Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, January 23, 2018

Peperangan Rasulullah

Peperangan Rasulullah


Di buku yang ada di hadapan kita ini, penulis telah berusaha memaparkan salah satu sisi plot kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan insan yang diutus ke dunia sebagai Nabi dan rasul. Tetapi, beliau hadir bukan hanya sebagai seorang pemimpin dalam agama yang mengajak manusia kepada agama yang benar dengan dakwahnya. Tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga tampil sebagai seorang pemerintah, pemimpin negara, sekaligus panglima perang. Perjalanan hidup beliau telah dikenal dengan banyaknya peperangan dan pertempuran. Di antara sebabnya, kerana peperangan adalah termasuk salah satu bentuk jihad yang merupakan bahagian dari syari’at Islam.

Penulis buku ini berusaha mendokumentasikan detik-detik peperangan yang pernah ditempuhi oleh Rasulullah bersama-sama para sahabatnya secara lengkap. Dari latar belakang peperangan, punca tercetusnya peperangan, tempat berlakunya, rincian penjelasannya, para sahabat yang turut serta, teknik dan skill, detik-detik cemas, sampailah kepada hikmah-hikmah yang mengiringi setiap peperangan. Kerana itu, buku ini menjadi antara karya penting dan sangat bermanfaat, mengingat tidak banyak buku Sirah Nabawiyah yang lain yang secara khusus memfokuskan kandungannya pada aspek ini. Sedangkan, banyak sekali pelajaran strategi mahupun moral yang dapat diambil. Ini telah diakui oleh ramai sekali pakar sejarah dan ketenteraan, sama ada dari Barat mahupun Timur.

Yang pasti, Sirah Nabawiyah adalah sumber yang tak kunjung habis untuk didulang faedahnya. Apatah lagi telah jelas penegasannya di dalam Al-Qur’an:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

Walaupun ayat tersebut turun ketika dalam keadaan berkecamuk Perang Ahzab, tetapi hukum dan faedahnya bersifat umum; meliputi setiap keadaan dan zaman.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menegaskan perkara ini di dalam Tafsir-nya:

“Ayat yang mulia ini menjelasan asas-asas pegangan dan dalil yang agung dalam meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada seluruh perkataan, perbuatan, dan keadaan beliau. Orang-orang diperintahkan meneladani Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (di antaranya) dalam Perang Ahzab; berkenaan dengan kesabaran, usaha bersabar, istiqamah, perjuangan, dan penantian beliau terhadap pertolongan dari Rabbnya.”

Marilah kita selami sebahagian dari peristiwa-peristiwa penting di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yakni peperangan demi peperangan yang telah berlaku di antara beliau dan musuh-musuh Islam, yang darinya telah tertegak agama yang benar sehingga ke hari ini. Kita hayati kesabaran, keteguhan dan kekuatan beliau dan tenteranya, dan kita tuai pelbagai faedah yang terkandung padanya. [Maklumat lengkap di http://bit.ly/2Dw0XwO]

Hard cover | 772m/s. +/- | RM80/naskhah |

#syariat #januari2018 #majalah #As_Sunnah
______________________
» Klik untuk sinopsis/pesanan, https://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=1713

» Atau sms/whatsapp kami, 0126887715.

» Telegram » t.me/ilmusunnah

» Group Whatsapp (Konsultasi buku) » http://bit.ly/2h95rgc