa yang sedikit sahaja, namun untungnya berlipat-kali ganda.

Kalau berdagang di dunia sahaja sudah perlu ilmu dan kemahiran, makanya tentu berdagang (baca: beramal) untuk akhirat lebih dari itu perlu kepada ilmu.

Dengan ilmu kita akan dapat membandingkan darjat amal antara satu dengan yang lain.Yang mana lebih utama

Memberi salam atau menjawab salam. Memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu wajib hukumnya.

Membaca Al-Qur’an banyak secara pantas, atau membaca Al-Qur’an sedikit dengan perlahan dan tartil.

Sedekah sekali dengan jumlah banyak, berbanding sedekah sedikit secara berterusan.

Saya bawakan beberapa contoh perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini untuk menggamit perhatian pembaca.

Daftar Isi Buku Ini:

1 - Perhatian Generasi Salaf Terhadap Keutamaan Amal dan Keghairahan untuk Mendalami Amal.

2 - Keutamaan Amal Berdasarkan Jenisnya.

3 - Keutamaan Amal Berdasarkan Sisi Wajib dan Sunnahnya.

4 - Keutamaan Amal Berdasarkan Niat dan Kekuatan Ikhlas.

5 - Keutamaan Amal Berdasarkan pada Baiknya Ber-Ittiba’.

6 - Keutamaan Amal Berdasarkan Konsistensi dan Kadar istiqamah Perlaksanaannya.

7 - Keutamaan Amal Berdasarkan Perlaksanaan, Kesederhanaan, Ketepatan, dan Kemudahan Perlaksanaannya.

8 - Keutamaan Amal Berdasarkan pada Kedudukan dan Derajat Pelakunya di Sisi Allah Ta’ala.

9 - Keutamaan Amal Berdasarkan Masa dan Waktu Perlaksanannya.

10 - Keutamaan Amal Berdasarkan Tempat dan Lokasi Perlaksanaannya.

11 - Keutamaan Amal Berdasarkan Kesan Bagi Makhluk.

12 - Keutamaan Amal Berdasarkan Situasi yang Dihadapinya.

13 - Mempertimbangkan Hal-hal yang Menjadi Penyebab Utamanya Suatu Amal dan Mendahulukan Salah Satunya pada Waktu Sama.

Total Pages:

342 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, December 10, 2010

350 - Ensiklopedia Bid'ah

Ensiklopedia Bid'ah



Title:
Ensiklopedia Bid'ah
Judul Asal (Arab): al-Bida' wal Muhdatsat wa ma La Ashla lahu

Author:
Kumpulan Fatwa Lajnah Daimmah lil Buhuts al-Ilmiyyah wa al-Ifta'
Syaikh 'Abdul Aziz B. Bazz
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibrin
Syaikh Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Disusun dan dikumpulkan oleh: Syaikh Hammud B. 'Abdullah al-Mathar

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM54

Weight:
1kg

Description:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika hayatnya banyak mengingatkan tentang bahayanya bid'ah, iaitu mengada-adakan sesuatu amalan baru dalam agama.

Kata beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini sesuatu urusan (amalan agama) yang baru, maka ianya tertolak." (Mutaafaq 'alaih: Shahih al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, kata beliau:

"Sesiapa yang melaksanakan suatu amalan yang bukan dari urusan (atau perintah) kami, maka ianya tertolak." (Shahih Muslim, no. 1718)

Dalam hadis yang lain lagi:

"Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa'ur Rasyidin yang mendapat petunjuk setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat." (Sunan Abu Daud, no. 4607)

Dalam salah satu khutbah Rasulullah, beliau menegaskan:

"Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu 'alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid'ah), dan setiap bid'ah itu adalah kesesatan." (Shahih Muslim, no. 867)

Hadis-hadis ini semuanya memiliki isyarat yang menunjukkan betapa tercelanya bid'ah dan merupakan peringatan keras akan bahayanya bid'ah sehingga boleh membawa kesesatan.

