Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, January 6, 2011

361 - Pengobatan Cara Nabi Terhadap Kesurupan, Sihir, dan Gangguan Makhluk Halus

Pengobatan Cara Nabi
Terhadap Kesurupan, Sihir, dan Gangguan Makhluk Halus


Title:
Pengobatan Cara Nabi Terhadap Kesurupan, Sihir, dan Gangguan Makhluk Halus
Judul Asal (Arab): Audah al-Bayan fi Ilaj al-Mass wa as-Sihr wa Idza' al-Jan

Author:
Thal'at B. Fu'ad al-Hulwani

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM20

Weight:
250g

Description:

Kesurupan (kerasukan) jin adalah satu fenomena yang boleh dikatakan sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita, bahkan mungkin ada di antara kita yang pernah mangalaminya. Apakah sebenarnya kasurupan tersebut? Jika benar adanya, apa sebab-sebabnya? Lalu bagaimana sikap dan tindakan seorang Muslim dalam menghadapinya?

Buku yang ada di tangan anda ini, insya-Allah akan menjawab soalan-soalan tersebut dan pelbagai pertanyaan lainnya. Penulis telah mengupas secara tuntas persoalan ini dengan berpandukan sumber-sumber fakta al-Qur'an dan as-Sunnah serta fatwa-fatwa para ulama salaful ummah (generasi awal). Dengan bahasa yang mudah difahami, beliau menyebutkan beberapa bentuk gangguan jin dan syaitan, kebarangkalian jin memasuki/merasuki jasad manusia, sebab-sebab kesurupan dan kaedah-kaedah untuk membenteng diri dari gangguan syaitan/jin. Secara khusus, beliau juga membahaskan persoalan ruqyah dan bentuk praktiknya bersesuaian dengan tuntunan al-Qur'an dan as-Sunnah. Penulis juga menjelaskan tentang syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh orang yang akan meruqyah (merawat), disertai dengan menyenaraikan beberapa bentuk kesalahan yang sering kali dilakukan oleh peruqyah untuk dijauhi/dihindari. Kemudian di bahagian akhir, penulis menyertakan beberapa untaian nasihat penuh manfaat, sama ada untuk orang yang mengubati ataupun untuk yang diubati.

Dan dalam rangka memudahkan para pembaca melakukan ruqyah, kami (penerbit/penterjemah) menyertakan buku ini dengan risalah kecil panduan praktis ruqyah yang disyari'atkan.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari gangguan syaitan. Hanya Allahlah pelindung kita, dan hanya kepadaNya-lah orang-orang yang beriman bertawakkal.

Total Pages:

226 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

360 - Sebaik-baik Kamu Yang Mempelajari al-Qur'an

Sebaik-baik Kamu Yang Mempelajari al-Qur'an dan Mengajarkannya


Title:
Sebaik-baik Kamu Yang Mempelajari al-Qur'an dan Mengajarkannya

Author:
Abu Yahya Badrusalam

Publisher:
Pustaka al-Bashirah

Price:
RM15

Weight:
150g

Description:

Buku ini membahaskan ilmu-ilmu al-Qur’an (ulumul Qur’an) secara ringkas. Sangat sesuai untuk bacaan asas dan pengenalan kepada para penuntut ilmu.

Ustaz Abu Yahya Badrusalam diberi kelebihan untuk mempermudahkan tajuk-tajuk yang penting dalam memahami al-Qur'an, selain membawakan contoh kes yang sangat relevan dalam memahami ayat-ayat Al-Qur’an. Kandungan utama yang diketangahkan melalui buku ini adalah, 1 - Keutamaan Mempelajari al-Qur'an. 2 - Kaedah Tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an. 3 - Memahami al-Qur'an dengan as-Sunnah. 4 - Memahami al-Qur'an dengan Pemahaman Para Tabi'in. 5 - Memahami al-Qur'an dengan Beberapa Kaedah yang lain seperti kaedah bahasa Arab, Asbabun Nuzul, Nasikh dan Mansukh, dll.

Buku ini membantu para pembaca memahami kaedah-kaedah ringkas dalam memahami al-Qur'an di samping menanamkan minat yang tinggi terhadap mempelajari al-Qur'an.

Secara ringkasnya buku ini belum memadai untuk mahir dan pandai dalam menafsirkan AL-Qur’an. Kerana sudah tentunya banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu mengiringi seseorang ahli tafsir. Walau bagaimanapun, buku ini sangat membantu dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an..

