Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, January 7, 2011

371 - Nama-nama Indah Buat Sang Bayi

Nama-nama Indah Buat Sang Bayi


Title:
Nama-nama Indah Buat Sang Bayi

Author:
Syaikh Dr. Bakr B. Abdillah Abu Zaid

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Memberi nama anak dengan nama-nama indah dan islami merupakan hadiah terindah daripada ibu/bapa buat buah hatinya di awal-awal kehidupannya di dunia ini. Untuk itulah islam sebagai dien (jalan hidup) yang sempurna telah memberikan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip penting dalam pemberian nama anak-anak. Sehingga anak kita akan tumbuh berkembang menjadi contoh anak soleh/solehah yang mampu merealisasikan keindahan akhlak dalam perilakunya, seindah nama-nama yang disematkan ibu/bapa kepada dirinya.

Agak sedih dan tragis... Masih ramai sekali kita temui pada ketika ini, ibu/bapa muslim yang memberi nama anak-anaknya dengan nama-nama orang barat, ataupun nama-nama yang sama sekali tidak mengandungi maksud/erti kebaikan di dalamnya. Ramai yang tidak tidak sedar, bahawa di samping mencerminkan jati diri seseorang, nama juga mengandungi sebuah doa. Dan setiap panggilan buat dirinya boleh menjadi salah satu bentuk doa. Bahkan di hari kiamat kelak seseorang akan dipangil berdasarkan namanya dan nama orang tuanya.

Buku yang ada dihadapan anda ini adalah buku yang amat penting. Setiap ibu/bapa sewajarnya memiliki buku ini sebagai panduan yang baik. Di dalamnya dihuraikan secara terperinci dan jelas sekitar persoalan prinsip-prinsip pemberian nama anak bersesuaian sunnah. Buku ini turut memuatkan nama-nama yang indah dan islami yang sangat sesuai untuk putra-putri anda.

Selamat membaca...

Kandungan/Perbahasan Utama:

1 - Prinsip-prinsip penting dalam pemberian nama
2 - Keutamaan sesebuah nama dan kesannya kepada seseorang anak, ibu/bapa, dan masyarakat.
3 - Waktu pemberian nama
4 - Pemberian nama merupakan hak seorang ayah
5 - Seorang anak dinisbahkan kepada ayahnya, bukan kepada ibunya
6 - Memilih nama yang baik
7 - Urutan nama-nama yang disunnahkan dan dianjurkan
8 - Syarat-syarat nama dan adab-adabnya
9 - Nama-nama yang diharamkan
10 - Nama-nama yang dimakhruhkan
11 - Alternatif dari nama-nama yang diharamkan atau dimakhruhkan
12 - Petunjuk-petunjuk yang perlu diperhatikan sebelum memilih nama
13 - Nama-nama yang indah buat sang bayi
14 - Nama-nama untuk anak laki-laki
16 - Nama-nama untuk anak perempuan.

Total Pages:

147 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

370 - Shahih Adabul Mufrad

Shahih Adabul Mufrad


Title:
Shahih Adabul Mufrad
Judul Asal (Arab): Shahih Adabul Mufrad li al-Imam al-Bukhari wa Yalihi Dhaif al-Adabul Mufrad li al-Imam al-Bukhari

Author:
Imam al-Bukhari
(Ditashih oleh Syaikh al-Albani)

Publisher:
Pustaka ash-Shahihah

Price:
RM68

Weight:
1.2Kg

Description:

Kitab ini adalah kitab karya al-Imam al-Bukhari rahimahullah. Ia memuatkan himpunan hadis-hadis berkaitan amal, adab dan akhlak bagi setiap masa tertentu, keadaan, bagi individu, dan masyarakat secara umum. Kitab ini kemudian disemak dan ditashih oleh Syaikh al-Albani rahimahullah bagi menjelaskan status bagi setiap hadis yang terdapat di dalamnya. Semoga kitab ini membantu kita semua meneladani, menghayati, dan memahami erti akhlak dan adab-adab seharian anjuran Rasulullah Shallalahu 'alaihiw a Sallam.

