Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, January 24, 2018

Membedah Firqah Sesat, karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah

Membedah Firqah Sesat, karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)







Di antara hal yang dikhabarkan ke atas umat ini adalah akan terjadi di tengah-tengah mereka begitu banyak perpecahan berupa kelompok-kelompok (firqah) dan aliran sesat yang mengancam aqidah umat.

Tidak sedikt dari kalangan kaum muslimin yang terjebak dan terjebak bergabung dalam aliran-aliran sesat tersebut. Sebahagian mereka tidak menyedari akan kesesatan aliran tersebut, sedang sebahagian yang lain kerana tidak berdaya melawan syubhat pemikiran yang dibawa oleh masing-masing dari firqah-firqah tersebut. Di antara punca dari semua ini adalah kerana sedikitnya ilmu dan jauh pula dari para ulama yang benar.

Kepelbagaian ideologi yang menyesatkan ini terus wujud, berkembang dan menyebar di tengah-tengah masyarakat. Ianya dibawa oleh pelbagai kelompok. Dan paling berbahayanya apabila ia dibawa oleh kelompok-kelompok yang masing-masing dari mereka mendakwa mendakwahkan dan memakai nama-nama Islami.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H), seorang tokoh yang dikenal akan kedalaman dan kemanpanannya dalam dunia keilmuan Islam, telah menyusun sebuah tulisan terkait perkara ini. Tulisan beliau ini tampil antaranya dalam rangka menjelaskan tentang hakikat perpecahan tersebut, sejarah kemunculan firqah-firqah sesat, bentuk dan jenis-jenisnya, serta asas kerangka ideologi masing-masing dari mereka.

Kemudian beliau jelaskan pula kepentingan untuk berpegang teguh dengan manhaj para salaf, dan pelbagai jawaban ilmiyah terhadap pelbagai syubhat yang dibawa oleh pelbagai firqah serta ideologi yang menyesatkan yang kian tersebar di kalangan masyarakat. [Maklumat lengkap di http://bit.ly/2F7xs0w]

Soft cover | 308m/s. +/- | RM25/naskhah |

#manhaj #aliran #firqah #manhaj_salaf #Ibnu_Taimiyyah #penyimpangan #ideologi
______________________
» Klik untuk sinopsis/pesanan, https://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=1627

» Atau sms/whatsapp kami, 0126887715.

» Telegram » t.me/ilmusunnah

» Group Whatsapp (Konsultasi buku) » http://bit.ly/2h95rgc