Total Pages:

186 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, January 5, 2011

359 - Jangan Nodai Tanah Arab

Jangan Nodai Tanah Arab


Title:
Jangan Nodai Tanah Arab

Author:
Syaikh Dr. Bakr B. 'Abdullah Abu Zaid

Publisher:
Multazam

Price:
RM14

Weight:
150g

Description:

Jazirah Arab adalah tanah kemuliaan Islam, simbol pertama Islam, dan negeri Islam pertama. Di samping itu, pernah ia menjadi tulang belakang dan ibukota negeri-negeri Islam. Asas kekuatan sepanjang masa dan di setiap perjalanan waktu. Dari tanah inilah cahaya kenabian menyebar menghapuskan kegelapan jahiliyyah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Benar-benar akan aku keluarkan kaum Yahudi dan Nashrani dari Jazirah Arab, sehingga tidak aku biarkan mereka mendiaminya melainkan muslim." (Hadis Riwayat Muslim)

Buku ini disusun untuk menyingkap dan menyedarkan kembali perihal keistimewaan jazirah Arab berserta pelbagai usaha-usaha untuk menjaga kemuliaannya. Supaya jazirah Arab mampu diselamatkan dari tangan-tangan kotor musuh-musuh Allah 'Azza wa Jalla, yang sentiasa berusaha menodainya. Jagalah jazirah Arab yang termasuk di dalamnya adalah Mekah dan Madinah, dua wilayah yang akan selamat di akhir zaman dari fitnah Dajjal.

Total Pages:

139 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, January 4, 2011

358 - Tarekat, Tasawuf, Tahlilan & Maulidan

Tarekat, Tasawuf, Tahlilan & Maulidan


Title:
Tarekat, Tasawuf, Tahlilan & Maulidan

Author:
Ustaz Hartono Ahmad Jaiz

Publisher:
Wacana Ilmiah Press

Price:
RM22

Weight:
300g

Description:

Kesesatan memang terdapat di mana-mana. Ia boleh menghinggapi sesiapa sahaja. Tanpa ilmu, sesiapa pun tidak akan mampu mengesan kewujudan kesesatan yang berada dalam diri. Lebih-lebih lagi, mereka yang telah sebati terbelit oleh perangkap dan tipu daya syaitan.

Buku ini mengupas secara tuntas beberapa praktik kesesatan yang telah lama sebati dalam masyarakat nusantara khususnya. Kesesatan yang dimaksudkan hadir menyerang dalam bentuk tasawuf, tahlilan arwah orang mati, dan pesta peringatan yang diadakan sempena kelahiran/kematian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam (Maulid Nabi). Walaupun tarekat, tasawuf, dan maulidan ini sering dikaitkan dengan bentuk kesesatan yang remeh, namun hakikatnya ia telah pun menjadi wabak yang sukar dibasmi. Ia telah sedia sebati dan populer dalam masyarakat bawahan mahupun elite. Masyarakat desa mahupun bandar.

Atas sebab itulah, buku ini pun hadir dengan membawa dan membentangkan fakta-fakta ilmiyah dari kitab-kitab (penjelasan) para ulama silam dan masa kini sekitar isu berkaitan, selain berbekalkan sumber-sumber autentik al-Qur'an dan as-Sunnah. Termasuk di dalamnya adalah fatwa para ulama bermazhab asy-Syafi'i seperti Imam asy-syafi'i sendiri, imam an-Nawawi, dan selainnya. Ia berusaha merungkai dan menyingkap pelbagai praktik sesat dalam amalan-amalan tasawuf, tarekat, tahlilan, dan maulidan. Sekaligus mengajak anda untuk beragama dengan ilmu dan sumber-sumber yang sahih lagi diperakui di atas kefahaman para ulama ahlus sunnahw al-Jama'ah.