Total Pages:

607 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

369 - Stop! Kekerasan Dalam Rumah Tangga

Stop! Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT)


Title:
Stop!! KDRT
(Kekerasan Dalam Rumah Tangga)
Judul Asal: al-'Unfu al-Usari

Author:
Syaikh Abu Hamzah 'Abdul Lathif al-Ghamidi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM34

Weight:
Kurang 650g

Description:

Sejak akhir-akhir ini, kekerasan dalam rumah tangga hampir setiap hari berlaku, kedengaran, dan kita lihat melalui pelbagai media massa, media cetak, atau di sekitar kita. Dari yang kecil hingga yang besar persoalannya. Dari yang bersifat perkataan sehingga perbuatan. Dan apabila sahaja kekerasan itu berlaku, keharmonian keluarga terkoyak, berantakan, huru-hara, atau mungkin penceraian pun akan menyusul.

Dari itu, ketahuilah bahawa Islam sangat mengambil berat persoalan kekerasan dalam rumah tangga ini. Kerana fitrahnya, Islam itu sendiri membawa misi damai dan anti kekerasan. Rumah tangga Rasulullah sendiri adalah cermin keluarga yang damai, bahagia, dan kosong kekerasan. Setiap individu di dalamnya merasa tenang dan bahagia. Riak masalah sudah lumrah kadang-kadang berlaku, namun, itu boleh diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan.

Buku ini membentangkan bentuk-bentuk kekerasan dalam rumah tangga oleh sesiapa pun yang hidup di dalamnya. Tidak hanya oleh suami terhadap isteri, orang tua terhadap anak, tetapi juga sebaliknya. Bahkan oleh setiap individu yang ada di dalam rumah tangga tersebut. Selanjutnya, dibentangkan jalan-jalan penyelesaiannya dengan mengembalikan segala permasalahan kekerasan tersebut kepada kaedah Islam yang benar, yang bersesuaian dengan bimbingan al-Qur'an dan as-Sunnah di atas kefahaman Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, bukan ahli falsafah. InsyaAllah...

Total Pages:

390 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

368 - Cara Mudah & Cepat Menghafal al-Qur'an

Cara Mudah & Cepat Menghafal al-Qur'an


Title:
Cara Mudah & Cepat Menghafal al-Qur'an
Judul Asal: Kaifa Tahfazhul Qur'an al-Karim

Author:
Dr. Yahya B. 'Abdurrazzaq al-Ghautsani

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM25

Weight:
300g

Description:

Buku ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Di mana penjelasannya yang menjelaskan kaedah hafalan berdasarkan keadaan dan kedudukan seseorang, sama ada seorang pelajar, pekerja, suri rumah, mahupun mereka yang sibuk. Buku ini dimulakan dengan penjelasan penjagaan al-Qur'an oleh Allah 'Azza wa Jalla semenjak di Lauh Mahfuzh, kemudian disampaikan (diwahyukan) kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dijaga oleh Nabi, disampaikan pula kepada manusia (para sahabat), yang kemudiannya terus terpelihara sehingga ke hari kiamat tanpa sebarang perubahan dan pengubah-suaian.

Seterusnya, ia menjelaskan keutamaan menghafal al-Qur'an bagi umat Islam, kewajiban mentadabbur al-Qur'an, dan langkah-langkah para salaf dalam menuntut ilmu. Kemudian diteruskan dengan kaedah hafalan yang pertama, iaitu ikhlas, dan sebaiknya bermula sejak kanak-kanak. Maka, oleh sebab itulah buku ini antara yang panduan yang baik dalam membantu kita untuk mendidik anak-anak dekat dengan al-Qur'an. Maka, manfaatkanlah buku ini bersesuaian dengan masa anda untuk menghafal dan menghayati ayat-ayat suci al-Qur'an.

Total Pages:

238 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

367 - Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi

Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi
Kalau Sekiranya Perbuatan Itu Baik Tentulah Para Sahabat Telah Mendahului Kita Mengamalkannya


Title:
Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi

Author:
Abdul Hakim B. Amir Abdat

Publisher:
Maktabah Mu'awiyah B. Abi Sufyan

Price:
RM36

Weight:
500g

Description:

Buku ini adalah di antara membicarakan berkaitan sebahagian dari KAADAH-KAEDAH SYARA' (AGAMA) yang masuk ke dalam persoalan MANHAJ (cara beragama) yang sangat luas dan dalam sekali, iaitu "Kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para Sahabat telah mendahului kita mengamalkannya."