Oleh itu, cukupkanlah diri kita dengan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih sebagaimana difahami oleh para sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Dan jauhilah amalan-amalan baru yang diada-adakan (lagi direka-reka) yang disandarkan kepada agama secara dusta. Sedangkan Rasulullah dan para sahabatnya sendiri pun tidak pernah mengamalkannya, apatah lagi mengajarkannya untuk diamalkan.

Untuk lebih jelas lagi tentang apa itu bid'ah dan kepentingan berpegang kepada Sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sekaligus menjauhi bid'ah-bid'ah dalam agama, maka tela'ah dan semaklah buku berharga ini. Kandungannya sarat dengan ilmu dan penjelasan tentang keutamaan mengikuti sunnah-sunnah sahihah dan wajibnya meninggalkan bid'ah-bid'ah yang penuh bahaya.

Kemudian diikuti pula dengan penjelasan dan penjabaran sekitar bid'ah-bid'ah yang begitu banyak berlegar dalam masyarakat kita hari ini dari seluruh dunia Islam dalam pelbagai skop/juzuk agama baik aqidah, akhlak, thaharah, solat, puasa, haji & umrah, sedekah, zakat, dakwah, perkahwinan, perayaan, dan banyak lagi lainnya. Turut sama dibahaskan adalah hal-hal yang dianggap bid'ah, sedangkan hakikatnya ia bukanlah bid'ah. [Hak milik Atsar Enterprise: www.atsar.ilmusunnah.com, dilarang membuat salinan tanpa kebenaran]

Kita tentu pernah mendengar nama Hudzaifah Ibn al-Yaman, seorang sahabat yang dikenali sebagai penjaga rahsia Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam - beliau berkata:

"Di saat ketika kebanyakan manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang kebaikan, aku pula bertanya kepadanya tentang keburukan, kerana aku takut/bimbang akan terjerumus ke dalamnya."

Maka, itu terbukti setelah pemergian Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kita melihat banyak manusia terjatuh ke dalam jurang kesesatan, kerana mereka hanya belajar tentang pintu-pintu kebajikan semata-mata dan melupakan maklumat/pengetahuan tentang jurang-jurang kesesatan. Sehingga mereka jahil tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam lembah maksiat dan syirik.

Lalu bagaimana dengan bid'ah yang keberadaannya bagaikan hembusan angin yang tidak tersekat oleh ruang dan waktu? Lebih-lebih lagi perbuatan bid'ah ini lebih disenangi dan dicintai oleh syaitan berbanding perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar lainnya. Yang dengannya pelaku maksiat lebih mudah untuk bertaubat dan mengetahui bahawa maksiat yang sedang ia lakukan adalah perbuatan dosa.

Berbeza dengan pelaku bid'ah, ia sering terpesona dengan banyaknya manusia yang melakukan bid'ah tersebut sehingga ia beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian dari kebenaran dan amalan kebaikan. Sungguh indah senandung syair yang berbunyi:

"Aku mengetahui keburukan bukan untuk melibatkan diri ke dalamnya, tetapi untuk menghindarkan diri darinya. Sesiapa yang tidak mengetahui/mengenal keburukan nescaya dia akan terjatuh ke dalamnya."

Buku ini tampil menjelaskan berkaitan selok-belok pelbagai bentuk bid'ah yang terjadi di pelbagai penjuru dan belahan bumi. Disusun dalam bentuk soal-jawab sehingga seolah-olah para pembaca sedang berdialog dengan seorang guru. Penjelasan seperti ini akan membantu para pembaca untuk memahami, mengetahui, dan mengenali kepelbagaian bentuk dan corak bid'ah agar kita tidak terjerumus ke dalamnya, bi idznillah.

Maka, berhati-hatilah dan jangan jadikan diri kita sebagai buruan yang masuk ke dalam perangkap syaitan yang terpedaya dengan amalan yang disangka amal-amal kebaikan rupanya amal kesesatan, sehingga anda akan menjadi teman setianya di neraka. Na'uzubillah...