Total Pages:

208 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, December 30, 2010

357 - Meraih Puncak Manisnya Iman

Meraih Puncak Manisnya Iman


Title:
Meraih Puncak Manisnya Iman

Author:
Prof. Dr. Falih B. Muhammad ash-Shughaiyyir

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
350g

Description:

Tiga amalan bagi sesiapa yang mampu melakukan ketiga-tiganya, maka dia akan mendapat manisnya iman... Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda, "Ada tiga amalan bagi sesiapa yang mampu melakukan ketiga-tiganya, maka dia akan mendapatkan manisnya iman. Tiga amalan tersebut adalah menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci jika dilemparkan ke dalam api." (Hadis Riwayat aI-Bukhari dan Muslim)

Buku ini membahas dengan terperinci tentang makna manisnya iman dan kaedah-kaedah bagi seseorang mukmin untuk mampu meraihnya. Wasiat agung yang ditinggalkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ini memberitahu kepada umatnya yang tercinta bahawa kemanisan iman bagi seseorang hamba yang muslim tidak akan dapat dirasai, melainkan dengan melakukan tiga perkara sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas yang menjadi topik utama dalam perbahasan buku ini.

Total Pages:

225 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, December 29, 2010

356 - Pengantar Studi Ilmu al-Qur'an

Pengantar Studi Ilmu al-Qur'an


Title:
Pengantar Studi Ilmu al-Qur'an
Judul Asal: Mabahis fii 'Ulum al-Qur'an

Author:
Syaikh Manna' al-Qaththan

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM48

Weight:
1kg

Description:

Buku ini membentangkan perbahasan ringkas tentang peri-pentingnya mempelajari dan memahami ilmu-ilmu al-Qur'an, sekaligus mengajak para pembaca mengenali al-Qur'an dan selok-beloknya dengan lebih dekat dan jelas.

Ringkasan Kandungan (Tajuk-tajuk Utama):

1 - Ulumul Qur-an dan Sejarah Perkembangannya

2 - Al Qur-an: Definisi, sifat-sifatnya, dan perbezaannya dengan hadis.

2 - Wahyu: Pengertian, cara diturunkan.

3 - Ayat Makki dan Madani

4 - Pengetahuan tentang Ayat yang pertama dan terakhir turun

5 - Asbab an-Nuzul

6 - Bagaimana Turunya al-Qur'an

7 - Pengumpulan Penerbitan al-Qur'an

8 - Turunnya al-Quran dengan tujuh Huruf

9 - Qirra'at dan Qurra'

10 - Kaedah-kaedah Penting untuk para Mufasir

11 - Perbezaan Muhkam dengan Mutasaybihat

12 - Lafaz Yang Umum dan Khusus

13 - Nasikh dan Mansukh

14 - Muthlaq da Muqayyad

15 - Manthuq dan Mafhum

16 - Kemukjizatan al-Qur'an

17 - Amtsal al-Qur'an

18 - Qasam dalam al-Qur'an

19- Jadal (debat) dalam al-Qur'an

20 - Kisah-Kisah al-Qur'an

21 - Menterjemah al-Qur'an

22 - Tafsir dan Ta'wil

23 - Syarat-syarat dan Adab Mufassir

24 - Perkembangan Tafsir dari masa ke masa

25 - Biografi beberapa mufassir.

Total Pages:

486 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

355 - Ushul Fiqih

Ushul Fiqih


Title:
Ushul Fiqih
Judul Asal: Ushul Fiqihal-Ushul min 'Ilmi al-Ushul

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM12

Weight:
200g

Description:

Buku ini adalah terjemahan dari buku al-Ushul min 'Ilmil Ushul karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin. Ianya membahaskan kaedah-kaedah penting ilmu fiqh, cara istimbat hukum dari kaedah-kaedah tersebut, dan bagaimana keadaan orang yang boleh melakukannya. Di antara isi kandungan utamanya adalah menyentuh:

Ushul Fiqh, Ahkam (hukum-hukum), Kalam, Amr (Kata Perintah), Nahy (Larangan), 'Am (Umum), Khas (Khusus), Muthlak dan Muqayyad, Mujmal dan Mubayyan, Zahir dan Mu'awwal, Nasakh, Akhbar, Ijma', Qiyas, Ta'arudh, Mufti dan Mustafti, Ijtihad, Taqlid.