Peganglah kuat-kuat kaedah yang besar dan agung ini, sehingga engkau tidak akan mengerjakan sesuatu pun ibadah yang tidak pernah diyakini dan diamalkan oleh sahabat.

Wajarlah kaedah yang besar ini dihafal oleh setiap muslim untuk menghancurkan pelbagai bentuk bi'dah yang orang sandarkan dan masukkan ke dalam agama Allah yang mulia ini, al-Islam. Seperti perkataan yang sering kita dengar ketika dikatakan kepada mereka dan dibawakan akan nash al-Kitab dan Sunnah dan perkataan para Ulama, bahawa keyakinan yang mereka yakini atau perbuatan yang mereka lakukan itu bid'ah, mereka menjawab dengan jawaban yang lebih lemah dari sarang labah-labah, iaitu:

"Bukankah peringatan maulid, isra' mi'raj, nuzulul qur'an, tahun baru hijriyyah itu satu perbuatan yang sangat baik yang di dalamnya terdapat peringatan dan pelajaran?"

"Bukankah dzikir berjama'ah yang sekarang sedang berleluasa itu satu perbuatan yang sangat baik dalam rangka mengajak manusia untuk kembali berdzikir mengingati Allah?"

Maka jawablah wahai Ahlus Sunnah, dengan kaedah besar di atas yang patut ditulis dengan tinta emas! Katakan kepada mereka, "Kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para Sahabat telah lebih dahulu mengamalkannya". Kerana tidak ada satu pun amalan yang termasuk ke dalam sebahagian ibadah yang tidak diamalkan oleh para Sahabat radhiyallahu 'anhum..

Total Pages:

248 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

366 - Menanti Buah Hati & Hadiah Untuk Yang Dinanti

Menanti Buah Hati & Hadiah Untuk Yang Dinanti


Title:
Menanti Buah Hati & Hadiah Untuk Yang Dinanti

Author:
'Abdul Hakim B. Amir Abdat

Publisher:
Maktabah M'awiyah B. Abi Sufyan

Price:
RM58

Weight:
850g

Description:

Kitab ini membahaskan sebahagian besar ahkamul maulud (hukum-hukum anak/kelahiran) dengan pengambilan dari dua dasar hukum Islam iaitu al-Qur'an dan hadis-hadis yang sah (sahih atau hasan) bersama perkataan ahli ilmu daripada kalangan Sahabat, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, Imam Yang Empat dan lain-lain.

Di antara perbahasan ilmiahnya ialah berkaitan tuntutan dan keutamaan memiliki anak, anjuran memiliki ramai anak, anak sebagai ujian, anak sebagai buah hati, anak sebagai kurniaan Allah, hukum-hakam kehamilan, hukum-hakam (sunnah-sunnah) menyambut kelahiran, hukum-hakam nasab, pendidikan anak-anak, dan perkara-perkara yang bertentangan syari'at dalam hukum-hakam kehamilan, kelahiran serta pendidikan anak-anak.

Total Pages:

438 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

365 - Mungkinkah Umur Manusia Bertambah & Berkurang?

Mungkinkah Umur Manusia Bertambah & Berkurang?


Title:
Mungkinkah Umur Manusia Bertambah & Berkurang?
Judul asal (Arab): Tanbiihul Afaadhil 'ala ma Waroda fii Ziyadatil Umri wa Nuqshaanihi Minad Dalaa'il

Author:
Imam Muhammad B. 'Ali ash-Syaukani
Ta'liq/Takhrij: Syaikh Masyhur Hasan Salman

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Mungkinkah Umur manusia bertambah dan Berkurang?

Sebuah pertanyaan yang telah lama diperbincangkan secara panjang lebar di kalangan para ulama... Di antara dalil yang mereka perdebatkan adalah dalil berikut ini:

"Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (lauh Mahfuzh)." (Surah Faathir: 11)

Yang seakan-akan bertentangan dengan hadis sahih yang berbunyi:

"Sesiapa yang mencintai supaya Allah memanjangkan umurnya, dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dan menjalin tali silaturrahim." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan lainnya) Bagaimanakah memahami dalil-dalil tersebut yang seakan-akan saling bertentangan!