Setiap kupasan dan himpunan fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini berkaitan dengan bid'ah diambil daripada kalangan ulama besar ahli sunnah kontemporari yang tidak asing lagi. Ini sebagaimana telah dijelaskan di atas. Semoga bermanfaat.

Total Pages:

540 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

349 - Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah wal-Jama'ah

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah wal-Jama'ah


Title:
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah wal-Jama'ah

Author:
Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM48

Weight:
650gram

Description:

Amar ma'ruf nahi munkar adalah suatu yang dengannya Allah menurunkan kitab-kitab-Nya dan mengutus Rasul-rasul-Nya serta sebahagian dari asas-asas agama. Ia merupakan kewajiban yang dibebankan Allah kepada ummat Islam bersesuaian dengan kemampuannya.

Allah Ta'ala berfirman, "Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Surah Ali 'Imran, 3:110)

Rasulullah bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat yang kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya - dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, "Allah Ta'ala menjelaskan bahawa umat Islam adalah umat terbaik bagi umat manusia. Mereka paling banyak memberi manfaat dan paling banyak berbuat baik kerana menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta mereka untuk menegakkan kebenaran. Maka perkara tersebut merupakan suatu bentuk manfaat yang paling sempurna bagi makhluk."

Betapa pentingnya amar ma'ruf nahi munkar, maka orang yang hendak melakukannya wajib mengetahui tata cara, ketentuan-ketentuan, batasan-batasan, kaedah-kaedah, dan adab-adabnya.

Total Pages:

312 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

348 - Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga

Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga


Title:
Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga

Author:
Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM50

Weight:
700gram

Description:

Setiap Muslim dan Muslimah diperintahkan untuk menuntut ilmu kerana dengan menuntut ilmu mereka akan mengetahui tentang agama Islam yang bersumberkan dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Setiap muslim tidak akan mampu melaksanakan agamanya dengan benar melainkan dengan belajar Islam yang benar berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah berpandukan kefahaman salafus Soleh (generasi awal umat Islam). Agama Islam adalah agama Ilmu dan amal kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam diutus dengan membawa ilmu dan amal soleh.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman yang ertinya,

"Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (al-hudaa) dan agama yang haq supaya dimenangkan-Nya terhadap semua agama, dan cukuplah Allah sebagai saksinya." (Surah al-Fath: 28)

Makna al-hudaa (petunjuk) dalam ayat tersebut adalah ilmu yang bermanfaat. Dan yang dimaksudkan dengan diinul haq (agama yang benar) adalah amal soleh. Allah 'Azza wa Jalla mengutus Rasul untuk menjelaskan kebenaran dan kebatilan, menjelaskan Nama-Nama Allah, Sifat-SifatNya, Perbuatn-perbuatan-Nya, hukum-hukum-Nya dan berita yang datang dari-Nya - Serta memerintahkan untuk melakukan segala apa yang bermanfaat bagi ruh, hati dan jasad.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan ummatnya supaya mengikhlaskan ibadah semata-mata kerana Allah, mencintai-Nya, berakhlak mulia, beradab dengan adab yang baik dan melakukan amal soleh, Beliau melarang ummatnya dari perbuatan syirik, amal dan akhlak yang buruk yang berbahaya bagi hati, badan dan kehidupan dunia akhiratnya.

Cara yang mampu meraih hidayah dan mensyukuri nikmat Allah adalah dengan menuntut ilmu syar'i. Menuntut ilmu adalah jalan yang lurus yang dapat membezakan di antara yang haq dan yang batil, antara sunnah dan bid'ah, antara ma'ruf dan mungkar, antara yang bermanfaat dan yang membahayakan dan menuntut ilmu akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Seseorang muslim tidak cukup hanya dengan menyatakan dan mengaku keislamannya tanpa berusaha untuk memahami Islam dan mengamalkannya. Setiap pernyataan perlu dibuktikan dengan melaksanakan apa yang dinyatakan oleh Islam, kerana itulah menuntut ilmu merupakan jalan menuju kebahagiaan abadi.