Total Pages:

136 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

354 - Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia

Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia


Title:
Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia

Author:
Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM32

Weight:
500g

Description:

"Hadits" secara istilah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam sama ada berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, tingkah-laku atau-pun sifat jasad beliau. (Lihat: Taisir Mushtholah Hadits oleh Syaikh Mahmud ath-Thohhan, m/s. 14)

Pengertian ini sama dengan pengertian as-Sunnah, khabar dan atsar. Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, "Menurut ulama ahli hadits bahawa khabar itu sama dengan hadits, dan ada yang mengatakan bahawa hadits adalah yang datangnya daripada Rasulullah manakala khabar adalah yang datang dari selain beliau. Juga ada yang berpendapat bahawa semua hadits itu khabar namun tidak semua khabar itu hadits." (Lihat: Nuzhatun Nadhor ma'a Nukat, m/s. 52)

Hanya cuma sebahagian dari para ulama membezakan di antara hadits dengan atsar, mereka mengatakan bahawa hadits itu jika datangnya dari Rasulullah sedangkan kalau datangnya dari para sahabat maka disebut atsar. (Lihat: Dirosat fi Ulumil Hadits oleh Isma'il Salim Abdul 'All, m/s. 7. al-Hadits an-Nabawi oleh Muhammad as-Shobbagh, m/s. 15)

Adapun lemah, dalam bahasa Arabnya (adh-dhoifu) yang secara bahasa bererti lawan kepada kuat, sama ada tidak kuat secara fizik atau pun maknawi. Dan yang dimaksudkan di sini ialah tidak kuat secara maknawi.

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria hadits sahih dan hasan. Atau dengan bahasa yang lebih baik lagi bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria untuk diterima. (Lihat Muqoddimah Ibnu Sholah, m/s. 37. Tadriburrawi oleh Imam as-Suyuthi, 1/179. Ikhtishor Ulum Hadits oleh Imam Ibnu Katsir, m/s. 44. Taudhihul Afkar oleh Imam ash-Shon'ani, m/s. 7/247)

Syarat dan kriteria supaya sesebuah hadits dapat diterima adalah:

1. Sanadnya bersambung.
2. Perowinya dhabit (hafalanya bagus) baik secara sempurna ataupun agak berkurang sedikit.
3. Para perawinya 'adil (terpercaya).
4. Selamat dari syudzudz.
5. Selamat dari sebuah 'Hat qodihah" (sebuah cacat yang memberi kesan kepada kesahihan hadits).

Untuk mengetahui permasalahan ini dengan luas, silahkan menelusurinya pada kitab-kitab para ulama mushtholah hadits.

Bagaimana hukum jika meriwayatkan hadits-hadits lemah/dhoif, mengamalkan hadits Dhoif, dan apa saja hadits lemah dan palsu yang populer di Indonesia, para pembaca boleh semak melalui buku ini. Ia juga merangkumi hadits-hadits yang biasa diamalkan di Malaysia juga, tetapi rupa-rupanya ada yang tidak sahih.

Pembahasan Buku ini:

BAB 1 HADITS LEMAH, PENGERTIAN DAN HUKUM MERIWAYATKAN SERTA MENGAMALKANNYA

A. Pengertian Hadits Lemah
A. Pengertian Hadits Palsu
B. Sejarah Munculnya Hadits Palsu.
C. Sebab-sebab Pemalsuan Hadits
D. Ciri-ciri Hadits Palsu
E. Hukum Meriwayatkan Hadits Lemah
F. Hukum Mengamalkan Hadits Lemah

BAB 2 HADITS PALSU, PENGERTIAN DAN UKUM MERIWAYATKAN SERTA
MENGAMALKANNYA

F. Hukum Meriwayatkan Hadits Palsu
G. Hukum Mengamalkan Hadits Palsu

BAB 3 UPAYA PARA ULAMA DALAM MENENTANG HADIS LEMAH DAN PALSU

Hukum Memalsukan Hadits

BAB 4 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BAB ILMU DAN AMAL

BAB 5 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM AQIDAH

BAB 6 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM THOHAROH

BAB 7 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM SOLAT

BAB 8 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PENGURUSAN JENAZAH

BAB 9 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ZAKAT DAN SEDEKAH

BAB 10 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PUASA

BAB 11 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HAJI DAN UMRAH

BAB 12 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PERNIKAHAN,PERCERAIAN & ANAK

BAB 13 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MU'AMALAH

BAB 14 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MAKANAN DAN MINUMAN

BAB 15 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ADAB DAN AKHLAK

BAB 16 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HUKUM DAN JENAYAH

BAB 17 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM DO'A, DZIKIR DAN AL-QUR'AN

BAB 18 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM JIHAD DAN PEMERINTAHAN

BAB 19 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BERBAGAI MASALAH AGAMA

INDEKS HADITS LEMAH DAN PALSU.