Dan benarkah umur manusia dapat bertambah dan berkurang? Ataukah sebaliknya?! Maka buku ini berusaha membahaskannya secara bijak dalam menghadapi perbezaan pendapat tersebut. Dengan mengetengahkan dalil-dalil dari al-Kitab dan as-sunnah yang sahih serta mengkompromikan (di antara makna) keduanya, sehingga terdapat titik terang ke atas persoalan tersebut.

Buanglah rasa gusar anda... Dan temukan jawabannya melalui buku ini. selamat membaca!

Total Pages:

89 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

364 - Agar Tidak Terjerat Hutang

Agar Tidak Terjerat Hutang


Title:
Agar Tidak Terjerat Hutang

Author:
'Adil B. Muhammad al-'Abdul 'Ali & Yahya Tengku

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Sebuah doa bermaksud, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kebakhilan, dan dari himpitan hutang dan penindasan orang."

Sesungguhnya hutang adalah aib dan kehinaan. Hutang mampu menyibukkan hati, membingungkan fikiran, menjadikan perasaan gelisah yang tiada akhir sehingga hutang dapat dilangsaikan. Hutang dapat menjadikan seseorang rendah diri di hadapan pemilik wang di ketika bertemu dengannya, dan menanggung cacian ketika meminta penangguhan tempoh atas pembayaran hutangnya. Di samping beban psikologis, hutang sering menjadikan seseorang untuk berbohong dan mungkir janji.

Namun banyak sekali orang tergiur dengan budaya berhutang sama ada dari institusi bank ataupun perorangan dengan beban bunga yang telah ditetapkan. Kemudahan fasiliti, cepatnya penyaluran dana dari pinjaman dan janji yang dipromosikan menjadikan mereka terjebak ke dalam belitan hutang yang semestinya tidak perlu mereka paksakan. Budaya ini tidak hanya melanda orang yang tidak memiliki wang, bahkan orang kaya pun turut ikut serta menikmati fasiliti tersebut untuk berhutang.

Kesan negatif hutang bagi seseorang sangatlah jelas, sama ada sewaktu ia berada di dunia atau pun di akhirat kelak. Kematian seseorang tidak akan menggugurkan tanggungan hutangnya. Perkara ini bukan bererti seseorang tidak boleh berhutang ketika sangat memerlukan, namun perlu adanya pertimbangan dari sudut keutamaan dan keperluan.

Buku yang ada di hadapan pembaca ini, mengupas tentang kaedah-kaedah agar kita tidak terjerat dalam belitan hutang, dan juga mengupas tentang bagaimana bentuk pinjaman yang dianjurkan atau pun yang dilarang dalam pandangan Islam, serta turut memuatkan penjelasan tentang bahaya kad kredit. Selamat membaca!!!

Total Pages:

149 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

363 - La Tafgdhab...!

La Tafgdhab...!
Metode Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Dalam Mengobati Marah


Title:
La Tafgdhab...!
Metode Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Dalam Mengubati Marah

Author:
Prof. Dr. Falih B. Muhammad B. Falih ash-Shughayyir

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Pada suatu ketika datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam lalu berkata, “Wahai Rasulullah, berilah saya nasihat.” Maka beliau menjawab, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang pertanyaannya (meminta nasihat) dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Itulah pesan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada kita untuk selalu mengendalikan emosi dan tidak menumpahkan kemarahan kita. Hal ini bukan bererti kita tidak boleh marah, sebab pada hakikatnya marah adalah tabi’at manusia yang tidak mungkin boleh dihilangkan dari perasaan manusia. Namun, kita diperintahkan untuk mengendalikannyanya supaya tidak sampai menimbulkan kesan-kesan buruk (negatif).

Buku ini berisi pesan-pesan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam “Tips Nabawi” bagaimana cara meredam emosi kemarahan. Sesungguhnya menyikapi permasalahan dengan emosi dan kemarahan bukanlah penyelesaian terbaik, terkadang justeru akan menimbulkan mudharat yang lebih besar.