Berikut ini adalah di antara buku yang membahaskan kewajiban dan panduan dalam menuntut ilmu, meliputi perbahasan seperti:

1 - Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga.
2 - Perngertian Ilmu yang syar'i.
3 - Keutamaan Ilmu dan mempelajarinya.
4 - Kaedah-kaedah dalam mendapatkan ilmu.
5 - Kaedah-kaedah dalam menghafal al-Qur'an.
6 - Penghalang dan cabaran menuntut ilmu.
7 - Adab-adab seorang penuntut ilmu.
8 - Menggunakan masa.
9 - Hubungan penuntut ilmu dengan amal.
10 - Beberapa kesalahan menuntut ilmu yang perlu dijauhi.
11 - Kitab-kitab yang perlu ditela'ah oleh penuntut ilmu.
12 - Perjalanan ulama dalam menuntut ilmu.
13 - Nasihat dan wasiat untuk para penuntut ilmu.

Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berpesan, “Kita memohon kepada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah kamu apa ilmu yang bermanfaat tersebut? Iaitu ilmu yang turun bersama al-Qur’an dan ditafsirkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan ucapan, perbuatan, dan yang tiada larangan daripadanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” Wahai saudaraku, kamu perlu mempelajari kitab Allah dan menekuni dua kitab Sahih (ash-Shohihain: al-Bukhari dan Muslim), Sunan an-Nasaa’i, Riyadhus Sholihin, dan al-Adzkar karya Imam an-Nawawi, nescaya kamu akan beruntung dan selamat. Jauhilah pemikiran-pemikiran (syubhat) ahli falsafah, perbuatan ahli sufi, ajaran (tingkah-laku) para pendeta, dan khayalan orang-orang yang suka menyendiri. Seluruh kebaikan itu adalah dengan mengikuti jalan yang lurus. Mintalah pertolongan kepada Allah. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan-Mu, jalan yang lurus.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339-340)

Total Pages:

345 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

347 - Sisi Kuat Perkataan Sahabat

Sisi Kuat Perkataan Sahabat


Title:
Sisi Kuat Perkataan Sahabat

Author:
Ahmad Salam

Publisher:
Pustaka Ulil Albab

Price:
RM13

Weight:
150gram

Description:

Melihat begitu ramainya umat Islam hari yang dikotak-katikkan oleh kepelbagaian pemikiran kelompok-kelompok tertentu dan begitu banyaknya perbezaan dalam memahami agama - fenomena ini begitu membimbangkan. Secara umumnya, rata-rata dari kalangan mereka memang mengambil Islam berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah tetapi cara dan kaedah faham mereka pula yang bermasalah apabila mereka memahami dengan gaya berfikir para ustaz, pemimpin masing-masing, dan tokoh-tokoh pujaan masing-masing.

Dari itu, apakah jalan penyelesaian kepada polemik yang melanda mereka ini? Tidak lain, adalah memahami al-Qur'an dan as-Sunnah perlu dikembalikan kepada methodologi kefahaman para sahabat radhiyallahu 'anhum. Kerana mereka adalah merupakan generasi terbaik sebagaimana dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sendiri di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Sehingga perkara ini turut ditekankan oleh para ulama generasi awal sendiri antara Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H), “Sesiapa yang berpegang dengan as-Sunnah, dialah yang melazimi al-jama’ah (termasuk dalam kumpulan kebenaran). Dan sesiapa yang cenderung kepada selain al-jama’ah dan menyelisihinya, maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia menjadi sesat dan menyesatkan. Dan asas ukuran kebenaran al-jama’ah adalah dengan melihat para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semoga Allah merahmati mereka semua. Mereka adalah Ahlus Sunnah wal-jama’ah. Sesiapa yang tidak mengambil kebenaran daripada mereka, maka ia telah memilih jalan kesesatan dan agama yang diada-adakan (bid’ah). Setiap yang diada-adakan (bid’ah) dalam beragama adalah sesat.” (Rujuk: Syarhus Sunnah)

Maka, buku ini berusaha tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada anda bagaimanakah sebenarnya kedudukan perkataan dan methodologi para sahabat sehingga berupaya menjadi dalil dan hujjah dalam agama. Semoga buku ini mampu memberikan pencerahan dalam persoalan memahami agama yang haq.