Total Pages:

342 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, December 23, 2010

353 - Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyah

Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyah


Title:
Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyyah Menembus Batas Kewalian
Judul Asal: Syarah Kitabul Furqan Baina Auliya'ur Rahman wa Auliya'usy Syaithan

Author:
Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)
Syarah: Syaikh Soleh 'Abdul 'Aziz Alu Syaikh
Disertakan takhrij hadis berdasarkan takhrij Syaikh al-Albani

Publisher:
Penerbit Akbar

Price:
RM58

Weight:
900g

Description:

Bayan Nabawi: Allah berfirman dalam salah satu hadits Qudsi, ''Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku, berarti dia memusuhi-Ku dan sesiapa yang memusuhi-Ku bererti dia mengajak-Ku berperang melawannya.'' (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kata ''wali'' secara tekstual bermakna ''yang dekat atau yang menyintai''. Kerana itu, apabila dikatakan ''wali sesuatu'', maka maksudnya adalah yang dekat dengan sesuatu tersebut dan yang menyintainya (Kamus al-Muhith, 4/40). Apabila dikatakan ''wali Allah'' (Surah Yunus, 10: 62) maka ia adalah yang dekat dengan Allah dan menyintai-Nya sehingga Allah pun dekat dengannya dan membalas cintanya. Apabila dikatakan ''wali syaitan'' (Surah an-Nisa, 4: 76) maka ia dekat dengan syaitan dan syaitan pun dekat dengannya sehingga keduanya saling menyintai di antara satu sama lain. Wali Allah hanyalah orang-orang yang beriman, bertaqwa, ittiba' terhadap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bersikap lembut dan penuh kasih sayang kepada kaum muslimin serta tidak keluar dari syari'at Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sementara wali syaitan adalah orang yang mentaati syaitan, melaksanakan segala perkara yang diharamkan serta meninggalkan kewajiban-kewajiban agama dan keluar dari syari'at Muhammad. Kewudjuan mereka telah ditetapkan oleh syari'at, al-Qur'an dan as-Sunnah. Wali-wali Allah itu memiliki tanda-tanda yang dapat dilihat, begitu juga dengan wali-wali syaitan. Mereka juga memiliki ''karamah'', sebagaimana wali-wali syaitan itu memiliki ''khawariq syaithaniyah''. Ini Contoh-contohnya akan dapat kita temui melalui buku ini.

Para pembaca akan dapat mengetahui dan mendalami bagaimana ''cara'' membezakan di antara wali Allah dan wali syaitan, antara karamah dan khawariq yang mereka miliki. Kemungkinan para pembaca memiliki pengalaman rohani yang melampaui batas kemanusiaan sehingga sukar bagi anda menceritakannya. Boleh jadi anda termasuk salah seorang daripada mereka?! Atau boleh jadi juga anda berada di antara batas keduanya sehingga anda kebingungan dan tidak tahu di mana posisi anda berada. Tidak perlu bimbang! Dengan membaca kitab ini maka Anda akan menemui segala misteri spritual yang ingin anda ketahui. Selamat membaca...

Kitab ini memuat catatan-catatan spritual Ibnu Taimiyah berkaitan kewalian manusia kepada Allah dan kewalian mereka kepada syaitan. Beliau menulisnya dengan melintasi beberapa disiplin ilmu Aqidah, Kalam, Tasawwuf dan Falsafah sambil mengkritik tajam terhadap pandangan para filosof, sufi, mutakallimin (ahli kalam), dan ahli kebatinan tentang dakwaan ''kewalian'' mereka yang lebih tinggi dan agung daripada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:

484 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

352 - Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Satu Analisis Ke Atas Gerakan "Wahhabiyyah"


Title:
Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Satu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan "Wahhabiyyah"

Author:
Abu Ahmadain al-Barlisi

Publisher:
Jahabersa

Price:
RM20

Weight:
500g

Description:

Terdapat banyak pihak yang menyandarkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada gerakan Muhammad B. 'Abdul Wahhab, atau lebih dikenali sebagai gerakan "Wahhabiyyah".

Sejauh manakah kebenaran sandaran tersebut? Atau hanya sekadar tuduhan? Penulis buku ini cuba membentangkan sebuah kajian dan hasil penelitian beliau dalam persoalan ini. Methode penulisan beliau adalah berpandukan kajian terhadap sumber-sumber sejarah yang ditulis oleh pelbagai pihak. Dan hasil kajian yang beliau perolehi adalah amat-amat megejutkan!

Total Pages:

279 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.