Total Pages:

125 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, January 6, 2011

362 - Meraih Puncak Ihsan

Meraih Puncak Ihsan


Title:
Meraih Puncak Ihsan

Author:
Prof. Dr. Falih B. Muhammad B. Falih ash-Shughayyir

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM39

Weight:
600g

Description:

Syari'at Islam amat mengambil berat semua keperluan manusia, sama ada yang berkaitan dengan kemaslahatan peribadinya ataupun lingkungan sosial tempat tinggalnya, tanpa membeza-bezakan bangsa, warna kulit, jantina, ataupun status sosialnya. Kerana yang menjadi pembeza antara seseorang muslim dengan yang lainnya hanyalah satu iaitu ketakwaannya.

Berdasarkan ketakwaan inilah, seseorang akan mendapat kemuliaan atau kehinaan. Sebagaimana firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa... " (Surah al-Hujurat, 49: 13)

Di antara perkara yang boleh dijadikan sebagai petunjuk atau tanda-tanda ketakwaan seseorang adalah perilaku dan tindak-tanduknya yang baik terhadap sesiapa sahaja dan dalam segala perkara. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sangat mementingkan masalah ini. Hal tersebut jelas sekali dapat dilihat dalam setiap perintah, larangan, perbuatan, ucapan, dan ketetapannya sebagai penguat atas apa yang terdapat dalam al-Qur'an.

"...dan berbuat baiklah (ihsan). Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik (ihsan)." (Surah aI-Baqarah, 2: 195)

Ihsan merupakan kedudukan tertinggi dalam berhubungan dengan Allah dan makhluk-Nya, sehingga begitu banyak ayat-ayat dalam al-Qur'an serta hadis yang menunjukkan perkara tersebut. Di antaranya adalah firman Allah Ta'ala (maksudnya), "Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan (ihsan)." (Surah an-Nahl, 16: 128)

Ihsan merupakan akhlak mulia yang perlu sentiasa diamalkan oleh setiap muslim dalam setiap waktu dan segala urusannya. Syaikh al-Jazairi mengingatkan betapa pentingnya berbuat baik dalam segala aspek kehidupan dan dalam urusan agama. Sangat tepat dan cukuplah dinukilkan di sini untuk menerangkan pentingnya ihsan. Syaikh berkata, "Pengertian ihsan dalam persoalan ibadah adalah melaksanakan ibadah sama ada berupa solat, puasa, haji atau selainnya dengan benar, memenuhi syarat dan rukunnya, memenuhi sunnah dan adabnya. Hal ini tidak mampu dilakukan dengan sempurna, melainkan apabila ia merasa bahawa ia melihat Allah Ta'ala ataupun jika tidak, maka ia merasa bahawa Allah pasti melihat dan mengawasi dirinya. Apabila perasaan ini sudah terpahat dalam dirinya, maka sangat mudah baginya untuk melaksanakan ibadah dengan baik dan benar, bersesuaian dengan apa yang diperintahkan. Inilah yang disampaikan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam sabdanya,

"Ihsan adalah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak mampu melihat-Nya, sesungguhnya Allah pasti melihatmu." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda, "Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik (ihsan) kepada setiap sesuatu. apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila kamu hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara terbaik, iaitu dengan menajamkan pisaunya, dan hendaklah menjadikan haiwan sembelihannya selesa (tidak tersiksa)." (Hadis Riwayat Muslim)

Seterusnya, apa sebenarnya ihsan tersebut dan bagaimana mahu mencapainya serta apa kriterianya? Jawabannya boleh para pembaca temui melalui buku ini. Ia membahaskan secara terperinci tentang makna ihsan dan bagaimana cara berbuat ihsan kepada Allah, ibu bapa, keluarga, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, sesama umat Islam, dengan orang kafir, alam sekitar kita, ihsan dalam beramal, dan dalam menyampaikan sesuatu kebenaran. Sebagai penutup, penulis juga menyebutkan hikmah dan kesan-kesan ihsan dalam kehidupan seseorang.

Total Pages:

308 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.