Total Pages:

196 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

346 - Kitab Fadhail A'mal

Kitab Fadhail A'mal


Title:
Kitab Fadhail A'mal
ash-Shohih al-Musnad min Fadhail al-A'mal wal Auqat wal Amkinah

Author:
Ali B. Muhammad al-Maghribi

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM120 (2 Jilid)

Weight:
2Kg

Description:

Dalam dunia Islam secara umum, semangat untuk menerapkan Islam tampak begitu menonjol dari sudut galakkan beramal dan pengajian terhadap hadis-hadis berkaitan fadhail a'mal (keutamaan amalan).

Namun ramai dari kalangan masyarakat awam yang terjebak mempelajari buku-buku fadhail a'mal yang mengedepankan hadis-hadis dhaif (atau tidak sahih) seperti Kitab Ihya' Ulumiddin karya Imam al-Ghazali yang tidak memiliki tahqiq (oleh al-Iraqi) atau tidak mempedulikan tahqiq (penjelasan status hadis) sama sekali, kitab Fadhail al-A'mal oleh maulana Zakariya al-Kandahlawi, kitab Dzurratun Nasihin, dan buku-buku lain yang sama waktu dengannya.

Fenomena ini menjadikan sebahagian ulama untuk menyusun buku berkaitan fadhail a'mal yang memiliki rujukan dan kaedah penyampaian hadis yang boleh dipertanggungjawabkan dan terhindar dari bahaya hadis-hadis yang tidak sahih.

Di antaranya buku yang sekarang ada di tangan pembaca, kitab ash-Shahih al-Musnad min Fadhail al-A'mal karya Abu Abdullah Ali bin Muhammad al-Maghribi.

Buku ini mengumpulkan sekitar 1700 hadis-hadis sahih dan hasan berkaitan dengan subjek ini yang diambil dari kutub sittah dan kutub turats lainnya. Buku ini juga mencakupi beberapa hadis dhaif namun memiliki syahid (penguat) yang mengangkatnya menjadi hasan.

Lebih istimewa, buku ini dimuraja'ah oleh Syaikh Muqbil bin Hadi dan Syaikh Mushthafa al-'Adawi. Di dalamnya dicantumkan perawinya secara lengkap, kecuali hadis-hadis yang berulang, maka cukup disebutkan nama sahabat saja. Penjelasan status hadis-hadisnya turut boleh dilihat pada bahagian nota kaki. Dengan penjelasan status hadis yang ilmiyah ini menjadikan kita lebih yakin untuk mengamalkannya, sekaligus membantu para pembaca sekalian menjauhi keyakinan-keyakinan yang tidak diasaskan di atas sumber yang sahih.

Selamat membaca.

Total Pages:

2 Jilid.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

345 - Agar Ziarah Membawa Berkah

Agar Ziarah Membawa Berkah


Title:
Agar Ziarah Membawa Berkah

Author:
Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi
Abu Abdillah Syahrul Fatwa al-Atsari

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM9

Weight:
kurang 100gram

Description:

Buku kecil ini membawakan sebuah pencerahan berkaitan adab dan sunnah-sunnah dalam persoalan ziarah kubur yang begitu banyak sekali disalah fahami oleh masyarakat hari ini. Di antara yang dikupas bermula dari definisi ziarah kubur, hukumnya, hikmah ziarah, waktu ziarah, adab-adabnya, larangan-larangannya, persoalan ziarah kubur nabi, ziarah kubur orang kafir, bid'ah-bid'ah berkaitan ziarah kubur, sehinggalah kepada pencerahan terhadap beebrapa hadis berkaitan yang disangka sahih.

Antara yang menarik dalam buku ini adalah ia membentangkan tentang persoalan amalan sebahagian masyarakat yang hanya menjadikan sunnah ziarah kubur hanya ketika masa-masa tertentu sahaja seperti ketika hari raya, menjadikan kubur tempat meratap, ziarah kubur untuk membacakan al-Qur'an, ziarah kubur untuk mendapatkan berkat, adab-adab ziarah yang jarang dipraktikkan seperti membuka selipar/kasut, ziarah di waktu malam, ziarah untuk mengingati mati walaupun ke kubur orang kafir, dan lain-lain lagi.

Total Pages:

78 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, December 7, 2010

344 - Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun

Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun


Title:
Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun
Judul Asal: al-Bida' al-Hauliyyah

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdul 'Aziz at-Tuwaijiri

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM72

Weight:
1.3 Kg

Description:

Pro dan kontra tentang perayaan hari-hari besar dalam Islam telah berlangsung sejak sekian lama. Umat Islam terpecah menjadi dua kelompok di antara yang setuju dan tidak setuju. Yang perlu diketahui, fenomena seperti ini (pelbagai perayaan pada tarikh-tarikh khas tertentu) belum pernah berlaku pada zaman Nabi dan dua generasi setelahnya. Kerana itulah ia menjadi sebahagian dari perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama (Islam) oleh penganutnya. Maka di sini kita perlu menelitinya semula kenapa ia berlaku dan bagaimanakah hukum-hukum berkaitan dengannya dan kesan-kesannya kepada masyarakat dan umat Islam supaya menjadi jelas mana yang termasuk ke dalam kategori terlarang dan mana yang bukan.

Bagaimana sebenarnya hukum merayakan hari-hari tertentu yang belum pernah disyari'atkan oleh Sunnah dan bagaimana pula hukum berkaitan amalan-amalan tahunan yang diwujudkan ke dalam agama Islam oleh para penganutnya menurut perspektif syari’at Islam? Adakah ia tergolong amalan yang tercela atau yang mulia? Seterusnya akan muncul pula persoalan, adakah istilah bid’ah hasanah dalam Islam dan bagaimana memahaminya? Ataukah apa jua jenis bid’ah itu automatik sesat dan menyesatkan? Dengan itu, karya ilmiah ini wajar diteliti, dihayati, ditela'ah, dan difahami oleh setiap Muslim berdasarkan judulnya sahaja sudah menunjukkan agak bersifat kontroversi.

Buku ini merupakan thesis penulis bagi tujuan meraih gelaran master. Ianya mengulas dan membentangkan secara ilmiah dan sistematik perihal hari raya, hari besar, dan amalan rutin tahunan yang dilakukan sebahagian besar umat Islam di sebahagian tempat atau seluruh dunia, seperti Maulid Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Isra’ Mi’raj, tahun baru Hijriyah (pesta Ma'al Hijrah), hari raya Nairuz (pesta Tahun baru), sambutan nisfu Sya'aban, hari Asyura, mandi safar, hari ulangtahun, hari haul ulama-ulama tertentu, hari sial pada bulan-bulan tertentu, dan pelbagai lagi lainnya berserta amalan-amalan rutin tertentu di setiap tahun, sedangkan ianya tidak pernah ada contohnya dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam apatah lagi disunnahkan. Penulis membentangkan satu per satu rutin dan ulangan ibadah dan perayaan dari bulan ke bulan lainnya sepanjang tahun, serta menyebutkan pendapat kelompok-kelompok umat Islam yang pro dan kontra terhadapnya, seterusnya menyebutkan pula dalil bagi setiap kelompok terlibat. Kemudian, beliau memberikan ulasan berdasarkan pendapat-pendapat ulama generasi awal dan dalil-dalil dengan menjadikan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai hakimnya. Buku ini adalah asli hasil sebuah penelitian dan kajian yang sangat ilmiah, tidak membawa bendera mazhab atau mana-mana kumpulan pun, sehingga kesimpulan hukumnya dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah juga. Dengan itu, selamat mengkaji dan meneliti.

Total Pages:

723 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.